27 February 2014

Expose Mistik: kawan cik ponti

Salam kak peej. 

Saya ima yang cerita pasal tangki air tu. 
Sekarang, saya nak cerita tentang seorang kawan perempuan saya yang mengilai macam cik ponti. Hi hi hi..

Kisahnya bermula sekitar bulan 3, 2004. 
Waktu tu, memang air dah mula bermasalah kat hostel tapi tak teruk sangat la. 
Berbalik pada kawan saya ni, saya namakan dia sebagai S je, dia orang yang ceria, suka tolong orang, peramah tapi masalahnya sekali keluar suara ketawa, masyaALLAH tak ubah macam Pontianak. 
Kuat, nyaring dan kadang-kadang boleh dengar dari asrama lelaki mengajuk suara hilaian dia tu.
Sebagai kawan, saya tegur jugalah kalau rasa melampau sangat dia punya gelak tu. 
Kadang-kadang maghrib pun S sakan bantai gelak jugak. 

Sampai lah satu hari ni…
Waktu tu saya dan kawan-kawan yang lain macam biasa, pergi surau untuk solat jemaah maghrib. Yang tinggal kat hostel ni cuma yang uzur saja. 
Nak dijadikan cerita, si S ni tiba-tiba mengadu sakit kepala kat seorang kawan yang saya namakan sebagai Nik. 
Makanya, tinggallah Nik dan S berdua di dalam dorm. 
Sementara menunggu waktu prep pukul 8.30 mlm, Nik meniarap di lantai dorm sambil membelek buku majalah. 
Yang si S pulak, baring di katil atas (katil double-decker). 

Sedang asyik Nik membaca gossip, tiba-tiba dia terdengar suara S menangis teresak-esak.
“Ko kenapa ni? Sakit makin teruk ke?” lebih kurang macam tu la Nik tanya. 
Tapi pertanyaan tu langsung tak dijawab. 
S menekup rapat mulutnya dengan tangan kiri. 
Waktu tu, mata S dah mula merah menyala. 
Nik fikir mungkin penyakit darah tinggi S semakin teruk. 
Oleh sebab S berada di katil atas, Nik tunggu kawan-kawan lain balik dulu. 
Lepas tu, boleh la papah pergi bilik air ke, pergi hospital ke. 

Lebih kurang 15 minit jugak S menangis teresak-esak sebelum kawan-kawan lain termasuk saya balik ke hostel.
Saya orang yang kedua masuk ke dalam dorm selepas seorang kakak senior. 
Bila masuk je saya tengok dorang berkerumun dekat katil S. 
saya pun kecoh la tanya apa masalah kan. 
Masa tu kakak tu pujuk S suruh buka mulut. 
Tangan yang tekup mulut tu dorang cuba jugak angkat tapi tak berganjak pun walau jari kelingking. Kakak senior tu suruh saya pergi panggil warden dengan ustazah. 
Saya yang bingung masa tu, terus turun ke bawah. 
Tak sampai 5 minit lepas tu saya sampai dengan ustazah dan seorang warden lelaki. 
Waktu tu dah ramai yang ada dalam dorm. 
Ustazah tanya siapa yang ada air sembahyang lagi, ambik yasin dan baca dekat S. 
saya yang tak tahu apa-apa ni terus naik atas katil sebelah S. 
baca yasin tak sampai 2 muka surat pun, tiba-tiba ustazah suruh berhenti. 
Saya pun cepat-cepat turun dari katil. 
Masa tu, baru saya perasan mata S makin merah. Mata hitam besar sangat. 
Ya Allah! Muka S nampak lain benar. 
Dia nampak gelisah, mata dia pandang-pandang saya macam nak makan!
Saya dah tak sedap hati masa tu, teringat kes rasuk kat sekolah sains dua minggu sebelum tu. 
Ini bukan sakit darah tinggi ni! 
Saya nekad, saya nak keluar dari dorm. Saya bukannya berani sangat. Tak pasal-pasal nanti saya pulak yang berjangkit. 
Saya laju-laju ambik buku dengan alat tulis. 
Haih….masa ni la S tu nak terjun dari katil. 
“cepat keluar!” ustazah menjerit tiba-tiba. 
Saya pun apalagi, bukak langkah seribu la, habis berterabur buku ngan alat tulis. 

Pintu dorm ditutup rapat-rapat. Ustazah dan beberapa orang kakak senior pegang pintu dari luar. Bimbang kalau-kalau S keluar nanti dia terjun pulak dari tingkat 2 ni. 
Masa ni, saya sempat intai dari celah-celah cermin tingkap, mak aih…melilau mata merah dia..rambut dia yang menggerbang tu usah cerita la. 
Seminggu demam. Saya tengok sekejap je, lepas tu kawan saya menggatal nak tengok lagi sekali. 
Kami selak perlahan-lahan langsir tingkap. 
Sekali….hi hi hi.. si S betul-betul di depan kami. Senyummmm je. 
Kami waktu tu, dah berdesup lari ke bilik prep. 
Sampai situ, menggigil seluruh badan. 
Dengar cerita, S hulur tangan nak pegang kami. Nasib baik kami cepat-cepat lari. Kalau tak mahu kena cekik.

Oleh sebab saya berada di bilik prep, makanya cerita selepas tu saya tak tahu details sangat lah. 
Apa yang saya dengar, Ustaz ngn Ustazah dan ada seorang imam kampung datang pulihkan S. 
so, malam tu S dibawa balik oleh ayah dia untuk sementara waktu dan kami semua tidur berhimpit-himpit.
Selang beberapa hari, S datang balik asrama dengan happynya. 
Kami yang masih trauma ni cuba buat-buat tak tahu dengan kejadian tu dan menerima S seadanya. Malangnya, S sendiri yang buka cerita malam tu. Habis semua tak boleh tidur.
Cerita S, malam tu bila sedar balik dia sangat pelik bila tengok ramai orang kat dorm. 
Dia pulak rasa sengal-sengal badan, penat yang amat sangat. 
Lagi pelik bila ayah dia datang dan nak bawak dia balik rumah., uihhh..happy la dia. 
sampainya S kat rumah dia, macam biasa sebelum tidur pakai dulu krim muka kan. 
So, dia pergi la tenyeh krim tu kat depan cermin. Ohh! Lupa nak bagitahu, waktu tu jam dah 1.00 pagi ye. 
Waktu dia menghadap cermin tu la seolah-olah dia bercerita dengan diri dia sendiri tentang apa yang berlaku tadi. 
Semuanya bermula masa dia nak sidai kain pukul 6.30 petang. 
S nampak macam diri dia sendiri melambai-lambai suruh pergi ke belakang semak kat ampaian tu. Waktu tu la ‘benda’ tu masuk dalam tubuh S.
‘benda’ tu cakap, dia cantik tapi dari paras bawah hidung sampai dagu buruk sangat. 
Ada ulat-ulat dan busuk. Sebab tu ‘benda’ tu tekup mulut S. 
lagi satu, ‘benda’ tu suka dekat S sebab S gelak sama macam dia, dua, rambut S dengan rambut ‘dia’ sama panjang(paras punggung). 

Dan ‘benda’ tu nak kawan dengan S la. 
Sejak dari hari tu, S berubah jadi alim, diam, banyak baca Al-Quran, solat hajat selalu. 
Hidayah datang kepada S lepas dia diuji macam tu. Lama jugaklah S berubat sana-sini, tak mahu ‘benda’ tu ganggu hidup dia lagi. 
Dan S suka pesan dekat saya, kalau maghrib-maghrib jangan banyak mengelamun apalagi nak terpekik-pekik. 
Jadikan pengalaman dia sebagai iktibar. 
Maaf, kalau panjang sangat cerita ni, ini pun dah banyak skip. Hihihihihi(gelak sopan)

-ima-

…………………………………………………………………

perasan tak kes macam ni selalunya jadi mesti kat asrama. why ah?
aku dulu time asrama tak pernah pulak alami benda ni.
tapi ada jadi dulu kat asrama. tapi time tu aku dah keluar pun. time aku form 4.
katanya teruk gila sampai asrama kena tutup seminggu. eh ke tak?
aku pun lupa.
nways, aku memula tak percaya sangat memang ada ke. ke orang ni bebuat ke apa kan.
sampai la aku sendiri nampak depan mata. ok memang scary me not like.

oh ada pembaca baru la rasanya kat blog aku ni.
sebab ada komen-komen yang menandakan dorang ni baru la.
just nak bagi tau segment expose mistik ni memang akan ada every khamis malam jumaat.
Insyallah kalau aku tak lupa nak tepek n ada orang share.
ye kisah ni semua adalah share daripada readers aku yang ada pengalaman mistik ni.
so kalau korang ada boleh la share yea.

email je aku kat nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
title : expose mistik : ….tajuk….

thank u.
selamat malam jumaat. hiii..hiii…hiiii *gelak sopan*

p/s: siapa nak yang baru baca blog ni. nak layan kisah ni. boleh tekan label kat bawah entry ni. amik tekan yang scary mary or segment: your turn tu. banyak kisah. expose mistik tu aku baru masukkan label tu. so takut korang bukak nanti tak banyak lagi cerita. okies.

20 February 2014

Expose Mistik: bilik berpuaka

Hi peej!

Aku nak share satu siri kejadian mistik yang pernah jadi kat aku. 
Cerita ni panjang sikitla, so bear with me, ok.
Cerita ni jadi waktu aku study kat UPM dulu. 
Setiap kali cuti semester, aku dan budak-budak postgrad lain mmg tak balik. 
Sebab apa? 
Sebab kita orang rajin. *tangan ke bahu mata ke atas*. 
Jadi pihak kolej akan kumpulkan student-student yang tak balik ni kat satu blok. 
Senang nak manage. Ini bermaksud, aku kena pindah bilik.

So, lepas dapatkan kunci bilik baru aku tu, bilik num 2*** (aku ni duduk kolej konvensional kat upm. Bilik single. Kolej aku pulak kolej nombor-nombor. Budak-budak UPM tau kot. Kolej nombor-nombor ni memang old school) aku pergi check bilik. 
Kot-kot la kipas tak berfungsi ke apa kan. So far ok. 
Since siangnya aku busy, aku terpaksa la pindah malam. 
Then malam tu aku pun start la angkut barang-barang ke bilik baru aku. 
Aku ingat lagi, time tu around pukul 8 lebih la. 
Waktu nilah bermulanya kejadian-kejadian seram tu. 
Aku listkan by event ok. Senang kau nak faham. Plus I’m nerd like that. 


Kejadian pertama: TV

Benda pertama sekali yang aku bawak pindah ialah TV aku (ye, tv memang illegal bawak kat asrama. Bawak at your on risk ok adik-adik). 
Sebab benda tu yang paling la berat kan. 
Jadi dah siap angkut, dah siap pasang aerial semua, aku try la on. 
Ok, clear je siaran. 
So aku bukak la tv3. Time tu tengah bulletin utama. 
Then aku biarkan je tv tu on while aku g bilik lama aku nak angkut barang-barang lain. 
So, sampai je aku ke bilik tu balik, tv dah jadi tv9. 
Aku macam, eh, kenapa pulak boleh tukar channel kan. 
Tapi waktu tu aku tak terfikir pun pasal mistik ke apa.

Malam pertama aku kat bilik tu aman je la. Aku tidur dengan nyenyaknya sampai pagi. 
Mungkin sebab aku penat kot. 
Tapiiii, start malam kedua benda lain pulak jadi.


Kejadian kedua: pintu almari

Dalam bilik tu ada dua almari. Satu almari baru, satu almari usang. 
Serius. Memang usang gila almari tu. Kayu pun dah macam mereput je. 
Then malam tu aku baring-baring nak tido. 
Sekitar pukul 12-1 pagi macam tu la. 
Lampu semua dah tutup. 
Tengah aku syok melayan perasaan, tiba-tiba pintu almari usang tu terbukak, then tertutup. 
Lepas tu terbukak balik, then tertutup. Berulang-ulang kali. In slow motion. 
Siap ada bunyi ‘kreeeek kreeeek’. 
Sebab waktu tu aku macam dah start mamai, aku tak fikir sangat la pasal benda ni.

Oh. By the way, sejak malam tu, pintu almari terbukak tertutup ni jadi hampir setiap malam. 
Mula-mula memang aku tak ambik kisah sangat. 
Tapi sebab hampir setiap malam jadi, aku dah start rasa, “eh, ni gangguan makhluk halus ke?”. 
Aku bukan tak percaya kejadian mistik, tapi aku rasa tak percaya benda-benda macam ni boleh jadi kat aku. Aku ingatkan jadi dalam tv dan kat orang yang ada sixth sense je.


Kejadian ketiga: bunyi mencangkul

Malam tu aku kena stay up sebab nak tulis thesis. Waktu tu sekitar 2-3 pagi macam tu la. 
Meja belajar aku ni mengadap tingkap (standard susunan asrama la kan). 
Aku kalau buat kerja memang jarang pasang lagu ke apa. 
Sebab kosentrasi aku mudah terganggu. 
Plus, aku memang suka suasana sunyi pagi-pagi macam tu. Aman je rasa. 
Tengah aku syok (syok la sangaaaat) menulis tu, tiba-tiba aku dengar bunyi orang mencangkul. Memang sangat jelas. Dari luar tingkap aku. 
Memang aku pelik la kan. Apa hal pulak pagi-pagi buta ni orang nak mencangkul. 
Lama peej. Ada la dalam 1 jam lebih. 
Bunyi mencangkul tu continuously heard dari bilik aku. 
Aku dapat rasa macam basah je tanah tu. 
Kadang-kadang laju bunyi mencangkul tu, at certain time jadi slow. 
Malam tu memang senyap, tak de bunyi cengkerik ke apa, just kedengaran bunyi mencangkul tu je.  Aku dah start meremang bulu roma. 
Nak bukak tingkap and check memang harapan je la. Macam la aku berani, kannn. 
So aku kemas-kemas buku aku, tutup laptop, aku tido. 

Esoknya aku cerita la kat member aku pasal ni. 
Then dia kata “ala, mungkin ajk untuk MASUM buat kerja diorang kot. Cangkul-cangkul tanah nak setting padang ke apa” (MASUM ni Majlis Sukan Universiti Malaysia. waktu tu UPM tuan rumah.) Waktu tu baru aku teringat, aku tak tahu pun apa disebalik tingkap aku tu. 
Sebab aku tak pernah bukak tingkap. 
Ye la, aku kan baru masuk bilik tu. Blok tu pun aku tak pernah lalu or pg pun sebelum ni. 
Siang memang aku jarang kat bilik. 
Malam aku tak suka nak bukak tingkap, nanti nyamuk masuk (ceh, padahal penakut. Haha).  

Jadi petang tu aku sengaja balik awal, nak jenguk tingkap bilik aku. 
Kau tahu apa betul-betul kat belakang bilik aku? Car park untuk felo! Tak ada seinci pun tanah, ok. Seinci pun takde. Jadi macam mana pulak boleh ada bunyi mengcangkul?


Kejadian keempat: Garam

Oleh sebab aku tak tahan dengan pintu almari aku yang asyik terbukak tertutup hampir setiap malam (even lepas aku tutup ketat-ketat before aku siap-siap nak tido), aku cerita la kat member aku pasal benda ni. 
Dia ni baik dan Islamic orangnya. Mari kita namakan dia Ani (bukan nama sebenar la kan). 
So Ani pun kata, dulu dia pernah belajar cara nak detect kalau bilik or rumah ada didiami makhluk halus. 
Caranya, ambik garam kasar, kena garam kasar tau. Tak boleh garam halus. 
Letak dalam gelas. Lepas tu, isi air dalam gelas tu sampai sama paras dengan garam. Faham tak? Maksudnya, air tu tak boleh melepasi garam. Mesti sama level dengan garam. Haaa, gitu. 
Lepas tu letak kat empat penjuru bilik. Maksudnya kena buat empat gelas la. 
Then, tunggu around 15 minit macam tu. Lepas tu check balik. 
Kalau by that time paras air tu lebih tinggi berbanding paras garam, maksudnya adalah ‘unwanted roomate’ tu.

So, malam tu aku ajak la Ani ke bilik aku lepas Isyak. 
Dia datang bawak garam, gelas empat bijik (eh. Betul ke penjodoh bilangan aku ni) dan garam kasar. Mula-mula dia ajak baca Yasin. 
Lepas tu, kitaorang pun start la agihkan garam dalam gelas. 
Then Ani ni isi la air dalam gelas satu persatu (kan ada 4 gelas kan). 
Dia isi gelas pertama, then gelas kedua, and by the time dia nak isi gelas ketiga, garam dalam gelas pertama tu dah larut peej. Dah separuh dah larut! Less than 2 minutes macam tu. 
Garam kasar kan susah sikit nak larut. Nak nak kalau kau letak sampai separuh gelas garam tu dan air sama level kan. 
Aku macam tak percaya, tapi benda ni jadi betul-betul depan mata aku.


Kejadian kelima: air

Waktu tu around pukul 1 pagi. Aku dah golek-golek nak tido dah. 
Tetiba aku dengar bunyi air mengalir. Ala, macam bunyi kau tuang air dari jug ke gelas tu. 
Masalahnya bunyi tu jelas sangat dan dekaaat je bunyi nya. 
As if ada orang dalam bilik aku tu tengah tuang air. 
Aku pun tarik selimut sampai kepala, tutup mata, baca apa-apa yang patut. 
Lama jugak la baru aku dapat tidur. 


Kejadian keenam: panas

Lepas 2-3 minggu aku duk bilik tu, ada kenalan aku time matrikulasi datang melawat. Dia kebetulan ada di UPM. 
So aku ajak la dia datang ke bilik. Bolehla dia rehat-rehat sambil berborak kan. 
Ok, mari kita namakan dia Aminah (bukan nama sebenar. Amboi, dah macam dalam majalah pulak kannn). 
Mengenai Aminah. Dia ni ada saka. Aku pun tak pasti dari mana dia dapat atau kuat ke tak, aku just tahu dia ada saka je. Itupun pakwe dia yang bagitau aku.   
So, bila si Aminah ni sampai depan bilik aku, aku pun ajak la dia masuk. 
Tapi, dia tercegat je depan pintu. Tak nak masuk. Aku heran la kan. Aku ajak lagi dia masuk.

Aku: aminah, meh la masuk. Apesal ko tercegat kat situ?
Aminah: aku tak nak masuk bilik kau. Bilik kau panas! (muka dia merah dah time tu. Mata dia melilau-lilau.tetiba perangai dia pelik semacam)
Aku: takpe la, nanti aku buatkan ko air. Lepas minum nanti sejuk lah. Meh la masuk.

Lepas tu aminah masuk. Dia diam je, tak banyak cakap. 
Tapi aku ajak la borak-borak update apa yang patut. 
Tiba-tiba aminah suruh aku pegang belakang dia. Aku blur la kan. Apa pasal pulak nak pegang-pegang belakang ni. Tapi dia insist jugak. 
So aku pegang la. Mak aih, panas! Macam orang demam panas. 
Lepas tu aminah kata “kan aku cakap, bilik kau ni ‘panas’".  


Kejadian ketujuh: as-safaat

Sejak aku duduk bilik tu, aku memang selalu demam. 
Batuk yang tak baik-baik. Dah berbotol-botol ubat batuk aku telan. Still, batuk aku tak baik. 
Pernah sekali tu aku demam sampai aku tak larat nak bangun dari katil.

Jadi aku cerita la kat Ani pasal benda ni. 
So Ani pun datang ke bilik aku, bawak surah yang dia dah print. 
Surah As-Saffat. Surah ni dapat memelihara diri kita dan keluarga kita dari terkena gangguan makhluk halus terutama Jin/Iblis dan syaitan. 
Ok, a bit pasal As-Saffat ni. As-Saffat ni bermaksud yang Bersaf-Saf. 
Nama As-Saffat ni diambil dari kata serupa yang terletak pada ayat permulaan surah ini yang menceritakan macam mana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka ni tak dapat digoda oleh setan.

So, As-Saffat ni ada 182 ayat. Tapi yang Ani print adalah ayat 1-10. 
Dia lekatkan kat dinding tepi katil aku. 
Ani pesan, baca setiap kali aku terpandang printout yang dia tampal tu. Setiap kali tau. 
Jadi, setiap kali aku terpandang aku akan baca. Dan sebelum tidur aku akan baca. 
Ayat ketujuh hingga sepuluh dia memang power. 
Aku kongsikan kat sini ok.


As-Saffat

 [7]Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;

[8](Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,

[9]Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.

[10]Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi
.


Dan ini adalah kejadian klimaks yang buat aku hilang kesabaran/kekuatan/keberanian untuk terus stay kat bilik tu. 
Yang buat aku rasa lagi elok aku tido dalam kereta dari tido kat dalam bilik.

Malam tu, macam biasa, sebelum tidur kenalah berangan dulu kan. 
Jadi tengah aku syok berangan tiba-tiba aku rasa sekeliling aku senyap. White noise pun takde. 
Lepas tu aku rasa sejuk as if bilik aku tu ada aircond. 
Dan aku sedar yang aku dah takleh gerak badan aku. nak gerak jari pun tak dapat. 
So, terbaring keras je aku atas katil. 
Tiba-tiba aku nampak dia. Satu lembaga betul-betul atas aku. 
Mata makhluk tu merah, rambut dia panjang. 
Dia tenung je muka aku. aku cuba sedaya upaya aku nak gerak, tapi seinci pun tak boleh. 
Tiba-tiba dia cakap macam ni, “kenapa nak lekat ni, tanggalkan lah, kenapa nak lekat ni, tanggalkan lah….” Berulang ulang kali sambil tunjuk kat printout surah As-Saffat yang Ani lekat kat dinding tu. Suara dia mendayu-dayu sangat, peej. 
Kuku dia panjang pulak tu. Damn. 
Kemudian dia perlahan-lahan menghilang, then baru aku dapat gerak badan aku balik. 
Berpeluh-peluh aku. berdebar-debar je jantung aku time tu. 
Aku memang tak fikir panjang g dah, aku ambik bantal, selimut, phone aku, aku lari g bilik kawan aku. time tu around 3 pagi. Nasib dia masih bangun. 
So malam tu dan malam-malam seterusnya memang aku menumpang kat bilik dia.

Oleh kerana aku dah tak tahan dengan semua peristiwa mistik ni, aku mengadu kat kakak angkat aku. So dia pun bawak aku g jumpa ustaz yang pernah merawat mak dia. 
Aku cerita kat ustaz tu dari A sampai Z. dia pun mintak izin aku untuk “scan” bilik aku. lepas tu dia kata, bilik awak ni ada maya Karin. 
Aku macam, ha? Apa pasal pulak tetiba maya Karin kan? Rupanya, ni ha.



'Maya Karin' (kak pon)

Jadi ustaz tu pun bagi aku satu bungkusan dan satu kertas. 
Dalam bungkusan tu ada garam kasar, lada hitam (yang bijik-bijik tu) dan cengkih. 
Kertas tu pulak instruction mcm mana nak halau roommate aku tu. 
Mula-mula kena azan, then baca beberapa surah, sebelum tabur campuran garam kasar tu di sekeliling bilik. 
Oleh sebab aku memang dah tak berani nak ke bilik tu, aku mintak member lelaki aku tolong buatkan. Mari kita namakan dia Ali. 
So petang tu, (kena buat lepas magrib kalau nak paling berkesan kata ustaz tu) Ali ni pun datang la ke bilik aku. 
Memang asrama perempuan kawasan larangan lelaki kan. 
Tapi time tu aku dah tak pedulik dah. Aku mintak jugak Ali buat apa yang ustaz tu suruh. 
Oh, lupa nak bagitau. Ali ni pakwe Aminah. So, petang tu Aminah pun datang la sekali, temankan aku. Then Ali masuk bilik, aku tunggu kat luar, tepi tangga.  aku dengar dia azan, dia baca surah-surah yang ustaz tu suruh kuat-kuat (aku tak ingat surah apa, sebab bukan aku yang buat. Yang pasti ada al-fatihah & ayat kursi lah). 
Aku ngan Aminah ni duk la tepi tangga. 
Then aku dengar dia start tabur-tabur garam tuh. Sebab boleh dengar garam tu jatuh ke lantai. 
Tiba-tiba si Aminah ni usap usap belakang telinga dia and kata “geli lah. Pergi kau sana! Jangan kau ganggu aku. pergi!” (Aminah ni Sabahan). Memang aku seram lah kan! Tapi aku senyap je, membatu tepi tu.     

Tak lama lepas tu Ali keluar dari bilik. Aku Tanya dia, “macam mana?” dia kata “settled. 
Kau boleh pindah masuk balik”. 
Alhamdulillah. Tapi memang harapan la aku nak duduk bilik tu lagi kan. 
So esoknya, aku g jumpa management cakap nak tukar bilik.

Akak kerani: “awak bilik num berapa?”
Aku: “bilik no 2***”. Lepas tu muka dia terkejut. Tapi dia tak kata apa-apa.
Akak kerani: “awak pilih mana-mana bilik yang awak suka. Ambik je” tanpa banyak tanya.
Aku: “tingkat satu boleh tak kak? Tapi bilik single penuh, kan.”
Akak kerani: ”boleh, nnt saya bagi awak bilik double. Takpe, awak tetap bayar untuk bilik single”

Maka haritu jugak aku keluar dari bilik tu. 
Maka tamatlah episod aku kena kacau, Alhamdulillah. 
Lepas tu memang aku tak pernah lagi nak lalu kat situ. 
Beberapa bulan lepas tu aku terserempak dengan junior aku. 
Dia cerita bila semester bukak, bilik tu dibiarkan kosong. 
Sebab selama ni memang bilik tu kosong. Tapi disebabkan ramai sangat student, bilik tu dibukak balik pertengahan semester. 
Tapi penghuninya memang akan bertahan paling lama pun 2 minggu je. 
Lepas tu mesti akan tukar orang lain pulak. 
Aku tak pasti apa jadi, cuma ada sorang budak ni cerita kat junior aku tu, jam kesayangan dia hilang dalam bilik tu lepas beberapa hari dia masuk. 
Puas dia cari kat mana-mana dalam bilik tu tapi tak jumpa. 
Then dia selalu rasa seram dalam bilik tu. So satu hari dia g pejabat mintak tukar bilik. 
Macam biasalah, akak kerani tukarkan tanpa banyak soal kan. 
Lepas tu balik je dia dari pejabat pengurusan, masuk je bilik, dia tengok jam dia tu betul-betul atas laptop dia. Padahal bilik tu bilik single. And mana2 dia g dia kunci bilik. Macam mana jam tu boleh end up atas laptop dia pulak kan?

Aku kadang-kadang curious apa sebenarnya jadi kat dalam bilik tu sampai boleh jadi haunted macam tu. 
Maybe dulu-dulu ada pembunuhan ke ape kan (mentang-mentang ada dengar bunyi mencangkul). 
Ye la, UPM kan dah lama. Tapi tu la, Wallahu a’lam.

Ok lah peej. Tu je. Thank you sudi baca cerita aku yang panjang ni. 

-mas-

13 February 2014

Expose Mistik: suara berbisik

Salam Kak Peej,

tengah2 baca blog akak, tingin plak nak share citer antu ni. pengalaman sendiri la.

masa ni saya sekolah agama kat alor setar. 
umur 13tahun masa tu. 
first time masuk hostel katakan, hati ni lemah sikit. 
asyik homesick je, tingat kat family. 
Sayu je hati tu kan. 

Then ada satu malam ni, after prep malam saya antara yang awal balik ke hostel sebab mata dah kuyu plus hati tak tenang kan. 
Kebanyakkan pelajar after prep dorang g supper dulu tapi malam tu saya tak rasa nak g makan so saya terus balik ke bilik. 
Asrama kami tu ada 3 tingkat dan bilik saya duduk tingkat 3 tu la. 
saya sampai je tingkat 3 tu, saya tengok gelap je aras tu. 
takde student lagi yang sampai ke tingkat 3 tu, tapi tingkat bawah dan aras 2 dah ada few students balik bilik masing2 dah.

tapi saya beranikan diri dan tawakal je la. 
Jalan jugak sorang2 ke bilik. 
sampai je depan pintu bilik saya jadi teragak2 sebab takut. 
Aras tu gelap dan sunyi, bayangkan lampu koridor pon ditutup lagi masa tu. 
dalam takut-takut tu saya beranikan diri nak bukak suis lampu bilik dulu. 

bilik asrama kan jenis dorm tu banyak2 katil kan. 
so bilik tu luas la, scary kot gelap2. 
suis lampu pulak sebelah dinding tepi pintu masuk je tapi kedalam sikit. 
so saya decide tak nak masuk bilik terus tapi saya masuk sebelah kaki je dulu dan cuba capai suis lampu tu tapi muka menghadap ke luar pintu. 
kiranya tangan tu macam menggagau mencari suis lah. 

menggagau la saya nak capai suis lampu tu tapi tak sampai. 
elok je saya nak melangkah setapak lagi utk capai kan jugak suis lampu tu, masa tu la ada angin lembut kat telinga saya berbisik "LAGIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII"

yerrr, "dia" suruh saya bergerak LAGI sikit untuk capai suis tu. 
suara tu betul2 kat sebelah saya. 
suara lembut tapi jelas. 
saya lari tak cukup tanah tapi Alhamdulillah terjumpa roomate masa nak turun tangga, terus menangis2 sebab terkejut. 

selepas tu mana2 kami pergi or apa2 kami buat, kami akan berjalan dalam group. 
tak berani dah nak berjalan sorang2 tambah2 kalau hati tengah lemah. 

tu je la akak, ada lagi citer pasal umah kat kuarters JKR. nnt free saya citer lagi yer. TQ akak! ;)

-nuruleda-

06 February 2014

Expose Mistik: Tangki Air

sorry berapa minggu takda slot expose mistik ni.
biasalah busy kan. ingat. pastu dah lepas malam jumaat baru teringat balik.
dah lepas tak syok pulak nak tepek.
takpa aku try set siap-siap untuk 2-3 minggu akan datang ye.
siapa nak send cerita expose mistik korang di alu-alukan.
hantar je kat email aku ngan tajuk expose mistik korang.

ok ni cerita ini malam.

………………………………………………………………………………...


salam kak peej..
saya nak kongsi kisah yang biasa kita dengar di asrama dan ini adalah pengalaman pertama bagi saya berdepan dengan benda mistik ni. 
sekolah saya ni terletak di sebuah daerah kecil di pantai timur.

kisah ni berlaku tahun 2004 yg mana waktu tu saya baru form 3. 
oleh kerana bakal menghadapi PMR, makpak saya suruh la duduk hostel supaya senang pergi kelas malam. 

minggu pertama saya rasa sangat enjoy sebab first time jauh (walaupun tak sampai pun 15km dari rumah) dari family. 
nak tido ke, study ke, sume kita punya suka selain jadual waktu hostel yang agak longgar. 

tapi, semuanya berubah selepas 2-3 bulan... air bermasalah! 
korang bayangkan, nak mandi pagi pun kena beratur pergi tandas sekolah. 
kadang-kadang berebut air dengan kakak senior dan buat kami bergaduh sesama sendiri. 
yang menghairankan tu, blok lelaki langsung takde masalah, klo ade pon cume tekanan air rendah, itu saja. yang kami blok perempuan ni setitik pon susah.. 
padahal tangki air betul2 sebelah blok perempuan.

yang mistiknye, air akan ade pukul 12 lebih (malam). 
waktu tu air dekat tangki akan melimpah dan mencurah-curah macam air terjun. 
waktu tu la kami akan hentam basuh baju.. 
memang bising la..
ade sorang kawan saya ni, masyaallah, dia punye gelak dan mengilai dh sebijik macam ponti (kawan saya  tu ade kisah tersendiri, nanti saya cerita)…..
waktu tu saya dah tak sedap hati tapi saya diamkan saja.

begitulah hidup kami sepanjang 2-3 bulan tu..
sehinggalah keadaan dah semakin parah.. air langsung takde.. 
ramai keluar masuk..means, setiap minggu ade je yang berhenti jadi penghuni hostel..

kami yang masih bertahan ni terpaksalah berangkut ke tandas sekolah setiap hari dan cuti setiap minggu diberikan. 
mase tu happy la masing2 dapat balik setiap minggu padahal....ade sebab kenapa diarahkan begitu...

dalam masa kami balik setiap minggu, ade satu minggu tu memang diwajibkan semua keluar dari asrama, tak ada sorang pun dikecualikan. 
yang duduk jauh dari sekolah memang menangis la, mcm mana nak datang kan? 
tapi surat amaran dah keluar, sape tak balik memang akan diblacklist terus dari asrama..serius betul kan?

saya pun kepochi la nak tahu pasal apa, terus saya tanya salah sorang warden kat situ. 
mula-mula dia taknak cerita tapi sebab kami desak dan konon-konon ambik berat, dia pun ceritalahhhh..

begini cerita dia:

satu malam, dalam pukul 12-2 pagi macam tu, cikgu PK HEM dapat panggilan dari sorang makcik yang duduk belakang hostel tu. 
membebel makcik tu dekat cikgu bagitahu yang kami (blok perempuan) duk bergelak sakan mandi bawah tangki.
dahla berkemban..mengilai-ngilai..

cikgu tu dalam keadaan marah pergi la ke hostel dengan niat nak marah kami semua. 
masa dia sampai dekat pintu pagar asrama, memang dia nampak kelibat perempuan2 mandi di bawah tangki tu.. tp xde la dgr suara ke ape..
tetibe plak, cikgu tu rase seram sejuk dan teringat yang waktu tu dah hampir pukul 2 pagi..
pe kejadahnye budak2 ni nak mandi??? open air pulak tu? xke sejuk???? 
dia pun kejutkan pak guard dan ajak pegi tengok sama2..
belum sempat pun nak masuk dekat sikit, pak guard tu dah bisik kat PK HEM tu.."cikgu, cube tgk lampu kereta cikgu yg tala kat situ…" 
memang sah bukan manusia! cahaya lampu tu elok je nampak seperti menembusi tubuh 'mereka'....

selepas kejadian malam tu la masalah air makin teruk..
marah benar 'dia' dengan blok perempuan ni. 
ade sorang ustaz ditugaskan untuk memindahkan 'mereka' yang menumpang di tangki air tu. 
satu minggu jugaklah baru 'benda' tu nak mengalah..
tapi 'benda' tu mintak sebelum pindah, dia nak satu minggu yang senyap sunyi dan dia pulak yang nak berpesta..
lagi satu, dia mintak nak dekat dgn asrama lelaki pulakkk..

mula-mula saya tak percaya sangat warden ni cerita, yelah mana tahu saja je nak buat kami takut ken? 
tapi bila makcik tukang masak pon cerita yang pelik-pelik je, saya agak percaya la semua ni. 
makcik tukang masak punya cerita pon agak scary jugak..
dorang selalu jumpa tuala wanita yang masih berbau hanyir dan darah basah-basah dekat tempat basuh tray, nampak perempuan mandi bawah tangki, dan macam-macam cerita yang tak sanggup dah nak dengar.

disebabkan 'permintaan' tu la kami semua kena paksa balik seminggu. 
mungkin pihak sekolah rasa itulah penyelesaian terbaik untuk kami. 
dan alhamdulillah, lepas cukup seminggu tu, masalah air dah selesai. 

siapa sangka kan, masalah air timbul disebabkan 'benda' tu.. 
tapi tak ada yang mustahil kalau Allah nak uji kita atas sesuatu kejadian...

enjoy reading! 

- ima -

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...