22 August 2013

Expose Mistik : Hostel Berhantu

Hye Kak Peej,

Saya nak share satu cerita seram ni. 

Maybe tak seram bagi sesiapa yang membaca nya, tapi bagi saya yang mengalaminya adalah terlalu seram.

Ni kisah 2-3 tahun yang lalu semasa saya masih menuntut di sebuah kolej swasta. 

Masa tu pihak kolej berjanji nak tempatkan batch kitorang kat condo PV, tapi taktau kenapa tak jadi.
Last-last kitorang ditempatkan di sebuah rumah teres 3 tingkat di Jalan Gombak. 

Memula tinggal kat situ macam takde pape. 
Tapi rumah tinggal kat depan hostel kitorang ni memang nampak seram. 
Dengan rumput yang dah tinggi and tumbuhan menjalar. 
(FYI, owner rumah tinggal depan hostel and hostel tempat kitorang tinggal tu adalah sama)

Ada satu malam tu kitorang tengok citer P.Ramlee - Madu 3. 

Kan ader part nyanyi-nyanyi tu.. 
Lepas tu, sorang kawan saya ni tiba-tiba rasa macam terdengar something else. 
And then, tetiba dia off kan tv.. 
Yang hairan nya, kitorang masih boleh dengar lagu tu tadi pastu hujung-hujung dengar ader suara perempuan menangis sayu. 
Dahla kitorang berdua je yang tengok tv kat bawah time tu.
Apa lagi.. kitorang terus cabut lari naik atas. 

Esoknya kitorang citer kat kengkawan yang lain. 

Ada sorang kakak ni bukak citer cakap dorang pun penah kena dulu masa tengah tengok citer Madu 3. 
Rupa-rupanya, hostel tempat kitorang tinggal tu kepunyaan seorang wanita Cina yang telah mati bunuh diri kat rumah depan tu - bunuh diri sebab jeles kat madu dia.  
FYI, suami wanita tersebut kahwin 2. 
Rumah kat depan tu adalah rumah madu dia. 
Tapi, taktau samada wanita yang mati bunuh diri tu isteri tua atau isteri muda. 

So, start daripada tu, kitorang memang tak tengok dah citer Madu 3 kat rumah tu. 

Memang banyak pengalaman seram saya alami selama 2 tahun lebih saya tinggal di situ. 

Nanti kalau saya free, saya citer lagi ye.

Sesiapa berani, boleh la try lalu depan rumah and (bekas)hostel tu. 

Sekarang lagi nampak seram sebab terbiar je, dah takde orang tinggal. 

K tu je,kak peej. Terima kasih kerana membaca. :)


-Sharon-

15 August 2013

Expose Mistik : kelibat

Salam.

Hai peej.

its me, arda. since dah ramai yang hantar cerita2 seram dekat peej, saya pun nak share juga  cerita mistik ni.


Cerita 1: video call

Masa benda ni terjadi, yana, housemate saya tengah zaman bertunang, blom kawen lagi. Jadi bila bertunang, mesti la dilamun bunga2 cinta, sentiasa nak contact.

Nak dijadikan cerita, yana buat video call dengan tunang dia, Omar. 

Kebetulan omar dalam kereta on the way nak balik rumah dengan kawan2 dia, dua orang. Saya panggil A dengan B je la. Dyeorang baru lepas memancing.

Jadi campur dengan dia 3 orang. 
Omar duduk sebelah driver, bila buat video call mesti nampak orang belakang. 
Omar memang dah bg tau yana yang dia dgn kawan dia 2 orang. 
Tapi yana jadi pelik sebab dia nampak lagi sorang dlm kereta. 
Yana diam tak bg tau masa buat video call. 
Lepas abes video call baru dia sms bagi tau.

Apa lagi, seram la Omar. 
Dyeorg tak balik rumah terus, singgah terus rumah sedara B. 
Nasib baik sedara B ni pandai berubat orang. 
Kalau tak mesti benda tu dah ikut balik sampai rumah. 

Lepas yana cerita dengan saya, saya tanya dia. 
Kau nampak benda tu macam mane? 
dia kata, ala...benda tu macam orang juga T__T


Cerita 2: office baru tapi lama.

Office saya yang saya kerja sekarang office baru tapi sebab bangunan ni dah lama terbengkalai, dia renovate daripada apartment jadi office. 
Kalau saya bagi tau orang saya keje dekat mane mesti org cakap,"ooooo..bangunan yang dah lama terbengkalai tu eh..."

Mula-mula pindah tak ada la dengar cerita yg bukan2 tapi bila dah nak dekat setahun lebih tu baru dengar2 cerita seram daripada staff dekat situ.

Ada satu hari tu, salah seorang staff nampak pegawai ni dalam bilik buat kerja. 
Staff ni pun buat tak tau je la. 
Selang berapa jam pastu pegawai ni tak ada dalam bilik, staff ni call pegawai tu nak tanya dekat mana. 
Tau pegawai tu ckp apa?

Saya cuti la hari ni,tak masuk office pun.

Habis tu, yang dalam bilik tu siapa? 


Cerita 3: dapur.

Saya dah sewa rumah tu nak dekat 5 tahun dah. 
Memang xde la benda yg pelik2 berlaku.

Satu hari tu, kebetulan member saya call smpai lewat malam. 
Saya ni mmg suka ketawa. 
Lagi2 kalau dapat cakap dengan member yg satu kepala. 
Memang ketawa besar la. 
Nak dekat pukul 2 pagi tu saya ketawa kuat sgt agaknya, saya ternampak kelibat benda putih sekilas lalu dekat pintu dapur saya. 

Pintu dapur tu bersambung dengan balkoni, dan menghadap ke hutan. 
Tepi hutan tu tanah perkuburan. 
Masa saya ternampak tu saya buat tak tau, dlm kepala otak ni memang tak nak pikir benda tu, saya cakap dalam hati aku ngantuk sangat kot, tu yang ternampak benda yang bukan2. Punyalah pikir positif tak nak takutkan diri sendiri.

2 hari lepas tu housemate saya, Y cerita ada abg dekat office yang pandai 'tgk' orang ni. 
Y pun saja nak minta tolong dekat abg tu kot2 ada benda2 yang tak elok dekat dia. 
Abg tu bagi tau dekat dapur umah saya tu memang ada benda menumpang, benda tu duduk bawah sinki.

Saya terkejut dengar dia ckp mcm tu, saya terus contact member saya yang ada ilmu2 tolong tengokkan betul ke ada benda tu.

Kawan saya cakap memang ada tapi dia memang tak ganggu kami. 
Dapur tu laluan dia je sebab baris umah kami ada org dengki, org tu tabur tanah kubur depan umah dia. 
Jadi dapur kami tu laluan dia.

Sekarang saya dah pindah dah sebab dapat tukar tempat kerja. 
Memang tak ada apa2 yang seram sangat berlaku dekat umah tu. 
tapi kalau dah tau seram sejuk jugak kalau duduk sorang kan :)
 
Okla Peej. 
Ni je dulu cerita dari saya. 
Sebenarnya banyak lagi nak cerita. hehehe. 
Nanti saya hantar emel lagi.

Thanxz Peej :)

03 August 2013

cuaca yang indah.

bestnya cuaca. macam redup je kan.
best untuk apa?
untuk tidur la.
tapi tak boleh.
sebab hari ni ramai nak amik cookies la, ephyra la, tabita la.

tadi kul 11 dah bangun.
customer dah sampai depan rumah tunggu cookies.
hua hua. kelam kabut. nasib dah siap pack semua.
menepati masa betul.

then dok sorang layan perasaan.
jarak 1/2 hour macam tu ada lagi yang amik cookies.
pastu redup syok je.
rasa nak tertidur je rasa.
memang tertidur pun. tapi kejap2 je dapat. 10 minit. 15 minit.
sebab berselang seli orang amik cookies.
pastu nanti tak pun hp berbunyi orang nak confirm amik barang.
aaaaaa.
dan ku akan begini sehingga malam kang.

aku patut kena ke rumah mama ni.
nak top up tart.
tapi tak tau bilanya nak pergi ni.
tapi nak taknak kena gak pergi amik.
kang esok orang nak amik takda stock kang.

oh aku dah raya dulu. hu hu.
tapi tu la. ni sakitnya perut.
dah telan panadol.
cara paling best adalah tidur.
supaya tak rasa apa.
but what to do. nak tidur bagaimana kalau ada kerja kan.

tak tau nak buat apa ni.
ngantuk n stone je rasa.

02 August 2013

Relax jap

Semua dah post yea.
Untuk yang beli since postage rabu. 
Tapi aku tak sempat nak bagi korg tracking num. 
akan bagi soon.
Some even dah received pun kan barang.
So as long as korang memang buat payment by malam semalam.
Semua aku dah post tadi last.


Berapa minggu ini la kena hadap hari-hari.
Try jugak nak selang sehari, tak boleh. By sehari je bag dah penuh.
Tak sanggup aku nak angkut 2-3 bag. 

Tadi last la kira.
Pastu cuti yea.
Siapa baru masuk order ke apa, kemudian yea aku layan. Dah rehat mode dah ni.
Nak concentrate org COD cookies then settle. Siapa order n tak amik2 tu sila la amik ye.
Esp tang takda confirmkan kt aku mana nak amik. Kang aku jual korang punya kat orang kang.
Ramai tau nak aku terpaksa tolak. 
Tapi if by 5th sepi. Nanti aku memang release ke orang yang berminat.

Penat ni berapa lama umah macam bom.
Settle post tadi terus gigih kemas rumah apa patut, lap habuk, vacuum, lipat baju 3 bakul. Ni later nak sidai baju lak.
Pastu mandi.

By 8ish nak rehat dah so no pick up eyh tonight. Tunggu2 la weekend kan.

Hari tu aku beli bottom cabinet dapur.
Janji seminggu which is patut esok la dpt.
Siap kata if ada cepat, lagi cepat la hantar.
Tetiba tadi dia call aku x angkat. Ye aku super busy.
Dia kata kat laki aku lagi 3 hari baru hantar. Ewah kau.

Kena ngan aku sebijik.
Dia kata barang ada tapi masalah lori kadang pemandu tak dtg la apa. Delivery banyak. Pening dia.
Hello, itu bukan masalah saya. U janji mau hantar seminggu then u kena hantar la. Macam mana pun esok mesti hantartak kira  la malam ke apa. Ahad siang saya sudah balik kampung. 
Wah balik kampung katanyer. Padahal tak pun. 
Kita orang kay elll kay elll *sebut kena over sikit sampai lidah terkeluar*

So dia kata ok.
Takda awas.
Aku ni nak amik langsir pun tak sempat lagi ni. Oit tak cukup masa je rasa.

Nway, nak gi sambung buat kerja.
Saje update jap guna hp. Huhu.



Fabulous Raya With Kree

[sticky post - scroll down for new entry]




Ramai yang bertanya kat aku kenapa tengok entry Kree aku, banyak collection.
tapi bila bukak website Kree takda pun baju-baju tu.
like i mentioned before, Kree keluarkan baju peringkat by peringkat.
so korang kena rajin check website dia.
takpa masih belum terlambat.
nowadays open house bersusun. 
tak tau nak pakai baju apa dah?
can always berfabulous raya dengan Kree.





rasa lawak gila bukak website Kree nampak terpampang pic atas ni elok dok slide sana sini.
hahahha. kayu kan. kayu kan.
tak menahan siap peej burhan blogger katanyer.
padahal blogger sendu je pun.

so yeah baju yang aku pakai atas tu dah keluar yea.
baru lagi masuk semalam if im not mistaken.


 :: Leeya Modern Kurung Coral Peach - RM259.90. Also come in Blue. up to XXXXL Size. boleh check size chart kat situ. ::


yang ni belum keluar lagi rasanya.
so stay tune.
so sila la check out update from Kree


- website : www.kree.my
- facebook : www.facebook.com/kreeofficial
- twitter : @kree_my
- instagram : @kree_my
- blog : KreeFashionFix
- email : care@kree.my




Jangan lupa jugak ada promosi sempena raya.


untuk pembelian RM300 ke atas akan dapat complimentary box Ainul A Cookies.
valid daripada 11 July sampai 10 August 2013.

dan special untuk reader blog ku yang tersayang.
if shopping ngan Kree korang akan dapat 10% discount.
wah siapa tak suka discount kan.

cara senang je.

  • coupon code : peejkree
  • insert coupon code upon check out
  • valid from 13th July 2013 to 10th August 2013
  • coupon code is case sensitive - this code is all small letters
so masa lepas kau nak beli la apa kau nak tu.
masa nak check out tu jangan lupa masukkan coupon code tu, peejkree
semua huruf kecik ye. jangan nak memandai nak tulis kecik besar ke apa.
kang tak dapat discount sentaps.

so happy shopping everyone.
sentiasa checkout update Kree untuk dapatkan baju idaman.
sebab stock is limited. Kree tak produce banyak untuk setiap design, so sangat exclusive.




01 August 2013

Expose Mistik: DIA


Pernah tengok citer Momok?Pontianak Harum Malam?...
atau apa2 saja cerita seram?...ha ha ha ..itu di tv,wayang…
tak nak tengok boleh tutup tv atau pejam mata sepenjang cerita.
Ini cerita aku…cerita yg menjadi pengajaran untuk diri aku sendiri dan juga untuk orang lain.

Aku percaya hantu, percaya makhluk lain ada dalam dunia ini…
ceritalah apa saja pasal hal2 mistik… pasti aku berminat nak mendengar…
silap2 ko citer smurf jadi pontianak pun boleh buat mulut aku ternganga sambil air liur tunggu masa jer nak menitik…
Tapi kejadian ini… yang satu ini… buat aku mengubah terus pandangan aku tentang ilmu mistik yg bahawasanya mereka  (makhluk lain ) juga sebenarnya secara zahiriah atau lahirian berkongsi kehidupan dengan kita…

23/05/2000-Selasa 4.30petang..
habis kelas aku meluru ke dorm untuk salin baju sukan.
Walau aku tahu hari tu hujan tapi aku tahu coach akan suruh turun berlatih jugak sebab tinggal beberapa hari jer lagi hari perlawanan.
Baju habis kena lumpur.
Bib netball pun habis terpalit sama.

6.30 petang aku rendam semua pakaian sukan aku..
sbb itu jer pun tracksuit yang aku ada ..
tapi yg penting adalah BIB tu…
so aku kena cuci dan boleh pakai hari esoknya…
Aku humban semua dalam baldi…letak klorox sikit …RENDAM…!...
aku procced mandi dan ready2 nak pegi surau.

8.45 malam… aku leka .. campak telekung terus pegi berkemah kat bilik TV…DRAMA SWASTA!!.....
tup tup sampai kul 11..
baru teringat yg aku ada sebaldi baju belum cuci.
Aku bergegas ker bilik air…lambak baju yg terendam then start memberus….
ok…success ..
siap sampai perahan yg terakhir…
aku melangkah perlahan2 menuju ke ampaian which is lokasi dia agak terlindung sedikit kebelakang tapi masa ada cahaya lagi menerangi ruang lapang kawasan ampaian tu.
Hati aku rasa berat.. langkah aku rasa berat… dada dup dap dup dap… ahhh mungkin mengah penat memberus tadi belum hilang lagi kot!!
aku teruskan langkah ke ampaian baris pertama which is berhampiran sepohon pokok rendang… pokok mangga jer pun..*saja bagi elemen seram*..
aku sidai semua baju… tetiba angin tiup… aku rasa sisa 2 angin dari hujan petang tadi masih ada lagi… sejuk…!
aku capai baldi terus balik semula ke bilik air dan kemas semua tok nenek sabun, kolget masuk semula dalam baldi…
tetiba ada satu perasan dalam hati yg macam menyuruh2 aku menoleh ke arah pokok mangga tadi.. *korang pernah tak alami perasaan ni?...perasaan macam menyuruh2..*
Mula2 aku toleh dengan hujung mata jer… tapi entah macamana secara tak sengaja aku tertoleh jugak.
Pokok mangga tadi tak berubah… masih sama macam masa aku sidai kain tadi …
Cuma yg berubah ialah ada seseorang kat situ… yg aku pasti bukan nak menyidai kain macam aku.. DIA berdiri … mengadap ke arah sana.. which is aku cuma nampak sipi jer muka dia.
Disebab kan bayang2 daun pokok… aku tak nampak jelas muka dia… rambut dia panjang mana pun aku tak berapa pasti… Cuma yg aku nampak dia berdiri kaku kat situ…macam tengah menunggu..


*gambar hiasan dari gugel*

Bohong kalau aku kata aku tak ngeri.. lutut aku gegar ok.. rasa macam aku dah lari jauh ..tapi hakikatnya aku masih terpaku kat situ… macam kena sihir… aku tenung jer pokok tu..
"Kalau kita rasa kita tergamam atau rasa kaku.. cepat2 tarik nafas dalam2 dan hembus”…itu pesan mak aku!...
aku cepat2 tarik nafas dalam dan hembus…
terasa macam tubuh aku baru tersedar.. aku mengucap.. *tu jer yg teringat masa tu*..
aku lari masuk dorm aku…
semua dorm mate dah tidur… kalau ada pun satu dua yg masih lagi dok study guna table lamp..*main lamp wajib switch off pukul 10malam*…
aku menggeletar… menggeletar yg tak pernah aku rasa sebelum ni…
perasaan menyeru2 suruh aku kembali ke tempat tadi masih membara…
aku mengucap, zikir dan baca apa2 jer ayat yg aku ingat.
Hati masih tak tenang… aku ambil yassin dan aku baca perlahan dengan nafas tercungap2 ketakutan.
Ada seorang dorm mate yg perasan kelakuan pelik aku… dia datang tanya aku kenapa… 
aku cerita kat dia…
dia suruh aku pegi paip depan dan ambil air sembahyang dan buat sembahyang sunat.

Ok ..hati aku tenang sikit… dalam doa terakhir tu aku sedekahkan al-fatihah banyak kali untuk DIA yg ada di bawah pokok tadi…
tak kiralah sapa pun DIA..
kalau dia munculkan diri untuk tujuan supaya aku boleh tolong dia…
maaf seribu kali aku pohon sebab aku bukan orangnya. SUMPAH!...
aku tak layak nak tanya “kenapa ko datang sini?..apa ko nak?..pergi ko dari sini..”
Dunia Allah ni luas…terbuka untuk apa jua makhluknya..

Trauma dari kejadian tu dahsyat sangat.
Aku tak boleh langsung kena hembusan angin…dada aku akan serta merta berdebar dan tetiba rasa macam aku tak boleh bernafas.
Mak bawak aku pergi jumpa orang pandai2.
Derang kata aku terkejut. lama2 nanti hilang.
Semuanya masih terpahat dalam ingatan aku… aku tak pernah lupakan dia dalam setiap doa dan alfatihah aku….tu ajer pun yg aku mampu …selain aku anggap itu pun salah satu amal jariah sesama manusia.

Ini bukan cerita wayang atau tv yg mana aku boleh lupakan bila aku pejam mata.
Ini kenyataan yg harus di terima oleh manusia yg kita ini sebenarnya berkongsi kehidupan dengan makhluk lain yg mungkin juga tidak nampak secara zahiriah.   
Wallahualammmm.

-Ayu-


Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...