11 February 2020

Mari cuba organize

Aku ni manusia yang kurang organize.
Office table pun agak sepah.
Tapi kepakaran aku yang sepah ini, kalau cari anything Insyallah jumpa.
Sebab aku tau mana aku sepahkan benda2 ni semua.
Ok bukanlah sepah tahap hoarder ke apa, tapi sepah as in tak kumpulkan docs/benda ikut kategori la kiranya.

So benda tu sampai ke rumah pun sama.
Maksudnya sejenis tak reti kumpulkan docs ke apa satu tempat.
Rasa dah asingkan letak satu tempat.
Tapi nanti sampai docs lain, aku kumpulkan satu tempat jugak.
Tapi satu tempat yang lain, hahhahaa.
So matiklah lepas tu bila nak, rasa macam tau je kat mana.
Tapi tak jumpa.
Aku syak sebab kalau kat office takda orang kacau meja aku, so bila cari jumpa.
Tapi kat rumah kan ada manusia lain yang kacau territory kau, maka memang kau cari lepas tu tak jumpa.
Hahaha. matiklah menyalahkan orang lain pulak kan.

So n'way, cerita pasal organize.
Zaman ada bibik aku bukanlah majikan yang fussy.
Buatlah kerja ikut apa kau tau.
Sekali sekala je naik hantu kalau benda tu bikin aku sakit otak.
Yang garang ialah laki aku, kalau benda tu melibatkan hal anak.
So memang laundry apa semua bibik aku uruskan.
Tapi sejenis pudat baju dalam almari.
Maksudnya dah iron n lipat dia main letak je dalam almari.
Aku punya masih ok la dia buat.
Walaupun ada sedikit sakit otak tengok.

Tapi bila bukak almari anak aku.
Memang sakit jiwa dia dok pudat.
Malas nak bising banyak sebab time tu dia nak balik dah pun.
Kosser aku eh, takda makna kalau aku gigih bising ke apa pun.

Seteruk2 aku yang konon hidup tak organize ni.
Tak la seteruk ni kan.


Hahahahha. aku mampu gelak je tengok balik pic ni.
Ni aku grab kat archieve IG story aku masa aku bebel tu.
Kau rasa sakit jiwa tak tengok cara dia susun baju tu.
Yang ada arrow tu sebelum aku kemas.
Yang lain2 level tu aku dah kemas n susun elok balik.

Nak tengok almari Hannah?
Ni diaaaaaa....


Kau rasaaaaaaa????
Sebab tu boleh nampak betapa bengangnya aku kat caption tu.
Selama ni aku tak check sebab memang dia yang siapkan hannah.
Tu bila bukak sakit jantung aku.
Kau dah kenapaaaaaaaaaa????
Ni dia dah takda memang aku handle semua.
Elok tersusun n cantik je almari anak aku.
Bukan payah pun weyh.
Kau jangan la main tarik je baju and pudat.
Angkat la sebelum amik baju, and bila susun tu elok2.
Payah nau ke.
Seteruk2 aku, tak seneraka ini la kot.

So anyway, sebenarnya bukan nak cerita pasal tu.
Aku ni memang ada masalah suka melalut cerita pasal lain.
Aku nak cerita sebenarnya almari aku now kemas.
Tapi ada few benda la tak kemas.
Seperti tudung overload, padahal ulang pakai yang sama je.
Yang lain bersepah sebab tau la tudung ni kau susun nanti roboh gak sebab licin la apa.
Then almari satu lagi pulak bersepah swimwear aku, segala pad, pant liner la apa.
So setiap kali bukak almari aku sakit mata aku.

Maka tetiba rasa nak beli box untuk bagi nampak tersusun di mata aku.
Shopee la jawapannya.
So semalam dapat.
Gigih la aku menjalankan kerja.



Ahhhh super love.
Semua dah elok tak nampak dah.
Berbunga hati tengok ni.
Balance lg 2 big box aku letak semua shawl yang jarang pakai dan masih takleh pikir kenapa aku beli n simpan.
i should give it away utk yg memerlukan lah.

Now aku tengah pikir nak organize all docs pulak la.
Macam aku mention earlier aku tak kumpulkan satu tempat.
Contohnya adalah warranty especially.
Macam docs lain masih aku tau la mana aku taruk.
Tapi still, some kat office, some kat rumah.

Tapi warranty la esp.
Sebab dah few times aku terkena.
Barang rosak sebelum tempoh sepatutnya.
Tapi aku tak tau mana aku letak warranty tu semua.
Aku tau aku tak buang, tapi aku just takleh ingat manakah semuanya.
End up aku memang kena beli baru je la benda-benda rosak tu.
Herghhhhh.

So sis tengah pikirkan apakah cara aku nak kumpulkan n organize kan all those docs.
Gigih aku google.




Ok sis akan cuba.
Mesti senang nak cari kalau ada macam ni.
Tapi masih fikir, nak beli file ke then simpan dalam kotak
Or adakah perlu beli jenis file drawer ke.
Adakah perlu simpan ikut nama masing-masing.
Or adakah perlu simpan ikut keperluan.
Miahahah, nak buat ni pun pikir lama.

Mohon sis akan lebih organize lepas ni.
Dah makin tua ni.
Buat-buatlah cuba baiki kan.

Settle organize docs ni.
Sis nak try organize kan cabinet dapur pulak.
Teruja tengok orang punya pantry kemain kemas and lawa.
Marilah doakan kak jah berjaya.
Bukan hangat-hangat tahi ayam je. Miaahahhaa.

xoxo,
Peejburhan

2 comments:

  1. PEEJ, pudat tu bahasa mana? sbb kakak pun guna word tu.. hahhaa tp kalau nyembang ngn kekawan, hareyyy depa nak paham....

    ReplyDelete

Heyyyyaaaaaa...

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...