08 August 2011

Hamagadddd!!

Aku kan dah few days sakit gusi/gigi.
So makan pun x feel.
Nasi memang sikit sangat.
Sesenduk or hujung senduk je.
Bukan feeling diet.
Tapi if ambik lebih pun rugi.
Sebab nak makan sakit. Kang tak pasal buang. Membazir.
Aku tak suka buang makanan.
Rasa berdosa sangat la.
Dah la daripada zaman kecik, daripada atok n maktok sampai la ke mama.
Selalu cakap, "nanti nasik menangis".
Teringat sampai sekarang. Taknak la.

So akan makan benda-benda lembut aje.
Keras ambik jugak la. Tapi tu la, tak enjoy kan.
At the moment ni tengah rasa ok gusi ni.
Tapi if rasa pakai lidah, still ada bengkak tu. Tolong la jangan berdenyut.

So ni tengah tolong mama masak for berbuka.
Ye lah tu, banyak mengelat daripada tolong pun. ;p
Sambil tolong sambil pergi depan mengadap cermin.

Feeling "hmmm. Eh kurus jugak la kan."
Read : berangan ok!!
Then hari tu kan jumpa kak yan setelah bertahun tak jumpa. Dia kata aku dah banyak kurus. Abang saiful pun cakap.
As usual aku akan rasa tak.
Sebab orang rumah aku suka kata aku gemuk. Nak kawin tapi gemuk la apa.
Rolling eyes *ada aku kesah*
Paling kong jaq noy

Me : eh kak yan n abg saiful kata saya kurus la. Dah tak tembam.
Noy : memang tak la pijaaaa. Aku mengadap kau hari2. Berbogel sana sini. Memang tak la kau kurus. Eeeee.

Kong ajo kan. Fine.
Tapi memang la tak kurus pun. Miahahaha.
Perasan lebih.

But anyway.
Apa yang nak di bagi tau.
Tadi aku timbang la.
Katanya feeling kan.
Ni jenis timbang digital yang kira body fat bagai la apa.
So dah set tinggi, umur, jantina ke apa semua. Naik la.

Sekali timbang tu berlegar-legar kat nombor yang aku tak biasa.
Nombor pangkal depan lain la.
Aku dah macam. Eh gila ke apa ni.
Sekali dia keluar tu. Aku rasa nak melompat ok!!!!!!
Last aku timbang few weeks back.
So dengan apa yang timbang tadi. Turun 5kg ok.
Unbelievable.
Miahahahhahaha.
Gila seronok weyh. Sebab?
Last aku rasa berat aku macam ni adalah aku tingkatan 3 kot. Sumpah!
Sebab aku ingat la berat aku masa form 5. Lebih daripada ni.
Gembira terus, "everyday I'm shuffling" *running man*

Bagi tau mama.

Mama : bagus la
Me : kan
Mama : jangan nanti raya naik balik sudah.
Me : tu la. Sedap tu makanan.

Shaitttt. Terus teringat nasi impit makan ngan sambal daging, kuah kacang semua.
Tu takpa. Kalau sempat raya.
Buatnya gigi dah ok.
Bulan puasa ni hah naik balik. ;p

whatever.
Janji buat masa sekarang tengah seronok.
Everyday I'm shuffling ~ tet tet net. Tet tet net.

Ok bye.
Sent via BlackBerry from Maxis

Random di pagi isnin.

Semalam tidur awal around 12am mcm tu.
Bagi aku awal la.
Bagi korang tak kot.
Aku selalu after subuh baru reti tidur.

Terjaga around 4am.
Online kejap.
Tau x perlu masak sebab lauk berbuka banyak. Perlu panaskan je.
Nasi usually mama dah masak.
Leka. Around 4.45am baru turun.
Tengok nasik belum masak.
Terus masak.
Then nak panaskan lauk.
Tengok kuah masak lemak tumpah :/
Sebab agaknya abang aku makan. Main tutup je tudung saji even tak muat.
Tak pasal terjungkit la pinggan and tumpah.
Jadi kerja kena bersihkan. Pfffttt.

Siap panaskan lauk semua and nasi siap.
Pukul 5.20am baru start sahur.
Then settle semua.
Dah ye daripada tadi sampai la ke saat ini.
Aku elok bergolek atas tilam.
Percubaan untuk tidur masih tak berjaya.
Maybe sebab gusi sakit kot.
So berdenyut lebih tu menganggu nak tidur. Sad.

So sangap.
Hiburkan hati check timeline twitter je la.
Meriah jugak pagi-pagi ye.
Kelakar-kelakar je.
Ramai ceria je.
Tapi ada jugak yang stress sebab isnin kan.

Tadi @faiz_linda rajin snap pic hits counter. Dia kata ramai yang pagi-pagi sarapan kat blog aku.

Heheh kesian korang.
Gigih masuk tapi blog aku tak update sangat pun kan.

Then @komputerburuk mention cakap dia la salah sorang yang tengah baca.
Aku pun cakap la, gigih dia. Aku x update apa pun.
Ayat yang sama. ;p
Gila takdak modal kan.

Then dia reply. Dia cakap memang every morning sampai office dia baca. Sambil dia pumping. So mengisi masa la n leka la baca blog sambil pumping session.

Aku tak tau la aku yang blur ke. Lambat pick up ke apa.
Time baca aku terbayang.
Eh dia ni mesti ahli sukan. Tak pun cikgu sukan. Siap pumping. Bagus ni.
Then tiba-tiba aku terbayang.
Eh macam mana dia nak baca blog sambil pumping?
Ke atas, ke bawah. Susah la nak baca.
Kena letak laptop kat mana?
Lepas tu macam, wah gila hebat sambil pumping boleh baca blog.
Aku pumping sesaja tu pun mencungap.
Blur.
Nasib tak berapa lama la aku sengal and bengap.
Rupanya dia pump susu laaaaaa.
Miahahahahahaha.
Nasib cerdik.
Bayangkan kalau aku reply cakap, terelnya. U cikgu sukan ke fitness trainer?
Pitam kan.

Notabuntuit : eh betul ke tweet handle korang tu? Suka aku je letak tu. Sorry if silap. Tengah type ni macam mana pulak nak check kan.

Oh dotdot juga sweet.
Dia rajin sms wish morning manis-manis boleh kena kencing manis.
Sebelum tidur pun rajin.
Bagus. Unlike me.
Aku tak berapa nak 'manisnya kurma ini'. ;p

Ok aku pun dah tak berapa tau motif entry ni.
Mungkin perlu tidur.
Kalau boleh tidur la.
Sebelum itu kita sapu minyak cap kapak banyak-banyak kat pipi.
Berkesan la sikit-sikit. Kasi lega.

Ok tu je.
Happy monday peeps.
N selamat berpuasa day 8.
Taaa.
Sent via BlackBerry from Maxis

04 August 2011

Kasi rehat la ye

Aku ingat nak update siap link semua.
Tapi P.G ni online tak reti nak stop.
Tak dapat nak guna pc. >_<

Oh sempena bulan ramadan yang mulia ini.
Entry expose mistik stop ye.
Tak thrill la mistik time semua kena rantai kan ;p
Tapi if korang nak share still boleh hantar email kat aku ye.
Nanti abis ramadan kita start balik.

Entry menu nanti aku share jap-jap lagi aku buat.
Kalau korang nak layan mistik yang tak berapa mistik.
Sila la tengok cerita hantu susu.
Serious best. Lawak gila.
Dia gabungan hantu-hantu yang kita tengok kat astro.
Langsuir jamilah(zarina af), penanggal (amy mastura), hantu kum kum (marsha) n pontianak (erra fazira).
Semua aku pernah tengok kecuali pontianak tu.
Tapi mostly scary kan.
Tapi hantu susu ni x scary. Dia lawak la.
Paling lawak amy mastura la.
Tapi semua pun best la.
Except apek. Aku rasa lawak dia dah tah apa-apa. Buhsan.

If nak tengok boleh check out.
Malaymoviesfull.blogspot.com
Tak yah download ke apa. Terus boleh tengok je macam youtube tu.
Aku tau pun sebab che sue n izyahya bagi tau.
Syiok.
Macam-macam cerita ada. Tengok la.
Tapi serious siapa belum tengok hantu susu tu sila tengok ye.

Ok itu aje. Selamat malam jumaat. ;)
Sent via BlackBerry from Maxis

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...