Hari tu Murni ada share cerita Expose Mistik CLICK HERE.
so kali ni kembali ngan cerita lain pulak.
enjoys everyone.
selamat malam jumaat.
...............................................................................................................................
LAYANG - LAYANG DI JALAN GELAP
Salam Kak Peej,
Saya nak share pengalaman saya dan kawan
saya nak ke mall untuk tengok midnight movie.
Saya belajar di Perak dan saje je
teringin nak tengok dan rasai pengalaman malam di Ipoh.
So saya dan kawan saya
beli tiket wayang midnight movie di mall Ipoh dan decide nak keluar awal sikit
sebab nak makan di sana.
Bertolak la kami ke ipoh dari Sri Iskandar dalam waktu
8 malam macam tu lepas maghrib.
Kalau orang yang belajar di tempat saya tu,
memang tau la jalan dari Sri Iskandar nak ke Ipoh memang gelap.
Kalau ada lampu
pun mungkin yang simpang ada traffic light.
Saya pun berani kan diri nak ke
ipoh kan sebab ada teman.
Kalau tak memang jangan harap nak meredah jauh jauh.
Kami lalu jalan Batu Gajah nak ke Ipoh tu.
Waktu nak ke sana, kawan saya yang drive
sebab dia cakap kalau drive lepas tengah malam, dia takut dia mengantuk.
Saya
okay saja hehe.
Kami pun sembang sambil mendengar lagu sementara nak sampai ke
tempat di tuju.
Sampai di satu jalan gelap tu, saya nampak
macam layang – layang terbang.
So saya rileks lagi la kan.
Kawan saya plak
cakap “ Sape la duk main layang – layang malam2 ni? Tak de angin pun”
Bila
drive tu, makin lama kami mendekati “layang – layang”.
Makin lama benda tu
terbang makin rendah tau.
Dalam hati saya dah pelik dah.
Kenapa layang – layang
ni macam terhuyung hayang.
Kat bawah dia tu ada ja macam tali. Kan masa tu
gelap, so nampak tak clear sangat.
Kawan saya tegur lagi “ Kenapa makin rendah
dia terbang?”
Terus “layang – layang” tu pusing kepala
dia ke arah kami, dan nampak muka dia yang berdarah – darah tu .
Rupanya benda
yang saya sangka tali tu, tu rupanya usus dia. Uwaaaa. Watdehel.
Saya nak
menjerit tapi saya takut kawan saya yang drive tu terkejut dan terbabas.
Kan
saya ni dari kecik boleh nampak benda alah ni suma.
Boleh lagi control ketakutan tu.
So saya
ingat saya sorang ja yang nampak. Kot la kan kawan saya tak nampak benda alam
ghaib ni. so saya diam aja la kak peej masa dia pusing kan kepala dia tu.
Masa
penanggal tu pusing kan kepala dia mengadap kami, kawan saya bersembang dan tengok
muka saya. Pastu dia kalih tengok jalan balik.
Waktu kawan saya kalih tu, penanggal tu
betul – betul terbang depan cermin kereta kami.
Lepas tu pergi mana tah.
Kawan
saya menjerit sekuat hati kak peej! Ya Allah.
Saya dah standby pegang stereng
dah takut terbabas. Pucat terus muka dia!
Muka penanggal tu matanya tertutup. darah
penuh keluar dari mulut dia dan rambut serabai.
Usus terjuntai habis.
Kawan
saya dah start nanges dah masa ni.
Saya lagi la cuak. Saya tak pernah nampak
kepala melayang depan mata sebelum ni.
Kami start baca ayat qursi sekuat hati.
Kawan saya tu dah melalut dah. Nak baca ayat qursi, tapi suara keluar surah al
ikhlas. Gila tak?
Saya suruh dia berhenti tepi jalan sebab saya nak drive.
Badan dia dah menggeletar habis.
So, kami cari la kedai makan yang ada di tepi
jalan supaya ada lampu sikit.
Kak peej tau tak, Masa kami park depan
kedai makan tu, orang yang di dalam kedai tu berlari menjerit jerit bila nampak
kereta kami datang.
Rupanya kak peej, penanggal tu ada kat seat belakang kami!
ya Allah, kami pun apa lagi, stop kereta, bertempiaran lari keluar.
Time tu
memang tak pandang cermin belakang dah.
Terus pergi menyorok dalam kedai.
Nasib baik masa tu, ada pak cik – pak cik
yang baru balik dari solat maghrib singgah makan di kedai tu.
So diorang yang
pergi halau penanggal tu balik.
Apa yang diorang buat lepas tu saya dah tak tau
dah.
Saya duk tenangkan kawan saya yang nanges dari tadi.
Terus cancel tengok
midnight movie.
Sampai sekarang saya tak dapat lupa muka
“layang – layang” tu.
Memang tak pergi dah Ipoh waktu malam. Trauma.
-Murni-
Ok...klu jalan batu gajah tu mmg scary...even sy org ipoh...g beraya umah kwn kt batu gajah...balik pkl 12 lbh...sepanjang jln sebijik kereta pn xde...mmg seram giler....masa dlm kete x benti baca ayat kursi....
ReplyDeletehuihhh aku yg baca pon lemah segala sendi...
ReplyDeletenauzubillahiminzalikk
uewww serammmm..berdiri diri bulu roma ku huhu
ReplyDeleteselalu je lalu kt seri iskandar-ipoh tu sbb kg kat batu gajah
Alhamdulilah tak pernah lg Nampak yg bukan bukan
mintak jauh laaaa
choiiiii!!! layang2 tengah2 malam...lepas ni sumpah layang2 yg orang main siang2 tu pon haku takmo tengok...hahaha
ReplyDeleteYang kawann ko tegur tu mengapa Murni Oiiii...urut dada urut dada urut dada..tengah baca dalam kereta jam 953pagi jumaat yang mulia...takutnya macam baca tengah malam...waaaa
ReplyDeleteciss, dekat pulak dengan tempat ai. huhu
ReplyDeleteAdoillaaaaa, dah laa area2 kampung kita nih! haih! haih! before kawen dah laa slalu balik dari Kl ikut jalan ni, lps kne kaco, trus xlalu sana dah. Nape tegurrrrr, dup dap jantung kita baca,
ReplyDeleteadik belajar kat uitm sri iskandar ke dik...adoiii..part yg ada kat seat belakang tu x tahan tu..
ReplyDeleteselalu terbayang keadaan ada makhluk kat seat belakang..tapi semak pikiran bila pikirkan time bila nak cabut seatbelt..nak tarik handbreak lagi..rasa nak lompat keluar je..
mak aih scarynya! sambil baca ni dapat bayang scene jumpa penanggal pastu lari pi kedai. mcm ada drama penanggal kat astro tu.. yg ada amy mastura berlakon kalau xsilap. tp yg cerita ko ni cerita betul. so.. mmg scary.
ReplyDeleteMoral of the story, nampak benda pelik-pelik, jangan ditegur. Pesan pada diri sendiri yang suka kepochi ni. Huhuhu.
ReplyDeletelike byk byk kat komen @nazieraNajuri tuuu..betul2x janganlaaa ditegur..kalau boleh buat buat tak Nampak jela walaupun Nampak.bia dia syok sendiri je terbang hahaha..adoii seremm.duk teringat je sebab selalu sangat lalu jalan ni
ReplyDeleteeh panjang plak komen.maaaaaf :D