13 July 2011

kenangan semalam.

wah melo drama betul tajuk kan.
susah ok nak fikir tajuk. nyampah aku.
so suka hati je la nak letak apa k.

takda la kenangan pun.
nak tunjuk semalam makan apa je.
sekian lama tak letak kan.
ye la. katanya selalu dah siap semua baru reti nak turun kan.
semalam turun tengok tak masak lagi.
mama baru balik hospital.
sekali dia kata. jom buat nasi tomato.
wah suka la kan.

sebab few days back cousin aku tepek kat fb dia.
kata mak dia. acu aku la. buat nasi tomato. makan ngan ayam masak merah.
wah nakkkkkk! sebab aku tak pernah makan acu aku ni masak.
sebab maybe time dia masak selalu aku tak pergi rumah dia.
uncle akhil buat masak lomak cili api selalu la rasa.
pastu cousin aku cakap. acu kata if nak raya datang rumah dia.
ye lah. walaupun boleh tahan lambat lagi nak raya kan.

so bila mama cakap nak buat suka la.
tapi simple-simple aje. tak buat pun ayam masak merah.
kita orang buat ayam masak karipulay and acar mentah tu je.
pun bolehhhh.

:: masak karipulay in the making ::

:: nasi tomato sedang di tanak. ::

:: nenas nak buat acar ::

:: acar mentah dah siap. eh tu kan nama dia? ::

:: ayam karipulay yang dah siap ::

eh nampak macam kari lak dalam pic ni.
tapi ni bukan kari.
n warna pun tak macam kari. dia macam oren2 sikit.

semalam masa aku tweet. ramai tanya masak apa tu?
tak pernah tau. daun karipulay tau la.
ye la tu. memang pakai daun tu.
tapi tak pakai serbuk kari. so dia bukan kari.
dulu pun aku ingat pakai kari. rupanya takda kena mengena.
so ada yang mintak resepi and all.
aku pun belum pernah masak lauk ni sendiri.
selalu arwah maktok masak dulu. then sekarang mama.
memang favourite la satu family.
sedap gila weyh.
nak berkuah boleh. nak kering pun boleh.
aku suka kuah sikit. sebab sedap.
kuah pun bukan cair. dia jenis likat tu.
serious best. ratah pun best. kalau takda roti. ratah pakai jari je. slurppp.

ok ni resepi aku amik daripada blog mama.
sila la try.

..........................................................................................

Auntie bagi resepi utk 6 orang mkn

Ayam se ekor di potong 12

Santan 2 hinggit
2 atau 3 cawan air
Bawang Besar 3 biji
Bawang Kecil 5 biji
Bawang Putih 5 biji
Halia 2 ketul sebesar ibu jari
Cili kering paste 1 kotak kecil

Semua kat atas nih di blend dan masukkan dlm kuali atau periok
Masukkan ayam tadi dan masaklah selama 10 hingga 15 minit.

Dah nampak ayam nak masak tuh buh pula bahan2 kat bawah nih.

Kunyit serbuk 1 sudu teh
Garam 1 sudu makan
1 keping assam keping
15 batang daun karipulay (boleh ambil daun nyer saja atau batang2 sekali, kalau kak nani batang2 sekali akak masukkan)

Dah nampak pekat lebih kurang 10 minit.
Semasa msk nih, harum sangat bau nyer.
Tutup api dan boleh lah mkn dgn nasi putih atau ikut suka roti pun boleh.

...........................................................................

serious senang ok.
tak sangka. sebab rasa dia terbaik.
aku ingat susah benar la.
semalam masa masak tu.
dah masukkan cili and segala bawang yang dah blend tu.
aku tanya la mama. nak bukar api ke?
mama kata jangan. aku dah pelik. ye la. tumis ke apa la kan.
sekali tengok mama masukkan santan, ayam, air semua segala. baru bukak api.
wah so easy. then kau kacau pun sikit2 je. takyah jaga sangat.
tau-tau siap je. so niceeeeeee.
serious sila try. terbaik weyh.




menu semalam.
hoih tengok ni rasa nak lagi pulak. laparrr!
oh resepi nasi tomato tu pandai-pandai la google ye.
kosser aku nak menaip.
pun senang. teruja i.

ok tu je.
selamat mencuba.
*ayat budget rancangan masakan kat tv*

15 comments:

  1. sedih.sedih dgn diri sendiri sbb aku x lunch harini. dan entry ni kuar.

    nangis.

    ReplyDelete
  2. jap. ape ke tgk entry makanan aku sedih lak ni?salah expression.

    ReplyDelete
  3. nqr - sila buat. eh kat sana ada ke bahan2?

    buyui - kau ingat aku dah makan? belum jugak ok. sebab tu aku pun terliur tengok pic sendiri. hahaha.

    ReplyDelete
  4. alamak ko pun x mkn lg?aku ni main terjah je kan ptt aku tanya ko "peeja dah makan?" . haha!jom mkn peeja. lapar!

    ReplyDelete
  5. aikkk?
    senang giler resepi mama tu!
    tak yah serbuk kari ke?
    tumis pun tak payah?

    ReplyDelete
  6. weh mcm senang la pulak tak yah tumis2..lagi sonang dr nk buek gulai segala..bagus! nt aku nk try! say tq 2 anty for the resepi..

    ReplyDelete
  7. nampak menarik. kena cuba nie. selalu balik kerja mesti pening nak masak lauk apa. balik2 masak yg sama je.

    ReplyDelete
  8. thanx tau kongsi resepi ni. selalu kat rumah masak butter prawn/ayam butter jer kalau ada daun kari. lepas ni boleh pulak try yg ni :)

    ReplyDelete
  9. homaiii... mengugat iman la ayam tu..
    esok akan segera ke kedai beli bahan2.. yummyy!

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaaa..
    Arrghh.. terliur. Mesti cuba ni!

    ReplyDelete
  11. gile kentang senang. nampak cam complicated. esok try terus. tq peej. terbaeeekkkkkkkkk.

    ReplyDelete
  12. noriz - tak payah. *guna nada kumpulan jambu*

    che sue - serious senang ok. aku pun terkejut je masa buat tu.

    yana halim - ye sila try. hopefully korang suka. lepas ni boleh jadikan salah satu menu kan.

    aniesah - ye sila try. best ok.

    enon - memang pun. kalau makan lagi nangis ok. sedapp.

    kakakdegil - ye try. best sangat.

    puan nad - senang ok. mama memang expert masakan yang nampak extravaganza tapi rupanya senang je.

    ReplyDelete
  13. chef peej,

    daun karipulay tu, daun kari ke?

    ReplyDelete
  14. nanti nak cuba masak karipulay ni nampak macam sedap pulak.

    ReplyDelete

Heyyyyaaaaaa...

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...