23 July 2014

percubaan curi masa

dah terasa nak raya ke semua orang?
aku rasa tahun ni raya macam tak dapat nak feel sangat.
baju raya pun nasib baik je ada sebab mintak noy belikan jubah kat kuwait.
tapi noy kata labuh gila. sebab orang sana kan besar2 tinggi2.
aku ni dah la rendang (rendang as in pokok. bukan rendang as in kegemaran laki aku tu).
ada harapan tak dapat pakai. huhu.

lain benda pun tak dapat beli.
sebab aku akan busy takleh kemana until saturday.
orang nak amik cookies apa bagai kan.
dah la tart aku balance tak dapat lagi ni.
susah hati ahkak. janji today. silap2 esok baru settle. aaaaaaa…

yang elly n filla tak abis2 ingatkan jangan lupa menyimpan.
aku nak keluar pun takda masa.
dia kata cuba curi masa pergi pagi ke.
takleh ye. seawal pagi orang dah datang amik cookies.
pastu gap antara pick up tu 1/2 jam ke 1 jam gitu. tang bila nak lari tu kan.

ni aku nak restock ephyra sebelum cuti rasa.
setting dengan customers yang nak pick up ni.
next session around 3pm.
sorang lak kata otw n tak pasti sampai kul berapa.
terus tak dapat nak curi masa pergi restock barang.
kena tunggu settle la baru leh pergi.
percubaan curi masa tak berjaya.

ingat nak relax. sebab dah cuti post kan.
rupanya ramai nak cod barang.
tu yang kena restock gak ni.
then teringat. patut la ramai nak beli.
sebab takut promo habis kan.
aku pun tak sure promo sampai bila.
aku ikut pihak ephyra.
dorang bg aku promo, dpt la korang promo.
bila aku pun dah start normal price. takleh la nak bagi harga runtuh kan.
so siapa nak harga promo sila puchase ye.
cod boleh. nak post pun boleh.
tapi akan post lepas cuti raya ye.

esok la free sikit.
takda free sangat la pun.
free sebab takda orang amik cookies.
righttt. tapi tak free sangat pagi2 nak ke umah parents aku.
then nak kena pergi airport pick up noy.
free la sangat kan *tangan di dada, mata ke atas*
then rush balik. orang nak amik cookies malam.
harap tak pitam.

ngantuk la pulak.
kalau curi masa 1/2 jam power nap boleh?


14 July 2014

Kena mandi bunga kah?

Kan entry semalam tu. End up aku tidur pukul 7ish ye.
Aku bangun around 10ish. 
Dapat la berapa jam.

Bangun terus mengadap kerja.
Rasa macam tak banyak order. 
Sekali dok isi borang poslaju tu sedar macam banyak sangat je ni.

Terus mengucapkan good luck kepada diri sendiri.
Then memulakan kerja packing.
Settle kerja elok around 2ish


Dah rasa tak berapa best. 
Rasa nak pitam.
Tah kenapa seminggu ni rasa nak pitam je.
Nak kata darah rendah tak.
Aku ni darah tinggi ada la.

Before 3pm aku dah keluar rumah.
Kena restock ephyra.
Elok kt situ customer inform dah sampai poslaju. 
Dia nak amik brg kt rumah. Cannot sbb aku mmg keluar post time2 tu.
So mintak dia tunggu jap.

Dan time tu la jalan blkg umah aku tu nak jammmm gila.
Sebab dia tutup lane. Grrrr.
Aku ni xleh pressure2 ni.
Rasa bersalah org tggu.
Rasanya ada dekat 30 mins orang tu tunggu.

Sampai sana dapat parking tp jauh sikit. 
Dah la belah yg part tu mmg petak parking rapat bagai nak gila.
Tp no choice kena park. Kalau tak sampai esok aku x dpt parking.
Bukak pintu. Fakkk kecik. Mana muat badan kak jah yang almari ni nak keluar.
The only pintu yg ada ruang boleh bukak is pintu belakang kiri.
Terpaksa la si gemuk melompat ke belakang sambil lemak tersangkut kat kerusi kiri kanan bersomersault tergolek ke kerusi belakang. Ngeri sangat kalau org rakam nih.

So terkangkang2 la kak jah angkat barang.
Tunggu customer. Mintak aaf atas kelewatan. Berurusan. Dan byebye.
Pecut masuk post office.
Aaaaa barisan panjang!
Tgk jam. Confirm aku takkan sempat post ni.

Terkangkang kembali angkut barang ke kereta.
Ok kereta kiri dah tukar kereta biasa.
Memula td pajero besar.
So aku leh guna pintu depan kiri.
Xde adegan tergolek2 tersangkut. 
Masuk kereta terbatuk2 sesak napas mulut kering sangat.
Bukak pintu lalu termuntah terus. 
Wth. 

Then ke driver's seat. 
Nak betulkan seat sbb tadi tolak seat kebelakang kan.
Tetiba salah capai. Terbukak boot kereta pulak. Aaaaaa.
Nak betulkan takleh sbb aku takleh keluar!!! Kena panjat2 penat.
So gerak ngan boot terbukak. Then baru berhenti tepi tutup boot.

Then terus ke PPL batu caves.
Sebelum tu singgah mcD.
Dah termuntah. Pastu aku punya pening tu lain macam rasa terhoyong hayang.
Beli la set nugget.

Sambil bawak kereta sambil makan frice n nugget 3 ketul.
Pastu minum air.
Air tu leh tumpah lak kat baju aku.
Milo ok! Milo!
Saje je nak memalukan i kan sebab tal puasa.
Aaaaa

Tak lap. Nasib bag silang so kita coverline.
Angkut barang pergi post office.
Tengok la no berapa aku dapat

 Wah niceeeee.
Tapi aku tgk dlm ni ada dlm 30 org je la.
So hopefully laju.

Ni nak kill time lets online kt phone.
Xde masa dah nak layan sgt nowadays.
Sekali tgk battery 25% je!
Xpe ada battery bank. Yeay.
Charge. Tgk dpt naik 2% je tetiba mati dah.
Lupa nak charge batt bank.

Oh Tuhan.
Nasib malamg bertimpa-timpa hari ini.
Mungkin perlu mandi bunga. 

12 July 2014

kisah roti jala

aku tak tau la korang.
tapi aku if bulan puasa mesti ada beberapa wishlist.
wishlist untuk makan la.
hahah hampeh gila, orang wishlist tang lain, aku makan je la pikir.

bulan puasa ada beberapa juadah berbuka yang aku suka.
kira dalam sebulan berpuasa tu tolonglah dapat makan sekali pun jadi la.
antara yang aku mesti nak adalah…

- air tebu

- air jagung

- rendang limpa - jumpa satu kedai ni memang sedap gila. sampai nak tanya dia amik tak tempahan untuk raya. terbaik.

- masak lemak siput sedut

- asam rebus batang keladi

- ikan bakar dengan air asam - tak jumpa lagi. dah dua kali beli air asam macam air dan sayur berhias. dah la trend semua nak sapu2 sambal kat ikan bakar tu. tak sedap la. tak feel.
so aku berharap nanti mama buat ikan bakar n air asam marvelous lalu menjemput aku berbuka puasa kat rumah. huhu.
air asam mama terbaik wokk. ngan pekat dia. aku tak makan sampah2 tu. aku kaup air asam dia je. huhu.
ingat lagi zaman dulu ada gerai kat setiawangsa ni jual ikan bakar n air asam dia sedap macam mama punya, aku bukak puasa makan tu je ok hari-hari. hari-hari mesti beli. aku bedal sorang je ikan pari tu. jangan sesiapa berani cuit aku punya ok.

- sambal goreng bilis petai berkulit

- ayam percik pedas

- murtabak

- kuih cara berlauk

- roti boom

- roti jala

- tepung pelita

- kuih gandus

- puding jagung…

ok aku tak tau kenapa aku suka sangat puding jagung.
lagi lembek2 puding tu lagi suka.
kalau puding tu keras macam agar-agar tak berapa feel.
dulu susah nak carik orang jual. now bersepah la.
ingat lagi aku cakap kat mama aku suka la puding jagung.
so mama kata ok nanti try buat.
dulu time mama kerja memang takda la mama ni nak buat2 kuih ke apa.
masak memang tip top. tapi bab kuih fail sikit. hahahha.

so mama buat la puding jagung.
pirex besar lagi. wooowww sukanya.
kejap2 nanti check, dah boleh makan ke belum.
ok belum. check lagi belum. hmmmm bila ni boleh.
pastu dah lama sangat. mama kata makan je la. agaknya mama buat tak jadi.
memang tak jadi. tak keras sangat.
so nak makan kena scoop masuk dalam mangkuk.
sebab pecah berderai. hahhaa.
ok macam kelakar kan? tapi aku sukaaaaaaaa.
dah la buat sendiri harus tak kedekut jagung kan. mmm dappp.
setiap suap tu bersepah2 jagung.
ok harap nanti mama buat lagi puding jagung.
amboi cantik muka macam-macam nak request kan. hihi.

so anyway, aku pergi pasar juadah mesti if nampak puding jagung menarik terus beli.
rasanya selang sehari mesti beli.
pastu simpan dalam peti sejuk.
nanti lewatttt malam lapar lets makan.

so kisahnya, hari tu ke pasar juadah ngan laki aku.
aku jenis tak banyak sangat beli.
aku setiap hari ada target.
let say rasa nak makan sekian lauk, so beli tu satu je, air satu, manisan 1-2 n thats it.
laki aku tak, nafsu semua nak, pastu nanti tak makan. rasa nak tumbuk je muka dia.

so hari tu aku teringin nak rasa patin tempoyak.
aku tak pernah makan lauk tu. sebab mama tak pernah buat.
n tak pernah beli pun, mama kata tak reti makan, geli pun ye.
so aku pun tak makan la.
tapi selalu tengok orang share pasal makanan tu.
teringin nak tau sedap nau ke.
so aku beli la hari tu. walawehh. sedapppppp.
ok maybe akak tu buat sedap. so i like.

n teringin nak minum air jagung.
oh suka. sedap. lagi kuning menyala, lagi menyala2 hati nak beli.
time tu berhenti kat gerai kebetulan ada air jagung. tapi warna oren macam warna carrot susu.
pastu laki aku kata haaa tu air jagung. u nak kan?
eiiii kecikkk je mata aku pandang dia.
taknakkkk! i nak air jagung warna kuning la.
tu tak rupa air jagung.

then ke gerai lain dapat. ok happy.
then rasa nak puding jagung.
laki aku nak beli cucur udang tak silap.
tetiba nampak puding jagung dia dah siap susun dalam polisterin.
tak banyak dia jual. ada few agar-agar, puding jagung n cucur udang.
terus tunjuk cakap saya nak ni ye, tunjuk kat puding jagung tu.
pastu sembang ngan laki.
bayar, n sambung jalan.

ok cukup untuk hari itu.
tak sabar nak berbuka ngan 3 ni pun jadi la.
laki aku still nak memacam, biarkan dia.

so balik tu terus aku simpan puding jagung aku dalam fridge.
simpan air dalam freezer sementara nak tunggu berbuka.
then hidang apa yang beli.

ok la selesai berbuka semua Alhamdulillah.
tak lama lepas tu teringat kat puding jagung iolls.
mesti dah sejuk tu.
pastu kannnn. bila bukak rupanya ini!!!



apa ni bagi roti jala!
terkilan ahkak. rasa nak masuk batu belah batu bertangkup tau.
pegang roti jala tu, memang sejuk. hahahhaha.
tapi dah lama tu aku makan gak la. nasib sedap.

then ada la orang komen sana sini.
ke memang aku tunjuk roti jalan.
aku tak reply, tapi rasa macam hellooooo takkan la aku tak kenal roti jalan ngan puding jagung kot.
agak-agak la. herghhh.

so 2 hari berlalu.
esoknya tu aku dapat puding jagung beli kat bazaar tempat lain.
then lusa tu aku ke bazaar memula tu.
tengah jalan, aku tengok la gerai-gerai.
then nampak la gerai yang sama.
ada jual agar-agar few jenis. jalan melintasi agar-agar tu.
elok lepas tu nampak la kuning.
hamagaddddd memang roti jala la!

apesal hari tu aku nampak macam puding jagung?
serious ok. aku siap nampak macam tersusun 5 ketul. siap nampak lembik2 terkeluar2 jagung.
aku yakin. plus if roti jala of coz aku nampak kot kari berikat tu.
uwaaaa. apakah rabun tahap melampau aku nih?

tapi la kan. aku rasa memang puding jagung la.
tapi second time aku tengok ni dia tak jual puding jagung hari tu.
sebab masa aku nampak ni, dia tak jual pun cucur udang dia tu.
takpa, nanti aku akan ke sana lagi.
aku akan peratikan sekali lagi.
kalau sah roti jala, mungkin aku akan terbalikkan meja gerai tu.
kalau memang ada puding jagung, akan ku panjat meja tu sambil tumbuk2 dada cakap, i knewwwww ittttt…im not crayzeyhhhhhh..

eh teringat ada puding jagung dalam fridge.
ok bye aku nak gi berbuka.

06 July 2014

cookies raya close order

ok sebab sambutan yang sangat menggalakkan n aku jadi seram.
aku akan tutup order awal.
patut tutup 13 kan.
tapi aku akan tutup esok. 7 july pukul 12 tgh hari ye.

aku takut aku takleh handle pulak banyak sangat.
sebab aku buat sorang. n aku pun buat business gak kan.
kang tak terkejar nanti.
tahun lepas order dalam 30 orang macam tu je.
ni aku tengok dah lebih 60 orang order. Alhamdulillah.
tapi tetap lap peluh.

sorry short notice sebab aku demam ni.
n kerja banyakkk sangat aku tak terkejar nak buat semua.
oh n reason tutup awal supaya aku boleh cepatkan pengambilan cookies ni.
plan seminggu before raya kan.
so ni harapnya sebelum daripada tu dah dapat.
banyak permintaan nak amik awal.

sapa nak tambah order,baru nak order ke apa.
sila buat before 12pm esok ye.
order selepas itu takut tak dapat nak tunaikan.
terima kasih.

if keliru cookies apa aku cerita ni.
boleh click link ni http://peejburhan.blogspot.com/2014/06/kak-jah-dan-kuih-rayanya-muncul-kembali.html

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...