30 April 2014

Nasi Goreng Sedap Gilers

ingat lagi aku belajar buat nasi goreng ni daripada noy.
kita orang namakan nasi goreng ni nasi goreng sedap gilers. haaa kau mampu bagi nama makanan berunsur pujian terhadap masakan sendiri?
masalahnya memang sedap ok.
sedap kat tekak kita orang la.

dalam banyak-banyak jenis nasi goreng yang buat sendiri la.
ni kira nasi goreng yang paling aku suka.
n laki aku pun suka gila kalau aku buat nasi goreng ni.
ulang makan 2-3 kali pun selamba je.
ulang jarak la. lunch. petang. dinner.
bukan sekali hadap 3 kali. tu gila namanya.
ewah cara macam ala2 tak bernafsu gajah kan. haha.
padahal dulu aku selamba setengah kuali boleh makan if nasi goreng.


anyway, last 2 weeks aku ada buat nasi goreng ni.
seperti biasa akan post kat instagram.
laju je filla komen kata nak.
aaaa lupa. hahhaa.
filla nak nasi goreng ni since dia time cuti pantang aleesya ok.
lama tak lama la leecha pun dah setahun lebih ok. kah kah.

ok aku kata set la. bila nak datang rumah aku aku buat.
boleh la dorang setting time rumah aku takdak air ok.
kemain filla kata ala nasi goreng je tak pakai banyak air. ewah.
yang si elly dah kesian kat aku kata if nak masak rumah dia pun ok.
eh over kan. alah ok je la.
best pulak rumah aku ni ada time2 dia.
kadang time patut takda air pun tapi tetiba air pipe dapur ada je. 
tak besar la. kecik je. tapi ok la.
lagi best la dpd guna air takung kat baldi ke apa kan.
so ok selamba.

so dorang datang rumah aku.
aku lak boleh pulak busy buat kerja lupa masak nasi. haha.
dah tengahari baru sibuk masak nasi.
yang filla bising kata nasi tak kering tak best la apa.
e eh sibuk je. aku tau la beras umah aku macam mana.
ok je. nasi baru lepas masak pun ok je.
sebab aku pakai beras takda kanji so memang kering ok.

dorang kemain kata nak tengok aku masak la apa.
aku tak suka la. sebab kang nanti aku nervous macam mana? tak jadi kang. 
boleh macam tu? tah apa-apa kan.
so konon nak biar dah masak baru dorang sampai.
takda makna awal lak datang kan.
so nak taknak kena la masak sambil dorang menyibuk.
tapi menyibuk sikit2 je la.
sambil masak sambil sembang.
dorang kata cara aku masak relax je. 
jenis blend cili terus panaskan minyak.
pastu dorang lak nervous sebab daging sayur ke apa belum potong.
eh i terel multi tasking ok. so jangan risau gitu.

akhirnya siap.
nervous gak hidang.
ye la mana tau selama ni konon feeling nasi goreng sedap gilers.
sekali sebenarnya biasa je. maluuuuu.
tapi time makan dorang kata sedap. hihihi *tersipu2 dalam hati*
filla siap tambah dua kali ok. kembang hidung iolls.
nasib menjadi nasi goreng ku. 



terus malam tu dorang mintak resepi.
so aku pun share je la.
semangat kau terus beli bahan masing-masing.
elly esok terus buat.


then last weekend filla pulak buat.
weowwww.
tapi bila aku tengok aku rasa nak lagi.
macam mana itu?


bila dorang upload dah la ramai mintak resepi.
elly lagi takleh blah, orang mintak dia resepi dia mintak pengeras ok.
amboih. hahha.
terus dorang direct tag aku mintak resepi.

aku malas nak type. aku suruh google je.
sebab aku pernah share actually resepi ni. CLICK HERE.
version lain la. tapi bawah tu ada aku share resepi ni. tak tak proper la.
so ni aku share again yea.

Nasi Goreng Sedap Gilers

- nasi 2 pot
- daging
- kacang buncis
- telur 2 biji
- serbuk ikan bilis knorr

bahan A (blend)
- bawang besar 2 biji
- bawang putih 2 ulas
- cili padi(cili padi akar ye, bukan cili padi kampung) 15 biji
(aku suka pedas, tak suka pedas boleh la kurangkan)

cara masak
-panaskan minyak
- masukkan bahan blend tadi
- separuh masak, masukkan daging. daging perlu masa lama untuk masak n empuk so masukkan awal takpa
-masukkan pati ikan bilis 1 sudu kecik.
-dah garing sambal n daging dah empuk, tolak ketepi sikit, bagi ruang. then pecahkan telur.
- kacau n pecah2kan telur tu.
- masukkan sayur.
- masukkan garam secukup rasa
- gaul sebati
- bila sayur dah hampir masak, boleh masukkan nasi. sayur jangan sampai lembek nanti tak best.
n nasi make sure dah garis dulu la. baru peroi lawa n sedap.
- gaul.
- siap untuk di hidang.

mesti sedap punya la.
tak tambah dua kali memang saje je la kan.
ok selamat mencuba uolls.

18 comments:

  1. Sedap nya..... dapat bayangkan dengan mengunyah buncis yang crunchy tu, daging dan pedas cili padi. perghh....

    Peej....sharelah resepi sambal daging jugak. Dah lama terliur bila baca post you pasal sambal daging. nak sangat buat. please.......................... ;)

    ReplyDelete
  2. Macam best jer..macam sedap jer... macam nak try jer... TQ Peej share resepi ni.. weekend ni bole try Nasi Goreng Sedap Gilers versi Peej... :)

    ReplyDelete
  3. dah garis dulu tu cane kak peej? dia ramas / hancurkan nasi ke? haha. vocab dapur ida belum banyak lagi.. T__T

    ReplyDelete
  4. thank you moling sebab masakkan we olls nasi goreng sedap gilers nie.. 2x kakpilla makan.. kalau tau ben tak makan malam tu, mesti 3x tambah kakpilla makan.. i laf u moling.

    ReplyDelete
  5. Yeaahh..akhirnya dapat resipi nasi goreng terlajak laris Peej...tocey2

    ReplyDelete
  6. Nampak gak ka fillanie update haritu.
    Tetibe rase teringin heheh

    ReplyDelete
  7. Ok dah copy paste... esok nak masak sempena cuti hari pekerja..

    TQ peej :D

    ReplyDelete
  8. Saya pun skang klu buat nasi goreng dging..ikut resepi peej jugaaaa...mmg sedaaaappppppp...buat pedas2!boooom!!! Hahaha..

    ReplyDelete
  9. patutlah sedap... sebab style tu mahu ada.. sambil panas minyak, sambil blend.. sambil tumis.. sambil hiris daging.. tunggu daging empuk.. sambil potong sayur.. betul tak Peej???

    cer suh tiga2 buat nasi goreng resepi yg sama.. pas tu try test yg mana paling sedap.. amacam???

    ReplyDelete
  10. Ni resipi yg ditunggu2 tq peej :)

    ReplyDelete
  11. haish!! kakmona baca entry ni sambil telan2 air liur oi! penderaan ;p

    ReplyDelete
  12. peej kalau guna ikan bilis tumbuk dgn pati ikan bilis tu ada beza rasa ke? sbb biasa tgk mmg ramai msk nasi goreng guna pati ikan bilis. sy biasa msk guna ikan bilis tumbuk. nnti free boleh cuba ni, nmpk sedapppp yumyum

    ReplyDelete
  13. kak peej! terus kite semangat singgah giant beli bahan2 nk buat ni esok.. x sabar nye!! dari haritu terliur tgk kak filla ngn kak elly up pict dlm instagram.. hehe

    kak.. nanti share la resepi sambal ikan bilis akak.. buat video lg style! heeee~
    (^__^)

    ReplyDelete
  14. kak peej! kite anon yg kt ats ni.. hehe.. kite da try da masak ikut resepi ni.. n husband ckp sodap siap tambah 3x.. hahaha.. kembang je rase time die ckp sedap tu.. thanks kak peej share resepi.. nanti share la lg resepi lain yg simple2 tp sedap! heeeee~

    ReplyDelete
  15. Hi sis.. Saye pun dah try smlm... Memang mabeless... TQ sis!!!! Mwahhhhh...

    *jemputla ke blog saye... Ade pic nasi goreng sy tu.. heeee.....

    ReplyDelete
  16. Kak peej...setelah lama usha blog akk br hr ni buat nasi goreng marbeles ni...wlpn tk ckp bahan...kacang buncis tk de...tp ank ngan suami bertambah 3 kali...time kasih sbb share resepi ni..

    ReplyDelete
  17. 15 batang cili padi byk nya.. tp nampak sedap sgt nih

    ReplyDelete

Heyyyyaaaaaa...

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...