31 January 2020

Mood 2020

Rindu menulis.
RIndu nak membebel.
Tapi at the same time tak rasa nak share apa-apa dah.
Tapi kalau duduk saja-saja or ada benda best berlaku, otak tu laju je terbayang diri tengah menaip kat blog apa yang nak di bebelkan.
Tapi tu la, dalam otak je la benda tu berlegar.
Memang tak la terjadi tetiba aku bukak blog ni.

Tah la lately ni jiwa dah lain macam.
Maybe jiwa dah berumur ni kan.
Tak sama macam mula-mula aku menulis blog dulu.
Tahun 2006. Time tu aku umur 23 tahun weyh.
Sekarang aku dah 36. Lagi 2 bulan masuk 37 tahun.
Waaahhh tua bebenar dah tu.

Kau dah tak eager nak share semua benda.
Kau dah rasa nak hidup private sikit.
Tapi kalau jiwa blogger tu dah tertanam, ada juga kadang-kadang rasa nak share.
Cuma kita ni selalunya share apa kita nak share.
Tapi aku tak tahan dengan soalan-soalan sesetengah manusia yang aku rasa tanya soalan yang terlalu private.
Aku rasa sakit otak.
Soalan yang sialan aku rasakan.

And dunia social media ni, macam-macam benda kau nampak.
And semakin berusia ni, kematian rasa hampir sangat ngan kau.
Allah boleh tarik nyawa tu bila-bila masa je kan.
Hidup kat dunia ni sementara je.
Yeeeee aku suka pikir jauh macam tu, n bila aku start pikir macam tu, aku akan berdebar and tak boleh tidur sampai pukul 4 pagi.
Mula la aku seram.

Dah lama aku tak blogging.
So masa jiwa aku kacau tu, aku decide tutup blog aku.
Privatekan utk aku sendiri je boleh tengok.
Ramai la DM tanya kenapa tak boleh bukak blog aku.
Aku pun tak faham kenapa korang nak bukak.
Sedangkan aku tak update pun.
Rupanya ada few people yang rajin bukak blog ni untuk baca entry-entry lama aku.
Dan itu membuatkan aku rasa lagi berdebar.
Sebab benda lama. 
Aku pun dah tak ingat apa yang aku bebelkan dan share dulu kan.

Aku bukak blog aku.
Banyak benda yang buatkan aku dah rasa tak best masih terpampang di alam maya.
Since ramai kata jangan la tutup blog tu.
Ada yang masih suka bukak sebab nak tengok resepi yang aku pernah share.
So aku amik masa untuk tutup semua entry lama aku.
Berjam aku spend untuk tutup semua.
Rasa tak selesa ngan entry n gambar2 lama diri sendiri.
Sama macam Instagram, gambar yang zaman dedulu aku delete semua.
FB je aku tak sempat buat sebab terlalu banyak n pics bersepah.
So apa aku buat aku unfriend 80% friedlist aku.
Ramai yang add balik lepas tu.
Tapi aku belum rasa nak approve.

Rasa bersalah. Tapi tahun 2020 adalah tahun untuk aku jaga perasaan aku sendiri.
Sebab tah kenapa tahun 2020 ni membuatkan aku rasa nak lay low.
Maybe sebab aku terlalu kecewa dengan sekeliling.
Aku takleh terima wujudnya manusia toksik, evil eye, talam dua muka dan sebagainya.
Sebab aku rasa aku ni jenis hati lembut tau.
Aku selalu berprasangka baik ngan orang. 
Aku selalu rasa semua manusia ni baik. Esp yang sekeliling aku la.
N bila something hit me, it hit me hard.
Dan aku akan sangat-sangat down.
Aku macam takleh terima kenapa ada manusia yang jahat sangat macam tu, yang kepochi macam tu, and menyakitkan macam tu.
Ni bukan aku tujukan pada individual, tapi overall yang aku pernah deal quite a few times.
So aku sangat sedih.

Bila aku sedih, aku macam takleh function.
But of coz not all la.
Aku bersyukur sebab aku juga dikelilingi ngan manusia yang baik-baik.
Yang sentiasa bagi semangat, yang sentiasa bagi aku happy, yang ada time aku susah or sedih.
My circle is small, but i know i count on each and one of them.
I love and appreciate each andone of them

Sebab tu jugak aku dah kurang update social media aku.
Entah kenapa.
Ramai tertanya, aku pun tak mampu jawab.
Apa aku mampu jawab hanyalah aku rasa macam 2020 adalah tahun untuk aku lay low.
Untuk kesihatan mental aku.

2020 have been a tragic year so far.
Banyak bebenar benda yang terjadi kat dunia ni walaupun belum habis pun Januari.
And hati tisu aku ni jadi semakin sebak and sayu.
So untuk reader aku yang tak seberapa yang tinggal ni.
Ni aku dah cakap awal-awal kenapa aku dah kurang feed korang ngan new post.
Jadi jangan la tanya and meninggalkan komen-komen yang banyak nau soalan.
Aku manusia biasa je pun, yang takda apa yang best langsung untuk korang nak tengok.
Tapi sebenarnya aku tau korang bukan kisah pun ngan post aku, korang nak tengok Hannah je pun.

Mungkinnnn. 
Mungkin dengan kurangnya aku ngan kehidupan di media social.
Aku akan rajin dan terasa nak update blog kalau aku rindu nak bebel.
We never know.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Wish for the best.

Happy Friday peeps~

xoxo,
Peejburhan







Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...