28 May 2015

Expose Mistik: Client Telco Blue

Hi Peej,

Saya silent reader Peej. Saya pun nak share jugak kisah seram ni berlaku pd tahun 2012 semasa appointment dengan client di Telco. Sy  just bg hint je ' Blue ' mesti uols boleh teka kan. 

Masa tu dah tengahari tp saya terpaksa parking dekat bangunan sebelah yang sudah lama terbengkalai sebab tak dpt CF. Basement penuh, outdoor parking space pun penuh. Takut nak parking bukan2 takut kena saman DBKL, dgn polis trafik. 

So saya pusing2 la cari parking, hmm memang tak ada. Finally, saya parking jugak kat bangunan terbengkalai ni, masa tu belum renovate dan belum ada tenant lg mcm sekarang.  So masa ni tempat tu dorang jadikan parking sebab tak cukup space. 

Masa masuk parking ni saya boleh dengar parking management pasang cd orang mengaji Quran kuat2,  Mesti ada something kan ?

Parking ni bertingkat2, jadi saya parking tingkat berapa? tak ingat dah. Katakanlah tingkat 3, kalau nak turun naik memang kena pakai lift. Lepas habis appointment, saya pun berjalanlah naik lift. Lupa nak bagitau keadaan dlm lift. Dalam lift tu lampunya sangat malap dan berkelip2, sekejap bukak, kejap tutup. Lepas tu saya sorang je turun naik lift tak ada orang lain, sebab time tu org tgh keje.
Nak tahu apa jadi dgn saya semasa dalam lift ?

Masuk dalam lift saya tekan butang turun, tapi dibawanya saya ke tingkat atas. ahh kenapa ni, dalam hati saya dah agak dah sesuatu tp saya tenangkan diri sebab kalau menjerit pun tak ada guna sebab tak da sesiapa pun kat bangunan tu melainkan guard dekat tingkat bawah sekali tengah jaga parking. 

Saya berdoa dalam hati semoga pintu lift terbuka, ye pintu lift terbuka entah di tingkat berapa. Saya terus keluar tanpa berpaling ke belakang dan turun cepat2 menggunakan tangga, bayangkan masa tu pakai high heels, tak tak kisah dah semua tu. Floor tu memang kosong sekosongnya tak da orang. Nasib baik tangga yg saya nak turun tu dindingnya glass wall jadi sy boleh nampak orang dari luar bangunan tgh jalan2 kat bawah dan boleh dgr cd mengaji.

Alhamdulillah selamat. Sampai ke hari ni saya tak sure masih pasang kaset mengaji ke tak, tp sekarang ni dah ada tenant. Kawan saya yg masih kerja di Blue bagitau some of the department kena pindah bangunan tu bgtau memang haunted, sometimes ada yg kena kacau.

Ok itu saja sy nak share. Selamat membaca 


Thanks and regards,

Linda 

........................................................

sesiapa nak share kisah expose mistik boleh email

nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
sucject : expose mistik :...(tajuk)...

14 May 2015

Expose Mistik : kisah nenek

Salam peej..
Selalu baca cerita seram dalam blog peej ..

so here i am, nak cerita pengalaman yang di cerita kan oleh nenek, akak saudara saya dan jiran nenek sendiri.

Maaf kalau hambar.


nenek sendiri kena sampuk..

Back in 2003, nenek baru pindah rumah di rumah teres di bukit rambai melaka.

walaupun rumah teres, dekat kawasan rumah nenek ada macam lombong kecik.
masa tu nenek duduk dengan kakak saudara.
biasalah orang tua, dah tak larat, jalan pon slow dan perlu tempat nak bergantung waktu nak jalan.
jadi akak saudara sy decide duduk sekali dengan nenek.
nak teman nenek dirumah.

kakak saudara ni kerja kilang, jadi masa dirumah tak tentu. 
sebab kerja shift kan. kadang2 malam ada dirumah, kadang2 malam kerja.
So, satu hari, kakak saudara sy cuti kerja dan 'cuti solat' dia pon bosan duduk rumah, 
dia keluar melepak dekat rumah kawan dia, (selang beberapa rumah dri rumah nenek).
masa maghrib, nenek solat.
masa solat dia dah dengar macam orang berjalan atas bumbung, tapi dia teruskan solat.
lepas selesai solat, dia dengar macam ada 'benda' baling pasir atas bumbung.
dia buka pintu belakang, nak tengok la kan apa 'benda' tu..
Tapi tak ada apa apa.
selang berapa minit, bunyi pasir atas bumbung tu bunyi lagi.
kali ni nenek tak puas hati, dengan kaki sakit, dia minta tolong jiran sebelah (abang man).
nenek suruh abang man naik atas bumbung tengok kan ada apa apa tak atas bumbung.
abang man tanya nenek kenapa, nenek jwb la...'tak ada, tadi dengar bunyi orang baling pasir'.
Abg man tu kata, "mungkin mak ngah slh dengar ni" (jiran jiran panggil nenek sy mak ngah sebab nama nenek sy tengah)
So nenek pon masuk la rumah...nak baring sekejap sementara isyak.....
Kemudian.....

Kebetulan masa tu abang man keluar rumah, nak masuk kan sampah dalam tong luar rumah.

dia nampak nenek jalan laju keluar rumah, dengan rambut terurai (rambut nenek sy memang panjang) tak berselipar.....
abang man tanya, 'mak ngah oi, nak pergi mana tu ..mak ngah oo mak ngah".
tapi nenek tak menoleh, terus berjalan laju...
abang man pelik sebab nenek sakit kaki tapi berjalan sangat laju macam tak pernah sakit kaki...
abang man tak sedap hati dan ikut nenek...rupanya nenek berjalan ke arah lombong! 

Masa tu abang man dan jerit jerit panggil nenek sambil mengejar nenek..

mesti la kecoh kan masa tu, sampai kakak saudara yang melepak rumah kawan dia pon keluar tengok apa yang jadi.
dia pun tak sangka itu nenek! 
Nenek yg sentiasa mengadu sakit kaki tapi tiba tiba boleh berjalan dengan laju! 
Kakak saudara sy, dan beberapa jiran lain pun ikut nenek dari belakang.
nenek masa tu dah masuk ke dalam lombong, nenek masa tu dah masuk separuh badan dalam air.
masa abang man dengan jiran jiran yang lain nak turun lombong tu, nenek dah masuk kan kepala dia dalam air lombong.
jadi abang man dengan jiran yg lain cepat turun dan tarik nenek naik.
Nenek tercunggap cunggap masa tu, terus tak sedarkan diri.

dorang angkat nenek bawa balik rumah.

Bila nenek sedar, kakak saudara sy tanya, 'mak,mak kenapa mak' (kakak saudara sy panggil nenek mak, sebab dari kecil nenek jaga, so dia memang panggil mak instead of nenek)
"Aku ikut 'orang' tu tadi, dia panggil aku..dia lambai lambai aku ikut dia"


Kakak saudara tanya lagi,siapa orang tu..
"'Orang tu badan besarrr hitam, mata merah, aku pun ikut la dia. maghrib tadi aku dah dengar benda tu baling barang atas rumah. aku suruh man tengok dekat bumbung ada apa. man kata tak ada apa apa. aku diam kan lagi, aku baring sekejap atas katil, lepastu aku dengar orang tu panggil aku. lepastu aku ikut dia. (Obviously nenek ikut tanpa sedar ) dia benam kan kepala aku dalam air. lepastu aku tak sedar dah apa jadi."

Sejak haritu, kakak saudara sy bila maghrib masa dia cuti, dia akan make sure dia duduk rumah tengok tengok kan nenek takut benda sama jadi lagi.
And bila kakak saudara sy kerja shift malam, dia dah minta tolong abang man tengok tengok kan nenek.

Ada lagi cerita pasal nenek,sepupu saya kena kacau dengan bunian,dan nenek saya dan orang sakai ,...stay tuned 

Xoxo

-syaz-

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...