Kisah rumah
Rumah I
Selepas berkahwin, saya dan suami menyewa di sebuah taman, pangsapuri di sekitar ibu kota, berhampiran dengan bazaar larut malam.
Dipendekkan cerita, kami suami-isteri hanya tinggal berdua dan jiran-jiran tidak berapa ramai memandangkan taman tersebut merupakan taman baru.
Kadang-kadang suami saya akan keluar berjumpa kawan-kawannya pada waktu malam dan akan balik ke rumah sehingga awal pagi.
Walaupun saya seorang yang agak penakut tapi lokasi rumah kami yang bersebelahan dengan kem tentera dan suasana tidak terlalu senyap kerana terdapat juga pelajar yang menyewa rumah-rumah di situ, jadi selalunya saya tidak berapa takut untuk tinggal seorang diri.
Sepanjang duduk di rumah itu, sewaktu seorang diri dan sewaktu saya dan suami ada bersama-sama di ruang tamu, ada beberapa kali saya terperasan ada sesuatu sedang melintas dalam rumah, betul-betul di antara dapur dan ruang makan.
Pernah juga saya terperasan ada sesuatu dalam bilik tidur utama.
Setelah beberapa kali, kebetulan suatu malam, suami sengaja mengambil gambar dengan handphone. Kemudian dia tiba-tiba serius dan mengajak tidur.
Keesokkan hari barulah saya tahu, dia pun ada perasan sesuatu seperti bayangan lalu di tempat yang sama.
Kami memang sangat takut sebab kebetulannya, blok-blok taman rumah kami itu, yang paling tinggi hanya empat tingkat, dan yang kami punya pula hanyalah tiga tingkat, dan kesemua penghuni di tingkat atas blok kami hanya ada sekali sekala, tapi pelik, kami selalu dengar bunyi perabot di alihkan dan barang jatuh, guli jatuh, dan pernah juga macam menumbuk sambal belacan…
Bapa saudara suami, kebetulan ada datang ke rumah, dia pun rupanya ada ternampak, tapi katanya lintasan sebab memang dah itu laluannya.
Jiran di depan rumah kami pula pernah memberitahu yang projek taman itu pernah tergendala beberapa tahun sebelum siap sepenuhnya….
Takut juga bila diingatkan kembali, sebab memang betullah apa yang kami nampak bukan sekadar khayalan dan Alhamdulillah sekarang kami akan pindah ke rumah baru…
Tapi, ingatkan kami dah takkan alami keadaan macam ni lagi tapi rupanya macam-macam lagi yang ada…
Rumah II
Sewaktu mula-mula berpindah rumah, saya ada berasa seram juga sebab teringatkan peristiwa semasa projek sedang berjalan, suami dan adik saya pergi melawat tapak projek, dan balik dari situ, kebetulan, adik saya demam panas hampir seminggu.
Walau bagaimanapun, kami cuma mengagak yang ianya berkaitan dengan kawasan tersebut yang terletak berhampiran dengan kawasan tadahan air hujan Lembah Kelang, jadi sudah tentulah ia agak ke dalam dan sunyi jadi tak mustahil ada juga hidupan lain di situ…
Kebetulan pula, sewaktu suami dan adik saya berjalan ditepi bukit itu, memang waktu remang-remang senja dan dah hampir Maghrib…
Awal-awal, Alhamdulillah walaupun rasa takut sebab di belakang rumah kami, masih kawasan hutan belukar, sebab kami barisan akhir, tapi saya cuba juga untuk beranikan diri sebab kali ni dah rumah sendiri.
Suami pula di ruang tamu, menonton tv, jarak tak berapa jauh pun, anggaran dalam 3-4 meter dari tempat saya berdiri, tiba-tiba saya dengar bunyi ‘hihiiiiiiii’, sekali… masih berani sebab mungkin bunyi angin sebab memang kebetulan waktu itu saya rasa musim angin yang akan berbunyi ‘huhuuuuuuu’ macam tu…
Kemudian bunyi ‘hihiiiiiiiiii’ kedengaran sekali lagi dan bunyinya nak kata dekat sangat tidak juga tapi tidaklah terlalu jauh.
Saya terus menutup paip, cuci tangan alakadar dan berlari ke depan.
Suami macam tidak berapa kisah sebab sedang khusyuk menonton tv.
Saya terus mencari pen dan kertas dan saya tulis ‘tadi ada dengar bunyi mengilai, dua kali kat belakang… takut sangat ni…’.
Suami terus bertanya, macam mana bunyinya?
Saya menjawab dengan menulis lagi ‘hihiiiiiii… betul kat belakang… takutlah… macam mana ni?’. Suami saya membalas, dah jangan takut, ini rumah kita, mana ada yang berani kacau…
Dia kemudian terus bangun dan membuat penyiasatan di dapur dan bilik belakang tapi…
hasilnya tidak nampak apa-apa pun…
waktu itu, di barisan saya selang beberapa rumah, ada sebuah rumah yang berpenghuni, yang lain masih kosong termasuk di kiri dan kanan rumah kami.
Semasa dia membersihkan bilik belakang di tingkat atas, dia terperasan seorang lelaki keluar dari bilik belakang yang satu lagi dan memakai baju putih… tapi dia tidak bertanya apa-apa sebab dia ingatkan suami saya…
Selepas siap membersihkan, dia turun ke bawah dan bertanyakan suami saya ada di mana, saya pun beritahu dia yang suami dah keluar sebaik saja dia sampai pagi tadi dan belum balik pun… dia diam…
Sekali lagi saya bertanyakan ustazah akan hal itu, dan menurut beliau, itu adalah benda yang dihantar dan sengaja menunjukkan diri…
sekarang kawasan belakang rumah dah ada rumah-rumah banglo penduduk kampong di situ…
jadi kawasan tu dah tak sunyi sangat dan taman pun dah penuh dah pun…
yang datang dari benda yang dimiliki oleh orang ni.
ada sekali tu, adik ipar datang ke rumah dan dia ada menolong suami menyangkul tanah sebab nak alihkan pokok dari pasu ke tanah, tiba-tiba pinggang beliau sakit… dan beliau balik berubat rupanya ada benda mencengkam dan duduk di pinggang… dan datang dari orang juga… kalau nak bercerita tentang hal orang punya ni memang macam-macam tapi saya takkan bercerita lanjutlah…
cukuplah sedikit untuk pengetahuan, kalau manusia ada bersahabat benda-benda macam ni dan berniat suka nak jatuhkan orang ataupun nak kembangkan persahabatan dengan perkara-perkara ni, orang tak bersalah akan jadi mangsalah… semoga mereka-mereka ni dapat hidayah In Sha Allah.
kemudiannya pernah juga dengar bunyi guli dan barang jatuh atau dialihkan…
saya ada kawan yang ada ‘saka’ dan dia dimaklumkan kalau ada perkara bunyi-bunyi aneh yang mana kita manusia takkan buat pada waktu-waktu yang pelik, jadi sahihlah pembuatnya dari kalangan mereka…
kawan pernah terkena dan pernah siasat sendiri, abang beliau pada suatu masa dulu pernah duduk di rumah flat dekat Klang, dan pasti tingkat atas dan atas lagi dari rumah mereka tiada penghuni…
tapi abang dia memang tak tahu yang rumah-rumah tu tiada orang disebabkan bunyi-bunyi dan ada bau masakan…
jadi kawan saya ni pun ajak abang dia dan adik lelaki dia pergi sama-sama ke rumah tersebut immediately selepas dengar bunyi guli jatuh waktu tu…
Lepas tu sahih, memang tiada orang…
Selepas beberapa bulan, abang kawan saya berpindah sebab rasa seram dan bunyi tu memang tak pernah nak berhenti pun…