28 June 2012

Expose Mistik : Cerita di Office

As slm Sis Peej, kita pun among your silent reader sbb suka baca cerita mistik walaupun penakut…
By the way, nak share jugalah some stories mories… tak tahula mistik ke tak… try baca dulu ye Sis Peej.


Kat Office

i)             Office kitorang ni kat level 11, tepi semua tingkat kaca see tru and tepi adalah kondo.  
Tp bila matahari dah takde, kira gelaplah cermin ni.  
Nak jadi cerita satu hari ni, husband lmbt sikit so kita mcm biasala continue buat kerja.. 
lepas tu, stop kejap nak sembahyang maghrib, dlm pukul 7 lebih mcm tu… 
kat depan tmpt kita ni, bilik bos, bilik dia dinding kaca tp kalau mlm still nampak jugalah apa kat dlm tu kiranya… 

So td dh Lepas sembhyg, siap lipat telekung, lipat sejadah semua… 
masa dah nak duduk balik tmpt kita, terperasan ada bayangan hitam kat depan tmpt kita ni… 
kira berhadapan dinding kaca bilik bos… 
mcm tak jauh, rasa dlm 7 tapak…  
Sbb nak kata pantulan dr cermin dinding mcm tak mungkin sbb bayangan tu mcm kat depan bukan kat tepi.. 
Wallahu alam, tp serius punyala takut… 
nak bergerak tkt… jd duduk senyap2 baca zikir dlm hati sambil tutup mata.  Alhamdulillah takde lg Nampak bayangan tu tp bulu roma memang meremang dan rasa mcm diperhatikan… 
tak tahulah maybe dah takut sgt mcm2 rasa pun datanglah kan…


ii)            … Lgpun kat office kitorang ni mcm keras sikit… 
biasa juga dengar kalau sesiapa dtg office time weekend akan dengar bunyi budak kecik lari2 nak g toilet…  
Bukan sorang tp ramai.  
Ada satu kes ni, member ni dia datang berdua, sorang dtg dgn anak dia (perempuan dlm Darjah 1), 
kebetulan masa nak masuk kat department kitorang ni, dia dgr bunyi budak kecik kat toilet, 
dia ingatkan anak member dia… tak tanya apa lah.. 
sekali esok time kerja dia pun saje tanya,  
member dia cakap, mana ada anak dia bergerak gi mana2… 
anak dia penakut… hahaha… tak tahulah anak siapa tu ye… 
Actually kat level lain pun kitorang pernah dengar cerita ni, 
dgr budak2 berlari2 dan gelak2 dlm office time weekend ataupun time stay back…


iii)           Ada sekali tu, sorang kawan ni dtg office time weekend juga, dlm 5,30 ptg baru dia balik la, rajin sungguh. 
Cuaca mcm mendung, hujan gerimis kot… 
masa dia nak tutup pintu tu, dia perasan mcm ada org, kat pintu tu, 
kira lobby memang kitorang ada letak bnyk sofa utk menunggu… 
dia Nampak kat sudut tepi ada satu lembaga warna mcm gelap tak jelas sgt tgh duduk kat situ dan tundukkan kepala… scarry… 
smpai skrg kalau balik tak lalu situ… 
Peristiwa ni jadi dlm tahun lepas…


iv)           Ni pun jd masa weekend, berlaku dlm office kitorang, siang2 dlm tengahari nak ke petang lah, waktu tak sure, tp nak cakap, cuacanya terang…  
Radio pasang, tiba2 mcm senyap, then bunyi balik… 
sampai kawan ni pergi betulkan tp jadi juga… 
okla takpe lagi sbb radio tu mmg dah bengong sikit… 
then, dia duduk kat tempat dia, biasala ada mug nk minum air, ada air ok, bergerak sendiri… 
mula2 dia tak perasan sbb yela buat kerja tak perasan, tp bila dia nak ambil mug tu nk minum eh, apasal mug ni makin jauh… 
last2 dia perhati betul2 mmg mug tu bergerak sikit2 mcm kena tarik dgn magnet… 
And pada hari kejadian, hanya dia sorang aje yg dtg office…  
takutnya kita… aii… tp yela tkt sgt pn tak boleh.. tawakal ajela… 
dah kena kerja ni… nk buat mcm mana kan… wallahu alam

Okla Sis Peej.. that’s all for now.. Insya’ Allah ada lg nk share.  
If nk publish tak kisah, and kalau nak kena edit pun tak kisah ye.
Actually tgh menaip ni pun rasa mcm meremang dah…
TQ
-MSW-

...........................................................

siapa yang nak share cerita expose mistik.
boleh email ke

nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
title : Expose Mistik : ......(tajuk)....

thank u.
selamat malam jumaat. :D

21 June 2012

Expose Mistik : bilik fellow kejiness dan lain-lain yg kejiness di kolej kediaman

assalamualaikum. hi, peej! xD

ahha baru berkesempatan nak cerita pasal expose mistik yang melanda time belajar dulu. zaman sekolah ada jugak, tapi kali ni nak cerita time belajar kat univ.

masa tu kitorang semua first year students kena duduk kat kolej kediaman.. tp sy dari sem 1 sampai habis pun duduk hostel. haha (hujung minggu baru balik, siap kautim dgn lecturer mintak buat kelas hari khamis supaya jumaat dapat balik. lecturer memang awesome :D). sambung. time tu kira first time duduk hostel sebab selama ni pemalas lipas nak duduk boarding school semua. kat kolej tu, satu bilik 3 orang. dah tu, mula-mula masuk tu tengok-tengok tinggal sorang.. tak ada roomates. (roomates asalnya ada, tapi mungkin diorang tolak offer lantas pergi belajar kat tempat lain. keji je kan T_T)





sebelah bilik (kanan) tu adalah bilik senior, yang jugak fasilitator time minggu orientasi. dia tinggal sorang jugak. fine la ada kawan kat sebelah bilik (katanya). seblah lagi satu (kiri) tu bukan bilik student, tapi bilik fellow kolej. fellow ni macam pegawai yang jaga student, tapi bilik fellow sebelah bilik sy tu kosong.. tak ada orang. (org ckp dlm bilik tu sofa tv semua ada. jeles jeles bilik ai ada katil bujang dgn double-decker je haha)

time minggu orientasi tu tak de apa-apa. in fact tak tau pun kolej tu kolej paling lama, and blok tu blok paling keras (nasib baik tak tahu time tu kan). lepas minggu orientasi tu baru masuk roomates baru. dua orang. senior. sorg bdk fizik yg gila-gila, sorg bdk vet. time lepas roomates baru masuk tu la kejadian misteri berlaku.. (sbb lps tu baru roomate-senior tu cerita psl blok tu keras! cis!)

benda ni berlaku pukul 3 pagi. beberapa kali ok. bukan sekali je. so awal-awal kejadian, kalau terjaga pukul 3 pagi tu memang menyumpah habis la (dalam hati). sebab katil sy tepi dinding yg sebelahnya bilik fellow kosong tu kan. pukul 3, mulalah dengar bunyi org bukak tutup locker, bunyi kerusi kena tarik.. bising ok! dah la bilik fellow sebelah tu mmg berkunci tak de org! roomates tido mayat. senior siap mengigau (sah tdo nyenyak!). time tu sy akan pejam mata rapat-rapat sambil kelubung dlm selimut. tak habis sampai situ ok. pastu dgr pulak bunyi ayammmm (kejadah bunyi ayam pukul 3 pagi. tau kan pasal bunyi ayam ni?? tak tau xpe nanti sy cerita). bunyi ayam tu mula-mula dkt lps tu jauh. sambung menyumpah dlm hati.

org ckp, bunyi ayam tu sbnrnya bunyi ponti. sy no comment. senior la ni cerita. katanya kalau bunyi dkt maknanya dia jauh. kalau bunyi jauh maknanya dia makin dkt. kejiiiiiiiiii (tp sy xpercaya hantu-hantu, jin setan tu semua ye mmg ada). tp time tu still student lg, masih jahil segala. so selalu la byk gangguan-gangguan bodo mcm tu kn. haha (kat bilik tu jgk kalau tdo siang selalu kena tindih benciiii. lps bangun mamai tu telinga bunyi berdesing, rasa dahaga sgt. kejiiiii tak sukaaaa).

lps-lps tu la baru share cerita dgn members/seniors satu blok. hah. senior faci yg bilik sebelah tu pun kena kacau. rambut dia macam ada orang main time dia baring kat katil ok! (nasib baik kitorang kat bilik tu tak kena macam tu!). members bilik lain pulak dgr bunyi org memberus sabut kat atas siling. keji sgt niiiii. yg paling kesian, bilik tingkat G la (kitorg 1st floor). tingkat G ni mcm bwh tanah sebab kwsn bukit. so tingkat 1 mcm tingkat G, tingkat G mcm basement. bilik member senior tingkat G ni tingkapnya mengadap padang. bilik dia la super keras. selalu la nampak benda-benda kat tingkap. ish2 kental betul dia T_T
hah tak habis lg cerita psl bilik fellow. kalau waktu siang pun, time sy balik kuliah lalu dpn bilik tu nak sampai ke bilik sy, akan dgr bunyi org tgh shower. lps tu tgk pintu bilik, berkunci mangga siap bergrill!! waaaa. habis siapa yg mandi?!! kejikejikejiiii

ok lasssttt but not least. (byk ok kejadian kat kolej tu!! dah boleh buat drama dah T_T). waktu malam kitorang (my friends & i) biasa keluar ikut pintu belakang kolej, cross padang nak pergi kolej lain sebab nak dinner. kafe kolej kitorang tak sebest kafe kat kolej lain.. haha. so time balik dari makan, kitorang lalu la pintu belakang kolej kitorang tu macam biasa. tiba-tiba sy nampak benda putih kat atas pokok kelapa tepi pagar. tinggi gile pokok kelapa tu. sy siap tnya kawan-kawan.. "eh, kenapa ada plastik sampah putih kat atas pokok kelapa tu??" naif gile, dah la rabun!! hahaha

begitulah cerita expose mistik yang berlaku zaman belajar kat univ dulu. dah kebetulan dapat kolej kediaman lama yang keras, nak buat macam mana T_Tv kami redha dan menerimanya dgn tabah. eceyy. sori cerita pjg sikit. jgn biarkan hidup anda diselubungi.. misteri.... *asap bbq kepul-kepul keluar* lol. sekian.

-wani ezryl-

14 June 2012

Expose Mistik : bayang-bayang misteri

salam..hai kak peej..
i'm ur silent reader yg tegar..hehe..
kadang2 kawan2 pun pelik sy gelak sorang2 coz cerite2 kat blog kak peej yg kelakar..hehe

ok, sy ade nak kongsi gak expose mistik sy sndiri..
maybe x berapa seram kot..tp bg sy,seram gak la..huhu..
kejadian ni berlaku wktu sy jadi urusetia kursus doktor pelatih kat pulau pangkor..
kami stay kat satu hotel (name hotel dirahsiakan)..
sy dpt sebilik ngan sorang akak ni..kak liza..

Bilik tu ade 2 single bed yg dipisahkan oleh lampu tido n suis yg melekat kat dinding tu..
kedudukan katil sy ade lah sebelah toilet..n depan katil ade tv..
lepas habis kelas malam tu,kak liza kate nak tido dulu..
sy x ngantuk lg dan sambung tengok tv..
waktu tu mmg x miss tgk cerite desperate housewive. 
before kak liza tido, die pesan kat sy nanti sebelum tido tutup lampu bilik n bukak lampu toilet. 
so,dalam pukul 12 malam ,rancangan pun dah habis sy pun rase nak tido & on kan lampu toilet mcm akak tu pesan..

lepas tu, sy x ingat pukul berapa sy ade terjage.
pastu sy ternampak mcm bayang2 org tengah berdiri sebelah toilet..
that means, depan katil sy la..(sy rabun jauh,sbb tu nmpak mcm bayang2 hitam je).. 
wktu tu sy pakai selimut n tutup sampai paras hidung..
sy mmg yakin betul la yg kak liza g toilet.

Esoknye , sebelum pegi masuk dewan, kak liza bukak cerite..
die tanye knp sy x bukak lampu toilet sebelum tido mcm yg die pesan.
Sy pelik la, sbb sy mmg yakin sebelum tido sy memang on lampu toilet tu n bilik x gelap gelite pun.
Sy lak tnye die, die ade x bangun pegi toilet tengah malam smalam..
die kate die x bangun g toilet atau tutup lampu pun..
Die cakap,  bilik gelap sgt n waktu die tgh meraba2 cari suis nak on kan lampu tido tu, tiba2 sy gelak.
Kak liza kate, die terus rase seram..
Sedangkan sy x sedar langsung dan sy bukan jenis tido mengigau..

Persoalannye skarang,sape yg sy nampak berdiri sebelah toilet tu ? 
dan sape yg tutup lampu toilet tu n ape motif sy tibe2 gelak waktu kak liza tgh cari suis lampu tido? 
huhu  lepas dr tu, mmg sy x berani dah nak jadi urusetia kat mane2 hotel dah..=p



cerite 2 : kanak-kanak..

Ni sekadar selingan cerite misteri yg jadik kat hotel gak..
tapi kene kat bos sy,namenye Pn.Ling(bukan name sebenar) waktu die berkursus.
Die cerite, waktu kat bilik hotel tu, tv kat bilik tu channel tv semua rosak kecuali 1 channel je dpt..channel kartun je ok..
die cakap x kan die nak tgk kartun je memanjang,..
so,die panggil juruteknik betulkan tv tu..
waktu juruteknik tu ade dlm bilik tu n betulkan tv tu, semua channel dh dpt..
elok je juruteknik tu pegi,channel kartun je dpt balik..

Pn. Ling cakap, maybe bilik tu ade antu kanak2 kot..
sebab tu channel kartun je yg dpt..
dah repair pun, channel kartun je yg ok..
hehe seram je sy dengar..


p/s : x tau nak habis kan cerite mcm ne..sorry ek kalo x seram,..tp bagi sy, seram gak..sbb sendiri yg rase..hehe..ok kak peej, slmt pengantin baru...=p..

07 June 2012

Expose Mistik : lewat malam

assalammualaikum....

hehe aku nie nak tumpang sekaki la pasal cite antu ko tu peeja..

blh je kan..sekurang2nya dok tambah2 cerita dalam entry ko...
nie pengalaman aku sendiri yang sampai bila bila pun memang aku xleh nak lupakan..

pengalaman pertama::


benda nie blaku time aku kerja sebelum kawin dalam tahun 2004..

dulu hosp yg aku keje nie selalu je system down sbb system komputer kat hosp tu lama ..
sllu kena stayback smpai tgh malam..
so jadikan cerita kejadian tu berlaku malam jumaat..
aku kena stayback smpai sume keje dah update gitu..kkwn seangkatan pon sama jgk..
hbs keje aku tgk dah pukul 12 lebih tghmalam..dah tntu kena balik jgk bab esk nak keje lg..
masa tu aku bawa kancil jer..
balik lalu ujong pasir..ko tau ujong pasir kt mana??


kt area duyong tu..so smpai kat jambatan duyong ada bus stop sebelah kiri..
aku nmpk ada sorg perempuan dok kat situ pakai bj serba putih..
aku gk jam dah kul 1pagi..
dalam hati aku cakap..apa kejadah la ppuan nie dok kat bus stop tgh2 malam nie..
lepas jer aku dari bus stop aku pndg cermin belakang..........

darah aku ttiba rsa menyirap smpai ke telinga...ttba rsa kebas gitu..
aku tgk ppuan tu dah xder kt bus stop pdhal baru jer lepas dr situ...
dlm kata aku pndang cermin blkg aku pndg tingkap sisi ..
aku rasa macam ada kelibat dekat tingkap blkg kate aku...
perggghh!!!mmg cuak tahap xterkata dah time tu..mmg dalam kepala dok pikir nie hantu!!!!!!!!!!!
mmg boleh nmpk dari lirik anak mata bnda alah tu dok ikut terbang sebelah jer tmpt aku drive..
aku xtau berapa laju aku bawa..sbb aku tekan padel minyak sehabis2nya...
dan xtau masa bila pulak hantu tu hilang..
mmg bpeluh2 sejuk wlaupun buka aircond..
giler la hantu tu..seb bek dia xikut aku blk sampai guma ja...
lepas tu klu kena stayback mmg serik la nak standby..
kkdg aku soh laki aku (dulu tunang aku) ambk hntr blk jer...


pengalaman kedua::


nie aku lalui baru jer bbpa bulan lalu masa ada family day kat desaru..

smpai sana dh maghrib..masa sampai sana,ada 3 buah resort/hotel la..
msa smpai tu aku punya la tsenyum sbb tgk hotel ptama tu cantik..class gitu 
skli tgk..team2 kitaorg still xmasuk hotel tu..
oo myb ada lg kat dpn..hotel k2 pon cantik blh tahan..
besih la nmpk dari luar..pon xmasuk jgk..
dah frust nie bab xjgk..tgk dpn ada resort..
rupanya kena stay kat resort tu..masa smpai t aku ckp kt laki aku.."erk..hujung hutan dia bg..pulak bangunan mcm dh lama tinggal jer..aduss" 


masa tu mmg dah rasa xsedap hati la..tgk psekitaran jer dh lain mcm belum bilik lg...
time masuk bilik lak ....
bygkan ye..kitaorg dok tgkt 2..bilik k3 hujung...

mmg xbest la..masuk je bilik..
bau hapak karpet..huhu xsuka la bau tu..
bab time tu awl2 preggy jd bau2 cmtu mmg aku kalah..
aku tgk blk air..huhu mcm dh lama xbguna..engker je 
gupe blk air..malap lak tu..
katil lak 2 singgle bed..ada pintu blh buka dok adap laut..
pintu tu xleh nak tutup2 since dr checkin smpai checkout..rapat cmtu jela bab kayu2 dh kembang..


bnda ni kena masa mlm ptama kt sna..
hbs event mlm tu dlm kul 11lbh masuk blk sbb ank2 dh nak tido..
aku masuk tido dgn princess je..
yg abg dok ikut ayahnye g dok kat lobby ngn kkwn..mcm org bujang ank aku tu..
yg nasrullah xbawa time tu.
masuk je bilik ,rehat2 pastu tidokan princess ..

dgn2 aku skli ttido..tp dlm kul 12 laki ngn ank aku blk..
buka pintu tus smbg tido blk..aku tido katil kat hujung dinding blk..
dekat pintu masuk la kiranya..jarak katil ngn dinding ada dlm selangkah kecil je..
dan.aku tido ngereng sambil tangan terjuntai ke bwh katil la..

mmg real tido..sekali aku rasa kat arah pgelangan tgn aku ada org cuit2..
banyak kali smpai aku boleh tjaga..
aku sangka naqiuddin yg bgn kejut nak buang air ke apa ke..
aku pon celikkn mata tp kuyu la time tu..
tiba2.aku nampak betul2 depan aku rambut hitam kusut mngurai tutup muka..dgn baju putih lusuh btl2 dkt muka aku...


nauzubillah lps tu seolah2 bnda tau yg aku dah tjaga..
bnda tu bgerak ke hujung kaki smbl mngilai kuat dan hilang..
masa tu mmg satu badan terasa sejuk..takut sgt..nak sebut Allahuakbar pon xblh apa lg nk pgl laki aku...
bila btl2 xder bunyi tu lg aku plahan2 buka mata duduk dan pndg keliling..
anak dara nyenyak tido sebelah..laki aku pulak elok bdengkur..
naqiuddin pon sedab selimut..
aku dah xtentu arah...
last2 aku baring tido adap adawiyah jejak ke pg..


ha lupa time tu aku tgk hp jam tepat 3am...
mak aiiii..gilerkan..yg xleh tahan aku mmg rasa nyata dan nmpk kelibat bnda tu..masyaAllah..
seb bek xnmpk muka..bab dalam blk time tu samar2...
jd..malam k2 aku pesan kat laki aku tido buka lampu bilik..dan aku baca yasin dlu sblm tido..
time balik aku dok tnya kkwn ppuan yg ada..rupanya 1st night tu ada 4org yg kena..

tp aku xtnya lebih2 bab mcm trsa2 lg time tu..
dn bgunan kitaorg stay tu dh 30thn rupanyer..giler la...serik aku
lepas kjadian tu klu laki aku ajk bcuti bila time nak tido mst aku rsa was2..
myb sbb aku msh tbyg2 dn trsa2 bnda tu dok cuit2 tgn aku...

huhu pnjg bjela lak story aku nie.

t ko copy paste je la kt blog..
aku pon dah lupa nama resort tu..
klu ingt blh bg spy jgn ada yg stay kt situ..
serammm sehhhh...


http://kasihabadi83.blogspot.com/

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...