28 April 2016

Expose Mistik : Nak Aiskrim

Assalamualaikum peej...

Sambungan dari ops mistik 'nak aiskrim..'


Kami pun sepakat berpindah ke rumah sewa baru.
Rumah sewa ni end lot, kami semua duduk 7 orang termasuk 2 orang baru.

One weekend ni, semua nak balik, diaorang dah siap packing barang.
Excited sangat.. mencik!
Si Dayana siap pesan "Jaga GJa tu elok-elok, jangan bagi dia keluar time senja, dia period tu!"

So tinggallah i dengan GJa jek kat rumah tu.
I semangat setiakawan membara. 
Rumah i dekat but then kenangkan GJa, nak angkut balik, malas.. hehe..
Lagipun kesian dia, kampong dia jauh.

Petang tu kami lapar, malas masak. 
Beli tapau makanan je kat kedai depan.
Balik tu singgah kedai runcit beli jajan.

Makan-makan pastu lepak luar, masa tu dah pukul 630pm camtu.
GJa bawak basikal pusing-pusing area taman.
I is tak reti bawak basikal... ='(

Lama nau kat luar masa tu jerit kat dia, GJa da balik cepat dah senja ni.
GJa degil. Ngade jek.
Last i masuk rumah sorang.

Maghrib tu, settle solat sume kami terdampar depan televisyen.
Tengok Doraemon dengan Crayon Shin Chan.
Terkekeh-kekeh kitaorang gelak.

Pastu i baca komik, GJa duduk pelok Teddy Bear besau dia.
Kami still depan televisyen.

Tiba-tiba GJa cakap dengan I
"Ima, kau ada panggil nama aku ke tadi?"
I jawab
"Bila masa aku panggil kau?, mana ada"
......

Then GJa lari masuk bilik.
Dalam hati I, apahal lah pulak budak ni.
I biarkan dulu, malas amik port.

Lama lepas tu, i check dia dalam bilik.
I panggil nama dia 
"GJa... oooo... GJa..."
Gja tak menyahut.

Ah... sudah....
Kena lagi ke dia ni...
Adoila... dah la aku ni sorang !!!!!

Muka GJa da berubah.. Garang air muka dia.
Mata melilau..

Menggigil I waktu tu.
Aduh... Sapalah aku nak contact memalam ni.
Teringat classmate lelaki.
Rasa diaorang ada tak balik kot.

Cepat-cepat I call.
Tak lama tu 3 orang classmate lelaki ni datang.
Memasing semua takut nak masuk rumah.
Takot papehal...

Yang sorang call ustaz.
Baik ada, tapi amik masa ustaz nak datang tu.

Sementara tu yang sorang lagi pegi panggil budak-budak student lelaki & perempuan lain..
Sebab da cuba tarik GJa, khudrat dia memang kuat sangat.

GJa dah start meracau, mengilai.
Sayu suara dia.
Kami cuba baca Yasin, ayat Kursi.
Masa tu dalam bilik lagi.

Ustaz datang.
6 orang budak lelaki kot yang cuba bawak keluar GJa ke hall masa tu,

Ustaz mula berdialog dengan "Benda" yang rasuk GJa tu.
"Benda" tu degil, taknak keluar.
Bertarung ustaz tu selama beberapa minit.
Ustaz arahkan kami teruskan bacaan Yasin.

Ustaz sentap kaki GJa.
Ustaz ambil lada hitam picitkan kat ibu jari GJa.
Ustaz hempok belakang GJa.

Tak lama tu, GJa lemah, terbaring.
Kesian dia lemah badan dia.
Ada kesan lebam pada badan GJa.

Malam tu I minta tolong pada budak perempuan rumah lain, temankan kami sampai pagi.
Tak berani babe... 
Ilmu tak penuh di dada
kalau jadi balik, naya I..

Keesokkannya...
GJa okey, tapi still lemah.
GJa cerita kat I memang ada benda yang panggil dia.
Lepas tu dia terus tak sedar.

"Benda" tu tersuka dengan GJa
Kulit GJa flawless, takde parut apa pon.
Macam baby.
Sebab tu 'Dia" rasuk GJa kot..

Wallahuallam...







21 April 2016

Expose Mistik : Rambut

Assalamualaikum Kak Peej..

Saja nak cerita sikit pasal pengalaman masa kecik2 dulu..

Kisah 1:

Masa tu umur dalam 10-11 tahun waktu cuti sekolah.
petang tu pegi mandi air terjun dengan kakak-kakak saya.
malam tu saya tidur dengan kakak saya la. tidur atas toto je. rumah kayu masa tu
mula2 saya tidur mengiring ke belah kakak. bilik tu gelap sangat memang x nampak ape.
tengah malam tu terjaga and saya baring telentang plak.
sekali tangan gatal letak luar dari toto pastu saya rasa ade rambut kat atas lantai.
saya pun gerak kan tangan nak pastikan ape benda ni sebab mamai lagi waktu tu.
pastu pegang2 memang betul rambut. kasar and banyak.
at first blur lagi and fikir rambut kakak saya kot.
then terfikir. eh, kakak tidur belah kiri.. yang rambut ni belah kanan saya.
terus terdiam and pusing ngadap akak saya and selimut 1 badan. 
punya la risau kalo 'empunya' rambut tu datang dekat..huhu.
nasib baik xde pape jd malam tu..
 

Kisah 2:

Ni masa form 4. saya duduk asrama. waktu tu rapat dengan sorang kawan ni.
die ni selalu kena tindih sume la. even tidur kat meja class pun pernah kena.
so waktu tu die selalu ajak saya tidur dengan die sebab die takut.
ade 1 malam tu paling teruk la die kena kacau.
die kate die nampak ade perempuan masuk dekat tingkap and berdiri/ terapung dekat loker tengok je die.
x lame pastu bende tu tindih die. die pun struggle nak bangun and kejut kan saya.
kitaorg tido silang tangan n kaki sbb kalo sorg bergerak lg sorg pun akan sedar..
pas saya pun tersedar die citer la kat saya. so kitaorang amek air yassin minum sikit pastu baca ayat2 sikit.
pastu saya pun tidur mengiring ke arah kawan saya tu.
dalam nak terlelap tu sekali bende tu marah sebab saya tolong kawan saya, die datang hempap saya plak.
saya dapat rasa die punya rambut and tangan kat leher saya.
saya pun cepat2 azan dalam hati and baca ayat2 sikit.. berpeluh la jugak malam tu. hehe

tu je nak citer.. hehe. sorry sebab xseram mana pun and sorry kalo ayat berterabur sume..

peace,
J

14 April 2016

Expose Mistik : Selamba Badak

salam peej, 
too be honest this first time I read your blog, and I was like "bapak best ada port cerita seram", sebab I dah lama nak cerita kan kisah I. hehe.

cerita asrama memang tak dinafikan lah kan memang akan ada kisah-2 yang tk diduga tu like i pun tak duga lah jadi kat i sebab i mmg tak amek port pun kisah2 dorang sebab i focus dekat belajar (konon) hehe , i belajar dekat satu kolej area cheras and tempat tu tak pernah lekang dari usul2 agama, pagi petang siang malam sentiasa ada nilai-2 islamik. 

kat asrama tu memang selalu sangat ada kes-2 histeria, so my feeling mcam dorang ni buat-2 ke.
kebetulan malam final exam paper last level i ada sorang kena histeria bilik hujung , i bilik tengah. memang semua orang dok pakat-2 nak tengok lah what happen i buat dono sebab "hello esok final paper" hehe.

okay i study sampai 12 malam and decide untk tidur sebab nak fresh masa amek paper. so semua roomate i pun tidur dengan nyenyaknya. ke tiga-2 roomate i pernah cakap kalau nak g toilet kejut dia, jeng jeng bila nak climaxs, hahahaha . nak dijadikan cerita i tersedar pada jam 3 pagi lah macam tu sebab tertiba sejuk nak terkucil , i decide kejut roomate i tapi sorang pun tak tergerak sebb dorg mmg tidur mati, haha but tak kesah sebab dont care kata kau . i pun berjalan lah ke toilet yang nun jauh bakhang ke bilik hujung. dalam perjalanan i disapa oleh sesorang yang i kenal like cakap "hey tak tidur lagi nak g toilet ke?" sambil duduk sidai baju tepi ampaian (sipolan pakai baju tidur wana putih) and i pun jawab lah "hey sipolan tak tidur lagi? haah nak g toilet nak terkucil". i tak pikir lah logik ke tak dan terus ke toilet.

lepas je dah lega i keluar dengan keadaan mengantuk ya tuhan , i nampak sipolan kat tempat yang sama sambil senyum and tetiba i terfikir kenapa sipolan ni , on the phone ke? and i cakap "goodnight sipolan i nak tidur dah, assalamualaikum," dan maju ke bilik tanpa mendengar kata-2 sipolan seterusnya.

paginya i pegi bilik sipolan dan tanya , "kau buat apa malam tadi tak tidur siap sidai baju pulak "
si polan jawab "kau ni jangan takutkan aku roomate aku dengan aku dah tidur pukul 11 malam lepas histeria tu ", sudahnya i muka kelat palat semua ada. habis siapa malam tu?!. 

hehe sorry peej kalau story i tak best. buts its real. xoxo izz

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...