26 December 2013

Expose Mistik : office mu, office ku jua.

salam..

hi k.peej..saya lagi..
baca latest post akak kat blog pasal expose mistik dah takda orang share so saya teringat MIL ngan FIL saya punya cerita..
MIL dengan FIL saya kerja gov kat kedah..
diorang 1 syarikat just lain2 jabatan..
ofis diorang tengah2 bandar..
ada laa sampai berbelas tingkat..
by the way semua orang yang kerja situ dah tau bangunan tu memang keras, selalu orang kena kacau.
staff situ paling lama boleh stay lepas ofis hour adalah pukul 6.
lepas dari tu semua dah takut.
sedangkan masa tengah ramai orang pon boleh kena kacau apatah lagi sorang2 kan.
disebabkan banyak sangat cerita so saya divide kan laa ey.


1. husband saya dulu masa dia sekolah selalu gak teman ayah dia pergi ofis kalau hujung minggu.
pastu husband saya cakap, tengah dia dok layan main komputer tu dengar orang dok taip2 keyboard.
then ayah dia pon bersuara, jangan laa kacau aku nak wat kerja ni.
tak lama pastu telefon meja pon bunyi, kat meja sana, meja sini.
then FIL saya pun cakap lagi, aku mai wat keja sat, bukan kaco hang pon.
pastu senyap.
husband saya time tu takut gila.
then dah abeh FIL wat kerja diorang pon balik.


2. ada maintenance tengah wat kat tingkat berapa tah.
pastu org2 yang wat kerja tu dengar orang menyanyi, fon berdering, orang taip keyboard.
diorang memang dah arif dah..pastu wat kerja cepat2 nak turun guna lift sekali masuk lift, lift tak bergerak. 
lama plak tu. tekan punya tekan, then diorang give up..cakap, laa...aku mai nak wat keja. jgn laaa kaco. aku dah nak balik ni.
pastu lift pun OK...

3. ada Pengarah dari KL turun Kedah sebab nak rai ketua yang dari Kedah ni bersara.
tengah dok bagi speech, menda tu kaco...dia ckp, "testing 1,2,3" pastu dia wat fuh2 kat mic tue.
kan orang kalau nak test mic wat camtu.
ha dia wat macam tu laa sebijik.
saya ada tanya MIL saya, suara laki ke pompuan? 
MIL saya kata time tu suara laki. tapi dia boleh buat macam2 suara.
kadang2 nyanyi suara pompuan. lagi sedap dari siti.
berbalik pada cerita., then Pengarah tu terdiam.
maybe dia ingat ada org tengah test mic lain kot.
yang staff nie senyum je la.
lepas dia berucap tu diorang ada makan2, dia tanya sapa yang test mic tadi? 
diorang senyum je cakap orang dalam saja dia nak mai kaco.
terdiam Pengarah tue.

4. time ofis hour, tengah orang dok busy wat keja.
tiba2 ada dengar orang nyanyi..mendayu2..staff wat tak layan je sbb tau itu mesti 'dia'.
kadang2 ada gak diorang suruh 'dia' senyap sebab ganggu org nak wat keja.

5. tingkat berapa tah dalam bangunan tu diorang ada sediakan macam suite untuk orang yang datang berkursus kat situ tido dalam bangunan tu.
save budget dari nak tido hotel kan.
dalam suite tue ada banyak katil.
FIL saya cerita sapa yang singgah tido situ selalu kena kaco..malam xley tido..dengar macam2..
so memang x berani lah sapa2 yang datang nak tido kat situ sebab dah tau cerita kan..

6. FIL saya cakap sorang je yang tak takut 'dia'.
guard. nama apa saya dah lupa.
saya bagi nama Ali naaa...Ali nie dia macam tak betol, tapi bukan mental.
dia OK just mcm betul bendol kot.
dia ni kalo kerja malam tengah2 malam slumber je dia pergi meronda dalam bangunan sampai tingkat atas.
pastu bila orang tanya tak kena kaco ka?dia cakap tak..sebab tu kot dia tak takut.
tak pasti kenapa Ali nie tak kena kaco.
kadang2 kalau diorang tertinggal barang kat opis, mintak Ali tu ja p amik kan..

ok lah k.peej itu ja cerita yang saya ingat wat masa sekarang..hahaha..
nanti kalo ada lagi saya share lagi ey..daaaaaaaaaaaaaaaaaa!

thanks,

regards,
iza.

20 December 2013

ulang alik.

kan kat entry semalam pasal aku kata bunyi bumbung tu kan.
benda ni dah lama gak la.
start 2-3 bulan lepas tak silap.
almost every night jugak la ada.
mula-mula tu menggelupur jugak la.
tapi lama-lama dah biasa.

aku as usual memang akan tidur lambat kan.
seperti yang korang dah sedia maklum.
MrB selalu jugak tidur lewat, tapi tak selewat aku.
memang usually dia akan tidur dulu la.
aku seperti biasa layan online sebelah la.

tiba-tiba satu pagi tu tetiba bunyi bumbung dapur ni bunyi.
bilik aku ni belakang. so belakang bilik ni terus dapur.
so around 5am macam tu bumbung tu bunyi bising gila bunyi macam berjalan ulang alik.
kuat ok. macam bumbung zink pulak bunyi dia.
padahal tu bukan bumbung zink.
mula-mula aku dengar tu berderau ok darah aku.
sumpah seram gila meremang bulu roma.
sebab bunyi macam kuat gila macam orang berjalan.
pastu berjalan stock ulang alik ke kiri ke kanan. then ke kiri again. pastu ke kanan balik.
aku dah macam ish apa tu.
terus aku kejut laki aku.
bila laki aku jaga senyap pulak.
then dia sambung tidur bunyi lagi.
aku bukan apa takut orang. tau la zaman sekarang ni.
then laki aku terjaga. dia kata musang.

aku rasa lega sikit la bila dia cakap macam tu.
cuma serious macam takleh terima akal.
sebab musang bukan la besar mana.
aku biasa nampak musang area rumah aku ni. stock kenit2 je pun.
ni bunyi tu macam berat la yang berjalan tu.
so aku abaikan je la.
lama weyh ulang alik tu macam apa yang kau buat sebenarnya kan.
around 5.30am macam tu senyap.
sebab time tu nak subuh kan, surau pun dah start mengaji bagai.

mula-mula la aku seram.
lama-lama tu aku pikir memang la kot musang.
mungkin king musang kot yang berjalan tu.
nampak situ? king musang yea. sebab if aku sebut musang king tu dah lain dah. tu durian. heheh.

nway, selalu timing bunyi tu mesti nak subuh macam tu.
tapi semalam lain pulak.
elok aku dok edit expose mistik tu dia galak berbunyi.
seperti biasa ulang alik la.
then settle siapkan entry tu dia sepi.
elok aku main game semua apa bagai.
then aku buat entry ni dia bunyi lagi.
entah. takda apa kot kan.
maybe musang la, sebab tu bumbung rumah ni banyak jahanam.

eh jap.
tiba-tiba aku teringat.
dulu masa aku kecik. pernah jiran cakap dorang nampak atas bumbung rumah ni dorang selalu nampak ada 'harimau'. if u know what i mean.
ok tak kelakar.
takkan kot kan? ok positif positif.
*musang..musang..musang…musang..musang*

so what does the fox say???

p/s: auto publish entry n cerita aku sendiri. so takyah la tggu segment expose mistik ke apa eyh.

19 December 2013

Expose Mistik : diperhati

Hai peej.. akak ni silent reader awak n ur mum. 
suka sangat2 baca.. tiap2 hari sure nak bukak :-)  
dah lama nak cite tapi cam xde kesempatan lak, n x sure best ke x cite akak ni.


Cite 1 :

Anak akak ni dianugerahkan cam leh nampak 'makhluk' tu. 
so kadang2 tengah2 main dia akan cakap ngan akak "Umi, apa tu mi, dia tgk je ahmad" sambil tunjuk2 kat dinding, pintu. 
umur dia 2 tahun 8 bulan. 
kat umah org pun kadang2 leh cakap menda2 macam2 if dia nampak. 

one day, akak pergi rumah adik akak kat sg buloh. 
anak2 semua main kat bilik atas.
akak kat dapur n semua2 borak kat hall. 
tetiba anak akak jerit yang sangat kuat sambil nangis.
anak adik pulak terus lari ke bawah peluk mak dia. 
akak terus lari ke atas tanya kenape. 
dia cakap "umi, kak limah pukul perut ahmad".
akak tanya kak limah mana. dia boleh tunjuk bilik yang adik akak letak barang2 tak pakai. time tu tetiba meremang semua bulu2 akak. 
akak dah terbayangkan kak limah awie tu. 
ayah, husband n adik semua naik atas.

diaorg pun ingatkan gaduh2. 
sekali tengok perut anak akak merah yang kena pukul ngan 'kak limah' tu. 
ayah akak terus suruh husband akak Azan. 
yg adik akak amik air yassin, akak lak baca ayat Qursi terbalik-balik, x leh abiskan. 
ayah akak cakap ni mesti dia panas ni sebab tadi maghrib ayah akak baca yassin kat bilik. time tu malam jumaat. saja je ayah nak solat kat situ. 

Alhamdullilah ayah leh tau la sikit2 nak buat apa. 
then settle camtu je. 
husband Azan 3 kali, adik sapu air yassin kat perut anak akak tu. 
esok nye biru kat tempat tu. 


Cite 2 :

rumah akak belakangnya pokok getah yg dah terbiar. 
so, sinki memang ngadap belakang la. 
tingkap kat sinki tu pulak jenis nako.

hari tu pukul 4.30 pagi akak bangun nak masak utk org order. 
so tengah siang2 ayam, kupas bawang, tetiba rasa macam ada org peratikan. 
memula rasa hish, ni dugaan ni.. xpe, teruskan je la. 
skali memang jantung ni berdup dap dah. 
terus lari ke bilik sambil sebelah pegang pisau, sebelah pegang bawang. 
kelakar je..

kejut husband cakap macam ada org tengok akak, husband akak mamai2 cakap.. takde apa-apa lah. Malaikat tu.. 
hissh sabar je la, if malaikat takkan la rasa meremang segala menda. 
desak dia suruh bangun gak. 
last2 give up. 
bangun then terus bukak pintu dapur yg mengadap kebun getah terbiar tu.

dia senyap je pandang ke belakang. 
dia cakap jom kite sedekahkan fatihah kat dia. 
akak tanya kat sape lak. dia ckp kt 'makhluk' tu. sian dia.. 
so akak x pikir menda akak baca je la.. 
then terus husband amik kerusi dok tepi pintu sambil ngadap akak siap2 barang nak masak. 
dalam 15 minit lepas2 akak cakap dah ok dah.

pagi tu before pergi kerja akak tanya apa dia yang suruh mintak sedekahkan Fatihah kat dia. 
husband akak cakap ala, nanti kita pakai camtu gak.. 
Ya Allah terus meremang lagi. 
tapi nak buat macam mana 'makhluk' Allah jugak kan… 
sabar je la.. tetap gak kena pergi dapur kan.

ada banyak cite lagi. tp tu la, takut tak best lak cite akak ni..

-r-
…………………………………………………………………………………….

nama anak akak ni di ubah ye.
akak tulis xxx tapi aku bg nama ahmad. tak best lak dok baca xxx nanti kan.
kak ada cerita nanti share lagi. 
serammm. syok baca.

bertambah seram tengah dok aku baca nak readykan untuk auto publish elok bumbung belakang rumah aku ni berbunyi2 macam ada something berjalan.
tu nanti aku cerita entry lain.


17 December 2013

scandal


ni yang malas nak tengok tv series ni.
sebab bila dia on break tu tertekan jiwa dan raga nak tunggu sambungan tu.

antara cerita yang aku follow adalah scandal.
cerita political scandal.
aku ni tak berapa suka politik. sebab sakai sangat. wahahha.
so masa mula-mula nak follow cerita ni macam tak berapa nak mari je.

tapi aku kan subscribe ellen show kat youtube.
so si ellen ni tak abis2 la dok puji cerita scandal ni.
macam ke best bebenor la.
so start google pasal series ni. politic. macam tak best je.
tapi since aku suka pelakon perempuan watak utama ni.
suka tu, daripada zaman save the last dance ok. zaman mak remaja uolls.
ok apa kata give it a try.
tengok pulak baru ada season 1 time tu. baru habis la season 1.
ok la. aku kalau nak follow cerita biar baru. if dah terlalu banyak season malas nanti.

mula-mula kasi download 5 episode je dulu.
tu pun berkurun download tapi tengok nya tidak.
bila betul2 free n relax baru tengok. amik kau.
non-stop. terus marathon uolls.
menarik gila jalan cerita pastu jenis ending tergantung n mendebarkan memang wajib tengok episode seterusnya.

ni baru lepas layan season 3 episode 10.
sekali on break la pulak!!!!
sambungan hujung feb nanti. hoi tekanan hoiii.
dah la ending tadi macam gempak gilaaaaa.

aku malas follow banyak sangat tv series.
nanti tak jalan kerja aku.
bulan ni dah la busy bebenor.
aku nak update blog pun tak sempat ni uolls.
i mean proper update yang siap transfer pics apa bagai tu la kan.

hari-hari ku pack.
sebab bulan ni kan aku buat everyday postage.
sebab kalau tak menangis nak angkut barang nanti.
everyday ada je la benda kena buat.
siang busy pack barang, petang post.
then kadang ke sana sini.
kadang berulang rumah mama hantar stock.
malam balik mengemas apa patut kejap.
laki ajak lepak. dia tu if aku kata malas ikut masam2 muka.
layankan je la. dia lak lepak mana reti kejap.
then by the time dapat online apa sangat aku boleh buat.
then tidur. then bersambung lak aktiviti harian.

so buat masa ni baik la follow beberapa ni sahaja.
so far aku follow scandal, the blacklist n game of thrones.
game of thrones takpa april nanti baru muncul season 4.
oh aku ada follow gak pretty little liars n carrie diaries tapi tu aku biarkan abis season dulu nanti download n marathon.
eh dah settle ke latest season dorang? tak check pun.
but so far paling suka 3 atas tu la.
yang carrie n PLL tu agak keremajaan la.

oh lupa nak bagi tau.
lepas ni COD dah takda kat rumah parents aku yea.
aku kesian la kat dorang, dah tua n tak larat.
dah la door bell rumah lak rosak.
so ngan mama takleh dengar. orang lak datang timing tak menentu.
kesian papa kena alert je. nak solat dia pass ke mama.
mama lak tak pasal kena duduk depan pintu jenguk2 if ada orang nak amik.
so kepada customer ku, if nak amik ke apa sila la amik kat rumah aku yea.
if takleh sila gunakan method postage.
if nak amik jugak sana, hanya bila aku ada sana, which ikut masa aku la ye.
n aku adalah manusia biasa yang ada laki, ada mertua, ada life yang sendu.
so takda aku nak ada sana 24/7.
so if nak jugak COD memang rumah aku sahaja ye.
ala tak jauh pun sana ke sini, beza 10-15 minit je pun.

sekian terima kasih.


Promo Tabita n Ephyra CLICK HERE

12 December 2013

expose mistik : highland tower

Salam kak peej, 

Baca blog akak pagi ni baru teringat satu cerita. 
Cerita ni pendek jee. Tak panjang pun. 

Abg ipar saya bawak teksi, biasa la kalau geng-geng teksi ni kan ramai. 
So kwn lepak dia yg kat klcc tu ada cerita kat dia pasal highland tower. 
Sebab that day abg ipar saya nampak dia ni termenung jee sorang2. 
So abg ipar tanya la kenapa kan. ada masalah ke apa. 
Pastu dia cerita dia tadi ada la round kat area highland tower. 
Tapi kat bwh2 tu je la, time tu mcm nak dekat maghrib.
Tengah round2 tetiba ada perempuan tahan dia.
Rambut panjang dia kata. so dia berhenti laa kat perempuan tu. 
Pastu tanya nak gi mana?
Perempuan jwb nak pegi naik atas (merujuk ke highland tower)
Abg tu tanya la, ehh nak buat apa naik atas. nak malam dah ni.
Pastu perempuan tu kata, saya nak naik, nak ambik tangan saya. Sebelah lagi ada kat atas/
fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. abg tu terus keras kot. 
Lama pastu terus dia pecut. 
Tu yg sampai2 kat kwn2 dia, dia mcm termenung2 jee. 


Saya rasa mmg org kalau baru nampak benda tu memang akan termenung kot.
Sbb pengalaman sendiri saya macam kat pg plkn kan. 
Ada laa satu mlm tu, dalam pukul 2 ke 3 pagi mcm tu. 
Dah tido laa, tp mcm terjaga sbb nak tukar position tido. 
plkn punya dorm dia panjangggg mcm askar punya dorm tu. 
So memula saya tido mengiring ke kanan, tido mmg selubung habis sbb katil menghadap tingkap. hahahaha. penakut sikitt. 

Pastu terjaga nak tukar ke kiri. so bukak la selimut tu. 
Mata mmg terbukak tetiba terpandang dinding hujung sana. 
Elok je tegak satu makhluk yg pakai putih semua berikat kat atas. poconggg. haaaaaa.
Terus keras masa ni. otak mcm tgh analyze makhluk apa tu. betul ke tak tu. hahaha
Seram gila kot. tinggi nak mampus,. muka dia hitammmm jee. 
Terus tarik selimut pelan pelan sambil ckp dlm hati, tolong laa jgn lompat. tolong laa. 
Pastu baca apa yg patut terus tertido. 
Seram gilaaaaa @@

-mirna-

05 December 2013

Expose Mistik : dari celah tingkap

As salam Peej,

Ni akak nak share pengalaman expose mistik akk

Story 1
Dalam umur tingkatan 2, akak ada bilik sendiri
So memang manjang lepak bilik je
Satu malam akak lepak bilik around 11 malam
So tingkap  bilik akak jenis naco...atas sekali dh rompong sbb pecah
Sambil baring2 tu pandang ke tingkap nampak benda putih..lagipon langsir ditiup2 angin
Akak mmg rabun tp malam tu x pakai spect sbb power tak la tinggi sgt tapi nampak agak blur sikit la
Hati ni nak tau la paa benda tuh..amik kerusi panjat tgk dari tingkap
Sebelah rumah ada pokok mangga yang rendah ...so bende putih tu duk bertenggek kat pokok tu 
Serious muka dia kosong tanpa mata, hidung mahupun mulut berbaju putih..rambut panjang mengurai
Tapi perasaan kita nampak dia senyum melebar sampai ke telinga
Terus turun kerusi larik ke ruang tamu
Takutnya Allah je yang tahu
Lepas tu akak trus tukar bilik lain
Semenjak tu takde la nak intai tau pon jenguk2 tingkap lagi

Story 2
Akak selalu ikut parents balik kampung...bertolak plak malam2
Rumah atuk akak pulak jauh dalam..area pokok getah plak tu..rumah pon jauh dari org
Masa dah masuk area pokok getah, mas tu dalam kol 2 atau 3 pagi, abah akak suruh kami tunduk , jangan pandang luar
Kami pon tunduk la sbb mmg penakut semua
Sampai la di rumah atuk akak , tak sampai 10 minit blackout
So abah n atuk akak gi keluar naik motor nak amik gasoline
Tinggallah akak, mak akak, ngan adik akak 2 org
Masa abah n atuk keluar tu mcm2 bunyi akak dengar
Bunyi mengilai, baling pasir atas bumbung, atap zink mcm ada benda lompat2
Masa tu plak akak pakai baju alien workshop..siap tutup gambar baju sbb ye la gambar alien tu mcm bende tu gak
Mak akak pon seram gak time tu ajak baca beberapa surah
Akak sambil baca selubung dalam selimut
Panas berkuap dalam selimut tetap akak tahan jugak
Dekat sejam tu barulah abah n atuk akak balik bawak gasoline
Rasa nak melompat tapi still trauma..takut benda tu menyamar jadi abah akak
Sampailah mak akak tarik selimut barulah lega...baju sampai lencun dgn peluh
Pastu mcm phobia je bila dgr nak balik kampung..apatah lagi bila gerak malam2

Tu je cter akak..nanti ada lagi akak emel ye

-wan r-

21 November 2013

aku suka cerita hantu

eh dah lama aku tak dapat email expose mistik korang.
sebab tu jugak aku takda apa nak share.
cepat la. email la aku.
aku suka baca cerita hantu.

aku ada few la yang kawan-kawan cerita n all.
tapi tu la malas nak type. hahah.
kong ajo kan. suruh korang email, tapi sendiri malas.
plus aku lupa keseluruhan cerita. kang aku cerita tak mari tak best gak.
tengok la if rajin aku cerita la.
if not tunggu la korang email.
if tak email gak, jawabnya berkubur la expose mistik punya segment.


14 November 2013

mulalah aktiviti dia tu

mama tidur rumah aku ni.
tau la mama if datang mana reti duduk diam.
dengan puasa tu pun gigih dok ngemas sana sini.

tapi kelakar la pulak.
sebab dia kemas bilik office tu.
memang dalam tu banyak barang2 papa.
aku nak buang lama dah tapi papa kata dia datang nanti buat.
ye la tu dia punya nak datang tu dah setahun weyh.
so ni mama ada, mama kata biar mama buat.

aku kat depan membalut barang nak post ni.
kejap2 kang dengar la mama jerit.

keluar laaaa..
jangan kacau mamaaaa..
eeeee nakal laaa.
keluar..keluar. mama bungkus kang buang sekali ni kang.
heiiii. habis lahhh semua.

sebab apa?
sebab kena kacau dek kucing2 semua.
dorang memang sakai.
asal orang buat kerja semua menyibuk je.
aku tiap kali buat kerja terjerit2 kot.
yang pelik. sebelum aku buat tu elok semua tidur.
aku mula buat kerja ja mula la kat situuuu la dia nak berkejaran.
kat situ la dia nak landing
kat situ la dia nak masuk plastik.
time tu la dia nak terbalikkan tong sampah.
eiiiiiii. nasib comel.

ni tengok mama mengemas ruang dining area pulak.
ada- ada je mak aku ni.
aku lak debar2 ni. hahah kang ada tak kena mula la dia panggil.
tak tenteram dibuatnya.

eh ok la.
nak sambung buat kerja.
later peeps.


11 November 2013

santai

baru balik daripada dinner.
hari ni lepak kedai atas ni awal.
yeee! kita orang ni almost everynight lepak situ.
kalau ada award customer paling setia boleh bagi ni. haha.
biasa sangat lepak dah jadi kawan.

elok abis makan nak balik.
tapi tonight pekerja sorang kurang sebab anak tak sihat macam tu.
so dia gi bawak anak hospital kejap.
ramai pulak tu customer.
as usual laki aku ni mana boleh kan.
terus dia buat aktiviti menolong kat situ.
dpd kemas meja, amik order, hantar order, bersihkan segala peralatan.
u know my husband. ocd. so harus quality control terlampau macamkan kedai dia. haha.
aku lak elok duduk habiskan air.
ada customer datang tengok takda meja.
bergerak aku ke meja dalam.
tapi aku pemalas. memang aku duduk je la tunggu. huhu.

lama gak la tunggu laki aku ni semangat pekerja.
heran aku tahap kerajinan dia.
tak penat ke apa.
ni balik rumah aku ngadap laptop. tengok dia dok kosongkan tong sampah apa bagai.
coverline cakap aku dah mop lantai tadi sebab kencing kucing.
rupanya dia perati ok.
dia jawab, "tapi moling tu mop kawasan ni je. sini sampai sini je."
terus aku tutup muka.
hahahahah memang pon!
abis tu dah kata dasar pemalas kan.
sebab dia baru mop last saturday satu rumah.
motip aku pun nak mop satu rumah kan?
cukup la aku mop kawasan terlibat n bawak ke dining area sikit je. hahahahah

nway, mukadimah.
matiklah mukadimah panjang macam tu.
perempuan kuat bebel memang macam tu.
entry berkisar lain.
aku online nampak la kat fb moon tag status.
sebab ada orang komen konon tak paham bahasa blog ni la apa.
so dia kata lepas ni mari buat blog tulis formal.

nak gelak.
aku tak paham orang yang komen macam tu.
aku rasa simple.
kalau kau rasa tak faham ke. tak suka ke. jangan baca.
simple.
macam kau rasa kau bukak blog dia sakit mata. takyah la bukak lagi.
bahasa dia bikin kau pening sebab rempit sangat. then takyah la baca lagi.

macam blog aku la.
ikutkan cara penulisan betul kau kena buat by perenggan kan.
well aku tak suka. aku rasa sakit kepala nak baca.
so memang after setiap ayat aku akan enter.
senang aku nak baca. senang gak korang nak baca kan.

bahasa aku still ada la yang santai.
tapi sikit2 aku try ubah.
ingat lagi masa memula blogging aku suka eja guna huruf e.
contoh: akue, die, bile, suke, mane…
macam tu la.
oh aku jugak suka sangat letak 3 titik > …
sikit2 nanti … bla bla bla ….
lama2 sendiri rasa annoying maka stop.

bahasa pulak slow2 stop pelik2.
sebab satu aku sendiri baca menyampah.
satu lagi noy pernah bagi tau kawan2 chinese dia ramai jugak baca blog aku.
time tu la. now tak tau la.
so kadang bahasa aku n ejaan aku pasar sangat dorang tak paham.
walaupun boleh je pikir, eh pergi la mampos. suka aku la blog aku.
tapi cuba la terbaik untuk ubah.

then start dapat tau blog aku ni ada perlbagai peringkat umur.
so kalau bahasa moden sangat nanti makcik2 tak faham pulak.
so kurangkan bahasa pelik2.
then tau pulak ada pulak readers aku di kalangan budak sekolah.
paling muda yang pernah tau form 2 macam tu.
bila tau rasa tak best.
sebab sebelum ni entry aku ada gak kelucahan sana sini.
so rasa macam tak manis pulak bila budak baca kan.
plus pikir umur makin lama makin meningkat kan.
sedar-sedar la diri tu.
nak lucah je apa ke hal kan. macam bangang.
tapi among friends kau nak melucah suka hati la.
kalau kat blog memang kurang sangat la. begitu.

macam sebelum ni aku blog background hitam.
tulisan putih. ramai mengadu sakit mata.
payah baca la apa.
tapi ada jugak kata jangan tukar sebab memang identiti aku hitam putih.
amboi identiti la sangat. poyo. hahaha.
so aku amik dua2 sekali.
aku tetap maintain blog hitam putih.
tapi aku buat background putih, tulisan hitam. senang kan.
now umur aku pun dah 30.
aku paham. sebab kadang ada certain blog memang berpinar mata aku nak baca bila background gelap n tulisan cerah.

tapi satu yang daripada dulu until now yang aku tak boleh nak ubah.
adalah typo aku.
sebab aku sejak sekolah paling la malas check balik.
so sama macam blog.
aku type laju-laju.
then terus publish. agak jarang la aku tiba-tiba nak baca balik.
check ada kesalahan apa-apa ke.
sorry ye. so korang pun pandai-pandai la pahamkan typo aku tu ye.

kesimpulan di sini.
untuk pembaca. kalau rasa tak boleh blah sangat baca blog orang tu sebab kau rasa menyampah ke, tak paham ke apa. tak yah baca. benda simple.
tapi kalau kau nakkkkk jugak baca sebab kau memang nak amik tau pasal blog orang tu.
so kau pasrah je la. baca je la. and terima la seadanya gitu.
takyah nak ajar orang tu or ubah cara dia.
hello, tak semestinya orang tu tulis begitu dia tak berapa cerdik.
tapi mungkin sebab bila berblog dia selesa dengan cara itu.
macam ahkak. walaupun blog merepek ke apa.
tapi spm BM akak A1 ok. sebab tu tanpa segan silu berani mengaku diri perempuan melayu terakhir.
wahahhaha nak jugak.
aku ni bab pepatah, penjodoh bilangan semua terel gila kot.
ingat kan kalau karangan kau masukkan pepatah dapat extra mark.
amboi kemain satu karangan tu kalau boleh 2-3 pepatah nak masukkan.

i don't know about u guys.
tapi aku lagi suka baca blog yang personal n santai.
sebab rasa feel tu lebih n rasa kenal je orang tu.
if formal sangat ni aku tak suka. jadi cepat bosan.
ada la few aku suka. tapi tak banyak.
kadang orang yang terlalu puitis, formal n all ni pun rasa semak baca.
in the end abis baca blog dia aku akan macam, "woiii kimak apa kau tulis ni bunga2, kias2 aku tak pahammmm laaa".
tapi hanya cakap dalam hati je la. hahaha.
tapi dasar kepochi suka baca orang tu. lalu berkata lagi dalam hati, "puitis pun puitis la."



10 October 2013

expose mistik : seminit.


Salam kak peej…

Kak, saya guna bahasa sabah k..hehe senang mau cita bah…

Seram 1 :
Masa tu tinggal asrama.
so biasalah budak2 hostel kalau malam baru rajin cuci kain…
saya dgn kawan satu org g nama ain cuci kain…
budak2 dorm lain ada tgh tgk movie…
pastu siap cuci, sidai la…tempat sidai kain tu terbuka.
Dorm tingkat tiga…agak tinggi jugak. 
Sidai punya sidai…mata tgk sebelah kiri…
ada aircond dekat sebelah dorm lg…
tiba-tiba muncul tangan kecik mcm tgn kanak2 mcm tu, sbb ada cahaya dr dorm nampak kaler tgn tu mcm pucat putih yg lama terendam dlm air smbil lambai…wooo……
entah kalau nampak benda mcm gni bukan lari, kaki mcm tersangkutttt…..Lolz…
lepas seminit baru sedar terus lari masuk blik…
ain plak still sidai kain. Lol 


Seram 2:
Masa ni sudah berkerja. Tinggal ruma sewa dgn kwn2..rumah flat biasa. 
Di sabah waktu gelap lebih awal dr semenanjung..
dlm pukul 6 mcm tu mmg mula gelap da…
sampai ruma dlm pukul 6 terus g mkn..
pastu p dapur tgk ada kucing terperangkap di luar tempat sidai kain…
em mau tolong amik mungkin kucing tu tidak pandai memanjat…
jam 8 kawan balik pegi dapurr balik kucing masih ada..muka sedih..
panggil la kucing tu..uma sebelah kosong lampu gelap. 
Kucing tu lari dekat aircond uma sebelah..’miau miauuu..mari sini~~…sini la mariii cepatt~~ sini~siniii la~~
mendayu-dayu suara mcm tu la saya panggil kucing tu..tiba2 kucing tu tgk atas…lol diam ja kucing tu..huhu…
then nampak samar2 la ada susuk cam kepala mau keluar dr tingkap tu..
dia keluarkan sekali then masuk kan balik kepala nya..
kluar sekali masuk balik..
mcm ‘ko panggil aku ka? Aku dtg ni…’ 
lol mcm biasa seminit stuck then teruss cau bye kucing


Seram 3:
Kampung saya d sabah ni pedalaman. 
Memang dekat kawasan hutan simpan. 
Masa tu tidur rumah kakak. 
Anak buah kecil lagi dlm umur 4 tahun camtu..dia tidur dalam bilik. 
Kami ramai2 di ruang tamu. 
Pintu bilik tutup. 
Tiba2 keluar anak buah ni. 
Mata tertutup tgh jalan. Biasala mungkin mengigau. 
Tapi yang x biasa , tangan dia mcm org tengah pegang…angkat tgn sebelah seolah2 ada org bawa dia..dia lalu depan kami , jalan gi dapur. 
Abg tengok ikut dia..sampai dapur ja ada bunyi ‘hemmm heemm’ dua kali camtu terus anak buah buka mata nangis…lol….
seram ngeri seriauuu….
lain betul suasana uma masa tu..hutan, bunyi senyap, angin sejuk…serammm yang x dapat di ceritakann 

Ok kak peej ni ja cerita saya..nanti next time saya cerita g..bubyee lebiu muahh <3 font="" nbsp="">

-A-
..........................................................................................

sesiapa nak share pengalam expose mistik boleh email yea.

nurhafiza.burhanuddin@gmail.com

expose mistik every khamis malam jumaat
if nak share luahan perasaan ke tanya pendapat ke boleh email gak.
if ada akan ku share yang tu every monday.

wokie dokie.
selamat malam jumaat.

p/s: makan ubat terus mata layu je ni.


08 October 2013

last call

ramai yang order kan cookies.
hari ni last order yea.
n please buat payment by malam ni.
if tak buat order korang aku tak confirmkan yea.

so if korang just bagi order je.
tapi takda payment maknanya memang aku tak catit masuk yea order.

untuk ephyra barang korang akan sampai within this week.
tak sure hari apa.
dapat je akan post.
tu last yang ada. lepas ni by end of the month baru ada balik stock ephyra.

lain barang available ye macam tabita semua n krim ibu putih tu.
thank u.

p/s: mood malas update. merasa la korang tgk manjang update business. demi sesuap nasi katanyer.

26 September 2013

Expose Mistik: Asrama

Assalamualaikum Peej. 

Peej ex-mrsm mane dulu? Kite pun ex-mrsm.

Sebelum saye duk MRSM saye duk asrama dekat sekolah menengah harian. 
Asrama tu memang menyeramkan sampai saye tak pernah ponteng prep mahupun sekolah. 
kalau dekat mrsm memang selalu ponteng,

Tapi ade satu mase haritu saye ade PJ (pendidikan jasmani). 
Saye tak engat nak bwk baju PJ so saye terpakse masuk asrama balek sesorang. 
Mase tu asrama dah kosong, dorm saye memang dah tutup lampu. 
Asrama kitorang siang pun kene bukak lampu kalau tak memang gelap yang teramat. 
Alkisahnye baju PJ saye dipinjam orang lain maka saye nak pinjam dengan kawan saye yang same dorm. Bahagian loker dia kat  hujung dorm. 
Bukan hujung dekat pintu tapi paling jauh daripada pintu. 
Mase otw nak pergi loker dia, macam2 bunyi saye dengar . 
Bunyi loker bukak tutup. 
Masalahnye dalam dorm memang dah takde orang. 
Saye tak jadi pergi loker dia terus pergi sekolah.

Kejadian lain. Saye tengah prep malam tibe2 selipar saye putus. 
Lepas mintak izin pengawas asrama, saye dan seorang kawan balek ke bilik untuk tukar selipar. 
dorm mase tu gelap, lepas bukak lampu saye menghampiri loker saye. 
tapi saye dengar suare orang gelak2 dalam dorm. 
macam "kahkahkah" gitu. 
motip nak gelak dalam bilek yang lampu kipas sume bertutup? 
Kitorang teros lari dalam keadaan saye berkaki ayam.

Kawan saye pernah tak pergi prep malam pastu dia nampak kaki hijau yang besar bawah katil sebelah katil saye. 
dia nampak kaki tu macam orang berjalan belakang katil tapi hanya ade kaki sahaja.

So far mrsm saye takde kes pelik walaupun mrsm saye ialah mrsm kedue tertua yang dibina. 
Tapi pernah lah mase saye ponteng surau dan berjalan ke blok akademik sesorang tetibe saye terbau bunge rampai yang kuat. 

dekat kolej saye dekat UPM (censor ea) lagi banyak cerite. 
next time saye cerite ea. 
sorrylah kalau cerite saye tak seram tapi mase mengalami tu memang meremang segale bulu.

19 September 2013

Expose Mistik: Pulau


Salam Kak Peej.


saya nak kongsi satu kisah mistik yang seram.
Ketika saya menulis kisah ini, meremang bulu roma tengkuk saya mengingatkan balik ape yang telah berlaku.
Peristiwa ni berlaku tahun lepas.

Kisah bermula apabila syarikat tempat saye keje tu ade wat aktiviti syarikat. 
Aktiviti tersebut macam ade unsur-unsur keagamaan and kerohanian, sebab bile tengok je sape yang jadi fasilitator time tu,memang dah tau dah aktiviti ni pun macam memberi kesedaran rohani.  

Nama pun aktiviti rohani. 
Mesti lah memerlukan ketenangan spiritual ye dak.
So, pergilah kami semua ( 75 orang termasuk pengerusi syarikat and all managers) ke sebuah pulau, naik bot.
Untuk pengetahuan Kak Peej, access nak ke pulau ni tiada yang lain melainkan naik bot ni aje. 
Pagi sekali, malam pukul 11 sekali.
Kitorang kat sane tak lame. 3 hari 2 malam je.


1st day (Jumaat)

Kitorang arrived dalam pukul 5 petang camtu. 
So bile dah arrived tu, check in lah memasing. 
Satu bilik 3 orang. 
Kire orang ketiga tu tidur kat extra bed lah. 
Saye lah yang kene tido kat extra bed tuh. 
Atas dasar respek kat dua orang lagi akak senior saya ni. tak pe la saya mengalah. 
Masuk je bilik kami tu, saya bace bismillah.. ye lah..tempat orang kan. saya sekadar berjaga-jaga. 
Alhamdulillah, saya tak la rase seram. 
Rasa biase je. So rehat la kami jap. 
Aktiviti bermula malam hari.
Malam tu tak de ape yang berlaku, aktiviti kat dewan kat resort tu berjalan lancar. 
Habis pukul 11 malam n balik hotel pun lepas solat isyak, tido lah kami semua ngan nyenyaknya. 
Serius bile waktu malam, rase sunyi gila yang extreme sunyi. 
Selalu kan dengar bunyi ombak ke burung ke kan kalau kat pulau percutian, tapi sebab ni bukan pulau percutian, semacam jadinya.


2nd day (Sabtu)(siang)

Masa breakfast pagi tu, kami semua dengar cerita yang ade sorang akak nih sakit lutut masa tengah tido semalam. 
Pastu dia bukak2 mata dia tengok ada satu lembage hitam, berbulu tengah gigit ke jilat ke lutut dia tu. 
Saya ni positif sikit. 
Saya percaya ada benda- benda ghaib kat alam ni, tapi saya seboleh2 akan fikir yang positif. 
Saya cakap lah kat akak tu., ‘’Akak mamai kot and letih sangat, tu yang nampak imej bukan-bukan”  tapi jauh kat sudut hati saya, saya rasa tak sedap hati dah. 
Sebab saya dengar dah banyak cerita bukan2 pasal pulau terbiar ni oleh kawan2 saya.

Lepas tu kami pun pergi dewan buat aktiviti. 
Aktiviti berlanjutan smpai waktu maghrib, hanya diselang selikan oleh break waktu zohor/lunch, asar/tea time. 
Lepas yang break solat asar tu.. 
Penceramah bagi ceramah dah lain macam saya tengok. 
Pengisian yang betul2 membuatkan kami semua insaf dan terkenang dosa2 lalu. 
Saya toleh kiri kanan majority menangis. 
Lelaki pun menangis sampai keluar air idung.. 
So Kak Peej dah boleh bayang kan, jiwa kami semua mase tu rasa sayu, sedih semua… dan jiwe yang tengah sedeh lagi senang bende2 halus nak masuk….. 
dan sampai pada satu saat bila penceramah melaungkan azan allahuakhbarrr…..salah seorang dari kami(perempuan for sure) menjerit kuat gile….
kuat yang sumpah kuat sampai saya dan orang lain terkejut. 
Jeritan dia saya dengar pada mula nya memang suara dia tapi makin lama makin nyaring dan halus semacam dah bukan suara dia. 
Dia jerit sambil tutup telinga..
Kakak yang kat sebelah akak yang kena hysteria tu terduduk n dia lepaskan tangan. 
(Kitorang tengah pegang tangan masing2 sbb before azan tu ade baca selawat ramai2) .  Mase tu, fasi2 perempuan datang la baca doa ke ape ke kan kat akak yang hysteria tuh. Mase tu jugak at the same time, akak yang terduduk tadi tu pengsan. 
Kenapa dia pengsan? nanti saya cerita…


2nd day ( Sabtu, Malam)

Dah settle semua, kami pun balik bilik. mandi semua dan nak tido dah. 
Mata saya ni pulak dah tak ngantuk. 
Puas saya pejam tapi tak mau tido jugak. 
Saya pun call la kawan saya.
Gayut pelan2 bawah selimut. 
Tiba2 line putus….saya tengok memang tak ade line pulak mase tu. saya pun ok je la sebab kat pulau kan..paham je lah line camne.
tengok jam baru pukul 12 rupanya..saya still segar bugar.
tiba2 saya dengar bunyi krek krek.
saya wat tak tahu je lah.
saya tengok akak2 rumet saye semua dah berdengkur je.
pastu selang beberapa saat bunyi lagi.
bunyi nya macam orang yang nak bukak tombol pintu bilik air bila kita kunci dia dari luar bilik air. 
Walhal tak kunci pon pintu bilik air  tuh. 
Saya dah seram saya ckp dalam hati kau nak kacau, kacau lah tapiii jangan tunjuk rupa kau kat aku.

pastu bunyi orang ketuk2 tingkap. (blakang bilik ktorang tu hutan) yang paling scary bunyi shower bukak tutup.
Memang jelas kak.
kan bilik hotel kan lepas pintu masuk, ada bilik air belah kiri or kanan pastu lepas bilik air baru katil kan…
masa tu jugak akak rumet saya terjaga..
die tanya bunyi ape tu? 
Pastu senyap jap….
pastu shower terbukak lagi..lama..
saya dah bengang dah.. melampau ni.
saya bukak surah yasin kat phone, bangun and pergi bilik air bawak surah yasin tu skali…
Tengok tak de ape pun….
lantai pun kering je…
mase tu dah pukul 2.. bayangkan 2jam kot die maen2 tombol n bukak shower.. nak mandi ke ape saye pun tak tau….

Yang ni hardcore.. lepas saye g bilik air tu…die tak bukak shower dah..
die tutup air cond pulak……. 
Mase tu saye dah ngantuk..
baru je nak terlelap, tibe2 bunyi tiiiit…panas la bilik tuh… 
saya ckp kat akak rumet saye, nape tutup aircond? 
Die ckp bukan akak.. akak ingat u yg tutup coz remote aircond tu melekat kat dinding tepi katil u…
ye tak ye jugak kan….
saye ckp lah bukan saye yg tutup..
kitorang 3 org paham la sape yang tutup…
kitorang 3 orang wat bodo je…
sampai la die bukak balik aircon tuh.. 
pastu tutup..pastu bukak…pastu tutup..pastu bukak shower..
mcm tu lah sampai pukul 4 pagi…
kitorang 3 org tido2 ayam je..
mengantuk gile…
bacaan yasin kat hp siap wat auto replay pun die ganggu jugak smpai la pukul 430 cmtu kot saya rase ade benda, bisik dan berdehem betol2 kat telinga saya.
terus saya terduduk…terkejot kot..
pastu saya tido je balik….
lantak lah….
smpai pukul 6 pagi baru stop.

Kalau di beri pilihan saya tak nak pergi pulau ni lagi sekali.
ini lah kisah mistik yang paling hard core pernah saya alami. 
Saya dapat tau pulau ni dulu tempat kuarantin orang2 penyakit kusta. 
Lupe pulak pasal akak yang pengsan tu, die nampak lembaga hitam mate merah among of all the facies.
Faci sume dah la pakai jubah hitam dan tudung hitam, so nak menyelit juga.
Balik tu, saya demam panas seminggu and ade kesan cakar kat peha kiri saya dan belakang badan saya.

Sekian…thanks Kak Peej..

Miss  J

12 September 2013

Expose Mistik : hantu yang invi itu

salam peej, 


fione.. saya nak hantar lagi..walaupun bm saya bercelaru...

Asyik mengadap blog kak peej je, so kebarangkalian nak anta expose mistik ada lah tinggi ye,..

Kali ini mistik ada lah di sekitar klang.. sbb saya tinggal di klang..

Lokasi di rumah kakak saya..di Taman Andalas..sape duduk area andalas? angkat tiaks..(wuuu... berkibar bulu tiaks kena angin..)

mistik ni terjadi lama dah saya rasa.
cuma tak ambil kesah, sbb tak sedar tu hantu.
hantu ke jin ke tidak lah dapat dikesan. 
sedar time abg saya bela ikan di aquarium.
duduk tak duduk, ikan makin lama di akuarium makin sikit.
nak kata mati timbul tidak.
nak kata ikan tu lompat keluar jalan ke arah pintu takde la pulak.
sampailah dah takde ikan dalam aquarium.
barulah abg saya ni dia angkat nak cuci, nak simpan balang simpan dalam stor.. 

nak dijadikan cerita, tengah nak cuci..ternampaklah tulang2 ikan dalam aquarium.
saspen sungguh.
timbul pon tak tapi ada tulang ikan bersepah.
mcm kena ratah makan. 
kakak saya tak nak fikir sangat.
sbb tu rumah dia.
karang fikir melampau dia stress taknak tinggal dalam rumah tu...wuuu...emo!


seken mistik

dalam rumah yang sama, time bulan pose baru ni. 
saya tidur dekat rumah dia.
bangun pagi fikir nak sahur, tapi turun kat sofa bawah saya tertido dekat situ.
tidur2 terjaga jam 6.15 mcm tu.
sbb saya jaga je tengok lampu dah padam, yg bukak cuma lampu tangga.
so saya pon sambung tidur, alang2 nanti bangun la balik siap pegi keje.
tp tengah nak lelap tu, saya rasa macam ada org dekat sebelah saya, pastu dia panjat sofa.
boleh rasa sofa macam ada orang duduk.
sebab kaki saya di gerak ke arah org duduk ituuu.... 

saya ingatkan abg saya.
saya pon buat dunno la.
skali oh tidak! benda tu panjat atas badan saya.
berlakulah adegan nye itu (himpit dan dihimpit) dan saya boleh rasa sofa punya spring sampai ke penghabisan.
sbb dengar spring tu mcm laju2.
and saya dengar macam dia mengeluh...erhh..erhh... motip?.. 
mcm sungguh2 nak buat sekuat upaya.. 
dah selesai baca kursii..benda tu pon blah..saya naik bilik cepat2... 
tapi mcm blur la.. bulan posa kena jugak??..


third mistik

lokasi adalah di rumah sewa..dekat klang bukit raja.. 

malam tu saya tidur... sedang elok tidur rasa org panggil.. pernah tak tidur orang panggil nama kita?.
pastu terjaga buka mata laju2.. 
taik mata pon belom tumbuh lagi, sbb mata mcm open fresh gitu.
pastu saya rasa tak sedap badan.
rasa mcm..apa nii...aii..apa ni... mcm tu..macam lemas+blank... 
tetiba hati saya ni terazan.. bila dah ter azan tu..otometikli saya dengar suara belah kiri telinge dia cakap "adeh..dehh..dehh" pastu dia lepaskan pelukan dia kat saya..dia mcm peluk dari belakang.. 
lepaskan pelahan2..kuss semangat.. 

kalo setakat kena ganggu lain cerita..sbb normal la kan..
lagipon dari dulu memang asyik dan asyik kena usik..
tp yg saya nak elakkan di sini..saya taknak la..nanti pegi berubat tengok2..benda ni masa kecik suka kita ke nak kita ke apa semua tu..
pastu bila kita dah kawen dia sekat zuriat kita..alasan "im yours" gituu... paham tak?..

saya nak pegi check..tp takot nak terima kenyataan.. 
sbb..kadang2..saya duk saja2 atas katil..rasa mcm ada selak kain selimut..
and kadang2.. napsu beast saya mcm gatal..then discharge.. rasa tak selesa.. pernah tak rasa?..
paham tak maksud saya?..huhu! 
maybe belom kawen lagi so, normal ke apa ke..tak tahu la..
tp dulu kakak saya pandai berubat..dia kata benda tu suka duduk di tempat kemaluan.. 
saya imagine la.. dia duduk situ dan jentik..tetiba saya over ter stim bagai..trus discharge..haha!..

gitulah cerita saya.. 

sekian mekaceh...

love u peej!... i adore u..nak tabita..:P

ella omar..

......................................................................................................

sesiapa nak share cerita expose mistik boleh email me at.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
subject : expose mistik: .....tajuk........

thank u.

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...