22 October 2015

Expose Mistik : Rumah Saya Berhantu

Assalamualaikum Pija, 

I'm your silent blog reader, dah lama dah baca blog u. 
Cuma kali ni tergerak hati nak share cerita expose mistik i hehe

Rumah yg I duduk ni sebenarnya memang sejak pindah I selalu bau kapur barus kat sinki dapur tu. 
Tapi I tak amik pot sgt. 
Sebab konsep I, selagi dia tak cuit2 badan I atau menampakkan diri dia, I tak kisah sgt. Walaupun dlm hati gabra jugak bila bau tu tapi apakan daya, pinggan mangkuk tetap kena cuci kan, kang biar melambak dlm sinki tu kang mampus kena fire dgn laki I mihmih

Anyway, I sangkakan setakat bau tu jela. 
Selalu gak ngadu dgn hubby tapi biasa la org lelaki kdg tak percaya sgt benda2 ni semua, dia kata I imagine yg bukan2, itu la ini la...until one day benda ni berlaku kat dia sendiri (spt yg dia ceritakan pada I).

Masa tu ada dua kwn dia dtg dari Melaka, dapat kerja kat KL. 
So diorang tumpang tido rumah I sebab ada interview besok pagi. 
Lepas dinner mlm tu diorang bertiga kuar ngeteh, so dlm kul 11 camtu I dgn anak2 masuk tido kat bilik I, sebab bilik budak2 tu I bagi kwn2 my hubby tu tido. 
I namakan kwn2 dia A dan B.

Dlm kul 1 pagi camtu diorang balik, si B dah masuk tido dulu kat bilik anak2 I, my hubby dgn A duduk living room tgk tv borak2. 
Pastu my hubby nampak tombol pintu bilik anak2 berpusing2. 
Pintu tu memang jem sikit, so my hubby jerit la, "B jgn kunci pintu! Kang susah nak bukak!".
Pastu tombol tu diam tak pusing dah.

Selang 10 minit camtu tombol tu pusing2 lagi. 
My hubby jerit lagi pastu tombol tu tak pusing dah. 
Tak puas hati, my hubby gi jenguk bilik tu. 
Elok je si B tido berdengkur atas katil. 
Dan2 bulu tengkuk my hubby tegak. 
Tapi dia sambung tgk tv balik dgn A.

Elok je dia duduk, tombol tu pusing2 lagi. 
My hubby pandang A, A pandang my hubby. 
My hubby letak jari kat mulut, buat signal diam kat A. 
Dan2 pastu tombol tu pusing2 lagi!

So malam tu diorang berdua tido kat dpn tv. 
A tak kasi my hubby tido bilik I sebab takut tido sorang. 
Nak masuk bilik anak2 pun dia takut. 
Kesian B tido sorang2 dlm bilik berhantu tu hehehe...

Tapi alhamdulillah lps tu bila anak2 I tido situ balik, takde pulak kena kacau apa2. 
Ke "benda" dlm bilik tu tak suka ada org lain tido situ? 
Dia nak anak2 I je tido situ?
Wallah'ualam....

15 October 2015

Expose Mistik : Ecah

Salam Peej..  sihat?

nah. belanja satu cerita mistik.  
Walaupun saya bukanlah percaya sangat.  
Tapi suka baca..hehehehe..  

Kejadian bermula di rumah nenek saya.
Rumah tu rumah tinggal. 
Sebab nenek suka pergi rumah anak-anak dia.  
Jadi jarang sangat ada kat rumah tu.  Boleh kata tak ada lah.
Jadi sekarang mak saya dgn adik2 saya (ecah dan ani) pindah duduk rumah tu temporary sementara adik nak habis sekolah.
Satu hari, Ani balik sekolah petang tu. Kepenatan.  Terus tidur.  
Tengah malam tu Ani bangun nak study dan basuh baju.
Memang pesen dia suka bangun tengah malam mcm tu utk study.

Dari bilik air akan lalu dapur, bilik dulu lepas tu hall. 
Depan pintu bilik tu dining.  
Ani nak pergi ambik baju dekat dalam bilik.  
Dari area dining tu boleh nampak hall.  
Cuma bahagian penjuru yang ada TV je xnampak.

Ani nampak Ecah bangun. Nampak bayang jela sbb lampu tutup.  gelap kan..  (ecah ni suka tidur hall).  
Ecah tanya.. "nak pergi mana tu?"
Ani jawablah, "nak basuh baju"
Ecah tanya lagi, "nak ecah teman ke?"

Ani berlalu tak sempat jawab sbb tgh ambil baju dalam bilik, Ani nampak Ecah bangun jalan ke TV.  
Lepas tu Ani teringat..  

Ecah kan takde.  
Minggu tu ecah pergi Kem motivasi di sekolah.  
Habis tu.. siapa yang bercakap dengan dia tu..???????
terus ani duk dalam bilik tak keluar2. 
Study tidak. basuh baju pun tidak...

Ani cakap.  suara memang suara ecah.   
Suara ecah ni pesen sayup halus gitu..

tak tahulah malam tu sebenarnya siapa..






hehhehee......  lepas ni harap peej tak cuak nak basuh baju malam2  =)
susah sangat hantor dobi..


- queen-

01 October 2015

Expose Mistik : Bomoh

Assalammualaikum dan salam sehati sejiwa kui3, 

Aku antara brjuta pembaca senyap blog ko peej....santai je baca...paling ak suka tang expose mistik..kali ni ak share cite ak lak...pecaya atau tidak suke hati perut limpa korang lah...citer ni terjadi bila ak masih blaja diploma lg...ak dgn secara tidak sengaja mengikuti beberapa ahli keluarga aku berubat cara kampung dgn sorang pakcik ni...dalam linkungan 50 thun...bukan berubat apa pun sangat, sekadar meramaikan jemaah kepochi je....setel je berubat, pakcik ni tenung aku atas bawah..then dia tnya pasl ak dgn salah seorg ahli keluarga ak....soalan yg terpacul kuar dari mulut dia ialah sama ada ak berminat atau tidak jadi bomoh...aku bukan sekadar terkejut, nk terbahak pun ada....mujur mak aku takde, kalo tak menepuk2 lantai dia gelakkan ak...mana taknya ak mmg taik penakut kut....ak just geleng kepala..cuma dia pesan yg ak boleh ubatkan org bila2 masa dgn izin ALLAH....ok setel bab tu...ak blik semula ke asrama uni yg terletak nun di tmpat jin bertendang di shah alam.

Pengalaman pertama ak jadi bomoh terjun tetiba, apabila member serumah ak kena gangguan, mcm2 dia kena..sekejap dia skit2 badan, muntah2, lepas tu sakit tapak tangan tanpa tahu apa punca...boleh dikatakan dia selalu sakit...sekeping je badan dia...dah mcm nenek lanjut umur, paling teruk bila dia period, teruk sngat keadaan plus mcm org xcukup darah. Satu malam tggal kami bertiga jer yg study untuk mid term utk paper terakhir, bebudak course lain dah blik kg memasing....kwan ak yg sekeping ni start mengadu tak sihat n start merapu yg dia tetiba ternmpak gula2 kt tiang lampu mngadap meja study kteorg..(gula2 kat sini refer pd p-c-ng). Member ak yg sorg lagi dah terbongkang kt ruang tamu depan, lampu dia padamkan. ak suruh mber ak yg sekeping ni tidur, dia ikut ckap ak...xlama kmudian ak dgr dia berdengkur. Aku baru teringat yg ak x solat lagi, then ak teruskan niat nk solat, jam dah nk masuk tengah malam.

Selesai solat, aku teringat nasihat pakcik tu, aku dengan poyo nya niat nk try test je nk ubatkan mber aku ni...aku ambil segelas air dan tasbih, ak start berzikir. Reminder : Aku tak buat bnda2 kurafat yer, bakar kemenyan semua xde, pakcik tu just sruh ak buat solat hajat, zikir dan baca ayat kursi je. Awal2 ak xde rase apa2, lama2 bila ak teruskan bacaan ayat Kursi, tengkuk ak panas, berpeluh2 baq hang, tetiba...jeng..jeng..jeng..aku terdengar suara perempuan mengerang, ak pikir kawan ak yg sekeping tu, sbb dia kan mmg xsihat, makin lama mkin kuat erangan dia seiring dgn bacaan ak....sebijik bunyi mcm org tua mengerang, dah bukan suara member aku..ak berzikir dlam gelap kat ruang tamu membelakangkan kwan ak yg tgh tidur xsedar diri...tapi ak boleh nampak lagi apa yg berlaku sekitar ak, ak nmpak bayang2 benda berbulu tinggi sgt dan besar cuba nk peluk ak dari belakang, ak nmpak tngan dia cuba nk capai ak, erangan yg mcm nenek tu makin kuat, ak tak tahu mna ak dapat kekuatan, aku bgun n berlari dapatkan mber ak dalam bilik sambil rasa nk tercirit nk terkencing semua ada, n guess wat, mber ak tgh tidur nyenyak xberbunyi pon. Erangan tu bunyi mcm ni...errrrr arghhhhh...errrrrrrr......errrrrrr arghhhhhh.

Aku kejutkan mber aku, dia bgun n tnya kenapa muka aku pucat lesi...aku tnya dia kenapa kau mengerang mcm sakit sngt...dia jawab dia xde mengerang sakit pun tapi dia dpat tidur nyenyak sebb bdan dia dah kurg sakit..esoknya aku yg demam panas smpai doc suspek ak kena denggi.Hampeh....Tak lama kemudian, member ak blik kg dia n berubat secara kg, pakcik yg ubatkan dia tu ckp mmg dia ada gguan mkhluk halus, kluarga mber ak ni ada bergaduh dgn sorg nenek tua pasal tanah pusaka. Tapi xselesai hingga skrang, xpasti kenapa dan jgn tnya aku apa kaitan dgn nenek tu sbb mber aku xjelaskan. Kendian, dia blik smula rumah sewa kteorg, dia citer dgn ak, dia mntak tlong ak ubatkan dia, time ni demam ak dah pulih sepenuhnya. Aku just ckp tgk la dulu, lagi pun aku tak pandai...pndai cari penyakit adala.

Malam tu kami tidur berdua satu bilik..sbb ade kwan2 yg belum blik dari kg, aku bermimpi ade sorg nenek tua dlam keadaan marah sgt bagi amaran kat ak, dia ckap aku cuma setahun jagung bdak mentah xperlu sibuk hal org, dgn marah dia baling atap2 rumbia yg terbakar dekat ak...ak rasa panas berpeluh2 smpai terjaga, masa trjaga rupa2nya mber aku yg sekeping ni dah terjaga dulu, dia tnya knapa aku berpeluh2 n muka pucat, aku tgk dia pun berpeluh2, pdahal mlm tu hujan, dgn sejuk hutan bukit lagi...rupanya dia mimpi bnda yg sama mcm aku, mimpi pasl nenek n atap rumbia berapi dibaling kat kteorg.....start dari hari tu, aku dah xberani memandai2 nk ubatkan org n aku dah pun lost kontek dgn mber aku tu lepas hbis blajar. aku xtahu apa yg terjadi ni kebetulan atau mmg betul2..wallahualam.

Start dari situ, mcm2 benda pelik2 jadi, nnti ada masa ak taip. Adios...

-S.I-

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...