24 January 2014

nusantara

masa lepak malam-malam ngan kawan-kawan MrB.
sorang tu ada mention kat area burger king dekat area NZ wangsa maju tu ada kedai ayam penyet baru bukak.
nama kedai ayam penyet nusantara.


aku ni takleh dengar sikit ayam penyet ni.
favourite uolls. harus mau try kan.
terus hari tu demam ok sikit je. terus ajak MrB try makan sama.
kedai baru. dia memang betul-betul bangunan burger king tu. tapi belah atas.
tapi kedai baru n orang tak tau lagi kot.
so masa pergi kita orang je ada. huhu.
tapi ada few la orang datang tapi bungkus.
pastu tengok menu teruja jugak.
sebab rasa macam murah lagi je daripada kedai-kedai ayam penyet yang lain.


aku seperti biasa mesti nak merasa ayam penyet la kan.
baru boleh dibezakan dengan yang lain.
tapi laki aku boleh tahan order memacam.
takpa la makan sesama kan side order tu.



muka orang demam tak berapa nak ok lagi tapi sibuk nak berayam penyet.
bibir pecah tu. tu yang kena pedas lagi berapi tu. huhu.
abaikan kening yang sangat amazon tu.



:: rendang ayam padang. laki aku penggila rendang ::

:: telur, tempe n tauhu berlado ::

:: terung berlado ::

terkejut aku masa makanan sampai.
sebab walaupun harga murah n harga sama macam kedai lain tapi portion dia banyak gila weyh.
banyak melampau.
kesimpulan memang tak abis la. so pack bawak balik.
pack pun stock banyak n boleh makan satu family la banyak dia tu.


ayam penyet dia pun best sebab ayam dia besar gila weyh.
baru betul ayam namanya.
kau tau la nowadays.
tak kira la ayam penyet ke, nandos ke, kfc ke, ayam dia sedih gila kot.
stock kau confuse eh ni ayam ke burung ni? kecik nak mapuh.
ni memang terbaik la.

pastu sambal dia pun pedas i likeee.
aku pun tak sure memang betul pedas or sebab time tu aku demam.
so deria rasa pedas aku berlebihan campur package bibir pecah ke apa kan.
memang menangis2 la aku makan menahan pedas.
dah lama aku tak feel menangis makan ayam penyet.

so kesimpulan aku adalah suka ayam penyet nusantara ni
walaupun waroeng penyet memang terbaik.
tapi jauh nak kesana.
so setakat ni area umah aku, ni paling best kot. huhu.
puas hati ngan rasa, portion n harga dia.

semalam aku pergi area taman melati.
aku tengok ada jugak ayam penyet nusantara ni kat taman melati tu.
sebelah oldtown white coffee.
nice. tak sure dah bukak belum sebab aku lalu tu tengah pagi.
kedai tutup kan.
tapi if terasa nak makan pergi la kesana.
murah, sedap n portion puas hati.

20 January 2014

Selamat pagi uolls

Awal tak? Awal tak?
Kagumnya....ye sangat kagum pleaseee.

Aku ni bersiaran daripada hp je ni.
Sebab unifi takleh guna since sabtu.
Sebab apa? Sebab kucing2 berperangai tarzan gigit wire sampai putus.
Serious aku tak tau nak buat macam mana nak elakkan berlaku ni.
Ni second time kena.

Actually dah kena daripada last month.
Tapi laki aku sellotape so still boleh online.
Aku dah call unifi suruh betulkan.
Tapi dorang kata selagi boleh online, technian takkan datang.
Foine nak sampai orang takleh online baru reti nak datang.
Saja nak susahkan orang.

Nasib la boleh lagi online kat phone.
Tapi still tak sama kot.
Tak semua boleh online thru phone.
Game fb aku tak dapat main.
Youtube aku takleh layan.
Tergendala kerja nak lipat baju semalam sebab takleh nak layan tgk movie ke apa.
Memang la boleh je youtube.
Tapi agak-agaklah. Baru layan 8 videos nanti dah dapat sms nanti data plan nak abis dah. 
Aku tau la sebab masa masuk hospital hari tu kena. 
Baru layan ellen sikit dah nak limit dah.
So takda la terdesak sangat. So boleh je tahan.

Tapi dalam tak boleh online pakai laptop pun tetap tadi after subuh jugak la tidur.
Sebab semalam layan coffee kan.
Aku ni takda la hantu coffee.
Tu yang bila minum letih la macam mana pun tapi takleh tidur. Terketar-ketar pikir apa nak buat ni.
Nasib line takda weyh. Kalau tak bersusun dah entry aku today.

Actually aku bangun awal ni sebab nak pergi vet ni. Nak neuter mochi. 
Dah la dah puasa kan dia daripada semalam ni.
Dah la dia bising je kena duduk dalam cage. Bising je.
Ye lah clueless dia, tak pernah kena kurung. Sian je. Tak sampai hati aku.

Tapi elok aku bangun nak keluar hantar ni dapat call daripada unifi.
Kata nak datang repair.
Aku ok kan je la.
Tapi tu la boleh tahan lebam aku tunggu tapi tak tiba lagi ni.
Eeeeiii bengang.
Kalau tau lembab macam ni sempat kot aku hantar n balik tadi.
Dah la nak call balik takleh.
Sebab pakai no id punya no.
Best sangat ke uolls technician tapi nak pakai nombor gitu?
Hello aku nak call bagaimana?

E eh tetiba macam panggilan toilet lak.
Buhbye

16 January 2014

Expose Mistik : I love you Mummy

By Iffah Liyana
Dulu masa aku kecik2 kitaorang ada sebiji teddy bear besar. 
Bear tu ada button yang bila tekan akan bunyi 'I love you mummy and daddy'. 
Kitorang adik-beradik memang panggil parents mummy and daddy. 
Pastu lama2 bear tu rosak, bila press button dah tak berbunyi langsung. 
Kitorang pun biar je la bear tu dalam keadaan on. (kan ade on off button kat belakang bear). 
Bear tu diletakkan atas sofa.

Satu malam tu mak aku nak buat susu untuk kakak aku. 
Untuk pergi dapur mak aku kena lalu depan sofa yang ade bear. 
Masa mak aku lalu tetiba bear tu cakap 'I love you mummy'. (wtf kuangjak bear tuh) 
Mak aku pun off kan bear tu pastu dia buat susu. 
Dah abes buat susu mak aku lalu balik depan bear tu and nenjiaa nokharoom bear tu cakap lagy 'I love you mummy'

Mak aku pun cabut bateri bear tu and esoknya ayah aku buang bear tu jauh2. 

Cerite ini angker kerana

  • bear tu sepatutnye ckp i love u mummy and daddy tapi dia cakap i love u mummy je mase mak lalu
  • bear tu dah tak berfungsi at that time!!
  • bear tu dah dioffkan!!


………………………………………………………………………………..

tak suka kan.
aku memang tak suka la bear-bear ni sejak aku kenal cerita child's play tu.
aku memang takut terkenang2 chucky.
noy suka la bear segala ni.
pastu ingat tak time kecik ada doll yang boleh mata kelip2 tu.
eeeiii takut. bayangkan tetiba mata kelip kat kau ke apa.

aku ingat ada salah satu tu doll noy.
noy tu macam meniarap. sama la ada battery ke apa semua.
nanti if tekan badan dia akan keluar lagu kaoma lambada tu. ala bunyi accordion tu.
sambil keluar lagu muka menyala2 sebab berlampu lak dalam kepala doll.
apa punya muraha doll aku tak tau la. apa ke scary muka menyala2 kan.

kata murahan kan. so cepat la rosak.
dah rosak bukan nak buang tapi terbiar.
aku ingat lagi doll tu terbiar je letak kat rak.
rak tu pulak ada kat macam living area atas tangga tu.
kang kau naik tangga ada ruang sebelum masuk bilik kan.
so kat situ la.

kau bayangkan sekian lama kat situ.
tetiba ada sekali tu naik atas takda angin takda ribut doll tu kepala nyala2 lagu tu keluar.
wth. berlari la turun balik. scary.
dah la time tu bertahun lampu tangga tu rosak ke apa memang gelak.
tak kelakar ok kau nampak doll muka senyum elok teleng pandang kau kepala menyala2.

sampai sekarang aku memang tak suka doll ala2 english ni. lawa macam mana pun takpa la.

oh nway,
siapa nak share cerita mistik boleh email aku ye.
seronok aku membaca kisah2 ni.
mana aku teringat macam pernah alami boleh aku menyampuk.

di akhiri dengan music lagu doll itu

10 January 2014

Expose Mistik : Putih

Assalammualaikum,

Memula malas nak taip jugak tp di sebabkan Peej ckp takde org hantar kisah pasal expose mistik ni, i pun tegarkan diri menaip kisah ni utk memastikan segmen expose mistik tetap di teruskan...
hahahaha **inisemuapoyo**

Kisah 1 : Pejabat 1

Kisah ni terjadi tahun lepas.
ada sorang junior ni, dia kena stayback sebab nak kena siapkan project.
agak lewat jugak lah.
masa tu i pun tgh tunggu husband.
so masa tu tinggal kami berdua kat office.
cubical i dgn dia berdepan tapi selang 1 cubical.
so mcm jauh sikit lah.
and kami tak berapa nak nampak antara satu sama lain.

Lepas maghrib tu i pun nak balik.
I lalu depan dia and ckp bye.
dia tak menoleh pun. kusyuk menyiapkan kerjanya.
I pun balik aja.
biasanyer I akan ckp jgn blk lewat sgt
tapi hari tu entah nape I blah gitu ajer.

Keesokkan harinya dia pun tegur saya...."kak eda balik kul berapa smlm? Saya balik kul 10 (tak berapa ingat kul berapa tapi dah lewat mlm jugak la hehe) kak eda tak balik lagi"
I ckp..."haaaa kul 10 ? saya tengah berjimba kat jusco dgn anak2 saya kot.....saya balik lepas maghrib lah....kan saya lalu depan awak n cakap bye...tapi awak tak menoleh pun kat saya..."

alamak semua dah cuak.
saya ckp dgn dia biar betul dia nampak saya.
dia ckp dia nampak saya kat tgh duduk kat cubical saya.
kepala saya tunduk. die tak heran sgt. sebab saya mmg selalu mengadap tab saya bila saya kat tempat menunggu husband. so die assume saya tengah tgk tab saya. dia ada pelawa saya balik tapi saya tak menjawab so last2 dia pun balik aje.

Adehhhhhhh apahal laa plak hantu ni nak menyamar jadi aku nehhhhh. 
serammmm kottt….
die ckp mmg betul dia nampak I.
junior tu ckp masa dia standby tu dlm hati dia berkata harap2 laa ada org teman malam ni.
housemate dia ade call masa kul 9 tu tanya nak teman tak tapi die ckp takpelah kakak senior dia ada.

Ishhhhhh takooooottt.
i yg takde kene mengena plak tetiber jadi terbabit sama plak.
apahal laa menyamar jadi I plak...ishhhh….
dah ler lepas tu semua kawan2 opis jumpe I jer terus ckp...apa password? vongok! 
just to ensure im the real one...hehehehehe..... 
pas pada tu bila ajer takde org, pakat2 cabut even laa keje melambak nak kene siapkan hehehe..


Kisah 2 : Pejabat 2

Kisah ni dah lama dah berlaku pada kwn sekerja tingkat lain.
Kami ni kerja bahagian IT so mmg selalu kene dtg tengah2 malam untuk implement project.
so member ni dia dtg laa dgn husband dia.
sampai2 ajer opis, dia pun on kan lah cd bacaan ayat2 suci al-quran.
sesambil tu husband dia pun jenjalan laa around office sementara member tu siapkan keje…
tetiber husband die pegi kat dia then ckp....jom balik now….
yg member ni pun pelik laa..nape plak husband dia ckp cengitu….
then dia pun ikutkan aje lah ckp husband dia…
husband die pesan..jgn tgk keliling… 
suddently otw out member ni terperasan lah ade something kat mesin photostat….
seorang perempuan bertudung...semua putih...anddddd muka dia kosonnnnggggg....without mata, hidung, telinga....
apa lagi member pun terus lah melangkah dgn lajunyaaaa keluarrrr.....
***ishhhh i dah naik bulu roma citer pasal nih...camne nak turun lif nak balik karang nihhh..helpppp***


Kisah 3 : Hospital

Oke ni kisah yg baru ajer berlaku September hari tu….
Masa tu arwah nenek (al-fathihah) I tgh sakit kat hospital so adik bongsu I telah di beri mandat utk jaga dia di hospital. Adik I ni takut juga almaklum hospital gomen kan sgtttt lah creepynya….
tp terpaksa beranikan diri utk menjaga nenek i….
malam tu nenek i mcm meracau2…
nampak itu lah nampak ini lah…
adik I dah seram dah...die dah tak tau nak buat camne dah….
kebetulan plak tetiber kul 12 tunang die dtg…
adik I pun lega laa sebab ade org tunggu..
pastu depa pun sama2 laa baca yassin bagai semua…
tunang adik i ckp die nak blk kul 3 sebab esoknya keje tp adik i ckp balik laa kul 5..at lease dah nak subuh takde laa takut sgt…
so last2 tunangnya tu pun setuju lah....

bila sampai kul 5...adik i mintak tunang die temankan pegi toilet luar coz toilet dlm bilik jenis yg duduk (adik i pengeli sket )….
so tunang dia pun temankan….
toilet luar tu berada di satu coridor yg panjang...antara lif dan wad….
so di sepanjang coridor tu ade lah cermin yg menampakkan luar hospital tu....

tunang adik i ni die pun bersandar laa pada cermin tu sementara menunggu adik i…. 
bila adik i keluar toilet, die pun pegi laa ke arah tunang dia dan derang pun borak2 sambil adik i mengadap tunang die…
kirenyer adik i nampak luar....tunang die nampak toilet….
masa tgh borak2 tu adik i tertoleh laa ke bahagian kiri..which is....ada tingkap2 yang berada kat kawasan lif....and kawasan lif ini ada lampu n terang....

die pun ternampak laa hamba allah nih…..
memula dia mcm nampak tak nampak…
then die pun teruskan tgk..then baru lah confirm nampak..... 
besar...putih...and meloncat2 di tepi tingkap tu..
die pun terus sebut ALLAH dan pegang tunang dia.....tunjuk ke arah itu….
tunang die toleh dan tunang pun sebut ALLAH….
meaning dua2 pun nampak mende yg sama…. 
then derang pun cepat2 blah dr situ terus masuk wad balik....

alahai peeejjjj.......tang hamba allah yg ni mmg takleh belah lah.....kalau i mmg takot giler kot....
agaknya kalau laa i yg nampak mmg pengsan kot...mintak simpang laa......

oklah itu aje lah dulu kisah untuk u n your readers....lgpun member i nak turun dah nih...i nak follow ikut turun liffffff......huhuhu….

-eda-

…………………………………………………..

lambat aku publish.
sebab busy bak ang nak buat apa pun takda masa.
ni relax sikit kita layan baca n publish.
ingat taknak publish terus. tapi tak best la kan.
alang ada cerita ni mari share.

serammmmmmm.
cerita kedua tak suka.
cerita ketiga pun sama. 
sebab tu masa aku masuk hospital tu, biarlah duduk 3rd class beramai2 pun.
kurang takut la. walaupun takut gak sebab kata spesis burung hantu.
nasib time tu dapat katil dekat ngan nurse station. phewww.
trauma oi trauma.

07 January 2014

Boleh lah


Selamat tengahari.
Eh ke dah petang?
Nak restock ephyra ni. 
Singgah makan jap.
Ikan pari bakar.
Kodai nogori tp motip ikan bakar sambal maneh?
Menaikkan darah namonyo. 

02 January 2014

Expose Mistik : Gym Seram

hai, kali kedua menulis ke kak peej ke ruangan expose mistikcerita dia takdalah seram sangat, tapi #seramsikit jee ;p

KISAH 1.

benda ni jadi bulan Mac hari tu. kitorang perempuan dalam 12 orang ada latihan menari kat gym tiap lunch hour dan after office hour. 

satu hari saya macam biasa saya turun paling awal, sebelum 4.30pm saya dah sampai gym, call maintenance suruh siap-siap bukak lampu dan pintu gym. so bila sampai kunci gym dah bukak dan gym dah TERANG buka lampu.

mcm biasa bila orang pertama sampai dan sementara tunggu yang lain saya kayuh "basikal gym" tu seround dua.

tengah-tengah syok kayuh tiba-tiba Fana (member selatihan tarian) whatsapp (rujuk attachment print screen)



"mane ko kis? kenape kunci pintu?"

maka aku yang tgh syok kayuh ni jadi panik dan cacat sambil balas wasap (sempat lagi) terus pecut lari tak cukup tanah ke arah pintu gym sebab setahu aku kalau gym ni kunci macammana aku boleh masuk? eh?

masa bukak pintu tu mmg jelas muka Fana terkejut tengok gym terang benderang dan pintu tak berkunci pun. pastu kitorg macam buat-buat faham, senyap dan buat  macam takda apa-apa berlaku. padahal... 

baca kisah ini versi Fana.


KISAH 2.

baru jadi dua minggu lepas. 

lepak-lepak gym lepas latihan menari. waktu lunch ok, tengahari buta. lepak sambil cerita kisah seram kat office kami. pastu boleh pulak aku bukak Kisah 1 di atas sampai sorang member tegur.

"weyyhh korang ni bercerita kat tempat dia taw?"

tak sampai seminit ada bunyi pukulan kuat kat belakang kitorang. bunyi macam nak-bagitahu-dia-ada-kat-situ.  

masa tu semua mengadap depan, kecuali member sorang si N ni, memang dia meloncat lah kan. 

aku dah terdiam. si N sedapkan hati kitorang kata bunyi pintu. padahal bunyi kuat tu jelas kat belakang gym. dan pintu gym jenis auto yang slow-mo tutup teww.

kitorang slowly kemas-kemas barang. cabut speaker. aku bersuara 

"wehh korang dah taknak berlatih lagi kan?"

semua macam faham dan terus perlahan-lahan beransur-ansur keluar gym. 

dekat lif baru si N ni bagitahu ada kelibat putih atas punching bag belakang gym kami. si N memang jenis senang nampak benda mistik ni, habis satu bangunan office kami ni dia dah buat seekers. hahaha

(rujuk attacthment gambar gym utk gambaran gym kami) ;p



lepas dua kejadian ni, kitorang mmg tobat masuk sorang-sorang. tunggu ada 2-3 orang baru berani. tapi serius, kat gym ni kalau duduk sahaja sembang-sembang dia mcm ada rasa berdebar tak bersebab, sejuk seram berdiri bulu roma tiba-tiba.

maybe penjaga gym ni suruh jangan lepak gym saje-saje,  workout dan amalkan hidup sehat kahkahkah! haa main-main!

sekian!

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...