25 September 2014

Expose Mistik : rumah sewa cheras

Tempat: rumah sewa kat cheras 2012
Masa: tengah malam (tak ingt pkol brape)
Mangsa: aku dan budak2 bilik aku( tp aku sorg je yg nampak)
Hantu: jelmaan perempuan

cite die camni kak

mase tu kiteorg mcm biase la lepak dalam bilik sambil main laptop..
semua sibuk hal sendiri je...tak lame tu sorg member sy on call ngan bf..
sorg lg still main lappy...sy lak da mengantok..so off lappy pastu tido...
pastu tk taw pkol brape sy ad terjage..time tu bilik dah gelap sbb member da off lampu...
yg on call ngan bf tu da tido..yg lg sorg mnghadap lappy lg tp dlm proses off la tu..
die nampak sy terjage tp tk tegur la cume die pandang sy je..
pastu sy pon tgk lah kt almari kiteorg dlm bilik tu..pastu sy perasan mcm ad org berdiri kt tepi almari tu...
sy perhati je 'org' tu...tk la tinggi mane pon...tp tk nmpk muke la..sy cume nmpak side blakang die je...
time tu sy tk takot pon cume sy pelik sape lak pompuan nih...budak baru rumah ni ke ape...
lame2 sy malas nk lyn pastu sy tido balik..esok nye sy cite la kt member2 bilik sy tu..pastu dorg tros terdiam sambil muke masing2 takot..yg member mlm td main lappy tu ckp die prasan knape sy pandang je almari tu tk die tk tegur la...
tu sy ckp kt dieorg..sy pandang sbb nmpk cm ad pompuan kt situ..tak lame sy cite tu..
ad budak lame rumah tu ckp yg bilik kiteorg tu mmng ad tp die tak kaco pon kiteorg..fuhhh...dengar mcm tu je..
memang berderau la darah masing2..kes kedua lak..mase member sy yg on call ngan bf die tu plak yg cite...
ad satu malam tu..mase die tgh on call dgn bf die, mase ni sy ngan lg sorg tu dah tido...tibe2 die ckp sy yg tgh tido tu bleh berdiri lepas tu pandang je die..die kate time tu sy just berdiri lepas tu pandang mcm nk marah die...
die kate die da cuak giler time tu..tp nasib baik la tk lame tu die ckp sy tros baring balik...yg sy pelik..sy tak sedar pon mase tu..die ckp die panggil2 sy tp sy tk nyahut pon...hishhhh..meremang bulu roma kak bile die ckp cmtu...nasib baik tkde pape jd...rumah tu ad mase ad jgak bunyi2..tp masing2 buat tk taw je sbb dah biase...sekian..hehe

*sori kak kalo tak seram :))

-fitrie-

Selamat Pagi Malaysia

Wah terasa sangat produktif pagi ku.
Lepas subuh tadi decide taknak tidur balik.
Elok layan phone, customer menderu whatsapp order macam-macam. 
Tu namanya rezeki pagi hari. Alhamdulillah.
Kalau tak selalunya aku elok dibuai mimpi.
Tunggu la sampai bangun baru ahkak reply. Huhu.

Then tetiba rasa nak buat breakfast.
Hmmm...buat cucur ikan bilis bawang la.
Papa suka tu.
Walaupun tekak terasa nak makan nasi lemak sambal paru. 
Tapi malas mengatasi segalanya. 
Tak kuasa nak start kereta mencari.
Kita buat apa ada je.

Ingat hari tu ada terbaca somewhere.
Katanya if nak buat cucur yang stay ranggup diluar, lembut di dalam.. Masa bancuh tu pakai air panas. 

So tadi aku pun apa lagi. Mari buat pakai air panas.
Gigih ni.
Letak cili, bawang, ikan bilis, tepung, garam...curah air panas godak.
Ok nice.

Minyak panas.
Kita kasi masuk dalam kuali.
Eh apesal lembik semacam ni?
Eh apesal berderai ni?
Hoihhhh? What the helllll.

Terus rasa emosi.
Aku yang bebal ke apa ni?
Selalu ok.
Makin aku cuba selamatkan makin scary..
Tetiba terasing pulak tepung n bawang, ikan bilis elok berenang ke tepian. 
Aaaaa.
Ini malu nak hidang ni.


Ini telah menjadi cucur gergasi.
Dah la hitam sebab kelam kabut punya pasal.
Tapi rasa sikit boleh tahan sedap.
Hahaha nak jugakkk.

Nasib la dalam diri masih ada sipi-sipi feeling kitchen goddess.
Terus tambah tepung kat bancuhan tu and tambah air biasa. 
Ok nampak macam ok.
Harap ok.

Jeng jeng.


Haaaa baru la ada rupa cucur.
Takda la i malu nak hidang. 😁
Oh excuse the kuali.
Kuali turun temurun daripada zaman arwah maktok.
Berjasa kau kuali.

Ok nak siapkan masak.
Sat lagi nak kejut papa.
Selamat hari khamis peaches.

[edited: ok dah makan. ok fineee serious lain rasa dia. memang luar ranggup dalam lembut sungguh. selalu if pakai air biasa dia macam liat sikit. tapi rasanya tak boleh pakai air panas sesaja la. kira pakai air panas bancuh. then last top up ngan air biasa pulak. sedap la piulerrr.]

18 September 2014

Expose Mistik : hantu yang suka merenung

Salam Kak, 

Bila baca semua orang punya cerita tiba-tiba saya pun teringin nak ceritakan kisah saya yang bagi saya dah cukup seram tuh and saya panggil hantu yang suka merenung sebab saya tak tahu scientific name untuk hantu ni.haha

Masa diploma dulu saya belajar dekat one of IPTA kat sarawak and saya tinggal kat kolejj yang disediakan la kan, Saya balik daripada kelas around pukul5 something macam tuh (saya pun lupa),  Balik daripada kelas biasalah kan penat gila kot, saya pun baring-baring la and saya baring dekat katil saya yang bahagian bawah sebab kolej saya memang guna katil yang double decker tuh, Saya sorang-sorang time tu sebab roommates saya tak balik lagi.

Tiba-tiba saya tertido (tiba2 pun boleh)haha, time saya tertido saya tak berapa ingat pukul berapa tapi apa yang paling saya ingat waktu tu memang dah nak dekat maghrib tapi belum maghrib lagi rasanya and untuk pengetahuan akak waktu kat maghrib kat sarawak memang awal sikit around 6pm something. Tengah-tengah saya tertido tu, saya terbangun, terbangun bukan sebab apa tapi sebab memang nak bangun. 

Time saya bukak mata tu (masih lagi tengah terbaring) saya ternampak lembaga rambut hitam panjang and baju putih, macam baju yang pontianak selalu pakai tuh, nasib baik saya tak nampak muka bende alah tuh sebab rambut dia yang panjang tu cover muka dia and that thing betul2 berdiri dekat hujung kaki saya plus saya ni tak lah berapa nak tinggi so memang dekat la saya nampak bende tuh, saya betul-betul rasa yang die memang tengah renung saya, saya memang tak boleh buat apa memang terdiam kejang kat situ nak baca surah apa pun semua berterabur. saya maki2 sambil tutup mata, surah tak baca tapi maki boleh pulak.haha saya tutup mata rapat-rapat and saya tertido balik after 10 minutes macam tu saya tersedar, tapi saya tak berani nak bukak mata lagi takut-takut benda tuh still staring kat saya.  last-last saya bukak gak mata, bukak pelan-pelan ni..fuhh..nasib baik dah takde, lega betul.

Lepas je kejadian ni berlaku roomates saya pun balik, tapi saya tak cerita kat diorang semua sebab saya dengan confidentnye rasa yang saya mimpi or mengigau time tuh and takut orang tak caya lak kalau saya cerita.  Tetapi, nak dijadikan cerita pulak, after few days budak-budak kat bilik depan datang bilik saya, bercerita dengan kitorang yang diorang tengah takut sebab masa diorang tengah tido one of their roommate ternampak lembaga yang sama yang saya nampak tuh berdiri depan pintu bilik diorang and staring kat diorang semua yang tengah tidur.

Dalam hati saya masa tuh, "Betullah apa yang aku nampak"

-zulaikha-

11 September 2014

Expose Mistik : Perkampungan Ghaib

Assalamualaikum peej.

Nak share satu cerita mistik ni..bukan cerita hantu, kerasukan atau histeria..tapi pasal alam ghaib. Zaman moden sekarang kita hanya lihat apa yg nmpk pd mata kasar dan jarang sgt kita nak fikir pasal sesuatu luar dari zahir mata kita. Tapi tak dinafikan sebagai org Islam, kita perlu tau kita juga berkongsi alam ni dgn "hamba" Allah yg ghaib ni.

Cerita ni still fresh and minta maaf awal2 kalau cerita ni terlalu panjang. Sebenarnya berlaku pada tunang saya sendiri. Dia ni buat kerja kontrak pembinaan jalan. Biasanya dia bina jalan dkt pekan atau kampung. Tapi baru2 ni dia dpt projek jalan utk tujuan penyelenggaraan pencawang elektrik dkt sempadan Selangor-Perak. Kalau kita lalu highway boleh nampak pencawang besar setiap kilometer/batu. Dia kena buat laluan ke setiap pencawang utk kegunaan tnb. Bukan tepi2 kampung atau sawah bendang tp dalam hutan. Laluan yg nak bina tu just 20km. Kalau ikut 20km mmg nmpk dekat tp sebenarnya jauh dan sukar utk kawasan hutan berbukit & sungai.

Masa mula2 kerja ukur jalan dan melapangkan hutan mmg takda masalah. Kes mistik ni bermula bila kerja2 bawa masuk barang konkrit mcm pembentung dan batu2 ke kawasan projek. Jentera yg digunakan tidak bergerak. Tekan minyak kuat2 pun, jentera sedikit pun tidak berganjak. Macam berat. Akhirnya pemandu ni cakap, "Tok, kami datang nak buat kerja bukan nak buat kacau. Tolong turun tok,". Boleh agak apa yg terlaku lepas tu..jentera bergerak lancar tanpa masalah. Banyak juga kejadian2 aneh yg ringan2 berlaku mcm lori yg diparkir bergoyang dan hidup sendiri.  Since then, tunang selalu pesan dekat pekerja2 supaya jaga adab, jgn buat yg bukan2 dan kebersihan kawasan projek. Tapi nama pun manusia, mesti ada buat silap. 

Kemuncak cerita bila projek jalan dia tu tinggal lagi 2 minggu nak siap. Tunang tiba2 jatuh sakit ketika pulang ke rumah. Sebulan lebih tak pergi kerja and just rehat dekat rumah. Demam, sakit perut, bengkak tangan, badan dan sebagainya. Mula2 ingat sakit biasa tp satu  malam dia mimpi didatangi seorang lelaki tua. Dalam mimpi diorg berbual. Orang tua tu minta dia buat kenduri dan sediakan seekor kambing yang dimasak macam lauk akikah; masak manis. Makanan dihidangkan dgn nisbah kalau pekerja ada 10 org, tunang kena sediakan 15 nasi bungkus dgn lauk kambing tu. Acara makan2 ni dibuat dibawah satu pokok rendang.Kalau peej and reader nak tau dekat situ ada certain kawasan tempatnya bersih dan sejuk.

Mula2 mmg tak percaya sb bunyi mcm khurafat. Tapi lepas rujuk ustaz, kenduri tu diteruskan sbb tak boleh nak nafikan kewujudan alam ghaib sbb ni kuasa Maha Pencipta. Seperti yg ditetapkan masa rehat tengahari, pekerja2 ni mkn la kat bawah pokok tu. Teka apa terjadi? Salah seorg pekerja yg mmg jenis kurang makan dapat habiskan 3 bungkus nasi. Pekerja lain mmg terkejut tp masing2 diam je.

Ingatkan selepas kenduri tu, tunang akan beransur pulih. Tapi tak. Until hari Isnin yg lepas (19/5), ustaz ajak dia pergi kawasan projek. Ustaz ceritakan hal yg sebenar apa yg wujud dan berlaku di situ. Tapi pekerja2 ni tak percaya. Jadi dengan ilmu yg ada, ustaz minta "hamba" Allah ni masuk ke dalam badan salah seorang pekerja. Tiba2 pekerja ni berubah menjadi seorg tua yg merupakan pemimpin di perkampungan tu. Cuba bayangkan lelaki yg berbadan tegap dan kuat tiba2 boleh jadi bongkok. Pekerja ni org kedah dan bersuara kecik tp lps tu pertuturan bertukar jadi loghat org "negori" dan kasar.  Ustaz suruh pekerja2 lain tanya sendiri dkt "Org Tua" ni.

"Org Tua" ni cerita dari A hingga Z apa kesalahan/kerosakan yg diorg dah buat. Memang tergamam masing2. Kesalahan biasa, tak bagi salam ketika masuk perkampungan diorg. Tapi ada dua kesalahan besar yg buat "penduduk" di situ marah. Pertama, parkir jentera dan lori merata tempat sehingga merobohkan istana (terletak di hujung jalan). Kedua, 4 org dari pekerja bawa masuk perempuan dan buat maksiat di surau diorg (bawah pokok rendang).

Jadi sebab kesalahan pekerja2 ni lah, sebagai majikan, tunang terpaksa menanggung akibat smpai jatuh sakit. Sebagai ganti rugi, kesemua pekerja didenda. 4 org yg buat maksiat ni kena bayar RM270 dan yg lain2 RM90 seorg. Cara bayaran, setiap hari Jumaat RM10 kena masuk dlm tabung masjid.Tak boleh bayar sekali. Kenapa? Sebab nak ajar pekerja2 ni supaya jgn skip solat Jumaat. Yes, "Org Tua" ni tau ada yg tak pergi solat Jumaat sedangkan tunang dah bg pelepasan dari pukul 11.30pg-2.30ptg utk bersiap ke masjid. Kalau skip, akan dapat pembalasan. Jenis mcmana tak tau pula. Pasal istana tu, ustaz tgh bincang mcmana nak setelkan. Ikut permintaan awal, pekerja2 ni kena bina balik, tp ustaz tak setuju. 

Bila "Org Tua" dah keluar dari tubuh pekerja ni, ustaz offer dkt pekerja lain utk dibukakan hijab mata. Tujuannya nak buktikan benda ghaib ni wujud. Terkejut juga la dia bila tgk siapa "Org Tua" tu. Orangnya besar, gelap. Tak tau la nak decribe as bunian atau Jin.

So bila semua dah bincang, alhamdulillah sakit tunang sy dah beransur pulih walaupun tak sepenuhnya. Pengajarannya, dkt mana2 pun kita berada bila masuk kampung org tak kisahla nampak ke tak, jgn jadi samseng. Hormat tuan rumah. Okay tula jelah ceritanya. Percaya atau tak terpulanglah =).

Selamat membaca. Sekian terima kasih.

-Farriha-

04 September 2014

Expose Mistik : Jalan Belakang

Assalamualaikum..

Oke, neves jap nk bg email kt blogger femes..hahah..oke..cite ni xngeri sngt..so2 je rsenye..heee...

    Al kisah, aku ni duduk kat Sg. Tiram, Johor. while keje kat Pasir Gudang. Jarak die dalam lebih kurang 20km ++.. so mmg berulang hari2..xterpikir pon untuk sewa rumah atau ape..Aku ni keje syarikat perkapalan taw..so, mmg terlalu kerap aku akan balik malam atau tgh malam untuk buat clearance bagai..

    Satu hari ni, aku kne balik lewat dlm pkul 10pm dari opis. Pade aku xde bnde sgt sebab aku ni kategori yg xpenakut sgt la.. Nak balik ke rumah aku, boleh gune dua jalan. sama ada jalan yang official yang memang akan confirm2 jem atau lalu jln belakang yg xde lampu jalan langsung dan kiri kanan nye hanye hutan semate2..so drpd stuck dlm jem, mmg aku ikut jln belakang.  

    Semuenye oke je la..dah dalam pkul 10.30pm mmg dh xramai org lalu jln tu..aku drive sambil bukak radio..kuat2..saje xnk kasik dengar ape2..andai kate Pontianak mengilai pon aku harap aku xdengar. tgh bawak kete tu, tibe2 aku dgr bunyik "gedebuk" kat bumbung kete aku.. aku terus slowkan radio. time tu mmg rase meremang melampau and mmang aku rase ade something kt atas aku and sit blkg..bace2 sikit n mmg x jeling walau sikit kat side mirror..

   Dalam tempoh beberapa saat aku dlm keadaan agk takut.. tibe2 ade kete dari arah depan dok pasang lmpu tggi ke aku..sambil mate die tgok ats kete aku..aku oke lg..aku igt ade roadblock la kot.. sekali, kete kedua, pon same...tggikn lampu n tgok ats kete aku..oke, aku oke lagi.. sampai la ade satu moto ni muke die cuak gile tgok kete aku..time tu aku dh rse xsedap dah..aku jeling kt side mirror nk tgok pe jadik kt mamat moto tu..Time tu jugak aku nmpk dlm samar2 cahaya bulan, aku nmpk ade something terjuntai and mcm beralun kat cermin belakang kete aku..warne gelap..kire mse tu aku mmg igt, ni rmbut ke ape.. Ape aku boleh buat time tu cume bace yg mne igt je..Alhamdulillah bile jumpe next car, dah xde tggi kan lampu lg dah..means dah xde ape la kt atas kete aku..

    Finally, aku sampai la rumah.. aku keluar n kunci kete aku..tibe2 alarm kete aku bunyik.. Aku unlock then lock blik kete aku..once again alarm bunyik lagi..aku cek bonet n pintu kete kot ade yg xketat. And rupenye pintu belakang belah kiri aku xketat. Padahal sepatutnye kalau mmg xketat dari opis, hazard light akan hidup sepanjang jalan..Tapi ni xde pon.. Takpela, aku pon ketatkan.. and that moment, aku baru perasan ade segumpal rambut yang panjang dan kasar tersepit kt pintu kete aku.. Hurmm..Aku buang and lepak jap kat luar rumah smbil kol mak aku yg ade kt dlm rumah utk temankan aku..lps 10minit, aku masuk rumah and Alhamdulillah xde ape2..

Sekian...


-Ms.Hanis-

…………………………………………………………………………

Wsalam hanis,

aaaaaa ini di katakan tak scary?
kalau aku time motor tu muka cuak aku dah terpengsan kat situ.
n kau boleh lagi check-check kereta masa sampai rumah.
kalau aku memang dah berlari tangan ke atas kiri kanan menjerit masuk rumah.

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...