31 May 2013

Expose Mistik : pengalaman2 seram.


assalamualaikum kak peej...

dah lama x share cita mistik kat blog kak peej.. 
last saya kongsi EXPOSE MISTIK : SEEKERS.
ok, kali ni saya nak share banyak cerita. sorry la kalau boring sikit ye.. :)

1st
saya baru lepas habis SPM 2012. 
so dah lepas SPM, layan movie aje la kan kerja saya.
selalunya saya layan movie Korea sampai pagi. 
kadang-kadang sanggup tak tidur. 
lepas subuh baru tidur sampai tengah hari. hehehe. 
abang n kakak saya dah kahwin, so tinggal aje la saya kat rumah sorang2 bila abang dah pindah rumah lain kan? 
hujung minggu aje dia balik lepak sini kejap. 
selalunya dia balik hari Jumaat and kalau dia balik tu mesti nak main futsal waktu malam lepas tu dia akan stay kat sini. 
nak dijadikan haritu, kalau tak silap saya hari khamis kot. 
kakak saya balik rumah mak mertua dia, ayah dan mak saya dah tido. 
waktu tu dalam pukul 12 tengah malam, masa tu saya tengah layan funny show Korea. 
dah kalau funny show, tak gelak mesti tak sah kan?
Tergelak-gelak la saya sorang2 masa tu tengok show tu. 

bilik saya dekat tingkat atas, depan bilik saya bilik parents saya. 
tingkat bawah, bilik abang n kakak saya. 
so, bilik saya dengan tingkat bawah ni kalau orang tekan suis, orang tarik kerusi, bukak tv, saya boleh dengar la dari atas. 
dah jadi habit abang saya tengok tv sampai last-last tv yang tengok dia. 
k, sambung balik, bila gelak-gelak tu (gelak slow aje sebab saya tahan dari gelak kuat-kuat), saya dengar macam ada orang tekan suis lampu kat tingkat bawah. 
saya stopkan kejap show tu, saya fikir," hari ni hari khamis, takkan abang balik dah kot? sebab jumaat dia kerja. mungkin balik nak main futsal kot". 
macam-macam saya fikir n last-last saya yakin abang saya balik rumah. 
saya dengar macam bunyi ada orang bukak tv, so lagi la saya yakin abang saya dah balik sebab kakak saya dah cakap dia akan balik lusa.

saya punya style, tak takut nak keluar bilik turun bawah minum air kalau saya tahu ada orang tak tidur lagi dalam rumah saya tu. 
so, at that time, dah saya yakin abang saya tak tidur lagi, saya pun bangun dari katil then turun bawah. tapi saya rasa pelik sebab tingkat bawah gelap aje n tv tak bukak pun. 
mula rasa tak sedap hati, saya beranikan diri (buat-buat berani sebenarnya) turun bawah sambil dalam hati saya cakap "abang mungkin dah tidur dalam bilik dia.". 
saya pun bukak la lampu ruang tamu, bagi terang sikit kurang sikit rasa seram tu. 
saya nak pergi dapur kena lalu bilik abang n kakak saya. 
masa saya lalu depan bilik abang saya tu, saya rasa muka saya memang pucat dah waktu tu, coz bilik abang saya terbuka n gelap. 
so saya nak make sure kan abang saya balik rumah atau tak, saya pun masuk bilik dia bukak lampu, KOSONG! 
tak ada sesape pun dalam bilik dia. 
masa tu la bulu roma saya meremang. 
sah, memang ada benda nak kacau saya malam-malam. 
saya rasa macam nak menjerit aje masa tu, tapi saya tahu, 'dia' lebih suka kacau kalau kita takut, so saya coolkan diri kejap, saya tutup lampu bilik abang saya n tutup lampu ruang tamu, saya terus naik bilik. masuk-masuk bilik terus saya tutup laptop saya n terus selimut satu badan. 
n then saya bukak balik selimut tu sebab saya terbayang 'dia masuk dalam selimut.' (sempat lagi berangan.) 
saya terus pejam mata n paksa diri suruh tidur. 
5 minit macam tu, saya dengar macam bunyi orang naik tangga nak naik tingkat atas, sebab tangga saya mcm ala-ala  kayu + besi, so boleh dengar la kalau ada orang naik or turun. 
"dia" nak kacau lagi. 
saya terus paksa tidur lagi sekali. 
n then, saya dengar bunyi orang ketawa mengilai. 
aihhh.. serammm masa tu. 
ketawa sebijik macam dalam cerita hantu. 
dalam 5 minit macam tu, terus hilang n saya pun tidur. 
esok tu, bangun sambung balik cite Korea yang tak sempat nak tengok. 
tapi serius kalau ingat balik memang seram. 


2nd 
benda ni jadi kat cousin lelaki saya n terjadi di kampung saya, Pahang.
kalau kat kampung kan, malam-malam memang sunyi, orang tak keluar rumah sangat n jalan pun gelap. 
kampung saya ni kawasan pantai n banyak la pokok2, semak-samun sikit. 
jalan dalam kampung saya ni kiri kanan penuh dengan pokok kelapa. 
so, sempadan nak pergi kampung sebelah ada la pokok besar n semak sangat kat situ, pokok besar ni kiri kanan jalan ada, kalau lalu jalan tu redup la kan sebab pokok tu lebat. 
so, satu malam tu pak lang saya ni tak kahwin lagi, umur dia dalam 29+, ajak la cousin saya ni, Razif teman dia pergi mana tah tapi lalu kawasan kampung sebelah la n lalu la pokok besar tu.. 
henfon pak lang saya bateri low, so dia pinjam henfon si Razif ni yang kebetulan pakai dua fon. diorang pergi kedai telefon kalau tak silap, pak lang saya nak beli charger fon sebab yang dia dah rosak. 
diorang naik moto masa tu and yang bawak moto tu pak lang saya. 
waktu tu tak silap dalam pukul 11 lebih nak masuk tengah malam dah, diorang on the way nak balik rumah. 
n diorang tengah nak lalu kawasan pokok besar tu, entah macam mana pak lang saya pegang henfon si Razif ni sampai terjatuh betul-betul kat kawasan pokok besar tu. 
pak lang saya berhentikan moto atas jalan kat pokok besar tu. 
Razif pun turun la moto nak cari henfon dia satu lagi, dia guna torclight dari fon dia, cari henfon dia yang jatuh kat kawasan tu. 
waktu tu kawasan memang gelap n lampu jalan memang tak de, ada pun jauh dari pokok besar tu, pak lang saya tunggu atas moto cari guna lampu kat moto tu. 
Razif dan jauh sikit dari pak lang saya, sampai dia tak sedar pak lang saya dah tak dak kat situ, khusyuk dia cari henfon dia sebab jatuh dekat dengan semak kan? 
so terbongkok-bongkok la dia cari. 
n then dia kata, dia dengar suara pak lang saya tanya dia "Zif, cari apa tu?" suara yang macam garau sikit. 
dia ingtkan pak lang saya yang tanya, so dia pun jawab la "Cari henfon la pak lang, kan jatuh tadi. pak lang tolong Zif cari sama." Razif jawab tanpa toleh belakang. 
suara tu pun diam. 
sunyi aje Razif rasa masa tu n tiba-tiba bulu roma dia meremang. 
dia rasa seram sejuk. 
dia panggil pak lang saya sambil toleh belakang tempat pak lang saya berhenti tadi n KOSONG. 
pak lang dah tak dak. 
masa tu dia tak fikir apa dah, dia terus pecut lari balik rumah. 
jarak dalam 250 m la nak sampai rumah dia. 
dia lari tak pusing belakang dah. 
sampai-sampai rumah terus masuk tidur. 

oh, lupa nak cerita, rumah Razif dengan rumah nenek saya selang sebuah aje. 
pak lang duduk rumah nenek so malam tu Razif tak jumpa dengan pak lang saya.
esoknya, dia bangun dia pergi rumah nenek saya.
kebetulan saya dengan pak lang tengah sarapan kat luar rumah tegur si Razif , "Kau pergi mana semalam? pak lang panggil tak menyahut pun, kau tinggal pak lang n balik rumah eh senyap-senyap?" 
Razif yang baru nak duduk atas kerusi terkaku n terus tengok saya n pak lang. 
"Biar betul pak lang? saya ingat pak lang yang tinggal saya? saya sampai rumah 12.30 mlm." 
pak lang terkejut. 
razif cerita balik apa yang berlaku semalam. 
saya yang dengar dah meremang bulu roma. 
selepas sarapan, kami bertiga jalan kaki pergi ke pokok besar tu, payah kalau nak naik moto 3 orang lagipun saya yang nak ikut sangat. 
so kami pun pergi la ke pokok besar tu, cari punya cari henfon si Razif ni, ada kat tepi jalan. Razif terkejut n dia cakap dia dah cari kat kawasan tu banyak kali tapi tak dak. 
kami pun balik rumah cerita pada nenek dan yang lain. 
nenek cakap, kat kawasan tu memang ada benda pun. 
so sekarang, suara siapa yang tegur Razif malam tu???
 *:-/ confused hishh.. syeraaammmm..*:-? thinking


3rd
Kembali ke alam persekolahan saya balik. 
benda ni jadi waktu form5. 
waktu tu saya jadi salah seorang fasilitator sebuah kem ibadat. 
kem ini untuk budak form 1,2,3. 
buat di sekolah la kan, waktu tu nak maghrib, diorang bersiap nak solat maghrib la kan. 
kebetulan waktu tu saya PMS n ada 2,3 orang fasi yang PMS macam saya, so kitorang pun tolong la bina khemah kat padang sekolah. 
lepas siap khemah, baru la azan maghrib. 

kem ni memang cikgu tak masuk campur langsung, cikgu just datang, jadi pemerhati n kalau kami perlukan bantuan cikgu, baru cikgu masuk. 
cikgu nak tengok kebolehan kami menguruskan sesuatu event. 
so kami uruskan semua. 

masa azan maghrib, kami kena kumpulkan budak2 masuk surau sembahyang jemaah. 
cikgu suruh kami kira berapa orang pelajar, cukup atau tidak dengan bilangan yang daftar. 
so kami pun buat, kira punya kira terlebih seorang, ingatkan salah kira or apa kan, tapi kami dah kira lebih 10 kali seorang. 
stil lebih seorang. 
tak nak kasi budak2 takut, kami just hantar isyarat antara satu sama lain. 
cikgu pun tak tahu masa tu sebab cikgu tengah ambil wudhuk.
waktu tu just seorang cikgu aje sebab cikgu-cikgu yang lain akan datang tengok lepas isyak. 
kami panik sikit, n then ketua fasi kami pun azan. 
budak2 hairan la sebab azan dua kali, kami pun kasi alasan mcm2 sampai diorang diam.

lepas tu, kami kira balik bilangan pelajar n alhamdulillah cukup n tak lebih.
lepas tu kami ada ceramah sedikit n bacaan yassin lepas maghrib. 
waktu tu saya n beberapa orang yang PMS n lelaki siapkan makan malam. 
waktu tu kami dengar bunyi bising dalam bangunan kelas. 
so, kami pelik la. kami ingatkan ada budak2 yang nakal masuk dalam bangunan. 
pintu tangga bangunan tak berkunci untuk spare part kalau hujan kami tidur dalam kelas.

so, dua orang budak lelaki, Syah dan Naim pun naik la cari budak2 yang nakal tu. cari kat mana sumber bunyi macam kerusi di tarik, meja di tolak, sampai saja depan kelas tu, mereka rasa seram sejuk n meremang bulu roma. 
mereka baca ayat kursi n segala jenis ayat yang diorang hafal. 
mereka nampak satu lembaga hitam ada dalam kelas. 
Syah dan Naim ni berani sikit orangnya so si Syan bacakan ayat-ayat yang dia hafal kuat-kuat, n si Naim call ketua fasi kami, Hakim yang menjadi imam n pemberi ceramah kepada budak2. 
Naim call suruh pendekkan ceramah tu, n terus baca yassin kuat-kuat kalau boleh satu kawasan sekolah dengar. 

saya yang tengah bakar ayam terkejut bila dengar Hakim baca Yassin dengan volume kuat. 
masa tu, saya rasa tak sedap hati dan seram sejuk, terus saya call Naim tanya macam mana bunyi bising tu. 
Naim kata tak ada apa-apa. kucing aje. 
Naim just tak bagi saya dan yang lain-lain takut. 
so, waktu tu, lepas aje Hakim bacakan yassin, lembaga tu pun hilang dan tak de dah bunyi bising-bising tu. 
Naim dan Syah turun dari bangunan dan pergi ke tempat siapkan makanan dengan muka yang slumber macam tak ade apa-apa yang berlaku. 
selepas solat isyak, kami adakan aktiviti sampai pukul 1 pagi. 
Alhamdulillah, tak ade apa-apa yang terjadi lepas tu. 
semuanya berjalan dengan lancar, cikgu pun puas dengan hasil kerja kami dan budak2 happy. 
saya dan rakan2 fasi yang lain tak tahu cerita ni sampai la habis kem baru Naim, Syah dan Hakim cerita. 
kami semua terkejut. 
Hakim kata, dia ada dengar bunyi bising dalam kelas dan dia dapat agak apa yang terjadi. 
tapi dia teruskan sahaja memberi ceramah sehingga Naim suruh baca Yassin. 
diorang cakap benda tu marah sebab kitorang adakan kem ni.

4th
ni terjadi di sekolah juga. tapi benda ni terjadi pada budak lower form. budak form3, Syifa. 
nak dijadikan cerita, dia ni period masa kat sekolah, so dia nak tukar pad n dia tak cuci pad dia tapi dia terus letak macam tu aje kat tempat nak flush tandas tu (pengotor n pemalas kan?). 
tak tahu la macam mana keadaan pad dia masa tue. 
dia pergi tandas dengan kawan dia. 
so bila dia keluar tandas, budak-budak lain tengok dia pelik aje. 
muka pucat semacam, ada yang dah histeria, menjerit macam kena rasuk.
so dia terkejut dia tanya kawan dia, kenapa dengan budak tu, histeria kenapa? 
kawan dia tengok dia, kawan dia berubah pucat n terus lari pergi jumpa cikgu. 

budak-budak yang lain dah banyak yang histeria, cikgu-cikgu terkejut la bila jadi macam tu. 
kawan dia cakap, dia nampak lembaga hitam ada kat belakang syifa. 
lembaga tu ikut aje syifa pergi mana, seolah-olah bayang-bayang. 
ustaz dan ustazah semua pergi tengok tempat kejadian. 
budak-budak yang histeria semua dah ditenangkan oleh ustaz, ustaz baca ayat quran dan renjis air di muka diorang. 
si syifa ni tiba-tiba nangis n then meraung. 
ustaz terus baca ayat quran then renjis muka dia. 
ustazah sapu air ke muka syifa. 
lembaga tu pun lesap. 
lembaga tu boleh dilihat certain people aje n kebanyakkannya budak pompuan yang boleh nampak.
syifa macam tersedar, dia tanya ustazah apa yang dah jadi,. 
ustazah tanya syifa balik, "kamu ada buat apa-apa tak tadi?" 
syifa macam tengah berfikir n then dia terus cerita pada ustazah tentang pad yang dia tinggal macam tu aje. 
ustazah geleng kepala bila dengar. 
ustazah terus arahkan dia cuci pad dia. 
esok tu pula, kecoh satu sekolah fasal benda ni. 
saya macam tak percaya bila dengar cerita ni tapi cikgu kaunseling buat perjumpaan untuk semua budak perempuan sahaja. 
cikgu cakap soal period, soal pad tak boleh letak macam tu saja dalam tandas, barulah saya percaya cerita tu. 
ya la, lagipun benda tu memang suka darah kotor pun kan? 
hish, jadi risau pula bila time period, tambah-tambah bila ingat cerita ni.

p/s:-
panjang pulak cerita kali ni. sorry ye kak peej. :)
banyak lagi cerita ni, tapi nanti2 la yer saya post kan.
btw, thanks for publish my story.

-Farah Finas-
..............................................................................................

lambat sikit aku post hari ni.
sebab terlalu busy n keletihan.
tadi around 9ish aku tertidur.
terjaga around 11ish.
lepas buat kerja bagi tracking num n all.
baru teringat hari ni patut share expose mistik.

seronok baca cerita ni.
seram2 meremang gak aku.
seronok baca sebab teratur betul adik ni cerita.
ejaan semua ok. mostly cerita expose mistik semua aku kena betulkan ejaan sebab banyak guna ejaan gaya baru tu kan.
bukan apa. aku memang faham tapi pembaca aku ada yang golongan berumur.
risau dorang tak faham.
so bila tengok karangan adik ni elok je, seronok. baru habis SPM katanya harus la cara penulisan pun baguih lagi. BM dapat A1 ke dik? hihihi.
dia buat gaya karangan perenggan. tapi aku jenis if baca macam tu mata al julings.
so aku yang edit setiap ayat bagi barisan baru. senang baca kan.

terkejut aku bila adik ni kata dia baru abis SPM.
tak sangka aku ada pembaca muda.
ingat semua lingkungan 20an or lebih. :p

siapa nak share cerita expose mistik boleh email aku ye.


27 May 2013

Unifi buat hal

Ke melaka last weekend.
So kata tggl rumah lama.
Aku mmg cabut semua plug.
Keselamatan.

Semalam sampai rumah around 2am.
Memang aku x online apa sangat.
Masuk tidur sebab kepenatan.
Gila kau dekat 4 jam nak sampai KL.
Penat bukan sebab aku drive tp penat kematu bontot duduk x dpt strecth. Huahua.

Laptop aku tertinggal kat rumah mama.
So segala online dpd hp je.
Membalas itu ini.
Then sedar wifi aku xde.
Maknanya pakai data la.
Data nak max limit dia.
Whattt.

Terus call unifi punya call centre.
Memang prob. Dah try memacam tak boleh.
Baru nak report bla bla. Xtau la bila technician datang.

So now segala urusan sementara aku pakai phone je.
Tau la line phone ni kekadang macam harem.
Kalau 3G ok la.
Kalau dia edge apa pun aku xleh buat.
So nak pantas mengreply whatsapp ke apa payah. 

Hopefully esok ada la technician kan. 
If tunggu few days al pitams la.
Susah sebab bila kerja kau memang kena ada internet baru kerja jalan

Nanti i update lagi yek.
Banyak urusan hari ini.
Nak keluar ni. 
Ok chiow. 

25 May 2013

Bercuti

Salam to all,

Sorry x reply email, whatsapp, sms yg order or buat payment untuk barang2.
Currently not at home.
Sbb aku ada wed cousin weekend ni.
Akan blk tomorrow.
Jadi dah selamat sampai, akan ku mula bekerja kembali.
Sorry lambat inform. Andai ada tang tertanya2 why aku x reply n sepi je.
;)


23 May 2013

Expose Mistik : Rumah Kuarters

Salam,

Kak peej, saya silent reader blog akak & ur mom sejak bertahun yg sudah...
saya nak kongsi citer time saya muda2 remaja dulu dalam tahun 1997 kot pasal rumah kuarters yg kita org satu family duduk.
Abah saya keje ngan Jabatan Pertanian, so kita org dapat dok satu rumah dalam kuarters kat negeri Kelantan.


Bilik 2
Tandas
Bilik 3
Dapur
Bilik depan
Ruang tamu


Rumah ni mmg agak besarla, ada tiga bilik.
Saya ngan adik beradik tido bilik depan sbb bilik depan agak besar jd bolehla memuatkan dua katil bujang dan satu katil double decker bg kami empat beradik.
Saya share katil dua tingkat tu dgn adik pompuan yang setahun je beza umur dgn saya.
Saya tido katil bawah, adik saya pulak tido katil atas. 

Satu malam tu, dalam kul 12 lebih kot, saya takleh tido sbb panas.
Punyala pusing kiri kanan tapi mmg takleh tido.
Dalam samar2 cahaya lampu tido tu, tetiba pintu bilik kita org terbukak padahal kita org mmg tutup rapat je pintu tu.
Kejap je, dlm beberapa minit, pastu pintu tu tertutup balik. Nak tengok takut.
Saya sedapkan hati, my parents yg bukak pintu tu coz nak check kita org adik beradik. (time kecik2 slalu abah atau mak check kita org adik beradik tiap2 mlm). 

Tp tiba2 saya teringat yang abah mmg xde malam tu coz lawatan kerja, jd my mom suh kunci pintu dari dalam. Bila ingat je bnda tu saya mula menggigil.
Saya tengok adik2 yg lain lena je.
Dalam tak tau nak buat apa tu, saya dengar adik pompuan yang tido tingkat atas tu berbisik, " sis, ko nampak tak tadi pintu tu terbukak?? bukan kita da kunci ke? ".
Dengar je suara dia, saya bingkas bangun jenguk tingkat atas, adik saya tu pon dah terbangun dan turun ke bawah.
Kita org amik keputusan nak tengok sama ada pintu tu betul2 kunci atau tak.
And guest what, pintu tu mmg berkunci!
Kitaorg mmg menggigil giler time tuh.
Sampai pagi xleh tido n juz dok je atas katil sampailah kitaorg dengar our mom bangun barulah kita org bangun. 

Bila tanya abah, abah ckapa xpelik coz dulu2 belakang umah kita org tu tempat pemujaan.
Jadi benda tu mmg ade lagi. Juz dia xkacau je dan kadang2 usik camtu je.
Lama jugakla kita org dok umah tu dan mcm2 benda yang kita org kena.
Pernah kita org tido kat ruang tamu and kita org nampak ada something merayap masuk dapur.
Ada jugak time pintu terkunci sendirik sampai kena tendang baru boleh bukak.
Macam2lah....Last2 kita org pindah coz abah kena tukar ke tempat baru.
Dekat tempat baru ni pon kita org dok kuarters.
Rumah yg amat besar coz dua bijik rumah dijadikan satu.
Ingatkan oklah rumah ni, tapi malangnya lagi teruk gangguan kita org kena. 

Oklah, utk kuarters kedua ni citer lenkalilah plak.
Sorry kak peej kalau bahasa tunggang langgang, saya taip time jaga bebudak exam....hehe....curik tulang. 

OK kak peej, till then...wassalam.

-che nur ain-

18 May 2013

Nasib malang untuk hari ini

Bangun almost 12pm.
Kelam kabut terus mandi.
Then pack brg sebab nak kejarkan nak post barang before 1pm.
Amik hp sebab transaction thru whatsapp.
Elok pegang hp n nak amik borang poslaju.
Ngan mochi sibuk main kt kaki aku.
Tersadung dia kedepap hp jatuh.
Ah angkat letak atas meja.

Ambik barang pack.
Then nak tulis alamat kt borang.
Tgk screen gelap.
What is this?
Hoi aku nak salin alamat ni.
Terpaksa baling2 hp atas meja.
Ok nampak sikit screen.
Tp jenis mcm tv if rosak tu. tau tak.
Ok nasib belah atas suku screen still boleh nampak cuma color dah merah2 oren.
Selamat dapat salin alamat.

Ok siap n terus post.
Terus bergegas ke post office. Nasib sempat.

Then terus ke wangsa walk n tgk kenapa ngan hp ni.
Dia kata mmg kena tukar screen.
Dah plan ni. If kos lebih dpd rm500 aku tukar hp baru.
If lower than that then kita repair je.
Sekali dia kata rm200. Ok selamat.
So repair. 40 mins je.

Semenara gi makan ayam penyet.
Elok abis makan siap.
Then singgah beli pau n air soya utk umah.
Ke rumah mama.

Ada customer amik tabita.
Settle tu nak tuang air dalam teko.
Elok tuang teko mcm senget nak terbalik.
Capai teko, terlepas pegang plastik lalu tumpah air soya ke lantai, baju n seluar.
Aaaaaaaa stress. Apa nasib malang berganda ni.
Nasib beli 2 bungkus air. Takda la terkilan sangat.

Terpaksa la tukar baju.
Aku dah la takda baju sini.
Ada pun baju duk rumah.
Dah la kejap lagi Mr.B ajak gi tengok abah.
Hoi buruk bebenor rupa aku ni.
Tapi kang tak pergi sentap lak dia.
Dah la panas2 ni org rehat n tidur dalam rumah, dia sibuk berkemas kat porch umah mak aku ni.
Siap basuh kolam ikan semua.

Tak abis malang itu.
Aku suka tukar screen baru ni sbb screen lama aku kan ada sumpik sebab jatuh dulu.
Ni dah takda la.
Then tadi aku pakai screen protector.
Amik privacy punya la konon.
Niw aku pening bila ngadap screen sbb dia mcm berbalau ke apa. Tp x sedap la membaca or tgk pic. Uwaaa.
Ada aku cabut later ni.
Melayang rm30.

Pastuuu tadi kelam kabut keluar.
Aku lupa bawak charger. 
Now battery aku dah merah.
Niceeeee.

Baru kul berapa dah malang berkali-kali ni. Hmppphhh.

P/s: update pakai phone ni. Harap maaf if typo menggila. 

17 May 2013

resepi nasi goreng express.

alang-alang ada pics ni kita share sini.
aku selalu masukkan pic kat ig if aku buat nasi goreng.
pastu cakap nasi goreng express.
nanti ramai la kata express-express pun jadi nasi goreng.
maknanya bukan express la.
why kata express?
sebab ini.





aku memang macam ni.
aku suka if pergi giant beli ayam or daging siap potong macam ni.
khas untuk nasi goreng ke mihun ke.
senang weyh. yes im pemalas like that.

sambal lak if la aku masak sampai before that kan.
make sure buat banyak gila.
so aku goreng sampai nak masak tu.
sebelum masukkan garam ke apa
aku akan keluarkan asing semangkuk kecik macam tu.
simpan dalam fridge. nanti nak masak senang weyh.

so selalu just masak nasik n potong sayur je tinggal.
lain dah ada.
nasik pun if nasi sehari sebelum tak abis. kau simpan dalam fridge. esoknya boleh guna.
tapi usually tak dapat la umah aku ni.
sebab aku memang tak masak banyak pun nasi.







bahan-bahan

-nasi 2 pot
-ayam cincang sepeket.
-cili kering segenggam, bawang sederhana 2 biji, bawang putih 2 ulas (blend)
-sayur kacang buncis
- telur 2 biji

cara masak

- panaskan minyak n masukkan bahan di blend tadi. masak.
- halfway masukkan ayam.
- masukkan satu sudu pati ikan bilis knorr (aku suka pakai ni untuk nasi goreng. sebab aku rasa dia bagi rasa sodappp)
- bagi ruang kat kuali n masukkan telur tadi. bagi masak then baru gaul semua.
- masukkan sayur.
- garam secukup rasa.
- masukkan nasi n gaul.

hasilll?
terbaik.
matiklah puji kan



simple mudah sedap.
tapi nasi goreng paling favourite aku macam bawah ni.
semua sama except instead of cili kering. aku pakai cili padi.
aku suka pedas so aku memang akan pakai banyak cili.
paling sikit 15 biji la. selalu banyak daripada tu la. ;p
then aku suka daging so pakai daging. 
walaupun warna takda. tapi try rasa tengok.



serba salah aku masa filla datang rumah dia nak nasi goreng kan.
dah la tetiba dah sampai umah aku kul 12 mcm tu.
aku dah bangun kul 10 konon nak beli bahan nak masak.
tapi ngantuk ah. tidur balik.
dia sampai tu aku elok baru bangun 5 minit boleh. haha.
so takda la nasi goreng untuk mu filla.
aku order dominos pizza je

paling takleh blah dia siap keek nak nasi goreng aku.
pastu malam siap keek masak nasi goreng sebab kat umah aku takda.
so malam dia buat sendiri.
hoi bersalah aku.
nasi goreng je pun.
tah bila nak bagi dia makan tah.
minggu depan dia dah start kerja.
kalau aku buat makan-makan or minum petang aku buat la yea.
khas untuk kau je.
sebab apa jadah panggil orang makan2 tapi buat nasi goreng je kan.

so bagi adik-adik yang baru nak mencuba-cuba masak.
boleh la try resepi bongok2 ni yea.
korang yang otai takyah la tengok resepi begini.
bikin malu je.

16 May 2013

Expose Mistik : Asrama Lama


hai peej
meh nak sharing sikit yer citer serem ai
citer ni around 10 years ago kut
mase tuh aku cont form 6 kat sekolah kampung
sebelom tuh aku sekolah kat sg buluh, sde
pastu tetibe parent aku decide nak anta aku form 6 kat sekolah kampung
memang agak memberontak la weh
hoi memang agak mencabar tau
budaya, kawan2, cara hidup
plus dok asrama buruk
memang uzur weh
ok, kalau lalu depan sekolah tuh memang tak nampak keseraman pon
cume zaman mak2 dulu, around 60an, 70 an or 80an ade kes student hilang
ade kate hilang, dalam toilet, yang tinggal rambut, mata n darah jer
lepas tuh toilet tuh terus tutup sampai tahun 2003 baru bukak balik
sebab mase tuh keadaan uzur giler dengan masalah air
dah la asrama jauh ke belakang, kena naik bukit sikit nak ke asrama
so pagi kena bangun awal nak mandi around 4.30
kalau tidak kena la berebut, dengan budak2 form 3, 4, 5 yang berlagak ala2 senior
konon dah after2 nak mandi, so tak boleh potong turn
pili air dah cop after after hokay
maklumlah menghuni asrama sejak form 1, bajet paling senior la tuh
even kita paling tua pon, still junior hokay
memang aku menyampah dengan bebudak kampung time tuh
gigih la aku bangun ngan member katil sebelah tau
oleh kerana air tak sampai ke asrama yg jauh dibelakang
kami terpaksa ke bangunan depan
di mana toilet itu adalah toilet yg sekian lama dikunci tapi baru dibuka kembali that year
Masa tuh aku berdua jer ngn niza (bukan nama sebenar)
jam kira2 4.00 am lebey sikit kut
sambil menapak jalan ke depan yg jauh tuh
aku pasan la niza asyik dok toleh belakang
tapi aku tak berminat nak tanya
pastu bila sampai kat toilet tuh aku rasa lain mcm
walhal da tiap2 hari kut mandi kat situ
bile tolak jer pintu pastu swtich on lampu
tetibe lampu nyala n terus berkelip2 ko
sejibik la macam filem seram
kan dalam movie bila ada entiti, haruskan lampu tuh lip lap2
pastu aku tanya kat niza nak mandi kat situ ker
sebab aku tak sedap ati
niza kata "jumlah kita balik asrama, mandi jer la air yang ada"
thats mean niza pon cam tak sedap ati
so kami pon cecepat jalan
sambil menapak ker asrama
aku terpandang kelas ujung sebelah laluan
mase tuh la aku ternampak entiti
berdiri dihujung meja sebelah depan
sambil menghadap ke arah kami
tp muka aku tak nampak
sbb cahaya lampu jalan hanya tempias dr bahu ke bawah
dari paras bahu aku nampak rambut kiri n kanan panjang ke bawah pinggang
baju kusam warna putih kekuningan dan buruk
so..aku terus kate dlm hati
BAYANGAN SENDIRI SEBAB AKU TERLALU PIKIRKAN

langkah kaki ketika itu makin laju
laju aku melangkah
laju lagi kaki niza  melangkah
pastu sesampai kat pagar hostel
aku tanya niza "awak nampak tak apa saya nmpak?"
dia jawab tak
aku tanya balik "habis tuh kenapa jalan macam nak berlari?"
dia jawab "sebab awak jalan laju"
huaaaaa.. stress
pastu dia tanya pulak "mase on the way gi toilet depan, awak dengar tak apa saya dengar?"
aku jawab "tak, tapi saya perasan awak asyik tengok belakang"
dia kate "saya dengar ayu panggil saya suruh tunggu dia."
ayu tuh kawan kitorang tapi dorm lain
"hah yer ker" aku double konfem
dia jawab "iya la, banyak kali tau dia panggil"
teruis gigil n lelaju masuk toilet hostel
sekali ramai da yang tunggu turn..
pastu sambung lagi story
"awak perasan tak lampu kat toilet depan tuh kelip2?" liza tanya
aku jawab "perasan"
"mlm tadi lepas prep kita gi ok jer kan lampu tuh?" niza sambung
"aah la niza, pagi ni lain macam plak, awak dengar ayu panggil, smpi toilet lampu kelip2, pastu mase balik saya nampak ade org tenung kita" jelas aku panjang
weh terus gigil kami berdua tapi syukur tak demam..
pagi tuh mase da sesiap jumpa ayu kat depan dewan makan
"ayu pagi tadi awak nak ikut kita orang gi mandi kat depan ker?" aku tanya ayu
"eh mane ade, aku da after budak form one." ayu jawab
huaaaaaaaaaaaaaaaa serammmmmmmmmmmmmm
since tuh kami tak berani gi berdua ker toilet depan tuh
unless berlima or berenam baru berani
tuh story di satu pagi..
meh aku nk story hari pertama aku bangun nak mandi
kat hostel tuh
yerla, aku ni mane penah dok hostel
aku memang kejutan budaya la
nak2 masuk hostel kampung
aurat sumer wajib jaga
mandi tak boleh bogel2 sbb mandi reramai
share air sebekas tau.. memula memang euww
tapi lelama seronok weh
aku pagi tuh semangat giler bangun kul 4
hari 1st kan
kalau boleh taknak la mandi share2, tak biasa
aku terus kejut niza ajak mandi
dia kate jap gi dia bangun
aku pon turun dulu
toilet asrama aku tuh gelap
lampu rosak bertahun dah tak berepair
warden pon lelap mata jer
dah tuh kena guna toilet aras bawah jer
coz toilet aras 1 n 2 tersumbat tak berepair
heaven aku weh dpt mandi air banyak
pagi tuh paip mencurah la sbb takde org len guna kan
aku pon tengah sesedap shampoo tetibe dengar bunyik org turun tangga
ala2 berlari tau
tapi punya la lama mengalahkan turun tangga dari aras 10
2 tingkat jer kut
asal tak sampai2 lagi
aku pon jengah
eh mane ade org
aku sambung lagi mandi
pastu dengar lagi..
aku jerit la "niza awak ker tuh?"
perhhh tak de jawapan
so aku cecepat jirus n salin baju n naik dorm
WHAT??? niza tengah tdo
and one more WHAT????.. kul 3.00 pagi weh..
gigil aku pagi tuh
terus bisu aku
baring n tetido plak
esoknya aku citer kat niza
dia kate lenkali kalau nak gi mandi make sure ramai2
pastu kat asrama tuh jangan mention nak bangun kul bapa.. nanti ade org kejutkan awal 
perhhhh
sambil menaip n mengingati
meremang2 la segala bulu ni haa..
ok la, sekian yer..
Peej, if u share my story, Thanks alot.. 
by the way, kisah ini 10 tahun yg lepas.. 

Tata ols

-deliana-

08 May 2013

4th - 9th

Ok belum masuk 9th la time menaip ni.
Tp its already 11ish. By the time abis menaip 9th la.
Ni ada some pics pedd amik masa aku admit hari tu.





Aku dah tukar ward.
Wad stabil katanya.
Dimana ngan girangnya sampai senyum meleret2 aku cakap bye kat teman satu ward.
Tukar ward yg lebih sunyi.
Tak ramai pun patient. Tak sampai 10 orang pun. Nice.
Dapat bilik. Semua ok selesa bla bla.
Satu je slack sbb takda main plug kat kepala katil aku.
Tapi katil tengah sampai dua ada.
Bungok.
So nak charge hp payah. Tu je tak suka.



Semalam aku emo.
Menangis sepanjang malam.
Sebab aku homesick sangat2.
Aku rindu fam aku, suami aku, kucing2 aku, business aku.
Takleh tido until 3 am. Bengkak mata nangis bawah selimut.



Pastu pagi berkobar tunggu doktor round. Dengan harapan kata leh discharge.
Well well well. Doktor tak bagi!
Dia nak observe la apa.
X suka keputusan yg doktor ward sebelum buat, dia nak try cara lain.
Kat situ gak aku nangis ok. I wanna go homeeeeee!!!!
Tapi ada dia kisah ke apa kau nak.

Setelah berapa hari kat sini.
Kau bayang dah pindah ward n ward stabil katanya baru kau nampak kerja berjalan.
Baru tadi aku check up sana sini.
Jumpa gynae, scan apa semua.
Kalau tak tertongok je 4 hari. Grrrrr.

Yang letih ialah there's too many doctors.
Masing2 ada pendapat masing2.
Yang ni nak lain. Ok so start all over again n monitor. Monitor atleast amik sehari ok!
Pastu petang dtg specialist lak garang2 kecoh2 kat doktor2 lain, kata asal aku dah lama sangat ni. Apa selama ni dorg buat.
Dah dia lak bagi pendapat lain, n arahan lain lak.
Paling baru aku tau by pagi jumaat pun aku masih dalam keadaan dorang nak monitor tu ye. Syabasssssss.

Aku dah pasrah.
Tapi boleh tahan mental la.
Sangap kot!
Hiburan aku hanyalah radio dpd station nurse dpn bilik ni. Sayup2 je dengar.

Online tak sangat sbb aku stress everytime org tanya bila aku nak start meniaga. 
Siapa taknak. Tapi dah aku terkurung sini apa boleh aku buat.
Dengan tak tau bila leh keluar. 
Dah 6 hari ok dalam ni.

Best layan youtube.
Tapi ada ke wifi.
Bayangkan aku layan dalam 10 video je.
Data aku dah nak 200mb jalan. 
Kims betul.
Aaaaa stressss.

Hoiiii nak balik. Bape lama la kat sini. 
Nasib mlm tadi noy n p.g datang. 
Aku suruh noy belikan shaver.
Sbb sendiri tak dapat beza ni kaki sendiri atau landak. Amazon sangat.

Oh sini makan sadis betul.
Mati kebuluq mak nak.
Bayangkan last meal petang kul 6 dpt makan nasi, ayam goreng cenonet n sup su'un. 
Malam kul 10 dia bg la susu panas n roti n butter.
Ngan aku xleh tidur nya.
Lapar gila n excited tunggu breakfast!
Sekali dtg menu sama mcm supper tu. roti n butter. Tak kau rasa nak angkat tray tu hempuk balik kt kepala org tu. uwaaaa.

Sebab makan bercatu begitu.
Berat aku turun lagi 1kg.
Dalam masa sehari.
Tu aku tweet, aku rasa agaknya by the time aku discharge nanti terus badan khloe kardashian kau. Hahahahaha.
Matiklah verangans kan.

Banyak bebel kan.
Sangap weyh. Apa lagi pun boleh buat.


Ni latest amik petang tadi.
Amazon sangat dah. Comot toksah cerita.
Paling comot kot kat ward.
Sbb aku tgk makcik2 sini rajin la. Lepas mandi berbedak bercelak bagai. Amboihhhh. Aku kosser.
Berlengas n berminyak muka. Berapa lama x basuh muka ni.
Sbb tau la harap org pack kan barang mmg x lengkap la peralatan.

Ok la tu je.
I nak minum. Later kena puasa esok pepagi dorang nak amik darah bla bla. Layankan.
Tata.

P/s: untuk customers, selagi aku tak inform kata aku dah discharge maknanya im still here ye. Jangan tanya dah sihat ke? Sbb if sihat pun tp dlm hospital nak buat kerja mcm mana kan? Takkan nak bawak semua kerja aku ke sini pulak kan. Kahkahkah. If nak urgent sangat, barang aku jual ramai orang lain jual. Boleh try beli ngan yang lain2 dulu ke. Aku pun tak menjangka lama macam ni warded. Ye la kita merancang , Allah yang tentukan segala. ;)

07 May 2013

Melaporkan

Melaporkan diri daripada hospital day 4.
Lebih tenang bila x de masuk notification kat hp ni.
On data bila nak communicate ngan mama je. Pastu cepat2 off balik.

So bila tenang i can really enjoy my stay here.
Rehat sungguh rasa.
Terhibur tengok macam2 ragam.
Ragam pesakit yang satu wad ni.
Ada makcik yang sangat peramah satu wad dia tegur n sembang n macam2 gossip ada.
Ada yang asyik perati kau, sampai tak senang duduk.
Ada time aku rasa macam aku kat wad mental sebab baju kami semua sama.
Pastu kul 1lebih pagi semua duduk atas katil termenung tak leh tidur.
Lawak. Buat aku tergelak sorang. Memang mental.

So far ok la.
Nurse semua baik n sweet sangat. Lembut je.
Doktor2 pun semua sweet.
Even pakcik cleaner pun kemain peramah.
Selama ni orang cerita kan hospital kerajaan gitu gini la. Ntah aku rasa mcm ok sangat dorang.
Kecuali sorang la. Cheng cheng cheng cheng *effect bunyi nak tikam orang*
Staff nurse dia. Eh ye ke eja gitu. Ala yg dah tua sikit n pangkat besar tu.
Hoo saiko makcik tu. kerja nak memali nurse je. Ada je dia nak carik kesalahan. Siap marah jerit2 lak tu.
aku dok 4m jauh leh dgr.
Ada satu tu elok nurse tengah catit apa depan pesakit ni. Agaknya ada la silap. Siap maki hempas2 fail cakap bodoh bodoh! Eee saiko ke apa kau.
Sian adik tu nangis dia.
Apa salahnya kau tegur elok2 tarik ke tepi ke kan. Ni depan org buat mcm tu. keji gila.

Tu je la. Lain ok.
Duduk ward ni takda apa kau leh buat.
So perati je la sana sini.
Tetiba tengah tidur datang bau perfume lelaki. Wah harummm. Rupanya nurse lelaki tengah kemas katil sebelah. Kahkahakah.
Tetiba ada doktor bengali yang sungguh lebat buli tangan yg x tentu arah. Sesikit check hp dia yg bunyi twitter sana sini.
Pastu ada doktor houseman yang hamagaddd ada sikit rupa shamsul yusof hokayyyy.
Cecepat aku capai cermin mata buat nak tengok sekeliling padahal nak tengok kasi clearrrrrrr. Fuhhhhhh.

Tak tau lah bila leh keluar ni.
Tadi dorang kata petang aku tukar wad.
Masuk ward stabil. Eh selama ni tak stabil ke? Tak tau pulak.
Patut la aku nak tukar 1st class hari tu tak bagi sbb nak monitor. Rupanya tak stabil .

Pagi tadi aku macam dizzy gila.
Mlm je selalu demam.
Dah la last semalam aku makan petang ada la 5 sudu je.
Lapar woi. So makan biskut la bape keping.
Pastu mintak panadol sbb sakit kepala sangat sampai takleh tidur.
Bangun je check darah boleh tak gula aku 2.2 je. Kelam kabut dorg bg milo.
Sodapppppp. Kalau x asyik minum air masak je weyh.
Tak pun sarapan dpt air kopi apa ntah aku rasa mcm air jamu je. Eeeeeekkkk.

Ni masih pening.
Ok la nak rehat.
Buhbye

P/s: ho mai ni br kejap nurse suruh timbang. Aku turun 8kg. Memang aku ni sakit bebenor ke?

Harap bersabar

Aku x mintak pun nak sakit macam ni sampai masuk hospital.
Tapi nak buat macam mana kan.
Patut 2 hari ni esok dah masuk 4 hari.
Thank u untuk semua wishes.
Sorry x dpt layan or reply sbb mmg i is tak sihat.

Maybe la kot tak semua customer ku pembaca blog. So tak tau aku sakit ke apa.
Aku mcm stress tahap dewa bila dpt email mcm2 soalan.
Aku lak x dpt jawab sbb aku kat hospital, nak check buku pun xde.
Pastu xde reply kt email masuk lak whatsapp, sms apa semua.
Uwaaaaaa.

Tak Keruan aku kat hospital ni.
Mmg x rehat la badan n otak ni hah.
Diminta bersabar, nanti aku dah discharge aku akan reply semua yea.

Di sebabkan takda ketenangan.
So aku kena off la data la apa semua ni.
Kalau x mmg payah.
Xleh nak off hp terus takut suami aku or parents aku call.
Harap semua faham n takda la lepas ni calls or sms lak masuk.

Sabar ye. Aku discharge. Sihat sikit akan ku attend kepada semua kamu ye.

05 May 2013

Dear customers

Salam semua.

Sorry nak bg tau siapa email /whatsapp dan sebagainya aku x dpt reply sbb aku x sihat.
So tadi pergi klinik wanita semua xde gynae.
So ke hat tuanku mizan.
Setelah lama dia tahan n kebek2 aku
Dia transfer ke hkl.
Over siap naik ambulan. Lawak je rasa

Aku type guba satu tangan n jari je ni.
Sbb tgn kanan aku tempat jarum masuk ubat dia letak kat pelipat siku tu. sakit woih.

So untuk yg contact aku mintak acc no n confirm payment nanti dah discharge aku reply yea. Sbb xnak confirm now kang aku lupa sbb x catit kan.
Nak catit x dpt ngan tgn gini.
Maaf ye.

Xpe akan ku extend promo tu nanti.
Ok nak rehat. Harap boleh keluar in 2 days time seperti janji doktor.
Scary weyh. Harap aku dpt lena. X sanggup nak geng burung hantu kt sini.
Dah la toilet jauhhhhhhhhh.

Doakan kesihatan kitew yew.


Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...