22 October 2012

gymnast.

tetiba tajuk gymnast kan. takda kena mengena pun.
sekarang ni aku di kelilingi ngan orang yang gila nak kuruihkan badan.
1st Mr.B kan.
then tetiba 2 weeks ago dia kata dia malas pulak. tak kuasa dah.
tetiba last week ok balik.
lepas tu semalam ku pegang lengan dia rasa terkejut sebab keras. mmm hmmmm. eh.
pastu ku perati seperti perutnya semakin mengecil.
masih bulat. tapi if sebelum ni macam tunggu hari nak beranak.
ni dah ala2 rupa baru masuh 2nd trimester. haha tertiba.
tapi ok la kan.

terasa nak ikut dia gi gym.
macam best je kan.
tapi dia pergi gym yang bayar RM5 tu.
so gym macam tu kan memang ramai lelaki.
dia kata memang takda perempuan pun.
tapi dia ok je if aku nak join.
tapi aku la pulak segan kan.

wah matiklah alasan kan. hahaha.
aku takda kisah pun. dah pasrah pun.
sebenarnya nak tu seribu daya kan.
tapi aku ni queen of seribu dalih.

macam aku kan suka channel astro Li tu.
selalu tunjuk home design. aku suka.
but kekadang ada exercise ke apa semua tu.
kalau nak tu boleh je duduk depan tv n ikut kan.
tak yah nak gym sangat la.
tapiiii. aku memang duduk n tengok pun.
tapi ye la DUDUK.
kau bayang aku tengok je ye. aku dah rasa penatnya dorang ni buat.
hahhaha. belum buat. tengok je tu. ;p

selain Mr.B, si noy pun sekarang menggila.
sebab few months back dia timbang berat dia 51kg.
pastu dia stress kata dia dah gemuk la apa.
ish tak faham aku weyh.
aku kalau dapat berat tu mau kenduri weyh.
siap pakej menangis kegembiraan.
tapi bagi dia, dia gemuk. ok fineeeeee.

so dia n kawan2 sekolah dia start main futsal la apa.
dia ajak aku join. tapi aku rasa macam getik je nak futsal bagai.
sebab bukan aku reti main. jerit je lebih nanti. tak nak ah.
but adalah terperanjat boboi sebab dia setakat futsal seminggu sekali tu, n jaga makan sikit.
dia bg aku pic kat whatsapp, berat dia turun 45kg dlm masa sebulan ni kot.
oh duniaaaaaa. mengapa kau begitu kejam.
lepas tu aku pun cakap kat dia bagus la. aku pun berat now **kg. turun 5kg jugak.
dia terus kagum n percaya. kah kah.
ye la time tu kan aku sakit tak lalu makan apa bagai kan.
vavavava. padahal tak pun. berangan la nak turun kan.
tapi tah la turun ke tak. sebab time sakit tu ramai kata susut.
aku lupa timbang.
tapi susut di muka ajo. tapi perut maintain lipatan padu maut.

ala nak join konon-konon menjaga kesihatan tubuh.
tapi ala malasnya.


18 October 2012

Expose Mistik : tumpang singgah


Hi peej,

I ni sorg english teacher.
so bila free suka bukak blog u baca2 sebelum tido esp. Expose mistik.
Well,i nk cerita pengalaman sendiri berinteraksi dgn makhluk halus.

This happened around 2008 before i get married on the same year in december.
My mama was sick. Dia ada diabetes n kidney failure dan terpaksa dialisis 3x seminggu.
So being the only daughter i pun berkorban sanggup tak kerja demi nursing her.
So,macam biasa, lepas aje amek mama dialisis around 5pm++, i akan bawak dia ke resthouse ni untuk dia having tea dgn geng2 dia.

So,sembang punya sembang..sedar2 dah nak magrib so cepat2 balik.
Dah sampai rumah, i pun letakkan mama atas katil dia kt living room, bagi dia minum n tukarkan baju dia. 
My little brother masuk bilik dia wat hal sendiri. 
Adik lelaki i yg sorg lagi plus my father belum blk keja lg.
Dalam 745pm i pun amek wudhu nk solat.
Tengah nk pakai telekung tu, dengar mcm mama jerit2 kt hall.
Dalam hati apa hal la pulak nk marah2 ni. 
I pun keluar la tanya kot dia nk makan ke.
Suddenly mama kata dia nak keluar. 
i balas balik, keluar mana, magrib dh ni, kejap lg ayah balik boleh la keluar ronda2.
Then dia jerit aku nak keluaarrrr!!

I dah cuak terus jerit panggil adik i dlm bilik.
Dalam pada tu, mama try to bangun nk lari.
Bayangkan mama yg kakinya fragile dan kecut sbb kencing manis nk lari ke pintu umah.
I pun tahan la. i baring kan mama n tekan bahu dia dua2 belah.
Tengah tekan tu, tiba2 mama gelak mengilai kat i.
I dah agak dah ni bukan mama. i pun tanya.."sapa hang?"
Mama gelak dan jawab "aku nak kawan dgn dia(mama) ni..aku nak ajak dia pi tempat aku".
"mana tempat hang?" i tanya balik.
"tu kat pokok tu".

Hampess punya setan.
Masa tu i dah takda takut tapi sakit ati sebab dia kacau mama.
my brother dah gigil2 tepi pintu bilik.
Terus i panggil dia suruh pegi dapur amek bawang putih.
Dengar aje bawang putih, menda tu terus kata ampun, aku keluar.
I pun tenyeh bawang putih tu kat ibu jari kaki kiri mama.
Meraung2 benda tu cakap sakit sambil janji nak keluar.
Pastu senyap.
I suruh mama mengucap.
mama tengok muka i.. senyap pastu dia bantai gelak.
Kuang ajaq!!

I azan kuat2 pastu baca ayat kursi.
Meraung2 mama kata sakit, suruh berhenti.
Then i tgk mama mcm lembik, i suruh dia mengucap.
Barulah dia mengucap dgn betul, means benda tu dah keluar.
Adik i n ayah pun sampai kelam kabut then bawak mama pegi berubat dgn satu ustad ni.

Esoknya mama dah pulih, i tanya mama ingat tak apa yg jadi.
Dia kata dia rasa mengantuk yg amat pastu dia rasa terawang2.
Nampak i marah2 kat dia tapi taktau kenapa.
Yang kesiannya kat bahu n celah ketiak mama lebam sebab i tekan tak bagi dia bangun n lari ke pintu.
Tenaga dia masa tu mcm ada 2 lelaki dewasa.
Oh lupa, masa i bergelut dgn benda tu, kawan mama dtg dgn anak lelakinya sebab i call mintak tolong.
Bayangkan anak dia yg lelaki tu tak tertanggung nk tahan mama dr lari ke pintu.

Rupa2nya benda tu duduk kat pokok teja yg dah mcm pintu gerbang kt pintu masuk pagar rumah.
Tak lama lepas tu, ayah terus tebang pokok tu.
Tapi masa nk tebang tu pun mcm2 jadi.
Lepas azan baru boleh tebang. 
Bilik i depan sekali mengadap pokok tu, so patutla ada mcm2 bunyi kt luar.
Bunyi org berjalan la, paip air terbukak sendiri time 2am, org ketuk tingkap la.
Nasib i ni kuat semangat, siap boleh bukak tingkap tgh malam buta n jerit woi janganla kacau aku nk tido. letih ni.
sampai sudah menda tu tak kacau. Alhamdulillah.
Banyak lg cerita pasal rumah i ni.nanti free,i hantar lagi.bye :-)

...........................................................................................................................

scary baca ni. teringat kita orang pernah kena benda sama. tak sure pernah cerita ke tidak.
tapi baca ni dapat membayangkan la.

oh sesiapa yang nak share cerita expose mistik korang.
boleh email ke ...

email : nurhafiza.burhanuddin@.gmail.com
subject : Expose Mistik ; ...(tajuk)....

Insyallah if ingat aku akan share cerita every jumaat malam. :)

12 October 2012

resepi.

since bergym ni Mr.B tiba-tiba taknak makan malam pulak.
maybe sebab tu aku pun angin ni kot.
dia tak makan. aku pun sama tak makan.
tapi masalahnya siang time kerja dia makan macam-macam.
aku siang bukan makan apa sangat.
so sad. sebab iolls selalu je makan malam n kelaparan.

then someone kat twitter kata try masak.
sebab suami dia pun suka nak diet la apa.
tapi isteri masak mesti dia makan.
haaa nice.
terus esoknya aku masak sardin.
fav dia. dia kalau tolak sardin tu memang miracle la.

memang betul. terus dia lupa diet dia. heheh.
siap tengah malam ulang makan lagi. licin.
siap ada lebih. esoknya dia makan indo mee ngan sardin. eh sabar je la laki aku ni.

:: nasi putih, sambal tumis sardin, kentang goreng n telur dadar ::

ada dekat instagram tanya macam mana aku buat ni.
senang je pun. nak bagi tau pun segan.
dah la aku paling la tak reti nak bagi tau sukatan.
boleh tak bagi tau je tapi korang paham2 sendiri.

sambal sardin.

bawang besar 2 biji.
bawang putih 3 ulas
cili kering segenggam setengah. aku suka pedas.
blend semua ni.
if nak letak belacan pun boleh. tapi aku malas. nanti allergic.

tumis sampai pecah minyak.
then masukkan sardin tu satu tin.
masukkan air asam jawa.
asam jawa tu amik sikit je. ala2 besar penumbuk baby. haha boleh tak arahan macam ni. haha. ;p
letak dalam mangkuk kecik. besar macam bekas plastik taufu faa tu.
air half dah.
then air tu masukkan dalam sardin tadi.
masuk garam.

ada orang suka potong2 bawang letak. me not loike. so macam tu dah.
then aku goreng kentang. if masukkan pun sodap.
tapi hari tu iolls is malas. so kentang asing.
ada pulak telur dadar. fuhhh sodap.

itu aje pun. senang.



ini kelmarin masak.
nasi lemok. 
haha teringin nasi lemak.
pergi memacam tempat semua potong.
sebab sambal manis. ku keciwa.
so buat sendiri je.

so niceee. n again licin Mr.B makan. 
tu kasih menyibuk.
orang nak makan dia sibuk nak teman.

eh ok la.
rasa nak muntah itu datang lagi.
tah apa-apa tah.
ye la. aku rasa angin.
hai dah tua-tua ni tetiba ada angin la apa bagai.
nyampah.

11 October 2012

Expose Mistik : Sebab Itu Saya Takut Tak Ada Elektrik


Assalamualaikum Kak Peej

Dah lama nak email cita hantu ni.
Ni pengalaman saya. Tapi sambil baca kena buat action sekali apa saya alami baru rasa serammm.
Masa saya darjah 4, saya dan keluarga tumpang tidur rumah pakcik saya. 
sebab masatu rumah kami tengah renovate
Rumah pakcik saya bercantum dengan rumah maksu saya. 
Jadi diorang pecah tengah bagi lapang.

Satu malam tengah tidur rumah tetiba takda elektrik. 
Gelap gulita. Tapi masih ada samar2 cahaya dari luar.
Saya terjaga. Tapi sebenarnya bukan sebab elektrik terputus saya terjaga.
Saya terjaga sebab saya terdengar bunyi bising, bunyi jari sedang main pusing2 kat besi tingkap. (tingkap cermin yang bertingkat tu)
Bunyi perlahan tapi jelas. 
Ada suara2 halus. 
Tapi saya taktahu apadia. 
Dan tak faham. 
Lagipun tengah takut.

Dalam takut tu tetiba saya terasa kepala saya digaru kuku panjang. 
Perlahan tapi dalam kuku tu tekan. (cuba garu kepala sekarang pakai kuku. Macamtulah saya rasa)
Saya pusingkan kepala saya arah lain. 
Saya terasa kuku panjang tu garu pula bantal yang saya tidur dari hujung bantal sampai hampir sangat di telinga saya.
Dan sekali lagi dia garu kepala saya. 
Saya kalih pula sebelah lain. 
Tapi benda tu masih kacau saya.

Saya tidur hujung. Sebelah saya kakak saya. Lepastu emak saya.
Saya nekad guling atas kakak saya dan sampai di sebelah emak saya. 
Benda tu tetap ikut saya. 
Saya dengar lagi bunyi kuku tu garu di bantal dan makin hampir dengan kepala saya.
Sebelum kuku tu sempat sampai di kepala saya, saya cakap dekat mak saya, saya panas. 
Mak saya balas "kalau panas buka baju". 
Tapiiiiii itu bukan suara mak sayaaaa.....!!!!
Saya makin takut. 
Dalam gelap2 tu memang saya tak buka mata sikit pun. 
Saya guling balik sampai tempat saya. 
Dan saya tahu benda tu ikut saya lagi.
Saya nekad tarik selimut selubung satu badan. 
dari kaki sampai kepala. 
Dengan harapan benda tu tak ganggu saya lagi.
Elok saya tutup kepala saya semua, benda tu baling benda macam panjang berlingkur dan berat atas selimut saya.
Saya nampak sebab macam nampak bayang. 
Elok benda tu baling sesuatu atas saya, mak saya bangun nak pergi kerja. 
Jadi mak saya nyalakan lilin.
Masatu saya nampak jelas bayang benda yang dibaling atas saya tu. 
Saya terus tarik selimut nak tengok. 
Tapi takda pape. 
Tapi memang saya nampak ada sesuatu atas selimut saya tadi.

Esok tu lepas balik dari sekolah,saya duduk dengar makcik mak saya semua berserita. 
Saya senyap je sebab masih dalam takut dan terbayang.
Dorang cerita masa malam sebelum  saya kena tu, dorang semua terjaga dari tidur sebab terkejut dengar orang ketuk pintu belakang. Kuat gila. dan banyak kali.
Tu sebab semua orang terjaga. 
Cumanya saya sorang saja yang tak terjaga. 
Diorang buka pintu tu tapi takda sesiapa pun. 
Lepas tutup semula pintu ada bunyi lagi ketukan.
Saya terus tutup telinga sebab tak sanggup nak dengar takutttt.

Malam esoknya,maksu saya tengah sembahyang. 
Kiblat mengadap pintu. 
Masa maksu saya nak bagi salam, dia ternampak macam ada orang melintas dari belah rumah pakcik saya ke dapur maksu saya. 
Tapi dia agak mak saya lah. 
Jadi lepas buka telekung semua nak tengok kot mak saya nak apa2. 
Bila gi dapur kosong. 
Bilik air pun kosong.
Tengok kat depan mak saya tengah tidur. 

Sekarang maksu dan pakcik saya dah pindah dari rumah tu. 
Dan sampai sekarang diorang taktahu saya pernah kena dirumah tu.
Dan sebab itulah sampai sekarang saya paling takut rumah takda elektrik. 
Saya takut gelap sebab terbayang benda tu kacau saya.
Masa kat asrama dulu, saya akan pastikan saya tidur dulu sebelum kawan2 tutup lampu sebab kalau saya tidur lepas tutup lampu memang saya tak boleh tidur sebab takut.
Entalah saya rasa macam serammm sangat...

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...