12 March 2013

mecel je ada potai.

semalam merajinkan diri masak.
sebab tekak teringin nak makan petai.
tapi tak sure nak buat lauk apa.
tak rasa nak buat sambal tumis ikan bilis petai.
sebab teringin gak nak sambal ikan bilis kentang.
tapi petai nak gak.
so semalam saje buat style lain.

memang ada orang buat sambal goreng ikan bilis kentang letak petai kan.
tapi orang selalu buat yang style ngan kulit petai sekali.
hiris nipis la apa.
tapi masa aku beli barang dapur kat jusco tu.
aku amik yang dah siap kupas petai dia. 
so mari try.

memula blur gak. adakah aku kena goreng petai ni? hmmm.
then tetiba dapat idea lain.
ok maybe korang rasa eleh poyo resepi bengong macam ni pun nak share bagai.
budak kecik pun reti buat.
tapi tujuan share adalah sebab semalam masukkan pic kat instagram.
ada pulak few yang mintak resepi.
so marilah share.



kentang potong nipis n goreng.
ikan bilis potong nipis goreng.
asing la.

sementara tu aku goreng sambal.
bawang sederhana besar 3 biji, bawang putih 2 ulas, cili 3 genggam.
aku teringin nak pedasssssss. so aku lebihkan cili.
tambah air sikit n blend la yea.

panaskan minyak n goreng sambal tu.
rasa macam nak masak tu kau masukkan la petai. supaya petai tu masak.
then aku masukkan asam keping satu.
garam secukup rasa.
goreng sampai sambal masak n garing.
pastu campurkan je kentang n ikan bilis tadi.
siap. senang je kan.

mesti korang biasa buat kan.
cuma kali ni aku saje tambah petai.
petai tu masukkan n masak ngan sambal goreng itu. :D

pastu tanpa berlengah masa.
makanlah ngan nasi panas.
letak kicapppp. makan lak ngan telur dadar.
fuhhhh.



Mr.B balik terus ke dapur bagi kucing makan.
aku tau dia mesti jenguk dapur.
pastu dengar dia bukak pintu dapur.
happy datang depan ajak aku makan sama.
sorry mak dah makan dulu. kelaparang uols.

pastu dia lak makan.
"modipnyoi. ikan bolis pontang mecel je ada potai. faveret. nanti moling tu buat agi tau"

:- sedapnya. ikan bilis kentang special je ada petai. favourite. nanti darling tu buat lagi tau".

pastu sambung makan sambil goyang kaki.
hehehe.
by tengah malam dah licin semua.
aku buat nasi 2 pot. selalu 1 pot pun susah nak habis umah ni.
tapi semalam licin.
aku masak lebih ingat today boleh la buat nasi goreng ke apa.
takda makna.
nak makan kena masak again later.

ok sekian entry resepi simple untuk hari ini.
terima kasih.

15 comments:

  1. kecurrrrr.. kecur akak... haruslah teringin jugak nak membuat!

    ReplyDelete
  2. yay segmen resipi kembali!! suka baca segmen resepi2 ko sebenarnya. ahax

    ReplyDelete
  3. nasib baik ada terjemahan apa Mr B cakap..kalau tak..tak faham hehe..sedap tu..yum yum

    ReplyDelete
  4. ko bagi idea untuk aku masak petang ni. ailebyu peej! hahahahah

    ReplyDelete
  5. kalau kak peej masuk dialog dengan hubby, selalu sy tak faham sgt.hehehe

    ReplyDelete
  6. Terliur tengok sambal tumis merah-merah ni.
    Dapat pulak cicah jemput-jemput.
    Ooohhh...makan goyang kaki lah bak kata peej.

    ReplyDelete
  7. Peej, leh tak buat entry khas pasal bahasa sastera you ngan MR.B. I kadang2 pelik, camna leh tercipta perkataan2 tu semua. adakah perkataan tu sama setiap kali you guys borak. cthnya special=mecel hari ni, esok kin special = mecial. mecial atau mecel, you dua2 tetap paham. tah pasti you paham ke tak persoalan i ni.

    ReplyDelete
  8. ala..selalu baca jer..sbb i silent reader jer..tp hri ni nak komen jugak..adoi..terliur sy tgk sambal ni..lgi da letak dalam pinggan ngan nasi n telur dadar rasa nak makan mcm ni je..tp nak cr petai..adoi, susahnya kat cni..huhu...

    ReplyDelete
  9. Aunty pun suka buat sambal kentang dengan ikan bilis letak petai......makan tak hengat lepas tu rasa bersalah sebab makan banyak lepastu fikir acaner nak kurus niiiiii.

    ReplyDelete
  10. perghhh! shedap! selalu buat sambal bilis or udang petai tu yang kaler merah tu,tak ada kentang and ada kuah sikit. ni nampak kering and menyelerakan. nak cuba jugaklah. =)

    ReplyDelete
  11. hahaha modipnyoi . haha apa la tu kak peej.. pelik beno dh membacanya .. btw! resepi ni mmg sah2 sedap ok..petai ofkos febrettt.. balik buat cmni!

    ReplyDelete
  12. hi. saya pun silent reader.. bahasa apa eh yg u ngn mr. B ckp tu? pelik lah :-)

    ReplyDelete
  13. Teman tak suami makan?? Jangan biarkan dia makan sorang2, at least sembang2 masa dia makan..Ingat itu

    ReplyDelete
  14. sedapnyer..lap siit ayi luir tue..hihihi

    tumpang iklan yer.. :)

    "benda paling leceh nak dimasak. betul tak? hihiihih..en.suami kita suka makan, tapi nak masak..aadooii..leceh. jangan susah hati, aku ada berita baik untuk korung. dengan hanya RM10 korung dapat makan Sambal Goreng Ikan Bilis nie.. tak payah susah2..."

    http://bebelancinta03.blogspot.com/2013/05/sambal-goreng-ikan-bilis.html

    ReplyDelete
  15. kak, eh kak plak rasanya sebaya..peej, cakap tu bahasa ape ek? x pernah dengar..

    buat la post resepi lg!!!!

    ReplyDelete

Heyyyyaaaaaa...

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...