30 April 2012

keletihan.

rumah masih penuh dengan saudara mara.
sampai tak cukup ruang nak tidur.
ni pun dah letih sangat ni.
tapi tengah fikir nak placing celah mana.

tadi offer all the boys tidur kat rumah aku.
takda apa lagi rumah tu.
tapi setakat nak tidur tu ada la tilam, cadar n few bantal.
bilik air ok semua.
pesan je tidur, mandi ke apa semua. then esok pagi datang balik rumah pa n ma.
breakfast ke apa semua.

ingat nak ajak Mr B tidur sini. amboih getik. hahhaha.
tapi dah ramai ni kan.
aku suruh dia balik rumah parents dia je.
sian. terpisah uols.
perasaan masih pelik-pelik.
macam tak percaya eh betul ke suami isteri ni.
kelakar.
dia pulak sepuluh kali tanya, ' kita dah jadi suami isteri ke sayang?'
hahha. pastu aku pun sepuluh kali tanya dia balik soalan yang sama.
bila kata 'ye' je. pastu masing-masing goyang kaki.
hhaha bengong gila.

aku still lupa-lupa yang dah ada suami.
sesuka hati lepak kat bilik. biar dia kata bawah la apa.
nasib dia jenis pandai bawak diri ngan saudara mara semua.
tadi pun aku naik atas kata nak mandi.
padahal dok layan zara sofea.
then turun bawah tengok dia tengah packing tapai letak dalam fridge.
sorang-sorang dok bersila depan fridge.
sebagai isteri yang tak berapa nak mithali buat masa ni.
aku jenguk-jenguk sambil buat air je.
then carikkan kipas supaya dia tak peluh.
bukan nak tolong.
again naik atas melepak. hahaha. biadap.
pastu lupa mandi. turun again jenguk dia.
dia nak air lagi. buatkan again.
baru aku mandi.
pastu lepas mandi lepak bilik.
tetiba mama naik sound aku, "eh suami kau tu kau bagi makan ke tak? kau tinggalkan dia. pergi la tengok. dia bersihkan pasir kucing. menyapu apa semua tu"
opppppssss. ada 'suami' la ok. lupaaaaaaaa. hilang ingatan kejap.
dia tu tak letih ke apa.
aku nak pitam dah. semua saudara yang ada kat rumah semua dah tertidur la apa semua.
dia elok je kemas itu ini lagi.
tak menyesal dinda kawin. hahaha.

paling nyampah.
tetiba masa dia buat kerja tu. aku jenguk.
dia cakap, 'sayang buat kan abang air. hihihihi. i cakap abang yea?'
me, "memang tak la. jangan mimpi la tiba-tiba i nak panggil u abang".
eeeekkk. geleman. tak biasa.
ish memikirkan perkataan tu pun rasa nak pengsan.

tadi before dia balik.
aku cakap esok aku pergi rumah family dia hantar barang-barang yang ada.
nak singgah tadi dah lewat.
then suruh dia bawak some baju.
tidur rumah papa n mama. rumah sendiri takda internet lagi.
kena tunggu dulu. nanti fikirkan bila betul-betul nak move out.
yang dia sepuluh kali tanya, "bila kita nak balik rumah kita sendiri?"
ish seram je ni.

p/s: ni entry 4ish am tadi. boleh tak dah type lepas tu lupa nak publish. tah apa-apa tah.




26 April 2012

Expose Mistik : Hotel B

hai...

seronok plak baca kisah mistik nie, sampai saya sendiri rasa nak share. 
mungkin xseram bagi orang lain baca tapi terkesan di hati..*chewahh*..hahaha

ni berlaku january aritu.
saya n 4 org member follow family day gi universal studio singapore..
mmg best la walaupun dah dua kali pergi sana.
kitaorg agaknye suka sangat tu yg agaknye bahana menanti kitaorg..euwww!!

cenggini, dari USS tu kitaorg mmg dah book tido kat hotel johor, sbb lg murah kan..
so kitaorg sampai je hotel B***** (kalau sebut nama mmg org tau).
hotel ni menghadap singapore.
time tu check in dah pkul 2 pagi okk!! dah penat gila !! 
saya ngan kawan saya awal2 dlm bas dah berebut nak masuk toilet bila masuk hotel nnti.
so bila jer nak masuk no bilik tu (xingat dah) xboleh check in,3 kali try masuk kad tu tp macam haram jadahh, xbolehh!! 
then kwn lg sorg ni ni hembus *bismillah* then boleh check in. binawe tul..(kawasan menuju bilik tu menyeramkan).
first masuk tu saya dah rasa seram sejuk, then masukkan kad utk hidupkan lampu..
sekali lampu satu lampu je on yang kat bilik off plak..ishh mengkarung betul!!! 
so saya jln gi bilik tu (perasan kapet tu macam basah2 lembab2) so tekan suis"ehh xhidup pun).
perasan ade mesin pegering lantai tu berfungsi dlm hati cakap, (bodoh ke, client check in, boleh pulak letak benda ni lagi). dah rasa xsedap hati,,,

so cepat2 masuk bilik air berebut ngan member, then saya masuk terus kunci pintu, pastu tgk cermin, jadi takut plak tgk muka sendri..
toleh la belakang tgk jamban duduk tu tertutup..
tp hati macam takut je, so saya bukak penutup jamban tu....(DARAH PENUH DLM MANGKUK JAMBAN TU)...terus mengigil.
bukak pintu then bisik kat member yang ckp bismillah tu ,member bukak sikit terus tutup balik then mmg mengucap.. tapi xbagitau member lain..

saya call receptionist 3 kali xangkat langsung.
saya dah cuak.. then member yg cakap bismillah tu call receptionist, then org tu angkat..
then dia cakap la (bla..bla..bla..).
pas letak org tu call lagi tanya macam2 (betul ke bilik ni yg call td, nama ape ye? betul ke no bilik nie) so jwb ye.
then call lagi, tanya soalan sama..
time tu saya dah pelik, kenapa tanya banyak kali..

so staff dia dtg, muka macam takut2, kitaorg mmg dah senyap dahh..
cakap la masalah tu, then org tu jengah je bilik air tu xmasuk pun then dtg kat kitaorg cakap..(saya mintak maaf sangat, yang sebenarnyeeeeee bilik ni mmg xboleh digunakan..) 
sayup je suara dia,...kitaorg mmg dah kaku..
so tukar bilik lain, mlm tu kitaorg berjaga2 alhamdulillah xde apa yg jadi sampai pagi (tp saya trauma ok!!)..

so bila nak balik plak... member yg baca bismillah tu dah turn dulu..tggal la kami 4 org trun lambat...
so naik lift macam biasa..dr tingkat 8 nak turn ke 1..
lift tu turun punye la laju gila (xterbayang) pastu terasa macam naik laju giler, then tgk kitaorg statik kat tingkat 8 lagi (nkpengsan).
saya terus tekan bintang *HELP.
then ade suara perempuan cakap dia nmpk kitaorg tersekat melalui cctv.
pastu bleh plak dia tanya *berapa org sebenarnye korang dlm lift nie???*...WTFFFF...
kan ke dah nmpak,,nape tanya plak??saya ckp cam tu then dia diam...\
so technican dtg kitaorg kluar naik lift lain so sampai bawah dgn muka ketakutan...
kwn tunggu kat bawah tu tanya, korg ok ke..
kitaorg diam je smpi naik basss.. 
itulah ceritanya...
x reti nk buat penamat la..HEHE

yang penting tertanya2, kenapa karpet bilik tu lembab2..
darah sape dlm mangkuk jamban tu.. bkn darah kering.. darah fressshh ok!!!.
kenapa bilik tu sebenarnye xboleh gunakan lg??.
ape yg staff tu nmpk dr cctv lift tu???..
kitaorg xtahu dan xnak tahu...hehehe..

email from Pang Kee Seng

20 April 2012

Expose Mistik : Penjuru

Ada sorang budak ni..empat beradik, and dia anak ketiga. Atas dia ada 2 orang abang yang sangat buas al-syaitoonnn perangainye..maka adik dia yang anak nombor 3 ni pun jadi brutal ala2 tomboy gituu..nama dia Ina..
Masa umor enam tahun...
Biasa la budak- budak nak membesar, aktif, petah bercakap,
Tak kenal apa itu takut.. Sampaikan katak pun boleh buat main u olsss..
Semua benda dia redah..cakap je pokok ape yang dia tak panjat (alamak, macam beruk pulak..matikla..kahh). Kalau hujan toksah cakap la, dibuatnye macam shower pulak. mujur la tak bawak sabun syampoo kat tengah2 hujan tu..
Ina budak yang berdikari, walopun umor baru enam tahun, tapi semua benda dia buat tak payah nak berteman.. Nak ke jamban tengah-tengah malam kee..nak ke dapur gelap-gelap ke..no hal..


Satu hari, Ina sefamili balik kampung arwah opah kat Kuala Kangsar. Rumah arwah opah ni cantik, classic design dia..cuma catnya dah pudar..Design tradisional rumah Perak ala2 rumah dalam cerita "Jangan Pandang Belakang". Rumah atas tiang yang bawah dia boleh park kereta. Rumah yang luas tu hanya ada dua bilik je... Masterbedroom bilik arwah opah bersebelah dengan dapur. Ntah kenapa, bilik tu jarang ada orang lain masuk kecuali arwah opah. Sepupu yang lain pun kalau balik kampung tak sebok nak jenguk2 bilik tu, padahal bilik tu tak ada pintu pun, just langsir je untuk cover.. Dan untuk ke dapur pulak ada pintu sebab malam bila nak tidur, pintu dapur tu akan ditutup, nak elak nyamuk masuk, mama kata.

Petang tu Ina meredah kampung jalan sana sini dengan abang-abang dia. Rumah takde orang pun diorang masuk.. Ni abangS punya idea la, konon nak takutkan Ina. Tapi Ina ni pedulik hape. Dia bukan tau hantu tu apa..momok tu hape.. Dia ikuttt je abangS dia masuk jalan-jalan kampung.

Malam pun menjelma....... Masing-masing dah penat. Borak-borak lebih kurang then masing-masing membuta. Ina tidur sebelah mamanye.. Tengah sedap-sedap membuta tetiba dia terjaga sebab sejukkk sangat.. Rumah kampung kan, fully papan pulak tu.. Rase macam duk bilik ber-aircond! Ina tarik selimut nak sambung tidur balik, tapi tetiba lak rase nak terkuncit.. Mengomel la budak ni sensorang sebab kena bangun ke toilet. Toilet rumah arwah opah kat bawah. Kalau nak ke toilet kena melalui dapur. Ina nak kejut mama suruh teman sebab nak turun bawah tangga dia agak curam, tapi tak sampai hati lak nak kejut mama tengah nyenyak membuta.. Last-last dia bangun sendiri berjalan menuju ke pintu dapur tu.. Kan ke bilik arwah opah tu sebelah dapur, Ina akan melalui depan bilik arwah opah.

Masa melalui pintu bilik tu, tetiba langsir yang jadi pintu bilik tu macam ditiup dengan angin, padahal mana ada kipas kat situ! Kejadah lak nak letak kipas depan pintu dapur kan? Disebabkan Ina ni blurr + mengantuk + tengah usaha nak tahan kuncit Ina jalan je macam biasa sampai laaa ke pintu dapur. Then.. Ina bukak je pintu tu....................................




direct dia TERPANDANG..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MAKHLUK SYAITONNNNIROJIM BERMATA MERAH di penjuru kanan dapur! Rambut kusut panjanggggg (read:  iklan beras faiza basmathi tu...)..

Berdesup pundi kuncit, tetiba rasa nak kuncit tu hilang serta merta! Ina tergamam sebab benda tu duk ushaaa baikkk punya. Slowmosen Ina tutup pintu tu balik, jalan cepat cepat ke tempat tidur balik..selubung dengan selimut then peluk mama..

Esok paginya, mama kejut Ina sambil bebel2.. Apehe kamu tido depan lemari ni? Dah xde koje ke, tempat lain nak dibuat tido??? Haaaa kau.. Ina sedar2 rupanya dia ada kat depan almari lama! Terkebil kebil Ina..heran! Tapi bila arwah opah pandang Ina.. Dia senyum je................



SoalJawab:

1. Spesis apekah hantu tersebut? Hantu raye kot..tapi masa kejadian bukan hari raye ye..
2. Hantu mmg tak reti sikat rambut eh? Kang kalo sikat lawa kang dah jadi macam si penjaga hensem tu pulak..kahh.. Lagi matik macam tu..
3. Seram ke kisah ni? Cousin haku cakap tak seram pun..cittt..kalo kena kat diri sendiri tau la kot.
4. Siapa Ina? Kihkih.. haku la yang 1st time nak taip pepjg gini...


Penutup? Hahahaha..... Susahhh..susahhh.. 😜

T.A.M.A.T

Sent from my iPad2


by Azrina.



12 April 2012

Expose Mistik : mistik di berjaya hills,bukit tinggi

salam..

aku xpandai nk cite.. tp aku nk share benda ni kt ko..sbb aku tgk cite mistik kt blog ko ni mmg best gak... yg lg best, ni bukan cite je aku nk bg... tp aku bg ko gamba skali..  sbnanya masa mula2 aku tgk gmba ni, aku sendiri x pecaya.. tp lepas org yg pandai tentang benda ni cnfirmkan.. ok..aku trasa mmg ni bukan org biasa.. aku nk ckp camne pn xtau la.. ko tgk n ko tafsirkan sendri.. pic ni membe aku amek kt berjaya hills, bukit tinggi, pahang... utk pengetahuan ko gak la.. masa pic ni di amek, memang member aku ni je yg ade.. cnfirm lg sahkan.. mmg xde buat edit ape2,sbb dari camera trus upload..agk2 la, klau trick kamera pn,ade ke gamba yg superimpose bole jadik cmni? nthla.. aku sendiri xtau..tp berdasarkan pd cite bdk reception kt situ.. mmg ade bilik yg keras dan x de bg sape2 pn duduk bilik tu.. tp,aku rasa aku da duduk kot sebelah bilik tu.. sbb mlm aku duk situ, ade mcm2 bunyi pelik dgr.. tgk jam,2pagi kot.. soknya,tny kt bdk tu,sape duduk kt sebelah bilik kteorg.. dia kta xde org.. bole x jawab cmtu? pastu siap tnya lagik.. kenape? adoii.. tmpat ni mmg superb cantik.. tapi...hasihh, brape byk tp daaa...
ko tgk je la peej..



- cahaya putri -

05 April 2012

Expose Mistik : 2 sender.

Minggu ni share cerita daripada 2 sender ye.
sebab cerita agak pendek. :)
selamat malam jumaat.

...............................................................................................

Salam peej & peej 's blog readers :)

Tora datang lagi dgn cerita mistik...
Kali ni rasanya mcm x berapa seram kot tapi nak jugak cite...
Ni cite psl kwn kpd abg kawan saye. (kwn saya ada abg, abg dia ada kwn... ha org ni la punya cite...)
Kalau x silap abg dia ni sekolah sume lelaki kot...
Satu hari tu kawan abg dia ni nak ter"ceber"...
tahu dok ceber tu mende? ala omputeh kate diarrhea tu...
so kwn ni pegi la toilet dah dekat2 subuh gitu dah
then sedap la memerutkan... kat tandas cangkung tu...
pastu dah beres, mamat ni takde la pusing kan tangan je la menggapai2 nak tarik flush tu.
tali flush tandas cangkung kan panjang kan...
tetibe belum sempat capai penarik tu tetibe tandas dia dah flush sendiri dah...
ok, x sedap hatinya...
dia pun bukak paip nak mensuci lagi menyucikan bahagian sullitnya...
sekali kau tahu... dah ade tangan yang tlong basuhkan kat belakang tu...
matik la dia pusing je ade tangan dari bowl tu dolllll tgk gosok vrontottttt dia huhuuhu
hitam, berbulu...
mak kau!
tp katenye lelaki kan... dia bangun, sembur air ala cart jek pastu blah...
dlm hati, nasib baik la tangan je x tunjuk muka ke hape huhuhu
nasib baik gak setakat tlg basuhkan je xde men cakar2 garuk2 kalo tak halamak berdarah lah vrontot brader huhu
tapi demam seminggu gak la mamat tu...
ok tu je cerita kali ni yang teringat waktu tgh mandi td huhuhuu
yours truly;                      
             adelle

.............................................................................................

hai peej...

sy bru lepas marathon bace cter scarry marry kt blog u...tp still x abes lg,sebab pale xleh fokus dah nk bace coz serammm sudah.

Sy nak share experience sy kt hostel mase zaman2 blaja dulu...
ade la 3/4 kali terkena bende2 scarry ni...
tp 2 jer yg plg x blh lupe sampai skarang.


1. 1st scary experience ni dlm 9 tahun lepas kot...

Ms 1st year sy dekat main campus kt uia gombak.
1st year sy duduk bilik share 4 org...bilik kitorg betul2 sebelah toilet. 
2 org room mate sy boleh kate alim jugak la...amek course islamic study,tp x igt exactly name course tu.
Ape kene mengene cter seram ni ngan 2 org budak yg sy kate alim ni?? cam gine cternya
Malam tuh sy tdo cam biase la..kitorg katil double decker...sy tdo kt katil bawah...biasenya klau bgn solat subuh sy akan set alarm kt fon.
Tp xtau kenape malam tu sy terjage dr tido,seriusss ingat ker dah subuh.
siap bangun pegi toilet amek wudhuk (ms tuh toilet xde org lgsung...& suasana time tu sunyi sepiii)
Masuk je toilet mmg dah meremang bulu roma sbb xde org...sy pulak jenis yg penakut sgtt.
Da siap masuk bilik then bru terpikir nak tgk jam...guesss what?? baru pukul 3 pagi!!!! 
Rase nak pengsan trus mase tuh sbb x pecaye org penakut mcm sy ni boleh g toilet sorg2 siap amek wudhuk kul 3 pagi....sy ape lg trus baring selimut 1 badan & tutup muka dgn bantal.
ok part ni x seram kan....
Yg seram nye...esoknya sy terjage lg tgh2 malam...then sy tgk 2 org roomate sy tuh tgh solat subuh berjemaah...yg sorg lg tgh tido.
Sy pn ok la ckp dlm hati pasni dorg siap smyg aku bgn la.
Esok pagi borak2 dgn room mate yg sy nampak smyg berjemaah tu...saje la tanye die

sy : subuh td smyg jemaah ngan 'A' ek
kwn sy : eh xde pun...org smyg sorg2 jer mcm biasa

okeyyy takpe sy nampak hantu baik sbb tgh smyg (sedapkan ati) janji x kacau aku...

minggu tu direct seminggu x blk hostel...tido umah...seb baik umah dekat.


2. 2nd scary experience ni terjadi 2 tahun lps tu...

Ade la 1 weekend tuh sy join adventure club g hiking...then trus blk umah...
x sempat mandi trus tertido
x elok kan...slalu org ckp klau lepas masuk hutan balik umah mesti mandi dulu...
nak buang kot2 mende x baik yg ikut kite
Tapi tu la..bile dah letih mane nak igt ape dah.
Esoknya sy blk hostel...kali ni dah tukar bili...duk bilik ber4 jugak tp katil 1-1 & ade compartment sendiri
Malam tuh lepas da settle sume keje..siap2 nak tido...tp mate ni susah giler nak lelap...
Puas pusing kiri pusing kanan...bace buku...kelip kelip jugak mate ni x mau tido...pastu xtau kenape mate sy kejap2 pandang kt luar tingkap
Kt luar tingkap bilik sy betul2 ada tangki air..mase tuh langsir bilik terselak cket..dat2 why nampak tangki air tu...
Katil sy mmg rapat ke tepi dinding...so, puas ngadap dinding sy pusing belah sane pulak...
Elok jer sy pusing ke arah 1 lg tu sy nampak 'org' pakai mcm jubah putih berdiri betul2 tepi katil sy
mase tuh badan dah keras...jgn harap la kan sy nak mendongak pandang ghuper 'org' tu
tgn kaki sume mcm dah kejang...ape yg sy boleh buat mase tu pejam mate rapat2
dlm hati ckp ape nak jadi pun jadi la aku xkan bukak mate ni sampai siang...
x lame lepas tuh 'org' tuh panggil name sy...'watie watie'
dalam hati ....macam mane hengkau tau name aku...uwaaaaaaaaaaa
sy pejam je mate dgn badan dah keras xleh gerak tu sampai la sy rase bende tu dah ilang...
Dlm mase sesaat je kot sy cepat2 pusingkan badan ngadap dinding sampai la tertido.

Esok pagi2 trus tanye roomate yg lain2...

sy : korang ade masuk bilik org x tgh malam td
A : xde pun...org tido dah ler 
B : xde
C : xde pun

ok confirm bukan room mate sy yg duk memanggil2 name sy malam tu...humahayyyaaiiii...camane 'die' tau name aku...uwaaaa

then as usual la...lepas kene kacau...seminggu  sy x blk hostel...hahaha..seb baik umah dlm kl jer
roommate sy marah giler sbb baikkk nyer sy cter kt diorang pastu sy x balik2 duk umah..haha

ok peej...tu je la experience sy..bg org yg lemah semangat + penakut giler macam sy ni...2 experience tuh mmg dh cukup menakopkan..huhu


Best Regards,
Azilawatie Aziz


Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...