17 November 2016

Expose Mistik : di peluk lembaga hitam

Hi Peej!

Amacam, gempak tak tajuk? Mih mih mih...

Aku pernah hantar expose mistik few years back.


Ok straight to the point.
Benda ni berlaku malam Isnin lepas. So sebelum aku terlupa jalan cerita mari ku kongsikan disini.

Ceritanya, aku terlelap awal dalam jam 9pm macam tu. 
Tapi terjaga lebih kurang jam 1pm sebab haus (and nak terkench)
Selesai menunaikan hajat, aku pun baring nak tidur balik kan.
Dalam pada aku nak cuba tidur tu, tetiba aku rasa badan ni kena peluk.
Terbuka luas terus mata aku! 
And biasalah kalau terjadi macam ni memang tak dapat buat apa.
Badan keras kejung nak gerak pun tak boleh. Nak jerit pun suara tersekat je.
Perlahan2 aku dapat rasa aku macam tenggelam ke bawah.
And aku dapat nampak seimbas lalu yang peluk aku tu macam figure berwarna hitam.
Memang tak nampak jelas sebab dia macam silhouette gitulah but still boleh nampak. 
Aku try baca ayat Kursi tapi tersekat sekat. Beberapa kali aku cuba still x boleh.
Until ada suara bisik kat telinga aku suruh aku bertenang and cuba recite balik ayat kursi perlahan2.
So aku tutup mata (struggle jugak nak tutup mata sebab tak dapat tutup..nak kelip mata pun tak boleh) and try recite sekali lagi.
Demi je aku baca ayat kursi yang pertama 'Allahulaa ila ha illa huwal hayyul qayyum...' serta merta terasa panas kat tempat yang kena peluk tu.
Aku teruskan baca sampai ayat akhir 'wala ya 'udduhu hifzuhuma wahuwal aliyul aziim' baru terasa takde dah kena peluk.
Sepanjang aku baca ayat tu panas jangan cakaplah. Membahang!
Sampai aku berpeluh peluh.
Lepas tu aku tukar baju semua and baca ayat 3 qul sebelum sambung tidur..alhamdulillah takde apa dah.

Nasib jugak aku ni bukan kategori penakut melampau.
Kalau tak maybe berjaga je sepanjang malam lepas kena tu.


Ok itu je. Harap sudi publish :)


Thanks Peej!


Linda

29 September 2016

Expose Mistik : Layang-layang di jalan gelap.

Salam Kak peej,

Saya hantar cerita lagi. Masa saya kecik dulu kisah ni.

LEMBAGA ATAS BUMBUNG

Saya ni dikurniakan Allah s.w.t kebolehan. Saya boleh nampak dan rasa benda tu sekitar saya dari  saya kecik lagi. Dulu time kecik, saya selalu nampak benda yang orang lain tak nampak. Orang cakap, best la boleh nampak. Anugerah tu.. Haa yelah kau anugerah.  Nak g mana pun tak boleh. Asyik nampak je. Kalau muka handsome macam Aaron Aziz, takpelah kan.. kikiki
Dulu kan masa kecik, kejadian ni adalah pertama kali saya nampak lembaga dengan sangat jelas dan ingat cerita ni saya ingat sampai ke besar. masa tu umur saya lebih kurang 4 atau 5 tahun, kami sekeluarga balik kampung. Kami sampai di kampung waktu malam. Bila dah sampai ke perkarangan rumah atok, mak saya suruh saya dan abang ambik barang kat belakang kereta.
Keluar aje dari kereta,saya ada perasan satu lembaga atas bumbung jiran. Tak bergerak dan dalam keadaan duduk sambil kaki terjuntai ke bawah. So saya tanya mak, “Mak, kakak nampak ada perempuan duduk atas bumbung rumah tu. Kenapa dia duduk situ mak? Sejuklah malam-malam ni. Dia tak sejuk ke?”.
Mak saya cakap, “Rumah die takde aircond”.. Pastu laju je mak saya dukung saya bawak masuk dalam rumah. Saya pun yeke. Kecik kan waktu tu. Mana nak tau. Apa yang mak cakap kita iyekan je la. Abah terus ambil barang kt bonnet kereta cepat-cepat dan suruh kami sekeluarga basuh kaki. Abah pasang ayat ruqyah malam tu.
Bila beransur tengah malam, ada orang ketuk pintu. kuat sangat. Ketuk pintu kayu rumah kampung kan. Bergegor rase umah atok malam tu. Tapi abah tak bagi sapa bukak. Lepas tu abah menjerit, "Allah hu Akbar, ni bukan tempat kau, Allah hu akbar". Saya dengan abang dah start menangis-nangis dah sebab takut dengar abah jerit macam tu. Tapi mak dengan opah duk tenangkan kami.
Abah dengan atok tabur garam keliling rumah dan azan setiap penjuru. Baru la "dia" tak ketuk-ketuk pintu lagi.
Tiba-tiba pukul 3 pagi saya tersedar. Saya  boleh dengar apa yang makhluk halus tu cakap dan panggil nama saya dan suruh saya buka pintu. Rasa macam dekat sangat suara tu. Uwaaa.  Ni yang saya paling tak suka sekali kak. Takat nampak je tu ok la kan.. Ko nak lalu, lalu la saya pandang tempat lain. Takde la nampak ko. Tak menggangu hidup aku. Ni main bisik2 pulak. Main panggil nama kite plak. Saya pejam kan je mata saya sampai tertidur. Berpeluh - peluh saya tidur malam tu. Rasa waktu malam tu panjang sangat.
Bangun je pagi tu, saya cerita dekat mak yang saya dengar ada orang panggil saya dan suruh saya bukak pintu.
Abah cakap, " Kak, apa yang kamu nampak atas bumbung tu pontianak. Dia nak la kawan dengan kamu sebab sebelum masuk rumah kamu tegur dia"
Thanks
 -MB-

08 September 2016

Expose Mistik : mimpi

Salam peej dan pembaca blog peej,

Saya nak share cerita yang baru aje terjadi pada saya minggu lepas. Saya ni jenis suka ati je nak tido cemana. Maksudnya, kekadang tido kepala mengadap kiblat, kekadang tido membelakangkan kiblat. Kekadang tido meniarap, menonggeng. Eh, pendek kata ikut dan saya la. 

Kisahnya malam jumaat minggu lepas. Saya tido mengadap kiblat. Sebelah kiri saya dinding, sebelah kanan ada meja sisi katil. Malam hari-hari biasa, saya tido mengadap meja sisi. Tapi entah cemana malam tu terasa selesa pulak bila mengadap dinding. Maka lenalah saya diulit mimpi yang tak berapa nak indah sangat.

Dalam mimpi tu, saya duduk di rumah family kat kampung. Suasana pada waktu itu (dalam mimpi) adalah waktu maghrib. Mak dan adik saya nak keluar pergi beli barang-barang dapur. Lepas diorang keluar dari rumah, saya pun keluarlah pergi tutup pintu pagar rumah. Otw melangkah nak masuk rumah, saya terlanggar pasu bunga mak saya. Lepas tu, keluarlah serangga-serangga yang berkampung kat bunga tu dan menggigit muka saya sampai muka saya terasa gatal-gatal yang teramat sangat.

Masa tu hanya saya dan anak sedara saya je yang ada kat rumah. Saya cepat-cepat masuk dalam rumah dan memanggil anak sedara saya tu. Bila saya melangkah ke dalam rumah, terus suasana rumah jadi kelam dan suram. Macam ada 'benda pelik' nak masuk dalam rumah. Saya terus mintak anak sedara saya untuk carikan Al-quran sebab on that time, saya dah rasa tak sedap hati. Nasib baiklah anak sedara saya jumpa al-quran dan muqaddam. Dia pegang muqaddam, saya pulak pegang al-Quran. Masa saya dan anak sedara saya melangkah untuk masuk dalam bilik, tetiba anak sedara saya peluk saya dari belakang dan menjerit,

"Angah, takuttt!! Ada hantu kat depan!!"

Saya terus melaungkan Allahu Akbar banyak kali. 

Lepas tu saya terjaga dari tidur tapi saya tak boleh bukak mata. Saya tahu saya dah tersedar dari mimpi tapi mata saya masih terpejam. Pada masa yang sama, saya dapat rasakan ada sesuatu yang 'memeluk' saya dari belakang. Makin lama makin kuat pulak pelukan dia tuh... . Sekali lagi, saya laungkan Allahu akbar dalam keadaan mata terpejam. Tapi 'pelukan' tu masih tak terlerai. Hoii, main kasar dah ni. Tau la malam tu malam Jumaat. Saya terlintas nak baca Ayatul Kursi. Masa saya baca ayat Kursi tu, saya terasa seolah-olah 'benda' yang memeluk saya tu menolak badan saya dengan kuat banyak kali sampaikan saya rasa terhimpit ke dinding. Marah leerr tuh. Kepala saya pun start jadi pening. Tapi saya tak hiraukan tolakan tu. Saya tetap baca ayat kursi tu sampai habis sebanyak 2 kali. Lepas tu barulah saya rasa pelukan tu beransur hilang dan saya pun dah boleh bukak mata.

But still masa tu, saya mengadap dinding. Takut nak tengok kat belakang. Kang kalau tetiba ada 'benda' tercongok kat belakang, tak pepasal je saya terkena heart attack kang. Ada la dalam 30 minit gak saya terkebil-kebil pandang dinding tu. Bila dah agak-agak berani, barulah saya toleh kat belakang. Nasib baik takde pape. Cuma lepas tu belakang badan saya rasa kebas-kebas dan lenguh.

Selama ni saya biasa dengar orang kena tindih je. Malam tu saya kena peluk pulak. Haih, takde partner nak melaksanakan tugas-tugas malam Jumaat ler tuh. Sebab tu 'dia' datang peluk saya dengan harapan saya bagi respon lettew. Sekali, saya baca ayat Kursi daaa.... hahah...

Tapi yang saya concern kan sangat adalah maksud disebalik mimpi saya tu. Macam pelik je mimpi macam tu. Siap muka saya kena gigit serangga lagi. Kenapa serangga tu tak gigit bahagian lain je? Ada sesape yang pandai tafsir mimpi tak? hewhew... Maaf peej. lari topik lak. Ahakss...


-DianaAziz-

11 August 2016

Expose Mistik : Anugerah

Assalamualaikum sis
Saya dyla. Ada beberapa kisah mistik saya nak kongsikan utk ruangan expose mistik nie..
KISAH 1: (Kolej,2010)
Masa tu saya sem 3, igt lagi waktu tu petang saya ngn budak2 umah (ira,akma,leha,mira, ain) lepak kat kerusi batu luar umah. Datang la ketua unit 1 umah nie(yg kena gangguan) join lepak. So kteorg Tanya la ape yg dh jadi dalam umah dia..dia pun bercerita la yg benda tu menyerupai budak dlm umah dia tu dan ada mcm2 lg la…. Dah nak masuk maghrib kteorg pn suma masuk la unit masing2. kterog sambung la story kat dalam umah plak. Lepas je azan saya pn mandi (tgh period masa nie) sebelum tu time saya tgh jalan nak g toilet tiba2 tgn saya mcm ada bnda selisih. Saya rasa angin kat tgn kanan saya tu. tgh2 mandi ja  Tiba2 saya dengar budak2 lain panggil saya suh kuar dri bilik air. Dtg2 je kerusi study yg saya dah susun tiba2 dah jatuh. Kawan saya cita la, dia ngn sorang lgi nie just ckp je” jangan la ganggu dieorg bagi la dieorg belajar dgn tenteram’’ abis ja ayat tu terus dgr bunyi kerusi jatuh padahal xde sape pn kat ruang stdy masa tu. Masing2 dh cuak. So kteorg decide nak story kat budak umah yg lain pasal bnda nie. Malam tu bdk bilik 4 unit saya kena. budak tu mulanya macam marah2kan bnda tu sekali rambut dan rantai yg dia pakai kena tarik. Malam tu buat pertama kali umah kteorg jadi tumpuan. Start kejadian malam tu lepas tangan kanan saya selisih tu smpai ke arini saya dapat rsa bnda tu ada. Bila ada ja tangan kanan saya akan membengkak dn kebas.

KISAH 2 : (tempat praktikal,keja sambilan 2011-2013)
Dalam bulan november saya start praktikal kat ofis kerajaan  di penang. Masa awal2 tu xde la kena apa… lps saya ditawarkan keja sambilan saya kerap diganggu. Mulanya tu saya dh start rasa xsedap hati dari rumah lg. kaki nie berat ja nak pegi opis pagi tu tapi saya lawan dan pegi jugak. Dalam hati masa tu asyik rasa takut ja tapi xtau kenapa. Masa smpai kat opis tu saya berdoa la nnti nak naik mintak2 la ada org lain sama akan naik. Tapi malangnya mmng xde sorang pn staff yg ada masa tu. Naik la sorang2 dah la tingkat 49. Masa dalam lift tu berdoa lg mintak2 la guard ada atleast kalu apa2 leh mintak tlg dia. Sekali guard pn xde and opis gelap. Masa tu dh pukul 7.20pagi. saya jadi hairan sbbnye selalu saya dtg 7.15 dh penuh org n opis dh cerah… tapi xpe la saya tgu smpai staff lain dtg bru nak masuk sama2…. Dri 7.20 nak ke 7.30 tu saya tgu rasa mcm dh sejam. Tetap xde org dtg lagi. Akhirnya saya kuatkan semangat buka jgk pintu opis tu, bila buka ja saya rsa berangin semacam. Dgn rasa takut saya masuk buka suma lampu2 then tunduk nak simpan bag dlm laci.. bila saya angkat ja kepala lembaga hitam melintas (slow motion ok) masuk dlm bilik photostat. Kaki nie xyah ckp la mcm dipaku kat situ.. xleh nak gerak langsung.
Lepas kejadian tu saya kena lgi, tapi kali nie dalam bilik bos(saya ganti PA). bos saya cuti sbb sakit (buatan org). jadi saya xde la bnyk keja sgt msa tu. Tgh2 layan fb nie tangan kanan saya kebas… saya dah mcm xleh nak ddk dh mcm ada ja nak kena nie tiba2 dinding(tapi guna papan) kat belakang saya nie mcm org jentik. Mula2 saya biar je la sbb igtkan sbb ada org jalan dia bergegar ke kan….tapi makin lama makin kuat.. bila kali ke3 tu brtambah kuat saya buka la ayat al-quran kat PC xsmpai 5 minit buka PC saya terpadam sendiri. Apa lg saya cabut kuar trs dri bilik tu… bukan itu ja saya Nampak kelibat xde kepala melintas dlm bilik bos waktu tengah hari. lepas kejadian tu saya xdiganggu lagi tapi saya mendapat mimpi. dalam mimpi tu seolah2 memberitahu ada bnda kat meja dan belakang pintu bilik bos saya tu dan itu menyebabkan dia xboleh langsung buat keja kat situ. Bayangkan saya masuk bilik tu saya rsa panas sgt2 tapi orang lain masuk bilik tu rasa sejuk sgt2 siap ada sorang sis nie pakai jaket tebal lagi. Lepas saya tamat kontrak sambilan disitu, saya still contact dgn staff kat situ dan dieorg cita bos saya kena rasuk kat situ dan dieorg ada panggilkan ustaz berubat disitu dan ustaz tu ckp bnda tu mmng ada kat meja dan belakang pintu bilik dia….


KISAH 3 : (opis, 2012)
Masa nie saya still sambilan di bangunan yg sama Cuma tingkat lain. Kali nie staff xbnyk mcm opis sebelum nie. Macam biasa la saya la org pertama yg akan smpai opis dlu. Pagi tu mcm biasa la saya smpai buka PC kemas bilik bos then baca paper online…. Perasaan saya pagi tu rsa xbest tapi xtau kenapa…. Saya buat xtau tgu la staff lain smpai… tgh2 relax nie mata saya terpandang sharpener (yang asah kuar dia pnya habuk tu) kat hujung meja  tiba2 dia bergerak sendiri. Terkedu saya time tu nak bgn x boleh. Nasib baik la x smpai 5 minit ada staff dh masuk… 
*tu la serba sedikit cita saya, ada lagi nanti saya kongsikan. Skrg nie bukan setakat rasa kehadiran bnda tu tapi saya mendapat petunjuk melalui mimpi. Alhamdulillah mungkin ini 1 anugerah allah buat saya

- Dyla

04 August 2016

Expose Mistik : Histeria

Assalam and hai kak peej.

Ok nama saya Diya and i'm 16 years old(2016). 
Ceritanya cenggini, saya nie bersekolah smk biasa takde asrama. 
Sekolah nie baru ditubuhkan dlm 7/8 tahun gitu dan takde pape bende berlaku like HISTERIA. 

Ok main storynye ialah HISTERIA . Bende nie berlaku tahun lepas(2015). 
Dan one of my classmate yg kene histeria tu, name dia Ani(bukan nama sebenar). 
Nak jadi cerita yg masuk badan dia nie 'ketua bende' tu. 
Bende nie jadi sebab pengetua kite org nie dia pecahkan salah satu pintu makmal skolah kite org, katenye tu tempat 'bende' tu, yelah cuba rumah kite kene roboh sape tak marahkan.

Saya ingat lah lagi mase tu waktu sains, si Ani nie dia gi tandas, dan ajak lah Hajar. 
Tetibe je hajar nie berpusu-pusu masuk makmal *time tu kt makmal* pastu hajar ckp lah yg Ani pengsan depan tandas, hajar pon ajak lah Nana si kak yong kiterang nie angkat Ani nie pegi bilik ape tah tak tahu yg pasti cikgu suruh dia berehat. 



Esoknya seperti biasa sekolah lah kan, Ani nie mmg kaw kaw lah dia kene histeria tu kt dataran sekolah jadi cikgu kite org kumpul kan kite org kt pusat koko *lebih kurang dewan*. Pendek cita cikgu suruh lah selawat, zikir, baca yassin bergroup DAN jangan menangis atau termenung mmg senang lah bende tu nak masuk. 
Ada pengawas2 yg angkat Ani nie gi surau sekolah. 
Surau tu dgn pusat koko takde lah jauh mane, mane taknya suara Ani menjerit dengar jelas kot *bukan suara dia rasanya* . 
Cikgu2 pon call lah family Ani nie, rupenye Ani nie mmg penah kene, so senang lah bende nie nak masukkan. 
Time tu ramai Darul Syifa' datang nak merawat Ani nie, ade gak pawang2 taman yg dekat2 sekolah nie. 

Berbalik kt pusat koko tu, time tu lah sorang2 nangis lah menjerit lah and sorang dari kawan kite org, kite org panggil dia Yah. 
Yah nie senyap je mata merah habis , bibir pulak mcm kene gam, tgk dia mcm tu nak nangis tapi tahan sbb taknak jadi mcm yg lain2. 
Rupenye Yah nie nampak lembaga besar kt blok makmal, pusat koko nie atas kantin berdepan dgn bangunan makmal.

Sebenarnya ada bende lupe nak cita, sebelum Ani nie kaw kaw kene histeria tu, kite org satu class kt kantin, ade pulak budak form bape tah kene sampuk, pastu cikgu kite org suruh lah baca ayat kursi, tapi Ani nie dia diam semacam sambil main pen yg pusing2 kt jari tu. 
Nana si kak yong nie pulak pergi terperanjat kan Ani tu sambil cakap "ASSALAMUALAIKUM ANI" . Ani nie ape lagi mengamuk sbb bende tu dah masuk kt badan dia, dia tolak Nana tu. 
Nana pon marah dia tolak lah Ani tu smpai jatuh *gedebuk* . Dan start lah dia meracau.
Nana nie gi lah surau dgn kawan dia, mase tu dia cakap tangan yg tolak Ani tu sakit mcm urat tegang tak boleh gerak langsung. 

Pastu kt dlm surau tu, Ani nie nampak Nana tu dia cakap lah "kenapa tangan kau? Sakit kan? Aku dah letak bende tu kt tangan kau!" 
Kau raseee??  Dah lah mase tu lagi berape minggu nak amik pt3, tension kot dgn tak blajar satu minggu sebab bende nie. 
Akak2 dgn abang2 yg tengah trial SPM pon tak tenang nak jawab. 
Lepas beberapa minggu tu Ani tak dtg skolah dan tak amik pt3 selagi dia belum sihat. 
Oh lupe, bende tu marah sbb tempat dia kene kacau, pastu ade pulak cerite2 ckp tu Atok, Nenek dgn Cucu. 
Ahli darul Syifa' nie dia pagar lah sekolah kita orang. 
Dan semuanya beransur pulih, Alhamdulillah. 

Sekarang nie cikgu2 murid semuanya dah fobia bila dengar org menjerit, yelah kot2 ade ke kan. 
Okk ituje yg nak disharekan, tahu tak seram mana hehe enjoy your reading.

-Nadia

28 July 2016

Expose Mistik : Highway

Salam Kak Peej,
Saya baru terjebak dengan expose mistik akak ni. Dah habis baca dah semua post tagged expose mistik. Hihi.
Ok saya ada satu cerita la pasal hantu ni. Bukan terjadi pada saya, tapi kena dekat tunang saya ketika itu (sekarang suami). Kejadian berlaku sekitar bulan Oct 2014.
Pada Ogos 2014 tunang saya dapat tawaran kerja di Johor. So dia berpindah la dari Kl-Johor. Sementara saya tinggal la sorang-sorang di Kl. Jadi setiap minggu tunang saya akan ulang alik dari Johor-Kl nak jumpa saya. Biasanya hari jumaat lepas kerja dia gerak ke Kl, then Ahad malam di balik ke Johor.


Ada satu minggu tu tunang saya gerak dari Kl jam 11 malam. Kebetulan sampai di Senawang ada exciden depan mata dia plak, orang yang kena langgar tu meninggal. Dia berhenti tengok kejap, then teruskan perjalanan. Jadinya sampai dekat area rnr ni dalam pukul 2 pagi macam tu. Masa tu jalan sunyi, yela sebab dah tengah malam kan. Then tiba kat satu tempat ni tunang saya nampak hantu takda kepala duduk atas divider. Tunang saya apa lagi pecut la kot-kot benda tu kejar kan. Dah tak berani dah nak pandang belakang sebab takut la benda tu duduk seat belakang ke apa.
Sampai kat rumah tunang saya tidur then subuhnya baru call saya bagitahu dia dah sampai Johor and cerita semua tu. Sejak dari tu tunang saya memang tak berani dah nak travel malam. Kalau nak gerak balik, dia akan gerak sebelum maghrib.
Sekarang setiap kali lalu kat tempat tu dia akan tunjuk situ la tempat dia kena kacau. Sampai saya dah tahu sangat dah tu tempat dia kena kacau. Hihi. Tu je kak peej. Takda cerita suspen pun. 
TQ

Ariana

19 May 2016

Expose Mistik : nenek kebayan

Salam Peej,

It just happened. Last Night 22/2/2016.
Benda ni start dari kisah my mom yang selalu sakit and since arwah abah i meninggal, condition my mom drop sampai orang kata semangat dia hilang. My mom ni selalu laaa kena santau since dia muda. I pulak anak perempuan bongsu, so everytime my mom pergi berubat dia akan heret i sekali. Recently, my brother recommend satu tempat ni (ustaz and his wife). Abang i suruh i berubat sekali. I cakap i x sakit, kenapa nak berubat (sebenarnya i belom kahwin, adik bradik yg lain semua dh kahwin) so motip abang i tu ofcoz laa pasal jodoh. huhuhu... So i just cakap taknak. Biar my mom je lah. hehehehe...

I bukan xnak, i cakap dengan kakak i. I dah penat ikut my mom berubat, silap haribulan i pon boleh ubatkan orang..hahaha
So lepas berubat orang tu cakap my mom ada saka. Oh my..... So dia cakap dia boleh keluarkan tapi saka ni akan cari waris yang lain. Katanya saka ni pasal perjanjian orang dulu-dulu. entah, x berapa nak paham. Buat-buat x paham sudah. huhu

So, after 2 kali my mom berubat. I dengan kakak i start laa risau. Eh kang saka ni cari salah sorang dari kitorang pulak. Nak dijadikan cerita, i dengan kakak pon setuju nak pergi berubat (kitorang cakap nak pergi scan, kot2 orang tu nampak saka kat kitorang ke) hehe

Kakak i ada mengadu dengan i, sejak seminggu lepas my mom berubat. Dia cakap dia start mengantuk time maghrib. Pastu dia cepat letih. Then, masa Ustaz tu azan, wife dia (kak N) boleh nampak. Habis je azan, dia cakap kakak i ada saka. And..............................Kak N nampak nenek kebayan dekat i... Ya ALLAH...!! Padahal i tgh tunggu turn nak "scan". Cepatnya Kak N nampak.. huhuhu. Bila kakak i dah settled, i pon duduk atas sejadah. Kak N cakap, Nenek Kebayan ni memang duk bergayut kt pinggang i. Kak N tanya pinggang sakit tak? Like seriously, almost every night kot sakit pinggang. Suruh my mom pijak. Dia punya sakit tu macam lenguh. Nak tercabut tulang rasanya. Tu yang Kak N cakap memang laaa nenek ni berpaut kt pinggang. Kak N tanya, malam ada mimpi ke, I cakap xde pulak. Ada rasa orang peluk tak time tido? sebab malam-malam nenek tu pelok i. OMG...rasa nak melompat dengar. Arghhhh...stressed + seram kejap!

Kak N cakap lagi, biasa "Kawan Lelaki" mesti kawan sekejap then terus senyap kan? I agreed lah..Sebab semua macam tu. I xde gaduh xde isu tetibe smua jauhkan diri and gone. Kak N tu cakap, sebab sekali dorang tengok i, memang muka i. Lama-lama dorang tengok i muka nenek kebayan. Sebab tu dorang takut dan terkunci mulut nak bagitahu. ALLAHURABBI..Terus i imagine dorang mesti cepat2 nak hantar i balik lepas dating sebab takut tengok muka i...kah kah kah.. eh, tergelak pulak. Nasib x kena tinggal tepi highway. hahahaha

I pon recall, about 6 years ago. Kawan i pernah ajak i mandi bunga dekat rumah aunty dia. Area Kuala Kubu Baru. Katanya mandi bunga ni untuk bagi aura kat kita. Tapi masa mandi bunga tu makcik dia "menurun" jadi nenek kebayan. Masa menurun tu, siap bergurindam ala-ala nenek kebayan yang selalu jaga puteri-puteri tu. And nenek tu yang mandikan i, siap kena marah lagi sebab pakai seluar. Hehehehe..Kalau boleh biar pakai kain batik, katanya..Nasib kau lah nenek. Bila ingat yang tu terus i cakap dengan Kak N.

Kak N bagitahu, kalau nak berubat pon kena tengok jugak. Kalau mencurigakan dan tak guna ayat-ayat suci AL Quran,lebih baik elakkan. Kak N cakap mungkin aunty kawan i tu dah terlalu ramai yang berdamping, so dia macamn nak transfer nenek tu kat i. Cisss betol... Sebab nenek tu cakap kat kak N, dia disuruh jaga saya and dalam masa yang sama dia nak berdamping dengan saya. Sampai dia xbagi mana-mana orang lelaki dekat dengan saya. huhuhuhu...

Sekarang ni, Kak N dah amik nenek kebayan tu. Dia suruh saya berdoa dan berserah pada ALLAH SWT jgk. Tapi next week kena ulang lagi berubat tu. So sekarang masih dalam rawatan. Mudah-mudahan hilang laaa nenek kebayan tu daripada saya. Dan semoga saya sembuh dan dpt jodoh yang baik. Amin, mohon peej and readers aminkan ye.

P/s: Susah jugak orang nak percaya benda-benda ni, tapi makhluk istimewa ni memang wujud. Saya rasa Kak N tu insan terpilih sebab ALLAH bukak hijab pandangan dia. Tapi scary jugakkan sebab boleh nampak..hehehe.. ok lah peej, nt ada masa saya share pengalaman my mom pulak. 




 
Regards,
Juliana Abdul Rahman

28 April 2016

Expose Mistik : Nak Aiskrim

Assalamualaikum peej...

Sambungan dari ops mistik 'nak aiskrim..'


Kami pun sepakat berpindah ke rumah sewa baru.
Rumah sewa ni end lot, kami semua duduk 7 orang termasuk 2 orang baru.

One weekend ni, semua nak balik, diaorang dah siap packing barang.
Excited sangat.. mencik!
Si Dayana siap pesan "Jaga GJa tu elok-elok, jangan bagi dia keluar time senja, dia period tu!"

So tinggallah i dengan GJa jek kat rumah tu.
I semangat setiakawan membara. 
Rumah i dekat but then kenangkan GJa, nak angkut balik, malas.. hehe..
Lagipun kesian dia, kampong dia jauh.

Petang tu kami lapar, malas masak. 
Beli tapau makanan je kat kedai depan.
Balik tu singgah kedai runcit beli jajan.

Makan-makan pastu lepak luar, masa tu dah pukul 630pm camtu.
GJa bawak basikal pusing-pusing area taman.
I is tak reti bawak basikal... ='(

Lama nau kat luar masa tu jerit kat dia, GJa da balik cepat dah senja ni.
GJa degil. Ngade jek.
Last i masuk rumah sorang.

Maghrib tu, settle solat sume kami terdampar depan televisyen.
Tengok Doraemon dengan Crayon Shin Chan.
Terkekeh-kekeh kitaorang gelak.

Pastu i baca komik, GJa duduk pelok Teddy Bear besau dia.
Kami still depan televisyen.

Tiba-tiba GJa cakap dengan I
"Ima, kau ada panggil nama aku ke tadi?"
I jawab
"Bila masa aku panggil kau?, mana ada"
......

Then GJa lari masuk bilik.
Dalam hati I, apahal lah pulak budak ni.
I biarkan dulu, malas amik port.

Lama lepas tu, i check dia dalam bilik.
I panggil nama dia 
"GJa... oooo... GJa..."
Gja tak menyahut.

Ah... sudah....
Kena lagi ke dia ni...
Adoila... dah la aku ni sorang !!!!!

Muka GJa da berubah.. Garang air muka dia.
Mata melilau..

Menggigil I waktu tu.
Aduh... Sapalah aku nak contact memalam ni.
Teringat classmate lelaki.
Rasa diaorang ada tak balik kot.

Cepat-cepat I call.
Tak lama tu 3 orang classmate lelaki ni datang.
Memasing semua takut nak masuk rumah.
Takot papehal...

Yang sorang call ustaz.
Baik ada, tapi amik masa ustaz nak datang tu.

Sementara tu yang sorang lagi pegi panggil budak-budak student lelaki & perempuan lain..
Sebab da cuba tarik GJa, khudrat dia memang kuat sangat.

GJa dah start meracau, mengilai.
Sayu suara dia.
Kami cuba baca Yasin, ayat Kursi.
Masa tu dalam bilik lagi.

Ustaz datang.
6 orang budak lelaki kot yang cuba bawak keluar GJa ke hall masa tu,

Ustaz mula berdialog dengan "Benda" yang rasuk GJa tu.
"Benda" tu degil, taknak keluar.
Bertarung ustaz tu selama beberapa minit.
Ustaz arahkan kami teruskan bacaan Yasin.

Ustaz sentap kaki GJa.
Ustaz ambil lada hitam picitkan kat ibu jari GJa.
Ustaz hempok belakang GJa.

Tak lama tu, GJa lemah, terbaring.
Kesian dia lemah badan dia.
Ada kesan lebam pada badan GJa.

Malam tu I minta tolong pada budak perempuan rumah lain, temankan kami sampai pagi.
Tak berani babe... 
Ilmu tak penuh di dada
kalau jadi balik, naya I..

Keesokkannya...
GJa okey, tapi still lemah.
GJa cerita kat I memang ada benda yang panggil dia.
Lepas tu dia terus tak sedar.

"Benda" tu tersuka dengan GJa
Kulit GJa flawless, takde parut apa pon.
Macam baby.
Sebab tu 'Dia" rasuk GJa kot..

Wallahuallam...







21 April 2016

Expose Mistik : Rambut

Assalamualaikum Kak Peej..

Saja nak cerita sikit pasal pengalaman masa kecik2 dulu..

Kisah 1:

Masa tu umur dalam 10-11 tahun waktu cuti sekolah.
petang tu pegi mandi air terjun dengan kakak-kakak saya.
malam tu saya tidur dengan kakak saya la. tidur atas toto je. rumah kayu masa tu
mula2 saya tidur mengiring ke belah kakak. bilik tu gelap sangat memang x nampak ape.
tengah malam tu terjaga and saya baring telentang plak.
sekali tangan gatal letak luar dari toto pastu saya rasa ade rambut kat atas lantai.
saya pun gerak kan tangan nak pastikan ape benda ni sebab mamai lagi waktu tu.
pastu pegang2 memang betul rambut. kasar and banyak.
at first blur lagi and fikir rambut kakak saya kot.
then terfikir. eh, kakak tidur belah kiri.. yang rambut ni belah kanan saya.
terus terdiam and pusing ngadap akak saya and selimut 1 badan. 
punya la risau kalo 'empunya' rambut tu datang dekat..huhu.
nasib baik xde pape jd malam tu..
 

Kisah 2:

Ni masa form 4. saya duduk asrama. waktu tu rapat dengan sorang kawan ni.
die ni selalu kena tindih sume la. even tidur kat meja class pun pernah kena.
so waktu tu die selalu ajak saya tidur dengan die sebab die takut.
ade 1 malam tu paling teruk la die kena kacau.
die kate die nampak ade perempuan masuk dekat tingkap and berdiri/ terapung dekat loker tengok je die.
x lame pastu bende tu tindih die. die pun struggle nak bangun and kejut kan saya.
kitaorg tido silang tangan n kaki sbb kalo sorg bergerak lg sorg pun akan sedar..
pas saya pun tersedar die citer la kat saya. so kitaorang amek air yassin minum sikit pastu baca ayat2 sikit.
pastu saya pun tidur mengiring ke arah kawan saya tu.
dalam nak terlelap tu sekali bende tu marah sebab saya tolong kawan saya, die datang hempap saya plak.
saya dapat rasa die punya rambut and tangan kat leher saya.
saya pun cepat2 azan dalam hati and baca ayat2 sikit.. berpeluh la jugak malam tu. hehe

tu je nak citer.. hehe. sorry sebab xseram mana pun and sorry kalo ayat berterabur sume..

peace,
J

14 April 2016

Expose Mistik : Selamba Badak

salam peej, 
too be honest this first time I read your blog, and I was like "bapak best ada port cerita seram", sebab I dah lama nak cerita kan kisah I. hehe.

cerita asrama memang tak dinafikan lah kan memang akan ada kisah-2 yang tk diduga tu like i pun tak duga lah jadi kat i sebab i mmg tak amek port pun kisah2 dorang sebab i focus dekat belajar (konon) hehe , i belajar dekat satu kolej area cheras and tempat tu tak pernah lekang dari usul2 agama, pagi petang siang malam sentiasa ada nilai-2 islamik. 

kat asrama tu memang selalu sangat ada kes-2 histeria, so my feeling mcam dorang ni buat-2 ke.
kebetulan malam final exam paper last level i ada sorang kena histeria bilik hujung , i bilik tengah. memang semua orang dok pakat-2 nak tengok lah what happen i buat dono sebab "hello esok final paper" hehe.

okay i study sampai 12 malam and decide untk tidur sebab nak fresh masa amek paper. so semua roomate i pun tidur dengan nyenyaknya. ke tiga-2 roomate i pernah cakap kalau nak g toilet kejut dia, jeng jeng bila nak climaxs, hahahaha . nak dijadikan cerita i tersedar pada jam 3 pagi lah macam tu sebab tertiba sejuk nak terkucil , i decide kejut roomate i tapi sorang pun tak tergerak sebb dorg mmg tidur mati, haha but tak kesah sebab dont care kata kau . i pun berjalan lah ke toilet yang nun jauh bakhang ke bilik hujung. dalam perjalanan i disapa oleh sesorang yang i kenal like cakap "hey tak tidur lagi nak g toilet ke?" sambil duduk sidai baju tepi ampaian (sipolan pakai baju tidur wana putih) and i pun jawab lah "hey sipolan tak tidur lagi? haah nak g toilet nak terkucil". i tak pikir lah logik ke tak dan terus ke toilet.

lepas je dah lega i keluar dengan keadaan mengantuk ya tuhan , i nampak sipolan kat tempat yang sama sambil senyum and tetiba i terfikir kenapa sipolan ni , on the phone ke? and i cakap "goodnight sipolan i nak tidur dah, assalamualaikum," dan maju ke bilik tanpa mendengar kata-2 sipolan seterusnya.

paginya i pegi bilik sipolan dan tanya , "kau buat apa malam tadi tak tidur siap sidai baju pulak "
si polan jawab "kau ni jangan takutkan aku roomate aku dengan aku dah tidur pukul 11 malam lepas histeria tu ", sudahnya i muka kelat palat semua ada. habis siapa malam tu?!. 

hehe sorry peej kalau story i tak best. buts its real. xoxo izz

31 March 2016

Expose Mistik : hanan ke?

Assalammualaikum peej.

Nak share pengalaman mistik yang baru je berlaku malam ahad aritu. 

Dalam pukul 9 malam aku bawak baby (umur 4 bulan) masuk bilik. Niat nak tidurkan baby. Husband and anak sulung (Hanan) tengok tv kat hall. 

Disebabkan husband nak tengok rancangan seiras seirama, jadi dia angkut la tv lama kitorg bawak masuk bilik untuk aku tengok cerita korea. Sambil tidurkan anak boleh lah tengok tv sama. Hanan pulak kerja asyik keluar masuk bilik sebab nak mengacau baby. Dalam pada tu aku ikut terlelap sama. Lampu masih terang benderang. 

Lebih kurang pukul 11.30 macam tu (sempat tengok jam) aku terjaga sebab Hanan masuk bilik baring sebelah adik dia sambil susu botol. Disebabkan dia memekak je sampai adik dia bangun, jadi aku panggil husband bawak dia keluar dulu.

Lepas diorang keluar aku baring mengiring nak tidurkan baby semula. Tiba-tiba aku rasa macam Hanan baring menghimpit bawah kaki aku. Dalam hati 'eh bila pulak budak ni masuk. Tak dengar pon suara dia'.  Selalu mulut dia riuh tanya mummy dah tidur ke? Baby dah tidur ke?

Tapi 'dia' tak bersuara. Cuma makin lama makin kuat menghimpit aku. Menonggeng-nonggeng kat betis aku. Macam yang Hanan selalu buat. Aku boleh rasa badan 'dia' memang menyerupai Hanan.

Aku cuba nak bangun tapi tak boleh. Sebenarnya aku nak suruh 'Hanan' keluar jangan bising-bising dalam bilik. Adik nak tidur. Tapi aku tak boleh nak bersuara. Pelik, badan aku pon tak boleh gerak. Nak menoleh pon tak boleh. Eh dah kenapa niii??!!  Tapi aku boleh nampak jam kat dinding tu pukul berapa, pandang pintu bilik, and dengar suara husband kat luar. Seolah-olah aku bukan bermimpi. Macam alam nyata. Mula-mula aku memang nak biar je, tapi bila dengar suara Hanan tengah bergurau dengan husband kat luar baru lah aku sedar yang tengah menghimpit aku tu bukan anak aku. 

Allahuakbar! 

Aku cuba panggil husband tapi suara tak keluar. Dalam hati aku cuma sebut Allah. Allah. Allah. Berkali-kali. Aku cuma boleh pandang je pintu tu, harap-harap husband or real Hanan masuk bilik. Tapi aku cuma boleh dengar diorang berdua tengah gelak-gelak sakan bergurau kat luar. Sampai lah aku dapat kekuatan untuk baca ayat kursi. Habis je baca ayat kursi tiba-tiba 'dia' terus hilang. Aku terus tersedar, terus terduduk. Aku tengok jam pukul 11.45. Betul macam yang aku nampak dalam mimpi tu. Termenung aku sekejap. Sebab rasa pelik sangat. Aku ni mimpi ke apa sebenarnya? Macam separa sedar.  

Aku toleh baby, eh budak kecik ni tak tidur sebenarnya. Aku terus keluar bilik. Husband tanya kenapa dengan aku. Keluar bilik mengejut dengan muka pucat. Aku tak jawab soalan husband. Sebab aku nampak Hanan elok je tengah baring depan tv. Lepas tu aku terus masuk bilik balik dukung baby bawak keluar. Husband tanya aku nak tidur kat hall ke? Aku diam je. Sebab macam masih nak hadam apa yang dah jadi tadi. Bayangkan la benda tu datang mengacau time lampu terang benderang kot. Malam tu kami berempat tidur kat hall. Huhu. Sampai sekarang aku tak cerita apa yang berlaku. Tapi husband macam boleh agak ada something yang jadi malam tu. Pada aku, salah aku jugak. Sebab malam tu memang aku lupa baca Al fatihah, 3 Kul, ayat kursi and doa tidur yang selalu aku amalkan. Ngeee.. 😂

Ingat sebelum tidur baca ayat kursi! Hiii.

Sekian. 

- ayu -

24 March 2016

Expose Mistik : si tinggi

Salam Peeja,

Dulu aku pernah anta expose mistik tapi ni terpanggil nak anta lagi lepas baca expose mistik pasal kena tindih tu. 
Ok aku ada pengalaman ditindih oleh 'benda'. 

Ok cerita ni dah lama jugak la. 
2 tahun lepas macam tu. 
Kira itu adalah kali terakhir aku 'kena tindih' ni. 
Aku dah alami benda ni dari zaman sekolah. 
Actually biar aku terangkan dari mulalah senang paham.

'Benda' yg ganggu aku tu dulu ganggu mak aku tapi lepas aku dah besar, dia usik aku plak. 
Benda yang mengganggu ni orang hantar kat mak aku sebab mak aku tolak pinangan dia. 
Dia tanam barang dkt laman rumah nenek aku masa tu. 
Mak aku dah cuba berubat tp masa tu tempat dia tanam tu nenek aku dah simen buat tangga batu. Memang takkan sanggup nak pecahkan balik semata-matakan? 
So, bomoh tu kata cara lain adalah biar dia mereput. 
Sebab lama-lama benda yg ditanam tu akan mereput so gangguan tu akan hilang.

Tapi tulah haram kot hilang.. 
Ganggu bukan main kuat lagi adalah. 
Aku pernah tengok mak aku meronta-ronta sebab kena cekik dgn 'benda' tu. 
Mata kasar nampak mcm mak aku kesawanan sambil pegang leher dia. 
Aku start nampak and rasakan kewujudan 'benda' ni dah naik sekolah menengah. 
Muka2 aku ingat gangguan biasa2 je sampai aku cerita dgn mak aku. 
Benda yg kacau kami tu bersuara seperti lelaki, berbulu lebat, tinggi. 
Sumpah tak tipu ok.

Ok berbalik cerita 2 tahun lepas tu, masa tu aku baring dalam bilik kat rumah mak angkat aku (benda ni kalau nk datang tak kira kau kat mana masa tu) 
Aku tutup lampu pasang kipas laju2 sebab panas. 
Yang lain masa tu kat luar. 
Sambil lelap2 tu boleh la dengar suara diorang berborak. 
Sampai lah dalam mamai2 tido tu aku nampak bayang2 org depan pintu bilik tengah berdiri dan selak langsir pintu tu (aku ni rabun tu yang nmpk kabur2 je) 
Aku dengar suara mcm akak angkat aku. 
Dia cakap "Shiera ni lena tido ha" so aku macam abaikan la kan? 
Dah kata akak angkat aku. 
Tapi yang peliknya org yg berdiri tu tinggi. 
Cecah la alang pintu tu tp sebab mamai ku abaikan.

Tiba-tiba rase badan tak boleh gerak da. Keras kejung gitu. 
Rasa helpless sgt masa tu. Nak jerit tak boleh, bukak mata pun tak boleh. 
Masa tulah aku dengar suara lelaki berbisik kat telinga aku sambil menindih aku. 
Aku ingat lagi apa dia cakap. Dia cakap sambil gelak "Ha dah tak boleh lari lagi. Ingat kau tu aku punya"

Kau boleh bayang tak perasaan aku masa tu. 
Gila aku boleh rasa nafas dia ok dan badan dia yang berbulu tu. 
Aku boleh bayang dia tengah tersengeh sambil gelak-gelak. 
Masa tu nak mintak tolong pun tak boleh. 
Aku doa jugak orang2 kat luar tu masuk tp takde sape pun. 

Almost 5 minit macam tu. 
Macam2 aku baca then barulah rasa badan ringan and aku boleh bukak mata. 
Lama aku menung dalam bilik pikir balik betul ke tak ape yang aku rasa td tu. 
Sampai akak angkat aku masuk bilik (kali ni org yg betul) dia tanya aku kenapa. 
Aku cerita la kat dia. Meremang bulu roma.

So aku call mak aku pasal ni, dia jumpa satu orang pandai bab2 makhluk2 halus ni. 
Dia suruh aku mandi bunga then dia akan buat upacara. 
Masa tu aku pun tak pasti nak kategori syirik ke tak. 
Masa dia buang benda tu mak and abah aku ikut. 
Mak aku cakap memang seram gila masa pi buang tu. 
Dia letak dalam botol and buang kat sungai (Tu sebab org tak bg bukak botol yg kite jumpa kat sungai or laut) 
Masa tu mak aku ckp ujan lebat gila and diorang boleh nampak 'benda' tu berdiri kt tebing sg pandang diorang.

Alhamdulillah lepas kejadian tu semua aku dah tak kena apa2 gangguan lagi sampai sekarang. 
Kalau tak dulu asyik la. 

Okla nk cerita tu je. ada lagi kisah seram lain masa duk asrama dulu tapi nanti2 lah yek. Assalam.

Shiera 

17 March 2016

Expose Mistik : Layang-layang di jalan gelap.

Hari tu Murni ada share cerita Expose Mistik CLICK HERE.
so kali ni kembali ngan cerita lain pulak.

enjoys everyone.
selamat malam jumaat. 

...............................................................................................................................

LAYANG - LAYANG DI JALAN GELAP

Salam Kak Peej,

Saya nak share pengalaman saya dan kawan saya nak ke mall untuk tengok midnight movie. 
Saya belajar di Perak dan saje je teringin nak tengok dan rasai pengalaman malam di Ipoh. 
So saya dan kawan saya beli tiket wayang midnight movie di mall Ipoh dan decide nak keluar awal sikit sebab nak makan di sana. 
Bertolak la kami ke ipoh dari Sri Iskandar dalam waktu 8 malam macam tu lepas maghrib.

Kalau orang yang belajar di tempat saya tu, memang tau la jalan dari Sri Iskandar nak ke Ipoh memang gelap. 
Kalau ada lampu pun mungkin yang simpang ada traffic light. 
Saya pun berani kan diri nak ke ipoh kan sebab ada teman. 
Kalau tak memang jangan harap nak meredah jauh jauh. 
Kami lalu jalan Batu Gajah nak ke Ipoh tu.

Waktu nak ke sana, kawan saya yang drive sebab dia cakap kalau drive lepas tengah malam, dia takut dia mengantuk. 
Saya okay saja hehe. 
Kami pun sembang sambil mendengar lagu sementara nak sampai ke tempat di tuju.

Sampai di satu jalan gelap tu, saya nampak macam layang – layang terbang. 
So saya rileks lagi la kan. 
Kawan saya plak cakap “ Sape la duk main layang – layang malam2 ni? Tak de angin pun” 
Bila drive tu, makin lama kami mendekati “layang – layang”. 
Makin lama benda tu terbang makin rendah tau. 
Dalam hati saya dah pelik dah. 
Kenapa layang – layang ni macam terhuyung hayang. 
Kat bawah dia tu ada ja macam tali. Kan masa tu gelap, so nampak tak clear sangat.
Kawan saya tegur lagi “ Kenapa makin rendah dia terbang?”
Terus “layang – layang” tu pusing kepala dia ke arah kami, dan nampak muka dia yang berdarah – darah tu . 
Rupanya benda yang saya sangka tali tu, tu rupanya usus dia. Uwaaaa. Watdehel. 
Saya nak menjerit tapi saya takut kawan saya yang drive tu terkejut dan terbabas. 
Kan saya ni dari kecik boleh nampak benda alah ni suma.  
Boleh lagi control ketakutan tu. 
So saya ingat saya sorang ja yang nampak. Kot la kan kawan saya tak nampak benda alam ghaib ni. so saya diam aja la kak peej masa dia pusing kan kepala dia tu. 
Masa penanggal tu pusing kan kepala dia mengadap kami, kawan saya bersembang dan tengok muka saya. Pastu dia kalih tengok jalan balik.
Waktu kawan saya kalih tu, penanggal tu betul – betul terbang depan cermin kereta kami. 
Lepas tu pergi mana tah. 
Kawan saya menjerit sekuat hati kak peej! Ya Allah. 
Saya dah standby pegang stereng dah takut terbabas. Pucat terus muka dia!
Muka penanggal tu matanya tertutup. darah penuh keluar dari mulut dia dan rambut serabai. 
Usus terjuntai habis. 
Kawan saya dah start nanges dah masa ni. 
Saya lagi la cuak. Saya tak pernah nampak kepala melayang depan mata sebelum ni. 
Kami start baca ayat qursi sekuat hati. 
Kawan saya tu dah melalut dah. Nak baca ayat qursi, tapi suara keluar surah al ikhlas. Gila tak? 
Saya suruh dia berhenti tepi jalan sebab saya nak drive. 
Badan dia dah menggeletar habis. 
So, kami cari la kedai makan yang ada di tepi jalan supaya ada lampu sikit.
Kak peej tau tak, Masa kami park depan kedai makan tu, orang yang di dalam kedai tu berlari menjerit jerit bila nampak kereta kami datang. 
Rupanya kak peej, penanggal tu ada kat seat belakang kami! 
ya Allah, kami pun apa lagi, stop kereta, bertempiaran lari keluar. 
Time tu memang tak pandang cermin belakang dah. 
Terus pergi menyorok dalam kedai.

Nasib baik masa tu, ada pak cik – pak cik yang baru balik dari solat maghrib singgah makan di kedai tu. 
So diorang yang pergi halau penanggal tu balik. 
Apa yang diorang buat lepas tu saya dah tak tau dah. 
Saya duk tenangkan kawan saya yang nanges dari tadi. 
Terus cancel tengok midnight movie.

Sampai sekarang saya tak dapat lupa muka “layang – layang” tu. 
Memang tak pergi dah Ipoh waktu malam. Trauma.

-Murni-





Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...