27 September 2012

apa pun tak boleh ni.

aaaaaa. kenapa demam tak baik2 ni.
penat la macam ni.
satu apa buat pun tak boleh.
aku ni kalau demam memang manja terlebih.
merengek je. satu apa tak jalan.

demam panas tu memang dah takda.
now dia kacau hidung n tekak pulak.
dah la selsema n batuk sakan.
kau tau la if selsema tu. dia tangkap sampai mata kepala semua.
hish nak duduk depan pc pun tak boleh.
sakit kepala bergegar ok. grrrrrr.

online untuk kejap2 check email n all.
tu pun katanya tak sihat.
ada agaknya aku terlepas dpd reply ke apa.
entah la.
so sorry.

doakan iolls cepat sihat n kembali aktif seperti dulu.
ewah tetiba je. macam la aktif sangat pun kan.
sumpah rasa nak batuk sampai termuntah ni.

24 September 2012

great experienced tapi kesihatan haywire.

selamat sampai rumah sendiri pukul 4am macam tu.
ikukan nak tidur rumah papa n mama.
tapi Mr.B tetaplah ajak balik. amboih.

aku kan demam.
so petang khamis tu amik la ubat sebab badan panas teruk je.
cakap kat doktor nak travel esoknya.
dia kata why tak datang awal. sebab iolls tak larat la weyh.

dah la dalam demam tu aku packing baju.
pastu kemas rumah n bawak kereta bagai. nak pitam rasa.
tu takpa. packing dalam keadaan demam. ingat baju cukup.
amik kau tak cukup rupanya. dok ulang baju n seluar yang sama. haha lantak.
paling best panties tak cukup.
ingat cukup.
so last day siap jemur n keringkan pakai hair drier. kelas kan.

pergi klinik. badan aku panas sangat 38.9degrees.
gila kan. patut la semua bila terlanggar aku ke apa bising kata panas sampai melekat rasa dia.
so dia bagi la ubat ke apa segala.
siap bagi ubat paling power. dia kata by siang tu Insyallah aku dah sihat.
ok nice.

lepas je settle klinik.
ke jj nak tukar duit.
tapi gila mahai jual. amik untung sampai 300.
so tak jadi tukar. noy tukarkan kat damas instead. situ amik tak sampai 100.

lepas makan ubat memang sihat semua.
tertidur few hours.
terjaga sebab tetiba rasa berlengas peluh sebab badan kebah.
lepas tu terus takleh tidur.
so around 3am terus bersiap n pukul 4ish am papa hantarkan ke kl sentral.

lain semua nanti aku cerita details experienced kat sana.
proper entry.
tapi nak cerita satu.
memang ok sihat. tapi malam jumaat tu demam balik.
sabtu sihat ok takda masalah.
sampai ahad pagi tetiba rasa macam bagus kau ingat kau sihat boleh lupa makan ubat.
so makan ubat.
sekali semalam demam balik. sampai ke hari ni.

ni ok sikit la. tapi still later nak pergi klinik lagi.
sebab kan. tak sure sebab demam ke apa.
the for the past 3 days aku macam asyik nak terkencing n takleh tahan.
tak munasabah ok.
sebab aku jenis lepak la 4 jam pun. minum air sampai 4 gelas. takda nya kencing ke apa.
relax je. tak rasa nak terkencing ke apa pun.
tapi kali ni terus ok.
sebab aku makan ubat. so ubat dia kuat n kelat.
aku rasa haus n kering sangat.
so minum la air.
so sepuluh kali nak kencing.
n kena pergi time tu jugak.
kalau tak selamat la terkencing dalam panties. uwaaaaaaaaaaaaa.
serious merepek ok.

yang kelakar.
kan aku demam.
sibuk la semua komen aku pregnant la apa.
tah apa2 kan korang ni.
pantang kata tak sihat sikit.
aku rasa demam biasa. sebab last time aku demam ada la tahun lepas kot.
but anyway. kan aku demam. pastu kencing sana sini.
aku saja kata kat noy aku ngandung kot.
yang noy kata kalau ye bagus la.

malam last kat sana.
noy makan roti ngan tuna.
aku rasa nak makan soup2. 
ada PAMA in cup.
satu mihun n satu lagi kuey teow.

me : saya lapar.
noy : makan la PAMA saya tu. sedap.
me : ok. *amik kueyteow*
noy : jangan nak amik yang tu. kalau nak amik mihun.
me : e eh. tadi kata boleh amik.
noy : ye la. tapi saya dah makan mihun. so nanti nak makan yang kuey teow pulak.
me : saya rasa nak makan kuey teow. mengidam sangattt. ite tu pandong (kita tu mengandung) *sambil pegang perut*
noy : banyak la kau. jangan nak pandong sangat. nak amik mihun. kuew teow tak boleh.

damn. taktik simpati perempuan mengandung tak dilayan.
rupa dah ada what macam orang mengandung. kan? kan? kan?

ok enough membebel.
mari share pics.
siapa follow fb dapat tgk pics ni.
more on intagram. so siapa follow situ lagi dpt tgk la.
ni share ngan blog reader pulak yea.

:: mickey chilled mango pudding with fresh fruits. sedappppppppp. sejupppp ::


:: kepenatan selepas tak stop exproling disneyland. balik hotel demam ok. heheh ::

:: breakfast with Disney's characters kat Echanted garden. with minnie mouse. gedik minnie ni rasa nak sepak. mama kat fb siap komen aku macam muat je baju minnie tu. e eh mak aku ni. motif if aku muat pun? nak suruh aku mintak kerja jadi minnie mouse kat sana ke? ::


:: so pretty kan the place. ada kata if pic center lagi lawa. mesti la ada sebab why tak center. sebab kiri tu ada meja reception n orang beratur bagai. gitu ::




:: smoke break di bawah pokok. saje snap pic ni. pastu rasa kelakar. sebab kaki kita orang sama sangat. esp ibu jari tu kan. macam bijik durian. kah kah ::



noy sibuk survey harga kat souvenir shop dlm hotel. 
aku suruh banding harga. n beli kat park instead. 
ceh. padahal harga semua sama je. tak lebih tak kurang. heheh. 
sementara dia tengok2. aku pun verangans la sana sini. haha. 
ada satu tu aku pakai topi kecik. tp macam evil queen sangat. buruk rasa nak tikam diri sendiri. 
so simpan sendiri je la. tak sanggup nak publish. ;p 
mirror yang tengah tu lawa gila kan. suka iolls.
paling suka sebab dia macam cerita snow white.
mirror mirror. tapi ni bukan siapa paling putih. ni siapa paling kurus.
hahah macam kuruih je bila tgk mirror ni. walaupunnnn.
pandai menjaga hati mirror ni.


:: vain pasu is my middle name. ;p oh baju kehabisan. so merasa hentam baju nonoy. ;p ::

:: tinggal hotel ini. suka lepak lobby sebab ada wifi. ;p ::

ok ni je dulu.
nanti aku transfer pics yang beratus ni n cerita proper entry.
:)

14 September 2012

resepi kurma ayam dan kentang.



semalam tetiba mood nak masak mari.
keluarkan ayam.
terasa nak masak kurma.
tapi later rasa nak lain pulak.
then call Mr.B cakap aku nak masak.

me : i nak masak. 
him : ye ah. konje tu nak acak apa tu? (pepandai la pepaham bahasa pelik ni yea)
me : ite tu dah keluarkan ayam. nak buat ayam masak kurma kot. 
him : mmmmm. podip nyoi (sedap nya)
me : ke u nak i buat nasi lemak. ayam boleh goreng.
him : mmmm.. podip nyoiii. (suara konon seksi abis kau rasa nak lempang)
me : betul2 la. nak mana satu. nasi lemak ke masak kurma?
him : masak kurmaaa..hmmmm podip nyoiiii.
me : *roll eyes* ok. i buat sekali telur rebus buat sambal tumis yea.
him : wooowww.
me : u nak sayur ke apa?
him : taknak. (dia memang tak berapa sangat sayur2 ni) wooowww. podippp nyoiiiiii,
me : ok bye.

kosser aku nak layan.
dia tu kalau di layan tak stop.
so memasak la kita semalam.
balik kerja makan sesama.
kelaparan. sebab seharian tak makan.
alang2 masak baik makan sama kan.
so dah macam puasa pulak rasa. heheh.

so sini tetiba rasa nak share resepi ayam masak kurma.
siapa dah tau takyah la baca.
ni untuk yang tak berapa nak masterchef macam aku ni.
masak simple2 macam ni. boleh lah menimba ilmu kan.



Bahan-bahan A

- ayam 6 ketul (kata berdua je) dah sekor pun boleh. kau adjust kat rempah kurma n air je.
- 5-7 sudu besar rempah kurma. (bancuh ngan air. supaya senang di kemudian hari)
- 1 santan kotak. nak pakai santan betul pun ok. aku semua express.
- 1 kulit kayu manis
- 2 bunga lawang.
- 5-7 cengkih.
-  2 biji kentang. if masak sekor tu korang lebihkan la kentang.

Bahan-bahan B (blend)

- 2 bawang sederhana besar.
- 2 bawang putih
- halia besar ibu jari. aku semalam lupa. so aku just potong nipis2 kasi campak. pun boleh. but aku prefer blend supaya time makan takda la tergigit tak tentu arah kan.


Cara memasak

1. panaskan minyak. sikit je cukup untuk menumis.
2. masukkan yang dah bahan blend tadi, bunga lawang, cengkih n kulit kayu manis tu. tumis sampai naik bau. harum semerbak. gaggaga.
3. masukkan bancuhan rempah kurma tadi. tumis la sampai warna jadi gelap n kering2 sikit. jangan la sampai hangit.
4. masukkan santan. then tambah air kasi berkuah. jangan banyak sangat. masuk sikit2 je. aku selalu masukkan air sampai kentang n ayam ala2 nak kelemasan. tapi not entirely la.
5. masukkan ayam. golek2 kan.
6. masukkan kentang.
7. garam secukup rasa.

aku tak suka air banyak.
sebab kurma ni best kalau pekat2 likat macam tu.
so even memula tu air macam banyak n nampak cair.
tapi jangan risau. by the time ayam masak n kentang empuk. kuah dia dah pekat.
serious sedap terangkat.
aku kadang suka lebihkan rempah kurma. supaya bila makan rasa bahang gitu. wahhhh.

oh lagi satu.
masak kurma nak syok. sila lawankan ngan sambal tumis. sedap woh.
tu yang aku buat sambal tumis telur rebus tu.
kadang kat rumah mama. kita orang buat kurma telur n kentang.
then lawankan ngan sambal tumis sotong ke, udang ke. pun best gak tu.
mana2 pun boleh.

so selamat mencuba.
wahahahha ayat ada macam pengacara rancangan masakan tak?



06 September 2012

Expose Mistik : kena kacau.


Assalamualaikum kak peej. ^_^


Sy bru je lagi follow blog akak.. masa akak kawen aritu. Tau blog akak pun dari kak ceera. Eyh, ke kak filla tu. Lupe daaaahhh.. hehe.. Bru tau yg akak ni rupanya kazen ngan izza yg wartawan Melodi Tv3 tu kn?? waaahhhh.... bestnyeeeee... 


Ok, pasal expose mistik ni kan, kadang ade jugak cerita2 seram yg sy baca rasa seram2, kadang takda rasa apa pun.. hahahaaaa.. Kali ni terpanggil nak cerita psl cite seram sy plak. Tak tau seram ke tak... tapi kalu sy ingat2 blk kn, rasa seram wooooooo... dh jadik trauma dan fobia dah.. hahahaaa..


Kalu tak silap, ari isnin, 09/07/2012 (baru lg kan.....). Sy dtg opis awal je, sbb sy msuk pkul 7.30am, so salu sbelom pkul 7 dh smpai kat opis. Entah nape, aritu kan, sy ttba rajin  trus je naek atas. Oh ye, opis sy kt tgkat14. So masuk lif, tekan no 14. Kuar lif tu, terserempak ngan Encik Nazar, staf kt opis jgk. Masa tu pintu utama nk masuk dalam tak bukak lagi sbb pacik hashim x bukak laaa.. So, sy borak2 jela ngan en. nazar td. Dia bgth yg dia dtg awal tu sbb nak punch kad je.. Sedang borak tu pacik hashim dtg bukak pintu utama. So kitorang(sy ngn en. nazar) masuk utk punch kad. Pastu en. nazar ckp, "u duduk je la kat cni. tunggu jela sesapa pun. sbb i pn xde kunci". So sy pun ok jelaa.. Oh ye, lupe nk bgth. Kat tgkat14 tu, ada 3bhagian. Opis sy, opis pengarah kanan, ngn opis kt blakang, BKBA2. So, kat ruangan depan tu ada sofa kan, sy duduk la kat ctu, menuggu sesapa yag dtg awal , yg ada kunci pintu opis kitorang.  Tunggu pnya tunggu, sy pn tdo2 ayam. Dah pukul 7am, bunyi ekon dipasang tu dengar jgk la. Pstu suis lmpu kat ruang opis pngarah knan tu kan automatik, so bunyi suis kena petik tu tau la kan cmne. Tap, tap, tap gtuuuu..



Stat masa tu, dengar la plak bunyi macam org tgh borak2. Sora tu dgr mcm kt blakang, kat BKBA2 tu. Dlm msa yg sama, bru tingat yg tgkat14 tu 'benda' tu plg kuat. Kakak2 ngn abg2 kt opis salu cita. Mcm2 yg dorg ckp. Sy dah stat rasa takut. Seram toksah ckp ahhh.. Sy tgk jam kt punch kad, dh pkul 7lbih, tp x lbih 7.15am laaa. Masa tu mata masi lg trtutup. Dlm masa yg sma, dengar la plak bunyi mcm sora org gelak mengilai. Tau kan cmne bunyi dia. Masa tu sy tringat ngan 1 cite expose mistik dlm blog kak peej tu, psl ape ntah lupe daaaahh. Tp tringat la, org ckp, klu bunyi mengilai tu dkt, sbnrnya 'benda' tu jauh kan, tp klau bunyi tu mcm jauh, 'benda' tu trsgtla dkt. Ye dak??? Kalu nak tau, bunyi yg sy dgr tu mcm jauh je. So, paham2 je la kan.. Masa tu, sy bukak je mata, tegakkn badan, amik beg kt sbelah, trus kuar pi kat lif. Kat blakang leher ni mmg rasa meremang je. Semacam je rasa dia. Bdn dh rasa trketar2 masa tu. Sy sempat lg trbayang. Kalu la 'benda' tu ttba ada kt blakang sy, pstu tegur sy, dia ckp, "takut eykkkkkk......." adoooooiiiiii laaaaaaaa.. Gila dh masa tu. Mmg pengsan kt ctu jgk la jwbnya. hahahaaaaaaa..... 


Masa kt dpn lif, sy tunduk je. Tak brani nak angkt muka sbb tkut kalu2 'benda' tu ada kt blakang. Sy amik tepon, knun nk psg surah yasin ke, ayat kursi ke, tp phm2 jela, tepon cap ayam cam tepon sy tu nan hado jela suma tu. Masa tu dh takut sgt. Tak tau nk kol sapa, nk msj kat sapa. Gila sgt2. Lif pun masa tu trasa lmbat sgt. Mcm sengaja lg nk tmbahkn ketakutan sy. Lif trbukak je, sy cecepat masuk. Rasa nak nangis pun ada masa tu tau. Tak pnh2 alami mcm tu. Trun kat lobi rasa mcm nk pegi je mengadu kat guard yg sy dengar suara mengilai. Hahahahahaaaa... terasa kanak2 sgt dh masa tu. huahuahuaaaaaaa.....siap nk mengadu bagaiiiii.....


Last2, dr jauh nmpak kak feeza bru smpai. So naek opis skali ngan dia. Dia tgk sy pn, dh len mcm. Sy cite kat dia apa yg brlaku. Huhuhuuuuu... sy ada cite psl ni kt blog sy, http://tatyhasbi.blogspot.com/2012/07/tragedi-di-pagi-hari.html. Jmput baca yee...


Sekian, tima kasehhhh... oh ye, skang ni, tetiap pagi je sampai awal kan, sy x naek dh.. tuggu jela kat dpn lif. hihiiiii...takut weeiiiiii......

Testing testing.

Kasi try pakai apps blogger ni. Jd ke tak.

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...