30 April 2014

Nasi Goreng Sedap Gilers

ingat lagi aku belajar buat nasi goreng ni daripada noy.
kita orang namakan nasi goreng ni nasi goreng sedap gilers. haaa kau mampu bagi nama makanan berunsur pujian terhadap masakan sendiri?
masalahnya memang sedap ok.
sedap kat tekak kita orang la.

dalam banyak-banyak jenis nasi goreng yang buat sendiri la.
ni kira nasi goreng yang paling aku suka.
n laki aku pun suka gila kalau aku buat nasi goreng ni.
ulang makan 2-3 kali pun selamba je.
ulang jarak la. lunch. petang. dinner.
bukan sekali hadap 3 kali. tu gila namanya.
ewah cara macam ala2 tak bernafsu gajah kan. haha.
padahal dulu aku selamba setengah kuali boleh makan if nasi goreng.


anyway, last 2 weeks aku ada buat nasi goreng ni.
seperti biasa akan post kat instagram.
laju je filla komen kata nak.
aaaa lupa. hahhaa.
filla nak nasi goreng ni since dia time cuti pantang aleesya ok.
lama tak lama la leecha pun dah setahun lebih ok. kah kah.

ok aku kata set la. bila nak datang rumah aku aku buat.
boleh la dorang setting time rumah aku takdak air ok.
kemain filla kata ala nasi goreng je tak pakai banyak air. ewah.
yang si elly dah kesian kat aku kata if nak masak rumah dia pun ok.
eh over kan. alah ok je la.
best pulak rumah aku ni ada time2 dia.
kadang time patut takda air pun tapi tetiba air pipe dapur ada je. 
tak besar la. kecik je. tapi ok la.
lagi best la dpd guna air takung kat baldi ke apa kan.
so ok selamba.

so dorang datang rumah aku.
aku lak boleh pulak busy buat kerja lupa masak nasi. haha.
dah tengahari baru sibuk masak nasi.
yang filla bising kata nasi tak kering tak best la apa.
e eh sibuk je. aku tau la beras umah aku macam mana.
ok je. nasi baru lepas masak pun ok je.
sebab aku pakai beras takda kanji so memang kering ok.

dorang kemain kata nak tengok aku masak la apa.
aku tak suka la. sebab kang nanti aku nervous macam mana? tak jadi kang. 
boleh macam tu? tah apa-apa kan.
so konon nak biar dah masak baru dorang sampai.
takda makna awal lak datang kan.
so nak taknak kena la masak sambil dorang menyibuk.
tapi menyibuk sikit2 je la.
sambil masak sambil sembang.
dorang kata cara aku masak relax je. 
jenis blend cili terus panaskan minyak.
pastu dorang lak nervous sebab daging sayur ke apa belum potong.
eh i terel multi tasking ok. so jangan risau gitu.

akhirnya siap.
nervous gak hidang.
ye la mana tau selama ni konon feeling nasi goreng sedap gilers.
sekali sebenarnya biasa je. maluuuuu.
tapi time makan dorang kata sedap. hihihi *tersipu2 dalam hati*
filla siap tambah dua kali ok. kembang hidung iolls.
nasib menjadi nasi goreng ku. 



terus malam tu dorang mintak resepi.
so aku pun share je la.
semangat kau terus beli bahan masing-masing.
elly esok terus buat.


then last weekend filla pulak buat.
weowwww.
tapi bila aku tengok aku rasa nak lagi.
macam mana itu?


bila dorang upload dah la ramai mintak resepi.
elly lagi takleh blah, orang mintak dia resepi dia mintak pengeras ok.
amboih. hahha.
terus dorang direct tag aku mintak resepi.

aku malas nak type. aku suruh google je.
sebab aku pernah share actually resepi ni. CLICK HERE.
version lain la. tapi bawah tu ada aku share resepi ni. tak tak proper la.
so ni aku share again yea.

Nasi Goreng Sedap Gilers

- nasi 2 pot
- daging
- kacang buncis
- telur 2 biji
- serbuk ikan bilis knorr

bahan A (blend)
- bawang besar 2 biji
- bawang putih 2 ulas
- cili padi(cili padi akar ye, bukan cili padi kampung) 15 biji
(aku suka pedas, tak suka pedas boleh la kurangkan)

cara masak
-panaskan minyak
- masukkan bahan blend tadi
- separuh masak, masukkan daging. daging perlu masa lama untuk masak n empuk so masukkan awal takpa
-masukkan pati ikan bilis 1 sudu kecik.
-dah garing sambal n daging dah empuk, tolak ketepi sikit, bagi ruang. then pecahkan telur.
- kacau n pecah2kan telur tu.
- masukkan sayur.
- masukkan garam secukup rasa
- gaul sebati
- bila sayur dah hampir masak, boleh masukkan nasi. sayur jangan sampai lembek nanti tak best.
n nasi make sure dah garis dulu la. baru peroi lawa n sedap.
- gaul.
- siap untuk di hidang.

mesti sedap punya la.
tak tambah dua kali memang saje je la kan.
ok selamat mencuba uolls.

24 April 2014

Expose Mistik: Surah Sejadah

Assalamualaikum Peej,
Semalam baca expose mistik yang bilik tu… seram… tapi good point sebab dia ada bg ayat 1-10 surah as-soffat tu… terus amalkan jugak, print dan tampal kat dinding rumah… boleh baca2 bila Nampak print out tu… letak kat dapur, cermin bilik tidur utama dan cermin bilik tidur anak.
 
Sekarang saya rasa nak share kisah mistik saya pula…
Bismillahirrahmanirrahiim..
 
Beberapa bulan lepas, Lepas isyak, saya duduk atas katil nak baca surah almulk dan sejadah sebelum tidur… biasa baca surah almulk dulu.. Hadis nabi saw cakap, almulk boleh hindar azab kubur. kalau tak ngantuk, sambung surah sejadah… (sunnah rasulullah saw). Banyak hadis akan khasiat surah almulk ni, masyaallah…
 
************************************
 
Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
*****************************
 
Okey, sambung cerita… Saya tengah pangku baby atas riba untuk menyusu. Baby umur dalam 4 bulan masa tu… anak perempuan saya, girl (bukan nama sebenar) umur 3 tahun.. duduk sebelah saya.. so atas katil masa tu ada saya sambil nyusu baby dan girl duduk sebelah. Quran buka kat depan letak atas bantal…
 
lepas baca almulk tu, baca lah surah sejadah pula… pastu sampai part dalam surah sejadah tu, ada ayat yang kita kena sujud tilawah… saya alih sikit bantal quran tu dan baby, sujud sejadah kejap, ada bacaan doa sujud sejadah tu.. bangun je dari sujud tu, ambik baby letak atas lap, saya Nampak girl berdiri pijak quran saya… sayapun  marah lah…
“Girllll………”
panjang saya saya panggil nama dia sebab nak marah dia. Dia terdiam pandang saya, kemudian dia nangis….
Dia terus duduk dekat saya peluk kaki saya, “Girl takut… girl takut….” Katanya sampai nangis beria-ria…
Saya dah saspen… baby masih menyusu relax jer, Alhamdulillah… (kalau baby nangis lagi saya kalut)
“kenapa?” soal saya.
“Takut.. takut.. ada monster…”
Saya cuba relax, tapi mata duk pandang sudut-sudut dinding bilik tidur saya tu. Suami dan anak laki (boy) kat luar di ruang tamu… girl berteleku di hujung kaki saya, dah macam push2 baby, sebab macam nak duduk atas riba jugak… nangis beria…mengalir air mata, nampak sungguh ketakutan.
“Mana?” saya Tanya..
“Sebelah girl…” jawab girl.
Saya dah… alamak… dalam hati… dekatnya… ingat kat sudut dinding…
“What colour?” soal saya, cuba relax dan bertindak rasional. Saya taknak girl fikir saya tak percayakan dia.
“White!” jawabnya sambil tutup mata, pegang kaki saya kuat-kuat.
Adoi… saspen.. tapi baby relax jer, saya jadi lega… girl dah nangis beria sampai suami datang masuk ke bilik, sebab macam dah kecoh. Saya minta dia ambil girl…
Surah sejadah yang saya baca tadi tak habis lagi.. lepas girl diambil keluar bilik, saya sambung baca surah sejadah tu dengan baby dalam bilik.. lepas habis, baru keluar… lega…
Alhamdulillah, masa tu saya tak rasa meremang bulu roma atau apapun yang tak best… hati pun tak berdebar… Cuma saspen sikit dan wonder what it is je, sebab girl ketakutan… biasa kalau yang pelik2, hati rasa macam berdebar… bulu roma pon macam meremang sikit… tapi masa tu alhamdulillah. Tak rasa benda yang negative… baby pon ok jer… Girl jer yang ketakutan…
 
Malam tu pulak, at one point, masa tidur, saya antara jaga dan sedar… tapi masih dalam mode tidur, Cuma boleh sedar.. saya dengar orang mengaji.. suara lelaki… pastu Nampak macam bayang putih (pakai jubbah kut), macam dari bahagian kaki menurun…err.. faham ke macam mana saya nak describe… macam lelaki yang turun dari atas… sambil kita dengar dia baca quran… so, kita duduk di bawah kita Nampak bahagian bawah dulu… macam kalau saya tunggu lagi, saya boleh Nampak dia turun dari atas ke bawah seluruh tubuhnya dan rupanya… tapi at that point, yang saya rasa, saya taknak tengok siapa yang baca quran tu…sebab takut… saya memilih untuk bangun dan terjaga.. sebab kalau saya teruskan mimpi, mungkin saya boleh Nampak siapa yang baca quran tu.. tapi tak sure dia baca surah apa…
 
Sampai sekarang, kadang2 girl selalu ingat dan mention pada saya.. “taknak masuk bilik ibu.. ada monster…”
Tapi kadang2 dia cakap… girl tak takut… kadang2 dia berdiri je luar bilik tu suruh saya keluar… kadang2 dia main melompat je atas katil bilik tidur saya dengan abang dia, boy… tapi kalau sorang2 dia tak berani lah…
 
Tapi surah sejadah ni memang banyak fadhilat dia…
*********************
 
Kelebihan Surah Sejadah:
Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.
1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.
2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.
4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati
 
***************************
 
Girl ni, memang kadang2 boleh ‘nampak’ sikit..  tapi tak surelah apa yang dia Nampak… ada kisah lagi yang berlaku kat Cameron highland dan juga kat satu rumah tumpangan… lain kali kalau rajin saya cerita… tapi saya rasa, semua yang bukan manusia yang Nampak pelik sikit tu, dia panggil monster… tak tahulah… tapi kalau dia beria-ria nangis sampai kelaur airmata, rasanya memang real kut… Cuma mata kasar kitalah tak Nampak… tapi kadang kalau teringat, saspen jugak…

-umi-

22 April 2014

harap maaf

harap maaf
sesiapa customer yang beli barang malam semalam n today, aku tak dapat post today.
sebab berurusan di luar sampai lewat petang.
dengan jumlah order yang banyak aku yakin memang tak sempat nak siapkan.
daripada aku rushing n buat human error, baiklah aku post esok.

some memang dpd smlm aku dah maklumkan.
some tak sempat lagi.
jadi maaf ku pinta.

tadi aku membuat urusan membeli kereta tu.
since aku ni memang tak berapa nak tau sangat.
since ice memang bagi tau dorang akan balik cuti.
aku tunggu dia je.
so tadi kita orang pergi la.
bagi documentation yang perlu.
harap semua ok. fuhh. doakan la ye.
rasanya takda prob kot. cuma tu la, almaklum orang takda payslip ni dorang tak yakin.
padahal aku kenal ramai je yang tak kerja tapi beli kereta pakai payslip tipu.
dunia oh dunia.

but anyway, hopefully ok.
tu tadi jumpa orang tu area sini je.
bagus. aku suka salesman rajin ni. datang jumpa aku.
rasa2 nak jumpa aku pun malas takat main email2 je.
memang kosser la aku.
kau agak2 bank statement 6 bulan stock tebal gila kau nak aku scan n email.
memang tak la. so siapa rajin dia i suka.

paling tak tahan lepas dah settle tu.
huda n ice tanya dah test drive ke apa?
sebab aku memang malas nak test drive. aku dah decide pun.
tu yang ajak jumpa luar tak perlu nak ke showroom ke apa.
aku kata la tak. pastu dorang tanya. dah masuk ke dalam kereta tu?
aku kata tak. sebab ala pernah naik dulu. ok je.
hahaha kau mampu? nak beli kereta taknak testdrive n duduk dalam tu pun tak.
cukup la selama ni nampak kereta tu berkeliaran sana sini. macam suka. ok la kan.

tak puas hati dorang ajak jugak ke showroom paksa duduk dalam kereta tu.
ok layankan. huhu.
tapi bagus gak la pergi. sebab aku dapat tengok color.
daripada nak warna putih, aku tukar nak hitam, sekali tengok kereta contoh tu color satu lagi tu. terus macam aaaaa lawaaaaa. nak yang tu.
aaaaa tolong la semua ok n settle cepat.
kak jah dah tersenyum simpul ni rasa tak sabar. hihi.


17 April 2014

Expose Mistik : Rumah

Hi peej
Saya suka baca expose mistik kat blog peej
Sampai terpanggil nak share pengalaman.
Actually ini 2 cerita yang berbeza tapi in the end cerita ini macam bercantum
Mula mula nak minta maaf awal2 sekiranya ayat2 saya ni bercampur english dgn melayu=manglish
Cerita macam panjang, so ikut suka peej lah nak potong mana2.

Mula mula nak cerita pasal rumah dan kakak saya yang terkena buatan orang

1. Rumah
Around end 2010, kakak saya decide nak pindah satu rumah untuk saya dgn kakak saya. Reason dia untuk memudahkan parent kitaorang datang.
Actually, saya dgn kakak saya kerja dekat2 tp duduk berasingan
Dia dekat pantai dalam, saya dekat ampang
And then, sangat susah untuk parent kami datang melawat sbb tak de tempat tidur yang proper.
So when she decide nak pindah, saya ikut je lah.
Lagi satu sebabnya she willing to pay sewa rumah tu sorang2.
So lagilah saya ok.

So dalam jan 2011, kitaorang pindah rumah dekat puchong
Kawasan cantik, cuma nak keluar tu horror
Sebab jalan keluar hanya satu
Saya pulak pindah dalam early feb, sebabnya nak mencari orang untuk sewa bilik
So masa saya mula2 pindah, saya ajak kawan saya 2 orang sekali tumpang tido sbb kitaorg baru balik dari melawat kawan kitaorg
Flight pun malam, so alang2 marilah tumpang tido
So esok saya boleh hantarkan dorang balik rumah masing2.

Rumah tu 2 tingkat, pastu ada 4 bilik
1 bilik kat bawah, 3 bilik kat atas
Sewa mmg murah dalam rm700 sebab kakak saya kata rumah tu rumah officemate dia
So dapat member price
Kakak saya kata lagi, kawan dia duduk rumah tu sekejap je
Bila husband dia kena kerja luar, dia pindah kat rumah yang dekat dgn ofis
Rumah tu fully furnished sbb kakak rumah tu macam jadikan rumah tu tempat store jugak
So katil dalam setiap bilik mmg dah ada
TV pun ada.
So masuk mmg cuci kaki je lah.

So malam pertama tido dengan kawan saya tu
Kitaorang borak borak, gossip gossip
Sampai penat dan saya dah tertido awal
So tertiba saya dengar kawan saya nangis
Dia nangis sambil tutup muka dan cakap takut
Pastu dia cakap dia tak nak tido dlm bilik saya
So ok fine, malam tu kitaorg semua tido dalam master bedroom sbb semua takut 

Esoknya masa makan breakfast kat mcd
Kawan saya tu cerita
Dia kena tindih dan masa dia kena tindih
Dia dengar orang ketawa sayup kat telinga dia
Time tu dah tak sedap ati tapi still boleh mcm bagi reason
Saya katalah maybe dia penat sbb tu dia rasa dia kena tindih
Tapi dia insist jugak dgn cerita dia
So apa apa jelah kan

Lama lama saya pun dah lupa cerita dia tu
Tapi entahlah nak cakap macam mana ek
Rumah tu kadang2 rasa ok, kadang2 rasa tak ok
Dia macam ada waktu dia, akan rasa meremang je
Tapi selalunya buat bodoh je
Tapi kadang2 kitaorang selalu je dengar baby nangis
Bunyi tapak kaki naik tangga
Bunyi orang mengalihkan perabot
Tapi selalu fikir, mungkin jiran sebelah kot
Memang tak de fikir benda2 mistik ni

Tapi yang ketaranya lampu kat rumah ni selalu terbakar
Especially lampu bilik air kat masterbedroom dgn lampu bilik air bawah
Lampu living room pun sama
Even dah tukar pun, asyiklah terbakar
So rumah kami mmg suram
Kalo mlm tu, ada 4 lampu, hanya satu je boleh guna
And then tuan rumah pulak mcm buat tak tau je hal rumah dia
Pastu bagi alasan husband dia tak de
So dia tak boleh nak handle
Pastu parent kitaorang selalu lah suruh kitaorang pindah
Sbb bagi dorang macam tak baguslah tuan rumah mcm tu
Tapi kakak saya insist jugak nk stay situ
Mmg kadang sampai bergaduh2 dgn parent
Sbb dia nk jugak stay kat situ

Nanti saya rumuskan apa kaitan rumah dan kakak saya

2. Kakak

Terus terang saya mmg tak rapat dgn kakak saya macam peej rapat dgn noy
Tapi kakak saya ni mmg jenis yang tidak berkira
So kalau duit tu lagilah dia tak berkira
Tapi around tahun 2013 dia macam lain sikit
Kalo bab harta dia, mmg dia berkira
Pastu kitaorg pernah gaduh besar sampai rasa nak pindah semua
Pastu dia siap mengungkit semua benda 
Dan parent tak usah cakaplah
Mmg boleh bergaduh teruk sampai kadang2 parent kitaorg yang beralah
Dan perangai dia pun dah start pelik2

Satu hari tu dapat call dari ofis
Cakap kakak saya ni meracau
So kelam kabutlah kami ni sekeluarga
Mmg sampai ofis, dia mmg meracau
Ayat fav dia yang kuar tu
'Dia aku punya'
So pergilah berubat semua
Malam tu singgah rumah sekejap amik baju pastu cabut gi rumah abang kat rawang
Pastu masa dalam rumah tu, kakak cite yang dia dengar bunyi loceng 
Pastu mmg masuk rumah rasa seram semua
Padahal ayah saya dah siap azan dan buat ikut petua yang ustaz kasi

Malam itu semua macam ok
Kitaorg siap gi darul syifa
Tapi ustaz nasihatkan utk habiskan rawatan dgn ustaz yang memula merawat tu
Sebab dia kata tak elok campur

Esoknya
Kakak saya cakap ada bunyi perempuan menjerit kat telinga dia
So ayah azankan dan baca ayat2 suci Al quran
Pastu petang itu, saya dan ayah saya balik sekejap sbb nak amik baju sikit
Pastu petang tu, akak saya teruskan rawatan mandi ice
So lepas mandi, dia rasa lain macam dan sakit kepala
So mak saya picitkan kepala dan telinga dia
Sekali bila mak saya kena jerkah
Pastu dia meracau balik sekejap dan kitaorg panggil org surau kawasan rumah abang saya tu
So dorang baca ayat2 al quran sekejap dan bagi kakak saya minum
Pastu ok jap
Tapi masa nak balik tu abg saya cerita yang dia dengar 
Salah seorg org surau tu nmpk ada benda masuk balik kat kakak saya
Tp bila dia cakap kat kawan dia 
Kawan dia cakap biarlah
Maybe dorang pun tau yang dorang tak kuat nak lawan kot
So mlm tu bawak gi darul syifa
Dan mmg terjadilah sekali lagi kes meracau dan histeria
Mmg benda tu main2 pun
Dia mcam tau kalo air tu dah dibacakan dengan ayat2 suci al quran
Pastu dia siap main2 tido, pastu kancingkan mulut
Pastu kalo minum, siap dia semburkan balik kat orang tu
Siap berpura2 nak gi tandas nak kencing
Padahal nak lari
Nasib baik mak saya sedar dan jerit
So boleh tangkap balik
Sampai 3 4 orang tak jalan padahal darulsyifa dah nak tutup
Last kena panggil yang paling atas
So baru ok

Tapi sebenarnya cite tu tak habis kat situ
Sebabnya benda tu mcm main2 je
Dia mcm keluar jap
Pastu masuk balik
So mlm tu balik rawang
Saya tak tido so saya decide nak baca yassin
Kitaorg tido ramai2
So saya tido sebelah kakak saya dgn anggap dia dah ok
Tapi saya perasan mata dia mcm melilau je
Mula2 kitaorg baca yassin ramai2
And last tinggal saya sorg, so saya continuelah
Tapi mmg dugaan dan sampai sekarang saya trauma
Dengan bunyi pelesit kat luar lah
Dengan kakak saya yang tido2 ayam pastu mata dia yang melilau tu
Saya kan baca sebelah dia
Tp saya sangat takut nak tgk mata dia
So saya angkatlah yassin tu tutup muka dan jd penghalang antara saya dan kakak saya
Sebab saya tak nak pandang mata dia
Tup tup dia tanya
 Kenapa ko tak nak pandang mata aku dik
Pastu saya cakaplah, mana ada saya nak baca yassin
Pastu kadang2 dia ikut saya baca sekali
Pastu siap betulkan lagi bacaan saya
Memang menyeramkan tapi saya yakin dia tak buat apa2 kat saya
Dia cuba nak duga saya je
Tp mlm tu saya mmg menyerah je diri kt Allah

Nak dipendekkan cite
Memang banyak kali kejadian dia meracau
So last2 panggil ustaz datang rumah kat puchong
Ustaz check dia kata mmg kakak saya kena buatan orang
Tapi rumah tu pun ada masalah jugak
So kiranya kakak saya berubat dan rumah pun cleansing jugak
Tapi sebenarnya cerita tu tak tamat begitu saja
Maybe marah sebab panggil ustaz
Teruk jugak kami kena
Dengan tak boleh tido nye
Pastu bila lepas asar je, janganlah naik tingkat atas
Memang meremang semacam
Pastu siap ada bau darah lagi
Pastu kucing saya maybe pernah nampak
So boleh nampak yang dia macam tengok something kat kawasan dinding atas rumah
Dalam masa yang sama bau darah yang kuat
Orang kata maybe dia luka sebab kena garam dan lada hitam
Dan mungkin dia meronta dan time tu kucing saya nampak
Kucing saya pun trauma
Kalo kita buat mengepangkan tangan (angkat kedua2 tangan mcm ada kepak) dan membengkok badan sikit pastu kucing2 saya confirm akan buat bunyi kucing nak gaduh pastu bunyi menyembur yang macam (hissssss), pastu lari ketakutan
Everytime

Pastu kitaorg pulak, mmg tak boleh tido
Mmg selalu rasa ada benda tarik2 kaki dan terkejut
Pastu kalo pasang ayat al quran, udara rumah rasa panas
Dan mmg senyap gila mcm kitaorg je satu2nya rumah kat situ
Pernah time solat, rasa mcm ada benda nak terkam dari belakang
Ada time nak solat berjemaah, bila ayah saya azan
Pastu tertiba bunyi kerusi kena tarik dari tingkat atas
Mungkin psikologi sebab dah takut kan
Tapi akhirnya kitaorg pindah
Dan bila dah pindah, dan ustaz tanya barulah tau rumah tu dah kosong dekat 8 tahun baru kakak saya masuk pindah
Mmg dia simpan rahsia tu sorang2 dan saya mmg terkejut gila
Dan maybe perangai dia pelik2 sbb jin dalam rumah tu nak kat kakak saya
Sebab tu dia macam buat kami bergaduh sbbnya nak suruh kakak saya duduk rumah tu sorang2
Sebabnya kalo bukan kakak saya sakit, kitaorg punya relationship mmg dah teruk
Saya mmg nak pindah
Dan hubungan kakak saya dan parent pun teruk.
Kiranya akak saya kena ganggu dengan 2 benda, satu buatan orang satu lagi jin rumah tu.

Oklah peej
Sorry terpanjang pulak
Actually banyak je benda jadi masa waktu tu
Tapi mcm dah panjang sangat saya tulis
Kang ada yang tak larat nak baca.

-ila-

10 April 2014

Expose Mistik: kisah bilik hostel

Salam kak peej...
hari ni nak share cerita zaman duduk hostel dulu...



cerita ni berlaku dah lame..
zaman saya duduk asrama U dulu
dalam tahun 2006 kalau tak salah..

masa tu rumate ada class so saya dengan rajin nya mengemas bilik...
tapi masa kejadian berlaku pintu depan dan belakang memang tertutup,
tingkap pon tak buka...
masa tu saya tengah kemas rak buku saya..
tapi tiba-tiba rak buku rumate 
semua buku dia jatuh tergolek atas katil macam ade orang tolak..
padahal angin pon takde mase tu..
masa tu tak rasa seram lagi...

so malam tu lepas susun kasut kat luar bilik terus nak pergi basuh tangan
memang kejap je.. tak sampai 2 minit la kiranya..
bila balik tengok kasut rumate dah berubah sebelah..
gulpp masa tu dah pukul 10 mlm baru lah terfikir kejadian dari siang tadi...
pastu malam tu ajak kawan-kawan datang bilik tidur.. 
elok je kami tutup lampu almari rumate pulak terbukak.. kreeeeekkk kreeeekkk
masa tu tgk jam dah pukul 12.00 tgh malam..
masing-masing terus buat-buat taktau dan kelubung dalam selimut sambil baca ayat kursi..

hahaha bila ingat balik.. memang benda tu mcm suka kacau barang rumate..
sebab bila die pindah je dari bilik tu.. 
almari die dah tak berbunyi-bunyi lagi

-Lavender-

03 April 2014

Expose Mistik: rumah sewa tinggal

Salam kak Peej...

Saya nak berkongsi cerita semasa saya masih bergelar student di sebuah kolej swasta di seremban dulu. Masuk tahun terakhir saya belajar, saya dan bff saya pakat utk duk menyewa di luar hostel. 
So, kami mula mencari rumah2 area kolej yg murah….
Kebetulan terjumpa satu rumah sewa ( flat ) yg sgt2 murah. 
Pakcik yg bg sewa tu hanya bg kami sewa sebulan dgn harga rm300 , tiga bilik , fully furnished. so mmg amat2 berbaloi la. 
Set time bila kelas takda, pergi jumpa pakcik tu dan tgk rumah sekali. 
Kami ada berlima perempuan. 

Masa kami tgk rumah tu pagi. 
Jumpa pakcik tu dan dia terus bawa ke rumah sewa tu.
Tingkat paling atas sekali. 
Masa masuk rumah tu sangat2 terkejut sbb rumah tu bukanlah seperti yg kami bayangkan. 
I mean dlm rumah tu masih ada barang-barang peribadi owner terdahulu seperti baju, helmet, cd p.ramlee, kasut, selipar, katil tilam lengkap dengan cadar dan sarung bantal like that la. 
Rumah tu seperti ada org duduk, dengan keadaan ruang tamu yg sgt pack dgn2 barang-barang owner dulu, pinggan mangkuk di sinki yg telah lama di tinggalkan, lesung batu dan rumah tu sangat berhabuk. keadaan dlm rumah sedikit seram tapi memandangkan kami mmg berniat utk save budget carik rumah sewa murah, so semua bersetuju utk menyewa di rumah itu.

Bermula la proses perpidahan ke rumah. 
Ada 2 bilik, 1 stor. 
Bilik utama kawan saya berdua dari Sabah ambik. 
Bilik kedua saya dan sorang kawan ambik. 
Manakala bilik stor/bilik paling kecil kwn saya seorang ambil bilik tu. 
Rumah tu terlalu padat dgn barang owner dlu dan tenant sekarang ( kami ). 
Jadi kami decide utk buang separuh brg2 owner lama setelah mintak kebenaran dgn pakcik yg bg sewa umah tu.
malam pertama kami selepas solat, kami semua mula baca Yassin. 
Dan kemudian semua tidur kerana keadaan yg penat.

Beberapa malam selepas itu bermula lah eposide kurang tidur kami… 
Setiap waktu maghrib kami akan dgr bunyi ketukan di dinding rumah. 
Berhenti kemudian ketuk semula. 
Tapi kami semua buat dunno saje. 
Bunyi perabot di alihkan, bunyi guli jatuh dr bahagian atas rumah pun kedengaran padahal kami rumah tingkat paling atas. 
Tapi kami tetap bersabar.
Masa duk tgk tv di ruang tamu ramai2, sliding window tu akan terbuka sendiri dlm keaaan slow motion tapi semua dah biasa dan xda yg ambil peduli.
Sampai lah satu hari...kwn saya accident motor......


Oleh kerana kwn saya yg accident motor tu asal sabah, dia x dapat balik ke sabah . 
Dia hanya duk di rumah sampai sembuh. 
Setiap hari kami pegi kelas, dia akan call suruh balik cepat sebab dia dgr bermacam bunyi di ruang tamu..bunyi ketawa, menangis, bunyi lesung batu di tumbuk
kemudian kami decide panggil ustaz sbb keadaan jadi tak terkawal.
emosi kami terganngu kami mudah marah, mudah menangis dan berrgaduh sesama sendiri.
ustaz pun datang dan azan di sekeliling rumah. 
Kwn saya yang tinggal di blik stor , namakan dia sebagai D mula meracau dan marah kepada ustaz. suaranya berubah menjadi garau. 
Dan terkumat kamit seperti menyumpah kami semua.
Ustaz berinteraksi dgn makhluk itu yg berada di dlm badan kwn saya. 

Makhluk itu membahasakan dirinya sebagai 'nenek'..
Dia mengatakan rumah nya telah di ceroboh oleh kami.
Kami sering berbuat bising dan ketawa di dalam rumah seolah-olah rumah itu kami yg punya
Astagafirullah langsung tidak kami terfikir bahawa rumah sewa tinggal itu sudah ada pemiliknya.
Bila ustaz mula mengubati kwn saya, dia meracau dan kemudian pengsan.
Sebulan selepas itu, kami keluar dari rumah itu kerana gangguan yang sgt teruk sehinggakan sofa di ruang tamu bergerak sendiri di depan mata kami.. (terpaksa pendek kan cerita, bos tetiba panggil nak gi buat keja ) 

Thanks Kak peej , bye! xoxo

-As-

……………………………………………………………….

Dikkkkkk.
terbantut akak baca cerita kau dik. 
tengah saspen gilaaa tetiba di pendekkan cerita.
dipendekkan tu satu hal la.
saje je ending cerita pasal sofa bergerak. fuhh saspen sungguh tu.
kalau ada sambungan nanti email lagi yea.

korang kalau ada kisah expose mistik nak share boleh email aku.
mana yang baru baca blog ni.
memang if ingat n ada orang email, aku akan share kisah expose mistik every khamis malam jumaat.
wah keliwon sangat kan nak share time begini.

ok semua. selamat malam jumaat. hiiihiiiihiiiiiii *budget orang takut la gelak macam tu*

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...