26 February 2015

Expose Mistik:

Hi, Sis Peej

First of all, I really love reading your blog especially the expose mistik segment since i love  horror stuff much! Sangat sempoi! And I've been your silent reader for very long :)

Compilation of my horror experience:


My first story: KNOCK2 WHO'S THERE??

tahun 2011-2012, saya merupakan pelajar KML,kolej matrikulasi labuan and seperti biasa every college has it own stories. Masa tu saya stay hostel and bilik saya adalah bilik ground floor and menghadap kawasan hutan. Being me, since life dekat hostel sangat bosan , saya selalu tidur awal around pkul 9-10pm. meanwhile my roommate is jenis yg stay up lmbat.

One day, tengah saya kusyuk tidur ,my roomate TIBA2 kejutkan dari tidur and without telling anything asked me to scoot over so that she can sleep wit me. dalam mamai2 tu, i just do so and continue my sleep. Kami tidur dalam keadaan sempit tu sampai esok pagi.!

esok masa bangun tu, my roommate bagitau yang masa dia tengah calling dengan her boyfriend dalam pukul 1-2 pagi. Tingkap di bilik kami yang menghadap hutan tu DIKETUK dengan kuat sekali!! and that windows is directly above her bed and dalam dia terkejut tu, her boyfriend boleh pulak tanya: "Siapa pergi blik kamu malam2 ni??"


second: PEEKABOO

10-15 years ago, kitorang cousin2 selalu kumpul dekat rumah nenek everytime cuti sekolah. Time tu, semua masih budak2 lagi. This one night, tengah kitorang syok2 tengok TV. Pintu belakang rumah nenek kena ketuk, so my nenek pergilah tengok sapa yang datang. But no one was there. so my nenek pun tutup lah pintu tu.  

But then ' TOK TOK TOK' , pintu belakang tu kena ketuk lagi. Saya rasa orang tua2 like my nenek ada experience dah dalam hal2 ni, instead of opening the door my nenek pun pergilah ke bilik and from the tingkap she saw that a WOMAN WITH LONG HAIR was standing in front of the backdoor!!!


Third: CAN I JOIN YOU?


u know when u gather with all your cousins and make fun of each other or just sharing stories, exchanging gossips and stuff, korang mesti akan gelak terbahak2, terkekek2 and every other sound of laughter. Kitorang sll buat cmtu. But this one time, tengah kitorang ketawa2, my grandpa tegur to ctrl our laughter since tak manis lah anak dara ketawa macam tu.

malam tu masa tidur, kitorang pun bentang lah tilam and tidur ramai2 dekat living room sambil tu kitorang pun story2. Then, suddenly ada bunyi from outside
'HEHEHE HEHEHE', 
kitorang da blur da time ni, but then bunyi ketawa tu makin kuat
' HAHAHA HAHAHA'
masing2 da keras da dekat tempat tidur , and bunyi tu makin lama sound like bunyi orang menangis pulak. 'dia' menangis and ketawa and menangis. 

esoknya, my grandpa and grandma memang marah teruk dengan kitorang. Rupa2nya dorang pun dengar bunyi  'dia' ketawa.



PEACE &
Sorry if it doesn't scared you :)

ana,

19 February 2015

majlis menyambut tetamu

ingat tak dalam post aku sebelum-sebelum ni aku ada kata yang fam MrB ada plan nak buat bbq kat rumah aku.
so akhirnya plan tu menjadi.
so dorang nak buat sempena cuti panjang ni la.
ok set. no problemo.

tak ramai pun jemputan. fam MrB n fam aku je.
then terpikir ajak la filla n elly sekali.
sebab dorang last raya buat makan-makan kan.
aku tak buat-buat pun lagi.
so alang-alang ada ni ajak la sekali.

then aku jemput sekali ice n huda. sejak dorang balik malaysia.
tak jumpa lagi.
then tetiba elly n filla kata alang-alang kita buat la doa selamat sikit.
sebab kita orang memang plan nak buat doa selamat sebelum launch produk lagi.
tapi memang takda time.
sebab weekend tetiba orang ni ada hal. orang ni ada event. tetiba filla pergi jepun.
eh bila nya ni. takpa. kita buat lepas launch la.
tapi sampai ke sekarang tak buat.
so ok la. combine la sekali ngan majlis bbq aku.
tunang noy, arif tu boleh bacakan doa :D

so bila buat doa selamat memang dah plan nak parents ada.
bila parents ada ni i jadi debar-debar uolls.
tau la orang tua-tua kan. seram dia lain macam.
contoh mak aku la, if dia kata nak datang rumah aku. aku jadi stress.
ada je dia perati n complain.

ye la umah aku bukan semenggah.
serba kekurangan.
ngan toilet problem.
toilet aku jenis picit belah atas tu.
so dah berbulan woih patah.
so aku bukak tudung tu, nak flush kau kena tarik pam tu ke atas. hahahahha.
aku adalah kedekut nak panggil plumber.
selama ni yang datang kawan-kawan je kot.
ada aku kesah? pepandai la korang.
tapi ni bila dah ramai nak datang. agak-agak la weyhhhh.
buat-buat la betulkan toilet tu.

so semalam nak call plumber.
tetiba kawan laki aku kata, kawan kita orang boleh buatkan.
ok so semalam dok check la.
sekali arif kata. dia pun reti buat.
cea dan-dan semua reti kan. padahal berbulan macam tu.

tu yang konon tadi nak bangun pagi n membeli belah.
pagi la sangat kul 1 baru keluar rumah.
dah la semua kedai dah tutup. ye la orang nak raya cina kot.
nasib ada satu hardware tu india ke bangla punya. fhewwww. so ada la.
tapi tak pasang lagi ni.

settle beli tu. beli barang untuk majlis lak.
plan macam buat pot luck.
abang ipar aku kata dia bawak ayam, orang ni bawak tu, orang tu bawak ni.
sekali semalam sembang ngan tina, dia kata nak bawak dessert ke apa.
aku dah macam, eh abang zul kata korang bawak lamb.
takda ok!
aku dah macam. e eh. orang nak datang ni.
kang aku mengharapkan orang bawak itu ini.
orang tak bawak kang tak pasal.
makan arang je la kau.

aku memang plan nak buat spaghetti bolognese, potato salad, n air je.
filla nak bawak buah-buahan.
elly nak bawak cupcakes.
then since alang-alang buat doa selamat, elly masukkan duit untuk food.
sebab memang ada allocation untuk majlis yang kita orang plan tu.
dah la melampau, nak masuk sampai seribu.
aku kata, jangan merepek elly, kalau seribu tu boleh bbq 3 hari 3 malam ok.

so elly masukkan duit, n alang-alang aku nak beli barang tu.
aku beli sekali ayam n lamb.
takpa. biar berlebih. jangan takda.
kata bbq, kang takda apa nak di bbq kan kang tak pasal.
dah la aku dok kira -kira.
aku rasa macam kecik2 je majlis kan.
tapi aku hilang ingatan, dah kata fam MrB besar kot.
aku kira-kira fam dia pundekat 20 orang. 20 orang tak termasuk anak-anak ye. hahahhaha *gelak nervous*

so tadi beli la ayam 3 ekor, lamb few packs.
ingat nanti aku pergi beli sotong n udang ke. best gak tu. nyam-nyam.
so tadi membeli-belah la.
elok aku kat situ ngan noy n arif, MrB call kata dia dah balik kerja.
kesepian la dia aku takda rumah. eeeeiii mengadanya.
aku kata datang je la sini.
pastu dia sampai ngan adik-adik dia.

nak pitam aku melayan.
yang adik dia tolak trolley. sorang jadi bodyguard.
dia supervisor la kot.
mana aku pergi dia suruh adik dia ikut, "fariddd, apisss ni boss (sambil tunjuk aku) mana dia pergi kau kena ikut. Jangan lambat."
Yg adik2 dia pun yo-yo la gaya. X menahan aku.
Asal aku pegang barang cecepat dorg sambut letak dalam trolley. Hahaha bongok sangat.
Semua la dorg buat. Aku xyah buat apa.

Pastu lepas beli brg kita org lepak smoke kejap kat luar.
Tetiba ada vellfire berhenti. 
Kereta belakang dok hon2. 
Driver tu hulur tangan suruh sabar.
Bukak pintu tengok ada makcik tua ngan handbag lv bertongkat keluar.

MrB: yed, nanti kak pija kaya kau jadi driver dia tau.
Farid : *angguk*
MrB: nak shopping kau kena bawak mcm ni.
Farid: tak cukup bagus driver tu. Kalau aku, aku akan turun siap bukakkan pintu x kisah la auto ke apa. Pastu dia pengang tongkat tu aku tolong sambut n pimpin. Wayang kena kuat.
Me : hahaha over gila.
MrB : yes farid. Very good.

Nak pitam aku layan dorg.
Tp dalam pada tu nak ke kereta sempat la aku tersengih2.
Terberangan la pulak. Hahahahahaha.

Malam semalam lepak kedai makan kakak ipar aku.
Lama gak la. Dpd kul 9 sampai 12ish.
Dah la balik tu jam tak bergerak lama gila.
Pelik aku. Nak ke tol gombak aku paham la jam. Ni nak ke arah kl jam dah kenapa?

Sampai umah ingat nak kemas rumah.
Tp mcm penat je. So online jap. Pastu tidur.
Tadi bangun siap terus keluar makan.
Wah seronok. Jalan lengang uolls.
Kedai makan pun x sesak.
Cina beraya, lain banyak amik kesempatan bercuti kot kan.
Area rumah aku lagi la, dah mcm cerita i am lagend. Lengang je.
Semua ramai student cina cuti. Seronok iolls.
Kalau tak mmg darah tinggi bawak kereta kt sini.
Student bawak kereta macam jilake.
Yg org lepak nak makan kt malis tu sesuka hati double park mcm bugima.

Balik tadi singgah hardware lg. Beli tempat bersih sawang tu. Beli arang.
Then balik terus projek kemas rumah.
Bersin non stop aku, aku ni alergic abuk.
Ngan dah rasa gatal2 ni. Later nak mandi.

Laki aku buat kerja bersih sawang n vacuum. Dia kan obses bab tu.
Aku cabut kain cushion, jemur cushion Lap glass, lap pintu, lap segala la. 
Ni sat lg nak keluarkan ayam. Kasi lembut then basuh. Ptg or malam boleh marinate. Arif yg marinate.
Hari tu new year bbg kt rumah mama sedappp gila dia marinate. I like.

Ni nak tukar langsir.
Pastu nak basuh segala bekas2 nak guna esok.
Gila la, gigih sangat mcm esok hari raya. Haha. 

Ok la. Nak sambung buat kerja.
Kang laki ku sentap sambil bg jelingan maut lak.

P/s: entry ni di buat semalam, stop, ni br sambung balik. 


14 February 2015

Busy weekend

Penat kak jah hari ni.
Tidur biasa la lewat.
Pepagi dah bangun.
Konon nak bgn kul 8.30am.
Elok jaga kul 8, lepak2 jap. 
Tetiba rasa mcm, eh tidur la kejap. 
Set jam kul 8.30am n 8.45am. 
Amik kau langsung tak sedar. 
Tau-tau terkejut bangun kul 10. Hahahaha.

Terus berdesup siap n gerak sarapan.
Then ke rumah mama.
Dah janji nak bawak dia gi chow kit.
Tp lepak itu ini. Dekat kul 1pm jugak la gerak.
Panas mencucuk.

Aku pun ada few benda nak beli utk bbq.
Kat sana pun 2 jam jugak la.
Dah la today kereta extra banyak kan.
Sakan org KL ke sana sini.

Blk tu singgah tempah baju melayu.
Then balik rumah. Tunggu noy siap.
Then teman dia pergi second fitting utk baju kawin lak.
Rasa nak pitam penat.

Ni nak gerak balik, hujan tgh lebat la pulak.
Malam kang ada plan ke? 
Aku pun hilang ingatan. 

Esok lak meeting ngan team ellfie.
Dah la folla tu ngan gila dia tu.
Banyak kali dia ckp kata aku dtg pagi ye.
Aaaaa help.

Harap today tidur awal la aku.
Harapan sangat. Semoga berjaya. Haha.

Ok la tu je.
Saja update sementara tunggu hujan x lebat sangat.
Mcm takda ciri-ciri je.

Penat rasa nak tidur macam starfish. 

12 February 2015

Expose Mistik: hostel dan rumah sewa

Assalamualaikum Peej..

Rasanya dah bertahun jadi silent reader blog Peej tapi hari ni baru tergerak hati nak share cerita-cerita mistik.. huhu..
tak tahu la kalau tak seram mana pun..

1st of all, sorry kalau terpanjang pulak email ni..
Yang saya nak cerita ni beberapa kejadian kt hostel dan rumah sewa..

Sekolah dan Hostel

Kes 1

Saya masuk sekolah teknik sejak form 4.. tapi lewat sikit, dapat panggilan kedua baru pergi..
tu pun lepas kena pujuk dengan mama n abah. Tapi time form 4, saya tak duk hostel sebab tak minat..
so, memang mama kena hantar saya ke sekolah sebelum subuh..

Pukul 5.30 pagi, dah keluar rumah.. T___T.. Pas tu pandai pandai sendiri la nak solat subuh kat mana..
Sekolah dengan rumah, memang agak jauh jugak. Rasanya dalam 30,40 km jugak la..
sebab mama nak patah balik dan hantar adik adik lain ke sekolah, so memang kena keluar awal pagi.
Lepas mama dah hantar tu, keadaan kat sekolah masih gelap.
Sekolah saya ni dalam sikit, kawasan sekeliling banyak hutan..

Waktu mula mula masuk sekolah tu, bila mama hantar saya ke sekolah, terus saya naik ke bangunan teknik..
atas bukit, kena naik tangga tinggi.. bangunan bawah, untuk vokasional.
Selalunya, saya duduk kat tangga tu sebab dalam pukul 7 pagi baru pak guard buka grill kat tangga nak naik kelas tu.
Sepanjang seminggu duduk kat tangga tu, saya asyik terdengar bunyi besi..
bunyi macam tukul besi ketuk kat besi.. kuat sangat.. saya dengar kat belakang sekolah, tapi buat tak tahu je la..
bunyi tu akan berhenti sebelum pak guard smpai, sebelum hari cerah.. setiap hari bunyi yang sama saya dengar..

bila tanya kawan kawan, dorang cakap belakang sekolah ada jerat cina..
tapi, tak tahu la kalau ada orang menukang kat jerat cina tu setiap subuh..
lepas tahu ada jerat cina kat belakang sekolah, lepas mama hantar saya ke sekolah
saya mesti duduk kat guard sampai hari cerah.. takut punya pasal.

Kes 2

Form 5, mama pujuk duk hostel sebab tak larat punya pasal. hehe.. So, duduk la saya kt hostel..
Awal tahun, kawan saya ajak pegi bilik ICT, kat bilik tu boleh main internet..
saya ni dulu2 tak reti sangat internet.. lepas kawan saya ajar main YM, saya pun dapat la bf dalam tu..
so, rajin la jugak saya menapak kat public fon kt sekitar hostel semata mata nak bertanya khabar ngan bf..

awal awal tahun, tak bawak hp lg.. 
Ok, bangunan hostel puteri form 5 kat area bawah, hostel form 4 atas bukit.. sekolah saya ni kan berbukit bukit sikit..

Ada 1 hari tu, lepas solat maghrib berjemaah kat surau hostel, saya cakap kat kawan saya, Wani..
saya mintak dia teman kan saya ke hostel form 4, sebab saya nak call bf saya..
lagipun, kat hostel form 5, memang takda public fon dan sepatutnya lepas solat isyak, waktu prep..
so kalau bergayut kat hostel form 4, warden tak nampak la saya ponteng prep..
time tu budak2 form 4 belum masuk lagi.. selalunya masuk dalam bulan 4 ke atas..
lepas solat isyak berjemaah tu, semua pakat keluar dari surau.. saya dan Wani terpisah..
sebab terlalu sesak time nak keluar surau.. 

Saya pikir wani ingat janji dia yang dia nak teman saya pergi ke hostel atas bukit tu..
so, saya pergi dulu sorang2.. kawasan tu memang tak ada siapa..

kat kawasan hostel tu hanya lampu bilik air di setiap tingkat je terpasang.. yang lain gelap gelita..
kat sebelah public fon, dalam jarak 7,8 meter ada satu pokok yang sangat besar dan tinggi..
masa naik hostel form 4 tu melalui tangga, sbb gate utama tu berkunci.
tak ada student lagi.. so hanya pintu kat tangga tu je terbuka.
tangga tu agak tinggi, sbb hostel tu agak tinggi dari hostel form 5..

bila saya dah sampai kat kawasan hostel form 4 tu, saya rasa lain macam.. meremang..
tiba tiba angin pun jadi sepoi sepoi bahasa... memang lain macam la rasa..
saya cuma kuat kan hati dan tunggu Wani.. tapi Wani tak sampai sampai..
So, saya pun keluar kan syiling dan nak telefon bf saya tu..
tapi bila masuk syiling, syiling keluar balik.. tiba tiba, pokok yg besar tu bergoncang goncang..
dan saya terdengar suara lelaki, cakap "Hi"..

saya pikir ada budak budak lelaki yang ponteng solat kat surau dan panjat nak sembunyi kat pokok tu.
kemudian, saya still cuba lagi masuk kan syiling tapi still syiling tu keluar..
Lepas tu, saya rasa tak sedap hati sebab rasa macam tak logik ada orang sanggup panjat pokok besar tu malam malam..

Lepas tu, saya terus lari turun bawah.. dan pergi ke hostel Form 5..
saya cari Wani dan tanya kenapa tak temankan saya kat hostel Form 4..
Wani cakap dia ingat saya tak jadi nak call bf saya sebab time tu kami terpisah bila keluar dari surau..

Kemudian, saya pun cerita kat Wani,
"Sapa ntah yang sanggup panjat pokok malam malam..nak ponteng sembahyang la tu.. dok kacau aku time aku nak call bf aku... siap hi2 lagi.."
Wani cakap, kawasan hostel form 4 memang keras..

time form 4 dulu ramai yang kena histeria... sebab tu dia tak berani naik sorang sorang..
T____T, terdiam saya dengar cerita Wani.. sbb saya tak duduk hostel time form 4. So, x tak tahu cerita2 histeria tu..

Kes 3

hari tu malam jumaat.. kat kedah ni jumaat kan hari cuti..
so, kiteorang, [saya, Wani, Moon, As] borak borak sampai tengah malam.
tak ingat benda apa yang kiteorang borakkan..
padahal masa tu kat dalam dorm, yang lain dah tido..
bilik gelap sebab pukul 11 malam dah kena tutup lampu..

lokasi kteorang time tu belah kiri dorm...
masa tu punya excited nak berborak, saya ngan Wani, bawa turun tilam dari katil atas..
kteorang letak kat atas lantai.. konon nak tidur ramai2 lepas penat berborak..
tengah seronok berborak, tiba tiba kteorang dengar bunyi besi.

'dia' pukul besi tu kat atas lantai kat belah kanan dorm... mula mula slow, makin lama makin kuat..
mula mula pukulan tu perlahan.. makin lama makin laju.. kiteorang terdiam...

masing masing berbisik.. tu benda apa... tapi kteorang memang tak tahu tu benda apa..
last last, kteorang terus berpelukan, tido berpelukan empat empat orang sampai ke pagi..
bila dah pagi, saya tanya kawan saya yang katil dia kat side kanan dorm.. 

"dengar tak bunyi besi semalam.. ada 'seseorang' pukul besi kat lantai"..
tapi ramai cakap tak dengar apa apa.. dasar tidur mati...

Rumah Sewa

Kes 1

Lepas habis SPM, saya sambung diploma kat KL.
Semester kedua, keluar hostel.. duduk rumah sewa.. kami bertiga [saya, hajar dan kak nurul]
kteorang balik awal dr kampung, 2,3 hari sebelum kolej buka..
sebab nak angkut barang-barang dekat hostel..

kat rumah sewa tu, dah ada 6 orang kakak kakak yang memang sudah menyewa kat rumah tu..
campur kteorang, 9 la jadi nya penghuni rumah tu..
hari pertama tidur rumah tu...

Kakak yang balik awal dari kampung ialah kak yana..
so, kak yana mintak kteorang tidur dengan dia dalam bilik master..
dalam bilik master tu, roomate kak yana ialah kak mas, kak j dan kak watie..
dorang belum balik dari kampung lg...

pintu bilik kak yana ni tak bole tutup rapat sebab tombol pintu dia dah tercabut.
so, nak bagi pintu tu tutup rapat terpaksalah sandarkan apa2 kat pintu tu..
Malam tu kak yana sandarkan beg kat pintu tu..
tengah syok syok tidur, tiba tiba saya tersedar..

time buka mata tu, saya ternampak 1 lembaga hitam besar sangat, tengah pandang kami semua..
siap cekak pinggang lagi..

tapi, sebab kan takut.. saya tutup balik mata.. dan tak bergerak sampai la dah tertido..
bila bangun pagi, saya orang pertama yang bangun.. dorang still membuta lg..
time nak keluar dari bilik, saya terkejut.. sebab beg yang sepatutnya kami letak kat pintu tu
tiba tiba ada kat tempat asal dia balik...

bila kak yana dah bangun, saya ada tanya.. kak yana ada keluar bilik ke semalam..
dia cakap tak.. dia tak sedar langsung..
kak nurul dan hajar pun cakap dorang tak sedar langsung malam semalam..

Kes 2

Time ni kak nurul dan hajar berhenti belajar..
so, saya berpindah ke bilik master sbb kak j dah habis belajar..
bilik lama saya dah kosong..

So, ada 3 orang kakak kakak ni datang menyewa bilik kosong tu..
kakak2 tu, kak nurul (yang ni nurul lain), kak zura dan kak yon..
dorang bertiga ni memang rapat.. ke mana je mesti bertiga..
1 hari tu, kak nurul, kak zura dan kak yon baru balik kelas..

dorang terus naik ke bilik..
saya ngn kak yana ni tengah tengok tv.. lepas tu kak yana ajak masak megi sama sama..
tengah dok masak, sambil potong bahan bahan apa yang patut..
saya dan kak yana terdengar kak nurul, kak zura dan kak yon tergelak gelak dari atas..
sebab bilik dorang betul betul atas ruang dapur..

kak yana cakap, "amboi sakannya dorang gelak.. mesti ada cerita best.. jom naik atas, jenguk dorang"..
so, saya pun ikut kak yana.. sambil nak bagi kuah megi mendidih kejap.. saya follow kak yana kejap..
mungkin dorang bertiga ada cerita hot..
sampai kat bilik dorang, kak yana bukak pintu..

tapi yang buat kiteorang terkejut dan hairan... dorang tengah tido..
sorang pun tak perasan kak yana dan saya kat depan pintu..
tak kan dalam masa seminit, dah hanyut di buai mimpi..
saya dan kak yana, masing2 cakap yang kami dengar dorang ketawa..
cara kak nurul ketawa tu unik sikit..

so, kami tahu yang gelak paling kuat tu kak nurul..
bila dorang dah bangun, kak yana dan saya tanya la dorang bertiga..
apa yang dorang gelakkan, sampai dengar kat dapur..
dorang cakap, "sejak balik kelas, masuk bilik.. masing2 terus tidur..
takde borak borak.. ni pun baru bangun..."

kak yana ngn saya berkerut muka.. sebab masing2 dengar suara mereka bertiga tu ketawa..

Kes 3

time ni semua dah keluar dari rumah sewa.. dah angkut barang-barang..
penyewa baru tak ada, sebab owner rumah nak jual rumah tu lepas kiteorang habis study..
so, saya orang terakhir kat rumah tu.. sebab kak yana dah abis awal, sejak semester yang lepas..
kak nurul orang ampang.. so, kejap je family dia datang angkut barang..
kak yon dan kak zura orang pahang.. pun sama juga..

saya ni je.. kena tunggu lusa sebab time tu baru mama dan abah cuti..
baru boleh gerak datang KL ambik saya dan angkut barang barang..
so, saya redha...

malam pertama tido sorang tu, tak ada apa pun.. sebab saya tido kat ruang tamu..
tengok tv sampai tertido.. so, tak ada apa la yang jadi..
malam kedua.. mama dan abah dah bertolak dari kedah.. nak ambik saya..
so, saya tak leh tidur.. jadi, saya tunggu je la sampai mama dan abah sampai..
mama abah sampai lebih kurang pukul 1 pagi.. abah sampai2 je kat rumah saya,
baring kat ruang tamu n tertido terus.. penat agaknya..

pastu saya ajak la mama tido dekat tingkat atas.. kat bilik master.. sebab ada tilam sume..
mama cakap, tak payah la.. ko je pegi tido atas.. mama teman abah kat bawah ni..
saya pun naik atas.. masuk bilik tapi tak tutup pintu..

sambil baring baring.. saya berpikir dan kenangkan kenangan kenangan yang ada..
sebab esok nak balik kedah dah.. tiba tiba kepala saya jadi berat.. mengantuk yang tersangat sangat..
dalam pada nak tido tu, saya terdengar orang berjalan kt tingkat bawah.. 

macam jalan sambil seret kaki, jalan malas nak angkat kaki.. saya ingatkan mama nak pegi toilet..
ye la, orang letih perjalanan jauh. mungkin jalan pun tak larat angkat kaki dah..
sebelum tu,lampu toilet tingkat bawah rumah sy ni dah terbakar.. lampu dapur pun dah terbakar..
so, kalau nak pergi toilet bawah, kena pasang lilin dulu.. api plak, kena buka api dapur gas tempat masak tu...

So, lepas dengar yang ada orang berjalan kt tingkat bawah..
saya agak mama la yang jalan nak ke toilet..
lepas tu dengar bunyi "keting.. keting".. bunyi orang buka dapur gas.. *dapur gas yang murah punya tu..
Saya pikir mesti mama nak pasang lilin..

tapi, bijaknya mama.. macamana mama tahu toilet rumah saya kena pasang lilin dulu?
Tapi waktu tu, serius saya tak boleh bangun.. kepala berat sangat.. last sekali saya tertido..
Esok pagi, lepas kemas2 barang.. kteorang pegi breakfast..
saya cakap, "bijaknya mama.. macamana mama tahu nak gi toilet umah akak, kena pasang lilin dulu?"
Mama cakap, "sapa pegi toilet? Ko naik atas je, mama dah tido.. umah dah la menakutkan.. mama siap mimpi hantu.."
Saya balas balik.. "eh, akak dengar orang berjalan.. siap dengar mama buka dapur gas.."

Mama pun cerita la pasal cerita mimpi hantu tu...
Lepas je tido, mama tak tahu mama betul2 tido atau mamai..
sebab mama cakap mama nampak hantu keluar dari bilik stor ke dapur..
Lepas tu.. mama pusing badan menghadap abah..
tiba tiba hantu tu duduk mencangkung dekat kepala abah.. 

Hantu tu tengok mama.. mama cakap time tu mama tak takut sebab muka dia tak la menakutkan..
Cuma pucat tapi bersih..
cuma mama pelik, kenapa dia sibuk tengok mama.. mama tanya, "kenapa?" 'Dia'jwb.. "lepas ni jangan gaduh2.. jaga keluarga".. kebetulan otw ambik saya mama dan abah bergaduh sikit.. huhu..
Mungkin perasaan mama yang penat kot time tu..


Ok, sorry kalau terlalu panjang dan membosankan.. hehe..

-Tashya-

05 February 2015

Expose Mistik : mengikut

Assalammuailaikum kak peej,

Saya seorang silent reader. Selalu baca blog kak peej ni best dan tak berat santai2 gitu.

Saya nak kongsi 1 cerita mistik tapi tak la seram cuma geram je.

Semalam saya pergi genting (06/10/2014) dengan anak (umur 1 tahun) dan suami saya cuma sekadar nak bawa anak pergi jalan2 naik cable car. Sampai dekat cable car dalam pukul 4 ptg macam tu. Tak sampai 2jam pun dekat sana dah turun. 

Anak saya ok masa dekat genting. Masa balik tengah beratur nak naik cable car si anak tidur sampai turun cable car pun still tidur.

Nak dijadikan cerita lepas gerak balik saya singgah rumah mertua dkt setiawangsa dan gerak balik rumah di kota damansara dalam pukul 9 malam.

Tengah malam tu si anak meragam menagis dalam pukul 2.30 pagi..smpai la subuh. Dan asyik pandang 1 tempat je..si suami pulak tertido dekat ruang tamu saya malas nak kejut biakan dia tidur je kt situ..tp dalam pukul 4.30pagi dia bangun masuk tidur dalam bilik..pelik gak biasa kemain susah dia nak bangun. Rupa2nya dia kena kacau masa tidur. Benda tu mengilai dekat tepi telinga dan muncul depan laki saya. Kata laki saya muka tak berapa jelas tapi hitam.

Saya pulak lepas turun je dari genting sebelah tangan sakit bahu terasa berat sangat sebelah kiri macam ada benda bertengek atas bahu. Serius sangat sakit..

Si anak pulak menagis tak henti2..smpai la nk subuh sambil mata tertumpu dekat 1 tempat. Saya hilang sabar saya menjerit tengking benda tu cakap jangan kacau anak aku..berambus kau dari sini..serius memang hilang sabar dengan sakit sebelah tangan, dengan anak menagis meronta2 lagi. 

Malam ni tak tau la apa yang akan jadi. Hope benda tu dah balik. Dan skrg si anak demam panas tiba2..duduk kt ofis pun hati tak tenteram.

So lepas ni taubat tak nak pergi genting lagi. Cukup2 la pengalaman yang saya sekeluarga dapat.

Sekian.

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...