31 May 2012

Expose Mistik : Jam Loceng

Hi peeja, nak share satu cita agak mcm mistik jugak lah.
Benda ni jadi dalam tahun 2004.
Masa tu aku belajar dekat satu kolej dekat dengan bandar kuantan.
Xde la dekat bona, dalam 10- 20 minit jugak la nak sampai bandar.

Nak di jadikan cerita masa 1st n 2nd sem aku duduk hostel.
Satu bilik ada dalam 8 org. Semua katil double decker.
Tp di sebab kan bilik besar, so budak2 bilik aku pakat2 turun kan katil letak sebelah sebelah.
So kira pair sebelah menyebelah la.
Dan katil aku sebelah sorang minah ni, dia ni coursemate aku, tapi xsama kelas.
Aku panggil dia diah.
Diah ni org pekan, pahang. So pantang cuti sabtu ahad je dia akan balik rumah dia kat pekan.
Bila diah ni balik pekan, aku akan ajak kawan mcm rapat jugak, teman aku tdo kat bilik aku.
So everytime dia teman aku tdo, dia akan tdo kat katil diah.
Diah ni pun mcm dah tau dah.
Kalau dia balik pekan, akan ada org teman aku tdo n tdo kat katil dia n dia xkisah.

Ade sekali tu study week, so cuti seminggu.
Aku malas la nak balik kl, kalau balik confirm aku xstudy.
So, aku dgn kwn aku yg suka teman aku tdo ni decide xnak balik kl.
Kiteorg lepak je kt hostel, nak study la kengkunon.
Diah ni pulak kan pantang cuti, so masa study week tu, dia balik pekan.
Hostel pun mcm kurang org sebab ramai yg balik rumah masing2.
Tapi kat bilik aku, diah sorang je yg balik rumah. Lain semua stay kat hostel.

Nak dijadikan cerita, diah ni sukaa nau la simpan anak patung yg kecik2 cute mute dlm locker dia.
Locker kiteorg time tu locker jenis besi. Kalau ketuk mmg gedegung2 la bunyik dia.
So petang start cuti study week tu dia pun balik la ke pekan. Diah kunci la locker dia.
Yela, mana tau kang ade panjang tgn nak selongkar ke ape kan.
Locker dia sebelah katil dia.
So ptg tu dlm pukul 5, mmber aku dtg la mgangkut bantal2 baju dia semua lepak bilik aku, sebab dia mls nak ulang alik p bilik dia kat tingkat bawah.

Tetiba dalam pukul 6ptg cmtu, bunyi jam loceng.
Ni bukan bunyik yg biase krrringgg kriingg tu, ni bunyi lagu macam music box, lagu fur elise, (lagu ni selalu ade kat music box).



:: ok aku gigih masukkan youtube ni. baru best sikit effect. in case ada yang tak tau lagu ni ::


Sapa yg tau lagu tu tau la kot camna bunyi dia. Scary ok.
Aku xpenah la dgr bunyik jam loceng mcm tu dlm bilik hostel aku tu.
Kuat, mcm bedengung camtu.
So aku tanya la kat roommates aku semua, sapa punya jam bunyi mcm tu.
Semua kata dorang xde jam loceng.
Carik2 bunyik jam tu, rupenya dalam locker si diah.
Nak bukak locker xboleh. Diah kan dah balik pekan.
So sepanjang cuti seminggu tu mmg jam dlm locker tu akan bunyik dr pukul 6ptg-7ptg, lepas tu repeat pukul 6pg-7pg.
Kuat dan scary bunyi dia, sebab dlm locker besi kan. Bunyi lagu fur elise pulak tu.

Sampai hari ke empat tu, aku text diah, aku ckp 'diah, diah x off alarm jam loceng diah jam tu dok bbunyik2 dlm locker diah sian anak2 patung diah dlm tu. Heheh'
Lepas tu diah boleh reply mcm ni eh 'Eh mana ada, diah xpenah on dia punya alarm, selalu tesepuk jela jam loceng tu dlm locker, xguna pun alarm dia'
Nak tercampak hp aku masa baca msg diah mcm tu.
Bila pikir2 balik, mmg aku xpenah nmpk jam loceng tu diah pegang, selalu pakai alarm dekat phone je.

So mlm2 berikutnya aku ajak kawan aku p tdo bilik mmber lain, takut la, sebab katil aku paling dekat dgn locker diah.
Dan alarm tu terus la berbunyik, sampai la hari diah balik semula ke hostel.
Masa diah balik tu, muka dia dah pucat2 nak bukak locker dia.
Tapi dia bukak jugak.
Xde la ape pun melompat keluar dr locker dia, biasa je susunan semua brg mcm last dia tinggalkan.
Lepas tu dia terus capai jam loceng tu.
And mmg betul, alarm jam tu tak on pun, off ok.
Dia siap tunjuk kat semua org dlm blik tu, mmg button alarm jam loceng tu adelah OFF.
Dia dah nak buang jam tu sebab takut, tp kakak senior bilik aku ckp jgn buang dulu, cuba biar je sampai pukul 6, bunyik x alarm dia.
So diah pun biar dlu jam tu, tepat jam 6ptg mmg xde sebijik bunyik pun keluar dr jam tu.
Masing2 dah pucat, kakak senior bilik aku ni mcm berani2 sikit, dia amek jam tu, dan on kan alarm dia, nak dgr bunyik alarm dia mcm mana, sekali yg keluar cuba bunyik kringgg kringgg, mcm bunyik jam loceng biase tu, bukan la lagu fur elise tu eh.
Mmg meremang2 ketakutan kiteorg time tu.
Mana datang la pulak lagu fur elise tu.
Disebab kan takut bunyik bukan2 lagi dr jam tu, diah buang jam tu dkt tong sampah kat cafe.
Nak buang kat tong sampah luar bilik mcm takut kan.
So, dia buang kat tong sampah cafe. Jauh sikit dr hostel.
And patung2 dlm locker dia tu pun dia buang sekali.

Tu la cita expose mistik aku nak share.
Walaupun xnampak byg hantu nya.
Tapi still menakutkan bagi aku.
Ok la, nanti kalau aku ade teringat, aku share lagi ok.
Thanks peeja.

-dilla haznick-

..........................................

betul walau takda nampak kelibat ke apa.
tapi cerita macam ni dah cukup seram bagi aku.
dah la sambil aku baca sambil dengar lagu fur elise tu. gagaga.
gigih aku carik lagu tu kat youtube letak sini.
aku kecik-kecik dulu ada jugak music box.
suka je la.
tapi memang tak suka bila kau dah lamaaaaaaaaa gila tak bukak benda tu.
tiba-tiba tengah duduk sembang. benda tu berbunyi dalam few seconds.
padahal tengah tertutup tu. not loike.



17 May 2012

Expose Mistik - Penampakan di office

Salam Kak Peej dan readers,

Saya pernah berkongsi cerita dalam expose mistik ni pasal 'penjaga ensem' yang menjaga saya tuh. Ingat tak?
Kali ni saya nak kongsi pasal kejadian-kejadian yang berlaku di opis saya pulak.

Bila cakap pasal opis, semua orang akan kate semua opis tu berhantu. Kan? Saya pon beranggapan yang same. Ape yang saya nak citer ni adalah dari pengalaman saya sendiri dan pengalaman eksekutif2 dalam unit saya. Saya ni PA. So, semua benda diorang citer kat saya.

Kisah 1 

Benda ni berlaku tahun lepas. Lupa pulak bulan berapa.
Time tu saya ada konflik dengan bf saya. So, 1 malam saya tak dapat tido.Yela, hati tak tenang kannn... Pastu keesokkan harinye, saya decide pegi kije awal. Kul 6 pagi siap-siap, kul 7 saya dah terpacak kat opis. Dah macam pekerja cemerlang gemilang terbilang gituu...
Tabiat orang-orang opis saya ni memang suke datang kerja lewat. So pagi tu saya orang pertama yang sampai opis.

Opis saya pulak duk tingkat 51. Lif saya ni special sikit sebab lif ni hanya untuk tingkat 50 sampai 55 je. So, memang tak ramai orang yang naik lif ni.

Kesahnya, bile saya kuar lif kat tingkat 51, suasana suram je. Yelah, matahari baru nak terbit kannn... Saya pun berjalan menuju ke bilik saya. Tetibe saya dengar bunyi anak anjing kesakitan kat tepi lif... wuwuwuwu ..Saya buat dunno lagik. Saya melangkah lagi. Makin saya dekat dengan opis, makin kuat pulak bunyi anak anjing tu.

Saya toleh la kat lif tu. Kot-kot la memang ada anak anjing sakit kat situ. At least boleh tolong kannn.... Tapi bile saya toleh, takde apepun kat situ. Serta-merta bunyi anak anjing tu takde. Serta merta jugak bulu roma saya meremang... wtf

Tapi saya buat-buat berani masuk dalam bilik saya dan duduk senyap kat situ sampailah opismate datang. Bersyukur la jugak sebab at least saya dengar bunyi je.... kalau nampak hantu anjing, cemane? Keras kejung agaknye saya pagi tuh.

Tapi terfikir jugak, ada ke anjing naik sampai tingkat 51? Lagipun kompeni saya bekerja ni kompeni Melayu. Bukan kompeni Cina. Macam tak logik jugak ada anjing kannn.... (selama ni pon tak pernah nampak anjing kat sekitar kawasan opis). huhu...


Kisah 2

Benda ni berlaku awal tahun ni. Assistant manager (AM) unit saya ni selalu balik lewat. Kadang-kadang kul 8 malam pon still kat opis lagi. Saya ni kul 5.30 petang je dah balik. Tak kire la staff lain dah balik ke belum, memang saya akan chow dulu. Memang cenggitu tetiap hari. Kepada PA lain, please dun try this at opis okeh.

Kesahnye, hari tu  AM saya balik dalam kul 7.30malam. Hari Khamis lak tuu... Dah la dia paling last yang balik. So dia kena tutup semua lampu dan suis aircond dalam bilik unit kami.

Nak dijadikan cerita, time dia melangkah setapak kuar dari pintu bilik unit, kaki dia jadi kaku. Sebabnye dia nampak seorang pompuan berjubah putih berambut panjang berdiri betul-betul membelakangi dia. Memang nampak jelas. 'Pompuan' tu pulak duk tak jauh dari dia. Ader la dalam 10 kaki je.

AM saya citer, ader la dalam 5 minit 'pompuan' tu berdiri kat situ. Lepas tu 'dia' bergerak pergi ke koridor menghala ke sky garden. Cara dia bergerak tu tak nampak macam melangkah sebab kalau melangkah, badan kita akan nampak terhenjut-henjut. Ini tak, dia bergerak macam melayang. Siap tembus lagi pintu kaca kat sky garden tuh.

'Pompuan' yang same jugak dilihat oleh cleaner di tingkat 29. Erkkk........ persoalannye, siapakah pompuan itu? wuwuwuwu..

Kisah 3

Yang ni terjadi pada General Manager (GM) dan manager (M) saya pulak. Kejadian ni berlaku bulan Feb baru-baru ni. GM memang rapat dengan M. Ceritanya, GM dan M berpakat nak balik lewat. Lagipun GM ada banyak kerja. So M temankanlah.

Benda ni pon jadi pada pukul 7.30 malam. Orang kata maghrib-maghrib ni hantu banyak. Betul la tu kottt.... Sebabnya dalam kul 7.30 tu, M ajak GM balik. GM pon suruh M tunggu kejap sementara dia kemas-kemas laptop semua kann... 

Kat dalam opis saya ni ada tv. Tv tu sebenarnye digunekan untuk kerja-kerja siasatan (unit saya ni unit siasatan...tp kami bukan polis yeee....). So, sementara tunggu GM kemas barang, M pergi on kan suis tv tu. Time M tunduk nak on kan suis tv tu, tetibe dia rase ada someone, macam bayang hitam yang tinggi berdiri disebelah dia!

M ni sebenarnye memang penakut sikit. Dia tak pandang pon bayang tu tapi dia patah balik pergi ke bilik GM. M suruh GM saya bersiap cepat sikit. 

M langsung tak bagitahu GM pasal bayang yang dia nampak tu but GM macam tau tau je. Terus GM cakap kat M,

"Ko tunggu aku siap jap... Jangan gi mane-mane..."

Bila dah kemas semua, berdesup la diorang lari masuk dalam lif. Dua-dua pulak jenis penakut. Hahaha... Dalam lif, M try nak bagitahu GM pasal bayang tadi tu. Tapi GM suruh M senyap je sampailah dorang sampai kat ground floor opis.

M : Bos, saya ader benda nak cakap ni...
GM : Aku tau la pe ko nak bagitahu. Mase ko masuk bilik aku tadi aku dah rase meremang. Aku nak tanye ko, ko nampak ke atau ko dengar bunyi ape-ape je? 
M : Saya nampak la bos. Bayang itam tapi saya tak tengok pon...

Esoknye, kecoh 1 opis. Hahahaha....

Kisah 4

Baru jadi pagi tadi (27 March). Saya dan AM (rujuk pada kisah no.2) nak simpan barang kat bilik stor. Bilik stor ni duk kat hujung bilik unit saya. Jauh jugak la... Gelap pulak tu area situ. Kat situ memang takde orang masuk kecuali orang-orang teknikal yang datang nak baiki server sebab sebelah stor tu ada bilik server. Itupun dorang datang kalau ada masalah server. Kalau takde, memang dorang takkan pergi situ.

Pagi tadi saya dan AM pergi simpan barang kat bilik stor tu. Saya duk dalam bilik, AM pulak duk kat pintu bilik je sebab dia yang hulur barang, saya yang tukang susun kat dalam tuh. Tengah duk susun tu, tetibe saya dan AM dengar bunyi pintu server tertutup dengan kuat. Degangggggg!

Saya kerass kejung dah. AM relax lagi.. dia hulur lagi barang kat saya. Pastu pintu server tu bunyi sekali lagi. Time ni saya berenti susun barang. AM pon pandang saya semacam dah... Dua-dua sengih sesame sendiri.

Ye laa... mustahil sebenarnye pintu tu tertutup sendiri sebab pintu tu pintu kayu yang tebal tuh. Lagipun memang takde orang kat situ on that time. Nak kate ade angin, memang kompem la takde sebab kat situ takde tingkap..

Kitorang terus habiskan kerja pastu dua-dua berlari masuk opis semula bile dah siap. Hahaha... Penakut jugak saya rupenye...

Oleh sebab lately makin menjadi-jadi kejadian kat opis saya ni, kami decide buat majlis bacaan yassin hari Rabu minggu lepas. Tapi itupun kena buat lagi lepas ni sebab benda tu masih mengacau kami. Bukannya ape.... kalu tahun lepas, setakat dengar bunyi-bunyi je la... Mesin photostat berbunyi sendiri, bunyi tapak kaki, bunyi orang ketuk pintu... 

Tahun ni 'benda' tu berani pulak muncul depan-depan staff. Agak-agak laaa... Kalu muke cantikk cam Maya Karin takpe jugak.. Ini kalau muke sundal bolong, sape nak jawab... huhuh...



Sekian...

*Sorilah kalu citer ni tak seram sangat but bagi saya, ianya tetap misteri. Huhuhu..
Btw, thanks Kak Peej sebab publish citer saya nih. Wasalam.


-Diana-

10 May 2012

Expose Mistik : sudut katil


ni cerita masa mak saya br balik drp haji dgn ayah saya...
masa diaorg kt sana, takda apa pon jdi..
maksudnya perkara2 seram or apa2 sbb sy duduk umh tu sorang2....
sbb sy selalu percaya umah saya tu ok, tiada gangguan. 
hinggalah pada malam mak ayah saya balik drp haji...malam tu jugak kena...
saya dh terjaga dengar org mengaji sblm azan subuh kan kt speaker masjid..
tetiba saya rasa ada 'mak' saya msuk bilik dan duduk kt hujung katil saya. 
dalam hati sy masa tu mmg ingatkan mak saya yg msuk.
sbb nk kejutkan solat, maklumlah..baru blk haji,mungkin dia ada azam baru nk kejut ank dara tua bangka ni solat kan...
pada masa tu..suhu bilik mmg sejuk sgt..sbbkan sy lupa nk pkai selimut, kaki saya akn automatik jdi membengkok ke dada...(leh bygkan x..tido mengerengkot? )
so bole bygkan lah katil tu suku kosong drp hujung kaki..mmg ada ruang utk org duduk.  
ok,then yg pelik 'mak' sy x kejut sy lak..
cuma saya rasa x leh gerak...tp menda tu asik duduk dan bangun...
bole terasa betapa berat nya menda tu ...sbb sy bole rasa katil tu melendut ke bwh sbb tahan beban. 
ada lah dlm 2-3 kali dia duduk dan bgn...
sbb siap ada bunyik kreetttttt...kreettt**bunyik kayu katil bila beban menekan ke bwh***
masa tu sy mmg tau..bkn mak saya dah...dan saya tidak mimipi sbb sy dpt gerakkn muka..
bdn je xleh gerak. sy baca qursi...cuma juga qamat...sbb sy pikir apa jdi mcm kene cuba jugak gerak....alhamdulillah...dpt jugak gerak...
yg siol nya wlpon takot gile..sy leh tdo blk...hehe
pgi esok cerita ngn mak saya..mmg dia percaya sbb sy mmg ada sejarah senang kene ganggu...
siap sy suruh mak sy demo lg..
if dia duduk hujung katil tu..rasa berat tak...hehe..mmg taklah sbrnya....
rasa sket je org duduk..tp taklah rasa mcm subuh tu..dlm berat 150 kg mcm tu...
syukur dia duduk hujung je..if dia start merangkak ke...tak ke naya ....

-aries girl-

03 May 2012

Expose Mistik: hantu suka duduk dekat area katil


assalamulaikum peej yg chomel (sumpah ko chomel tau.. aku adore ko... wpon ko gemok.. bak kata noy ek.. bkn aku... tp ko mmg chomel kot dan pandai bergaya owh btw, ko mmg patut letak cili kt mulut noy time tdo.. hehe.... aku silent reader belog ko je.. ni 1st time nk tulis) 
pjg lak intro aku ni...
anyway..congrats to your upcoming wedding..
syukur alhamdulillah..
moga smuanya berjln elok..
ko xyah la runsing2 sgt ek..
takot ko demam.
 
tp apa2 pon, aku suka dgn life ko, belog ko, ceta2 ko.. sbb ko best dan sempoi..
ko jgn ingat lak aku ni stalker ke psycho lady ke apa lak...hihi..
(ok intro yg ala ala lesbian ni ko xyah paste la...)
 
aku ada beberapa cerita, selepas baca stories readers ko ni..
tp xlah seseram readers ko pnya..
sbb aku pnya kisah2 pendek je..
btw, aku nk cadangkan ko wat la contest ceta plg seram beb. 
i mean.. kami bole vote ke.. mcm tu aa..
aku nk vote ceta yg makcik ketuk pintu kaca tu, bdk kecik nama bibi tu, yg dia x sembang lama sbb makcik tu dh terjun balkoni tu.
 

kisah aku 1

pengalaman outstation dgn bdk opis mmg best... sbb akan ke site..
rasa mcm bgus je, walaupon aku bkn la engineer ke apa ke.. bahagian pengurusan je....
site co. aku ni kt area pantai timur...
so agak senang lah nak pilih hotel, motel,rumah tumpangan, ikot bajet dan bintang sbb mmg byk choice kan...
 
so member aku ni pon pilih lah satu hotel ni.. 
ala ala banglo...tepi laut..mmg rasa best..
kami sampai malam.. walaupon banglo, tp ekceli dia byk bilik dan banglo ni xda pintu pon..open space je..(harap2 dpt aa korg bygkan)..
member aku ni wpon lelaki.. dia sgt baik, kami amek dua bilik (of coz lah kan..). 
dia bagi bilik yang ada tv kt aku..
bilik dia lak kt sebelah je.. tp xda bilik..
 
masa mula2 baring2 kat katil tu aku dh tercium bau hapak katil dan bantal..
seolah olah lama giler x bertukar.. tp nmpk still bersih.. mcm bau lembab gtu...(pas kejadian tu,aku rasa bilik tu dh lama org x msuk)..
aku tidur dlm jam 3 pagi gtu lpas sembang2 dgn membe tu. 
malam tu mmg susah tidur...aku bukak lampu toilet je masa tu. 
ntah mcm mana..terlelap jugak. 
tp dlm mamai2 tu, terasa mcm org duduk kt katil tu...katil tu besar...ala ala 2 beded. 
terasa katil tu berenjut sket..sbb bebanan bdn gtu..then aku terjaga tp xda apa..
time tu pon xda la rasa takot sbb dlm keadaan mamai kan.
 
tp time dh btul nyenyak tu, tetiba terasa ada org henjut katil seolah olah suruh bgun. 
aku bukak mata...rupa2nya...hujung katil aku bahagian kaki tu dh terangkat tinggi...
dan 'dia'henjut2 katil tu byk kali.
leh terasa kaki aku kejap naik, kejap turun ikut pergerakan tilam yg dijulang tu.
mmg takot gile time, nk gerak x bole.. cuma berdoa jgn la dia pegang kaki aku.
nsib baik tdo mmg pkai stoking.
menda tu jdi dlm 2-3 min gtu.
then aku cuba qamat, suara yg kluar bunyik tersekat mcm org kene strok.. pnat struggle..
lastly aku dpt jerit Allahuakbar!! aku x mimpi sbb leh rasa muka aku gesel2 kt bantal..
angin kipas kene muka smua tu.
 
trus bgun, kol membe sebelah bilik je..
dia dgn baik hati tuka bilik dgn aku.
tp dia kene teruk gak a.. menda tu msuk dlm mimpi.. ajak dia main2 lari ke hutan. 
btw..aku x bole tido pon kt bilik dia tu..sbb still fobia ..
dia x kaco dh tp aku mcm dgr air bunyi menitik nitik tu..
mula2 slow..then jdi laju....tapp..........tapp.......tapp....tap,tap,tap,taptappppp.......
 
skian ceta aku yg pjg tp x seram sgt kot..
btw..aku bukak mata gak mula2 tu masa dia angkt tilam tu...
pastu tutup cecepat mata aku.
tp aku nmpk menda itam dh besar dan tinggi kt ujung kaki....
 
peace!!ko nk edit,edit lah peej...
 
-aries girl-

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...