26 June 2014

Expose Mistik: asrama Uni

Assalamualaikum hi peej.

Tetiba je tangan gatal nak baca kisah hantu n terus direct ke blog awak
then dah macam seronok plak baca kisah kisah mistik kat blog awak tu.
(walau sy penakut ta ingat.heh)

Jadi, saya pun nak share la kisah saya jugak.

Saya ada 2 kisah yang rasa sangat anker pada saya yang saya alami sendiri.


kisah satu : Malam terakhir di Asrama ( Un**el)


     Saya ni duduk 6 orang satu hostel. Hostel kitorang macam apartment, 2 orang satu bilik. Budak budak rumah ramai dah balik tinggal saya dengan room-mate je belom, kitorang konon nak sampai betul betul last la kat situ.  

    Hari sabtu tu, tetiba family room-mate datang, pastu bole pulak dia decide nak ikut balik, so tinggallah saya sensorang nak mengharungi satu malam tu. Fikir dalam hati, ala satu malam je kot, apalah sangat kan.


    Petang tu saya lepak lepak umah member, berbual bual ( yela nak cuti lama kan, pastu dah tak jumpa lagi), pastu tetiba saya nampak budak umah saya yang selama ni suka benar duduk menumpang umah kawan dia. Saya pun jumpa la dia, masa tu nak maghrib dah, pujuk dia tido umah malam nih..tetiba plak dia setuju tapi bersyarat iaitu nak tido bilik dia. saya pun okay la kan. Seronok ada teman tido. hehehe.


    Pastu, malam tu dia kata nak kuar kejap, sy pun ikut la sebab takut tetiba dia tinggalkan saya ke, dah saya kene tido sensorang kat umah, lama jugak kitorang kuar smpi kol 12 camtuh (jumpa kawan kawan dia , kawan kawan dia kawan saya jugak sebb satu course kan, cuma malam tu saya tak paham sangat diorg bualkan apa ). Saya bgtau dia, jomlah balik, ngantuk dah ni. Dia diam je. Pastu dia bangun.

   Sampai umah, saya terus angkat tilam bawak ke bilik dia, sebab tilam bilik dia macam kotor sikit. FYI, dia jarang tido bilik tu, room mate dia pun jarang ada kat bilik tu, macam bilik tu terbiar tak de orang duduk. 


   Siap siap nak tido tu, saya sempat la jeling tingkap semua, kawan saya tu, then saya tido lah..


   Pukul 3 pagi, Allah, tetiba dengar bunyi orang mengerang betol betol sebelah telinga, kuat betol lah. Terjaga terus saya. Saya tengok kawan saya lek ja tido, siap selubung sampai kepala. Masa tu mmg tak fikir apa, Tertengok plak cermin tingkap, terbukak luas, dahlah belakang tu hutan rimbun. Blur sngat masa tu sebab rasa mcm dah tutup, makin lama makin kuat bunyi mengerang tu. Saya buat tak tau ja, sebab saya fikir pukol 6 memang nak blah dari bilik tu pun.


   Terlelap sekejap, pukul 4.30 pagi, bunyi lagi, serius saya buat buat mengigau bunyik suara tetiba suara mengerang tu senyap. Tetiba katil kawan saya bergerak gerak, cuak jugak saya masa tuh. Segala macam surah saya baca, alhamdulillah, tertido ngam ngam 530 pagi. Terus saya blah tido bilik saya.

   
   Pagi tu, saya siap siap packing barang, sambil tunggu kawan saya kuar bilik, yela sebab nak balik dah kan pastu tak jumpa lagi, niat nak cakap terima kasih sebab teman semalam, tunggu punya tunggu punya tunggu tak kuar kuar bilik, akak saya dah sampai plak masa tuh, terus saya balik, 3 bulan pastu saya tetiba saya terfikir, saya tido dengan siapa sebenarnya. Sebab ada member ckp dia dah balik awai dah. Question Mark.


Kisah Dua : Berlawan dengan dia ( K*M*)


Kejadian ni berlaku masa saya tengah sambung degree di IPTS di kuala lumpur. Biasalah Asrama. Asrama kitorang ni macam apartment gak. Tapi yang ni saya dok bertiga dalam satu bilik.


      Bole dikatakan hari hari saya kene tindih, memang tak cukup tido betol saya masa tuh. Lesu je muka saya sampai kene tegur ngan member mcm penat sangat saya katanye. Padahal setiap malam saya "bertarung" heh.


      Sebab tak tahan sangat saya tanya ngan akak saya, nak doa pelindung sebab hari hari kene tindih, mana tahan kan. So dia kata baca surah al-falaq lepas tu sapu seluruh badan. Malam tu jugak saya buat apa yang dia suruh.

  
     Masa nak lelap tu, saya mmg dapat rasa ada tenaga yang datang ke arah saya, Kuat sangat sangat smpi saya asyik sebut ya allah banyak kali. Sakit dada saya sebab tenaga luarbiasa. Semakin hampir tenaga tu dengan saya, tubuh saya menolak tenaga tuh. ( macam magnet yang sama kutub ) saya dengar bunyi sore mcm marah tapi saya buat tak tau je sebab saya cuma nak tido dengan nyenyak sahaja. Alhamdulillah, 3 hari kejadian tu saya terus keluar asrama, dok umah je, ulang alik p kelas naik bus sahaja.


Sebenarnya banyak lagi kisah kisah yang saya alami, tapi nati saya share ye.


Assalamualaikum.

19 June 2014

Expose Mistik: final exam sem 1

Assalammualaikum.
hye kak, saje nak share cite dgn akak

.................................................................................................
mcm ni ha mulenye
beberapa hari sebelum final exam .. time tu lepas study trus tdo
dalam pukul 2 or 3 pagi orang (sya le tu) terjaga
pastu try nak lelap balik.. time nak lelap tu la start "incik" tu mengacau
mule2 slow je dgr mcm ade sumone tgh naik tangga gendong benda berat mcm kena seret kat tangga.. lame2 makin kuat plak bunyinye tu ha!!! 
nasib baik la mak jemah ni kuat semangat... tp makin lame makin dekat bunyinye tu ha .. 
Subhanallah, bunyi tu smpi depan pintu bilik pastu terus hilang (kalau diketoknye pintu bilik tu .. memang orang gegar dah member kat sebelah tgh sedap tdo tuh..)

esoknye plak.. time malam tu kami start kena ganggu dengan "incik" tu.. 
sorang demi sorang akan dengar bunyi tu 
sampaila kami berkumpul tdo satu bilik.. sedangkan umah tu besau bak hang.. banglo 2 tingkat.. yg duduknye 5 orang je ha... 
time kami kumpul ramai2 tu.. tgh sedap semua dok study... ada yang layan perasaan.. "incik" tu datang lagi.. semua dengau bunyi tu.. 
TERDIAM semua ha! masing2 start baca ape yang patot smpila bunyi tu hilang.. nasib time tu kami memang tutup pintu bilik.. kalau bukak pintu n nampk "incik" tu.. 
mahu gugur jantung warga-warga muda ni ha.... 
time bunyi tu hilang.. tingkap sebelah katil eden terbuka sendiri tau tak..!!! 
tingkap tu susah nak buka sebenonye wei... nak kate angin kipas.. takla kuat.. 
nak taknak.. kena tutup.. eden la yang tutup tingkap tu balik .. muka pandang dalam, tak pandang luar time nak tutup tingkat tu... dok menggagau nak tarik tingkap tu ha .. 
dahla depan umah eden tu semak samun.. mcm hutan dah ha.. mano eden tak takot.. suruh yg lain tutup pakai tak tutupla tingkap tu ha.. dahla sebelah eden jo.. 

selang beberapa hari time tu.. eden dengo lagi ha bunyi.. tapi bunyi lain.. 
tgh sedap study time tu.. kat luar area tepi umah tu eden dengau ade orang bercakap.. mcm ni ha bunyinye " abang ..cepatla abg.. mainla dengan adik" ... celah mane malam2 nak main2 tu dik oi.. dahla kawasan umah tu tak ramai budak.. dah tgh malam.. takkanlah budak2 nak masok umah kito ni ha.. pagar kunci dah.. pagar umah eden duduk tu besau n tinggi bak hang.. 
eden tawakal ajo la ... memang dah jenis yg kuat semangat.. truskan jela study tu .. pedulila kat "orang yg nak main tu.. lamo2 ilang"

ada satu lagi malam.. dalam bilik setiap orang of coursela ade bakul sampah kecik kan.. 
senang nak buang ape2 takyahla susah2 nak turun bawah..
time malam tu, bakul sampah tu dah penuh.. eden ikatla letak luar plastik smpah tu nak ganti dengan plastik yang baru.. so eden letak plastik sampah yang dah penuh tu kat luar pintu bilik...
keesokkan pagi tu eden nak p kelas.. buka la pintu .. 
hambik kau!!! berterabur sampah depan bilik eden tu ha
mule2 member semua ingat kucing yg buat..
eden pun toray la chek .. emmm.. memang bukan kucing ..lain mcm cara selongkarnye tu..
tp nak sedap kan hati member2.. eden iyokan ajela ape dorang ckp... 

kes kami kena kacau ni memang setiap hari kene.. jadi orang n kawan2 dah lali.. so biarkan saja.. kuatkan semangat.. baca pendinding diri ..
smpila kami habis exam n  trus balik kampung..

so time kami cuti sem tu, tuan umah datang sebab kami dah cita.. so tuan umah bersihkanlah umah tu ha..  
time sem 2 kami datang.. alhamdulillah.. enggak ada apa2 lagi.. 

tpi kami dok ctu smpi pertengahan sem 3 je.. pastu pindah 

ok.. sekian dari eden .. 

 (Ismi Zulaiha)

12 June 2014

Expose Mistik: pasir

Hi Kak Peej,

Saya pernah hantar cerita expose mistik tajuk Pulau dulu.
Hari ni nak cerita satu lagi kisah seram.
Maybe tak seram sangat la kot.
Tapi bila saya fikir balik meremang la jugak bulu roma nih.

Cerita ni dah lama masa saya study  Uni dulu.
Tahun 2008.
Masa tu ada trip kat hutan simpan. (tak ingat nama dia)
Konon nya nak study dan ambil sumber inspirasi dari alam semula jadi la ( konon-nya)
So task kitorang ialah perform satu tarian kat pensyarah,
Tugas ni grouping. Campur la laki perempuan satu group.

Ade satu group nih.
Majoriti perempuan.
Diorang amik case study tarian Ulik Mayang.
Lepas tu one of them,  saya bagi nama dia A, dia ni memang mistik sikit.
Mistik macam mana?
Saya rasa sebab dia belajar silat la kot dia macam ada ilmu yang bukan macam orang biasa.
Plus orang ramai kalau tengok dia mesti macam terpesona/ enchanted giteww..
Sebab dia memang lawa dan boleh di katakan hampir perfect jugak lah.
Dia pernah cerita kat saya, dia selalu mimpi orang bunian pinang dia lah.
Mimpi dia  bersanding kat istana besar which tak ada suami pun kat sebelah dia.
Mimpi macam-macam lah yang seram.
Mungkin sebab hati dia baik kot..
Plus suara dia merdu gila kalau menyanyi. 

So group diorang perform la dekat tepi sungai.
Ye Kak, tepi sungai.
Kawan saya yang A ni la yang nyanyi lagu ulik mayang sambil menari.
Kire dia lead la tarian tu.
Masa perform tu siang.
Lepas tu, malam pun menjelma....

Tapi tak ada apa pun berlaku.... ( saja suspens..)

Ok..lepas tu balik kampus..
Masa sem tu, saya sorang je terpisah hostel dengan kawan2 kelas saya.
So saya selalu la jadi roommate tambahan kat bilik kawan saya yang A ni.
Siap beli mattress yang boleh lipat tu letak dalam bilik mereka.
Malam tu, saya macam biasa la tidur kat bawah (lantai).
Yang kawan saya ni, tidur atas katil tingkat atas. (katil double decker)
Saya tidur kat bawah dengan roomate kawan saya yang sorang lagi.
Malam tu, tidur memang lena sangat...

Pagi tu.....terjaga sebab ada rasa pasir-pasir halus kat kaki.(pasir pantai..)
Dalam hati, saya bermonolog.. Eh aku pakai seluar track yang tak basuh sejak balik hutan hari tu ke? Napa macam ada pasir je..?
Saya terus bangun dan duduk.
Tengok2....ada segumpal pasir ( dalam semangkuk besar kot) kat betul-betul kat hujung matress saya.
Terbeliak la mata saya.
Apa ni??
Macam mana boleh ada pasir kan.?
Saya cari la mana asal punca pasir ni.
Tengok-tengok, ada je meniti dari hujung matress tu sampai la ke meja study dan kat tingkap dan kat luar frame tingkap tu.
Bawah bantal saya pun ada.
Lepas tu roomate diorang yang tidur sebelah saya tu pun terjaga.
Kecoh la jugak bila semua orang terjaga.
Diorang semua cakap saya sleep walking kekdahnye.
Saya cakap la saya bukan jenis macam tu.
Then, kawan saya yang A ni cakap..
"Korang, semalam aku mimpi aku main-main dengan 7 orang puteri (bunian) kat tepi pantai.
Lepas tu, diorang hantar aku balik sini.."
Saya dah macam..biar betul....so for real la kan? bukan la mimpi sebab siap ada pasir lagi kat bilik tu..
Satu bilik terdiam.
Saya buang je pasir-pasir tu.
Saya terfikir jugak.. Ni mesti pasal tarian ulik mayang tu kan..dah la diorang perform kat gigi-gigi air (laluan mereka)
Tu yang diorang ikut kawan saya ni balik kampus kot..

Lepas tu saya cerita kat kakak saya. Dia cakap pasir tu mungkin hadiah dari mereka kot. Untuk kawan saya yang A tu..
Tapi, sebab saya yang terjaga dulu, jadi pasir la hadiah tu.
Or mungkin untuk saya kot..? Sebab saya baik ngan A. Kira macam kredit la untuk saya kot.?
Haha.. nak jugak kan...
Tapi sampai sekarang jadi persoalan...

So itu je la cerita saya Kak Peej..
Sorry la if tak seram sangat.

Nanti saya hantar lagi cerita seram ok..

- Miss J -

05 June 2014

Expose Mistik: Nenek

Salam kak peej..

Saya dan dua orang rakan saya nak berkongsi cerita tentang rumah sewa kami.. Selepas tiga bulan kami menduduki rumah tu saya diganggu semasa tidur.

Pada malam kejadian saya notice yang bawah tilam ada banyak semut. Saya alihkan tilam saya sebab saya nak mop lantai bawah tilam tu..oleh kerana lantai masih basah saya tak pon letak tilam saya ke tempat asal. saya tidur dalam keadaan posisi tilam yang posisi tak seperti biase. Esok pagi saya mendapati saya pakai baju tidur sampai dua lapis..yang baju bahagian luar tu separuh je masuk pada badan saya..Haish apesal lak saya nak pakai dua lapis kan musim panas sekarang.

Sejak dari tu setiap malam saya membaca ayat kursi lebih daripada 20kali sebelum tidur. Alhamdullilah bilik saya tak diganggu dah lepas tu. Saya tak cerita pon kisah saya diganggu pada kawan serumah sebab takot dorang pon takut jugak. Selepas seminggu kawan saya yang duduk bilik sebelah saya dapat tawaran bekerja di labuan. Saya dengan segera iklankan bilik sewa yang kosong tu. Lebih 10 orang yang tengok bilik tu tapi semua tak berminat nak sewa padahal bilik tu paling besar dan cantik.

Suatu petang sebelum maghrib semasa tengah mandi waktu nak syampoo rambut tu kan kite tutup matea nak bilas rambut. Tengah tutup mata tu boleh pulak saya ternampak cam nenek tua berambut putih tengah pandang saya. Rambut putih tapi muka dia saya tak nampak sebab saya cepat2 bukak mata.. Takot punya pasal saya cepat2 mandi kemas2 baju saya lari tidur rumah ibu angkat..huhuhu..

Sebelum kejadian saya nampak nenek tua tu setiap petang saya selalu dengar baby jiran saya menangis tanpa henti bermula dari azan maghrib sampai lepas isyak baru dia berhenti menangis.. ada satu mase tu baby tu nangis dengan satu nafas yang panjang.. seram gila dengar.. owh bilik baby tu mmg betul2 bersebelahan bilik berhantu tu..bilik kat depan tu.

Kebetulan saya ada teman saudara saya jumpa dengan perawat islam.. saya ada tanye berkenaan bilik menakutkan tu.. perawat islam tu minta alamat saya.. taw la perawat islam ni kan boleh “merasai” entity walaupun dari jauh.. Lepas je perawat islam bukak mata dia senyum kat saya.. saya dah debar2 dah.. dia cakap “ya! ada”.. dia minta saya membaca yasin, surah albaqarah dll utk halau “penghuni” tu.. tapi saya sorang? memang tak la.. takot sangat kot.. kawan saya yang lagi sorang memang selalu xda rumah.. dia selalu outstsation.. takkan saya nak tunggu lama “dia” duduk situ. Saya ajak ibu dan adik saya halau “dia” masa tu jugak..

Macam2 yang jadi masa kami “halau” tu padahal waktu tu siang lagi.. Pintu bergerak2 sendiri.. macam angin panas tiup kat telinga kami masa kami baca ayat quran tu.. bahu sakit gila macam kene tindih.. tergagap masa tengah baca tu.. Mungkin “dia” marah kami halau dia.. Oleh sebab masih tiada orang yang nak sewa bilik tu.. masuk “penghuni baru” yang lagi dasyat sehingga saya terpaksa berpindah sebab takde kekuatan dah nak lawan perasaan takut tu.

Sekian, maaf panjang tapi itu pon dah cuba pendekkan.

Tq kak peej

-Adawiyah-

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...