20 November 2014

Expose Mistik : himpunan cerita

Assalamualaikum Peej..

Saya memang minat baca r tengok citer seram.Maybe sebab diri sendiri pernah berdepan dengan makhluk yg xnampak dek mata kasar ni.Cuma ada kalanya saya blur plus tak berapa nak percaya..Tapi bila pikir2 balik, iyolah benda tu.cuma saya bersyukur sbb bila saya lambat perasan kewujudan makhluk tu, xdela saya takut sangat.

1. Cerita pertama saya ialah mengenai perkhemahan di sekolah tempat saya mengajar.
Sek ni berhampiran dengan kaki bukit.
Di sekeliling sekolah ni adalah dalam empat lima buah rumah penduduk kampung.
Kawasan yang selebihnya ialah kawasan sawah padi yg dah tak diusahakn oleh org2 kg.

Utk perkhemahan tu saya bertugas sebagai guru penasihat Pandu Puteri.
Jadi pada ptg hari khamis mlm jumaat tu turn saya bertugas hingga ke pagi esoknya.
Petang tu dalam pukul 6.00 ptg saya start memasak nasi n lauk utk mkn malam budak2 pandu ni..
tgh syok2 memasak dgn dibantu olh 3-4 org pelajar, tetiba urusetia arahkan semua pelajar lelaki dan perempuan mandi dan bergerak ke surau untuk solat maghrib.
jadi tinggallah saya sorang2 kt khemah tu sambung memasak.

Hari dah makin gelap tp lauk tak masak2 lg sebab api tu duk goyang kiri goyang kanan kena tiup dek angin.
angin plak sepoi2 bahasa.
Memasak kat padang terbuka itulah cabarannya.
Cuak jugak rasanya sbb khemah urusetia agak jauh.
tapi tak jadi rasa takut bila teringat ada 2 org lagi cikgu lain yg duk memasak ptg tu kt khemah student masing2.

Dalam duk kacau2 lauk tu tiba2 saya dengar bunyi yang bising.
ringkas cerita mcm suasana hingar bingar, ada suara orang bercakap2, gelak2.
mula2 slow tp lama2 makin kuat.
bila pandang sekeliling xde plak nampak student duk sembang2 ke.. sbb semua dah ke surau.
yang uzur plak gi mandi masa tu sbb sblm tu beri laluan ke pelajar yg boleh solat dulu mandi.
Saya bersangka baik dgn menganggap cikgu2 lain tu duk masak sambil sembang2 sbb khemah diorg dekat.

Tup-tup dtglah sorang kawan saya ni ke khemah saya.
Namanya akak Z, guru penasihat KRS pompuan.
dia dtg jenguk saya masak.
Asalnya dia nak ke khemah KRS lelaki tp tak jadi sbb kawasan khemah lelaki terceruk sgt kt hujung pagar n masa tu dah gelap.
Ada lampu mentol je sebiji dpn stiap khemah lelaki ni.

Dah dia dtg tu saya tanyalah dia, "akak duk sembang2 dgn N ke? Riuh bunyinyer sampai ke sini dengar suara".
Akak Z pandang muka saya dgn pelik, "takdelah Tie. akak duk masak sorang2 je dari tadi. Khemah akak jauh dari khemah Si N tu kot yg sembang2 dgn student dia. kut dia minta tolong student xleh solat tolong dia masak."

N ni mmg hepi go lucky orgnya. jadi tak pelik kalau dia bersembang tu riuh je bunyinyer.

Dalam akak Z tu duk lepak kt khemah saya kami terdengar lg bunyi riuh bercakap2 tu..
suara tak clear cuma bunyi bising je.
Akak Z pun dengar bunyi tu..
Dah pukul 7.30 ptg, saya text ke N ajak gi mandi n solat di surau.
Lauk pun dah beres masak.
Datang N sorang berlenggang je kt khemah saya.

"eh..mana student2 yg tolong ko masak tadi? tak ajak gi mandi sama ke?" Saya tanya N.
N tercengang tgk saya.."mana ada tie. aku sorang2 je duk masak dari td. sunyi sepi. mana ada org lain kt khemah aku tu.."

jeng jeng jeng....saya dan kak Z berpandangan sesama sendiri.
Bunyi ape yg kami dengar tadi?
Kembang rasa kepala kami tapi masing2 buat tak tau.
terus gi mandi n solat...

Bunyi ape yang saya dengar tu?nanti saya sambung kisahnya sbb dah panjang sangat ni..tq

..............................................................................................

Assalamualaikum Peej..

Ini adalah sambungan cerita perkhemahan tadi.Harap dapat share dgn rakan2 yang lain.

2. Peristiwa perkhemahan yg saya ceritakan tadi berlaku pada hari pertama perkhemahan.
Sekarang saya akan ceritakan peristiwa malam kedua.

Keesokan harinya saya menceritakan apa yg saya dengar kpd kem komandan dan ustaz untuk mereka buat pendinding di sekeliling tapak khemah tu.
Saya rasa tak sedap hati.
Mulanya ragu2 juga nak cerita sbb bkn semua org percaya kpd benda2 camni.
Alhamdulillah, mereka berfikiran positif. 
Saya nampak ustaz dan urusetia tu tabur belerang dan garam kasar di sekeliling tapak khemah.

Kebiasaannya malam kedua perkhemahan ni adalah malam para peserta membuat persembahan kebudayaan bagi mewakili unit uniform masing2..
Pada malam tu majoriti cikgu hadir termasuklah pengetua sekolah.

Keadaan jadi kecoh bila salah seorang urusetia tersilap pasang lagu Cindai.
Bila disuruh stop, pelajar tu main2 plak kononnya tak percaya dgn perkara mistik ni . 
Apa lagi, bertempiklah sorang budak pompuan ni bila dengar lagu tu.
Saya dan cikgu2 lagi pergi pegang budak tu bila nampak dia berlari nak panjat tangga tangki air asrama di hujung padang.
Dalam duk tenangkan budak tu 2-3 org bdk pompuan lain menjerit n menggelupur..
last2 dekat 10 org kena histeria dlm masa yg singkat.
semua pelajar yg histeria ni dipapah ke surau asrama.
Yg tak kena histeria kami suruh duduk di khemah masing2 baca surah yasin ramai2.

Sampai pukul 3 pagi kami berjaga n tolong ustaz pulihkan bdk2 ni.
Depan mata saya sendiri saya tgk seorg budak lelaki duk bersilat sorang diri..
Asalnya budak ni duk tolong papah pelajar2 yg histeria, akhirnya dia yg kena jugak.

Malam tu semua pelajar diarahkan tidur di asrama, Pelajar yg mengamuk teruk dibawa balik oleh parents masing2.

Selang seminggu selepas peristiwa histeria tu, saya terdengar seorang cikgu bercerita di kantin sekolah.
katanya pada petang hari pertama perkhemahan, salah seorang nenek yang tinggal berdekatan dgn sekolah ternampak segerombolan orang yang pakai pakaian yang cantik dan warna warni turun dari bukit tu ke kawasan sawah padi di belakang padang sekolah (tapak perkhemahan tu).
Nenek tu selalu ambil angin petang2 di beranda rumahnya (berandanya mengadap ke arah bukit ).

Gaya orang2 tu berjalan macam nak pergi berpesta.. riuh rendah bunyi suara mereka.
Bila sampai ke sawah mereka terus hilang.
Bila dengar cerita tu saya buat kesimpulan suara merekalah yang saya dan kak Z dengar petang tu.
Pesta ape yg mereka nak hadiri? Wallahu a'lam..

3. Kisah ni adalah kisah benar yang dialami oleh kakak kwn baik saya.
Kalu tak silap saya berlaku pada tahun 1993.
Rumah kwn saya ni juga dkt dengan sawah padi.
Biar saya namakan kakaknya sebagai Ani.

Ani ni seorang suri rumah tangga.
Mencari pendapatan tambahan dengan menenun kain songket.
Di kampung kwn saya ni ramai org menenun kain songket.
Setiap rumah akan ada sekurang2nya sebuah alat menenun kain songket ni (bagi yg mahir menenun kainlah).
Arwah nenek dan mak2 sedara saya pun mahir menenun kain songket ni, tp ni zaman dolu2lah.
Sekarang mereka dah tak buat dah.

Malam tu, suami dan anak lelaki tunggalnya pergi tgk bola di stadium negeri.
Tinggallah ani ni sorang diri kt rumah.
Bosan duk sorang2, rancangan tv pun tak menarik malam tu ( masa tu kat terengganu ada siaran tv1, tv2 n tv3 je).
Jadi ani ni ambil keputusan menenun kain.
Malam tu panas jadi dia buka tingkap.
Tgh syok2 dia duk menenun tu tiba2 dia dengar tingkapnya tertutup sendiri.
Tak sempat dia nak buka balik tingkap tu terbuka sendiri pelan2 n pahtu tertutup balik..macam tulah berulang2 banyak kali...
nak kata angin kuat sampai tingkap tu tertutup, malam tu xde angin pun.

Ani ni berani.
Terus dia sound kt benda yg duk main tingkap tu, "kau jgn main2 dgn aku. Aku tak takut dgn kau. Kalu nak jelma, jelmalah sekarang. Aku nak tengok muka kau !".

Sejurus selepas Ani sound, menjelma sekujur tubuh di hujung alat menenun kain tu (menghadap Ani betul2).
Lembaga seorang perempuan berpakaian baju kurung dan kain batik yang lusuh.
Memakai selendang yang juga lusuh.
Muka dia tak berapa clear sbb terlindung dgn selendang cuma nampak mulut je senyum sinis.
Terus Ani tu pengsan n demam seminggu.

Moral of the story: jgn ckp besar walaupun kita berani.
better buat2 tak nampak n baca ayat2 suci al-quran.

Sekian cerita drp saya...tq

.......................................................................................

Assalam Peej..

Dlm email ni ada saya sertakan gambar alat menenun songket.
Email yg sebleum ni saya x ingat nak sertakan, seram sejuk masa duk taip cerita masa tu.
Gambar patern alat ni sama mcm yg org2 Ganu ada.
kalau yg kat sarawak tu patern lain skit..
Dolu2 mmg majoriti rumah kat kg ayah saya ( area kg Pasir Panjang dan Bukit Besar ) ada alat ni.. kalu tak kat dalam rumah mesti kt bawah rumah ( rumah kg ) atau beranda.
Area kawasan Bukit Besar, Pasir Panjang dan Gelong Bilal ni adalah kawasan pembuat songket.
Tapi skrg dah tak ramai org pandai tenun kain songket.

Saya sertakan gambar ni supaya peej boleh gambarkan jarak Ani n lembaga pompuan tu berdiri masa baca cerita saya.Kebanyakan alat tenunan ni usang sbb diwarisi turun temurun.
...........................................................................................................................





























Assalamualaikum Peej..

Saya email lagi kisah2 mistik yg pernah saya alami ni..Takdelah seram mana tapi apa yg pernah saya ( suami dan kwn2) alami ni menginsafkan saya yg kita ni mmg berkongsi alam dgn makhluk2 ni..Kat mana2 aje mereka ada, muncul pada saat2 yg tak kita jangkakan so kena hati2 sokmo..

1. Saya start boleh nampak makhluk lain ni semasa mengandungkan anak pertama.
Masa tu dalam tahun 2008 ketika usia kandungan saya dalam 3 bulan.
Sebelum ni saya cuma boleh dengar dan rasa sahaja.

Saya dan suami dalam perjalanan ke rumah mak mertua dalam pukul 8 malam.
semasa lalu di kaki bukit (ada banyak semak samun dan pokok2 besar), saya ternampak seekor 'burung' besar melintas depan cermin kereta saya.
Besar sangat sampai penuh satu cermin depan tu. 
saya tergamam sebab burung tu berbadan dan berkepala manusia.
kepala seorang perempuan brambut panjang ( muka tak cantik ).
Cuma kedua2 tangannya saja berkepak besar.
Makhluk ni terbang turun dari bukit tu menghala ke kawasan kampung.

Makhluk ni terbang straight je, tak perasan pun kereta kami kt bawahnya.
Saya tak berani tegur ape2 n saya tengok suami saya relax je bawa keta.
Bila saya tgk side mirror, benda tu dah hilang.
kalau betullah burung, mesti nampak bila tengok kat side mirror.
Saya diam je dalam perjalanan tu.
Dalam hati duk pikir, "perasaan aku  ke ni?"
Sampai kt rumah mak mertua baru saya cerita kat suami.
Tujuan cerita sbb masa balik nanti tak nak lalu lagi kut jalan tu..
Tapi mmg suami saya tak nampak.
Saya je yg nampak mlm tu.

Saya tak puas hati dan cuba tanya orang2 tua yg tinggal berdekatan bukit tu tentang makhluk tu.
Majoriti yang saya tanya mengiyakan kewujudannya.
Maknanya bukan saya je yg pernah nampak.
Ada sorang makcik tu duk menyapu sampah waktu lewat petang.
Dalam duk menyapu tu dia ternampak makhluk ni terbang lalu kat atap rumah dia, straight terbang menghala ke bukit di belakang rumah dia.
Terus makcik tu campak penyapu n masuk dalam rumah.
Masa tu dah dekat2 senja,

2. Tahun yang sama cuma hari yang berlainan.
Saya dan suami dalam perjalanan balik ke rumah dari rumah mak mertua.
Masa tu jam dalam 12 malam.
Suami saya suka lalu jalan short cut untuk mengelakkan traffic light yg banyak kt jln raya.
Jadi dia lalu ikut jln kampung.
Masa lalu depan sebuah sekolah rendah, saya ternampak satu objek putih terapung2 lemah gemalai di luar pintu sebelah suami saya.
Sekali tengok mcm obor2, dua kali tgk mcm telekung sembahyang yang transparent.
ringan je benda tu terapung. tapi makin lama makin dekat dgn cermin kereta.

Kereta pula masa tu kena bawa slow sbb banyak bonggol (depan sekolah).
Orang kg buat bonggol sbb tak nak bdk2 lumba motor.
Budak2 cuma lalu waktu siang je.waktu malam sunyi sepi kawasan tu.

Suami saya tak nampak pun benda tu sbb dia duk pandang depan je.
last2 benda tu sampai dekat kereta dan hilang sebaik saja sentuh cermin kereta.
Pelik juga mula2 tu pasal ape tiba2 hilang.
Rupa2nya pasal dlm kereta suami saya pasang cd mengaji.
Tu pasallah benda tu hilang.
Saya tak citer apa2 kat suami saya sampai balik rumah.
penat campur takut...nanti kalau bercerita kut benda tu ikut plak. naya je..hihi

3. Kisah ini dialami oleh suami saya masa dia berusia dalam 10-11 tahun.
Pada satu malam, ketika dia duk study dalam bilik dia sorang2, suami saya terdengar bunyi motor abg dia balik ke rumah.
Masa tu abg dia umur dlm 15 thn.
Bunyi enjin motor n cara tongkat motor tu sebijila gaya cam abg dia.
Bilik suami saya pula tepi porch..bunyi keta n motor mmg dia dengar dulu.

Lama abg dia duk panggil kt luar sambil ketuk2 pintu tapi mak mertua saya tak sedar.
Ada kt dapur masa tu.
Suami saya plak masa tu rendah lg, tak sampai nk buka selak pintu (rumah kg selak pintu kt bahagian atas dan bawah).

Jadi suami saya pergilah panggil mak dia kt dapur pasal abg dia ketuk pintu mcm nak roboh dah.
Mungkin nak marah sbb dah lama ketuk tp xde org buka pintu.
masa mak mertua n suami saya kalut2 dari dapur nk pergi buka pintu, ayah mertua saya tak bagi buka pintu.
Dia suruh jenguk dlu dlm bilik abg saya.

Rupa2nya ayah mertua saya ada dalam bilik tapi dia buat derk  je tak buka pintu.
Bila mak mertua saya jenguk ke bilik abg ipar saya tu...terbongkang tidur abg suami saya tu kat atas katil..

Automatik suara yg suruh buka pintu n bunyi ketukan tu senyap.
Suara kt luar tu sebiji mcm suara abg ipar saya.
Suami saya apa lagi, terus masuk bilik berkelubung dalam selimut seluruh badan.
Nasib baik tak sempat bukak pintu.

Buat masa ni, ini sahaja cerita yang dpt saya kongsikan dgn Peej.
insyaAllah, next time saya akn citer kisah lain pula.tq
Assalamualaikum.

Tie..



















































12 November 2014

how to get away with murder

zaman ketagihan main game dah berlalu.
bermusim main game ni.
now nasib dah ok. kalau ngan game je.
kadang tu siap purchase itu ini. hish.
nasib dah dah takdok dah.

now kembali melayan tv series.
sebab dah musim tv series favourite aku semua dah start balik.
so harus layan tv series je.
pastu tak sabar nak tunggu setiap minggu nak download. fuhhh.

aku zaman dulu cukup suka cerita thriller n horror ni.
i like suspense n menakutkan ni. debar-debar best.
tapi now dah berumur ni macam tak boleh sangat la layan movies macam tu.
huish tahap debar tak tenang.
nanti mula la aku pause pastu pergi buat air ke.
basuh muka ke, tetiba solat ke, main hp ke. hahah.
dah rasa-rasa tenang sikit baru sambung tengok.
so cerita macam tu memang tak boleh la tengok wayang.
tak tenang aku nanti.

now layan movie biasa-biasa je.
selain movies tv series layan gak.
yang bebetul aku ikut.

games of thrones
scandal
the blacklist
orange is the new black
devious maids
bates motel
mistresses
the following

dalam banyak-banyak tu harus la paling suka games of thrones kan.
tapi setahun sekali berjanggut nak tunggu.
dah la 1 season ada 10 episode je. grrrrr.
second aku terpaling suka adalah scandal.
tolonglah cerita dia best gilaaaa.
aku suka cerita yang ending saje nak tinggalkan bagi debar-debar.
membuatkan kau tak sabar nak tunggu next episode nak tau apa jadi. i likeeee.

the following pun best aku suka.
bates motel pun best sebab agak stress.
orange is the new black aku suka sebab cerita penjara.
n sebab true story so feel lebih la.

mistresses, devious maids n the blacklist ok la not bad.
sebab dah ikut tu kan.

then baru-baru ni aku start download tv series selfie n manhattan love story.
pun ok. cerita ringan la. untuk layan sengih2 ok la.
cerita ni pun aku ikut sebab ada hari tu aku sangap.
so aku dok bukak youtube tengok tv series punya trailer.
so nampak menarik je. so ok la.
bagus gak la. sebab ada menarik nanti try tengok.

tu takpa, tu takpa.
aku kan memang rajin layan ellen show kat youtube.
so ada sekali tu dia cerita pasal tv serious baru ni.
pastu dapat tau yang cerita baru ni pun daripada orang yang sama buat cerita scandal ni.
apa lagi pantas check out trailer.


hoiiii macam menarik.
aku dah la suka cerita lawyer-lawyer ni.
selalu mesti gempak n best je.
terus aku download. baru ada 6 episode.
malam tu gak aku marathon sampai kul 8 pagi.
yes i'm crazy like that. hahha..
memang besttt!!! sebab ending dia mesti debar-debar tak sabar tunggu next episode.
helppppppp.

kalau korang jenis suka layan tv series. can consider tengok cerita ni.
scandal tu pun best. dah 4 season yang tu. so best sikit boleh marathon. :D

tak silap pernah orang tanya aku macam mana nak download tv series ni.
aku ni nak guide sangat bukan reti tapi harap korang paham la.

1. download bit torrent
kat situ la nanti dia akan download apa-apa yang kau download. tak kira la tv series ke movies ke.

2.untuk tv series
- bukak eztv.it > showlist
- pilih la tv series apa kau nak. beratus kot ada.
- pilih tv series n download la episode yang kau nak. tekan la gambar arrow ke bawah
- bukak file download. akan keluar series tu. kau tekan. then keluar window. kau tekan ok.
- so boleh tengok kat bit torrent tu dia download.
- once complete. bukak file download tu again. dah keluar file tv series yang dah siap tu. nak terus tengok boleh. or nak move ke file tv series yang korang create pun boleh.


- selain eztv. it boleh jugak download dekat kat.ph.
- terus search tajuk tv series tu. n download la episode yang nak. again just tekan pic arrow ke bawah tu.

aku baru tau website ni sebab jonet bagi tau
sebab aku gelisah apesal kat eztv tu tak keluar lagi latest episode how to get away with murder.
ye la keluar dah almost seminggu kot. i cannot. debar2.
nasib jonet kata try kat.ph tu.
apa lagi...pantas aku checkidaut.

3. untuk movies
- thepiratebay
- terus search movie apa nak. if ada dia keluar list. click get this torrent tak silap.
- sama jugak lepas tu bukak file download n tekan ok.

tapi movie leceh sikit sebab nak dapatkan yang hd kan.
kadang still cinema copy. nyampah.
so tak best la kan.
sebab tu aku lagi layan if download tv series.
memang terbaik quality.

selalu movie aku tengok live stream je dekat viooz.co
takyah register, takyah bayar ke apa. senang.
tapi line kena ok la.
kalau hazab, boleh tahan bengang la asyik buffer je.
rasa nak hempok je tengok tersangkut-sangkut.

sekian.
kesimpulan.
layanlah cerita-cerita yang aku suggest tu. best wooo.
oh lagi satu. apa lagi cerita best?
hahaha asyik-asyik tanya korang kan.
kalau korang suggest aku selalu akan tengok trailer dulu kat youtube.
kalau memikat hati baru aku download. :D


07 November 2014

releven untuk si kaki bebel

wah kemain releven bagai korang kan.
maksud aku tak releven tu bukan apa.
ye la aku blogging since 2006.
time tu umur aku pun 23 macam tu.
jiwa muda mudi.
semua nak cerita.
tak kisah share benda best ke, tak best ke, bengang ke, benda merepek ke.
sesuka hati nak cerita apa pun lah.

now dah 2014.
sedar tak sedar dah 8 tahun dengan blog ni.
umur aku pun dah 31 satu.
pemikiran pun dah matang. ok kalau tak matang sangat pun, sikit tu ada.
so kau dah boleh berfikir apa yang nak update ke tak.
memang ada perasan macam-macam.
tapi nanti sebelum nak publish kau macam fikir.
eh macam mana if orang takleh terima entry ni.
kau dah pandai pikir sensitiviti orang lain.
so jadi kurang best.
sebab end up entry tu aku peramkan sahaja dalam draft.

kalau boleh taknak update entry time tengah bengang or marah-marah.
taknak menyesal di kemudian hari.
nanti menyesal pulak bila baca balik.
nanti nampak macam semakin tua semakin cerewet kak jah ni.
macam mana nak meneruskan perangai yang konon cool ni?
tak sangka semakin tua perangai semakin annoying di benci anak-anak muda.
wah gitu.

pernah tak time muda-muda dulu kau jumpa orang-orang dewasa yang cool.
pastu rasa macam, ok dah baya tu nanti...aku nak cool macam tu.
sekali bila meningkat usia. tak sangka aku tak cool seperti yang di jangkakan.
tersangkat makcik-makcik perangai.
tidak lagi berpeleseran, tidak lagi suka tengok orang buat benda bongok.
rasa macam, eh apa muda-mudi zaman sekarang perangai begitu sekali.
tak sedar diri, satu masa dulu kau pun macam tu jugak.

jiwa dah ke arah slow sikit la.
semua benda nak update nanti terasa macam, eh perlu ke update?
macam poyo je. tak payah la.
if setakat nak share sikit-sikit gambar or bebel sikit-sikit.
sentiasa boleh channelkan ke instagram, fb or twitter.
lebih mudah kan.
blogging ni leceh sikit kerjanya.
then terfikir, ada lagi ke orang hadap blog?
ketinggalan zaman sangat tau. orang dah tak layan blog sebenarnya.
orang pun nak senang.
orang layan ig, fb n twitter je. kan?

tah la. maybe this is just a phase.
biasalah kan. korang pun some dah lama baca blog aku ni.
ada time tiba-tiba perasaan pelik-pelik datang.
aku rasa PMS kot.
stress benda-benda tak perlu.
pastu sedih berlebihan.
baca blog orang sedih, tengok gambar sedih, layan fb sedih.
nasib waras, kalau tak dah tampar diri sendiri kot.

busy pun ye.
n penat bekerja. nampak kerja macam simple.
tapi ada la penatnya. mana ada kerja tak penat.
mungkin perlu cuti untuk tenangkan jiwa.
mungkin balik cuti baru boleh start fresh.
amboi mengada sangat bercuti bagai.
rindu laut. dah laut pulak tiba-tiba kau ni kan. hahha.
nampak tak jiwa tak tentu hala aku ni?

aku rasa macam dah tak releven nak berblogging sebab rasa nak share cerita secara details and penuh gambar dah tak ada.
dah tak kuasa pun ye.
macam aku cakap, rasa nak share, upload kat instagram terus. senang.
tapi blog ni best kalau adanya perasaan macam sekarang ni.
so kau boleh merepek cakap sorang-sorang sesuka hati, panjang lebar semua.

takdanya aku nak stop blogging.
gila kau. dah 8 tahun. dah sebati dalam diri.
maybe one day. itu tak tau.
tapi bukan dalam masa terdekat ni la.
cuma mungkin nak share cerita secara semangat dan berlebihan kurang la kot.

eh ok lah. aku ada banyak benda nak settlekan ni.
busy sampai ahad.
:(

p/s: diharap this is temporary. semoga ceria di hari-hari akan datang.

06 November 2014

Expose Mistik : Misteri air

Assalamualaikum kak Peej,

Sempena bulan Ramadan ni saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada akak sekeluarga. 
Saya ni silent reader blog akak.. 
Saya suka baca blog akak.. 
aritu terjumpa pasal artikel yg expose mistik.. saya pun suka baca.. tapi siang2 la.. 
saya nak share kat akak pasal pengalaman mistik saya dalam bulan ramadan ni.. saya kena baru je.. 

Time tu parents saya xde pergi IJN(Institut Jantung Negara), sebab ayah sy kena admitted kat wad sana. 
So saya tinggal la sensorang sebab kena kerja.. 
Ada satu hari dalam bulan puasa tu, saya drive nak balik keje. 
Saya drive xde la laju sgt, tapi ada sekumpulan monyet lari laju merempuh kete saya, saya x sempat elak dan brek kemudian terlanggar seekor monyet lalu mati.. 

Saya pon xtau la kejadian ni ade kena mengena atau tak dengan kejadian mistik yang saya kena kat rumah pada malam hari tersebut.. 
lps langgar monyet tu, saya rasa bersalah sangat.. rasa sedih,pastu terpikir pula kat family monyet tu.. Bila sampai dekat rumah macam biasa je.. 
So saya berbuka puasa mcm biasa.. 
Lps solat saya pon start wat keje2 umah, basuh pinggan, baju dan tadah air.. 
Semenjak dua menjak ni kawasan umah saya selalu xde air, bile ada air tu perlahan la pulak.. 
sambil buat semua keje tu sy tengok tv.. 
Yang tadah air tu, sy tadah dlm kolah.. jadi saya pastikan kolah tersebut penuh sebelom saya masuk tidur.. 
Bila dah penuh tu saya pon tutup air dan tidur.. 

After that saya bangun kul 4.30 am nak sahur.. 
Of course la memula saya menuju ke bilik air.. 
Bila masuk je bilik air saya terus sentap dan terkejut sebab air kolah yang saya tadah penuh tu, tinggal separuh je.. 
hadoiii.. dahla kena time tinggal sorang..huhuhuhuhu.. seram giler saya rasa kak.. 
Sape pulak yg guna air kolah tersebut...huhuhuhu.. 
Lepas tu saya tanya la kwn2 yang alim.. 
die kata mmg masa bulan Ramadan syaiton tu kena ikat, mungkin saya kena ganggu dengan jin yg Islam.. 
Mungkin "Beliau" guna air tersebut untuk mandi dan berwudhu' .. 
Ya ALLAH kak.. subuh tu terus sy baca surah2 yang dapat halau jin.. 
Hari seterusnya pon bila sampai umah saya baca surah2, pasang tadarus kat tv kuat2.. 
Lepas kejadian tu saya takut jugak nk tadah air.. jadi saya tadah air hari ahad siang masa saya cuti.. Hari2 seterusnya saya beranikan diri dan berdoa pada ALLAH supaya makhluk tu x ganggu saya.. Walaupon die x menampakkan diri tapi saya tetap rasa seram kak.. 
Saya rasa bukan 'Beliau" seorang, tetapi beramai2 lah..
Mungkin "beliau" sebab air dalam kolah tinggal setengah je.. 
Banyak tu sbb kolah rumah saya besar.. 

Sekian.. 

Minta maaf sbb ayat tunggang langgang saya, sebab saya xde bakat menulis cm akak.. hihi(tersipu2 malu). Akhir kata Selamat Hari Raya saya ucapkan pada akak dan keluarga juga rakan blogger akak yang saya baca iaitu kak filla,ngn kak elly.. Thanks
…………………………………………………………………………..

Assalamuaalaikum kak,

selamat hari raya saya ucapkan kepada akak dan keluarga.. 
saya terpanggil nak tulis email ni pada akak, sebab saya takut terlupa.. 
kisah mistik yang terjadi kat saya ni pada bulan Syawal pulak.. 
Famili saya xde pergi kl, saya x dapat ikut sebab kerja.. 
Masa saya tinggal seorang tu, saya ada minum air dari peti sejuk pada mlm pertama tu.. 
oleh sebab air tu dah habis jadi saya tinggalkan dekat luar bekas air (tupperware) yang ade penutup tu.. saya fikir esok baru nak isi air kat dlm bekas air tu.. 
lepas tu saya pergi keje dan tinggal bekas air tu, tapi sebelum pergi keje saya tengok bekas air tu elok bertutup rapi.. 
sekali masa blk keje tu, bekas air tu dah xde penutup, ade 'seseorang' yang buka penutupnya masa saya tiada kat rumah.. tutup bekas tu diletak kat tepi tu.. 
haaaa misteri taw.. seram kak.. 
kawan saya pon pesan kalau kena ganggu, baca surah al mulk.. 
jadi start bulan puasa selepas kena ganggu tu saya baca surah tu.
tetapi walaupon saya baca die tetap ganggu juga.. 
ada juga saya baca surah2 lain terutama yang dalam mathurat tu.. 
xpelah saya anggap tu ujian ALLAH pada saya.. huhuhuhu..

-husna-

………………………………………………………….

haaaa nampak tak berapa lamanya email ni.
daripada bulan puasa. bawak ke raya. 
ni baru sampai turn untuk publish.
ramai share cerita.
sampai 2 kali adik ni share kisah mistik.

nampaknya entiti kat rumah adik ni suka ngan air.
asyik air je dia kacau.
tapi adalah seram ok kalau tetiba air tinggal separuh. huaaaaaa.
kalau aku pitam terus kat situ.
dah la dah sememangnya kau sorang kat rumah kan.

kalau rumah aku logik la jugak sebab ramai kucing suka menyibuk nak minum la apa.
tapi still. if luak pun ada la 1-2 inch je.
kalau setengah baldi luak memang sesuatu sangat.
aaaaaa me not like la.


Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...