26 June 2015

tenanglah mak di sana.

terlalu banyak nak cerita.
tapi takda masa sungguh nak berblog nowadays.
tambah pulak sekarang bulan puasa kan.
office pun tutup awal.
so siapkan kerja awal-awal.
balik terus post, then balik rumah kejap rehat dalam1/2 jam keluar balik beli juadah berbuka puasa.
puasa ni aku berbuka rumah mama..lepas berbuka terus kat sana.
sahur, then lepas sahur baru balik rumah.
macam tu la hari-hari buat masa ni.

tah la jiwa sekarang rasa kosong je.
daripada berdua asyik mengadap muka laki bini aje.
baik spend masa ngan family.

siapa yang follow instagram n facebook aku mostly dah tau.
tapi tak semua follow kan, so ramai jugak yang tak tau.
2 hari sebelum menyambut puasa, ibu mertua aku pulang ke rahmatullah.
terlalu banyak aku nak cerita pasal arwah mak.
tapi aku belum berkesempatan untuk update panjang.
tapi aku amik masa sikit ni untuk update.

kita orang di maklumkan mak meninggal pukul 3 pagi selasa 16 jun lepas.
kebetulan hari tu aku tidur agak lewat. dalam pukul 2am baru nak tidur.
suami aku pulak main komputer kat bilik sebelah.
padahal kalau tak selalunya 12ish macam tu dah tidur.
aku rasa macam baru tidur kejap, tetiba kena kejut.

him : ja..bangun ja. mak nazak.

me : hah?

him : mak nazak. ni hafiz hantar whatsapp *hulur phone kat aku*

rupanya laki aku baru nak tidur time tu.
jam time tu around 3.05 am.
terus dalam mamai tu aku sarung baju n seluar. sama ngan laki aku.
terus keluar daripada rumah menuju ke hospital.
baru separuh perjalanan, sekali lagi hp suami aku berbunyi.

him : jaaa..mak dah takda ja. mak dah meninggal ja.

terus meleleh air mata.
then kita orang berdua sedekahkan Al-Fatihah untuk mak.
laju aku bawak pergi hospital.
nasib tengah pagi, jalan lengang. parking pun lengang.
terus ke wad mak.

sampai tengok nurse sedang uruskan mak.
cabut semua wayar, drip, segala alatan kat mak.
kita orang berdiri tepi tunggu n nangis beramai-ramai.
time tu yang ada hanya keluarga adik ipar aku hafiz n kami suami isteri

bila dah siapkan mak. terus pergi tengok mak.
Ya Allah sedihnya, macam tak percaya sangat. rasa macam cepat sangat semua terjadi.
tapi aku tak stay lama, aku bagi peluang untuk suami aku n hafiz situ. ruang kecik wad tu.
aku ke tepi sambil pegang auni, anak buah aku yang berumur 3 tahun lebih.
tengah aku leka tengok suami aku, sambil baca Al-Fatihah tak henti tetiba auni bersuara.

auni : aunty ija, tu sapa tu?

me : sapa apa auni?

auni : tu *sambil tunjuk ke arah jenazah mak* yang kita tengok tu.

me : tu nenek auni. nenek dah takda tau auni. nenek dah meninggal.

auni : hah? nenek? bukannn la.

me : yeee. tu nenek tu. nenek dah meninggal tau auni.

auni : tak la..tu bukan nenek. nenek kat situ la. *sambil tunjuk ke kanan satu ruang kosong tak jauh dari tempat mak *

me : *berderau darah* eh tak la. nenek dah takda. nenek dah meninggal. tu nenek tu *sambil tunjuk jenazah mak*

auni : bukan la aunty ija. nenek ada kat situ. *sekali lagi tunjuk ke arah yang sama*


Wallahualam, tak sure apa yang auni nampak.
mungkin dia kecik lagi, maybe dia nampak roh arwah mak ke apa kat situ.
sedihnya time tu. 
sebab auni memang rapat sangat ngan nenek dia ni.
kesayangan la sangat. :'(

aku tak tunggu lama.
aku turun ngan auni sebab budak kecik tak elok kan lama2 kat hospital ni.
sambil tu tina dah sampai.
dia nak tengok arwah mak.
so aku turun bawah tolong tengok2 kan anak dia kat kereta.

lama jugak urusan semua.
aku tunggu kat bawah tu.
dalam pukul 5.30am macam tu aku ngan MrB balik rumah untuk mandi dan tukar baju.
dalam pukul 6.40am sekali lagi ke hospital.
kita orang decide untuk mandi dan kafankan mak siap-siap kat hospital.
supaya nanti bila di surah tinggal solat jenazah dan boleh kebumi terus.

suami aku dan adik beradik uruskan jenazah mak.
aku duduk dalam kereta tunggu.
lama menunggu tau-tau aku tertidur dalam sejam.
dalam pukul 9am MrB call cakap dah siap.
now bergerak ke surau.

mamai toksah cakap la. ye la tak tidur betul kan.
so terus ke surau.
masa perjalanan ke surau, suami aku cakap jenazah mak senyum.
aku just dengar macam tu je la. 
tapi masa kat surau, aku tengok mak, terkejut. sebab memang jenazah mak senyum. 
ishhh sedihnya type ni. 
maybe sebab hati mak memang baik, so mak pergi, terpancar kat muka kan. Wallahualam.
tak lama pun kat surau dalam 1 jam je macam tu, then terus solat jenazah dan kebumi.




























Alhamdulillah mak di kebumikan jam 11 pagi selasa tu jugak.
sorry untuk yang whatsapp ke apa semua.
aku memang tak dapat reply.
sebab kul 9am tu memang hp aku abis battery.
aku bawak power bank. tapi wayar tak bawak. syabas sangat utk diri sendiri.

sedih sangat.
terasa sangat kehilangan mak.
sebab rapat kan ngan mak. memang dekat sangat la di hati.
suami aku jangan cakap la. kejap2 aku pandang nampak dia tengah cebek2 nangis.
tapi aku tak tegur. tah la jiwa kacau kot. senang je dia marah. so aku selalu biarkan je.

faham, sebab mengejut sangat kan.
mak takda sakit apa selama ni, biasa la orang tua ada la sakit sikit2 tapi takda yang kronik la maksudnya.
masuk hospital 25/5...condition mak asyik menurun je.
dalam masa 3 weeks mak pergi.
dah la tak sampai setahun yang lalu arwah abah meninggal kan.
so laki aku n adik beradik dia semua memang sedih sangat la kan.
macam arwah abah sakit lamaaaa...so macam in a way kau sentiasa dalam keadaan ready kan.
ye lah, ajal dan maut di tangan Allah.

aku pun terlaluuuu sedih.
sebab aku rapat jugak ngan mak.
Ya Allah sayangnya kat mak.
mak ni baik sangat aku tak tau nak cakap macam mana.
dia tak pernah campur urusan perkahwinan anak.
tapi dia sentiasa nasihat.
dia tak pernah mengata pasal orang.

ingat lagi if MrB kisah hidup mak masa muda-muda.
mak just senyum je, diam je.
dia takkan ye atau tidakkan.
dia takkan cerita keburukan orang ke apa.
mak memang mak mertua terbaik la, mak yg baik, orang yang baik.

sebab tu aku tengok segala urusan mak dipermudahkan oleh Allah.
Alhamdulillah.
Masa abah meninggal dulu mak pernah cakap, mak harap nanti mak terus meninggal...mak tak sakit lama, mak taknak susahkan anak-anak.
Allah bagi apa yang mak minta.
mak sakit 3 minggu kat hospital dan Allah ambil mak.

banyak kenangan manis dengan mak.
tapi ada dua benda aku terkilan tak dapat buat untuk mak.
pertama yang aku pernah cakap kat mak nak bawak dia jalan PD or melaka.
tak dapat aku tunaikan. sedihnya.
tapi tu la memang takda masa kan, aku sendiri tak kemana-mana.

second ialah duit.
aku memang tiap bulan bagi mak duit.
tak banyak tapi cukup la bagi dia happy.
boleh la if dia nak shopping ke apa.
so baru ni ada duit sikit. aku ada niat nak bagi mak lebih.
tapi by the time dapat tu mak dah jatuh sakit.
memang sedih sangat la pikirkan tu. sama gak ngan papa.
tapi papa punya aku serahkan kat mama.
balance pulak aku belikan katil hospital tu.

dah niat dalam hati kalau tak dapat bagi mak duit tu.
takpa la maybe boleh guna buat beli peralatan n kelengkapan mak kalau mak keluar hospital.
tapi tu la, tak berkesempatan...duit yang patut bagi mak tu aku serahkan kat MrB untuk bayaran uruskan jenazah mak dan buat kenduri.
sedihnyaaaaa. menangis kalau teringat tu.
terbayang muka happy mak kalau sempat bagi duit tu.

life is so short.
benda berlaku sekelip mata je.
one moment elok sihat, sekejap lagi jatuh sakit n meninggal.
so sebab tu kalau boleh selagi ada hayat ni nak happykan parents n family je.
diri sendiri boleh tolak tepi dulu.

aku pernah cerita pasal ni dulu.
ada jugak dapat few emails yang cakap dorang tersedar, n nak biasakan bagi parents duit.
selama ni rasa macam tak cukup je nak bagi. rasa kedekut je.
samaaa, aku pun dulu macam tu, tapi suami aku yang didik n biasakan aku buat macam tu.
kalau pikir memang rasa takleh bagi, tapi cuba bayangkan duit tu tak wujud.
contoh gaji kau rm2300, kau anggap la gaji kau rm2200 sahaja.
so rm100 tu kau bagi la mak kau.
terpulang la nak bagi berapa. masing2 la.
macam aku memang tolak tepi untuk mama, papa n arwah mak.
then ada pulak yang cakap, perlu ke bagi kat mak suami? bukan tanggungjawab kita.
ye betul. tapi jangan pikir macam tu, pikir niat kita nak gembirakan hati orang tua, takat mana yang kita mampu.
macam tu la.

kadang duduk-duduk tu tetiba nangis je.
nanti laki aku lak yang pujuk aku.
tapi nanti dia sedapkan la hati, kata takpa mak happy..u selalu bagi mak macam-macam.
ye la rasa macam kejap je berpeluang untuk happykan mak.
hopefully la selama jadi menantu mak, mak happy.

semoga roh mak di tempatkan di kalangan orang yang beriman.
n i hope mak temui kebahagiaan mak dia sana.
Aamiin.

sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibu mertuaku.

Aminah Binti Mat Arif/ Aminah Binti Temah
(1953 - 2015)






04 June 2015

Expose Mistik : bangunan lama

Hi Peej,

Nak share story keseraman pengalaman aku sendiri, dulu aku keje ofis kat area Taman Desa dalam lebih kurang tahun 2009-2010 mcm tu. 
Bangunan yg aku keje tu bangunan lama..
aku dept customer service call center :( ..
ada 2 kisah yg terjadi dalam satu hari tu..


Kisah Pertama

Hari sabtu aku kena duty whole day sbb ganti staff yg x masuk pagi.. 
so aku masuk kol 6 pagi sampai 10 malam, dalam kol 4 lebih aku letih gila aku nak rest jap,  
pergi la surau kat tgkt 4,
floor tu je yg bukak kalau weekend, aku pun tidur dalam setengah jam.
tiba2 dengar org hempas pintu surau, terus terjaga n terfikir mungkin 'dia' nak kejutkan aku sebab tido kat surau, aku pun terus wudhuk n solat. 

tengah solat tiba2 aku rasa macam kena tampar.
ish main kasar ni time solat pun kacau. 
aku sambung lagi solat dlm keadaan takut gile. 
dah la lampu surau tu mcm nak x nak je hidupnya. 
masuk rakaat ke 3 die main langsir depan aku yg memisahkan muslimat n muslimin.. 
Macam org bukak kipas dari tempat lelaki.. paastu sekali lagi die tampar aku.

Aku pun apa lagi terus keluar dengan telekung nak naik tingkat 8 ( floor aku). 
time tu la lift tinggal 1 je yg bernyawa. lift lain sume hampeh. 
aku naik atas pucat lesi n staff2 aku tanya kenapa, aku cerita n baru lah sorang hamba allah ni bagitau dia pun pernah kene kat tingkat 4 tu jugak..
cis.. tak cerita apa-apa pun.. 
masuk maghrib kita org turun ramai2 pergi jemaah... 
perasaan takut still ada, aku pilih utk solat tengah2 antara kawan aku.. 
lepas tu memang aku tak pernah solat kat situ dah, staff yang keje weekend aku bagi dorg solat kat bilik stor tingkat 8 tu jugak.. 


Kisah Kedua ( hari yg sama)

Jam menunjukkan lagi 5 minit pukul 10 mlm, waktu habis kerja.
Aku dengan 5 org staff je tinggal.. biasalah closing dlm sejam, 3 org ni kena balik awal. 
tinggal aku dengan sorang staff baru perempuan (Fifi) n sorang staff lelaki (Riz) yang tak berapa nak gagah sangat. 
buat closing sampai dekat kol 11, aku yang dah kerja seharian ni tak larat gile nak bukak mata, ajak dorg balik..
dalam pada nak balik ni, tiba2 Riz yang tak berapa nak gagah ni hilang ntah kemana. 

Aku ngan si Fifi ni dah pandang each other.
aku terus capai phone call Riz, phone dia elok je terbiar atas meja.. 
Jerit2 panggil , takda jawapan.
dengan panic nya kita orang call guard yang jaga building. 
Uncle tu pulak tak jawab phone.
aku ngan Fifi berlari turun bawah sebab dah tegak2 bulu roma aku, even tengah type ni pun kembang2 bulu tengkuk aku.. 
sampai bawah terus jerit nama uncle tu. dia pun datang n kita org cerita semua.. 
yang best tu dia cakap.. Riz dah balik n baru je keluar dari parking.. jeng jeng jeng.. 

Kebetulan abang aku dah sampai nak amik aku malam tu, aku ajak dia n uncle guard 2 org teman aku n Fifi naik atas amik barang n kunci pintu then cabut. 
Masa otw balik umah aku call boss, cerita apa yg jadi. dia nak jumpa aku malam tu jugak tapi aku dah tak larat sangat.

so the next day pagi2 buta aku dah terpacak kat kedai minum area ofis jumpa boss, Fifi n Riz ade sekali. 
Riz cerita kat kita orang yang dia perasan aku n Fifi turun dengan dia,
lepas dah kunci semua pintu n tutup semua lampu, dia turun satu lift dengan aku n Fifi, siap hantar Fifi pergi kereta dia.. 
so bila check thumb print in / out office.. memang detect Riz turun dulu sebab jarak masa die thumb out dalam 20 minit sebelum aku ngan Fifi. 
tapi bila nak view through cctv.. mase tu corrupted. Suddenly.....

Persoalannya ; 

1) Siapa yagn turun ngan Riz?
2) Phone siapa yang atas meja Riz mase aku call?
3) Kenapa CCTV tak capture masa tu..?

Seminggu lepas tu bos aku panggil beberapa org ustaz buat solat hajat n baca2 kat floor kita orang.. masa baca yasin memang tegak bulu roma masing2.. 
Sebulan lepas tu aku dapat better offer kat Penang kampung aku, aku pun cabut la.
Sekarang ni ofis lama tu dah pindah n bangunan tu sekarang tengah proses lelong sebab tenant lepas kita org pun pindah lepas 3 tahun beroperasi.... 
mmg haunted kot tmpat tu.. tgk rupa pon serams..

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...