19 April 2013

kelabu asap

makin tua rasa diri ini.
tadi nampak ada link blog kat fb.
bukak la tetiba rasa nak baca.
background hitam. tulisan putih.
macam blog ku zaman dulu.
tengah baca nampak huruf jadi bayang tu.
tau tak. kau nampak dua. kabur la.
aku dah macam. eh aku ni penat sangat ke?
gosok2 mata. eh terang. pastu eh kelabu balik.
tutup sebelah mata baru boleh baca ok.
oit rabut dekat pulak ke?
tak sure la kalau aku pakai spec aku ok.
tapi aku mmg kat rumah tak pakai.
aku pakai if keluar je sebab nak drive or cuci mata ke apa. keh keh.

halfway baca blog tu tutup.
aku taknak menyeksa mata. kang pening tak pasal.
pastu paranoid adakah aku kena check power mata ni.
then bukak blog sendiri. eh boleh lak baca ok.
so maknanya aku dah sampai faktor yang mata tetiba takleh nak nampak sangat if background gelap tulisan cerah. cisssss.

nway, hoi hoi hoi.
dah ada layout baru incredibles design buatkan ni.
makin bersemangat lak nak update. cea cea.
kalau tak sendiri masuk blog sendiri rasa semak.
now rasa lapang selapang hati ni asyik nak mengadap blog ni.
tu takpa. semalam kan update lebih
tau tak rasa nak update banyak tapi takut macam saiko sangat lak.
so bertahan kita tunggu hari ni.

ikutkan taknak update dah today.
macam cukup2 la.
so untuk tak update aku merayap tengok entry sendiri.
sekali rajin nak reply komen pulakkk
haaaaa saiko tak.
lama gila kot tak reply.
last reply last year kot. ada la awal tahun.
lepas tu malas.
tetiba tadi rajin lak nak reply.
tapi kerajinan ni tak tau la sampai bila kan. ;p

tapiiiiiiiiiii konon tak nak update.
tetiba ni terupdate pulak.
tetiba rasa nak bebel-bebel di hari jumaat ni.

tadi dah restock lagi ephyra.
so intrested boleh email ke whatsapp ke sms ke apa2 la.
details ada kat contact me kat atas tu.


penat nih.
later nak pack ephyra untuk postage esok.
kena buat tonight.
sebab sabtu poslaju halfday.
kang ada aku tak sempat pergi nanti.
hoi fenats.
dah la nak pack ephyra ni leceh sikit.
bagi aku la leceh sebab tak dapat lagi solution nak pack maca mana.
sebab tu if ada yang beli banyak. aku letak dalam kotak mineral je.
senang sikit.
kwang kwang kwang.
kesian korang dapat ephyra dalam kotak gitu je.
tak glams langsung. ;p

eh ok la.
tu je.
tetiba aku lapar.
nak korek apa boleh makan ni.


18 April 2013

Expose Mistik: hantu kelantan hantu kedah

As salam, 

Hi peej hello semua 

saya ada kisah nak dikongsi. 
Banyak sangat jin, pelesit, pontianak etc yang saya pernah jumpa dari kecik sampai sekarang. 
Saya kongsi sikit lah ea.. 

Pengalaman tahun 1995, terpaksa ikut geng makcik2 ke kelantan terengganu. 
Sepatutnya mak yang pergi, tapi dia ada hal, dia suruh saya ganti (nasib baik time tu cuti sekolah). 
So saya pergi dengan adik. 
Mula-mula pergi terengganu, jalan2 sana sini, kemudian ke kelantan. 
Tidur kat rumah tumpangan apa ntah, dekat dengan kedai cop batik. 

Dalam group tu, memang saya and adik saja yang muda remaja. 
Yang lain semua pangkat makcik + nenek. 
Takpe lah, ikut aje. 
Satu bilik tu ada 2 katil double deck, saya dengan adik tidur sekali atas katil atas, kaki mengadap pintu bilik. makcik2 yang lain tidur kat katil sorang satu, makcik sorang tu tidur kat lantai. 
Malam tu tengah tidur, tiba2 terjaga sebab terdengar bunyi orang mandi, dalam hati saya cakap, tak dengar dia bukak lampu pun. 
pintu pun tak kunci. 
sambil tu dok tunggu jugak, bila dia ni nak keluar? 
Tiba-tiba hati rasa macam resah. 
hujung kaki rasa bahang. 
tiba-tiba rasa macam nak pandang ke hujung kaki.. sekali nampak pelesit ke jerangkung ntah berdiri hujung kaki daa... dia pandang tepat ke saya, menyeringai nampak gigi tajam panjang2, matanya bulat merah, kepalanya botak rambut cacak2 jarang, telinganya panjang macam telinga kucing, badannya kurus melengkung. 
Terkejut punya pasal, saya terjun dari katil, rupanya adik pun rasa atau nampak benda yang sama, dia pun ikut terjun. 
Yang makcik kat bawah tu pulak tidur selubung macam mayat.. ahhhh lantaklah! 
kitaorang terus terkam peluk dia.. 
makcik tu terkejut, dia tanya 'awat cek'? 
saya dgn adik diam je,.. 
then makcik tu cakap, "dah tidoq.. tidoq". 
Esok pagi tu, kitaorg breakfast makan biskut dengan kopi, saya tak boleh nak makan sebab teringat muka pelesit tu, rasa macam mimpi pula.. 
tapi makcik2 yang lain tau agaknya, dorang kata, takpa,.. kita balik hari ni" .. 
fuhhh selamat.. 

Pengalaman tahun 2008, bilik hujung kat rumah kitaorg ni memang laluan makhluk halus,.. 
maklumla, ini kawasan dia masa developer bangunkan kawasan perumahan ni. 
selalu jugak saya nampak, tapi buat tak tahu je,.. 
sampai lah satu malam tu, saya tengah tidur dengan adik2 yang lain (tidur melintang atas katil, mengadap tingkap). 
Tiba-tiba terjaga, nampak dia berdiri hujung kaki. 
Dia takde muka, kosong, berbungkus dengan kain kapan, tapi bahagian bawahnya hancur, kain rabak berjurai. saya tanya "kenapa kau datang?" 
dia cakap "aku mahu tunjukkan diriku untuk kau lihat" 
saya cakap "boleh aku pegang kau?" 
dia pun hulur tangan dia.. 
tapi bukan macam tangan manusia. 
saya sentuh dan saya kata,.. "ohh isi  dan kulit kau lembik tapi bulu roma kau tajam" (kasar/tajam macam berus sabut). 
dia kata "ya". kemudian saya macam tersedar, saya tengok keliling adik2 semua lena,.. 
tiba2 saya rasa takut, terus lompat naik katil balik, tekap muka kat bantal. 
Sempat lagi dengar suara dia gelak, pastu ghaib... 

So, itu serba sikit cerita mistik saya kongsi,.. 
ada banyak lagi, tapi sebenarnya saya lebih suka kalau kita berkongsi cerita yang baik. 
macam "Dalam Hati Ada Iman" ke atau chicken soup for the soul. 
maklumla, zaman sekarang ni kejahatan selalu kalahkan kebaikan. 
so, sesekali kita mengagungkan kebaikan pula, semoga kita semua mendapat pedoman, insha'allah, ameen. 

OK, dats all fer now, TTYL :)

-LeReine Ahmed-




.................................................................................................

siapa nak kongsi cerita expose mistik boleh email ye.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
subject: expose mistik: ____tajuk?____

segment setiap malam jumaat.

11 April 2013

expose mistik : bola

ada ke antara korang hantar email expose mistik tapi aku tak publish.
aku double check tadi rasa takda dah. semua dah publish.
so lepas ni siapa nak hantar sila hantar.

since takda email from korang.
dan aku mood rajin nak menaip.
so sini cerita ku.
takda la scary sangat.
tapi cuma aku rasa expose mistik sangat.

rumah aku ni macam atas bukit tau.
so laluan nak masuk dpd main road ada dua. satu tu belah memang kau masuk simpang akan ada perumahan deret kat bukit tu.
sebelah lagi takda. memang kosong.
selalu jalan bukit tu student U or college sini akan park kereta la kiri kanan jalan tu.

jalan depan tu besar. kereta selalu laju nak mampos.
scary aku mesti seram je if masuk situ.
dah la depan sikit tu macam corner.
so kadang nanti tetiba muncul je kereta pecut gila.
nak masuk or keluar simpang tu memang aku tak berapa gemar.
scary.

ok tu takpa. tapi nak ikut jalan jauh aku malas.
so memang kadang if nak ke arah melawati ke apa semua aku akan keluar simpang tu.
so semalam dalam kul 2ish am aku n laki ku keluar.
sebab air mineral kat rumah dah kehabisan terus.
selalu aku akan ke KK kat area wangsa maju.
sekali noy bagi tau kat taman melati pun ada la KK.
oh really? aku tak tau. ok so ke situ kita.
dekat n lagi mudah lagi.
sebab wangsa maju punya tu leceh sikit bab park sebab ada kedai mamak n gerai2 la apa.

so nak keluar simpang depan tu la.
the one yang memang bukit n takda rumah orang ke apa.
kereta memang takda la park tepi tu semua.
so nak keluar simpang jalan besar tu.
kereta pun takda sangat. abis dah almost 3am kan.
elok sampai simpang aku nampak motor je tengah laju.
belakang tu jauh lagi la ada kereta tengah datang.
so ok lepas motor ni aku keluar.

elok motor tu kat simpang rumah tu.
tetiba ada bola laju gila macam kena tendang tu, bedepap ke arah motor tu.
terkejut motor tu hilang arah kejap.
dok toleh2 tengok mana datang bola.
aku pun terkejut kot.
i mean mana datang bola tu.
macam kena sepak kau tau tak. elok tepat ke motor tu.
pandang la ke arah bola tu datang. memang takda orang ke apa.
memang takda la woiii. tengah pagi. plus belakang tu bukit je.
plus siapa pulak nak main bola tengah pagi n sepak ke arah motor ke apa.

motor tu terus laju n toleh2 tengok.
aku cecepat keluar simpang sebab keluar before kereta belakang tu sampai.
time tu berderau gak la. meremang rasa.
laki aku mana nampak.
tertanya gak dalam hati eh mana datang bola tu.
tapi tak berani sebab dah lewat kot.
plus selalu orang pesan jangan tegur kan.
kang tak pasal.

so persoalan tu terus macam tu la.
dan aku tak rasa ada jawapan pun untuk benda tu.
ok la fine maybe bola sesapa ke tertinggal situ. hilang ke. tak jumpa ke.
tapi kenapa tetiba dia macam melantun n target motor tu?
nasib gak motor tu hilang kawalan n terus ok macam biasa.
what if tetiba accident ke apa?
tak pasal weyh.

tah la selalu sembang ngan mama, mama kata sebab tu kadang highway selalu accident.
sebab dia memang suka la.
sebab makanan dia kan darah semua tu.
telan air liur.
ok lepas ni memang tak la aku nak keluar time-time gitu semua.
if keluar pun aku akan make sure ikut simpang satu lagi. or jalan belakang yang ada traffic light tu.
sebab terang sikit.
simpang yang aku keluar ni memang sepi n gelap sikit.
sebab area tu banyak pokok besar2 n rendang.
so dah halang la cahaya lampu jalan semua.

hai mambang, kau main bola mambang?

04 April 2013

Expose Mistik : uitm


Salam..

hi, ni aku nak share sket experience aku..


1st episode - Beringin

2002 - Benda ni jadi masa aku kat uitm arau.  
Dulu kalau budak2 semester 1 mesti akan dpt kolej beringin. 
Beringin ni macam rumah teres. 
Rumah aku paling hujung. 
1 rumah 8 orang. 
So ada banyak rumah utk budak2 junior.

Adala sorang kawan aku ni nama dia nurul izza safar (familiar? Hehehe) 
dia slalu dtg lepak rumah kitorang memandangkan dia serumah dgn kakak-kakak senior. 
Rumah dia cam jauh sket ke belakang mengadap Pusat Islam. 
So every night dia nak balik kitorang akan usik dia ckp ada hantu la ape semua. 
Tapi paling dia takut is UFO. Tahpape.

So 1 malam tu sbb dah usik sgt, aku kena teman dia balik. 
lepas je hantar dia kat rumah, otw jalan balik tu tetibe aku nampak pintu gerbang (tiang warna putih) tu tinggi sebelah. 
Renung punya renung sbb tak pakai spek, I is rabun jauh, sambil pikir nape cam pelik je tiang ni. Rupa2nya si pocong baik punya bediri kat tiang sebelah. Mmg celaka! 
Balik terus lari beterabur. 
Nasib aku tak pitam kat situ.
Lepas2 tu dgr cerita situ ade kes bunuh diri. 
Maybe sbb tu la kot masa orentasi ada budak2 perempuan kena histeria secara berjemaah. 
sampai 7 org sekali kena. macam pas baton, begilir2. 
1st time aku tgk org kena histeria dpn mata.


2nd episode - Resak

2003 - Masih di uitm arau. 

Tapi ni dah semester 2. 
Kali ni kolej Resak pulak. 
Masa ni aku and izza dpt bilik lambat sebulan sbb bilik dah penuh. 
Kitorg dpt sebilik pulak. 
Bilik tu sebelum ni kena sealed. 
Taktau cerita apa sgt tp senior ckp bilik tu keras. 
Ada budak2 sebelum ni main spirit of the coins. 
Kitorg tak sedap hati, so tumpang bilik nisa and fila.

Nisa ni rajin sgt, kalau basuh baju putih, mmg putih  melepak, macam baju baru. 
So 1 malam tu aku mintak tlg nisa basuh baju putih aku. 
Wah!! Tapi dengan syarat aku kena teman dia basuh.
Masa tu dah pukul 1am. 
Bilik air kitorg dekat ujung sekali. 
Masuk je bilik air, belah kanan tu ada toilet bederet. 
Then tembok tgh2 betul2 dpn pintu, kena belok kekiri sikit utk tempat basuh baju and shower. 
Kalau duduk kat tempat basuh baju tu tak berapa nak nampak sapa2 yg masuk bilik air.

Sambil si nisa basuh baju aku, aku sembang2 la dgn dia sambil gelak2 bagai. 
Tetiba kami terdiam. 
Macam org ckp "malaikat lalu". 
Pastu dgr org masuk. 
Lantai bilik air basah. 
Dgr bunyi kuat slipar pijak air masuk toilet. Tutup pintu. 
Bunyi air paip mengalir dlm toilet. Lamaaaaa.. 
Aku ni ada habit suka menegur. 
Dah kena marah byk kali pun tak ubah2 lagi. 
Aku ckp kat nisa, "lama benor budak ni masuk bilik air". 
Aku pun tak puas ati, pegi tgk kat toilet. 
Cewah!! Bajet macho habis. 
Check semua toilets, confirm takde org. 
Padahal tak dgr langsung bunyi org bejalan keluar. 
Aku pandang nisa, nisa pandang aku. 
Aku ckp kat dia jom balik tido. 
Esok amik baju2 ni. 
Yg si nisa ni boleh lak nak lembab2 habiskan basuh selai lagi la, apa la.
Esok tu cite kat iza and fila, nisa baru bukak cite yg sebelum ni dia penah kena tindih a few times. 
Baru-baru ni aku dpt tau yg kolej Resak dah jd kolej utk boys dah. 
Maybe ada budak2 lain kena kacau gak. 
Kawasan ni keras sikit sbb dia dalam kawasan hutan and sgtla luas.


3rd episode - Puncak Perdana

2004 - Uitm puncak perdana. 
Kitorg 1st batch yg kena pindah kesana. 
Hutan. Pendalaman. Maxis pun takde line masa tu. 
dpt apartment. Tingkat 3. 1 rumah 8 org, 3 bilik. 

Semester 5 kelas ade seminggu sekali. 
so rutin harian kitorg adalah tgk tv, online sampai pagi. 
Tido smpi petang. 
Bagus punya anak dara. 
rumah kitorg ni mmg terkenal tahap bisingnya. 
Sampaikan pakgat penah tiup wisel dr tingkat bawah sbb kitorg gelak kuat sgt. 
Bila dah tak tido, ada je benda bodoh2 dibuatnya.

Masa tu dgr byk gile budak2 kena kacau. 
Kena rasuk lah, ada kain putih terbang dlm rumah and macam2 lagilah..
Member aku sorg ni nama yaya. 
Dia paling tua antara kitorg semua and paling masuk air. 
1 malam tu dia boleh pakai 1 suit camouflage askar sambil kawad dlm rumah. 
budak2 pun gelak je la melayan dia. 
esoknya, dia cerita malam tu dia kena tindih, ada pakcik tua pakai baju askar marah2 dia main2 dgn baju askar. 
Pakcik tu berdiri dpn pintu bilik dia, and ada sorg perempuan pakai baju macam penari ulek mayang pegang dia tak kasi begerak. 
So esoknya pakat baca yassin ramai2.

few weeks later, aku mmg suka bejaga smpi pagi. 
So slalunya aku akan jadi org paling last tido. 
Bilik aku katil double-decker. bawah aku izza, katil sebelah yati and as.  
Lebih kurang 4am, aku baru baring2 nak lelap. 
Kan bila kita nak tido kita akan khayal separuh sedar baru la dpt tido, so masa aku tgh separuh2 sedar/tido, baru je pejam mata, nampak nenek muka hodoh nak mampos rambut mengerbang kuku panjang gigi bertaring nak cekik aku. 
Terkejut. Bangun. 
Aku ingat aku mimpi. So baring balik, pejam mata. 
Elok pejam je mata, si nenek lampir tu dtg lagi. 
Kali kedua aku bgn, dah bepeluh2 ketakutan. 
Nak kejut dorg semua dah tido, tak sampai hati. 
Aku baring balik. Try tanak tido. 
Kali ketiga, nah ko!! Si nenek lampir dtg lagi dgn menyeringainya.. 
Kali ni dah dekat sgn kuku dia dgn leher aku. 
Muka dia marah sgt2.  
Melompat aku turun dari katil atas. 
Nak baca apa pun dah tak tekeluar. 
Kejut izza, haram tido mati. 
Kejut as mintak bacakan yassin, as period. Kejut yati, pun period. 
Rupa2nya kitorg 4-4 org period.
Pegi bilik sebelah, kejut yaya, dia soh aku tido sebelah dia. 
Disebabkan takut ya amat2, aku tido pegang lengan yaya. 
Alhamdulillah takde apa2 sampai pagi. 
Tapi perasaan takut tu still ada lagi. 
I'm very sure aku tak mimpi. 
Mmg nenek tu dtg kacau.

Ok that's all for now.. Nnt aku sambung cite time aku dah keje.. Timaceh cik peej. Salam

-azra azni-

p/s: bagi yg blur izza tu cousin aku. yang melodi tu. n azra ni pun ku kenal. dah few times jumpa. :)

03 April 2013

berehat

ku pohon kemaafan bagi yang email ke, whatsapp ke, sms ke, call ke.
ku tak larat nak reply la.
first memang sebab hp ku gila takda bunyi. so tak sedar pun.
plus tak sihat pun ye.

kan hari tu aku kata demam sebab postage isnin banyak sangat.
nak pitam di buatnya aku pack.
so semalam bila aku tengok ada 3 orang je buat payment.
agak happy pulak sebab tau tak banyak kena bungkus.
so relax la.
tapi kata demam kan. mana sedar apa aku reply ke apa.
tau-tau bangun tadi. ramai gila pulak bayar n beli.
aaaaaaaaa.

dah la malam semalam every 1/2 hour terjaga sebab muntah.
sakit gila muntah sampai tarik kepala.
bangun tidur still tak sihat.
tak tau nak buat apa.
ubat dah makan.
tapi lawan gak so aku pack jugak la barang.
amik kau peluh sampai kuyup baju. bagus.

so petang tu ok sikit la. cuma terhoyong hayang tu ada la.
panas tu memang dah takda.
Mr.B balik kerja then pergi post barang.
later singgah makan. ku mampu makan half je nasi ayam.

balik rumah. after maghrib tertidur.
Mr.B aku tengok dok kemas umah. ye la aku terdampar rumah pun horror.
tip top dia buat. tapi sikit2 lalu tengok aku.
mesti dalam hati kata aku pemalash la tu kan.
biarkan. aku memang tak sihat.
tido. tetiba as usual aku mengigau kot.
tau-tau Mr.B datang n check.
dia kata panas melampau.
hah? vhattt? siang ok je tadi.

tapi memang aku sendiri rasa sakit tu.
kiri kanan dahi dah keluar urat berdenyut.
pastu aku kena tarik tu. tau tak.
sakit sangat rasa tertarik kat kepala kau. ish takut.
so dia paksa aku gi klinik.
dah la ramai orang. ada la sejam lebih baru dapat jumpa doktor.
seksa ok.
ngan budak kecik nangis lagi apa semua.

sekali doktor check memang panas pun 38.8deg.
so bagi ubat bla bla.
balik singgah makan. sebab nak makan ubat.
order nasi goreng kampung. pun tak lalu. mampu makan tak sampai berapa sudu.
tapi ok la janji makan kan. orang kata jangan tak makan.

so oleh itu.
ku nak bagi tau.
boleh tak nak rehat online business kejap.
sebab serious bertambah sakit dibuatnya pikir macam2.
layan kerenah ke apa kan. kita dah la demam kan. fuuuhhhh.
so if sihat by weekend ku reply.
if not tunggu next week ye.

orang kerja pun ada MC kan kalau sakit.
so apa salahnya ite tu pun amik MC.
sebab ite tu emam teruk.

ok. rajin ku update. tapi rasanya tak kuasa.
rajin pun layan keek je kot.
so jumpa di sana.
ta-ta.
see u later.

i need my vitamin

demam lagi.
haih sekarang ni asyik demam je la.
stress.

memula malam kelmarin tu.
tapi sebab sakit pinggang dok pack ephyra tu.
pastu esoknya masa post pun sakit gak.
tapi ingat sakit pinggang je n mengada.
tapi badan rasa kebas la apa.
sekali malam demam panas terus.
siap bangun meracau banyak kali.
laki den lak keluar.
so menangis kuat-kuat. yang layan aku kaseh n mochi je.
dedua sibuk tidur kat hujung kaki aku.
aku bising nangis dedua tengok mata terkelip2.

pastu sepuluh kali muntah.
air je lak tu. takda apa. sebab memang tak makan pun malam semalam.
then laki balik dia dok urut la apa sampai tertidur.
pastu banyak kali gak terjaga.
sebab dia kejut2. kata aku tidur tapi ngigau kuat gila menakutkan.
pulak.

siang lak. takda apa.
aku tak lalu nak makan.
so buat air laici je satu mug.
malam before tu Mr.B dah kata letak la baldi.
aku taknak. sebab takda la jauh benar toilet pun.
sekali elok minum laici tu. makan ubat.
bruffffffff. terkeluar balik semua. wth.
thank god air je semua. takda ngeri ke apa.

siapa yang message ke, call ke, whatsapp ke. please take note yang hp aku mmg gila.
takda dengar ke apa.
plus masuk lak demam ni. pakej la.
so tahap lembab aku reply tu tak dapat di tolong.

ni still tak sihat.
demam n panas balik.
tapi try lawan. sebab aku nak kena pack barang untuk postage esok lak.

tadi pergi umah mama.
dorang bebel kata aku ni asyik demam la apa.
sekali noy kata kau tak makan vitamin c.
kan dulu jonet dah pernah kata. makan vitamin c ok.
betul la bila ingat balik.
masa aku makan dulu mmg elok je.
pastu stop sebab dasar pemalas kan.
so merasa la macam dedulu balik. asyik demam je.
nanti dah sihat ku start makan lagi la.

ok la. tu je.
nak rehatkan minda n badan.

01 April 2013

ooppsss she did it again

aaa stress. ada tak ku bagi tau yang phone ku gila.
hari tu tiba-tiba takda angin takda ribut speaker dia takleh dengar.
macam kau mute kan telefon tu la.

so kalau aku nak layan keek ke youtube ke apa kena pakai earphone.
tu takpa la. tapi takda bunyiiii.
susah weyh nak meniaga.
orang whatsapp ke call ke apa semua tak dengar la.
tadi bangun amik kau 20+ whatsapp. sms ada 3. missed call ada 5.
haaaaaaaaaaaaaaa.

so dia gila last friday.
sabtu patut ada wedding.
amik kau aku overslept.
paling tak tahan laki ku dah bangun n elok main game.
bila tanya asal tak kejut dia kata mana la tau.
padahal dah berapa kali kata ada wedding.
end up tak dapat pergi la.

so siap apa semua petang tu ke low yatt.
sebab ku nak tengok apa masalah phone ni.
aku dah google la. tengok youtube la check macam mana nak betulkan.
memacam cara buat still tak berjaya.
so mari jumpa expert.

tapi boleh tak sampai sana.
aku tengok dia delete running program tu.
dia off pastu on.
tetiba hp ni ok. cibai betul.
buat malu aku je. bengang je muka budak tu.
sebab dia kata ok je takda apa masalah.
whatttt?

aku dah fikir dah.
ok kalau masalah sangat. sampai dia kena pegang hp ku.
lets beli je hp baru. best gak kan.
tapi masa otw tu rasa tak puas hati.
i mean beli hp je dah 2000+
hoi mahal. rasa terbazir. sedangkan aku tengah target nak beli macbook.
kang aku beli hp, bilanya nak dpt macbook tu.

sekali ok. syukurrrr.
dan aku dengan rakusnya tetiba beli macbook.
kah kah. padahal plan hujung bulan ni.
tetiba tak sabar lak.



ok la maka hp ku kembali sihat.
tapi ahad which is semalam.
aku dapat rasakan memang tak ok lagi.
sebab bunyi speaker macam pecah tu kan.
sound memang ada tp bunyi pecah macam kau carik channel radio gitu.

ok la takpa abaikan. takpa bukan nak buat apa.
janji ada sound jadi la kan.
no no no.
tetiba pukul berapa tah malam tu.
aku layan keek.
makin terus bunyi pecah tu. n tetiba takda sound kembali.
aaaaaaaaaaa. why?

kena pergi lagi ke.
n if pergi adakah dia akan repair n mengambil masa yang lama.
n berapa pulak tu.
jangan tanya pasal warranty sebab ku tak jumpa mana ku letak.
apa la nasibbbbb.

ni tengah menaip ni.
tetiba phone rumah bunyi.
takda orang lain mesti laki aku tu.
toleh tepi tengok n phone aku ada missed call berderet dah.
hmphhhhhh.

dah la tak berapa sihat ni.
sebab semalam ku pack barang berkoyan2.
tangkap pinggang weyh.
padahal baru half pack. today sambung.
until now rasa lagi sakit.
sat lagi nak telan panadol extend la. ada beli tapi tak pernah try.
so lets see if berkesan ke tak.


Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...