30 June 2011

expose mistik : exorcist dan team building.

Story 1


Alkisahnye satu hari tu saya and kakak saya otw blk keje, so dah nak smp area umah tu kitorg rase mcm nak menapau makanan plak. So call la kat umah kot2 mak nak pesan apa..

A: mak, kitorang nak beli mknan, nak pesan ape2 x?
Mak: xde la, kat umah ada misteri nusantara (sempat buat lawak..huhu)
A: hah misteri nusantara? Sape2?
Mak: nanti2 la citer, ni tgh ada org ubatkan..bla bla bla..

So, kitorg pun x jadi la menapau nak tgk misteri nusantara punye pasal (kepochi sungguh)
Sampai umah tgk abg ipar kakak tgh ubatkan bdk tu. Rupanya kawan adik saya. So kitorg ni pun sibuk la tanye mak apa jadi. So camni cete dia jeng..jeng.. jeng..(ingat2 lupa sebenarnye :P)

Waktu dah nak maghrib td kawan adik dtg umah. Adik sy plak tgh on the phone so kawan dia tu pun tunggu kat depan pintu umah. Bila adik saya dah keluar umah, tiba2 badan kawan dia membongkok ke blkg mcm org buat gimnastik tu. Betul2 bentuk U mak cakap. Adik pun jerit panggil mak, diorg baringkan budak tu. Dalam panik2 nasib baik jiran sy blk so mak mntk tolong dia tgkkn kejap sbb waktu tu ada 3 org je kat umah (mak, adik bongsu, adik laki). Diorg pun angkat budak tu masuk umah, mak call abg ipar kakak sy mntk tlg tgkkan.

Waktu kitorg smp umah tu diorg tgh ubatkn baca ayat2 al-quran la. Sy yg x nmpk sbb duduk blkg mak pun beralih la ke tepi sikit nak tgk. Sekali bleh plak bdk tu tenung je saya. Cuba bayangkan dia melirik mata dia ke tepi mcm dlm cete hantu tgh tenung org tu, mcm tu la dia pandang saya. Seram btl, saye pun terus pi dok kat sebelah mak blk. Tp bdk tu wkt org ubatkan or tanye soalan2 pun dia diam je. Sekali tiba2 kaki die mengerekot (korg paham x – dia mcm kite baring kan tapak kaki kite bebas, tiba2 die kedepankan tapak kaki dia) then bdn dia naik ke atas. Mmg terangkat dari lantai umah tu, tp baru separuh badan sbb bhgn bahu adik laki sy tgh pegang.  Adik2 sy terus tekan kaki and bahu dia kuat2 x bagi naik. Waktu tu mmg rase amazing giler, kalau x tgk dpn mata mesti sy x caye. Adik sy ckp penah kwn dia jadi camni xde sape pegang badan dia, dia terangkat smp ke ceiling. Dah lepas ubat2kn tu baru dia ok, tp dia mcm x sedar la apa jadi kat dia. Cuma dia rase mcm bahu dia berat mcm ada org berpaut.

Rupanya benda tu saka bapak dia. Patut la kitorg call bapak dia, bapak dia buat bodo je x dtg tgk anak dia. Kira mcm dia nak turunkn kat anak dia kot. Tp kesian la kan, bdk kot baru form 4 pmpn plak tu. Mlm  tu xde sape kat umah bdk tu, so abg ipar kakak ckp jgn blk umah – means kena tido umah saya la tu. Adik sy dah cuak2 sbb confirm la bdk tu tido dgn dia kan. Dlm pkol 11 lebih camtu dgr mcm ada org cakar2 umah, tingkap camtu. Seram jgak tp kitorg buat bodo jela. Seminggu jugak la nak pegi mana2 kena berteman dlm umah tu.



Story 2


Waktu tu sy ada team building. Tmpt kita rahsiakn jela eh. X ramai sgt la, ada kot dlm 30 org je. So ada satu aktivity tu kitorg kena masuk hutan mcm night walking la. Tp sblm tu trainer tu nak susunkan kedudukan kitorg. So mula2 lelaki beratur dlm 1 barisan, then trainer tu tgk anak mata sorg2. Lps tu baru dia susunkan kedudukan diorg. Dah abis tu dia buat utk pmpn plak. Mula2 ada sorg akak ni kena keluar barisan, x blh masuk hutan sbb dia mcm terlebih excited nak msk. Then bila time saya blh pulak trainer tu bagi saya kedudukan 2nd last. Korg bayangkn betapa cuaknye kat blka ada sorg je. Huhu redha je dlm cuak dok kat blkg. Siap pesan kat pakcik blkg tu tlg tengokkan sama mana la tau ada apa2 kan.

Then, semua dah siap kitorg pun naik la meredah hutan. Kawasan dia mcm berbukit then ada la beberapa org trainer ikut skali. Kat blkg kitorg nasib ada sorang trainer, tp dia siap pakai sarung bungkus kepala yg Nampak mata je tu. Keadaan mmg sunyi je then kitorg ada la berenti few tempat. Waktu jalan tu saya ada terbau pisang yg masak ranum, tp dlm hati fikir mungkin bau pisang hutan kot. So diam jela jalan tp mata mmg pandang2 jgak takut la ternampak apa2.

Then sampai 1 check point ni kat tempat puncak, kira berenti rehat kejap. Trainer inform tmpt tu keras jugak sbb kdg2 ada je budak hilang kat situ. Waktu kat atas tu sy Nampak mcm 1 kwsn kat depan kitorg terang tau mcm guna lampu kalimantang putih  tu. Dlm hati pk xkan la ada org buat khemah kot kat situ, sbb mcm semak je. Tp x berani la nak tegur sbb takut sy sorg je yg Nampak. So diam jela amik group photo semua. Bila  nak turun tu kena berbaris blk ikut susunan then sebut number masing2. Bila dah siap kira smp org hujung, tiba2 trainer panggil number sy. Byk kali la jgak smp sy fikir diorg ni x dgr ke sy menyahut. Lepas tu kitorg pun teruskan perjalanan. Tp yg peliknye ada sorg trainer ni jalan je kat sblh sy siap suruh pegang torch light. Saya pun fikir maybe sbb dah nak habis kot, then sy je plak tu pmpn kat blkg.

Dah smp bawah kat tmpt berkumpul, kitorg kena beratur balik. Mcm tadi jgak, mula2 lelaki dulu then baru pmpn. Trainer tu tgk anak mata kitorg. Sekali semua org bleh beredar kecuali sy. Sy dah cuak apahal plak ni kan sy kena tinggal. Then trainer tu tanye sy ada x amik apa2 kat hutan. Of course la tak kan, nak mati amik  brg kat dlm tu. Sy pun ckp jela takde. Dia nak check pocket semua sy keluarkn la semua brg. Then trainer tu check pulak kasut sy. Mula check kasut kanan, then kiri then dia amik blk kasut kanan. Dia belek2 tapak kasut then amik something. Lps tu trainer tu ckp dah takde apa, dia dah pulangkan. Saya ada terpijak something. Sy pun mcm terkedu then ada la kwn2 sy dok dekat sy. Kitorg pun jalan jela pegi kantin tmpt org berkumpul tiba2 sy rase sebak then nangis. Trainer tu ckp it’s ok sy nangis means sy dah ok.

Then waktu kat kantin trainer tu ckp sy terpijak kemenyan org buat puja2. Patut la wkt dlm hutan sym cm terpijak benda rasa lembut sgt tp x fikir apa la kan sbb dlm hutan. Lepas tu pakcik photographer pulak bukak cerita. Dia ckp waktu kitorg nak jalan masuk hutan tu dia amik la gmbr kitorg tgh berjalan. Tp bila nak amik gmbr org blkg tiba2 camera dia jammed. Trainer tu ckp dari awal dia dah rasa something will happen.

Then pasal barisan tu plak, trainer tu ckp yg paling dapan and paling blkg dia letak lelaki yg plg kuat semangat. Then 2nd dr dpn pmpn lemah semangat, 2nd last pmpn (sy la tu) kuat semangat. Ada la aturan dia buat. Bangga jgak la kan tp cuak je nasib tak kena teruk. Then ada lg sorg trainer yg jalan blkg sekali tu ckp dia cuak jgak tgk sy masa dlm hutan tu sbb sy mcm ayu2 tp dlm hutan mata mcm melilau pandang atas kiri kanan blkg semua. Huhu sy ckp la mana la tau nampak apa2 kan, yela dah la jalan 2nd last. Sy asik pandang blkg sbb nak pastikn org kat blkg tu still ada. Buatnye tiba2 dia takde naya je.

Ok kak peej, tu je cerita sy. Ada lg yg lain tp lainkali pulak la sy share. Ni pun dah panjang berjela..
Tq

-Nissa-

..............................................................................

sorry lambat sikit tepek.
dengan blogger yang menggila hari ni.
then aku keluar sana sini.
so tak sempat.

hi nissa,
thanks for the story.
story 1 tu macam scary. sebab dah macma exorcist dah cara budak tu.
adalah keji bapak dia buat tak tau je kan.
faham kot perasan adik tu.
sebab kita orang pernah ada kejadian macam tu.
sebulan kot tidur ramai-ramai.
pergi mana-mana pun semua berteman. scary sangat.

pasal cerita nombor dua tu tak suka.
tau kot. kalau team building mesti ada benda macam tu kan.
tak suka. sangat scary la.
nasib la tak pernah terkena benda-benda macam tu.
selalu terselamat :D



23 June 2011

expose mistik : sorok-sorok

Salam Kak Peej,

Sy silent reader blog kak peej. Tapi penah la bagi komen 2-3 kali. Saya suke segmen expose mistik nie. Memang saya tak penah miss baca.
Kali nie saya nak kongsi pengalaman saya pulak. Tak tahu la seram ke tak bagi korang... Tapi bagi saya seram la sebab saya yang kena.

Benda nie dah lama. Tahun 2000 kot. Masa tu keluarga saya baru je pindah rumah baru.
Sebelum pindah tu kitorang duk kat Tanah Lot, Dungun Terengganu. Sekarang kitorang duk kat Kg. Losong, K.Terengganu.
Ala... tempat orang jual keropok lekor femes tu... Tak kenal? Takpe. Nanti gi K.Trg, pegilah kampung saya tu ye. Beli keropok lekor banyak-banyak. Sedappp...Hihihihi...

Ok, kat rumah baru nie saya ada bilik sendiri. Bilik saya memang jauh sikit dari bilik orang lain. 
** Saya ada attachkan pelan rumah saya.





Alkisahnya, saya nie suke sangat mandi waktu maghrib. Tak tahu la kenapa.

1 hari, saya pegi mandi. Waktu maghrib la..
Pas mandi, saya jalan la nak masuk bilik.
Masa tu saya tengok 2orang adik lelaki saya, Shahril dan Shazrin duk main sorok-sorok.
Saya nie pesen suke berkemban lepas mandi. Kekadang sambil berkemban tu saya duk bawah kipas. Rasa sejuk jekk.. 
Otw nak ke bilik tu, saya ada cakap kat adik-adik,

"Jangan main sorok-sorok. Nanti ader hantu sorok, baru tahu."

Pastu saya pun jalan pegi ke bilik.
Diulang, mase tu kan maghrib. Opcos la mase tu cuaca dah gelap.
Masa masuk bilik tu, saya bukak la daun pintu sebab saya nak on kan lampu bilik. *rujuk gmbar. Anak panah kat depan bilik.

Suiz tu duk kat belakang pintu.
Tengah tangan duk teraba-raba carik suiz, saya nampak 'adik' saya (Shahril) duk sembunyi kat belakang pintu bilik saya.
Kedudukan muke saya dengan muke dia lebih kurang 2 jengkal je kot. Adik saya tu sama tinggi dengan saya.
Dia senyum kat saya.
Saya pun marah-marah laaa...

"Oit, Kak Ngah dah cakap jangan main sorok-sorok waktu maghrib. Tak reti ke? Dah! Pegi keluar! Orang nak pakai baju nie!"

Masa tu tangan duk teraba-raba lagi cari suiz.

Dia senyum-senyum lagi.
Sebenarnye masa tu saya tak nampak jelas muke dia.
Yang saya nampak mata dengan mulut je.
Gelap kan mase tu.
Saya pulak duk tenung je adik.

Then, bile saya on kan lampu, automatik adik saya dah takde.
Pastu bile saya intai kat ruang tamu, tengok-tengok 2orang adik saya tu duk terbaring tengok tv.
Masa tu diorang duk tengok citer Mr. Bean.

Time tu laaa tetibe saya rasa seriau.
Kalau adik saya tengah tengok tv, habis sape yang saya tenung dan marah tadi?
Huhuhuhuhu....
Misteri sungguh..
Terus malam tu saya tido letak surah yasin kat sebelah.

Sekian...
Tenkiu kak peej sebab sudi publish citer saya yang tak seberapa nie.
Nanti ada masa saya citer kisah saya & "penjaga" saya pulak...
Adios amigos!


 Diana  


......................................................................................

wsalam diana,

tu la ramai suka segment ni.
cuma ramai yang expose mistik jugak kot. so kurang komen.
yes. tau keropok losong. mana boleh tak tau.
tak malaysian la kan.

meremang bulu roma ni baca.
akak ni imaginasi tinggi.
so bila kata nampak mata n mulut tu.
n elok tengah senyum. meremang segala2 bulu. fuhhhhh.

sebab tu orang kata kita ni kadang-kadang tak boleh mulut lepas kan.
terlepas cakap, then terus la nampak la. mengikut la.
huish Nauzubillah. :/

nanti share la lagi yea.
seronok baca kisah2 ni.

kalau sesiapa nak share pengalaman expose mistik boleh la bagi email yea.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
title : expose mistik :

tak kisah kalau ada blog ke takda ke.
tetap boleh share.
kalau korang ada blog. tapi rasa nak rahsiakan identiti. pun ok aje.
sharing is caring.
sebab mak ni penggemar cerita2 macam ni. heheh.

ok tu je.
semalam malam jumaat. :)

20 June 2011

Macam budak sekolah

Dah selamat berbuka.
Tengok tu. Dapat bubur caca weyh.
Papa belikan. So sweet.

Papa memang dah puasa daripada 1st Rejab.
Gigih betul. X pernah miss sehari pun.
Hari tu pergi wedding pun dia relax je teman.
Aku kalau pergi wedding x dapat makan nasi minyak nangis kot. ;p

Aku puasa ni 4 in 1.
Sebab bulan Rejab, ganti, diet n jimat rokok.
Heheheh boleh ke macam tu? Suka hati.
Bak kata pepetah sambil menyelam minum air ;)

Gila la puasa.
Tertekan.
Mengira jam macam budak kecik tau.
Around 6ish aku mandi.
Then online kejap
Kat pc tunjuk lagi 10 minit nak berbuka dah. 7.23pm.

Buat air. Hidang apa patut.
Nak berbuka la. Tapi belum lagi!!!!
Jam dah 7.25pm.
Bukak astro oasis still mengaji la apa.
Yang aku bising2 kata dah berbuka.
Papa kata belum.
Aku suruh bukak tv1 dia xmo.

Kat twitter ramai dah wish selamat berbuka. Uwaaaaaaa.
Lamaaaaaaa ok mengaji tu.

Papa : apa pulak. Papa tau la. Maghrib 7.27pm la. Tengok ni *bukak info solat kat oasis*
Me : 7.23pm la. Pc atas tulis macam tu.
Papa : suka hati la. Pergi la minum.

Kejiiii. Dah cakap macam tu harus la rasa reluctant je kan.

Me : berdosa tau orang yang main2 perasaan ni. Kejap 7.23, kejap 7.27. Bagi keliru. :(

Then 7.27 still x azan.

Me : argh lantak. Minum je. *mug dah tepi bibir.
Mama : eeeeehhhhh tungggguuu. Belum lagi. Lagi sikit. Mama tau iklan ni.
Me : aaaaaaaaaaaa.
Mama : kejaaaapppppppp. Aaaaaa dah ok.

Hahahahahaha. Melampau weyh.
Macam budak sekolah rendah.
Dorang pun reti behave kot.
Macam x makan setahun.

Papa : besok puasa lagi yea?
Me : haaa
Papa : bagus. Ikut papa. Puasa sampai hujung rejab, pastu sambung syaaban then dah ramadhan. Mesti kurus.
Me : ye la tu. Pastu apa? Sambung puasa 6 pulak.
Papa : ok jugak tu. Rasa kedua kita puasa.
Me : xmo la. Makanan sedap lagi time tu.
Papa : tu yang bagus tu.

Erk.
Mama x puasa today.
Sebab dia baru cabut geraham.
X baik lagi.

Tadi berbuka makan sambal tumis telur rebus.
Masak lemak cili api ayam.
Sayur kacang panjang masak jawa. Yang ada tempe, su un semua tu. Hoh sedap.

Xde la banyak makan. Sikit je.
Air la lebih.
Then bubur caca.
Pakai lak PB. Sekarang aku rasa sendat macam kena tarik nyawa.
Ceh macam tau je kan.
Tapi serius seksa nok. *pengsan*
Adakah esok maknanya berbuka jgn makan langsung? amik bau saja.
;p


Sent via BlackBerry from Maxis

19 June 2011

Terima kasih cikgu.

Aku kat terendak ni.
Buat talk pasal blogging tu.
Under I.T.

Miahahahah. Rasa kelakar pun ye.
Rasa macam cikgu lak siap ngan marker bagai. ;p

Tu siap dapat goody bag.
Paling tak tahan siap masa balik dorang cakap terima kasih kak.
Yang pompuan siap salam cium tangan. *pitam*

Nanti aku cerita detail yea.
Ni tgk sibuk kat bahagian kak zue. Accounting.
Dia dapat dewan. Ada a/c. Syiok a.
Aku dpt kelas. Kuyup weyh.
Serious x tipu.

Ok tu je. Ta-ta.
Terima kasihhhh cikgu. Hikhikhik.
Sent via BlackBerry from Maxis

16 June 2011

expose mistik :

Hai k.peej,

Sy ni one of ur silent reader,slalu nak komen ur entry tp internet kdg2 mcm musibat,so bace je la…
Hehehehe…sy nak kongsi cite tuk entry expose mistik akak tu..

Cite ni mase sy duk asrama dulu,
Mase sekolah mmg jahat giler,
Bilik disiplin tu da mcm tempat main je…
Ade la satu malam tu kitorang main laser2 dgn budak lelaki,
Laser dr asrama puteri ke asrama putera,
Around 12 am mase tu,
Tp budak lelaki jahat giler dorang pki spot lite…x aci…
Cam haramm je..

Asrama kitorang ni di pisahkan oleh dewan makan je..
Kitorang laser dr 3rd floor, bilik iron,
Kami berempat…budak laki plak xpasti bape ketul….
Since dorang gune spot lite, dorang boleh nampak kitorang bp org…


Esok nye kantoi yg kitorang yg laser2 dorang tu,sbb jumpe laser kat meja kitorang,
Xtau sape yg kantoikan kitorang,
Dorang(budak laki) tanye antara kitorang berlima sape yg rambut panjang,
Yg siap nak berlagak sikat2 rambut kat tingkap kan,
Kitorang cam pelik la,sbb kitorang berempat,
Mane plak dtg lg sorang,
Rambut panjang plak tu,
Sbb kitorang sume rambut pendek,maklumlah ala2 tomboy sket….
Ape lg cuak gak la kitorang…
Ish,meremang je bile cite ni…
Tp mmg mase malam tu angin semacam je sejuk…
Mmgla mlm sejuk kan tp lain macam angin nye…
Tp xpk ape pon sbb kitorang pk reramai,jd xdela takut sgt…

Tu je la cite nye…xtaula mistik ke x cite ni…tata

Ross

...................................................................

hi ross,

bila cerita tu macam terbayang aje.
sebab pernah dok asrama kan.
tapi memang pelik kan.
i mean kenapa 'dorang' suka nak join sekali yea?

haha. ok aku ni confident expose mistik sangat.
malam kang mau tengok midnight movie.
sebabnya noy boleh tersalah beli ticket. patut semalam.
rupanya ceritanya hari ni. bengong.
so kena pergi jap lagi.
dan adalah scary ok masa kat basement parking tu.
sunyi. T__T



13 June 2011

Marilahhhhhh kita membaca.

Mood nak blogging tak mari lah.
Dok depan pc pun takda mood.
Nak surf the net pun tak kuasa.
Pastu rasa macam, hmmm nak buat apa ni?

Tiba-tiba terasa nak baca buku.
Dah lama rasanya.
Last was 3-4 years back kot. Hahah.
Teruk betul.

So korek-korek. Jumpa la few novels.
Pilih. Then nak start baca.
The minah ni datang. Tiba-tiba je landing.

Hishhhh. Siap pakej buat muka comel.
Elok pulak lena.
Aku tarik buku ganti ngan bantal terus dia terjaga, pastu tawaf aku meow-meow. Nice.

Baru baca few pages ni.
Pastu aku selak paling belakang.
Total 800++ pages. Erk.
Berapa lama nak abis ni yea?
Kalau dulu. Concentrate habis, by 1-3 days settle.
Sekarang ni tak tau la.
Kita tunggu dan lihat.

P/s : tajuk entry sila baca ngan nada lagu prema yin lagu marilah ye. Hahha. Jangan lupa sambil nyanyi, sambil guling-guling depan fridge kat lantai dapur ye.

Sent via BlackBerry from Maxis

09 June 2011

expose mistik : kumpul-kumpul cerita.

kan pergi makan nasi daun pisang tu.
masuk la cerita pasal cerita hantu.
macam-macam ada.
so hari ni aku cerita pasal cerita-cerita dorang yea.
sementara aku still ingat.
cerita mistik yang korang email aku sambung tepek next week ye.

start cerita hantu sebab baru-baru ni noy dah tukar hotel kat jakarta dorang.
so katanya hotel baru ni tak best macam yang the last one dia duduk.
rasa macam scary la apa.
sampai dorang kata next time pergi takmo tidur sorang-sorang.
nak kongsi bilik.
lepas tu cerita pasal movie-movie hantu yang scary la apa.
terus keluar cerita semua keluar.
aku cerita satu-satu ye.

farrina ni adik dia stewardess jugak.
so far tak pernah kena apa la.
tapi biasa la kawan-kawan dah cerita la pengalaman masing-masing.

cerita 1 : crew kawan-kawan adik fa

tinggal kat satu hotel in kuching.
tengah nak tido tiba-tiba ada dua beradik berlari-lari dalam bilik dia.
dua beradik. sorang abang sorang adik perempuan.
umur kira bawah 12 years old macam tu.
ye!!! berlari-lari dalam bilik ye. bukan kat corridor ke apa.

yang crew tu dah gelabah. tapi dia buat-buat tido aje.
ye la. kau nak buat apa pun kan.
sekali tiba-tiba.

abang : eh dia boleh nampak kita la.
adik : ye ke. takda la. mana ada. *sambil check2.* takda la.
abang : ye laaa.

the crew maintain je buat-buat tido.
lepas tu dia rasa kena cubit kat pergelangan tangan dia.

adik : dia tido laaaa. takda bangun pun. dia tak nampak la.

yang pastinya esoknya dia bangun tangan dia ada bekas kena cubit tu ok. madafaka.
boleh dia tidur semua kan. kalau aku dah pack baju lariiiiiiiiiiiiiiiii.
tapi ye la kot. agaknya ngan crew-crew lain tak rapat ke apa.
takkan nak kongsi bilik ke apa kan.

cerita 2 : pengalaman fa

fa ada bela kucing dulu.
kucing dia ni memang tak boleh masuk bilik dia.
sebab sebelah katil dia ada aquarium. so kucing dia ni if masuk suka kacau ikan-ikan tu.
takut kang terbalik pulak aquarium ke apa.

then dia kata dia selalu nampak kucing dia main sendiri.
memang la kucing main sendiri kan. tapi kau boleh bezakan dia seronok main ngan binatang ke, straw ke, bola ke apa.
ni kucing macam main ngan something. macam ada imaginary fren pulak.
so satu kali tu dia tegur la, " azuki buat apa tu? main ngan siapa tu? eh dah la. jangan kacau azuki boleh tak. pergi main jauh-jauh".

then malam tu dia kata dia tido.
tiba-tiba dia rasa badan dia berat.
rasa macam ada benda atas badan dia.
then dia bukak mata. tengok azuki ni ada tengah duduk atas badan dia.
tapi kepala pandang aquarium tu.

then dia tegur la, "azukiiii. buat apa ni. macam mana boleh masuk ni?"
then dia kata azuki tu toleh pandang dia.
she swear to god muka tu bukan muka azuki ok.
kira badan kucing tapi muka lain. renung n macam senyum je kat dia.
huishhhhhhhhhhhhh. meremang2 nihhhh.

pastu dia macam struggle la. sampai la dia boleh bangun.
n guess what?
pintu bilik dia tertutup.
n yes. azuki ada kat luar.
takda kat dalam.
wtf. apakah ituuuuuu?

cerita 3 : noy kuwait

ni masa dia kat kuwait.
pasal kucing. tu masuk pasal hannan.
dia kata pernah dia nak tido tiba-tiba terkejut sebab ada burung hantu tenggek kat depan tingkap bilik dia.
semalam bertenggek situ n dok bunyi-bunyi.

tu takpa. dia kata dah la takut macam tu.
lepas tu yang hannan kat sebelah dia macam terkaku and pandang satu sudut je kat atas siling.
cibaisssssssssssssssssss. kalau aku pun takut kot.

noy kata dia siap tarik2 hannan , "nan meh tido meh. jangan la macam ni."
tapi hannan tetap la macam tu.
huish nasib tu aje. tak pernah la pelik-pelik.

then ada sekali tu lagi la.
tahun lepas kot masa dia pergi.
tido old rest house ni.
dia kata dia tido tak tutup pintu.
tapi dia membelakangi pintu.

then kul berapa pagi macam tu.
ada orang tap bahu dia, "noyyyyyyyyyyy"
dia bukak je mata terus terkejut sebab tengah berdiri hujung kepala dia.
rupanya housemate dia time tu. nadia.

noy : nadiaaaaaaaaaa. u ni. bagi i terkejut la. kenapa?
nadia : i takuttttt. dalam bilik i ada lelaki tua.
noy : hishhh. takda la. mana ada.
nadia : teman i noy.
noy : takda la. u pergi basuh kaki. baca doa apa-apa. then tido. takda apa la.

wah berani sungguh. incredible.
padahal dia kata, dah takut melampau dah.
nasib dia kata boleh tido balik semua.

cerita 4 : noy hotel

yang ni aku tak sure pernah cerita ke tak.
time kat hotel la.
dia bangun n nak siap-siap
dia dalam toilet.
tak tutup pintu.
tiba-tiba dia dengar ada bunyi macam orang selak surat khabar tu.
kemain kuat.

dia jenguk la tengok.
memang takda apa la. surat khabar pun takda kot.
so dia ke toilet balik n siap-siap.
bunyi balik ok!!!!
tapi dia kata dia buat tak tau aje.
tapi tu je la. nasib tak proceed ke apa.

cerita 5 : noy headcount

kan kalau kerja stewardess.
sebelum bergerak.
dorang kena buat headcount. cukup tak orang ke apa.

so dok la buat. kira sambil tekan benda yang numbering tu.
let say dalam system kata yang check in ada 120 orang.
sekali kira ada 121. tak sama pulak.
so kira la lagi. still 121.
suruh kawan pulak kira. pun 121.
aik pelik.

so dorang cakap kat chief. tak sama.
chief kira pun 121.
mana datang lebih ni.
so kena bagi tau capten.
cakten kata takpa. mesti ada yang tumpang tu. dah biasa.

what tha hellllll. boleh pulak macam tu.
paling mencibaikan bayangkan la aku naik kan.
pastu yang terlebih itu sebelah aku ke apa.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

cerita 6 : hida

ni kawan noy hida cerita.
pernah dia kena kat kuwait.
dia tengah sorang kat dapur basuh pinggan.
time tu winter. so macam sejuk-sejuk la kan.
sekali dia dengar suara lelaki macam garau cakap, "sejuk keeeee"

lelaki. mana nak ada kat situ kan.
paling tak tahan dia kata dah la melayu.
takkan la hantu melayu sampai ke kuwait kan.

then satu lagi dia cerita pasal kawan dia.
dia kata kawan dia ni pun stewardess.
suka video call ngan bf dia semua.
selalu report dok mana. bilik berapa.
dia akan tunjuk bilik semua. pusing keliling.
kira mengadapkan ke sekitar semua la.
then kembali kat dia la.

bf : eh jap. cuba u dongakkan sikit phone tu.
gf : dongak macam mana?
bf : ke atas sikit. tak perasan sangat tadi.
gf : haaaa dah. kenapa?
bf : i rasa u tido bilik sesiapa la. jangan dok situ. pack all ur stuff semua. kongsi bilik.
gf : kenapaaaa?
bf : just do it la. ok. please.
gf : oh ok.

bf dia x cakap apa.
tapi dia sampai je terus bf dia bagi tau.
benda tu elok berdiri belakang dia overlooking her okkkkk!!!
nak tumpang video call kot. tskkk.

eh apa lagi yea?
aku rasa banyak je cerita malam tu.
aku lupa pulak.
oh satu lagi ni cerita AA.
edan cerita kat aku dulu.
dia pun dengar daripada orang.
entah ye ke tidak entah la yea.

cerita 7 : tumpang.

konon ada minah ni balik dpd flight.
last flight la.
then nak balik la naik bas dpd lcct tu kan.
last bus.
tunggu-tunggu tetap la tak penuh bas.
dorang kan kena ikut jadual.
so pakcik bas tu kata gerak je la.
ada pompuan tu sorang aje.

dia dok depan sekali belah pintu tu.
tepi tingkap.
sibuk mengadap hp je.
then tiba-tiba dia sedar sebelah dia ada cik ponti yekkkk.
sedang duduk elok je mengadap depan je. takda la kacau dia ke apa.

terus dia angkut bag cabin bag dia.

"tumpang lalu ye"

langkah terus pergi sebelah pakcik bas tu cangkung situ.

girl : pakcikkkkk. pakcikkkk nampak tak.
pakcik : nampak. nampak. takpa. awak duduk sini. dia nak tumpang je kot. biarkan.

ye. sampai la ke kl sentral dia bertinggung situ.
benda tu pun elok dok tak kacau ke apa.
but stillllllllllllllll. motif kau nak duk sebelahhh??
kan ada banyak seat. pfffttttt.

ok sekian cerita kali ini.
cabaran betul aku nak buat entry ni.
selama ni baca cerita orang n tepek2 aje.
sendiri type baru tau.
seram dowhhh.
dah la aku sorang je ni.

kemain meremang-remang.
pastu hp aku bunyi notification pun aku terkejut n jumpy.
sambil type sambil2 aku tweet taknak bagi rasa takut sangat.
pastu tiba-tiba pulak bahu aku sakit.
aku dok picit-picit rasa lagi sengal.
pastu teringat cerita shutters tu. yang bertenggek itu.
madafaka.

dah aaaa.
ini malam aku terlebih seram lak.
aku mahu turun tenangkan hati sat.
ta-ta

selamat malam jumaat semua.

Muka kurus?

Aku selalu mms gambar kat dotdot.
Dia suka mintak. Sikit-sikit suruh mms.
Time tengah comot-comot lagi dia suka.
Aku kalau memang time tah apa-apa, dia mintak memang takkan bagi la.
Kalau tengah keluar ke apa. Kira elok sikit la, baru send ;p

Bukan apa. Pernah bagi macam-macam pic.
Mostly yang 'konon' hot la kan.
Sekali jumpa aku tengok kat wallpaper dia pic yang muka time nak tido ke apa. Pfttttt. Buruk ok.

Sekarang ni if tak bagi dia sentaps.
So lantak la. Dia mintak je bagi.
Agak horror la. Ngan mata lebam semua. Hahahhha.
Then tadi dia mintak lagi.

Him : x mms pun gambar.
Me : dah selalau bagi.
Him : hari ni punya takda.
Me : x payah la. Sama je.
Him : I nak. Bagi yea. I tunggu.
Me : ye lahhhh.
Him : u x payah la buat muka kurus yea. Buat macam biasa je.
Me : hah? Muka kurus?
Him : ala yang macam u selalu ambik tu. Takmo macam tu.
Me : ye la.

Hahahha. Muka kurus katanya.
Agaknya sebab pout tu kot. ;p
So jenuh la amik pic n pastikan muka x kurus. Hahahhaha.

Buruk habis dah aku rasa.
Sekali dia reply, ' still mcm muka kurus je'.
Whattttt???!!!!

Terus aku call balik.

Me : mana ada la. I ambik macam biasa je la.
Him : tapi macam kurus.
Me : maknanya memang kurus la. Hahahahahahaha.
Him : yeeee lahhhhh.

Hahhahah. Ada hati nak perasan.
Padahal muka besar pasu. ;p
Sebabbbbbbbbb....pic tadi pun walaupun x buat pout, harus la amik dpd angle baik punyaaaaa. Keh keh.

P/s : akan make sure teruskan amik pic 'muka kurus'. Sebab nanti selalu la dengar dia cakap macam tu and rasa kembang-kembang...walaupunnnnnnn.
Sent via BlackBerry from Maxis

03 June 2011

Rebut-rebut.

Hari tu makan mix fruit ni.
Sekali mama cakap.

Mama : korang ingat tak masa kecik-kecik mesti berebut nak makan yang warna merah tu.
Me : ingat. Tah apa-apa tah. Bukan sedap pun.
Mama : tu la berebut-rebut sampai boleh bergaduh la.

Noy yang tengah main hp time tu.
Dpd meniarap terus.

Noy : say nakkkkk. Saya nak.

Pastu rampas sudu makan laju-laju.
Dia yang perebut sebenarnya.
Kongsi la kan. Ni tak semua dia bolot.

Time kecik-kecik lagi la.
Akan letak kat mangkuk besar. Ada la 2-3 sudu.
Makan ramai-ramai.
Korek-korek tiba-tiba nampak la cherry tu.
Siap boleh lawan sudu ok.
Macam lawan pedang.
Dok tahan-tahan sudu.
Ada yang main jahat sambil sebelah tangan lawan sudu. Sebelah lagi cekur dok amik cherry tu pakai tangan. Hahahahahah.

Cea boleh gelak sekarang.
Time time tu if mama nampak or ada yg mengadu. Memang kena la ketuk tangan.

Korang adik-beradik ada x berebut macam ni?
Ke kita orang je buruk perangai.
Oh my, if cerita pasal berebut, boleh pitam ok.
If ingat aku cerita lagi.

If x berebut macam ni, makanan apa yang boleh menyebabkan gaduh sakan?
Sent via BlackBerry from Maxis

02 June 2011

expose mistik : jalan lama.

Hi Peej
 
I nak share satu cerita, jadi dlm tahun 2008 kot.

Ada kawan ajak my husband pergi dive kat Tioman during the weekend. Mula2 kitorang malas nak pergi, pikir macam penat sangat nak drive pergi Mersing-KL tu. Tapi last2 kitorang decide nak pergi jugak, padahal member2 lain dah gerak pergi Mersing lama dah. Kitorang dalam 9pm baru nak check map pergi sana mcm mana. Amik PLUS, kluar kat exit mana tah and terus gerak towards Mersing. Both of us tak pernah sampai sana and xde GPS so main ikut signboard je la. Sampai satu simpang tu, terconfius sebab batu tanda tepi jalan cakap kalo nak pergi Mersing kena jalan terus tapi signboard satu lagi cakap kena turn left. Masa tu dah dalam 1-2am, so kitorang decide pergi terus je la not knowing yang jalan tu lagi jauh compared to ikut jalan yang kena turn left tu :p 

Masa jalan tu, tetiba kabus tebal sampai wiper kena pasang laju2 nak kasi nampak jalan. Radio and phone signal sume yilek, pastu jalan sunyi sepi dari any kenderaan. Kitorang je kat situ. Dah la tak nampak kiri kanan ada ape, betul2 follow jalan buta2. Jalan pulak 2 lines je, pastu mcm berliku2 gitu. Lepas setengah jam baru ada satu dua lori lalu. Pastu senyap balik. Masa tu dah rasa nak patah balik, takut wooo kalo pe2 jadi kat kitorang confirm takde org tau mana nak cari. Dengan kabus tebal ye lagi, memang menyesal la pergi hari tu.

Nak jadi cerita, dalam duk takut2 tu tetiba lampu kereta we all tersuluh 2 org tengah lambai2 tepi jalan. Diorang berdiri sebelah satu kereta (bahagian depan kereta diorang mengadap jalan). Cara diorg lambai2 macam nak suruh kitorg berenti tulung diorang as if diorg kereta rosak tapi i tak nampak any remuk kat kereta so i assume kereta diorg bukan eksiden la. I still ingat yang i nampak tu 2 org lelaki pakai baju putih. My husband memang tak berenti la. Dah la lambat dah nak sampai Jetty Mersing, buat ye diorg tu penyamun ke pe lagi bahaya kan. 

Around 4am tu baru la sampai Jetty Mersing. Pergi Tioman 1 hari then drive balik KL terus. Masa tu siang, baru la nampak kiri kanan ada pe sebenarnya. Masa kitorang sampai simpang yang i cakap ada 2 arah to Mersing tu, i perasan yang jalan kitorang amik malam tu memang takde bahu jalan langsung. Terus hutan kiri kanan okeh. Kalo kereta rosak pun kena duduk atas jalan jugak, takde space langsung tepi2 tu nak letak kereta. Kalo kereta rosak pun takde tempat pun nak berenti, unless dia terperosok dalam hutan tu terus. Lagi satu, kalo kereta diorang betul2 rosak, mesti at least pasang lampu kecik tu kan nak kasi cerah sket, takkan la diorang nak duduk diam2 dlm gelap tu sementara tunggu bantuan. Jalan pulak kecik, mesti kereta tu mengadap ke arah hutan kan bukan ke arah jalan. Unless dia reverse kereta dia siap2 and tunggu orang lalu. 

Masalah ye, kitorang tersuluh diorang tu like 2-3 seconds je and bila i tengok side mirror memang tak nampak pe2 dah kat belakang tu. Confius gak sebab memang both of us nampak ada 2 org lambai2 sebelah satu kereta tu. Takkan dah ilang dalam kabus kot ?  Patut la lori ye yang guna jalan tu. Member2 we all sume cakap diorang guna jalan lain pergi Mersing.

Wallahualam...

anis

......................................................................................

hi anis,

hari tu ada tengok cerita senjakala.
then ada scene liyana jasmay ngan kawan dia tu blk kampung malam-malam.
dah la jalan kampung takda kereta lain semua.
pastu sambil tengok tu bebel, " bodoh tau. yang kau nak gerak malam kenapa. dah la jalan macam tu. penipu punya cerita"
hahahah. sekali tengok cerita anis ni jalan malam. so maknanya memang ada la kan.

tapi faham perasaan tu. sebab pernah terkena.
jalan yang segelap-gelapnya then susah nak nampak kereta.
nasib takda pakej kabus tebal ke apa.

tapi gila scary part kena tahan tu.
i mean memang scary la kan.
tah manusia tah tidak tu kan.
nasib tak berhenti kan.
me not loike.
nasib la aku takda kampung jauh-jauh ke apa ni.
dan kalau boleh takmo la drive2 roadtrip ke apa.
naik bas sudah. heheheh.

thanks anis. 
ok tu je.
salam malam jumaat semua :D

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...