28 August 2014

Expose Mistik : Juaseh

Salam peej,

sy terpanggil untuk berkongsi kisah seorang teman masa di asrama dulu. Saya tinggal di asrama  Juasseh, Kuala Pilah. Dalam tahun 1996, masa tu saya form 4. Cerita nya bermula begini….

Anita (bukan nama sebenar) masuk ke asrama sewaktu pengambilan kedua, kira-kira sebulan selepas kami semua mendaftar kemasukan asrama. Anita ditawarkan duduk di asrama apabila ada pelajar yang tidak jadi untuk melapor diri. Kiranya selepas sebulan, kalau ada kekosongan katil, pihak asrama akan offer kepada pelajar lain.

Disebabkan Anita masuk lewat, dia ditempatkan di dorm kakak2 form 5. Kami yang lainnya, mmg duduk di dorm form 4. Dorm form 4 di tingkat 3, dorm form 5 di tingkat 2, tingkat paling bawah adalah bilik prep. Rutin yang sama juga seperti asrama yang lain, lepas makan malam kami solat magrib & isyak berjemaah, kemudian ramai-ramai turun ke bilik prep.

Disebabkan Anita satu dorm dengan form 5, Kak Ekin (bukan nama sebenar) ambil beliau jadi adik angkat. Katil pon sebelah2 (katil double-decker). Kak  Ekin tingkat bawah, Anita pula dduk di atas. Bawah katil Anita, Kak Mira dan atas katil Kak Ekin adalah Kak Maya. Form 5 biasanya akan pulang lewat ke dorm masing2 (study di bilik prep), kiranya study lewat sebab nak ambil SPM tahun tu. Study lewat2 ni kan tiada gangguan konon nya. Pulak tu memang diwajibkan dorm digelapkan jam 12.00 malam dan pasang kelambu pada katil masing2.

Hari kejadian….

Malam tu, jam 11.30 macam biasa form 4 selepas habis baca doa beramai2 (mana2 yang dduk kt dorm form 5 akan baca doa di dorm form 4 di tingkat 3) kami akan ke katil masing2 untuk pasang kelambu dan seterusnya tido. Anita pula akan turun ke tingkat 2 untuk ke dorm beliau. Sampai di dorm jam lebih kurang 11.45 malam. Siap2 pasang kelambu, Anita pon lelap. Kakak2 form 5 ni macam biasa akan masuk dorm jam 2 – 3 pagi sebab study, maka yang ada hanya lah Anita dan beberapa orang kakak2 yang lain. Form 5 xlayan sangat budak2 form 4 ni, kiranya nak bersembang pun Anita xtau nak bercerita topik apa kan. Tengah sedap tido, Anita dikejutkan oleh Kak Ekin. Kak Ekin minta ditemankan untuk ambil wudhu’ di bilik air. Anita pun tanpa banyak cakap, menuruti sahaja Kak Ekin. Sampai dekat bilik air, Kak Ekin pun ambil wudhu’ sambil diperhatikan Anita dalam keadaan yang mamai2.

Kak Ekin: Kenapa Ita pandang akk mcm tu..??? (sambil basuh muka, Kak Ekin menoleh dan tersenyum)

Anita: Xde ape kak, xpe akk amek je wudhu’..

Selesai. Mereka pn kembali ke dorm. Yang agak menghairankan, Kak Ekin asyik tersenyum manja. Sampai di dorm, Kak Ekin pn bentang sejadah. Anita dah siap2 panjat katil dia. Kiranya nak temankan kak Ekin hingga selesai solat. Kak Ekin bentang sejadah diantara katil dia dan katil Anita.

Kak Ekin: Xpela, mekaseh Anita temankn Kak Ekin. Anita tido lah.. Lepas solat ni Kak Ekin tido.
Anita: Oke Kak Ekin, saya pn mengantuk sangat ni..

Anita pn baring, membelakangkan Kak Ekin yang sedang solat. Anita rasa tak sedap hati, lalu beliau mengiring semula mengadap Kak Ekin….

Ehh.. ehh… Kak Ekin tiada, kosong je tempat Kak Ekin solat td.  Tak sampai 5 minit pn, xkan Kak Ekin dah selesai solat. Pulak tu tak dengar pun bunyi kibasan sejadah atau bunyi beliau baring ke katil. Anita tak sedap hati, lalu memberanikan diri untuk turun ke bawah. Dengan alasan, nak check dalam kelambu Kak Ekin. Selak punya selak kelambu, punyalah Anita terkejut… Kak Ekin seperti orang yang memang dah lama tido. Lena sangat gayanya. Anita menggigil lalu memanjat katilnya semula.. Beranikan diri tengok jam, rupanya jam 3.30 pagi.


Siapakah yang Anita teman tadi..??? Igt2 balik, baru Anita perasan yang ‘benda’ tu bentang sejadah membelakangkan kiblat. Apalagi terus selubung dalam selimut dan menggigil hingga ke subuh. Sampai kesudah kami semua tak tahu siapa yang ditemani Anita untuk ambil wudhu’ tu. Memang sah bukan Kak Ekin.

-WATIE-

21 August 2014

Expose Mistik : Hantu Cak Cak

Salam Peej,

Saya nak share pengalaman seram tak seram ni dengan Peej dan pembaca-pembaca setia Expose Mistik ni.
FYI, saya baru few months follow blog ni dan saya jumpa blog ni sebab terjumpa artikel Expose Mistik ni lah.
Terus addict sampai sekarang. hahah..
Ok berbalik kepada tajuk kita.

Kisah 1:
Kejadian ni terjadi belasan tahun yang lepas, masih disekolah menengah dan berlaku di rumah tok (nenek) saya di Utara tanah air.
Musim cuti sekolah rasanya. Disebabkan ramai saudara-mara berkampung, saya yang selalunya tidur bersepah tidur dalam bilik kecil. Katilnya cuma satu. Sorang-sorang.
Malam itu saya pun masuk tidur sebelum 'dikejutkan'.
Maklumlah, anak remaja, dasar liat bangun Subuh, ingatkan mama kejut Subuh sungguh-sungguh pejam mata konon-konon tak sedar.
Kemudian dalam  mamai-mamai terpikir, eh...kalau bukan mama…?
Sebab ada sorang cousin lelaki ni tak boleh pakai sikit. Takut-takut dirabanya.
Tapi tetiba terfikir pulak eh... aku kan kunci pintu bilik?! Damn...otak mamai tadi boleh ligat pulak dia fikir. Sambil tu terasa-rasa jari kaki ditarik-tarik.
Pelan-pelan saya buka mata. Sepet. Betul ke ape aku tengok ni?
Kemudian mata membulat terpisat-pisat tengok satu lembaga putih dihujung kaki.
Tegak memerhati. Lembaga berpakaian putih, berambut panjang dan hitam. Tetapi kusut. Muka tidak berapa jelas, agak kabur tapi macam agak cengkung dan kering.
Dia cuma berdiri tegak disitu. Aku tengok engkau kau tengok aku. Ahh...ape ni..? Nak jerit takut. Nak doa? Langsung tak teringat.
So, pelan-pelan saya tarik selimu menutupi muka.
Tapi lepas tu terasa lagi jari kaki atau lebih tepat jari kaki ditarik-tarik. wuwuwuu...ape ni tarik-tarik kaki orang..
Saya buka balik selimut pelan-pelan. Mimpi kot aku ni..?
Tapi, lembaga tadi masih disitu. Berdiri tegak dihujung kaki memerhati.
Kejadian ni berulang lagi sekali dan kali ketiga tu saya sekadar tutup muka dengan selimut dan cuba untuk tidur.
Sepanjang cuba untuk tidur tu, dia memang tarik-tarik ibu jari kaki berkali-kali seseolah berkata : tengoklah aku...tengoklah....wuaaaa...tapi finally tertido sampai pagi.
Esoknya bangun macam biasa, macam tak ingat apa-apa.
Menjelang petang dok teringat-ingat semalam macam ada sesuatu jadi.
Bila teringat memang seram sejuk. Tapi tak bagitau mak, sebab dia penakut.
Nanti langsung dia tak balik.

Sumpah Peej, tak taulah kalau mimpi tapi tak rasa macam mimpi.
Hantu tu tak buat apa pon, dia sekadar tarik jari kaki.
Bila kita tengok dia, dia tengok kita balik. Takde bunyi takde ape.
Semuanya terjadi kelam-kelam. Sebab tu tajuk cerita ni Hantu Cak Cak.

Tapi kat rumah nenek ni memang keras sikit.
Sebelum tu pernah dua tiga kali nampak lembaga putih macam bertelekung dihujung kepala @ ekor mata.
Keadaan senyap cuma terjaga dan nampak. Selalunya buat bodoh, tapi sekali tu macam dari jauh makin dekat-dekat-dekat. Macam 'bayang' je rasa.
Pagi tu, nenek terkejut bila dia nak bangun solat sunat bila cucu dia ni dah masuk kelambu dia tidur sekali. Pakcik2 saya nenek saya selalu je kena kacau. Malah lagi extreme lah. Huhuhu....

Kisah 2:
Banyak je lagi pengalaman tapi macam biase-biase je.
Yang ni paling ekstrem untuk saya.
Sepupu lelaki saya lagi dahsyat. Dia memang dibuka hijabnya. Sikit ke banyak tak tau.
Tapi dia selalu boleh nampak cuma dia tak banyak cerita.
Cuma sekali tu lah mama cerita, dia menumpang dekat rumah kami.
Dia nampak ada langsuir ke ponti ke tak sure, tapi duduk bersidai dekat palang tong air hitam kat toilet tu. (Tau kan, sesetengah rumah bilik air dia ada tong air hitam kat atas? Jadi ada palang untuk tampung tong tu.)
Sebabkan rumah saya apartment dan paling atas, tong tu diatas siling dan palang tu sekadar palang lah.
Boleh dia nampak benda tu bersidai kat situ? Dah la toilet tu kiranya toilet saya...wuwuwuww…
cuma masa dia tengok tu saya di Uni lagi, stay kolej.
Duduk uni mandi tengah-tengah pagi pon tak pernah jumpa atau dengar.
Ni dia nampak pulak..tak tanya lebih nanti seram tak mandi langsung.

Okay lah Peej, ini je kot saya nak share.
Ada lagi cerita tapi macam tak best je.
Sorry kalau tak seram ye....
Have a nice day Peej.

Shida
Shah Alam

14 August 2014

Expose Mistik: pengalaman saya

assalamualaikum kak peej.....

saya suka baca blog kak peej especially "Expose Mistik".
Kat sini saya nak kongsikan pengalaman yang saya alami. 

Ist: Hostel

pengalaman pertama saya dlm hidup.... time nie taun 2010 masa study kat KL. Waktu tu tgh exam week dn selalu akan ada kejadian histeria kalu time exam nie. Selama 2 tahun study kat situ belum pernah lagi rumah saya mengalami histeria. So cerita dia mcm nie, 1 hari nie (petang around 5.30ptg mcm tu) saya ngn dak2 umh lepak kat meja bulat kat luar sambil gosip2...lepas tu dtg la sorang akak nie ( umah yg kena histeria time tu) lepak sekali. Kiteorg suh la dia citer kejadian2 yg jadi kat umah dia tu. Dia pn cerita la ada dak umah dia tgh study darah jatuh kat tgn la, pastu bnda tu menyerupai housemate dia la....so kiterorg bercerita smpai la dekat maghrib...lepas tu kiteorg pn masuk la umah pastu cerita la plak kat dak2 umah yg lain... lps azan maghrib ja saya pn pegi la mandi, masa nak jalan ke toilet tu bulu roma tgn kanan saya nie rasa berangin tetibe, pastu tgn trs kebas... saya pn wat xtau dan trskn niat nk mandi(tgh period lak).tgh2 mandi dak2 umah yg lain menjerit panggil saya kuar... saya pn kuar dn trs g depan... sampai ja trs dieorg tnya

iera          : ko ade bg jatuh kerusi nie x?
saya        :  eh mana ada aku dh susun blek sblm mandi td
iera          : abis tu sapa bg tolak lak

si iera pn cerita la yg masa saya tgh mandi td dia ngn si leha nie tgh berborak pasal histeria nie la...dia ckp jgn la ganggu kami suma kami xkacau pn awak... biar la kami belajar dgn tenteram. lps abis ja dia ckp tu dia dgr kerusi jatuh...Mlm tu umah kiterog kena kacau, sorang junior kena tarik rantai ngn rmbut masa ddk sorang dlm bilik.  bapak sorang dak umah nie dtg tlg pagarkan umh kiteorg. mlm tu warden suma turun terkejut sbb umah yg xpernah kena kacau selama 8 tahun kolej tu dibuka tetiba kena mlm tu... rupanya bila kiteorg dgr cita blek si junior nie mrh2 bnda tu kacau time exam.... so mmng dia kena la mlm tu....lepas kejadian tu kiteorg kurangkn la gelak2, suka ria dlm hostel takut kejadian berulang...bdk tu pn brhnti blaja.....


2nd:
saya dapat peluang keja as pekerja sambilan kat Komtar nie lepas dapat offer dari bos masa praktikal kat situ selama 3 bulan.  Cerita dia mcm nie, saya pegi keja dgn abah saya memandangkan abah saya nie bawak teksi dan memang station teksi dia kat area komtar tu juga jadi memang awal la sampai ofis tiap2 hari.... Nak dijadikan cerita la 1 hari nie perasaan rasa lain macam ja seram sejuk takut dari rumah lagi. dalam hati memang xnak pegi keja dh tp memandangkan dh siap saya kuatkan semangat jgk. Sampai2 kat tingkat bawah saya berharap sgt ada la org yg akan naik lif sama2 sbb takut sgt... Tapi bila sampai kat depan lif pergghh sorang2 la plak. redha ja la naik sampai tingkat 49. Masa nak kuar tu harap lagi pak guard ada kat depan ofis leh borak2 dulu... bila sampai depan ofis hampeh sorang2 jgk. Sbbkn perasaan still xok lg saya stay kat luar ofis dulu tgu smpai staf2 lain smpai.... tp dlm 15 minit tgu xdak org jgk saya amek keputusan masuk ja la insya allah xdak apa2 kot....masa buka ja pintu ofis rasa bulu roma meremang ja..... saya pun jalan ja sampai kat tempat saya. tgh tunduk nak letak beg saya dapat rasa mcm ada org so saya pun angkat la kepala dan time nie la saya nampak lembaga hitam besar melintas masuk bilik photostat. tergamam sekejap.... lepas tu cepat2 buka PC nak buka ayat-ayat al-quran... alhamdulillah dapat buka tapi xsampai 5 minit komputer terpadam sendiri. Bila dh kena mcm nie memang xdpt nk lari la saya stay ja kat tempat saya tgu sampai staf lain dtg....



3nd: BILIK PA
Pengalaman ketiga saya, masa saya kena gilir2 ganti tempat PA Boss dgn sorang akak nie...dipendekkan cerita la boss saya nie perempuan dan jarang dtg ofis disebabkan sakit (buatan orang). So kerap jgk la ddk bilik tu sorang2 buat keja lain sambil tgu kak yati settlekn keja dia dlu....bila saya duduk dalam bilik tu saya akan rasa panas sgt2 siap berpeluh kadang2 tu....yang heran nya kak yati nie lak siap leh pakai blazzer lg bila ddk dlm bilik tu...satu hari kak yati nie cuti so saya kena stay utk 1 hari la dlm bilik tu.....PC memang buka ayat2 al-quran la.... tgh2 wat keja tu dgr mcm org jentik2 dinding dr dlm bilik bos. First tu slow je so buat xtau lg 2nd tu mcm kuat sikit dr 1st tu....then kali 3rd mmng kuat smpai tergamam kot.... Pastu buat xtau la still trskan buat keja. tetiba ibu jari kaki rasa sakit sgt2 mcm ada org picit perasaan masa tu memang xdpt nk ckp la then xsmpai 5 minit rasa tu tetiba ja Ayat2 Al-Quran tertutup sendiri. Kali nie trs bangun lari kuar pegi tmpt member. 


so setakat nie ja la dlu kak peej...ada lg story mistik nie nnti saya email lg k.....sori kalu ayat tunggang langgang ye…..

- dyla -

Kegilaan apakah ini?

Semalam aku takleh tidur.
Aku pun tak sure sebab apa. 
Tapi yang pasti lepas subuh baru tidur.
Padahal aku kena bangun kul 9am. Gilaaa.
Liat nak bangun tapi paksa diri sebab ada appointment ngan orang bank. 
Isu dia takleh print cap jari yang dia amik tu. So kena jumpa balik untuk amik cap jari je. Nice.

Kejap je settle. Masing-masing pun on time.
Settle tu terus rasa nak makan.
Aku n noy both comot.
Well aku tak kisah pun, tapi dia kisah. So lantak kau.
Yang pasti dia taknak pergi tempat-tempat best. Fineeee.
So ke thurkah je sudah.
Konon nak breakfast, tapi rupanya time tu sikit lagi nak kul 12pm.
Ok la nasi daun pisang kita.
Padahal hari sebelum tu kita orang makan nasi daun pisang gak kat situ. 

Then dapat call jonet kata dia tengah lunch break kata nak lepak umah aku.
So lepak itu ini.
Jonet gerak je aku start buat kerja.
Sambil berangan, sambil sembang ngan noy.
Yang pasti petang baru post barang.
Settle post barang jonet kata nak lepak lagi. Ok je.

Noy n jonet gerak kul 10pm macam tu la.
Baru aku terasa letih n sedar yang aku tidur pagi tu 3 jam je pun. Gila.
Ok ngantuk. Terlena barang beberapa minit tapi terjaga sebab kucing2 kacau.

Ok mari tidur dalam bilik.
Sebelum tu kemas living hall. Angkut barang lets tidur. 
Siap pesan kat suami if dia nak keluar lepak ke apa keluar la. Jangan kacau aku. Aku nak tidur.
Riggghhhttt. Elok masuk bilik mata buntang. Dayummm.

Tah apa aku buat pun aku lupa.
Yang pasti lewat malam keluar. Huhu.
Tak lepak lama pun sebab nak makan je.
Rindunyaaaa nak makan burger. Uhukk uhukkk.
So makan la burger dpd gerai area tu.
Aku tak suka burger gerai, sebab macam selekeh n menjejeh2 me not loike.
Tapi nak buat macam mana, telan je. Huhu.
Later balik.

Patut tidur la kan.
No no no. Aku projek kemas bilik pulakkk.
Then settle tu baru online.
Sekarang jarang online sangat.
Banyak kisah iolls terlepas je.
So online la. Eh tengok tv series yg aku follow dah keluar. 
Download. Settle aku layan lak episode tu.
Ok tengok jam kul 3am.
Ok jom tidur.

Gatal capai hp pulak.
Layan ig. Lama tak betul2 tengok timeline.
Nampak pulak #jlobooty
Aku suka lagu baru tu. 
So layan video org2 booty shaking ngan lagu tu.
Makin lama, makin ke bawah.
Eh dah kurang.
Masih terasa nak kagum tengok apesal bontot dorang ni gila gempak.
Ok lets carik hashtag lain.
Pergi gatal tengok #twerk
Ada macam2 jenis la.
Tengok la. Kagum la tapi ni macam ke arah nasty lebih.
Tetap la lama aku layan. 
Sampai tahap rasa nak muntah.

Eh takleh jadi. Jom tidur.
Kali ni betul-betul. 
Elok tutup mata n start rasa jauh.
Tetiba terasa ada bontot gergasi depan muka aku.
Elok bontot tu bertepuk sesama sendiri depan muka aku.
Yeee bontot dpd video yang aku dok layan tu is haunting me.
Aaaa takut.
Terus terbeliak balik mata.

N here i am. Rasa nak update blog.
Nak bukak laptop mahal. Mari menaip daripada hp je.
Typo pepandai la pahamkan ye.

Yang pasti today pun nak bangun awal.
Plan nak basuh baju la. Berbakul-bakul menunggu. 

So now what? Aku perlu tidur.
Kang tingtong sat lagi asyik tidur kejap.
Tapi kang tutup mata bontot2 tu menghantui macam mana?

Serious weyh scary.
Tak caya gi tengok. Hahaha

P/s: ok now terpikir macam mana dorang twerk tu yea? Hebat bebenor. Aku try bukan bontot yang twerk tapi lelemaks je yang twerk lebih. 

07 August 2014

Expose Mistik: Siapa yang buat?

Hai, assalamualaikum. Saya ni pembaca aje. Umur baru 12 tahun. Harini baru
terfikir nak menghantar email tentang kejadian yang berlaku tahun lepas.
Tarikh tak ingat pulak. Yang saya ingat, masa cuti sekolah akhir tahun.

KATIL

Satu hari, tengah sedap tido, ada rasa macam orang tarik dan menggoncang
kaki. Bukak mata, tengok2 rupanya abang. Ceh. Dia kejut kata ummi suruh
buatkan apa ntah, dengan blog dia.

Saya pun dengan rasa malasnya bangun dalam keadaan rambut serabai. Sikat2
sket [dengan jari aje pun] pastu turun ke bawah. On laptop, pastu sign in
blog. Pastu ummi tanya, "dah kemas katil ke?" saya pun cakaplah "belum".
Pastu ummi suruh kemas katil dulu.

Saya pun naiklah balik ke atas. Dalam otak tetiba teringat macam dalam
cerita2 kat televisyen, naik nak kemas katil, katil dah dikemas. Saya
pun geleng2. Takde sape nak kemas katil saya, abang saya tu pemalas.
Orang mintak tolong, dia tak pernah tolong pun, tapi kalau orang tak
tolong dia, dia nak marah plak.

Pastu dah sampai depan bilik yang pintunya terbukak. Saya kaku.
Tergamam. Pelik. Seram. Katil saya bantalnya tersusun elok. Teddy bear
diketak elok. Selimut dilipat kemas. Saya pun terfikir. Macam mana
katil dah kemas? Siapa yang kemas? Bila masa dikemas? Saya pun dengan
perasaan bercampur baur pusing ke belakang pastu pusing belakang balik
nak tengok katil. Memang kemas. Pastu saya pun dah rasa takut terus
turun ke bawah.

Saya tanya ummi, "ummi ada kemas katil adik ke tadi?" pastu ummi
jawab, "ummi naik pun tak, macam mana nak kemas katil?". Saya pun
dalam hati terfikir. Ya, tak ya, jugak. Pastu saya gi dapur tanya
abang soalan yang sama. Pastu dia jawab, "orang daripada tadi kat
bawah tengah goreng nugget. Naik nak kejut je tadi. Pastu terus turun.
Tak kuasa nak kemas katil ko." ha, kan dah cakap! Dia pemalas! Saya
pun balas balik, "ha'ah kan, abang long kan memang malas. Takdenya nak
tolong orang." haha, sempat lagi tu. Pastu terus ke depan. Ummi tanya
kenapa saya tanya camtu. Pastu saya cakap la perkara yang sebenar.
Pastu ummi kata, "haha. Dia nak kawan ngan adik lah tu." saya pun
jawab, "huh! Tak kuasa nak berkawan dengan yang bukan orang."

pastu malam tu nak tidur takut, ambik bantal, selimut ngan teddy bear.
Tidur kat bilik ummi. Tidur atas tilam nipis pun dah tak kisah. Sebab
memang takut nak tidur kat bilik tu. Keesokannya, ummi cerita kat
makngah, mak lang, mak uda dan seorang lagi pakcik yang digelar Cik
Nan.

Tapi bila dah lepas seminggu tidur situ balik. Sebab dah sakit badan
tidur atas tilam nipis aje.

SAMPAH AISKRIM?

Masa tu hari sabtu, dalam pukul 4 petang camtu. Baru balik dari
hospital. Saya tolong bawakkan tepung yang dibeli kat kedai runcit
sebelum balik. Jadi saya masuk rumah last la.
Masa saya masuk. Saya dengar ummi cakap, "sampah aiskrim sapa ni?"
saya pun jalan la cpt2 ke dapur nak tengok. Saya terus letak tepung
kat tempatnya. Pastu saya tengok, kat atas meja yang ada di dapur tu
ada sampah aiskrim yang bekasnya plastik tu.

Saya pun tanyalah, "abah ada balik ke? Cuba call. Tanya."
 pastu mak saya call. Abah kata dia kerja 24 jam dari semalam. Yalah, polis.
Oh, my. Bila mak saya kata abah takde balik, saya terus cuak. Takut.

TAMMAT

p/s : rumah saya ni memang selalu ada bunyi guli jatuh dalam dinding,
dekat tangga. Selalu sangat. So, masa tu je perkara yang berlainan
berlaku.
 maaflah kalau cite ni tak bape nak seram. Bye.

-Aqila-

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...