29 March 2012

Expose Mistik : Macam-macam ada.

Salam and Hi Peej...

How are u peej? Hope everything run smoothly for u..
I nak cerita pengalaman seram, maybe tak la seseram cerita penunggu rumah tu kan tapi untuk yang terkena still meremang. 
Brrr...Cerita ada banyak, sorryla kalau boring baca :P


Cerita 1

Ceritenye, last week kitorang balik kampung kat Melaka, I, husband I, anak kecik I baru setahun 3 bulan and my maid. 
Rumah yang kitorang balik ni rumah kosong, dulu arwah nenek husband duduk rumah tu tapi sekarang nenek dah takde, takde sape la nak duduk rumah tu. 
Pakcik-pakcik ngan makcik-makcik husband masing-masing dah duduk rumah sendiri. 
Husband sempat duduk rumah tu masa kerja di Melaka sebelum dapat kerja kat KL bulan 6 tahun lepas. 
So kira-kira rumah ni dah kena tinggal 7-8 bulan la kan. 
Before this kitorang selalu jugak balik tapi lately busy sampai tak sempat nak balik.

Alkisahnya rumah ni bersambung dengan rumah belakang, ada satu pintu yang menyambungkan tapi pintu tu kitorang kunci. 
Ada family akak ni dudukla rumah belakang tu, panggil akak tu akak J la ye. 
2-3 bulan kebelakangan ni, kitorang balik kampung je dia asikla bercerita anak dia yang umur 5 tahun kene sampuk, perangai bertukar, makin keras kepala, asik demam malam-malam, siang sihat walafiat pulak. 
Pastuh asik la meracau pukul 2-3 pagi nak keluar main dekat porch, dia kata ada budak-budak duk panggil-panggil dia ajak main kat situ, mengamuk-ngamuk nak keluar. 
Eh termeremang pulak bulus i. 
Masuk hospital tak baik-baik, doktor kerja sumbat ubat je tapi malamnya demam balik, siang sihat. 
Pastu at last dia berubat tradisional. 
Dia kata dia dah berubat dengan ustaz ni, katanya saka belah suami dia nak cari waris. 
I memula tak percaya la kan, I angguk-angguk geleng-geleng jela tak tanya lebih-lebih sebab akak J ni kekadang cakap merepek jugak hehe. 
Style yang suke bersembang tak habis-habis tak kira orang nak basuh baju ke, masak ke, mandi ke.

So jumaat malam yang lepas, tibalah kami ke rumah yang dimaksudkan. 
Kami sampai pukul 10.30 malam.
Anak I tidur dalam kereta tapi masa sampai tu dia dah terjaga. 
Melasakla kan bebudak dapat tempat baru, semua ceruk dia nak explore. 
Sampaila pukul 1 pagi lebih baru dia nak tidur. 
Bila dia tidur tu I tengok dia tidur tak tenang, kejap-kejap merengek, kejap-kejap menangis, selalu tak macam tu, masa tu pukul 2 lebih pagi, I pikir budak ni nak tumbuh gigi agaknya. 
Yang maid I pulak I tengok dia tidur dekat hall depan. 
Esoknya die mengeluh panas, I pelikla nape panas pulak, betul-betul bawah kipas siling laju dia tidur. 
Dia kata dia tidur dalam bilik kecik, tak jumpa suis kipas bilik tu sebab pakai kipas berdiri. 
I tanya nape tidur dalam bilik pulak, kan kat luar berangin. Dia diam je. 
Sepanjang 2 malam tidur sana, memang anak I asikla merengek malam-malam, 1-2 jam tidur nangis. 

Esoknya I jumpa la akak J, akak J kata, malam tadi anak dia nangis-nangis kata takuttt, nampak orang hitam. 
I macam biasa la, angguk-angguk je haha no komen. 
Kang komen kang I gak yang takut, lebih baik biarkan ia seperti angin lalu. 
Hari ahad kitorang balik Shah Alam balik. 
Dah sampai Shah Alam baru maid bukak cerita, dia kata malam yang kitorang baru sampai tu memula memang dia tidur dekat hall, tapi pukul 2 pagi camtu, dia nampak sorang perempuan tengah bancuh air, kacau-kacau dengan sudu tu bagi bunyi ting-ting-ting. 
Dia dengan dua orang anak dia, dua-dua perempuan. 
Duk duduk elok je depan tv 3-3 "orang". 
Tv tu bebetul luar pintu bilik I tidur tu je. 
Maid I terjaga sebab bunyik orang kacau sudu kan, memang pastu terang-terangan dia nampak 3-3 "orang" dekat depan TV. 
Meremang..meremang. 
Agaknya "budak-budak perempuan" tu yang ajak anak akak J main malam-malam. Wallahualam. 


Actually masa baru-baru kahwin, I ngan husband duduk rumah tu sebelum I balik Shah Alam sambung belajar. Husband je tinggal Melaka pastu. 
I pulak masa tu pregnant, peel memang ngade-ngade la rasa nak lempang. Haha. 
Sikit-sikit merajuk, husband I ni kerja dia ke site sana-sini. 
I selalu kena tinggal sorang-sorang dekat rumah tu and selalu rasa diperhatikan tapi I fikir itu perasaan I je. 
And yang buat I perasan something-something dekat rumah tu is bila I ngamuk ngade-ngade dalam telefon dengan husband I suruh balik cepat kan, mesti lepas I letak telefon, ada je yang pelik-pelik. 
Gedegung sana, gedegung sini, bunyik ketuk sana, ketuk sini. 
Tetiba curtain kat pintu tu melayang macam kene tiup angin, padahal takde angin takde apa. 
Rasa macam kena warning jangan buat perangai. 
Bukan sekali dua, tapi berkali-kali sebab I tak reti insaf haha. 
Katanye hormon kan, cea alasan baik punya. 
Alhamdulillah I tak pernah jumpa lagi betul-betul, nasib maid I la, dah ternampak. 
Nauzubillahhh...Insaf-insaf.


Cerita 2

I taktau la I ni kategori blur ke apa tapi I rasa I selalu kena kacau tapi tak sedar. 
Eh kalau boleh takmau kena kacau. 
Rumah jiran I depan rumah ni banglo, and dia ada buat pondok kecik sebelah rumah dia untuk anak-anak dia main masa kecik-kecik dulu. 
Pondok tu daripada kayu, tapi sekarang dah takde. Dia dah runtuhkan. 
Ada satu hari tu I nak tutup gate rumah, masa tu malam dalam pukul 11pm. 
I ni duk tutup gate sambil mengadap pondok tu tah kenapa rasa nak tenung. 
Tiba-tiba ada satu lembaga perempuan pakai baju putih berjalan, tak macam berjalan la, kalau berjalan kita nampak badan bergerak naik turun, ni macam terseret camtu, dari rumah jiran I ke pondok sambil tersenyum kat I. 
I confuse eh apsal pergi pondok malam-malam bukannya ada lampu dalam tu, buat apa dalam gelap malam-malam, orang dewasa pulak tu. 
I tengok je tak senyum balik sebab tengah confuse sebab "Rasa jauh tapi apsal aku nampak dia senyum eh, sapa tu eh, betul ke aku nampak orang?". 
I blur-blur tapi tunggu lagi dari gate I tengok ke rumah dia and pondok tu, dan-dan benda tu patah balik. 
Kali ni I perati lagi, eh memang macam menyeret la dia jalan. Sapa tu? 
Pastu I blur-blur masuk la rumah tetiba baru terfikir, eh apa benda tu eh. 
Malam-malam buta apsal ada lembaga putih rambut panjang senyum kat aku. 
Pastu cecepat tutup pintu lari macam peej lari, *jerit lari lintang pukang sambil tangan ke atas tak tentu arah*.


Cerita 3

Masa I sekolah-sekolah dulu rumah I selalu didatangi benda pelik-pelik yang orang hantar. 
Yang paling I ingat adalah bangkai burung warna hitam tanpa kepala dicampak dekat luar hall kecik rumah I. Rumah I ada dua hall, satu hall kecik, satu hall besar sikit. 
Mak I terjumpa benda tu and ingat kucing bawak burung tu dari mana-mana. 
So mak I angkat and buang je burung tu guna plastikla lapik tapi. 
Lepas pada tu, setiap kali mak I lalu hall kecik tu, mesti mak I jadi gatal-gatal satu badan takleh tahan punya. Lepas tu dia melarat-larat sampai berhari-hari tak baik-baik, sapu la ubat paling kuat macam mana pun, memang tak baik. Kesian mak I. 
Pergi klinik, hospital merata ni tapi takleh detect kenapa jadi camtu.
At last abah I decide untuk pergi berubat cara tradisional. 
Bukan kita ni nak percaya benda-benda khurafat kan tapi mungkin ada penyakit yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. 
So abah bawak pergi jumpa orang alim, sorang ustaz ni. 
Ustaz ni kata, burung tu dah di stuffed dengan bermacam benda-benda yang miang-miang dan kotor-kotor memang dihantar ke rumah I untuk porak-perandakan rumah tangga parents I. 
Dia akan buat mak I sakit, gatal-gatal sampai kulit jadi teruk and sekaligus membuatkan hati abah I makin lama makin menjauh daripada mak I, lebih kurang macam tula tujuan dia. 
Hohoho jangan tak percaya ok, zaman moden ni ada lagi tau. 
Kali kedua burung tu dihantar, I yang jumpa, kali ni dia hantar di area dapur. kepala burung tu memang terputus tapi masih ada sekali dekat situ, kucing I duk kuis-kuis guna kaki. 
Sama jugak, burung warna hitam. Yang pasti bukan gagak. Gagak kita kenal kan. 
Kali ni sebab dah tau, abah panggil orang luar buang bangkai tu and mak or abah I tak kena sakit@ gatal-gatal. Hmmm..manusia-manusia. 
So berhati-hati ok kalau jumpa benda pelik-pelik, jangan berani-berani sangat. 


Cerita 4

Kisah dulu jugak, mak and abah ni memang selalu sangat orang hantar ilmu hitam macam-macam dulu. Sekarang alhamdulillah dah takde. 
I ikut mak and abah pergi berubat di Perak rasanya masa tu.
I duduk sebelah makcik ni, makcik M saya namakan. 
I tengokla ramai jugak yang berubat, I tengok orang tu guna ibu jari dia, seolah-olah dia buat macam pisau untuk belah belakang badan orang. 
I pelikla ye ker boleh berubat macam tu, tapi I tengok muka orang yang dia berubat tu berkerut-kerut seolah-olah tahan sakit. 
I tengok jari dia tak kene pun kat badan orang. Wallahualam la kan. 
Dah settle berubat sembang-sembang la orang-orang tua ni kan, I sekolah lagi masa tu, diam jela, mane leh menyampuk orang tua bercakap. 
I dengan makcik M duduk mengadap tingkap luar. 
Tiba-tiba, jeng jeng jeng...makcik M yang kat sebelah I ni tepuk lantai kuat macam orang menurun dengan menangis. 
Arghhh. Meloncat la I dah ni apahal pulak tetibe tepuk lantai nangis-nangis dahlah I kat sebelah dia je. 
Dia tunduk dengan tangan kat lantai menangis-nangis mengongoi-ngongoi. 
I lari la sebelah mak I. 
Tetiba orang yang berubat tu cakap, "Oh..dia dah nampak ye, tutup tingkap tu, tutup cepat". 
Seolah-olah macam dah biasa jadik. 
I taktau la apa yang dia nampak tetiba kena sampuk weh, terperanjat momoi, tak pernah-pernah nampak orang kena sampuk. 
Rilek je pakcik yang ubat kan orang tu panggil, "meh sini meh saya tengokkan". Pastu makcik tu pon berubat and dah settle saya dengar-dengarla orang-orang ni bercakap, bagitau kat parents I dengan kawan parents I ni. 
Dia kata benda tu memang biasa kacau orang-orang kat situ. 
Benda tu duduk dekat jalan nak masuk, dia duduk dekat pokok besar tinggi. 
Siang-siang pun dia ada, bulan puasa pun benda tu ada. 
So agak-agak apa dia? Cik "P" la...huhuhuhuhu!

So peej...tu jela, boring lak orang baca kang... banyak lagi pengalaman I tapi I simpan dulu la k..nanti I cerita. Semua nye kerana hasad dengki manusia, rumah I ni macam-macam jadik..huhu..Bye-bye..

-W-


......................................................................................................


n yes.
everytime baca mesti seram je.
sambil membayangkan macam mana la nanti aku dah la sorang.
so scary. 
nak adjust duduk tempat baru n all. harap ok. *gulp*


cerita pertama scary. tak suka.
dah macam cerita nicole kidman the others tu pulak.
boleh lak macam tu rumah dia.
siap bancuh air bagai. fakkkkkk.
me not loike.


yang cerita second pun tak suka.
membuatkan aku take note.
takkan ku gegedik nak buang sampai ke. lepak luar ke apa malam-malam bila dah duduk rumah baru nanti. 


part buatan orang pun tak suka.
wejud kan macam ni.
pelik betul pemikiran orang macam tu.
gila!


semakin lama aku semakin penakut. tak suka T___T


p/s : read : mostly email yang aku publish ni adalah lama. sebab ikut turn kan. so bila baca jangan ingat ni memang baru ke apa. contoh email ni dated early Feb. :)

22 March 2012

expose mistik : lepat pisang.

salam, peej
kita nak share beberapa cerita yg pernah berlaku kat kita...

cerita 1
Time ni tak kawen lagi..dok rumah makabah...
Time tu, tengah ada family problem..
So, one night, my parents bergaduh besar. 
lepas tu my mom menangis kat dapur. 
I was in my room upstair la kan, paksa diri tidur..
Suara my mom nangis tu agak kuat la, org tua2 panggil mengongoi kot?

Esok lusanya, alhamdulillah settle family problem. 
Malam tu kita tak boleh tidur so kita bukak laptop, tengok shows yang kita dah download. 
tenagh gelak2 tengok shows tu, terdengar suara my mom menangis lagi! 
Geramnyaaaaaaaaaaaa!!!!! Asyik2 gaduh! 
Time tu marah sangat so kita bukak pintu n turun bawah konon nak pergi nasihatkan my parents la. 

Oh, lupa nak bagitau, my room dekat atas, my parents room dekat ground floor, betul-betul depan tangga. 
My parents ni selalu tidur tak tutup pintu, jatuhkan langsir je..langsir tu pulak jenis ala2 kain lace tu ha.
So boleh nampak la kat dalam.

So bila turun je, sampai je kat bawah, i can see both of my parents tengah tidur. OKKKKKAY! 
Jadi siapa yang menangis kat dapur tu? 
Suara betul-betul macam my mom! 
Kita lari balik sepantas kilat naik atas balik la jawabnya. menyorok dalam selimut. 
Bila kita naik tu, bunyi terus hilang, alhamdulillah. 
Tak boleh tidur sampai pagi so pejam mata sambil berzikir je la...buat buat berani..:(

entahla apa benda tu..suka nak buat ulang tayang ala-ala astro pulak kan? huhuhu


cerita 2
cerita ni jadi time dah kawin..baru-baru ni je.
My husband ni kerja offshore. 
Every men in his family kerja off shore including his dad..
So, berbulan-bulan kat pelantar, berbulan kemudian kat rumah la kan..
One day, kebetulan both my husband and i tengah cuti, kitorg pun balik la rumah mak dia. 
Yela, lama tak jenguk kang merajuk pulak mak mentua kita tu. hehe (sebenarnya takdela lama mana pun, dua minggu sebelumnya pun ada balik)

Sampai je kat rumah tu, dah malam dah pun...lebih kurang jam 1030 gtu la..
Sampai rumah, terus tanya-tanya khabar, minum kejap dengan mak mentua, lepas tu baru masuk bilik mandi semua. 
Mak mentua pulak tak berapa sihat, baru lepas makan ubat selsema katanya, jadi dia terus masuk tidur la sebab mengantuk sangat.

Lepas tu, kita pun pergila ke dapur, tolong basuh apa yang patut, kemas dapur, dan prepare bahan untuk masak breakfast esok pagi. 
Tetiba kita dengar bunyi kat luar pulak. 

Before kita sambung cerita, kita describe sikit dulu pasal bentuk rumah ni and family husband saya ni ek? Rumah ni banglo atas tanah sendiri kat kampung. 
Kampung tak berapa nak kampung la. 
Kampung moden, hehehe..dekat bandar je sebenarnya..
pintu dapur rumah ni bukan menghadap belakang, tapi ke tepi. 
Kalau bukak pintu dapur, memang menghala ke car porch la. 
Satu lagi pintu belakang, bertentangan dengan pintu dapur ni. 
pintu kedua ni if bukak, nampak small garden mak mentua kita..
Bout my husband's family pulak. 
my husband ni anak sulung so dia ada tiga adik, salah seorangnye lelaki, Azhar. 
si Azhar ni memang ramah dengan kita. 
Dia pun kerja offshore jugak..

Kita bukak la pintu dapur, tak syak apa apa pun sebab husband ada kat ruang tamu, tengah tengok tv, sekeliling rumah pun cerah je..
Bukak bukak pintu...oh, adik ipar kita, si Azhar rupanya. 
Dia ni memang selalu keluar malam, lepak main futsal la, minum kat kedai mamak la..
Ala, biasala orang bujang, lepas je solat isya' memang dia keluar la selalunya. 
Time kita bukak pintu tu, si Azhar tengah buat apa ntah kat skuter lama kesayangan dia tu. 
Adalah tu dia nak repair kot. 

Macam biasa, kita ni tegurla dia. "Kenapa skuter kamu tu? Kamu dah makan tak? Ni tadi akak ada bawak lepat pisang mak akak yang kamu suka tu. Kalau nak, ambik dalam peti ais tu tau!" 
Suara kita takdela kuat, sebab dah tengah malam kan, adik-adik ipar pun dah tidur kat atas.

Azhar tak toleh pun kat kita. Dia cuma jawab, "ermm..." 

:( Kita pun terasa jugakla, kenapala Azhar ni sombong tetiba, selalunya bukan main riuh dia kalau nampak kita. 
Ah, takpela, maybe lepas gaduh dengan girlfriend ke apa ke kan? Biar lah! 
Eh, keluarkan la lepat pisang tu dulu! Letak dalam piring, atas kaunter kat dapur tu..
kot lepas ni Azhar nak makan, takdela kena makan yang sejuk-sejuk kan? 
Lepas tu kita pun sambungla cuci ayam...plan nya nak marinate ayam untuk lunch esok. 
Dah alang-alang kat dapur ni baik settle semua. 
Time kita sibuk dekat sink, kita rasa ada orang lalu kat belakang. 
Terdengar la suara Azhar, "Nak sikit!" 
Kita kalih ke belakang, tengok dia pergi ambil lepat pisang, and keluar balik. 

Lepas settle semua, kita pergila kat ruang tamu, bawak air milo untuk my husband. 
Time tu dia toleh, (dia duduk membelakangi dapur) and ternampak pintu terbuka. 
Dia cakapla.." Tu kenapa bukak pintu tengah-tengah malam ni? Kenapa tak tutup?"

"Oh, tu Azhar ada kat luar, godek skuter dia."

Dan dan tu jugak husband kita tengok muka kita ala-ala tergamam. 
Dia capai vase kecik kat meja tepi sofa tu and tarik tangan kita g dapur.

"Azhar tak balik la, sayang!"

@_@
jadi....siapa...oh no!

Kita dah peluk kuat-kuat lengan husband kita, sambil ulang-ulang baca dalam hati ayatul Qursi. 
Sampai je depan pintu dapur, memang takde apa pun kat luar tu. 
Husband terus tutup pintu dapur and ajak kita naik. 
Time nak naik tu, kita sempat kerling ke piring lepat pisang tu...tadi kita keluarkan lima ketul (eh ketul ke ek penjodoh bilangan lepat?hehehe ke keping? apa apa la kan?)...time tu ada tiga je...@_@ jeng jeng jeng...

Alhamdulillah takdela apa-apa dah malam tu...cuma sesekali bunyi anjing menyalak mendayu-dayu. huhuhuhu.. 

Lepas subuh, kita ke dapur la dengan adik-adik ipar kita yang perempuan. 
Kita tak cerita apa pun.. sampai je dapur tu kita terus buang lepat pisang tiga ketul yang baki dalam piring tu. Takut!

Bila cerah, husband kita dengan mak dia borak-borak kat tepi rumah, kat small garden tu la. 
Tetiba husband kita panggil.
Kita fikirkan apala...rupanya...daun pisang yang balut lepat pisang tu ha....dorang jumpa kat celah pokok! wuwuwuwuw Siapa la ye sebenarnya semalam tu, siap makan kuih pulak dia! 

Bila fikir-fikir balik, sebenarnya kita pun tak nampak rupa 'orang' tu malam tu. 
Nampak belakang je. Tapi memang macam Azhar, dengan fesyen rambut, denga bentuk badan, dengan style pakaian..so kita pandai-pandaila assume tu Azhar! wuwuwuwuw nasibla tak nampak, kan?

ok, tu aje cerita kita!
maaf if tak seram...

-minn- 

...................................................................................................................

cerita pertama if berlaku kat diri sendiri seram la.
tapi kadang-kadang memang macam tu kan.
kita rasa kita dengar something. tapi sebenarnya takda apa.
aku pernah la terdengar itu ini.
tapi sebab aku tau memang takda orang kat bawah ke apa.
so aku buat-buat tak dengar je. haha.
cara-cara nak relaxkan diri sendiri.

cerita kedua takuttttt. tak suka.
hamagad.
masa baca ni aku terbayang kampung aku je.
i mean kalau tengah malam sesaja nak bukak pintu dapur memang tak la.
scary kot. awak relax je bukak siap sembang bagai. pitam.
tapi ye la kan. ingat adik ipar kan.
ishhhh tak sukaaaaaa. siap makannnn kuih orang.
n yes kalau aku pun, memang aku buang kuih tu. takut gila kot.

orang kata benda-benda ni memang takleh pandang kita direct.
sebab tu selalu akan nampak daripada tepi or belakang.
sebab katanya dorang takleh pandang kita sebab kat dahi kita ada khalimah Allah. 
Wallahualam.
sebab tu awak nampak pun daripada belakang je.
memang misteri kan. siapakah malam itu. scaryyyyyy.

seminggu dua ni gila excited nak pindah rumah.
sikit-sikit aku shopping.
baca je expose mistik terus seram uols.
gulp.

p/s : ok tajuk tu aku yang bagi. tah apa-apa lepat pisang yang aku tulis. hahaha. aku tak tau nak bagi tajuk apa la. matiklah lepas ni semua saspen nak makan lepat pisang. ;p

15 March 2012

Expose Mistik : Sekolah Menengah _____ ______ Kajang.

Hai peej.

Smlm baca expose mistik pasal penunggu kuarters kat penang tu.
ni aku nk ceta psl kejadian masa aku kat sekolah dulu.
Eh dulu tu mcm 16 tahun yg dulu laa waktu aku form 1.
Masa tu aku comel n kecik lagi.
Baru umur 13 tahun.between aku sama umo dgn ko tau peej.
Lahir pon bulan 3.hahah motip nak sama dgn ko???? Nak bajet blogger fofular jugak kah? Hikhikhik
Aku dulu skolah asrama. Bapak aku pon tentera jgk, tapi aku tak phm kenapa aku x masuk mrsm.
hehehe.aku masuk sekolah asrama.
Mungkin mak aku target aku join program ustazah pilihan kot.
Tp takpelah…aku x cukup sifat mahmudah nk jd peserta program tu.
tapi kalau af ke, moneydrop ke..bolos saja dinding itu, aku akan berminatlah.
Hah..ngarut intro aku.panjang sgt…ok ceta dia cm gini.


Ceta 1:
Tahun 1996 aku masuk sekolah asrama.
Sekolah tu terletak kat kajang.
Dekat dgn sekolah aku ade kubur.
kalau dr dorm tu, mmg boleh Nampak la kubur tu,tapi tak pelah.
Ade satu malam tu aku pegi prep.
Prep mmg wajib.
Masa form 1 aku mmg baik. Tak reti nak ponteng prep.
bkn tak reti, tp biasalah, form one kan..malu2 kucing lagi nk wat jahat.

Aku prep kat kelas bawah.
Org gi koperasi (koop) or g kantin mmg akan lalu dpn kelas prep aku.
Even nk blk hostel pon lalu dpn kelas prep aku tu.
then tgh kitorg mentelaah tu.. tiba2 dgr ade suara pompuan menjerit…arghhhhhhhh….arghhh…
kuat gila..ni tahap melolong dh ni aku pk.
Pastu dgr org lari2…tetiba ade sorg akk senior ni masuk kelas prep aku.
Meja aku prep aku dh la belakang skali…and kat tgh2 bawah kipas. Supaya aku senang nk membelai pelupuk mata, tu yg aku pilih port bwh kipas tu.
so akk senior ni masuk kelas kitorg bawak pisau.
Pisau tu x la panjang sgt.

Aku dok seblah member aku iza…iza ni budak pandai.
Aku ske dok seblah dia sbb dia klu studi ske bace kuat2..
mcm bercakap pd diri sendiri laa..so senang la kerja aku.
Aku x payah baca buku..aku dgr je dia baca…sampai aku terlelap dlm kelas prep..heheh…
so masa akk tu masuk kelas prep aku, mata dia merah weyy…
kitorg kan kanak2 ribena, mcm x tau nk buat apa laa..
yg aku lak dh terpaku sbb dia btol2 berdiri belakang kerusi aku..
pastu dia pegang pisau tu mcm nk kelar pergelangan tangan dia…masa tu dia still jerit2 lagi.

Dlm kelas prep aku ni ade sorg budak..nama dia rin.
Rin ni tetiba mcm menangis yg kuat gila nak mampos…
pastu ade 2 org senior lelaki n few akk2 senior lain yg masuk kelas kitorg..pastu g rentap akk yg pgg pisau tu,…pastu budak laki tu tarik dia g umah warden.
then kitorg dpt arahan utk balik asrama.
N balik asrama kna jln beramai2…maka berduyun2 lah kami gerak blk ke aspuri.
Ok aku pgl asprama pompuan aspuri (asrama Puteri)..klu aspura (asrama putera)..cm nama org je kannnnn…

Smp je aspuri, ade akk senior yg bwk kitorg suh kitorg masuk surau.
So kat surau tu kitorg baca yasin beramai2…
ok masa ni scary..aku lah yg rase scary tu..
sbb tgh2 baca yasin ni, tetiba budak rin menjerit2…nangis2..mata merah2..
pastu ade la few girls yg nangis sbb ketakutan…
tp aku pasti rin tu nangis cos she saw something.
Ade senior ni bawak rin naik g dorm.
While the rest of us continue to recite yasin..dlm kul 10 lebih cm tu kitorg pon disuruh naik dorm.
Aku dulu dorm tingkat 3. atas skali laaa..seblah dorm aku tu bilik stor.
So naik la dorm…eh rerupanya diorg bwk rin tu naik dorm aku yea..
bukan dorm dia..dorm dia seblah je dorm aku..tp akk angkat dia satu dorm ngn aku..damnnn..
aku dh ketaq lutut dh masa tu…
naik je dorm, ketua dorm suh kitorg baca alma’thurat. Ni utk pagar dorm plak.
Btw, ma’thurat ni mmg akan membuatkan benda2 tu takut ngn kita.
Ade ustaz tu pnh ckp..kalau kita baca ma’thurat ni, as if macam pendinding diri dr segala benda halus dan kejahatan makhluk tuhan.
So kitorg pon baca la ma’thurat smp 7 round.
Klu normal nights kitorg baca seround je.
Aku smp dh terkulat2 mata nak habiskan bacaan.
sambil kitorg baca tu kan.. budak rin tu tetiba je ketawa kuat2..dh mcm mengilai pon ada..
dia dok kat katil akk angkt dia kat sudut dorm tu.
ade 3 org senior kwn akk angkt dia tlg teman dia kt katil smbil pgg kaki n tgn dia.
smbl kitorg meneruskan bacaan tu, dia dia menjerit..

“diam..diam..aku kata berhenti bacalah…aku panas niiiiiii…arghhhhh” mata dia merah menyala..
lepas tu dia mcm menggelupur smcm je.
kaki dia tendang2 papan katil atas.
Katil asrama aku dabel decker.. so klu sapa dok katil bawah tu best la.. sbb bila nk tidur gelap, ade papan yg lapik katil atas tu kannnn…
pastu ade besi yg melintang kat tgh papan tu…
dulu aku sll selit surat cinta bf bg kt celah besi tuu…
sblm nk tido baca dulu surat tu…hihihi…eh nyimpang lak.
Ok then dia tendang2 besi tu smbil meronta2 sbb tgn n bdn dia kna pgg dgn akk2 senior tu.
lps tu cm ne ntah dia boleh terbangun dr katil..dia tunjuk tepat kearah katil aku…
katil aku lak kat hujung sekali seblah tmpt iron n public locker..pastu dia ckp..

“dia kat situ…dia kat situ”,,sambil tunjuk kat katil aku.
Damnnnn..pastu terus dia duduk terjelepok smbl nangis mengongoi2…
habis je baca ma’thurat tu…aku terus salin baju n cecepat naik katil tido.
sbb aku takmo jd org last tdo..tp ntah camane cibai nye..mata aku x leh lelap.
Aku pon berzikir la..sebut nama allah bnyk2..baca ayat kursi segala bagai.Between..katil aku adelah katil atas.maklumlaa..bebudak form 1 mana layak nk pilih2 katil..katil bwh semua dh full.
So katil atas pon atas lah.
Aku cuba lelapkan mata.member seblah aku, dot tu dh kroh2 dah..bukan dotdot ko tau peej.
Kitorg mmg pgl dia dot. Aku pon pgl laa..”dot…dot…ko tgh tdo ke?’ bongok kan..sah2 laa dia klu dia tgh tido dia xleh jwb kannn..
so memandangkan dot tgh tdo..maka dia pon tak menjawablah pertanyaan aku.

Ok dkt kepala katil aku ni..adelah tingkat.tingkatp tu ngadap jalan. Kire bhgian blkg aspuri laa..
aku klu tdo..mmg aku terbalikkan bhg kaki kat kepala.
Sbb aku takut klu kepala aku seblah tingkap, aku dgr bunyi mcm2.
Lg pon petua akk2 senior tu, klu nk elak kena kaco, ms tdo kat katil, slh sorg kena nyongsang kedudukan. Kire klu org bwh katil ko kepala kt arh utara, ko kna letak kaki ke utara.
Aku pon tak phm ape significant nye. tp aku wat je la…
so kat ujung kaki aku adelah tingkap. Atas tingkap adelah kipas dinding. Between kipas dinding tu mmg rosak yerrr…tp aku tak prsn bila mlm tu kipas tu bergerak…
yg aku prsn, aku tgh bace ayat kursi smbl mata tutup rapat..pastu aku rase sejuk nye ujung kaki aku.
So aku betul2 kan selimut aku. Sbb aku rase selimut aku cam terbang2 gitu. Sambil betulkan selimut tu, aku still tutup mata, mulut tak henti2 baca ayat kursi..then aku terpk..mana dtg angin smp selimut aku terbang2? Tingkap tutup..kipas rosak. Kipas tu mmg tak penah bukak sbb rosak. So aku pon bukak mata…elok aku bukak mata..aku tgk kipas tu berjalan ko!!!!!!
Pastu terus aku tutup mata..selibung muka semua dgn selimut.
Tp pastu aku dgr plak bunyik ktuk..ktuk..ktuk..dr arah kipas tu..macam ko tau tak kipas dinding/kipas berdiri yg tgh berpusing kiri kanan tu, tapi takleh berpusing sbb tersekat dgn objek. bongok gilaa..
aku dh la penakut..aku dgr bunyi tu aku tak pk panjang dh..
aku bgn n terus lompat atas katil dot smbl goncang badan dia kuat2 suh dia bgn.
Pastu dot terjaga.aku ckp aku nk tdo ngn dia.pastu cibai je dia mrh aku pastu tdo blk.
Aku tak pedulik, aku himpit gk seblah dia.
then aku continue bc ayat kursi smp la aku tertido.
Esok nye tu aku ceta kat akk senior yg dok bawah katil aku tu.
dia ckp mlm tu dia nmpk aku turun dr katil n g iron baju. Tapi dia nmpk x jelas sgt sbb dia tgh tdo n terjaga masa aku turun dr katil tu.
tp yg pastinya, dia pon nmpk kipas yg rosak tu terpasang okk!!!!
Pastu aku cvkp kat dia, aku x turun katil lgsg..Cuma aku lompat g katil dot je.
pastu dia tny, habis sapa yg dia nmpk turun dr katil aku g iron baju tgh2 mlm tu?


Ceta 2:
Masa aku form 2, aku sedorm ngn rin tu.
ade satu mlm tu, aku tgh study…lps kul 12 kan kna tutup lampu.
so kami reramai studi tgh dorm sambil bukak pintu.
so klu bukak pintu, ada cahaya dr lampu koridor dpt la kitorg baca buku.
Pastu member aku lapar.dia ajak aku teman amik air panas kat water cooler tingkt bawah.
Nak wat megi kekdahnye. So aku n rin pon teman la dia turun bawah smbl bwk Tupperware nk isi air panas.masa tgh amir air panas tu..tetiba rin ckp… “ jom naik cpt2 lps amik air pns”…
sambil tu mata dia pandang tepat kat arah satu pokok ni.
pokok tu kat ujung koridor seblah bilik warden.
Smp kat dorm je..si rin bg tau.
Dia nmpk perempuan duduk menangis bwh pokok tu…damnnn…
masa tu aku rase nk pengsan wehhhhhh..tapi upacara membaham megi tetap diteruskan.
Lps mkn megi tu..kitorg sambung stadi sikit lg before nk tdo.
Kawan aku lak..elok je aku tutup buku..dia ckp nk terkencing lak. Haish..dh kenyang megi ko pulun… nak kencing lak..bunguk toll..so kami bertiga pon ke toilet laa.

Si rin ni jln dpn. Aku jln seblah member aku.
smp depan toilet ni..rin ni masuk dulu. tp dia suh kitorg tgu luar toilet.
dia masuk smp toilet ujung.
Pastu dia patah blk ke kitorg, dia kata “ ok lah..takde apa..korg leh masuk” masa rin g inspect element dlm toilet tu, aku dh siap diskas ngn kawan aku..nk masuk toilet asing2 ke cemana…
so kami decide masuk toilet yg sama.
Tp masa kawan aku kencing, aku pandang arah lain.
Rin plk jg luar toilet. Gila penakut ko.
Pastu kitorg pon blk dorm.
Otw nk blk dorm tu..tiba2 bunyi anjing barking gonggg. .gonggggggggggggg… gonnnggggggggg…
mcm panjang gila dia menyalak..tp bukan menyalak yg annoying tu..
ni mcm sayup2 je bunyi dia…
aku dh seram dh time ni..
berdiri tegak semua bebulus aku ok.
Smp je dorm, rin cepeat tutup pintu.
Yg aku lintang pukang naik katil.
Pastu aku rs x sedap ati..aku g katil kawan aku, aku ckp aku nk tdo ngn dia.
pastu aku mmg tdo yg sebenar.
Esok tu member aku ceta smbil maki2 aku ckp aku tdo mati n biar dia takut sorg2.

Then dia ceta, dia dgr bunyi selak pintu dorm tu kna main..krekk.krek..krek…cm gitu la bunyik nye..
pastu dia pgl aku.masa tu dia pgl aku..tp aku x nyahut.
so dia tau aku dh tdo la..
pastu dia dgr ade pompuan bisik kat dia “biarlah kawan tu tdo..hik hikhik..” cibai kann..siap gelak lg.
pastu dia ceta, dia rase mcm ade rambut org yg mengurai2 atas muka dia..so dia tarik selimut tutup muka dia smbil pejam mata rapat2.
pastu benda tu kacau kaki lak.
tetiba dia rasa tapak kaki dia kna geletek..
pastu dgr org gelak2 kecil “hik hik hik…geli yerrrr” haaa babik kannn..
sib baik mase aku kna dulu tak de dgr suara.
Lps tu kawan aku baca je pape ayat quran yg terlintas smp dia tertidur.


Ok la peej. Ade je bnyk lagi kejadian mase kt sekolah tu. tp nnt bebila aku email lg…
ni pon aku berani nk email sbb aku kat opis.
Aku kan penakutttt..hikhikhik. selamat kawen2 ye peej.
klu dh kawen best.
Bile takut je, pelok laki..takot je pelok laki…bestttt…hahahaha

- salwa redzuan -
........................................................................................

since lately ramai orang hantar email expose mistik yang menakutkan.
aku dapat je terus simpan kat folder.
tak sanggup baca.
aku akan baca bila nak post je.
baca laju-laju. ;p
yeeee. tak pasal sekarang aku boleh tahan penakut. gulp.

aku baca email ni few weeks backs rasanya.
aku sorang. noy kerja.
so sambil nak auto publish entry. baca la dulu.
konon nak susun banyak-banyak la. senang. sebab aku ni asyik pelupa je.
sekali lepas baca ni terus serammmm gila ok.
takut yang tak tenteram jiwa.
tak tutup pc. terus tarik langsir.
sebab langsir suka terbukak besar. sebab lulu kan suka tengok pemandangan.
masa nak tutup tu siap berderau darah. sebab nampak cahaya merah.
rupanya jiran aku kat porch pakai lampu merah. buduh.
pastu kat cemin tu nampak berwap. aku imaginasi terlebih.
terbayang tu macam 'sesuatu' bernapas kat situ.
cibais.. tutup cepat-cepat terjun kat tilam.

then jenguk balik. boleh tak langsir terbukak balik. fakkkkkkkkkk.
sebab aku tak tutup betul kot.
time tu aku nak bangun betulkan pun takut ok. babik.
nak hilangkan takut tweet2.
tapi dunia twitter sepi lak malam tu. yikes.
so tau-tau aku tertidur ngan lampu terang benderang semua.
hoh. nasib dapat tidur ngan selamatnya.

eeekkk. serious makin lama makin menakutkan je cerita yang korang share.
tak sukaaaaaaaaaaaa.
nanti aku dah pindah tah macam mana la.
ada yang aku just copy paste. then publish. baca pun tak sanggup.
takpun sambil baca sambil peluk dotdot. eh. ;p

ok tu je.
selamat malam jumaat semua. :)

13 March 2012

baju plus size.

ramai yang menanya aku pasal baju.
sekian lama. amatlah jarang aku reply.
so ni alang-alang aku buat entry la ye.

aku jarang shopping online.
pernah few times je.
sebab aku jenis fussy.
contoh kau tengok online macam menarik.
beli. sampai kat tangan kau. tak macam yang kau expect.
so tak suka.

jadi aku memang tak kuasa nak beli.
baik pergi kedai. try n beli. puas hati kan.
before ni pergi kedai pun aku jenis tak try.
berkenan je beli. balik rumah pakai buruk bebenor rasa.
so insaf. lalu akan make sure try before beli. ;p

but anyway, if aku beli online pun.
aku beli kat sini http://jessabellapluzsizestealz.blogspot.com/
sebab aku rasa mostly baju online ni sama je kualiti dia.
atleast kat online shop ni murah la. :D

but like i said. aku jarang beli online.
if nak plus size punya baju.
kat kedai.
selalu aku try nichii, scarlet plus (jusco), total woman (isetan), dorothy perkins, flow (klcc).
scarlet ni ikut musim. bila lawa tu berderet lawa. if buruk tu tahap nak tikam diri. n best sebab murah.
total woman pun if sale murah. aku sukaaaaaaaaaaa.
lelain tu pricey sikit.

ada yang tanya asal aku tak jual baju2 yang x pakai.
buat pre love item.
aku tak suka.
1 sebab aku bukan pakai baju 1-2 kali.
aku pakai banyakkkkkkkkk kali.
so macam tak sesuai pulak nak jual balik kan.

ok ada la baju yang sekali dua je aku pakai.
tak menepati citarasa sangat.
so tak pakai pun. tapi still rasa kelakar pulak nak jual. ;p
aku pun tak tau nak buat apa ngan baju-baju tu.
almari aku sekarang boleh tahan nak membuak jugak la ngan baju.
sejak lately shopping baju je. erk.

tengok macam mana.
nanti aku pindah, mana tau i dont have a room utk baju2 tu semua.
maybe akan let go. hahaha. ok kelakar.
or maybe aku suruh papa bawak balik kampung je. kan?

so yeah. tu tempat-tempat yang aku selalu beli la.
korang pulak selalu beli mana online ni?
mana tau aku berkenan ke.
share la. jangan kedekut plisssss.

08 March 2012

expose mistik : ghost buster (bergambar).



-story 1-

masa aku tgah preknen tahun lpas. aku ni sgt la rajin tidoq dlm surau kt ofis. masa aku tgah tdoq tu, aku prasan pintu surau ada org bukak then tutup balik..dok esoknya plak, aku tidoq lagi. tapi kali ni, lpas 'si dia' bukak pintu, terus aku kena tindih. geram betoi la..dlm surau pn 'si dia' nak wat keja gak. lpas bergelut (cewah..ayt x bleh blah) 'si dia' pn lepas la aku. aku rasa mybe 'si dia' marah kot aku tidoq time keja. hahaha..

-story 2-

ni cita kt ofis lg ni..ada satu hari aku tinggal sorg kt ofis sbb suma pelatih, cikgu n staff lain suma p panjat bukit bendera. aku xleh join la sbb preknen..bagus pny dok berfb, cermin blakang bilik aku ada org ketuk. ofis aku kat tingkat 3. sapa yg nk p panjat tgkat 3, nak ketuk cermin kn..aku wat xtau ja. lpas tu aku rasa 'si dia' xpuas ati, 'si dia' p bilik cikgu (sbelah bilik aku) dia ketuk cermin kt situ plak dh...siap dgn bunyi "wuuuwuuu".  yg aku ni pn gatai sgt kn, p kaleh tengok. tp nasib baik la xnmpak apa2. pkul 11am aku turun nk beli mkn. kakak kedai mkn tu tny aku dok sorg2 ka? dia kata jgn dok sorg2..p balik. aku pn apa lg, sms bos gtau nk balik. lani aku dh mnta transfer tmpat lain dh.

-story 3-

baru-baru ni, adik aku kna 'usik' cikit la. time dlm pukul 11mlm camtu. aku dok tgok tv dgn anak2 kt tgkat bawah. adik aku turun laju2 menyahut "ya mak"..aku kata la awat yg dok x dok jwb ya mak..dia kata dia dgaq mak panggil dia. esok plak sama gak tp kali ni dia dengaq sora aku yang panggil dia. aku kata jgn main2 aih..lpas tu, mlm ke3 aku plak yg kena. aku dok start keta kt luaq, aku dengaq betoi2 sora adik aku panggil aku. aku masuk dlm umah, dia baguih punya dok tgok tv. dia kata xpanggil pn. hasben aku kata, 'si dia' nak masuk umah tp xboleh, sbb tu dia dok panggil2. mlm bila tah aku kena tindih lg..sebelom kena tindih tu, aku nmpak sorg pompuan dok berdiri ujung kepala katil aku. dia tunduk ja muka. esok tu aku gtau hasben aku (aku xgtau aku namapak pompuan tu), dia suruh rakan ghostbuster dia scan, dia sendiri yg ckp ada pompuan dlm bilik aku. hasben aku tny awat aku tak gtau nmpak pompuan tu, aku kata saja nak tengok hangpa terer ka x scan-scan ni.  hehe.. mlm tu jgak depa mai tgkap boh dalam botol. tp xsempat nk snap pic ar, depa kelam kabut sbb nk p settle budak kna histeria plak.


(kali ni cita xberapa seram sgt dh..mcm seram2 manja gitu..)


hg jgn publish lg, ttgu aku attach pic hantu yg depa tangkap kt hotel tu
bru best..

......................................................................

sori2..agak kebizian.,.ni aku dh attached dh. antu ni tgkap kt hotel *tuuut* kt batu ferringhi. ada 3 ekoq suma tp smpai la aku cuma nmpak 2 ekoq ja ;) winking

smlm kena lg..xtau psal apa, aku la ni cam bleh 'rasa2' if benda tu ada. tp boleh rasa dlm blik ja. kt tmpat lain xpulak.  

smlm lgsung xboleh tdoq. dok rsa bnda 2 ada ja dlm bilik. tp bila terlelap sat, aku mimpi benda tu ckp kt aku nk kacau aku teruk2 bila hasben aku keja shif mlm nnt (cam 'dia' tau2 plak khamis ni hasben aku start shif mlm)

sbelom tu, anak aku yg no2 bgun tgah mlm mai tdoq celah aku n hasben. esok pg hasben aku tny pasai apa mai tidoq dgn kami? dia ckp dia bangun nk mnta susu. nampak benda itam dok main laptop ujung tilam dia. dia ingt hasben aku la sbb hasben aku slalu main lptop kt situ (4 ur information, hasben aku agak gelap yer) bila p dkt dia tgok bkn hasben aku, terus dia lari mai tdoq dgn kami.

sekiaN...    hehe..xtau nk ending camna. pis B-) cool



-siti-
.......................................................................................................


yang pic tu.
yang atas tu rupa macam omputih lama pakai rambut gulung2 tu kan.
ke imaginasi aku terlebih?

01 March 2012

Expose Mistik : Semburan.


Salam kak peej, 

Saya ni memang reader akak since 2 years back kot.
And pernah nampak akak lalu kat tepi shop tempat saya keje.
Tapi segan nak tegur tengok akak laju je jalan :P
Kak noy pun saya pernah nampak.
Saya tengok je dia masa tu and perasan dia macam pelik kenapa saya tenung dia. hehehe. cantik la dia.
Ok back to the point, saya kadang-kadang ada jugak la baca expose mistik akak tu tapi biasa nya akan baca masa siang, seram je nak baca masa malam @@


Ni nak share pegalaman saya pulak. 
Benda ni jadi masa saya sekolah kat teknik area seremban.
Takyah cakap la sekolah apa kan kang tetibe takde orang nak apply masuk sekolah tu. hehe
Masa ni saya form 4, and benda ni jadi masa prep. 
Sape budak asrama tau la prep tu apa. 
Study time malam dalam after isyak sampai 10.30
Sekolah saya time ni prep dekat building sekolah, dalam asrama takde bilik prep. 
So kitorang guna block2 kat sekolah la, tak jauh langsung gap antara asrama dengan sekolah.
Prep ikut gender and form. Utk dipermudahkan, saya ada bt gmbr simple tu.
Ok, dekat block A tu, bdk2 lelaki prep. 
Block B bdk perempuan, and block C tak guna and sgt gelap.


Saya ddk dkt bahagian belakang sekali and hjg tepi tingkap.
Tepi sy block C tu la, mmg gelap gelita sgt.
So masa hari kejadian, sy x smbyg. 
Sape yg x smbyg kena pg prep awl, before maghrib mcm tu. 
Biasanya, kitorg mmg x start stdy dlu la, mmg tunggu member yang lain hbs smbyg dlu.
So kebetulan time hari kejadian, kwn saya ada bwk camera, so kitorang pun ambik2 la gmbr. 
And time tu tgh azan maghrib. Nice kan.
Then ada kwn sy ni, yg sy bt gmbr bahgian dpn tu, dia dgn geng dia la, main kejar2. 
Tapi sy bt bodo je la sbb x rapat sgt.
Ntah mcm mn, tgh syok2 kitorg ambik gmbr, tetibe bdk yg main lari2 ni, dia berdiri tegak pndg sy then tjuk kat arah sy smbil jerit2 then pengsan.
Cuak jgk laa kan, td elok je kau ketawa main lari2 sume. 
Tetibe jerit2 tjuk kt aku apsal pulak ni.
Semua kelam kabut la nk tlg bdk ni, then bla sy tnye nape dgn bdk tu, dia kate bdk tu semput. 
Fine la. teruskan prep mcm biasa.


Lepas je dia tjuk2 sy tu, sy terasa bahagian kanan sy which is yg tepi tingkap tu la. rs panas sgt. 
Then sy ckp kt kwn sy yg sy pns, then dorg kate mmg la kau ddk blakang x kena kipas.
Betul jgk kan. Then dh hbs prep sume, balik dorm and siap2 nak tdo.
Katil sy dgn katil sebelah, ada gap bsr sbb sblah sy tu ada pintu nak msk stor dorm kitorg. 
And standard la form 4 mn2 skolah mmg akan dpt katil atas, form 5 sume conquer katil bwh kan. 
So mlm kejadian tu, bila siren light off dh bny, sume kena ttp lampu and tido. 
Then sy tak fikir apa la, tp mmg rs x sedap bdn since hal kwn sy td tu. 
Tapi mls nk fikir, terus tido.
Dalam pukul 2 ke 3 pagi mcm tu, sy terjaga. 
Terjaga sebab terasa bdn sebelah kanan panass sgt. 
Mcm tgh ddk sebelah unggun api mcm tu. 
Then kaki x bole nak gerak, berat sgt mcm ada beban.
Malas nak fikir, baca-baca then tertidur jgk.


Esok nya sy bgn, muka sy start jd merah bintik2. 
Nmpk mcm muka ada ruam tapi bila pegang, bintik2 tu lgsg x rs. 
Mula2 ok lagi la, mcm muka sembam org demam panas, then time tu terfikir sy demam je la kan.
Tapi ms kat sekolah dalam pkul 10 mcm tu, 1 bdn naik merah2 and bintik2 tapi bila pegang, still org x rs bdn sy pns and x rs lgsg bintik2 tu pdahal sekali tgk mcm ruam.
Sampai la sy pg hantar attendant dkt cikgu kt blik guru, terserempak dgn pengetua, dia tahan sy then dia belek 1 bdn, dia tnya kenapa. sy ckp tatau.
Tapi sy rs pns sgt, tapi bintik2 tu x gatal. 
Terus dia suruh pakcik van sekolah htr sy pegi klinik.
Ms kt klinik, doctor tu cakap sy sihat je, bila sy cerita mcm mn boleh jadi, dia ketawa je. Pfftt!!


Bila dah balik dr klinik, bdn sy jd mkin teruk, wondering jgk apehal kan sbb takde pun rs x sedap bdn ke apa before that. 
Then time lunch, kwn sy yg pengsan mlm td tu dtg kt sy. 
then dia ckp, "aku nak bg tau kau something ni tapi kau kena kuat tau"
Time ni jantung mmg dah laju la, then dia sambung " actually, mlm td aku pengsan tu sbb aku nampak bnda tu btol2 sebelah kau, and maybe kau jd mcm ni sebab dia sembur kot"
Terus sy jerit mcm org gila, taknak dengar and taknak caye. 
Then dia hulur cermin, sy tgk diri sy mcm someone else. Dgn kembung and merah2 nya, penuh dgn bintik2. 
tkt nk tgk cermin.


Then semua ckp, maybe btol benda tu sembur. 
Sebab kebanyakkan bdk asrama sy dtg dr kwsn mcm felda and kampung, so diorang tau la benda2 ni mcm mn.
And bdk yg pengsan tu pun mata dia mmg bole nmpk benda ni. 
Since that, terus x berani nak ddk tpi tingkap tu and tak berani ddk sorg2 dlm gelap.


tatau la seram ke tak cite ni tapi masa sy type ni, meremang jugak bulu roma. Huuu.
Nanti sy cite pulak pengalaman ms kt plkn, nenek kebayan mengamuk. 

Thanks kak peej :)

- lexthary dalova-
........................................................................


macam tergantung cerita ni.
lepas tu apa jadi?
pergi berubat or tunggu je benda tu hilang sendiri?
ish scarynya if macam tu.
haiyoh macam-macam kan.
bagi mak semakin hari semakin penakut aje.
serams.


Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...