27 March 2014

Expose Mistik : hostel sewa

hye kak peej…
saya ni silent reader akak je…
and saya ni baru jugak la bace blog akak ni..
saya suke bace expose mistik dalam blog akak..
ni saya pulak nak cite pasal pengalaman saya..

camni cite die..
mase sy first and second sem kt kolej thn 2010 sy ni dok hostel..
standard la kn bdk2 baru mesti dok hostel…
mula msok hostel tu tk de sy rase pape...ok je…
kiteorg ni 1 rumah dok 10 org..
hostel kiterog ni mcm apartment...1 rumah ade 3 blik…

sy ni dok bilik kecik so 2org je yg dduk..
yg lain tu 1 bilik dduk 4org sbb blik dieorg besa…
mistik2 ni kene time sem 2…
sy ngan 3org housemate ni suke tido kt luiar sbb luas kn..tido ramai2 kat luar tu..
time tu da mcm2 cite la kiteorg dengar kt hostel tu..
tp disebabkan tido rmai2 kn tk de la rase takot..
time kiteorg tido kt luar tu kalau setakat dengar org lari2 kt tingkat atas and dengar bunyi2 org alih2 meja sume tu mmng dah slalu dah dengar so kiteorg buat bodoh jela..

then housemate sy sorg ni bgtau kt kiteorg yg tido luar ni die smlm mase g toilet die ade dengar org buat air n dengar dengar org bukak plastik maggi…bunyi mangkuk sume la..
die tanye kiteorg ade ke buat maggi mlm td…
kiteorg time tu da cuak giler da..ape jadah kan buat maggi pkul 3 pagi time tu..
so kiteorg dah tk tido luar da…
tak lame drpd tu plak..time tu mggu exam kn...so masing2 study..
sy study dlm bilik je time tu mals nk join study kt luar…
biase la kan bdk study mesti la bsing2 kt luar tu sampai la pkol 2 lbih time tu sy dengar bunyi bising pastu sy kluar la nk tgk dieorg..so guess what ape jadi..???
tak de orang pon kt luar kak peej..abis yang sy dengar bising2 tu sape plak…
so sy g la bilik dieorg then tanye pkol brape dieorg masok bilik..
ok dieorg masok blik pkol 12...pkol 12 ok…

sy cite la yg sy ingt dieorg kt luar sbb sy dengar bising2 kn..
tengah2 cite tu kiteorg dengar org menangis kak..
time tu sumpah seramm gilerr..sume terdiam…
then kiteorg kejot member2 lain g tido kt bilik tengah tu..
byangkan la 10 org tido 1 bilik…
mmng mcm sardin la cite nye kn..
time dah dduk bilik tengah tu mmng dengar la segale bunyi kt luar tu mcm ade ramai org dok kt luar tu…
tak lame pade tu kn bleh plak 'bende' tu main tombol pintu bilik kiteorg..
nasib baik la kiteorg kunci pintu..die mcm nk bukak pintu bilik kiteorg tu..so scaryy kak..
time tu masing2 muke pucat je...lame jgak la die main tombol pintu tu..
kiteorg kt dlm bilik tu masing2 bace la ayat2 al Quran..
then lame2 die hilang..
mlm tu mmng kiteorg tak boleh tido kak…
mmng tkot sgt mlm tu...kalau setakat bunyi2 tu tk pe gak kn…
ni sampai nk bukak pintu bilik..bayangkan la kalau kiteorg tak kunci pintu time tu..
tk ke free2 je nmpk 'bende' tu..mintak simpang la kak nk nmpk 'bende' cm tu..

#sori kak kalo cite ni tak seram sbb sy rase ni la paling seram penah jd kt kiteorg..n sori jgak kalo cite ni panjang skit..hehehe...tgk la penutup cite pon mcm hape je kn... (insan yg penakut) ;)

#ade lg cite mistik2 ni..nanti sy email kt akak lg..


21 March 2014

Expose Mistik : Jelmaan Kawan & Teman Tidur

Cerita 1 : Jelmaan Kawan


Salam. Hi Kak Peej. 
Nak share expose mistik yang berlaku dalam rumah ni minggu lepas. 
Saya duduk rumah sewa dengan classmates seramai 7 orang. 
Cerita dia macam ni.. Lepas habis final exam (last month) terus start semester break sebulan. 
Tapi final year student digalakkan (read : diarahkan sebenarnya) stay dekat Melaka untuk buat final year project (fyp). 
Bytheway saya study dekat salah sebuah ipta dekat melaka & final year student. 
Tapi lepas habes last paper, ramai je yang balik kampung. 
Balik sekejap je la dalam seminggu camtu kan. 
Dan saya pon tak terkecuali. HEHE. 
Last paper khamis petang, so saya balik hari jumaat. 
Ahad malam balik melaka semula sebab kononnya isnin tu nak pegi lab buat FYP. 
Ahad malam saya sampai rumah sewa time tu da lambat jugak la. 
Pkul 12 malam macamtu & saya sorang je yang balik. 
Lagi 6 orang housemates saya tak balik haritu. 
So saya OK je (konon). Masa dah sampai rumah tu badan dah penat & mengantuk. 
Masuk - masuk bilik je terus baring.

Masa baring tu mata dah nak tertutup sebab dah ngantuk sesangat kan. 
Tapi saya pk saya tak tukar baju, cuci muka , gosok gigi semua tu lagi. 
So saya macam berlawan dengan mata sendiri sebab nak bangun tapi mata nak tutup. 
At that time memang dalam keadaaan separuh sedar. 
Dalam keadaan mata separuh tutup tu saya nampak housemate saya (Siti bukan nama sebenar) berdiri depan bilik saya. 
Dia pakai full telekung putih sambil tersenyum kat saya. 
Pintu bilik saya time tu memang terbukak. 
Jarak dari pintu dengan tilam saya baring tu hanya beberapa tapak je. 
Lepastu dia panggil nama saya. 
Saya time tu mengantuk & penat & takut gila. 
Sebab takde orang kat rumah tu except saya seorang je! 
Memang keras kejung saya baring sambil tengok 'Siti', 'Siti' tengok saya. Bepeluh - peluh saya time tu. 
Dah la time tu saya tengah period tak boleh solat. 
Saya nak bangun ambil tafsir Al - Quran atas meja tapi tak berdaya macam berat sangat badan. 
Pastu saya terus tutup mata & paksa tido. 
Tapi memang tak dapat la nak tido sebab takut & berpeluh - peluh. 
Pastu saya bukak mata semula tengok 'Siti' dah takde. 
Then saya paksa bangun. 
Dari baring terus duduk. 
Bayangkan macam dalam cerita tv yang orang mimpi seram pastu terjaga dari tidur pastu dia terus duduk laju - laju. 
Macam tu la keadaan saya time tu. 
Then saya bangun terus tutup pintu bilik & kunci! 
Bajet dia tak boleh masuk bilik saya la. HAHA. 
Saya terus on laptop & terus search kat youtube ayat - ayat Ruqyah. 
Saya pasang sampai pagi. 
Tapi sepanjang nak pagi tu, pintu bilik saya terbuka & tertutup sendiri dengan KUATNYA! Macam ada orang hempas pintu. 
Padahal saya kunci pintu bilik tu. 
Macam mana boleh terbukak & tutup sendiri kan. 
Kejadian pintu tu memang berlaku depan mata saya & saya tengok je sebab tak tahu nak buat apa. T____________T

Kejadian pintu tu stop masa azan subuh. Punya la lama. 
Lepastu saya terus tertido sebab seriously badan totally flat. 
Tengah hari tu saya bangun tido, pintu elok je berkunci dari dalam bilik saya. Saya cuba nak bukak without pusing tombol pintu, memang tak boleh sebab berkunci. 
Plus pintu bilik saya ni pintu kayu yang berat tu. 
Dan saya terus demam seminggu lepastu. 
Malam esok nya saya import kawan saya dari rumah lain teman tido dekat rumah saya untuk beberapa malam. 
Elok je takde dah kejadian camtu. 
Setakat ni dah takde kejadian pelik - pelik berlaku. 
Harap - harap sampai habis sem la takde benda - benda pelik dah. Huhu. Sebenarnya sebelum kejadian tu berlaku, rumah ni memang ada gangguan sikit. 
Dua orang housemate saya pernah kena kacau beberapa kali. 
Lepastu dua - dua dah jumpa ustaz, ustaz bagi lada hitam, garam kasar, air semua tu untuk pagar rumah. 
Ustaz tu cakap mungkin ada ' housemate baru ' nak tumpang sekali. 
Kitorang kan 7 orang kan, ustaz kata mungkin yang ke 8 & 9 yang nak tumpang tu. Scary je dengar T______________T



Cerita ke 2 : Kene Kacau


Kejadian ni berlaku time saya tinggal di hostel. 
Masa tu saya 2nd year student. 
Hostel saya bukan macam dorm. 
Senang cerita macam rumah flat. Dalam satu rumah ada 6 orang student sebab ada 3 bilik. 1 bilik ada 2 orang. 
Tapi saya tinggal sorang je sebilik sebab roommate saya keluar universiti sebab dapat tawaran SPA ke ape ntah. Lupa dah. 
Dia pon masuk dua hari je macamtu.  
Ok back to the story, mula - mula saya OK je tinggal kat bilik tu sorang - sorang. Saya lagi suka sorang - sorang sebab privacy kan. 

Tapi lepas beberapa bulan, saya rasa lain macam. 
Bila siang okay je takde pape berlaku. 
Bila malam, time baru nak tutup mata nak tido, saya baring mengiring menghadap dinding, saya rasa ada orang kat sebelah saya. 
Baring sebelah saya dekat katil yang sama. 
Katil saya tu single bed. Jadinya kalau 2 orang baring atas satu katil, agak sempit la kan. 
Saya memang rasa sangat ada 'benda' baring sebelah saya. 
Haaa time tu takut sangat. >_____<" 
Saya tak berani nak pusing badan sebab memang rasa 'benda' tu. 
Saya cuba baca surah - surah yang saya ingat tapi memang payah sangat. Lepastu saya paksa tido lama - lama saya tertido. 

Saya ingat lagi, lepas kejadian tu, setiap malam saya mimpi kene patuk ular warna coklat. 
Dalam mimpi tu sakit sangat kene patuk ular. 
Lepas kejadian ada ' teman ' tidur, saya letak tafsir Al-Quran sebelah bantal time nak tido. 
Tapi kadang - kadang bila saya lupa nak letak Al-Quran sebelah bantal, 'benda' tu mesti muncul. Aaaaaa stress. 
Saya bertahan lama jugak. 
Lepas pindah hostel lain, saya dah tak mengalami benda - benda pelik dah pastu. Alhamdulillah. 
Saya ada lagi cerita mistik yang berlaku masa belajar dekat matrikulasi. 
Nanti saya share lagi k. Bye kak peej yang comel gebu. Heee =D

-Anne-

13 March 2014

Expose Mistik: Toyol

Salam, Peej,

Kalau nak ikutkan, aku ni bukannya jenis orang yang ada sixth sense dapat tengok benda ghaib bagai. Jadi, bila jadi benda ni macam agak peghak la kan.
Memang kejadian 'toyol attack' ni dah lama, tapi terjadi kat family aku.
So untuk memudahkan bacaan (dan senang untuk aku nak ingat balik), aku break it down dalam beberapa sub-topik eh.


Permulaan
Kekdahnya, mak bapak aku perasan yang duit diorang hilang. 
Tapi bukan sekaligus la, macam sikit-sikit.
Macam masa mak aku memang betul-betul sedar duit dia hilang ialah masa dia balik dari pasar.
Mak aku simpan dalam RM70 dalam poket seluar dia.
Note RM50 sekeping dengan RM10 dua keping, lipat dan selukkan dalam poket seluar.
Tetiba lepas Maghrib, dia perasan dua keping RM10 tu hilang.
Bila mak report kat bapak aku, memang diorang dah syak ada orang curi duit dalam rumah sebab bapak aku pun perasan duit dia macam lesap sejak dua-tiga hari tu.
So diorang kumpulkan kitorang adik-beradik, konon nak siasat la siapa yang galak mencuri.
Eh hello, kitorang dah besar panjang kot masa tu. Gila tak senonoh curi duit mak ayah.
Bapak aku dah tak sedap hati, so malam tu dia ambik wallet lama dia.
Ayah aku memang pengumpul duit kertas negara luar (foreign bank notes). Dia masukkan tiga keping duit Bosnia dalam tu (kalau ada pembaca orang Bosnia kat sini, jangan ambik hati ye. Memang duit Bosnia je yang paling banyak bapak aku simpan).
Wallet berisi duit Bosnia tu dia letak atas coffee table kat ruang tamu. 
Lepas tu, bapak aku tabur bedak banyak-banyak keliling meja tu.
Esok paginya? Ha, ambik kau. Ada kesan tapak kaki (macam saiz budak kecik) dalam taburan bedak tu.
Dan dua keping duit Bosnia tu hilang.
Jadi di sinilah titik tolak beberapa kejadian yang buat kitorang satu keluarga sentiasa kaget.


Beg Tangan
Sebenarnya, kitorang dah ikhtiar macam-macam. Jemput ustaz datang rumah la, mintak bomoh "pagarkan" rumah la. 
Tapi semua tak jalan. Duit kitorang masih lesap. 
Ustaz terakhir yang kitorang jumpa tu kata, kadang-kadang nak harapkan bacaan dan amalan semata, susah jugak.
So dia nasihatkan kitorang berjaga-jaga dengan duit sendiri. 
Terutama sekali antara waktu lepas Maghrib dengan sebelum azan Subuh.
Dah jadi kerja pulak kitorang mengangkut dompet ke mana-mana, hatta ke tandas sekalipun.
Sejak dari tu, mak aku akan sangkut beg tangan dia kat bucu kepala katil masa dia tidur.
Kira beg tangan tu akan ada sebelah muka mak aku time dia tidur.
Mak aku cerita, ada satu malam tu, dia tengah tidur. Dah tutup lampu dah semua.
Beg tangan dia memang ada la kat sebelah kepala dia. Masa tu mak aku macam baru nak terlelap.
Tetiba dia dengar macam ada bunyi budak mendengus sebelah telinga dia.
Mak aku tak nampak menda, tapi dalam dia terjaga dalam gelap tu memang jelas bunyi dengusan tu.
Siap ada macam bunyi besi (ke kuku?) ketuk kat kepala katil.
Dalam panik tu mak aku bangun sambil menjerit, ambik beg tangan dia dan campak keluar bilik, tutup pintu.
Kira habis surrender la tu kot, hahaha.
Rentetan dari kejadian tu, mak aku dah tak bawak beg tangan dia masuk tidur, tapi dia ambik dompet dia je dan letak bawah bantal.
Alhamdulillah, takde lagi kejadian dengusan di malam hari.


Borang Yuran
Sejak kitorang dah mula kendong duit masing-masing ke mana jua, aku rasa tuan punya toyol tu dah macam terdesak kot.
Yelah, agaknya tiap malam toyol dia balik tak bawak hasil, mesti kasi panas kan.
Dalam 3 bulan la jugak kitorang sentiasa dalam keadaan berwaspada.
Dan dalam kitorang dah mula rasa tenang tu, ada la masa-masa tercuai sikit.
Macam adik aku. Dia nak bayar yuran sekolah. Dalam RM40 macam tu kot.
So dia staple kan empat keping RM10 kat borang yuran dia, lipat dan selitkan dalam buku sekolah dia yang ada kat atas meja.
Esok pagi sebelum dia nak ke sekolah tu, adik aku tergerak hati nak check slip yuran tu.
Dia bukak kertas tu, dan ada kesan cakar kat slip yuran tu.
Staple tu? Tercabut. 
Dan RM30 hilang. Toyol tu tinggalkan RM10. Hahaha.Why toyol, why.


Bunyi Tapak Kaki
Kalau nak ikutkan pengalaman aku sendiri, takde yang drastik.
Alhamdulillah, duit aku tak pernah kena ambik sepanjang kejadian toyol tu.
Alah, senang cerita aku bukan banyak sangat duit pun. Toyol tu mesti tak kuasa nak godek wallet aku.
Cuma sekali je kot, aku rasa macam ada close encounter dengan toyol tu.
Masa tu lewat malam, dalam pukul 2-3 pagi. Aku tengah stay up main laptop.
Pintu bilik aku terbukak.
Masa tu semua orang dah tidur. So, semua lampu tertutup kecuali lampu bilik aku.
Lantai rumah kitorang ni lantar parquet, macam kepingan kayu-kayu kecik tu.
Jadi memang senang dengar bunyi kalau ada benda keras (macam besi, kayu) jatuh atas lantai kitorang.
Masa aku tengah leka main laptop, aku dengar bunyi tapak kaki luar bilik aku. 
Tapi bukan macam orang dewasa, tapi tapak kaki budak kecik sebab pendek-pendek jarak bunyi dan laju.
Lepas tu kejap-kejap dengar bunyi tapak kaki tu diseret.
Untuk korang yang ada lantai parquet, mesti tau kan yang parquet ni tak tahan lama.
Lambat laun kepingan kayu tu akan tercabut sikit-sikit. So kalau kau jalan dengan tapak kaki basah, mesti tercabut kepingan parquet tu.
Itu yang aku dengar. Siap ada bunyi kayu parquet tu terpelanting, macam dibaling.
Dahlah pintu bilik aku terbukak woi. So aku kuatkan hati, sambil baca ayat kursi berulang-ulang dan lari tutup pintu bilik.
Sepanjang malam tu aku tahan kencing sebab takut nak keluar bilik pergi tandas.
Dem yu lah, toyol.


Aku tak tau la kalau ada 'penampakan' toyol yang aku terlupa nak cerita kat sini. 
Tapi pendek kata, ni je lah yang paling aku ingat. 
Mungkin tak seram mana yang korang harapkan, tapi untuk orang macam aku yang jarang kena kes mistik ni, memberi pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Dah nak dekat 10 tahun sejak kes toyol ni. Alhamdulillah, takde lagi la kes duit hilang tanpa kesan.
Mungkin sebab tuan toyol tu dah give up.
Jadi untuk korang yang mungkin sedang mengalami masalah macam kitorang dulu, aku rasa memang ikhtiar yang terbaik ialah jaga duit korang elok-elok.
Teruskan amalan ayat-ayat pendinding tu, tapi jangan leka dengan duit korang.
Insya Allah, lama-lama dia akan berhenti sebab dah tahu takkan dapat hasil.
Tu je la aku nak kongsi. Dengan akhir kata, dem yu toyol.
And thanks a bunch, Peej.


-AM-

06 March 2014

Expose Mistik: Rumah Sewa

Salam Peej,

Ni aku nak cerita kisah berlaku zaman aku belajar dahulu, 2007 kot. 
Kejadian ni masa aku lepak umah sewa bestfren aku, Nija. Masa tu cuti weekend. 
Biasalah cari tempat bergembira and lama pulak tak jumpa si Nija ni. 
Nija ni duduk dengan students and kalau weekend memang rumah tu dia akan duduk sorang-sorang sebab semua balik kampung. 
Penghuni rumah tu ramai gak. Tak silap aku dalam 8 orang lebih kurang termasuk si Nija ni. 
Rumah jenis teres dua tingkat.

Hari sabtu, aku dengan Nija keluar ke Bukit Bintang, biasalah untuk budget tak banyak tapi hati melonjak nak shopping, BB la tempatnya. 
Sampai rumah pun sekitar jam 11 malam. 
Memang sunyi je rumah sebab dah sedia maklum semua balik kampung. 
Buka lampu tingkat bawah, and menuju ke bilik Nija kat atas. 
Biasalah kalau dah pompuan ni, dah beli baju harus balik tak sabar-sabar nak mencuba kan. 

Aku sejukkan badan sekejap dan nak mandi. Sebab keluar dari pagi kot.
Bilik air Nija ni bersambung dengan bilik sebelah. 
Tapi manalah aku nak kepochi nak bukak and jenguk kan. Mandi je lah macam biasa. 
Lepas mandi, berkemban dengan kain batik, aku ternampaklah si Nija ni still mencuba-cuba baju lain yang dia beli. 
Aku malas nak pakai baju tidur dulu. Sembang-sembang, and tiba-tiba Nija duduk sebelah aku and peluk lengan aku. Menggeletar plak tu.

Nija: ko dengar tak bunyi tu?

Aku: Bunyi apa?

Nija: Ada bunyi kat bawah.

Aku: Housemate ko balik lah tu. Relaxlah.

Nija: Taaakkk. Aku tau diorang takkan balik malam ni. Esok ahad kot.

Aku: Alaahhh, adelah tu tertinggal barang ke apa ke.

Nija: Taaakkk. Aku taulah budak rumah aku. Tolong Na. aku takut.

Si Nija ni dah menangis-nangis dah ketakutan. 
Aku cuba tenangkan diri padahal dag dig dug jantung aku boleh tahan. 
Tak pernah kot aku lalui situasi macam tu. 
Cuba tenangkan si Nija ni, sebab aku fikir kita kena tenang dan mengawal keadaan dan bukan keadaan mengawal kita. 
Suruh Nija istighfar dan mengucap dan baca apa-apa surah yang kami masing-masing tahu. 
Tapi, dalam keadaan macam tu, memang tunggang-terbaliklah apa-apa pun yang dibaca.

Yang bestnya, terdengar plak derapan kaki naik tangga. 
Sebijik macam kaki manusia so aku a bit tenang lah jugak sebab memang aku yakin housemate dia yang balik. 
Aku bisiklah cakap konfem la housemate dia, tapi Nija ni still menangis dan geleng-geleng kepala. 
And dengar plak bunyi gugusan kunci jatuh betul-betul depan pintu bilik si Nija ni, tapi masa tu pintu bilik memang dah kunci since kitorang masuk bilik tu. 
Aku dan Nija masing-masing terdiam, mata aku duk perhatikan bawah pintu kot-kot kalau nampak bayang-bayang, sah lah manusia kan. 
Itu firasat aku jer lah. Tapi memang takda bayang-bayang pun okay.

Nija: Ko dah kunci pintu bilik air bilik sebelah?

Aku: Aku memang tak usik. Kalau ko dah kunci, kunci lah tu.

Nija: Aku takutlah Na.

Elok je lepas tu, dengar pintu bilik sebelah macam terbukak. Aku dengan Nija dah berpandangan.

Aku: Aku dah cakap housemate ko balik tu.

Tiba-tiba terdengar pulak pintu bilik air bilik sebelah macam ada orang pulas tombol. 
Tau kan yang bunyi bila kita terkunci bilik and try pulas-pulas tombol berharap tiba-tiba tombol kunci tu terbukak ke. 
Serius aku memang takut dan masing-masing muka aku dengan Nija ni pucat. 
Kalau toreh pun takda darah kot. 
Sebab lama plak menatang tu main pulas-pulas tombol and “GEDEGANGGG”. 
Bunyi batu kena tingkap bilik. Nasib tak pecah. Terus bunyi tu stop.

Rupa-rupanya boyfren si Nija yang campak batu ok. 
Dia bagi salam depan rumah dah lama tapi takda orang jawab padahal rumah terang-benderang and moto Nija ada depan rumah. 
Tu yang dia pergi belakang, panggil-panggil pun tak dengar. Campak batu la solutionnya.

Ok tu je cerita dari aku Peej. Ini yang paling seram dalam carta akulah. Huhu. Thanks for reading.

Zana.

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...