19 July 2012

Expose Mistik : Suka

Salam sis peej..

saya ni dah lama jadi silent reader kak, sekarang ja baru follow sebab dah ada blog :).
Dulu asal masuk ja blog sis dan nmpak tajuk expose mistik terus skip tak nak baca, mcm eee suka sangat la cerita hantu2 ni..terus toleh kanan buat muka angkuh *libas tudung*..
padahallll...penakut tahap dewa.
Saya kalau tengok atau baca cerita hantu ni confirm teringat2 siap imagine lagi muka hantu tu mcmana..gila.
Tapi sebab minggu lepas internet ni problem dan blog peej ja yang boleh dibuka, terus ja yakin buat maraton baca cerita expose mistik sis..
Eh berani plak kan?? sebab baca kat ofis.
Pastu balik umah takut2 smpai kan hasben bukak pintu balik kerja pun menjerit..siott..
sungguh hidup dalam ketakutan minggu lepas..
Sekarang dah tak terbawa2 ketakutan tu yang berani nak cerita pengalaman ni, harus la kat ofis kan..
Kalau tak seram maaf la, sebab saya yang melalui ofcos seram + penakut lah katakan.

Saya ni dari lah kecik asyik kena kacau, dulu kalau bangun pagi2 mesti penuh lebam2 kat betis kering tu..
penuh stat dari bawah lutut smpai pangkal kaki tu..
yang best tu dia buat tersusun ja..kiri kanan okeh.
Setiap pagi ada,bila tanya mak,dia cakap hantu gigit.
Tapi tak percaya,cakap mak nak ngusik ja,tp bila pikir logik lebam tu jadi kalau kita terlanggar apa2 kan..ni tak..terus gerun.
Lebam tu bentuk bulat lepas tu ada kesan lubang kecik2 mcam gigi tu..siapa yang pernah kena mesti tau kan..
smpai start sekolah menegah baru stop lebam tu.
Masa saya kecik tu jugak saya pernah nmpak cik P terbang dekat pokok buluh dpan umah..
bila bgtau mak dia tak nmpak sedang kan dia elok ja tersengih kat saya..siott..

Ok bila sekolah menengah pulak benda lain pulak terjadi..asyik lah kena tindih..tapi tak la kerap..sebulan sekali macam tu,mcam wajib kena plak kan.
Tapi time tu kan sekolah agama,duduk plak asrama..mungkin sebab tu dia macam takut2 nak deka,tgk budak ni pulak muka penuh keimanan yang teguh*libas tudung*.
Lepas habis PMR mak tukar sekolah biasa sebab memang tu pun plan dia..bg anak dia ni ada ilmu agama sikit..huhu.
Tukar sekolah dekat rumah so ulang alik rumah la kan..
Rupanya bila duduk rumah tu makin galak rupanya dia..tiap malam kena tindih smpai kan tidur bukak lampu..bukan lampu tidur yang kecik tu tapi lampu kalimantang tu..tapiii tetap kena tindih..kerlass sangat hantu cap apa pun tak tau nih..
Lepas SPM masuk UiTM Merbok,,masa ni dah kurang lah gangguan dia tu..kadang2 ja kena.
Saya ada satu perangai kalau tak boleh tidur @ tak senang sebelum tidur tu memang akan kena tindih..dah tau dah simptom2 dia tu..

Habes diploma tak smbung degree sebab nak cari kerja dulu..masa ni memang bnyak masa kat rumah la..
Bila dapat kerja pun dekat2 rumah ja..paling jauh UUM Sintok,tu pun ulang alik rumah..
anyway rumah saya kat Alor Star ya..dekat dengan muzium padi tu,,kalau senang datang lah..eh??ok lari tajuk.
Masa duduk rumah tu kena tindih macam biasa tapi dia start mengganas bila saya dah bertunang..
sangat la sress smpai kan satu tahap saya naik hangin kat bendalah tu,
bayangkan asal tido ja kena,,asal pejam ja kena,tak kira siang malam..memang kuajaqq sangat.
Saya ingat satu malam tu bila dah tengah struggle dengan bendalah tu memang saya dah tak baca ayat kursi dah,,terus maki ja dalam hati kan sebab masa kena tu kan anggota badan kita macam kaku dan mulut macam terkunci gitu kan,,elok dia lepas tu saya terus menjerit maki2..
time tu kalau benda tu muncul depan mata pun confirm aku libas je,,kau huduh ka hapa ka memang rasa mcam nak tonyoh smpai mampus ja benda tu sebab kacau la aku nak tidur..tak aman..
tolongla bg aku rest..haa macam tu sekali punya dia menggila kacau.
Lepas tu dah tak senang duduk,melampau sangat kan,
kebetulan masa tu jugak la arwah abah sakit.
Slip disc,badan tak boleh bergerak sebelah..merata la kita ni berubat,,hospital pun ada,tradisional pun ada.

Ada satu hari tu mak ada panggil pak cik ni,dia berubat dengan cara baca surah al-quran depan patient..
so kebetulan dah nak datang rumah saya pun suruh la dia tengokkan bendalah apa la yang asyik kacau tu..
sekali pakcik tu datang lambat,,tengah malam baru sampai sebab ramai patient,
saya dah tidur pun.
Mak tolong tanya kan.
Esok bangun mak bagitau pakcik tu cakap susah ni,,benda tu dah lama..hahh gila cuak..
lpas tu pak cik tu suruh amal ayat pendinding.
Bukan ayat mandrem yang pelik2 tu..ayat al-quran jugak..
Alhamdulillah,,lepas amal tu dah kurang la gangguan tu..kurang banyak la kira sebab jarang sangat dah lepas tu..abah pun makin sihat.

Lepas tu kahwin transfer ikut hasben kerja kat Langkawi...
ha nant saya sambung pulak ya plak kat Langkawi ni lah segalanya terjawab dan apa kaitan abah sakit dengan gangguan saya ni..k bye..

-h.liyana-
.............................................................

wsalam,

kelakar pulak baca cerita dia ni.
memula nak cerita hantu kat office.
tetiba cerita hantu lain.
pastu sampai ke sudah takda pasal office.
nampak sangat time type ni takleh fokus sbb ketakutan ke apa.

ehehheh.
ok ni last yea cerita expose mistik.
lepas ni bulan puasa kita stop.
nanti dah raya. kita start balik.
bagi chance la stop kan bulan puasa.
katanya kena rantai. ;p

tapi korang still boleh hantar cerita if nak.
akan di share nanti.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
subject : Expose Mistik : ...(tajuk)...

selamat malam jumaat semua :D


13 July 2012

ayam masak kunyit

yeeee. update lagi.
macam tersampuk apa tah today rasa nak update je. gilo. hahha.
tadi kan lapar bebenor.
sekarang dah selamat makan.
sebab lapar n malas berganda.
kita buat lauk simple je.
ayam masak kunyit.
aku memang beli ayam isi tu kat supermarket. so senang la ker.

ok nak share resepi.
walaupun ayam masak kunyit ajo.
ah lantak.
sebab blog aku ni pelbagai golongan usia.
so bagi yang budak-budak tu. atleast boleh la tau buat lauk simple ni khen.

BAHAN-BAHAN

- ayam (potong kiub/kecik2). terpulang nak berapa banyak. tapi masak kunyit jgn la sampai sekor ayam kau guna
- bawang sederhana ( potong nipis/ring)
- halia besar ibu jari (potong nipis)
- cili kering 6 batang (potong 3-4 bahagian)
- capsicum 1/2 (potoang petak)
- celery (potong kecik)
- kunyit serbuk
- minyak
- garam

bila dah listkan ni. aku baru perasan aku tak letak bawang putih. haha.
ah lantak. sedap je aku makan tadi.

CARA-CARA

1. panaskan minyak. aku suka lebih. sebab best oh minyak tu letak kat nasi nanti. haha.

2. goreng cili kering. takyah lama. nampak dah kembang n merah menyala. angkat asingkan kat pinggan. jangan sampai warna merah gelap. tu hangit. nanti pahit.

3. masukkan ayam yang tadi. then letak sekali kunyit 2 sudu kecik.

4. after few minutes, masukkan celery. sbb celery amik masa sikit nak lembut.

5. masukkan halia, bawang, capsicum. goreng la kau sampai nampak masak.

6. masukkan garam secukup rasa.

7. masukkan cili kering tadi. gaul. padam api. siapppppppp.


sedap hoi.
walaupun simple. makan ngan nasi panas. terbaik.
ok actually aku tak suka nasi panas. sebab melecur tangan aku.
tapi since makanan ni semua kecik2. so makan ngan sudu. terbaik.

ye dasat pemalas. ni satu je lauk aku buat.
cepat, mudah, sedap.
ok la tu. ada isi, ada sayur. ;p

ok selamat mencuba adik-adik.
akak nak mengemas rumah ni. ta-ta

12 July 2012

Expose Mistik: rumah company ayah.

Salam kak peej. 

Saya dah lama teringin nak share cerita kat expose mistik ni tapi malas nak taip. Haha. 

Okla cerita saya ni pasal rumah. 
Ayah saya kerja pindah randah since saya umur 20 tahun sebab ada naik pangkat ada pejabat tukarkan ke kawasan lain jadi saya pernah duduk di Pahang, Kelantan, and now di johor. 
Setiap kali pindah memang company ayah saya sediakan rumah. 
So kami memang tinggal je kat rumah yang disediakan tu. 
Saya ni nak kata penakot sangat tak la jugak. 
Maksudnya mustahil la saya ni nak paranoid tak bertempat and nak ada adakan cerita.

Pertama sekali rumah kat Kelantan. 
Saya tak tau kenapa since  1st day lagi saya dah rasa semacam tau sebab orang office ayah yang bagi kunci rumah tu cakap rumah tu dah 6 bulan tak berpenghuni sebab before ayah pindah situ rumah tu memang kosong sekejap la. 
Masalahnya rumah tu dah macam 6 tahun tak berpenghuni  pon ada kak peej. 
Teruk betul keadaan dia. 
Mak saya pon macam sedih je company ayah bagi rumah macam tu. 
Tapi slowly kami repair sana sini and ok. 

Rumah tu besar la pada saya and since adik beradik saya banyak duduk hostel so saya dapat la bilik sorang. 
Bilik tu paling hujung and paling besar. 
Bayangkan malam pertama tu pon ‘’dia’’ dah buat hal. 
Sebab penat kemas kemas kan so satu family tido awal. 
Masa tu ada adik saya yang bongsu and parents and saya je. 
Saya mengada ngada nak tido kat bilik. 
Adik saya dengan parents tido dekat ruang tamu. 
Titibe adik saya tanya ‘’eh awak tutup tingkap ke?’’ 
yang saya blur blur terus jawab ‘’ye’’ sebab memang petang tu around maghrib saya tutup tingkap. 
So takde ape semua tido je. 

Besok pagi saya tanya balik adik saya ‘’kenape awak tanya saya tutup tingkap ke  semalam? Memang saya tutup tingkap petang tu.’’ 
Terus adik saya jawab ‘’bukan petang la! Malam tu la masa saya tanya awak tu! 
Saya dengan ayah dengar bunyik orang tutup tingkap!’’ haaa jahat kan. 
Masa tu saya dah takot. Tapi saya diam je. 

Lepastu makin lama saya kat tinggal kat rumah tu specifically kat bilik tu. 
Makin banyak saya kena. 
Pernah sekali tu saya dengan adik borak borak dalam bilik before tido. 
Masa tu dah light off and dah lewat la around 12 malam macam tu, lepastu kitorang ketawa ketawa la kuat kuat. 
Tetibe kak peej tau tak saya letak la botol air belakang make stuff saya kat atas meja solek tu. 
Botol air tu boleh terpelanting. Macam kena tepis. Scary gila kot. 
Lagi satu tak logic kot angin ke ape. Botol air tu penuh tau and berat la kan takkan angin boleh tolak and botol tu kat tengah tengah bukan kat tepi hujung meja ke ape. 
Macam in a way ‘’dia’’ marah saya dengan adik bising bising ketawa. 
So saya dengan adik takot kot terus diam je tak cakap. 
Esok mak saya terus letak al quran kat meja solek tu. 

Another incident kat rumah tu is adik saya lagi sorang balik. 
Bilik dia betol betol sebelah bilik saya. 
Tapi adik saya suka tido kunci pintu. 
Titibe satu malam tu dia dah tido titibe dia dengar bising bising bunyi orang lari dari bilik saya masuk bilik dia. 
Dia pon bangun la jenguk. 
Lepastu baru perasan yang pintu bilik dia terkunci! 
So macam mana benda tu masuk! Dia message saya tanya ada masuk bilik dia ke. 
Saya cakap takla. Saya kat bilik elok je online. 
Besok baru dia cerita. 

Macam macam lagi lah jadi lepastu. ‘’Dia’’ main lampu bilik saya lah apa bila saya nampak lampu tu macam termalap malap saya bukak zikir and yasin kat laptop lagi kuat dia lawan macam marah saya pulak sebab bukak zikir and yasin tu. 
Last last mak saya pegi jumpa ustaz depan rumah saya tu. 
Dia cakap kat mak saya. Memang ada ‘’benda’’ kat rumah saya and ‘’benda’’ tu memang nak kami keluar walau macam macam mana pon sebab ‘’dia’’ dah lama tinggal situ. 
Tapi sebab kami tak keluar keluar jugak so ‘’dia’’ marah la. 
Sampai la after two years macam tu ayah saya dapat tukar pindah Pahang. 
Kitorang pon macam relieve gila kot.
 
Kat Pahang tu takde ape sangat. 
Ada 2 benda je yang bagi saya takot. 
Oh btw, saya ni student university so balik rumah bila cuti sem je la. 
Haha so everytime balik je la baru kena ni semua. 
Ok sambung balik masa kat Pahang tu rumah jiran saya tu ada anak kecik umur 4 tahun macam tu. 
Boleh cakap la tapi macam pelat sikit. 
Nama dia haikal tau. ( bukan nama sebenar) dia selalu datang rumah saya sebab kitorang selalu layan dia and main main semua but haikal ni nanti tak reti nak balik rumah sendiri kalau dah dating sampai maghrib, so selalunya saya dengan adik saya nanti dukung dia and hantar balik rumah dia la sebab dah lewat kan takkan nak biar dia jalan sendiri. 

Lepastu ada sekali tu saya malas nak hantar dia balik. 
So mak saya yang hantar. 
Haikal ni panggil mak saya nenek tau. 
Titibe kan masa mak saya dukung dia nak hantar balik tu. 
Dia boleh cakap sambil tunjuk jari kat belakang rumah saya tu ‘’nenek! Tu! Momok nenek!momok’’ kuat kot dia jerit sambil tunjuk tunjuk towards something. 
Lepastu mak saya takot terus hantar dia cepat cepat. Haha. 
Oh momok tu hantu la kalau ikot bahasa haikal sebab mak dia ajar macam tu. 
Weh scary kan. I mean takkan budak kecik macam tu nak tipu. 
2,3 hari lepastu saya tido sorang kat bilik kan. 
Dah lambat la around 1 am kot. Saya dengar bunyi orang humming tau. 
Mula mula jauh sayup je. 
Lepastu makin dekat makin dekat last last macam dekat tepi tingkap bilik saya je. 
Sumpah takot gila masa tu. 
Saya message mak saya suruh datang bilik saya teman tido. haha
 
Ok last sekali ni jadi recently, kat rumah johor rumah sekarang la. 
Saya tengah cakap fone dengan kawan saya dalam bilik. 
Macam dah lama cakap titibe kawan saya macam ‘’eh bunyi apa tu?’’ saya pon diam je. 
Saya memang tak dengar bunyi apa apa. 
Titibe line tak elok terus terputus. 
Saya message dia tanya dia dengar bunyi apa. 
Dia cakap dengar bunyi baby nanges. 
Dia tanya la rumah saya ada budak kecik ke. 
Saya cakap mana ade. 
Dia kata bunyi kucing kot. 
Saya kata la saya mana ada bela kucing ke apa. 
Kalo nak kata bunyi kat luar pon takde. 
Memang tengah senyap sunyi masa tu. 
Sebab masatu dah lewat malam and parents saya dah tido pon. 
Benci kan asyik benda scary jadi kat saya.
 
Ok tu je lah. Thanks kak peej sebab sudi baca. Bye!

- ain -

05 July 2012

Expose mistik: Dah kena dah

Hi peej, saya nak share cerita yang tak takut pun, tapi nak cerita juga! pasal office saya ni.. 

saya ni baru je 2-3 bulan kerja dengan government & posting kat KL.. office saya ni merupakan bangunan lama yang dibina lepas merdeka kata orang lama lah. 17-storey building.. macam-macam 'cerita' pasal bangunan ni dari orang lama..

tersebutlah kisah, pada satu pagi, saya tersampai sejam awal kat office.. department saya kat level 1 & takde orang.. tiba-tiba pulak, rasa sakit perut terlampau, saya campak bag kat bilik saya di wing paling hujung & laju-laju masuk toilet dekat tengah2 wing aka lift area. 

nak masuk toilet tu ada 2 kali pintu, & arm door closer dia yang jenis pintu slow tutup bila dah buka & berbunyi annoying... so dalam toilet pun takde orang & terus lah saya menuju ke dalam toilet cubicle...

start je saya mencangkung, saya dengar macam ada 'orang' masuk  toilet sebab ada bunyi pintu annoying & 'orang' tu buka air paip kat sink luar.. agak laju & kuat bunyi air keluar dari paip sink luar tu.. so, rasa macam biasa je, saya pun concentrate berry.. 

saya rasa lebih kurang 4-5 mins jugaklah saya dah nak 'settle', barulah saya terfikir! eh, bunyi air sink kat luar still ada meaning air paip sink terbuka...laju bunyinya macam sengaja dibiarkan buka je... 

tiba-tiba...

by the time saya flush, air paip sink laju kat luar takde bunyi dah.....

saya pun sangat curious, saya buka pintu toilet cubicle saya tu & terus lompat keluar.. surprisingly, takde siapa kat sink.. infact,takde movement pintu terbuka tertutup & bunyi pintu..
 
cepat-cepat saya keluar toilet 2 pintu tu nak kejar siapa gerangan orang tersebut, alangkah meremang roma, tiada siapa pun kat luar toilet..

seperti detektif saya masuk balik toilet sambil-sambil nak cuci tangan, saya try test buka sink, analyse bunyi air keluar dari sink sama ke tak apa yang saya dengar tadi.. of course sama.. saya pun pastu terus buat biasa je lah..

bila dah start office hour, saya pun cerita kat assistant saya & kerani yang dah lama kerja kat office tu, & jawab mereka dengan selambanya.....

'Haa, dah start kena dah tu....'





-saya yang masih ada 3 tahun untuk berkerja di bangunan itu-

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...