28 July 2011
expose mistik : pokok kemboja
Cerita ni dah lama terperuk dalam draft. Tapi tak terhantar-hantar. Skrg baru nak hantar hehehe. Nway cerita ni dah lama and pernah aku hantar kat satu website cerita-cerita hantu dulu. So sapa-sapa pernah terbaca tu, kira halallah siaran ulangan dari aku.
Masa tahun 1998 gitu (wah lama ok. 13 tahun dulu :P) aku duduk kat asrama harian. Asrama ni gabung dua sekolah harian yang femes gak ah kat seremban (nak jugak. Haha). Masa time nak SPM/STPM, semua penduduk hostel dah balik. Tinggal kitorang budak form 5 dan upper 6 je.
Nak dipendekkan cerita, kitorang semuanya digabungkan dalam satu dorm. Form 5 satu dorm, upper 6 satu dorm. Disebabkan masing-masing lain aliran, dan kebetulan pulak antara geng aku ni, aku sorang je budak sains, jadi aku terpaksalah tercongok lagi kat hostel tu. Yang lain semua dah balik. Aku tinggal satu paper je masa tu. Nasib baik ada member baik aku Mok tolong temankan.
Satu malam tu aku pegi tgk tv dengan Mok kat library. Library kat bawah, dorm kitorang tingkat 1 kat hujung belakang. Agak jauh gak lah. Tengah syok-syok tengok tv, tiba-tiba kitorang terbau bunga kemboja. Kuat pulak tu. Sepanjang aku duduk situ, tak pernah lagi bau sekuat ini. Dan-dan aku tengok Mok. Dan dan-dan tu jugak Mok ni bersuara "aaa kalau nak tumpang tengok tv, tengok je. Jangan kacau kitorang." Aku terus tengok Mok sambil membulatkan mata. "kau cakap dengan sapa?" Mok senyum je dan geleng-geleng kepala. Lepas tu dia cakap, "angin kuat kot. Sebab tu ada bau".
So agak-agak dalam pukul 12 gitu drama dah habis. Kitorang terus tutup tv dan straight naik ke dorm tak tengok kiri kanan dah. Aku nak tido bukak lampu. Tapi Mok ni boleh ada teori dia sendiri; kalau kita tak nampak dia, mesti dia tak nampak kita. So kesudahannya kitorang tidolah dalam gelap. Alhamdulillah tido nyenyak tanpa gangguan. Tapi cilakak jugak time nak tido tu ada bau bunga kemboja tu lagi dalam dorm.
Besok pagi aku bangun, makcik dining hall boleh pulak bagitau kitorang, dia datang awal pagi tadi sebelum subuh. Pastu dia ternampak ada nenek yang dah tua kerepot tengah terbongkok-bongkok kat belakang dining hall. Dia takdelah nak tegur, terus sambung masak.
Lepas makcik tu cerita, baru aku sedar satu benda. Kedudukan pokok kemboja tu belakang dining hall. Library kitorang tengok tv tu adalah 90 darjah kedudukannya dari dining hall. Jadi kalau angin tiup pun, bau bunga tu takkan sampai masuk dalam library tu.
Jadi sapa yang join kitorang tengok tv malam tu??
Lepas habis paper, petang tu jugak aku pack dan balik terus. Begitu jugak dengan Mok.
Nway hostel tu memang popular dgn cerita hantu. Nanti aku cerita lagi.
Ok bye!
- landaklaut.com -
Sent from my iPhone
23 July 2011
Now what?!
Janji nak jumpa kat the curve pukul 2pm.
Tapi pukul 1pm kak yan call cakap dia n family mertua semua nak lunch nasi kandar kat kl. So jumpa lambat sikit.
Around 2 macam tu dia call again kata jumpa area KJ pulak.
Ok je.
So aku pun bersiap semua.
Then around 3pm kak yan kata takut tak sempat.
Datang la jumpa dia kat shah alam.
Jauhnyaaaaa!!!
Tengah berkira-kira nak pergi ke tak.
Noy pun tengah siap lagi time tu.
Sekali sini hujan selebat-lebatnya.
Kak yan nak balik JB pukul 6pm.
Mesti tak dapat nak lepak lama if pergi pun.
So takpa. Ada rezeki jumpa lain kali.
Sedih je kita orang. Sebab semalam tak puas sembang.
Ingat nak sambung session hari ni.
Tapi takda rezeki pulak.
Yang aku dah siap bagai.
Sama macam noy.
Tak tau nak pergi mana.
Semua orang dah ada program :/
Tak pasal bukak lagu reggeton dok la aku n noy menari kepak-kepak.
Download lagu baru.
Tiba-tiba noy tergolek atas tilam layan mata.
Aku x tau siap buat rambut la apa.
Saja je. Dah lama tak buat sebab malas. ;p
Sekarang dah siap bagai ni nak pergi mana?
Ahahhaah gila bengong tau. Aaaaaaa.
So mengisi masa lapang kita cam whoring la ye. ;p
Ok tu je bye.
Tengah plan nak pergi mana ni.
Sent via BlackBerry from Maxis
18 July 2011
Harper Seven
Banyak-banyak nama cantik dia letak Harper Seven.
Pelik bebenor ok.
Artis hollywood ni suka bagi anak nama pelik-pelik kan.
Macam nama kedai pun ada anak dia tu.
Dulu masa gwyneth punya anak pun pelik kan. Nama anak dia apple.
Aku rasa sekarang dah ok kot.
Maybe kat US dah ramai orang nama anak apple kot.
Katanya ikutan kan.
Tapi tak pernah lagi la jumpa melayu nama anak epal ke apa kan.
Macam-macam lawak la keluar kat twitter tu.
Pasal nama Harper Seven tu.
Aku rasa melayu sesuai kot if nak ikut nama anak dia ni.
Tapi tukar-tukar la sikit kan.
Baru feeling kreatif kan.
1. Harper hal kau?
2. Tah harper harper je
3. Harper dia nya?
4. Nak Harper?
Dan sebagainya.
Hari tu ada kat twitter link nama-nama pelik anak-anak artis ni.
Tapi ni pakai bb. Tak kuasa nak mencari.
Anak artis Malaysia ada ke yang pelik terlampau.
Ada kan? Tak silap aku la.
Sent via BlackBerry from Maxis
14 July 2011
expose mistik : penumpang.
13 July 2011
kenangan semalam.
susah ok nak fikir tajuk. nyampah aku.
so suka hati je la nak letak apa k.
takda la kenangan pun.
nak tunjuk semalam makan apa je.
sekian lama tak letak kan.
ye la. katanya selalu dah siap semua baru reti nak turun kan.
semalam turun tengok tak masak lagi.
mama baru balik hospital.
sekali dia kata. jom buat nasi tomato.
wah suka la kan.
sebab few days back cousin aku tepek kat fb dia.
kata mak dia. acu aku la. buat nasi tomato. makan ngan ayam masak merah.
wah nakkkkkk! sebab aku tak pernah makan acu aku ni masak.
sebab maybe time dia masak selalu aku tak pergi rumah dia.
uncle akhil buat masak lomak cili api selalu la rasa.
pastu cousin aku cakap. acu kata if nak raya datang rumah dia.
ye lah. walaupun boleh tahan lambat lagi nak raya kan.
so bila mama cakap nak buat suka la.
tapi simple-simple aje. tak buat pun ayam masak merah.
kita orang buat ayam masak karipulay and acar mentah tu je.
pun bolehhhh.
Ayam se ekor di potong 12
Santan 2 hinggit
2 atau 3 cawan air
Bawang Besar 3 biji
Bawang Kecil 5 biji
Bawang Putih 5 biji
Halia 2 ketul sebesar ibu jari
Cili kering paste 1 kotak kecil
Semua kat atas nih di blend dan masukkan dlm kuali atau periok
Masukkan ayam tadi dan masaklah selama 10 hingga 15 minit.
Dah nampak ayam nak masak tuh buh pula bahan2 kat bawah nih.
Kunyit serbuk 1 sudu teh
Garam 1 sudu makan
1 keping assam keping
15 batang daun karipulay (boleh ambil daun nyer saja atau batang2 sekali, kalau kak nani batang2 sekali akak masukkan)
Dah nampak pekat lebih kurang 10 minit.
Semasa msk nih, harum sangat bau nyer.
Tutup api dan boleh lah mkn dgn nasi putih atau ikut suka roti pun boleh.
menu semalam.
hoih tengok ni rasa nak lagi pulak. laparrr!
oh resepi nasi tomato tu pandai-pandai la google ye.
kosser aku nak menaip.
pun senang. teruja i.
ok tu je.
selamat mencuba.
*ayat budget rancangan masakan kat tv*
10 July 2011
Orang luar pulak macam mana?
Ni memang tempat favourite lulu.
Kaseh tu kadang-kadang je sibuk.
Banyak jugak pic dia aku amik. Lain-lain position.
Lama je dia melangok kat situ.
Ni pic tadi.
Tengah bersantai kat bilik.
Tiba-tiba dengar bunyi kucing bergaduh.
Kelam kabut si kaseh and lulu.
U should see lulu's face. Dia jenis muka cuak. Hahahaha.
Then dorang kelam kabut selak langsir tengok.
Aku pun join la. Mana tau nampak kucing-kucing tu ke apa kan.
OMG! Baru la aku tau kenapa dia suka sangat lepak situ.
Tengah aku jenguk, wayar kabel electric yang setentang ngan aku tu.
Elok ada 2 ekor musang jalan macam train kat situ.
Ye area ni memang banyak musang.
And musang boleh jalan atas wayar ok.
Padahal besar. Dorang besar kucing dewasa.
Tapi dorang panjang lagi la.
Mulut muncung and ekor kembang macam persian tu.
Tu takpa. Tiba-tiba si lulu ni duduk depan pintu bilik.
Mintak aku bukak. Muka gila concern macam nak tolong kucing bergaduh tu.
Pastu aku cakap, ' x payah la lulu. Nak keluar buat apa? Nak tolong? X payah. Pergi tengok kat tingkap tu dah la'.
Tu yang dia pergi balik tu. Pic yang aku snap kat atas ni.
Cerdik dia ni.
Semua la.
If lepak bilik. Nak keluar mesti duduk kat meja tv, then pegang tombol nak keluar. Poyo.
Tapi lulu paling over. Sebab bilik ni ada selak.
So dia nak keluar sebelah tangan kat tombol, sebelah lagi tolak selak. Hahaha. Funny.
Rasa-rasa tak dapat terus pandang muka kita orang mintak simpati bukakkan.
Haaaa pasal langsir.
Selalu dia lepak terselak sikit je. So aku boleh nampak sipi-sipi la luar.
Tapi lately ni melampau pulak.
Terselak besar macam aku bukak langsir.
Aku memang takkan perasan, sebab langsir ni jenis terangkan. So amount cahaya yang masuk sama je silau.
Dah banyak kali aku tengah bogel, kemban, menari2 pakai koset je, berangan depan cermin, sekali aku tengok tengok langsir terbukak besar ok!!!!
Herghhh. Tak tau la jiran nampak ke tak.
Nate mu lulu. Eh memang nate pun.
Nate = binatang.
Jangan ingat nate de coco pulak.
Eh tu nata. Eh entah la.
Pastu tadi aku tengok dorang.
I wonder macam mana orang luar tengok kan.
Tak kisah la jiran ke, orang yang lalu lalang ke.
Mesti comel je nampak kucing semangat selak langsir sebab nak pak nam n kak nam kan.
Nasib lulu tak pandai cakap.
Kalau tak....
Lulu : eh kau tauuuu. Jiran kita tu.
Me : siapa?
Lulu : ala si bedah anak pak seman tu.
Me : haaa kenapa?
Lulu : aku tengok bercium tepi tembok.
Me : iyeeee? Ish ish ish.
Hahaha. Over.
Motif nak cium tepi tembok kan.
Kalau betul la ada.
Mesti dorang tak kisah nak cium.
Memula terkejut nampak macam jendela terselak. Ingat manusia intai.
Sekali lulu.
Ok tu je.
Sekian drama kucing saya untuk hari ini.
Eh saya? Sopannyaaa.
Ok bye.
Sent via BlackBerry from Maxis
07 July 2011
expose mistik : "penjaga" tapi bukan saka
04 July 2011
T-peej
Sebab 2-3 hari ni sibuk mengadap zara sofea je.
Pc tak sentuh langsung.
Seronok.
Sebab dia dah pandai mengagah kan.
Aku kan tak reti sangat ngan baby-baby ni.
Tapi since dia pun nak besar.
So dah tegap sikit.
Berani la dukung.
teruja ok dia tengok aku.
Ternganga. Mesti dia cakap dalam hati, 'wah bery big!'.
Pastu agah je kemain suka.
Mungkin eksperasi lebih kot.
Aku still tak tau nak bahasakan diri apa.
Noy mak uda.
P.G pak ngah.
Yang aku kejap aunt peej, kejap t-peej, kejap t-ja.
So semalam dukung dia sambil dia ngadap aku kita orang tanya.
"Nak panggil apa ni?"
"T-jaaa?" Dia termenung je nganga.
"T-peej?" Mengekek dia gelak senyum semua.
Sebut berkali-kali pun suka.
Ye la. T-peej ok.
Hiahiahhiah.
Nanti dah dah besar suruh dia panggil kak peej la.
Feeling muda selalu.
*pout*
Sat lagi dia balik dah :(
Then aku nak keluar ada few urusan.
Nanti boleh la gigih update balik.
Gambar berderet ni ;)
Ok tata.
Sent via BlackBerry from Maxis
Bila anak mengikut.
Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...
