23 March 2013

Angin rajin

Angin rajin mengemas rumah.
Bukan angin rajin mengupdate blog kan.
Minggu yang busy. Dihabiskan ngan mengemas je.

Penat ngemas nak mengadap pc pun malas.
Ni update blog pakai phone sambil baring kat katil. ;D

Sebab apa angin rajin datang.
Satu sebab perabot bilik sampai kan.
So kena la kemas untuk make space.
Settle part tu baru la boleh kemas yang lain2.

Satu lagi yang ku bertekad takleh nak biarkan umah gitu sebab like i said laki den gemar ajak org datang umah tanpa notis.
I cannot go ok.

Kan aku cerita aku memang pakar mengemas umah apa patut ngan kuasa pantas kilat kan?
So ada satu malam tu dia gi minum kat kedai atas. Lama kemain dpd pukul 8ish mcm tu.
Dekat kul 12 pun x balik. Saje je call tanya. Dia tanya blk aku nak join ke?
Aku xnak sbb malas pulak.
Plus earlier tu aku masak nasi goreng. So dah kenyang pun.

Tak lama lepas tu aku nampak cahaya lampu kereta kat depan umah.
Pasti dengar suara dia bercakap ajak2 masuk umah. Bunyi suara budak n all.
Watidis?

Apa lagi kuasa pecut bermula.
Angkat pinggan n cawan gi basuh.
Kemas apa patut.
Nasib aku selal pintu. So dia xleh masuk. Kahkah.

Masuk ada kwn dia, wife n 2 anak.
Ooohhh kawan dia ni ku kenal la. Tp x pernah la kenal fam this guy.

Ok takpa. Masuk. Duduk. Sembang.
Buat air.
Tengah aku buat air. Jengjeng tau apa laki aku buat?
Dia bwk kawan dia sefamily tour rumah.
Ye semangat dia tunjuk sampai dapur n bukak pintu bilik tunjuk semua.

Keadaan time tu. master bedroom cantik x berapa cantik.
Bilik tengah mcm kena bom sebab baju2 semua humban situ sebab sementata tunggu almari kan. N baru alih2 perabot so semenggah sangat.
Then bilik pc pun time tu kosong barang sangat tp ada la bakul baju nak ku lipat.
Tapi kemain dia kata bilik ni office isteri aku.
Aaaaaaaa. Office la sangat xde rupa mcm tu.

Nak tercabut jantung.
Luar memang ok la. Dlm bilik mcm gunung berapi tunggu meletop je.
Boleh lak di tunjuk2. Nangis.

Tu yang settle je dpt almari n chest drawer malam tu gak aku abiskan kemas.
Then tadi aku kemas living area.
Then 2nd bedroom pun kemas.
Dapur semua.
Ni tinggal dining area je tak ok lagi. Tu kena tunggu perabot office sampai br leh susun blk.
Currently penuh kotak2 beg meniaga aku.

So kemas terbaik.
Pastu sendiri happy. Hihihi.
Pastu Mr.B asyik2 la buat terkejut kata macam tak percaya lak ni rumah dia. Kemas sangat.
Perli kittew lettew.
Harap kerajinan berterusan. :D

Ok la tu je.
Patut kena tidur ni. Plan nak beli baramg dapur sikit. Jonet n noy nak tidur umah aku. Maybe nak ajak nysya lepak sekali.
Boleh masak2 sikit. Kalau rajin uol.

Ok disertakan pic living area ku yang dah semenggah.

21 March 2013

Expose Mistik : usik2 ketika berpantang


hi,
lama x hantar koleksi expose mistik kat peej, ni tetiba teringat pulak pengalaman ngeri time berpantang after deliver anak yg 1st. 
itu pon sebab baca kesah  Lady N tadi yang kene kacau time berpantang gak."by the way tajuk ni aku belasah je xde idea janji cerita bleh paham"
kesah ni berlaku tahun 2010, aku bersalin kat kajang then after bertahan 5days terus travel balik terengganu sebab nak pantang ngan kakak aku kat sane.
al maklumlah pengalaman pertama plus dah xde mak bapak kan, so decide kakak aku jaga la.
travel 8jam jadi 10 jam sbb banyak berhenti break.
paham2 lah baru bersalin 5hr then travel naik kereta sungguh nyaman nak patah pinggang aku ke kiri x kena, ke kanan x kena sampai terengganu dalam 10 mlm .
alhamdulilah sepanjang jalan xde benda pelik berlaku n baby pon duk diam je.
baik sungguh anak mummy. ecehh!
esok nya terus decide nak mulakan sesi urut.
panggillah sorang makcik ni dia urut memang superbb best gila....
yang best tu sambil pejam mata, so xde la aku malu dia nak selak celah mana.
sorry dah melalut, tapi terpaksa sebab kalau tak cite ni xbest! best ker? erkkk! 
sambil2 urut pejam mata makcik tu pon sembang la bla bla bla.
tiba2 dia tanya rumah ni (tempat aku pantang) rumah lama ek, rumah pusaka ek? 
time tu muka dia cam lain sambil tengok bumbung n sekeliling rumah tu. 
haah aku jawap sebab rumah ni rumah arwah atok laki kakak aku, so diorg beli n renovate sikit2 buat homestay. kenapa makcik? 
ehh xde pape saje tanya heheheh smbil senyum2 gabra. ok aku pon ignore.
malam harinya, kami pon siap2 lah nak tido.
aku 1 family tido bilik atas kakak aku 1 famly tido kat hall depan.
aku buka pintu bilik supaya senang nak mekik panggil kakak aku bila nak mintak tolong amik pape, sbb laki aku memang tdo mati! 
so dalam kul 12 malam baby nak susu, merengekk, aku pon bangun nak jenguk kakak aku n panggil suh buat susu, tiba2!!!! 
jeng jeng jeng aku tengok kakak aku dah bangun dah dari tempat tido duk je kat tilam mata separuh je tebuka sambil buat muka dan bunyi macam kucing nk begaduh tuh! 
"grrrrr grrrr! camtu gila kau! 
aku dah cam nak sawan weh, terus aku sepak laki aku yang tengah krohhhh! 
tu pa pa! ce awak tengok nana tuh! 
OMG! laki aku pon ayooo! kenapa ni! 
kiatorg pon jerit woi! nana! nana! xjadi pape dia duk grrr grrrr! lagi! 
citt laki aku pun gi tepuk bahu dia n letak yassin kt tangan dia! 
alhamdulillah nasib baik dia sedar cepat n xde nak melompat ke bagai. 
rupanya malam tu dia period! 
aku pulak tengah pantnag elok la tu ponti2 suke la!
esoknya kami pon apa lagi pong pang pong pang buka crita la, yg kakak aku nana tu boleh xsedar apa yang berlaku malam tadi rupanya... 
dia cakap memang time mula2 nak lelap tu rasa dah semacam, rasa angin2 je kat muka dia terus lelap. 
ngok btol dah la peod! 
kot ye gi la amik yassin ke apa ke! 
pastu dia cerita la rumah atok laki dia tu memang ada something and selalu dah org tengok menda2 pelik kat situ dulu, duluuu laa! 
sekarang xde pape dah aku pon selalu je balik tido situ n berpantang anak second baru2 ni pon ok je alhamdulillah xde pape.
Sekian....
-Sally-

14 March 2013

Expose Mistik : dalam pantang


salam peej..

benda ni berlaku masa aku lepas bersalin anak first bln 8 pd thn 2011.
kejadian berlaku kat kampung sebelah asben. umah mak mertua.

masa tu dalam pantang lagi tapi tak ingat dah berapa ari, rasenye dah nak ujung2 40 ari. yer aku pantang 40 ari bukan 44 ari.
malam tu mcm biasa la aku tido atas katil. selalunya laki aku tdo skali ngan aku atas katil tp mlm tu die merajuk apa ntah aku tak ingat.
aku tido la ngan baby aku atas katil laki aku tido kat bawah. baby dlm pantang kan kuat menyusu, aku bngun nak bg susu kat baby aku tu
(breastfeeding) lepas dengar die merengek, aku tengok jam lebih kurang pukul 1.30 pg kot. ok aku bg la susu mcm biasa, 
masa tu keadaan senyap sunyi tak dengar bunyi serangga ke motor lalu pun takde..aku pun pelik la jugak kan pehal plak ni.
memang sunyi giler la..

tibe2 sayupppp jea aku dengar, mcm bunyi nangis tp tak...suara baby bukan mcm tu..sayu jer bila dengar...meremang aku, pastu aku dah berdebar giler dah ni,
dah la dalam pantang orang ckp senang sangat benda nak kacau sebab badan kita kotor kan. aku tepuk2 bagi baby aku tido cepat. suara tu plak aku dengar mcm makin jelas la plak lg la aku takut...mcm kat sebelah dinding ni jer benda tu dok nangis, huhu...aku tengok laki aku sedap jer tido, aku nak turun katil nak
gi kejut laki aku kat bwh tu. aku jalan tunduk2 sebab nya bilik aku lampu pasang pastu plak ade tingkap kat kepala katil. aku takut kalo benda tu nampak bayang2 aku yang tak tido lagi nih (giler penakut sampai pikir mcm tu).

satu hal plak nak kejut laki aku, dah la jenis tido mati, kalo setakat goyang badan memang takla dia nak bangun abis tu takkan aku nak jerit plak,nak bersuara pun takut. aku goyang gak badan laki aku smpai die bngun. bila dah bangun tu aku ajak die tido atas katil ngan aku sebab aku takut. masa ni memang ade lagi suara benda nangis tu, aku bisik tanya laki aku die ade dengar tak. die kate takkkk je pastu letak pale atas bantal terus tido balik. aduiiii laki aku ni pun...tinggal aku sorang2 dengar benda tu nangis. kejap dengar kuat kejap dengar sayup jer..aku baca la ayat apa yg terlintas dlm pale aku ni. aku mintak2 jgn la anak aku terjaga plak kang naya. 

kejap tu ehhh dah senyap. dah tak nangis dah. dalam ati syukur sangat2..ade la dlm 15 minit aku dengar. 15 minit tapi mcm lama giler kot. aku pun tido la cpt2 
kang dengar lagi kang...esok nya aku tanya la laki aku dia ade dengar tak benda nangis, die kate takde yer la mane nak dengar tgh mamai2 kot..
ok sebelum aku pantang kat umah mertua, aku pantang kat umah keluarga aku. masa tu aku ada dengar adik ipar (adik kpd laki aku) cerita yg die ade dengar benda nangis beberapa ari jea sebelum aku mai cni (umah mertua). tak terpikir aku yg kene plak. lpas aku kene tu aku terus balik umah keluarga aku cite kat diorg, ayah cakap pontianak kuku panjang menangis (waaaa jgn bayang k).alhamdulillah takde kene kacau ke ape ke dengar nangis jer la...

now aku dah menetap kat umah mertua aku dah, harapnya jgn la ada lagi kejadian mcm tu berlaku. takutttt...huhu. eh korang paham ke tak aku cite ni ek, ke tak takut??
alamakkkkk malam ni malam jumaat plak.
k bye.

-Lady N-

12 March 2013

mecel je ada potai.

semalam merajinkan diri masak.
sebab tekak teringin nak makan petai.
tapi tak sure nak buat lauk apa.
tak rasa nak buat sambal tumis ikan bilis petai.
sebab teringin gak nak sambal ikan bilis kentang.
tapi petai nak gak.
so semalam saje buat style lain.

memang ada orang buat sambal goreng ikan bilis kentang letak petai kan.
tapi orang selalu buat yang style ngan kulit petai sekali.
hiris nipis la apa.
tapi masa aku beli barang dapur kat jusco tu.
aku amik yang dah siap kupas petai dia. 
so mari try.

memula blur gak. adakah aku kena goreng petai ni? hmmm.
then tetiba dapat idea lain.
ok maybe korang rasa eleh poyo resepi bengong macam ni pun nak share bagai.
budak kecik pun reti buat.
tapi tujuan share adalah sebab semalam masukkan pic kat instagram.
ada pulak few yang mintak resepi.
so marilah share.



kentang potong nipis n goreng.
ikan bilis potong nipis goreng.
asing la.

sementara tu aku goreng sambal.
bawang sederhana besar 3 biji, bawang putih 2 ulas, cili 3 genggam.
aku teringin nak pedasssssss. so aku lebihkan cili.
tambah air sikit n blend la yea.

panaskan minyak n goreng sambal tu.
rasa macam nak masak tu kau masukkan la petai. supaya petai tu masak.
then aku masukkan asam keping satu.
garam secukup rasa.
goreng sampai sambal masak n garing.
pastu campurkan je kentang n ikan bilis tadi.
siap. senang je kan.

mesti korang biasa buat kan.
cuma kali ni aku saje tambah petai.
petai tu masukkan n masak ngan sambal goreng itu. :D

pastu tanpa berlengah masa.
makanlah ngan nasi panas.
letak kicapppp. makan lak ngan telur dadar.
fuhhhh.



Mr.B balik terus ke dapur bagi kucing makan.
aku tau dia mesti jenguk dapur.
pastu dengar dia bukak pintu dapur.
happy datang depan ajak aku makan sama.
sorry mak dah makan dulu. kelaparang uols.

pastu dia lak makan.
"modipnyoi. ikan bolis pontang mecel je ada potai. faveret. nanti moling tu buat agi tau"

:- sedapnya. ikan bilis kentang special je ada petai. favourite. nanti darling tu buat lagi tau".

pastu sambung makan sambil goyang kaki.
hehehe.
by tengah malam dah licin semua.
aku buat nasi 2 pot. selalu 1 pot pun susah nak habis umah ni.
tapi semalam licin.
aku masak lebih ingat today boleh la buat nasi goreng ke apa.
takda makna.
nak makan kena masak again later.

ok sekian entry resepi simple untuk hari ini.
terima kasih.

08 March 2013

bersangka baik.

amboi kemain komen mengata sender expose mistik tu kan.
konon kenapa bahasa campur la apa.
janji cerita paham kan?
cerita pun seram kan?
paling aku tak suka baca tang dia kata lcd tv tu pun terpusing ke arah comel dia pandang tu.
not like kan. eh tetiba meremang.

nway,entry kali ni nak cakap jangan la emo2.
ada sebab mengapa campur2 macam tu.
sebab sender tu kawin ngan chinese.
so bahasa utama dlm family dia english.
so sebab tu la bila tulis melayu campur2.
so jangan la ingat dia poyo-poyo or saja gedik ke apa ke.

ala aku pun biasa campur campur macam tu.
ingat lagi dulu masa lepak ngan murshida.
time tu ada ex boyfriend dia omputeh.
kita orang sembang in malay.
tapi tau la kebanyakan kita cakap mesti akan campur english kan.
so eventho dia tak tau apa. tapi dia kata dia faham sikit2.
sebab dia kata banyak perkataan melayu.

macam ada sorang malay girl ni aku kenal.
bila memula sembang ngan dia aku macam takleh terima.
apa jadah dia ni cakap melayu tapi loghat cina.
aku nyampah gak keadaan yang bila kau cakap ngan cina. kau kena cakap gaya cina.
cakap ngan india. kau cakap gaya india. cakap je la biasa!
tapi lelama aku faham. memang if communicate ngan chinese. kalau kita cakap bahasa melayu biasa.
dorang payah paham. if kau cakap macam gaya dia. baru senang dia faham.

so bayangkan even sembang ngan cina pastu tiru bahasa dorang pun aku tak suka.
ni pulak melayu ngan melayu sembang.
tetiba sorang tu cakap ngan kau gaya macam cina.
aku dalam hati dah what the helllll.
rupanya memang that girl melayu, tapi daripada tadika sampai sekolah menengah sekolah cina.
semua adik beradik pun sama.
kawan malay pun takda sebenarnya.
if dia sembang ngan adik beradik dia pun cakap cina.

so marilah terima orang itu seadanya.
janji kita paham apa yang dia cuba sampaikan sudah.
kan kan kan.
ok bye. nak kemas umah.

07 March 2013

Expose Mistik : 13th Floor


slm peej,

i nak cerite pasal very bad experience mase me, my hubby n my son stay kat apartment kat near taman melawati..
dat area memang sejuk je.
belakang my blok is hutan.
memang very close to hutan n sometimes kita org bole nampak wild boar..
x ramai org stay kat floor i..
floor 13th, scary rite?? 

floor paling atas is 14th.
tapi memang da hancur xde bumbung n banyak monkey.
selalu nampak monkeys keluar masuk tapi siang aje la...
then malam2 kitorang selalu dengar bunyi org lari2 kat tingkat atas which is tingkat 14 la...
but kita org selalu pikir oh maybe monkey kot.
but lame2 dok pikir balik, xkan la monkeys ni sume x reti tido...
then smpai my husband ajak my brother (currently stay wit us coz school holiday) naik atas bawak torch lite n kayu mop.
then tengok xde sape pon even monkey pon xde, but we still can hear the noise.

Dat very night starting when my husband kene siapkan paperwork sampai late at nite.
i dengan my son teman die kat hall la, sambil tengok tv n until we fall asleep kt sofa.
masa tu hall xde aircond, so hanye letak table fan aje pointing at us.
then sambil my husband buat kerjj die, die tetibe dengar my son merengek2 skit, 
rupenye panas coz fan yg mulenye pointing to me n my son tu da tergerak ke sebelah lain n not pointing to us.
then my husband come n adjust la fan yg dah tergerak tu, n he got back to dining table sambung buat keje.
Suddenly, another time my husband heard my son merengek again.
when he come n check tengok fan tu dah tergerak macam tadi.
die heran n check kat bwh fan tu ade mcm grip la so dat fan tu x gerak2 ..
he already felt something not right n tengok timing is ard 2.30++am.

the next night,again my husband kene sambung buat kerja..

then die purposely mintak I teman die n letak kipas tu same macam semalam..
n he set alarm 2.30am.. 
ngam2 2.30am alarm tu bunyi n the kipas betul dah gerak sendiri..
my husband terus seram n kejut I bagun masuk bedroom.
husband I x nak bagitau I sebab I memang jenis scaredy cat punye org..


then next day tu when he balik dr office, petang around 5-6pm, my husband ajak I pergi kedai kat bawah tu beli rokok.
then 3 of us pon turun la naik lif.
bile sampai kat bawah tu, before nak masuk kedai, ade la longkang kecik tu yang ade penutup besi.
my husband tah camane bole jatuh n kaki die hentak besi longkang tu.
luka x la besar tapi dalam n darah x henti2.
then kitorg pon naik lif balik to our apartment la.
cari2 bandage x dapat cover sangat luka tu..
then I pon volunteer la cakap kat husband I turun to tmn melawati sne nk cri bandage.
and I dengan penakutnye amik lif yg usang tu sorg2 (amat menakotkn okay)...

the next day is Friday, so kita org pon balik melake. 

left alone our cat si Comel..(kesian) 
( actually kami memang orang melake, until husband dapat job promotion ke kl)...
and husband suggest terus balik ke rumah emak i.
i pon heran coz kami ade rumah sendiri at melake town, why husband ajak terus balik umah emak? 
then after makan dinner die dok kat beranda ngan emak ayah I, dunno bincang ape.
rupenye die datang bagitau I wat actually happening to him last few days ago.
pasal kipas bergerak sendiri la, 
n pasal he actually ade macam cabar dat THING, talked to himself , 'kalo betol ko ade aku nak tunggu lagi malam ni pukol 2.30am'..
dats actually what he said right before he fell at the longkang dat nite.
macam dat THING tu nak balas la to my husband.
then we decided dat I will stay in Melaka n my husband kene balik kl coz next day tu kerja.

then he drove off heading to kl n when he reached our apartment, he don't really ade keberanian nak naik atas.
then he sat lepak downstairs alone.
n suddenly there was sorang abang tu ( he is one of the resident there but opposite my block la) 
die tegur husband I knape x naik atas coz its running late.
then after husband I cerite sume baru la si abang ni bukak cerita pasal dat place.
abg ni macam ade sakit x bole tido.
then die selalu lepak kat luar rumah n he always saw black n sometimes white figure flying from pokok sebelah my block to tingkat 14th atas floor I...
omg berdiri bulu roma I sekarang hihi..
then dat abang pon volunteer nak teman husband I naik atas.

when they reached my apartment, they saw my cat si comel were in position (kucing nk gaduh) facing at my dining table, n buat bunyi amat marah..
even bulu si comel I kembang sangat.
n they also saw my tv (lcd tv yg bole turn left n right screen tu) 
tv I tu dah pusing menghala to dining table.
same arah dgn yang my cat tengah pandang tu.
seram x?
ape lg, husband I cepat2 grab baju n letak si comel dalam carrier, n call my sister cakap nak tumpang tido rumah die.
since dat abang pon advice my husband not to sleep there.

the next day I terus sewa lori dari Melaka n bawak my father's staff 3-4 org angkut sume barang dari kl ke Melaka.
n since my husband was on mc dat week (coz kaki yg luka tu bengkak kemain) he terus apply transfer balik to Melaka.
not long after dat, we heard from dat abang pasal my next door rupenye da lame kene kacau,
his wife pegi keje, die kat rumah nampak kelibat wife die jalan2 satu rumah....scary

to tell u d truth, me n husband memang bukan jenis orang yang percaye kat bende2 camni.

tp bile da kene batang idong sendiri kan....
n until now kami regret sangat coz tinggalkan si comel alone there everytime kami balik Melaka...
actually banyak lagi orang lain yang dah kene kat situ tapi I x nak crite la kan.
n my sister yang pernah tido rumah tu mase cuti pon x bole tido until dah subuh...
coz she said there's something bothering her d whole nite.....
x tau la. Allah hualam...DIA lebih tahu.
thxs peej,
Z

Menipu kita tau

Hari yang produktif today.
Bangun awal sebab dikejutkan oleh ceceh n mochii yang berlari sana sini.
Terus terjaga. Duduk kejap. Mandi.
Pack barang untuk di post.
Siap-siap kejap.
Then terus gerak pergi post barang.

Awal gila je rasa.
Before 1pm. Xnak pergi during lunch hour nanti sesak.
Ok bagi aku awal la kan.
Budak poslaju pun siap cakap awal hari ni.
Ye awal. Selalu nak tutup dah baru aku terhegeh2.

Settle urusan terus ke ikea.
Sebab semalam kawan now share pic kat fb ada sale tu kan.
Noy tag aku.
Hoi murah laci tu rm99 je.
Selalu rm200+.
Dlm otak dah set nak beli 2.

Terus gigih pergi today.
Target sampai lepas orang abis lunch.
Ku rasa takda pun aku pecut ke apa. Biasa je. But i took me around 15-20 mins je dah sampai.
Ingat weekdays relax la.
Xde makna. Nak masuk parking berderet kereta.
5 kali gak la pusing cari parking.

Rasa happy je pergi sorang.
Now aku dah ok gi memana sorang.
Rasa lagi relax.
Tapi masa otw aku terfikir.
Eh kang aku beli barang trolley kena tinggal kat loading bay tu.
Selalu pergi ramai boleh la sorang tunggu barang, sorang lagi amik kereta.
Ni aku sorang. How la.

Teringat belah hujung ada parking ygvboleh bwk keluar trolley.
Terus pusing situ je. Menangis gak la lebih dpd lima kali pusing.
Dah la paling emo everytime pusing kereta ada keluar tp kereta lain dah tunggu. Tsk.
Ku berdoa n baca memacam.
At last dpt bebetul kat entrance.
Penantian n kesabaran berbaloi sebab dapat parking terbaik.

Masuk dalam. Nasib tak ramai sangat la orang.
Ok ramai tapi tak seramai pergi weekend la.
Sekali mencari laci tu, laci tu takda ok!
Kimaks. Tapi color lain ada, color lain tu takda discount. Kong jaq.
Kekecewaan. Tipuuuuu kita.
Damnyuh.

Tapiiii dah kata gi ikea.
Target bak beli tu.
Tetiba terbeli benda lain.
Tau la kalau sale ni kadang harga melampau best.
Tak pasal ku beli langsir. Kahkah.
N beli tah hapa benda
Hamagad. Rasa nak memacam tp ku kawalllll je.
Sbb bulan ni xleh belanja banyak.
Target nak masukkan aircond ni.
Musim panas dah dtg. Pitam hoi panas.

Tapi happy la.
Ku target belanja tak lebih rm300.
Tp sampai cashier total rm220 je.
I one happy womannnnn.

Btw ni update pakai i phone.
So pic kat bawah ye.
Almari yang nak tapi takda tu.
End up beli benda lain.
Oh btw comel ikea now jual bag2 biru tu memacam size. Comel.
N last sekali tu pic dpt dpd 9gag. So funny n so trueeee.






Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...