28 February 2013

Expose Mistik - Rumah Mertua.


Salam kak peej..

gigih saya cari email akak pagi2 buta ni..hehe..
saya mal, baru je kahwin and malam ini (16/2/13) adalah malam ketiga saya di rumah mertua. 

Ceritanya, dari zaman bercinta lagi suami saya ada bagitahu pasal jiran dia yang suka sangat hantar hantu pergi kacau orang kampung sini. 
Kawasan rumah mertua saya ni jenis rumah rapat-rapat, yang dekat-dekat ni lah banyak kali jadi mangsa termasuk keluarga mertua saya.
Nenek suami saya orang yang pandai buangkan 'benda' yang melekat dekat orang. 

Hari pertama saya bermalam kat sini pun keluarga mertua dah kecoh bagitahu ada sedara pergi rumah nenek untuk berubat sebab ada benda melekat lepas balik dari majlis kami. 
Dua tiga hari ni pun selalu gak lah dengar depa bercerita pasal progress sedara tadi tu.

Malam tadi (16/2) saya, suami, mak mertua dgn dua orang adik ipar lelaki pergi rumah makngah. 
Sebelum balik rumah kami singgah kedai makan jap, tapi belum sempat duduk lama, kakak ipar saya dah called suami saya banyak kali suruh balik cepat sebab baby dia kena kacau. 
Depa berdua dah siap-siap kat rumah nenek untuk diubatkan. 
Dia pesan suruh balik cepat sebab nenek nak pergi 'berperang' malam ni jugak, katanya.

Sampai je kat rumah, suami dgn adik-adik terus pergi rumah nenek. 
Saya dengan mak masuk rumah, mandi, and bersiap nak semayang isyak. 
Tapi sebelum tu mak request suruh saya menyapu rumah sebab banyak pasir (rumah tepi pantai). 
Masa menyapu kat bahagian ruang tamu, saya ada dengar bunyi orang berjalan kat atas bumbung. 
Sekejap je bunyi tu so saya telan liur dan teruskan menyapu. 
Lepas selesai, saya pegi mandi dan bersiap nak buat isyak. 
Mak tiba-tiba datang kat bilik saya bagitau nak gi jenguk cucu dia kat rumah nenek. 
Saya angguk je kena tinggal sorang-sorang kat rumah tu.

Lepas mak keluar, saya memang rasa tak sedap hati. 
Tapi saya telan liur je la buat berani sambil baca zikir penghalang santau. 
Masuk bilik, saya buat isyak. 
Masa tu lah saya dengar ada bunyi seolah orang larikan jari kat tingkap bilik. 
Larikan jari tu maksud saya macam kita ketuk-ketuk jari lah tapi dia ni bergerak sepanjang tingkap. 
Tak kusyuk betul semayang tadi. Hehe.
Masa tahiyat akhir, saya dengar ada orang nak tolak pintu dapur. 
Lepas salam, terus saya capai alquran, peluk kemas-kemas and baca doa. 
Doa pun dah ke laut dah sebab fikir macam-macam. 
Tangan kaki dah menggigil-gigil. 
Siap berdoa saya mengaji sebab nak tenangkan hati. 
Bila lega sikit, cepat saya keluar dari bilik gi tengok tv kat luar. 
Kononnya taknak dengar bunyi lain lagi dah.

Mujurlah tak sampai setengah jam mak mertua saya balik dengan kakak ipar and baby. 
Lega gile toksah cakaplah. 
Tapi ingatkan sampai kat situ je kengerian saya, rupanya bersambung lagi. 
Malam tadi lepas tunaikan tanggungjawab seorang isteri, hehe, saya dengan suami dua-dua tak boleh tidur. 
Suami saya selalunya tak lama rehat terus tidur tapi kali ni siap switched on lampu bilik. 
Bila saya cerita kat suami pasal benda-benda yang berlaku tadi dia cakap takyah layan sangat. 
Sekarang dah pukul 3.28am, kami masing-masing online sebab tak boleh tidur. 
Mata merah sebab mengantuk tapi bila pejam hati rasa tak tenang. 
Bilik pun masih terang benderang.
Saya harap esok takde lah saya pulak yang kena berubat. 
Doakan kami sekeluarga.

Sekian,
Mal.

25 February 2013

Oiiiii perempuan

Meroyannya kau.
Kesian sangat.



21 February 2013

Expose Mistik : Penunggu Surau




ni aku nk share pengalaman sendiri ni, mmg sejak dr skolah lagi aku ni memang jenis lemah smangat ke tau lah, tp yg penting bukan kategori penakot la. 
Mmg aku kerap sgt kene tindih bila tido, nak nak lagi bila beralih tempat tido. 
Maksudnya bila aku travel ke or g tido umah kawan2 ke sedara mara ke, kompom la mmg akn kene tindih. 
Kalau best takpe jugak ni sakit gila biol je kepala bila dah lepas kene tuh! tak sukeee tak sukeee. 

Yang paling best baru belaku last year dalam surau hokeeeh! 
hebat tak binatang tu dlm surau yg suci tu pon dia hadooo jugekk!
time tu aku penat giler so dlm kul 10 am aku g lah surau port budak2 opis ni amik short nap bila mata dah rabak ngadap PC. 
so aku g la dgn harapan tggi menggunung utk berehat "take a break" katenyerrr! 
nah amik ko baru lelap 15 saat dah rasa lain mcm rasa angin2 sejukk je kat muka ni, mata dah berat kepala xleh angkat mulut xleh bukak! 
Dengggg! kene dah! 
mmg lemas giler! apa nk baca pon xleh, dah la ku sorg2 dlm surau tu, xbuka lampu plak tuh! 
wahhhh sungguh seram lagi menyeramkan. 
surau ni kat basement plk tuh!
Tiba2 aku rasa cam berjaya jerit ALLAHUAKHBAR!!! 
perghh lega.... 
Tapi! tapi.... aku xjaga lg rupanya mimpi dalam mimpi! 
susah la nk terangkan . ala cam kau rasa dah lepas tp rupanya ada dlm alam tu lg! pernah kan????
dahtu tiba2 ada lah makcik tua rmbut mengerbang muncul ala2 muka mak lampir gtew! 
dia leh ckp ngn aku "adik pusing nak tengok tapak kaki! haaa! nih ada jin nih! jin jantan!" 
trus aku terjaga! cuakkk gilerrr! 

dahtu pe lg basuh muka trus belari naik opis kwn2 tgk smcam je sbb muka pucat giler
smpai skrg xtau apa mksud kejadian tu! 
pastu mmg serik giler la nk g tido surau walaupon berteman aku just baring2 je xkuasa n berani nak lelap lagi dah..
pernah gak dengar crita kat basement tu dlu ada pompuan mati kene bunuh... huwarghh tu yg lg ngeri! mekasehh


Regards...
Salina Hassan

18 February 2013

No complains

Malam smlm n pagi ni ramai complain pasal bising mercun kan.
Tiap tahun kot macam tu.
Well selama ni aku tak rasa apa sebab aku di besarkan kat area yg 99% malay.
So memang aman damai la jugak.

This year lain.
Duduk area yg agak majmuk.
Area keliling pun sama.
So tadi experience la suasana tu.
Memula ok je.
Around 10ish aku lepak gerai area umah aku tu.
Start kul 11pm, dah start mercun sana sini.
Dpd perlbagai arah la.
But im loving it. Sebab lawaaaaa.

Lama jugak la rasanya around 1ish br settle.
Tp siapa ada anak kecik ke apa x suka la kot.
Tp maybe jugak aku x rasa sangat bukan exactly sebelah2 aku dok mercun bagai tu.
Jauh sikit la. So if bunyi pun ala2 lemak gitu. Wah lemak katanya.
But apa2 pun aku rasa way better dpd bebudak kita main mercun la.
Yang tu lg teruk sbb dor main stock bom la apa tu.
Tubye aku terkejut sampai terlompat gak la.
Tu ye annoying.

Apa2 pun lets not complain.
Tetap bersyukur yg bunyi tu mercun kan.
Kau xleh tidor pun sebab bunyi bising.
Bayangkan yang duduk negara perang.
Takleh tido siap pakej takut semua kan.

Sekian coretan daripada orang yg mmg tak tidur malam n xyah kerja pagi isnin. ;p




11 February 2013

Kemas mengemas

Hari di habiskan di rumah.
Sebab Mr.B demam.
Bagi dia makan ubat.
Dia tidur je. Bangun makan jap. Makan ubat again then dia tidur balik.

Aku lak abiskan masa kemas bilik-bilik.
Kemas bilik yang konon office tu.
Alihkan barang. Nak bagi ruang sebab nanti nak masukkan rak n meja office.
Plan nak dua meja. Satu letak pc, satu lagi untuk aku nak buat kerja pack2 barang.
Selama ni buat kerja kat lantai je. By the time abis pack, pinggang rasa nak tercabut. Ngan cramp kaki dok terkangkang je pack barang.
Hamagad nasib tak typo. Tadi hampir typo kata pack 'batang'.
Muahahahaha. Typo merbahaya.

Dalam bilik tu ada single bed. Aku nak alihkan. Tapi kena tunggu Mr.B sihat la.
Tak larat aku nak alihkan.
Dah nak pikir alihkan ke mana pun satu hal.
Sementara boleh la.
Tapi nanti rasa takda tempat nak letak.
Ada yang aku letak katil tu kat dining area nanti. Kahkah.

Settle situ beralih ke bilik master lak.
Kemas kain baju. Aku ni sampai sekarang tak beli lagi almari.
Nak beli murah tapi rasa tak lawa.
Yang idaman hati boleh tahan mahal lak. Pfftttt.
Merasa la baju susun ikut suka je.
Tapi bila dah macam gunung daik bercabang tiga, memang memanjang tak jumpa la baju.
So pakai mana yang nampak je depan mata.
So tadi kemas baru gembira nampak lak memacam baju n ada yang dah lupa kewujudan tu.
Sambil kemas sambil asing mana nak buang.
Mana yang nak derma mana2. Aku nak asing derma tu ada dah 2-3 bulan kot. Kahkahkah. So asing tadi dapat penuh la sekotak. Ada yang still ngan price tag.
Dpd tak pakai baik bagi kan. Simpan pun buat apa.

Lepas kemas seperti biasa aku kegatalan melampau.
Last week kot aku ada kemas.
Amik kau muka aku naik gatal sampai ke leher semua horror.
Sampai rasa seram je if jumpa customer ke apa. Ye la customer kan suka belek.
Aku ni memang kulit gedik. Habuk pun allergic.
Serious muka belah kiri ada gatal merah2 lebih sepuluh bijik kot.
Muka kiri kurang sikit la.
Leher pun berapa bijik tah.
Dah la merah menyala. Gatal lak tu. aaaa tak suka.
Nasib mama ada bg cream apa tah.
Sapu tu lepas 2 hari kering.
N takda takda ke apa. Fuhhhh.

Tapi ni gatal semangat kemas2 lagi.
Ok memang miang.
Tapi hopefully tak teruk ke apa.
Sat lagi kena mandi.

Yeay excited nanti sampai few more perabot. Rajin aku snap n update.
If malas kita update kat ig je. Kahkah.

Oh n maybe weekend or next week masukkan a/c pulak.
Wah suker.
Ok excited. Tapi garuk2 kepala memikirkan duit-duit yang bakal terbang.
Duit utk lorry n pasang a/c je.
Perabot semua courtesy of mommy n daddy. Alhamdulillah.

P/s: excited bukan tepuk tangan je tapi tepuk kaki sekali. ;)

P/p/s: typo harap maaf. Type pakai iphong memang lagi horror typo ye.

10 February 2013

07 February 2013

Expose Mistik - Nenek

hai,

salam perkenalan kak peej..
saya nak share cite mistik yg berlaku pada tahun 2010,tak lama lepas nenek saya meninggal..
tapi sebelum tu, saya nak kenalkan diri saya dulu ye..
nama saya Shentelle, i'm chinese + melanau, live in Sarawak.

Ni citenya...Nenek saya meninggal pada tahun 2010 bulan Sept.
mendiang tinggal dgn mak sedara ketika masih hidup.
agak rapat jugak dgn family saya.
asal weekend je mesti pagi2 dah call ajak kita org sama2 gi breakfast atau jalan2.

So lepas mendiang meninggal, rumah saya berlaku lah perkara pelik.
memanjang je ada bau mcm bedak wangi dalam rumah sedangkan ktorg memang tak pakai perfume atau air freshener dalam rumah..
yg tu taklah kitaorg ambil kisah sgt, ingatkan bau bunga2 yg mummy tanam kat luar rumah...
satu je yg buatkan ktorg rasa pelik sgt, anak saya yang berumur 4 tahun tu selalu ketawa sorg2, suka lari2 dalam rumah mcm ada org kejar plak tu...
daddy dia pernah tanya dia kenapa ketawa, dia just geleng2 kepala je...
plus, anak saya tu belum betul2 pandai bertutur walaupun dah 4 thn..

Daddy saya dalam diam2 ada contact seorang grandmaster yg expert dlm tilik menilik, fengshui sume tu..
boleh tahan jugak 'terer' dlm bab hantuss hantuss ni...hehe...
ada satu hari tu, tetiba plak GM tu dtg rumah.
baru tau rupa2nya daddy yang ajak dtg..

Mula2 GM tu senyum, then bagi soalan yg sangatlah CEPUMAS..
dia tanya berapa org tinggal dalam rumah ni? ktorg jawabla, 6 org.
dan selepas tu GM menidakkan jawapan tu, dengan yakin sekali dia ckp 7 org...WHATTT????
7 orang? saya takde pun pregnant...
terus GM tu bagitau lah kat kitaorg, org yg ke7 tu ialah NENEK!!
terkejut beruk kita org dengar...

lepas GM ber'komunikasi' dgn nenek, rupa2nya roh nenek tak tenang.
mengikut chinese, kalo roh org yg meninggal tak tenang, memang 'dia' akan balik rumah..
so nenek saya tu dia tak tenang sbb kat 'alam' lain dia berkeliaran je, takde rumah takde makanan sume..
GM kata nenek ada mengadu sejuk dan lapar.
at last, kitaorg settle ikut adat melanau sbb nenek walopon chinese tp dia suka hidup cara org melanau masa dia masih hidup..
kalo ikut adat melanau, bila kita sedekahkan barang2 keperluan kpd org miskin atau rumah kebajikan, barang2 tu org yang dah meninggal pun akan dpt tau!
ini memang benar..lepas kitaorg buat camtu, perangai anak saya dah kembali normal, bau wangi sume pun takde dah...
maybe nenek dah balik ke alam 'tu' kot??Mudah2an roh nenek sentiasa tenang..

Tu je cite sy kak Peej...maaf ye kalo jln cite sy berterabur... ;-) 
Sekian,bye!

...........................................................................................................................

menarik gak baca cerita lain daripada lain kan.
maybe cerita macam simple.
tapi if bayangkan di situasi tu mesti seram kot.
apa ke tetiba anak kau berlari2 n gelak2 macam happy sangat.
takyah anak la. baru kucing aku perangai pelik2 aku dah macam seram. heheh.

sesiapa nak share cerita boleh email yea.

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...