23 April 2015

Expose Mistik : cerita campur-campur.

Cerita 1 : Rumah Kuarters

Dulu dalam tahun 2005 macam tu, kitaorg sekeluarga duduk kat rumah kuarters company ayah kitaorg. 
So, saya ada 3 orang adik beradik tapi masa tahun tu, kakak-kakak saya semua masuk Universiti dan tinggal laaa saya di rumah dengan mak abah saya.
Mula-mula kan kak peej, saya jenis tak kesah kalau tidur dalam gelap. 
Tapi saya dah mula di ganggu satu malam ni. 
Setiap pukul 3 pagi, tingkap bilik saya akan di ketuk. 
Ketuk gune tangan taw, macam org ketuk pintu rumah tu. 
Tapi, saya buat tak tahu sebab ingat itu cuma perasaan saya yang takut tidur sorg-sorg. 
Tapi benda ni berlaku tiap-tiap malam dan di sebabkan itu, saya jadi seorang yang penakut dan sampai sekarang saya tidur mesti kene ada cahaya. 
Mungkin disebabkan ‘benda’ tu dah tahu yang saya jadi penakut, dia makin extreme kacau saya setiap hari.

Berdekatan dengan rumah saya kan kak peej ada taman permainan, lepas jer pukul 3 pagi dia ketuk tingkap bilik saya, saya akan terdengar bunyi buaian kat taman permainan tu. 
Makin lama makin laju bunyinya. 
Tp tak mungkin laa kan org main buaian malam-malam kannn. 
Fuhh, memang setiap malam rasa nak menangis okay. 
‘Dia’ tak berhenti setakat tu jerk kak peej, dia mula kacau saya dalam rumah. 
Mula-mula dengar dia ketawa. 
Orang cakap kan kalau bunyi kuat maknanya jauh dan bunyi pelahan maknanya dekat,   haaa… ‘dia’ ni mula-mula bunyi kuat.. lama-lama bunyi pelahan yang sangat pelahan rasa macam ‘dia’ berbisik kat telinga okayyy.. saya masa tu memang dah tak buka mata. 
Tutup serapat mungkin, tapi rupanya memang tak boleh bukak kak peej sebab ‘dia’ hempap saya. Masa 2 mulut terkumat kamit baca ayat kursi dan segala surah yang terlintas. Tapi, boleh dikatakan setiap hari saya kene kacau dan di hempap macam tu. 

Ada satu hari ni, tiba-tiba saya nak tidur saya rasa ada benda dok tolak belakang badan saya dari bawah katil. 
Ala kalau kita tidur katil double decker kan, kita selalu tolak-tolak orang atas guna kaki kan, haaaa… malam tu saya kene macam tu laa sedangkan bawah katil saya memang penuh barang. 
Yer laa rumah kuarters kan tak besar mana. So mak saya letak barang-barang yang tak guna bawah katil saya.  
Yang bestnya, saya dengan beraninya pergi tenguk bawah katil ada apa. 
Padahal saya tahu bawah katil tu lipas nak masuk pon rasa lepas tak lepas jerk sebab penuh. 
Tapi, nasib baik masa saya tengok tu tak ada apa-apa. 
Agaknya kalau nampak mau pengsan. 

Ada suatu petang ni eh sebenarnya maghrib, saya tinggal berdua dengan mak kat rumah. 
Abah saya pergi surau dan kakak-kakak saya di Uni laa.. saya mandi lambat, dah maghrib tu laa saya mandi.  
Sebelum masuk bilik air, saya nampak mak saya tengah bersiap nak solat. 
Saya pon mandi, tapi itu laa gatal sangat dok bersiul dalam bilik air maghrib-maghrib pulak tu. Tetiba, ada yang balas siulan saya kak peej…. 
Masa tu saya senyap, saya bersiul lagi, tp dia balas ikot nada yang sama dan paling best dia boleh ketuk pintu. 
Saya anggap itu mak saya, saya tanya nak apa. Tapi, senyap tak berjawab. 
Saya mandi laju-laju, bila saya keluar bilik air saya tengok mak saya baru siap solat. 
Saya tanya mak saya, ada ketuk ke tak. 
Mak saya cakap, takkan mak solat boleh berjalan ketuk pintu.

Ada sekali tu, saya lepak bilik mak saya. Sambil borak sambil baring atas katil. 
Saya tengok laa lampu, bilik mak saya guna lampu mentol bulat yang warna kuning tu. 
Tiba-tiba saya tengok, lampu tu macam gerak-gerak nak tercabut. 
Memang obvious gilerr yang lampu tu macam diputar-putar. 
Saya tanya laa kt mak, mak kenapa lampu ni macam…. Belum habis cakap, mak saya terus potong cakap jangan tegur. 
Saya rasa mak saya pon tahu cuma tak pernah cerita kat saya sebab taknak saya makin jadi penakut.

Kak peej nak tahu, saya jadi penakut sangat-sangat sampai setiap malam sebelum tidur saya akan ambil air sembahyang dan saya akan tidur peluk surah yassin sampai ke pagi. 
Takpun, saya akan senyap-senyap tidur dalam bilik mak saya. 
Hihihih… malu taw.. tapi takut sesangat. 
Benda-benda ni berlarutan sampailah kami pindah ke rumah sendiri tahun 2007. 
Alhamdulillah, sekarang tidak ada lagi gangguan di rumah.


Cerita 2 : Rumah Sewa

Ini cerita masa saya ambil ijazah di sebuah Uni kerajaan kat Selangor, saya dengan 8 orang kawan-kawan kelas dok menyewa di luar kawasan kampus dek sebab malas nak join aktiviti kolej. Hihihih..
Benda ni jadi masa minggu akhir nak exam, senang cerita masa study week. 
Tah ape kerajinan yang saya ada satu malam ni, saya buat latihan. 
Mula-mulanya semua budak rumah ada, tapi masa tu dalam pukul 1 pagi kot, semua da masuk tidur sampai tinggal saya dengan kawan saya si A, tiba-tiba A cakap dia dah ngantuk so, dia pon masuk bilik. 
Tak sampai 5 minit tiba-tiba pintu bilik kitaorg terbukak dan tertutup. 
Saya ingat si A saja-saja nak gurau dengan saya, saya pon tolak pintu tengok si A da baring atas katil. Dan katil dia tingkat atas, tak mungkin laa kan dia sempat baring dengan proper berselimut. 
So, saya tak sedap hati dan saya terus tutup buku dan masuk bilik. 
Bilik kitaorg bilik master, kawan-kawan sebilik ada 4 org termasuk saya, di sebabkan saya takut gelap so tiap-tiap malam kami tidur bukak lampu toilet dan pintu tertutup rapat. 
Tapi keesokkan harinya, kitaorg tidur lambat laa.. dlm pukul 12. 
Kami berempat dok bergurau dalam bilik dengan berbekalkan cahaya toilet. 
Tiba-tiba, pintu bilik terbuka dan kami semua terpaku laa tengok. 
Dan dengan tiba-tiba pintu bilik tertutup kuat macam orang hempas pintu. 
Masa tu, semua senyap dan terus tutup muka. 
Tapi dia buat macam tu ade laa dalam 2 jam macam tuu..

Kiranya, kes pintu ni jadik memang selalu sampai kitaorg tidur sama-sama satu katil. 
Tapi bukan pintu jer dia buat main, tapi peti ais pon sama dan selalu juga laa benda tu dok tumpang masak kt rumah kitaorg sebab tetibe dengar orang ambil kuali, bunyi sudip berlaga dengan kuali. Memang tak boleh nak control rasa takut. 
Kitaorg tak puas hati, bile tanya-tanya tuan rumah rupenya tuan rumah cakap, Rumah tu kosong da lama dalam 4 ke 5 tahun macam tu.. 
so, no wonder laa benda tu pon dok buat rumah tu as rumah tumpangan. Hihihih… 
dan akhirnya, kami duduk rumah tu samapi abis sem. 
Nasib baik memang da abis sem terus. Hihihih…

-TAMAT-

So, sampai sini jer kak peej.. sorry kalau ter typo, cerita tak menarik or ayat macam kene boom.. hihihih… 

-nisya-


16 April 2015

Expose Mistik : menumpang

HELLO PEEJ , 

Disebabkan I always baca post post mistik kat blog you . 
So I pon nak cite kisah seram I ,

Setelah 3 tahun I kahwin n tinggal kat apartment.
so I n husby decide nak cari rumah bawah je.
kebetulan nak dijadikan cerita dapat sewa rumah taman.
happy lah laki bini g tengok rumah n decide nak jugak rumah tu.
call tuan rumah nak tengok rumah.
sungguh cepat tuan rumah bg kunci rumah n kitorang g rumah tu malam tu jugak kol 10pm.

masa masuk g tengok rumah dalam condition yg okay.
parking kereta selesa n mmg tu yg kitorg cari.
so lepas pepusing tgok rumah husband tanya u okay x rumah ni, I okay je la lagi2 xpayah stay rumah bertingkat2 ni.
sempat jugak jiran sebelah jengah jengah kitaorg n husby tanya umah okay x bang? Okaayy katanya! 

So lepas dari tengok umah tuan rumah so simpan kunci , if nak masuk rumah just bayar sewa sebulan n api air je. 
Sungguh mudah yaa. 
Lepas I laki bini tengok rumah tu n cuci , husband I teros demam seminggu n warded.
kitorg mmg x fikir pape maybe keadaan cuaca, n dlm masa yg sama I pon kene demam panas.
so dijadikan cerita kita org pindah rumah dlm keadaan demam demam tu jugak.
nasib adik ipar n adik I ada masa tu.
boleh la tolong angkat barang.

first I tido rumah tu kita org semua tido dalam 1 bilik seramai 5 org, nasib bilik besar lagipun rumah baru so husband suruh adik I yg lain tido sebilik je.
mlm tu dalam kol 3-4 pagi I tersedar dengar suara org merengek rengek mcm menangis.
suara org besar ya! 
I bangun buka lampu mana tau adik I nangis rindu mak kat kg, semua tengah tido lena.
so I gerak husband, dia just ckp jiran-jiran mungkin.
so I pon tido balik.

esok nya, mak ayah I sampai dari kg.
hajat nak buat kenduri kecil2an ajak sedara yg dekat2 je.
so masak masak n malam tu rumah I penoh dengan sedara mara.
masa first ayah I doa n nak mula kan bacaan yassin, tetiba hujan lebat sangat n kebetulan sepupu I yg kecik meraung raung n tetido.
kita org mmg x fikir pape sbb maybe dia kecil lagi.

lepas habis majlis makan-makan, kemas n bye-bye sedara yg balik, kebetulan jiran I selang 4 buah rumah lalu. 
dia tegur husby I n tanya baru pindah ke? 
So I masuk lah dlm tinggalkan dorg berbual. dekat sejam jugak dorg bebual ya.
tapi masa tu my famly still ada kat umah I stay 2 3 hari lagi.
dalam kol 12.30am husband I masuk , dia tengokk je muka I.
I cakap awak borak apa kat luar? Dia ckp xde pape, so I okay je la.
pastu dia sendiri pegang tangan I n say x sampai hati kalau x cakap, sebab husby I keje Singapore jem sampai lambat, so xs ampai h bila I tinggal sorg2 nanti.
I tanya la whyyy, cerita je I x kisah.
husby I cakap la, sebelum I duduk ada cikgu sefamily tinggal rumah ni tp x sampai sebulan lari. 
laki bini sakit n laki dia kene kacau.
nampak pulak pocong kat tangga n dia org ada anak kecil. 
if anak dia nangis bende tu pon ikot nangis.
abg yang cerita tu ckp, nak tau tanya jiran sebelah rumah awak. dorg sume tau ak aih! 
Kitorg seram gila. if tak tau xpe lagi kot. ni da tauu hahaha, memang I tunggu je la pocong tu kat tangga.
so mlm tu husband I sibuk nak cari umah lain.
ehhh mmg x la nak dpt umah kat Bandar jb ni.
kita org gi uma jiran n tanya.
dorg ckp mmg ada, tuan lama tinggalkan, maybe dia sakit hati ngan owner n xbagi org duduk uma ni, mmg kuat bende nya. tapi cikgu sebelom kita org duduk dah ubatkan, jgn risau xde pape lahh nak, awak banyak kan buka surah al quran ya.

esok nya baru mak cerita.
ayah I mmg xsuka lah dengar bende camni.
kita ada Allah, buat pe nak takut, jangan tinggal solat, baca yassin always, lama2 bende tu lari lah.
kalau kau xsolat mmg lah kau pon antu.
so husby I diam je. 
Ayah ckp xpayah pindah, xpe kita buat yassin 3 malam , umah da okay sangattt, pindah pon penat kan.
husby I cakap seminggu x okay kita cari uma lain sambil dia pujuk2 I . 
I mmg jenis mmg x kuat semangat.

esok nya husband I call member dia, sbb member dia ni boleh scan-scan tempat.
abg tu ckp mmg umah awk ada bende lagi! 
malam ada dengar org nangis kan?
tu mmg ada, mmg takut gilaaa I laki bini haha.
so abg tu ckp dia boleh bawak jumpa ustaz ni seguru ngan dia, as nak protect diri laki bini.
abg tu teman kitaorg, masa dlm kete husby I tanya, abang saya laki bini demam ni mana tau ada yg menumpang.
abg tu just ckp ni kisah silam bini awak.
tp xpe kita cerita kat sana.
I mmg takut la sbb dulu muda2 kemain galak ramai jantan kiki, dapat pulak suami sopan, dlm hati mmg risau sgt hm hm.

sampai sana ramai jugak yg berubat.
kita org cerita lah ttg rumah semua. 
sekali ustaz tu ckp ni ada yg tumpang ni kat isteri awak, dah 3 tahun org tu tumpang.
haaaaaaaaa I laki bini terkejut gila.
yg duduk belakang I ni besar n itam! Member husby I dia kan reti tengok, dia dah bersilat silat dah.
I termuntah muntah, org ni x nak tengok I laki bini bahagia, tu sampai skrg I xde baby lagi, dia tutup nafsu I kat husband i. 
mmg kita org selalu gaduh with each other. 
apa yg dorg ckp ttg kita org mmg sama sangat.
I ada 1 perangai meroyan tetiba, padahal husband I x pernah buat silap tetiba I mengamuk.
just ustaz tu respect kat husband I even dia dapat wife yg mcm I tp dia sabar je.
siap ckp lah even husband I nak kene bunuh dia tetap belakang I. ehheh, syukurlahhh! 
Dalam masa 3 tahun, 3 kali I mintak cerai nak kawin lain. bodo sangattttt! 
Tp dorg dha ckp jgn salahkan bini awak, sbb dia pon x sedar.

I pon mmg ada masalah period setahun sekali.
sekali period 2 bulan non stop. sampai kene tambah darah berpack2.
selama I period camtu kita org just gi pakar.
ye la zaman moden mana lah terfikir kene bende camni kan. 
sampai doctor pon x ley tau I sakit apa. 
siap masuk camera n amek sample rahim lgggggggg. 
Pasal umah mmg umah I keras ada pasangan yg duduk cik ponti n beruk.
rupanya selama I period bende tu duduk atas rahim I makan benih benih laki I. 
sedih hanya tuhan yang tauuu. n kita org tak penah terfikir bende camni terjadi dlm rumah tangga kitaorg.
so dia bg pagar kan umah. 
malam tu lepas baling garam n lada itam umah dgr org main guli, main pintu.
kejadian ni berlaku lepas mak ayah n adik2 I balik kg .
so kita org tinggal 2 org n sunyi .
2-3 minggu jugak x lena tido, makan ntah kemana , gi mana2 pon berteman.
maybe ada hikmah pindah rumah baru even ada hantu pon I tau jugakla kat I ada bende.
kalau x mmg tidak lah tau pasal sakit I heheh.

sebulan kene kacau n sampai sekarang husband I kuar keje I pon kuar stay opis padahal I masuk kol 8.
tapi kol 7 da gerak dari umahhh hehe.
I pegi berubat 5 org n dorg pon ckp bende yg sama ttg umah n I . 
n alhamdulillah now umah tu da xde pape melainkan org tu antar lg.
n sekarang I still berubat sampai I bole ada baby.
n alhamdulliah sekarang I dah preggy!!!!!!! Ehheheh
Dalam kesusahan mungkin terselit sedikit kebahagiaan . 
ehhh sory panjang sgt cerita hehe . . 
thank you peej sbb post kisah misteri.
selalu baca kat blog you n x sangka terkene kat diri sendiri . 

thank you

-K-

09 April 2015

Expose Mistik: Rayuan Dia

Salam kak peej--
Saya ada baca entries expose mistik so tertarik nak share dengan readers akak juga. Hehe.

Dalam tahun 2010, saya berpindah ke rumah banglo dua tingkat area batu muda dengan dua orang lagi members. Biar saya namakan F and D. Senang nak cerita. Hikhik. Kitaorang sewa tingkat atas yang dah macam rumah sebijik. 

Masa mula-mula pindah (dalam minggu pertama), memang tak ada apa pun kejadian pelik. Masuk je minggu ke dua, terus rasa macam rumah ni semacam. Kalau malam tu,t erkadang dengar macam pintu bilik air buka tutup. Dah lah bilik saya kalau buka pintu je terpampang bilik air tu.
Ada masa dengar orang berlari atas syiling. Logik akal tikus? Gile besar gabak pulak kaki tikus tu bermarathon tak tentu hala kan. Siang hari pun dia aktif semacam.

Nak dijadikan climax seram tu --

Member berdua ni nak balik kampung sehari sebab ada urusan. Dia orang gerak petang and pagi-pagi esok balik sini semula sebab yang sorang tu kerja. Si F siap pesan supaya kunci pagar, pintu,tingkap bagai. Lampu jangan off and kalau boleh biar tv terpasang sampai pagi. Nak tidur pun pi lah tidur tapi tv biar on. Sebab kawasan rumah tu sunyi sikit and kat dekat-dekat situ ada rumah yang tengah renovate so ramai pekerja asing. Bukan nak bersangka buruk tapi rumah kami memang pernah kena pecah masuk.

Dalam pukul 1am saya masuk tidur sebab esok ada class. Saya biarkan semua on macam arahan F and pintu bilik pun saya biarkan terbuka. Senang kalau ada apa-apa. Konon lah padahal penakut. So dalam pukul 3 macam tu saya terbangun sebab dengar orang ketuk pintu and panggil nama saya dua tiga kali suruh bukakan pintu. Suara memang suara D so saya sahut lah suruh tunggu sekejap. F memang dah pesan awal yang dia orang akan call or mesej kalau dah sampai depan pagar rumah sebab pagar berkunci. 

Saya capai kunci dekat penyangkut kunci tapi tiba-tiba saya rasa meremang. Saya macam terpaku kat situ sebab tengah berfikir. Macam mana dia orang masuk? Takkan panjat pagar? Mustahil sangat sebab pagar tu akan berbunyi kalau tersentuh pun. Inikan pulak panjat. Tentu bunyi bising ya amat. Saya dah beberapa langkah dari pintu and undur semula. Sebab suara tu memang suara D tapi sangat sayu okay. And lagi pelik, salam pun tak bagi. Sekali pun saya tak dengar salam.

Terus saya menggigil and lari depan tv (motif sangat lari depan tv). Time tu macam tak ingat apa dah. Baca ayat kursi pun lintang pukang. Suara tu tak sudah-sudah panggil nama saya. Ada lah dalam 15 minit dia ketuk pintu and cakap "buka lah pintu..kami nak masuk.." GILE NAK BUKA??

Bila dah stop, saya call member yang duduk dekat situ suruh datang ambil. Tak kosser nak duduk situ malam tu. Masa member tu datang, saya suruh dia panjat sendiri pagar and datang depan pintu rumah saya sebab saya sangat takut nak buka pintu. Buat nya kalau saya buka 'DIA' ada depan tu? Haha. Saya just buka pintu bila member saya tu sampai and bagi salam suruh keluar. 

Sampai F and D balik baru saya balik ke rumah. Class ke laut hari tu sebab mengantuk ya amat. Bila saya cerita dengan F and D, dalam minggu tu juga kitaorang pindah keluar.  Masing-masing dah serik.

Sekian, terima kasih.

- Fara -

02 April 2015

Expose Mistik: goyang kaki

Hi kak,

Saya nak story kejadian mistik masa kat Hotel Cameron Highland. 
Cerita lama laa… masa tu saya form 5. Sekarang dah 25 tahun.  
Saya ikut family pakcik saya pergi holiday. Pakcik, Makcik, anak dia 4 orang & saya.
Ikut plan, kami akan stay apartment kat situ tapi elok je sampai kat Cameron tu, pakcik saya call secretary dia, boleh pulak secretary dia cakap, “eh, Boss pegi Cameron hari ni ke? Saya booked untuk esok.” 
Since dah tersilap tarikh, maka kami pon cari la hotel lain untuk malam tu. 
Kebetulan masa tu CNY, memang payah la nak cari bilik kosong. 
Last2 dapat bilik kat satu motel (jangan tanya nama, memang tak ingat apa2. Haha)

Family room. Plan bilik kat bawah ni:  5.



Malam tu tidur tanpa gangguan. 
Esoknya, after subuh, kami pack barang nak check out motel then jalan2 lagi pastu gerak balik. 
Kami semua dah siap mandi, tinggal sorang lagi cousin tengah mandi dalam toilet.  
Then sambil pack barang, sembang gelak2, cousin paling kecik umur 6 tahun rakam video kami tengah sembang2 tu. 
Lepas record video tu, kakak dia ambik kamera tu dari tangan dia and replay video. 
Dia tengok video tu pastu muka dia  macam terkejut. 
Saya tanya, kenapa? Dia cakap takda apa la. And dia terus simpan kamera tu. 
Bila dah check out dan masuk dalam kereta, baru dia tunjuk video tu dekat kami semua. 
Rupanya, ada kaki tengah goyang-goyang kat sofa. 
Tengok plan bilik saya lukis tu, sila focus kat bulatan merah.. kat situ la nampak kaki. Sofa tu kan sebelah dinding. Kaki tu macam kaki orang tapi kaler gelap sikit.. macam bergoyang sambil baring. Camne nak explain eh. Contoh kalau kita baring kat sofa, kaki kita kan tak muat untuk lunjur atas sofa so tepaksa letak kaki kat handle sofa tu kan (kaki tekeluar dari sofa), pastu goyang kan kaki. So kami nampak kaki sahaja. Sebab sofa tu tepi dinding, Nampak kaki je la…

Tak ada sapa2 yang duduk atas sofa pagi tu. Semua duduk dekat dengan ruang kosong antara katil n meja solek tu dan memang kami semua ada dalam video tu kecuali cousin yang tengah mandi. 
Cousin saya delete terus video tu sebab takut. 
Kalau tak, boleh la tunjuk sini. Nasib dah check out, kalau tak, memang kami paksa pakcik saya tu check out jugak. Tak sanggup nak duduk situ lagi. 
Hehe.  Tu je la ceritanya pon. Thanks kak peeja. Bye.


Yana

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...