28 April 2011

expose mistik : ......dalam botol

salam pija..sakan no p holiday..bestnya..

ingat lagi x aku ckp pasal anak aku yg boleh 'nampak' 2? 
baru2 ni dia kerap tegur ada pococng dok gayut kt tingkap umah aku.aku pn selalu gak dengar ada org dok jalan kt tingkat atas umah aku. (tingkat atas umah aku 2 kayu, biasa la umah kg) sejak aku mengandung ni aku slalu gak dengar mcm2, bkn kt umah ja kt ofis pn sama gak.

pastu ahad lepas (27.03.11) hasben aku panggil kawan2 dia. depa ni mcm ghostbuster tau..elok depa sampai ja, depa kata ada 2 'benda' tu kt umah aku. depa pn buat la keja depa. katanya umah aku ni laluan 'benda' tu (jgn lupa blakang umah aku kn kubur) depa ni org belajar silat. dok bersilat la dlm umah aku ni..pastu tgok dia mcm tarik benda dgn susah payah bwk masuk dlm botol. aku mula2 xpecaya lgsung sbb xnmpak apa2, tp bila dia bwk 'benda' 2 masuk dlm botol, aku nampak botol tu kembung. lpas tu, depa snap botol kosong tu guna henpon, dengan kuasa Allah kami nmpak ada org pompuan rambut pendek dlm botol 2.

adik aku tnya la, dah tgkap yg betina. nnt yg jantan mengamok. dia kata xyah takut. tapi, elok ja nk tdoq, tutup ja suma lampu satu umah kena kacau.aku dengar benda dok ketuk kt luar tingkap n bunyi org ketuk tong sampah. ank aku yg bleh scan tu, dok bsilat tp mata pejam. adik aku lak dengar orang dok seret sliper kt luar. kakak aku lg dasyat, dia nmpak pocong dok bdiri n senyum dpan dia kt tempat yg anak aku slalu tegur. bibik 1 kakak aku kta dia prasan ada benda tepi dia tp dia xbrani bkak mata. bibik 2 kakak aku lak kta dia dengar ada benda jatuh & org dok mandi. kakak aku no2 dengar org dok jln kt luar umah. mak n hasben aku relax ja tidor. 

esok tu, ghostbuster mai lg. dia kta sebenarnya mmg depa nk tgkap yg jantan 2 tp 'dia' lari. mlm 2 depa tgkap lg tp kali ni 2 botol besar. lepas tangkap sekor, sekor lg mai..lpas sekor, sekor lg..smpai depa 4 org pn lembik sbb letih. tp lepas mlm 2, Alhamdulillah, kami suma leh tidor dengan lena nya..

ni gambar botol yg depa tgkap 'pompuan' tu..mmg xclear tp kalu tgok dlm henfon mmg clear. try perati btol2, belakang 2 la kubur yg aku ckp. 

yang aku tanda petak tu, muka dia..


tq pija


.................................................

scary kan.
paling tak tahan poc berdiri senyum. erghhh. tak suka.
nak senyum2 pulak kan.
pastu aku tengok pulak pic ni.
hari pertama tengok meremang la.
then tadi tengok tak nampak pulak.
rupanya kena view large baru nampak clear.
tsk.

gambar ni memula aku takleh publish.
sebab tak dapat keizinan.
tapi aku cakap aku akan rahsiakan identiti dia la.
so oleh itu share.
click pic tu bagi large baru nampak clear.

selamat malam jumaat semua. :)


edited : sorry pic telah di remove atas permintaan tuan cerita. takmo pic tu disalahguna ke apa ye. thank u :)






Alamak, terlebih sudah.

Semalam mama bagi tau tijah nak datang.
Tijah mana? Tijah blogger mysterious tu la.
Sorry x reti link. Aku pakai bb la.
Nak tgk click kat link tepi ni.

So ok la.
Tapi aku ni mana la reti tido awal.
So td dia datang aku still tido.
Terjaga bila papa ketuk pintu kejut.
Yang kelakar, time tu aku tengah mimpu jumpa tijah. Galak bersembang. Ceh.

So jumpa tadi excited la.
Walaupun kat dunia blog macam dah kenal lama. Selamba aje.
Bila jumpa betul rasa pelik la kan.
Dah la mula2 aku bahasakan diri aku pija. Arrrghhhh wtf!
Mesti tijah tahan je nak gelak.
Ye la. Selama ni sembang dok aku kau.
Buduh tauuuu.
Aku mmg if ngan orang x biasa n orang tua 'dewasa' dpd aku. Aku akan bahasakan diri aku pija.
So gedik eyh.
Bukan gedik. Hormat uolls.
Ish pitam aku mengingatkan balik aku sembang ngan tijah guna ganti nama tijah. Hahahahahahha

Anyway. Dia bawak buah tangan.
'Ubat' utk mama. Dia kata sehari sketul aje. Xleh lebih.
Tapiiiiii. Aku macam dah termakan 2 ketul. Keh keh. Mcm mana itu. ;p
Mama pun sama.

Papa : eh tijah kata seketul je la. U dah makan dua ketul.
Mama : eh shadap yew *balik balut coklat kat meja*

Syiok eh sembang.
Nanti ada umur jumpa lagi.
Ok la. Aku nak makan chocolate ni.
Tulis entry ni punya pasal.
Tergolek2 kesepian chocolate aku td atas meja. ;p
Mau makan. Bye.
Sent via BlackBerry from Maxis

27 April 2011

Pappp! Zrappp!

Tajuk macam misteri kan.
Cea misteri la sangat kan.
Tu bunyi tu.
Bunyi macam kau tampal duct tape kat hati pastu kau cabut rentap.
Tau kan. Rasa pedih n perit.
Ye begitu la rasa sentaps kadang-kadang bila bukak fb.

Aku ni bukan suka sangat fb.
Tah I prefer twitter la. Twitter ni rasa best aje. Orang2 yang ada pun mostly best la.
Ok ada la few yg cacat otak.
Yang follow kau. Acc dorg private. Dalam diam dorang kutuk2 dalam jemaah.
Pastu kau follow. Dia tertekan xboleh kutuk kau dah. Tiba2 tau2 je dia x follow dah, pastu siap block kau.
Eh cacat otak ke? Sendiri rasa insecure.

Then ada pulak siap suruh org bg tau suruh aku follow supaya aku leh nampak bila dorg tweet. Ok ikutkan.
Tiba2 tgk dorg unfollow kau. Pastu follow balik. Tiba2 aku dorang delete pulak.
Sangat merepek.
Aku tak pernah amik tau pun pasal org unfollow ke apa. x pernah notice.
Ni pun tau sbb dpt notification kat email.

E ehhhh. Ni macam dah tersasar.
Tetiba pasal twitter lak.

Ok sambung.
Aku x suka fb sbb ramai manusia annoying n u can't do anything about it.
Sebab some r actually related to u.
Ngan gambar2 yg cas cool happening.
Ngan status2 yang boleh tahan rasa nak tikam.
Paling x tahan kalau yang 'jew kew niew ~~~' wtf sangat.
Pastu JeNiS yAnG TyPE mAcAM nI. WtF. ApESaL La BuAnG MaSa.
MeLeMbaBkAn KaU NaK tYpE aDa.
KoNoN CoMeL n KretIp La tU.
Memang tak laaaa!

E eh emosi lagi.
Sebenarnya nak cakap.
Kadang2 kau round fb. Terbukak la page crush kau.
Fuhhh. Nasib baik crush. Bukan bf.
Bf aku xde pulak fb. Bagus.
Lama x bukak. Tiba2 kau nampak gambar dia kawin.
Bukak yang ni pulak tengok gambar kemain mesra ngan gf.
Arghhhh benci ok.
Sentap terus emosi terganggu rasa nak marah2.

Bila fikir balik macam bangang gila la.
Sebab bukan kalau dorang single tiba2 aku akan dapat pun dorang.
Sama je jugak.
Tapi entah la. Dia punya sentap tu lain macam. Hahahah.
Paling x tahan kalau artis kan.
Kau suka artis tu.
Tiba2 dia ada gf ke, nak kawin ke.
Kau mcm bengang gila n kecewa la konon.
Tapi masalahnyaaaaa, macam la selama ni cinta berbalas pun kan.
Buduh sangat tau.

Kesimpulannya. Motip aku nak sentaps?
Bakal suami tau mesti dia rentap aku. Hahahah.

Ok tu je.
Entry x bermotif yang tiba2 nak merempan pasal manusia merepek di twitter n facebook.
Semua sebab lelaki2 sexy bikin hati aku ibarat kena duct tape. Paaapp!! Zraappp!!
Sent via BlackBerry from Maxis

23 April 2011

Kita sambung.

Gila sangap.
Nak keluar tak tau nak gi mana.
Dok rumah pun ala-ala dah tak tau nak buat apa.
Online je la pun.
Apa sangat nak check out pun weekend ni kan.
Nak update blog sendiri pun macam takda mood aje. Tah apa-apa.

Nak main psp pun sangap.
Apa game best yea nak download?
Anyone? Ke orand dah tak main psp. Heheh.

Dok depan pc ni.
Tengok desktop ada game.
So bukak la the sims 3. Hahaha.
Dah lamaaaaa gila x main. Berbulan kot.
Ke tahun. ;p
So ni nak sambung.

Tu la rumah aku. Wah taknak kalah kan.
Katanya main cheat kasi kaya.
Rumah tu aku buat sendiri.
Daripada tanah lot je.
Berbakat tak? Kah kah.

Aku sebenarnya suka buat umah je.
Buat berjam-jam. Main kejap aku bosan.
Pastu aku bagi pindah.
Buat lagi rumah baru. Hahaha.
Tapi sims 3 ni leceh la.
Sebab dia ada mood.
If selalu pindah2 dia mcm penat n bad mood. Over.

Ni orang aku dah mati. Ni cicit aku.
So tengah jalankan life dorang la tu.
Ok la nak main.
Agak-agak bosan kang kita buat rumah ye ;).

P/s : tapi apesal aku macam lapar je ni. Erghh.
Sent via BlackBerry from Maxis

21 April 2011

expose mistik : sakit buatan orang?

Salam kak peej..sebernarnya dah lama nak kongsi cerita mistik saya ni. 
Tapi dok tanguh ja sebab syok sangat baca cerita hantu orang lain dulu kan. 
So this time saya kongsi yek. 
Ok meh kita cerita..sorry if korang tak paham bahasa penang saya ni, pekat sikit na.
Saya guna shortcut ok, kang lagi panjang berjela.



KOLEJ: PONTIANAK

Kolej sya kt taiping perak. 
Nama tempt sya belajar tu Kampung Boyan. 
Ya, dengar nama pun dh scary kan :) 
ok actually depan asrama sya ada 1 pokok gila punya besar dan belakang tu ada padang dan paya @ lombong. Semuanya bermula apabila sya officially menjadi singer utk kolej. 
Jadi apa2 show kolej terus inform sya, dieorang akan sedia transport utk sya, tunggu sya sampai habis buat show, boleh kata if ada sekolah @ event kat tepeng tu memerlukan sya menyanyi , kolej akan hantar sya. 
Until 1 nite, masa tu dh balik lewat gila, around 1 a.m kot.
Ada event kat bukit merah kot, balik2 mandi semua, lepak la dpn asrama tu.
Betol2 bertentangan dengan pokok besar tu. 

Time tu tak ada sapa pun, sya sorang jer tengah cakap fon kat luar. 
Lagipun tak berapa nak takut sangat sbb bf ada kat seblah asrama ja (blok lelaki) n pak guard pun tengah sedap tido. 
So mcm ok la tak ada apa nak takut sangat kan. 
Sembang punya sembang entah mana tiba2 sya ternampak 1 benda putih gila punya besar terbang masuk dlm pokok tu. 
Pehh terus terus off hp lari masuk bilik la, mata xblh lelap dok terbayang2 kain dia tu aisehh memang takbest la. Esok tu terus demam gila punya, dh cerita kt roomate dan penggawa semua dieorang terus call my parent kt penang (lupa nak mention since 1day sya masuk kolej tu sya dh kena kacau so penggawa tu la keep on ubat sya sampai abiz study) .

Then parent straight dari penang ke tepeng petang tu. 
My mum dah tak tahan dah dia cakap since 1st day belajar kt sini sya asyik sakit2, so kali ni dia nak bawak sya p berubat. 
Mula2 xnak, sya xpercaya la benda2 ni, but parent cakap ikhtiar saja. 
So p la sya kerumah nenek tu, kt tepeng gak.
Masa tengah berubat tu, dia kata tempat sya tu memang 'keras cikit' sbb ada lombong. 
Dia kata benda tu memang suka kawasan berair semua (btw jangan gantung baju basah dalam rumah sebab 'benda' tu suka, Wallahualam, nenek tu kata) 
Dan dia kata lagi yg sya nampak tu ialah ponti la. 
Dia kata lagi, benda ni memang suka orang yang pandai menyanyi (Wallahualam) sila buang kotak suara masing2 yek pas ni :P 
Lepas dah abis berubat tu dia bagi la sya minum air ,garam & paku untuk simpan. 
Lepas 2@3hari balik dri berubat baru la sya baik.


UNIVERSITI: SAKIT MISTERI

This time sya dah sambung degree kt usm penang. 
This time sangat la horrible & terrible.
Lupa nak mention, masa kolej dulu sya ada kwan dgn sorang lelaki ni, from sabah.
But jodoh x panjang, tapi after 4 years jumpa balik thru FB. 
Mula2 kwn mcm biasa ja, then dh 2 bulan dia dh mula macam2 dengan saya, nak couple balik. 
Memang tak arr, sbb that time sya dh kwn dgn orang lain. 
Tapi entah mcm mana dia ugut sya cakap, 'dia akan cuba dapatkan sya balik, tak dapat cara baik dia nak guna cara lain'. 
Dari cara dia ckp tu sya dh rasa lain mcm aikk memang sangap la jantan ni! 

Lepas 2@3hari dia cakap camtu, terus segala2 nya ranap. 
Hidup sya boleh kata lingkup terus, my relationship dgn sumeone itu kt U, putus terus (smpai now).
Punca dia cikit ja, tapi kiteorang seolah2 benci sangat antra 1 sama lain, bayangkan la 3 tahun ,gone terus. Memang sedih tuhan saja yang tahu. Then lepas tu sya pulak jadi macam orang 'bengong'. 
Semacam apa saja yg sya buat sya tak sedar time, bukan sebb putus cinta tapi dh mcm orang dh hilang pedoman, kadang2 sembahyang tatau baca apa , end up sembahyang semula. 
Berhari hari tak makan, macam nak gila la tapi tatau apa punca, paham tak korang :). So i already text my friend awal2 ckp, i already meet H ni balik kt FB, so im afraid if anything pelik happen to me please tell my parent about this (tp sya xtuduh dia yg ubatkn sya). 

So dia pun perasan, dia pun 'tengok2' kan secara jauh la (dia boleh ubatkan orang), then dia mesej cakap dia nmpk ada orang tengah bacakan sumething atas kepala sya ni. 
Bila sya tanya sapa, dia tak nak ckp. 
So agak teruk la time tu, my parent datang jumpa ,dieorang lagi terkejut dieorang kata apasal muka saya cengkung, pucat , kurus semua. 
Dieorang dh takut, so i started to tell them about this guy from college la which is my ex.
Dieorang kata solat la, mintak doa kat allah. 
Saya kata nak solat pun saya tatau nak baca apa, sebab otak sya blur@blank,macam mana sya nak doa mintak everything will be ok? (time tu saya adalah final year). 
Then parent cakap, sebelum teruk ikhtiar la cara lain,bwak sya balik rumah, but my mum cakap prangai sya macam lain, jadi kurang ajar, cakap biadap,macam panas baran (ohh sya bukan begitu sebelumnya) again, sya pergi berubat utk kali ke-3.

This time berubat kat Sidam-Kedah, kali ni mng sumpah scary.
Pakcik ni (middle aged) berubatkan sya, mula2 tanya nama, kemudian dia dah start cakap sorang, macam ada org lain kat situ. 
Hoh time ni sya still sedar lagi, dok dgr la conversation dia dgn benda tu, pakcik tu ckp yg 'benda' tu mmg nak buat sya gila, buat gagal dlm plajaran, tak hormat ibu bapa, gagal dalam hidup".
Lpas tu dgr dia cakap sruh 'benda' tu keluar dari bilik sya (rumah), kat asrama . 
Mula mula "dia" tak nak keluar, kemudian pakcik ni marah la, dia kata sya still muda, apahal nak kacau sya, masa dpn saya still panjang lagi.
Pakcik ni kata dia nak 'benda' tu keluar cara elok, tak nak apa2 kan dia.
Lepas tu sya tak sedar apa berlaku, sbb dh mcm mamai on that time, rasa laloq gila, sbb tak sedar, my mum crita la blik apa yg brlaku.
Pakcik tu swuh benda tu keluar dari bdn sya sampai la ke kepala sbb tu sya tak sedar,macam mngantuk(Wallahualam).

After dah selesai semua, maka pulang la kami, tapi smpai saja kat bridge penang, my ex ni msg ckp 'ieka jahat, tipu H' sya ckp tipu apa, dia kata sbb sya xmsj dia (sya ignore dia).
Then sya ckp la, buzy n sya xshat asyik deman, then dia reply 'H tau ieka tgh sakit sekarang,btw tc ok,jga dri baik2,nanti smpai penang msg H" .
Scarykan ,amacam dia tau saya sakit,btw sya ada tnya pakcik tu siapa yang buatkan sya ni dia kata 'tak boleh bagitau,rahsia sya dgn dia, janji anak ok'. 
Ok la mcm tu, tp mlm tu sya ada mimpi ada pompuan indonesia dok baca apa entah nak brlawan dgn saya pakai bju kuning n org asli.
And time tu mak sya nmpk kaki & bdn sya kna rentap, lbih kurang byk kali jugak la kemudian baru sya trjaga sndiri. 
Sya ckp tgh baca ayat kursi tapi asyik tak lepas, dok tersekat2. 
Alhamdullilah skung sya dh ok wlaupun bkn sepenuhya, sbb smpai skung klau org blik jauh2 mlm, msuk dlm rumah mlm sure sya kena kacau or sakit. 
Begitula pengalaman sya, doakn sya cepat pulih ok. 

p/s: Sampai sekarang saya dh stop menyanyi, dh tak kawan dgn ex tu, and yipiii sudah ada bf bru yg penting :P

ur loyal silent reader
| iekazuleyka |- nama blog saya la tu hehhe

............................................................................

wsalam ieka,

eh jap. sya tu mmg nama Sya or sya tu singakatan saya?
bab2 singkatan ni kadang2 lembebs jugak.
lagi nak tanya penggawa tu apa?
ingatkan memula typo nak tulis pengawas or pengawal.

ish tak tau pulak takleh basah2 ke apa tu kan.
scary jugak tu.
cerita kedua tu. apa la buat macam tu kan.
i mean kata cinta or suka. tapi nak bagi orang hidup sengsara.
kan ada quote cakap, "if u love her, let her go. if she comes back to u. she yours. if she didn't, she never was"
begitu la katanya. lupa uolls. mak bukan reti sangat madah berhelah ni.

kelakar la kau ni dik oiii.
dalam cerita seram sempat eksyen dah ada bf baru. haha.

semoga sembuh sepenuhnya.
dan harap kita semua dijauhkan la dari hasad dengki dan khianat manusia ni kan.
Amin.


19 April 2011

Kelessss.

Ok ni dapat kt bbm.
So nak share. Ngeh ngeh.

66 orang pelajar lelaki lembut akan dihantar ke boot camp.
Persoalannya, adakah boot camp itu akan dinamakan Lemboot camp?
Antara kelas yang akan diadakan di boot camp untuk 66 orang pelajar lelaki lembut itu :

-Kelas Kau Nyah/Nok,
-Kelas Kau Maria
-dan Keleszzzz

-by- Junad anak Mat Nor

Ahahahha. kelakar. X suka.
Dulu selalu baca blog junad ni.
Tp dia mcm jarang sgt update sampai berbulan2. So terus x follow dah.
Sekali dia update mmg terbaik la lawak.
Nanti nak check out la.
Mana tau dia aktif blogging kembali ke apa kan.
Ok bye.


Sent via BlackBerry from Maxis

14 April 2011

expose mistik : penumpang di subuh hari

Hai Peeja.

Ni aku nk kongsi kisah sepupu aku.
Aku bagi tajuk nyer PENUMPANG DI SUBUH HARI.

Ni pengalaman sepupu aku. Dia ni guru di sebabkan jarak antara sekolah tempat dia mengajar dengan rumah family agak jauh so dia akan keluar dari rumah pukul 6 or 6.15 pagi. Nk di jadi kan kisah satu pagi mcm biasa kuar di rumah terus ke kereta masa dia masuk kereta dia terasa mcm ada org naik kat belakang. Kan biasa biler ada org masuk kereta kita akan rasa kereta mcm melendut ke bawah sikit.

So, itu ha sepupu aku rasa. Tapi dia buat tak tahu jer sbb dia pikir maybe perasaan dia jer. Dia pun panaskan ha enjin kereta sambil betul2 kan baju.

Bila kereta dah bergerak memasuki jalan raya dia pun tgk ha cermin pandang belakang kat kereta dia. Tiba2 dia nampak ada budak menyorok kat belakang seat dia. Budak tu main cak cak dgn dia.

Sepupu aku dah start tak sedap hati. Kat luar still gelap lagi. Dia pun apa lagi gelabah dok tukar channel radio nk cari channel IKIM biasa kan pagi2 ada org baca ayat suci al-quran. Cermin kereta dah siap2 turun pintu dah unlock. Dia cuba ha tekan minyak tapi w/pun dh bwk 120km/j still rasa kereta mcm berat nak gerak. Kebetulan semua traffic light hijau. Sepupu aku dh terpikir kalau ada traffic light yg merah mmg dia nk berenti then kuar dr kereta. Mcm2 ayat dah baca tapi semua nyer tunggang langgang.

Perjalanan dari rumah sepupu aku nak ke sekolah akan melalui kawasan perkuburan. Sbb kawasan perkuburan tu tepi jalan raya. Lepas jer melalui kawasan perkuburan tu terus dia rasa kereta dia ringan. Dia pun curi-curi pandang belakang ikut cermin pandang belakang dah tak de budak tu. Dia apa lagi terus pecut.

Sampai sekolah ada ha sorang cikgu ni tegur dia “Ko ni kenapa pucat aku tgk”.
Sepupu aku diam jer terus masuk bilik guru.

Bila sampai rumah dia pun citer ha kat family dia. Mak dia kata ”Budak tu just nak tumpang balik rumah, kamu kan lalu tepi rumah dia”.
Tapi iyer le kan, nak tumpang tu tumpang jer ha tak yah ha nk bagi tahu kamu tu menumpang.

Itulah first pengalaman dia ditumpang di subuh hari. Sekarang dia dah tukar sekolah yang jarak nyer cuma 15 minit dari rumah dia.

So itu jer ha citer aku. Terima kasih


-aima-


...................................................................


tu la ramai cakap if benda tu tumpang oleh rasa kereta berat kan.
tapi betul la kan. nak tumpang suka hati la.
tapi motip nak cak-cak kan. tak suka.
tapi nasib dia dok belakang kan.
bayangkan kalau dia dok tepi ke apa.
hgagagagagaga. nangis.

bagi yang baru kat blog aku ni.
nak bagi tau. every khamis malam jumaat memang Insyallah aku akan share cerita mistik yang readers hantar.
so kalau korang ada pengalaman ke. pernah dengar2 cerita ke apa.
rasa nak share kat sini boleh la share.
kalau korang ada blog akan ku sharekan sekali la.
if takda pun boleh hantar.
if rasa nak rahsiakan identiti pun boleh.

if nak hantar kat sini.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
title : expose mistik (if korang bg tajuk sekali pun ok :D )

ok itu aje.
selamat malam jumaat semua.

08 April 2011

expose mistik : zaman kecik-kecik.

jumpa blog peej from blog mama peej.
blog peej lawak & honest gila ok.
then tak sangka pulak peej suka cerita2 seram ni.
sama macam housemate aku sekarang ni.
suka cerita2 seram dan kebetulan pulak dia memang boleh nampak benda2 halus ni.

anyway,sini ada sikit cerita masa aku kecik2 dulu.
tapi sebab jadi kat diri sendiri,memang sampai mati le ingat.
ada banyak lagi cerita, tapi sambung lain kali ok.
aku bagi yang ni dulu.



1st:
area rumah aku tu terbahagi dua.
satu rumah taman, belakang nya rumah kampung.
tapi kitorang macam campur2, so kenal je siapa2 dok kampung-taman segala.
sebelah taman,sekolah rendah aku.
kawan2 sekelas pun ada dok setaman sekampung, gitulah lebih kurang aku nak kenalkan
betapa kenal dan rapatnya kitorang.
hujung kampung,ada kubur islam.

satu malam tu, dalam 1-2am, aku study dalam bilik. nak upsr. 
aku tidur sebilik dgn adik perempuan aku. kita panggil dia nempong.
dia ni kalau tidur memang tidur mati.
kalau kejut tak simbah air ke muka, haram nak bangun.
anyway,sambil study,sambil aku dengar walkman yg boleh dengar
radio fm tu sekali kan? zaman ni mana ada lagi discman ke mp3 ke ipod
touch segala. so melayan la dj dok bebel..

tiba2,aku dengar suara mengilai. shit. 
ni iklan radio ke apa.
aku kuatkan volume.
nak make sure benda ni datang dari radio atau memang betul2.
confirm bukan dari radio.
aku cabut earphone. damnnnnnn..kuat gila dia mengilai.
serius mengilai heeeeeeeeeeeeeeeee.. 
yang mendayu-dayu nyaring high pitch yang tak reti nak stop.
vavi la.aku terus tutup buku,panjat katil.

aku kejut la jugak nempong sambil2 tu.
haram nak bangun.mamai2 dia suruh aku tidur lagi ada.

esoknya,sebelum pi sekolah,aku cerita kat nempong.
biar dia rasa takut sama.
mau aku tak bengang dah kena kacau, kot la adik beradik sama2 nak
merasa kena kacau, kurang la sikit rasa takut tu. 
ni tak.dia biar aku takut sorang2. hmph.

balik sekolah, adik aku cerita, kawan dia kat kampung belakang pun dengar jugak suara mengilai.
time sama aku kena. serius shit. 
tapi dia kena lagi ganas.
mula2 siap dengar ada orang memasak kat dapur,cong ceng cong ceng, sambil suara halus dok humming humming.
dia ni lagi berani pi check terus.
tengok dapur kosong takde orang. 
bila dia pusing nak keluar dapur, balik ke bilik, dia dengar suara mengilai kuat gila
benda tu macam ada sebelah. shit.
benda sama ke apa. apahal kuat gila dia ngilai sampai ke rumah aku pun boleh dengar.
tapi cerita tu habis macam tu je sebab kitorang anggap biasa la, dok kampung dalam hutan.
dekat kubur kan..

tapi orang tua2 cakap, kalau bunyi tu kuat macam kat sebelah, sebenarnya benda tu jauh.
kalau bunyi sayup2 je,sebenarnya benda tu ada dekat sebelah.
maknanya,benda tu ada dekat aku la ye tak? isk.





2nd:
time ni dah besar sikit, dah berani sikit. 
aku ada exam. so gigih la aku study malam tu.
time ni dah sekolah menengah. apa kes kena time aku exam je ye? haha. 
aku rasa sebab time2 ni ramai yang berjaga malam nak study, lagi le seronok dia kacau.kot.

rumah yang sama. time tu mak abah aku pun takde pasang gril besi ke apa.
sebab dok kat taman+kampung, semua pun kita dah kenal.
macam tak risau pencuri ke apa.

bilik tu aku dah tak share sama nempong dah.
aku share sama along aku pulak.
dia pulak time tu study kat itm. 
time tu itm tak tukar nama ke uitm lagi.
so,dia dok hostel, aku tidur le sorang2 kat bilik tu.

aku study kat meja, meja rapat ke tingkap. 
kira sebelah kanan aku tingkap.
tingkap pulak style, bukan yang lapis2 ada 8keping style tingkap kat sekolah tu.
ni sekeping besar, kalau kau buka, memang badan kau pun boleh muat nak keluar tingkap.
tingkap ni kaca putih,so kalau ada benda lalu ke apa kat luar, memang la dengan jelasnya boleh nampak.

bilik aku tingkat atas. luar takde balkoni. 
buka tingkap terus nampak bumbung parking kereta.

aku tengah syok study.
tiba2 ada orang ketuk tingkap.
bukan guna jari. guna kuku.
terganggu jap. aku ingat aku berangan.
so aku pandang ke tingkap, nak make sure betul ke apa yang aku dengar.
tiba2 dia ketuk2 lagi.
shit. berderau darah aku.
aku tenung tingkap tu lama2. sebab yakin aku salah dengar kot.
takkan la ada orang ketuk tapi takde jari/tangan!


aku tenung lagi. tenung, tenung, tenung, tiba2, BAM! 
dia macam tepuk sekali kuat gila kat cermin tu. 
tapi takde tangan ke apa! 
bergegar tingkap bilik aku shial!
shittttttttttttttttttt!!
aku lari macam orang gila keluar bilik jerit2 panggil mak abah.
mak abah aku kelam kabut keluar bilik.
abah aku terus ambik parang panjang, keluar rumah nak
mengamuk kat budak2 nakal mana yang menggangu.
sebab semalam aku dah mengadu benda sama, ada orang ketuk guna kuku.
tapi abah aku buat taktahu. 
anggap ada budak2 nakal nak mengusik.
apa kejadahnya nak panjat rumah orang tengah2 malam kan?
dah takde kerja ke apa.
tapi aku iye kan je lah apa abah aku cakap, sambil fikir malam ni harap2 takde lah apa2 nak mengusik.

abah aku macam orang gila mengamuk depan rumah suruh keluar siapa yang kacau.
tapi takde respon. tengah2 malam ok.
siapa lah yang bodoh nak buang masa panjat tingkat atas yang tinggi gila macamtu.
abah aku tenangkan aku cakap takde apa. budak2 nakal. fine.

sekali time raya, kitorang satu famili balik kampung.
rumah kitorang kosong le maknanya.
lepas balik dari kampung tu, jiran aku mengadu kat mak, kata anak bujang mak aku, dok mengintai rumah orang malam2.
panjat bumbung rumah orang. 
apakejadah! mak aku tanya bila. dia cakap few nights ago.
padahal malam tu kitorang satu famili takde rumah, balik kampung ok.
bila mak aku cakap kami satu famili balik kampung.
makcik tu terus terdiam.

so aku anggap lah memang ada orang rajin nak panjat rumah mengacau orang tengah2 malam
dan dia hebat sampai mampu nak ketuk cermin tingkap bilik aku tapi aku tak nampak tangan yang mengetuk.eishhhhhh..





3rd:
yang ni, berlaku time raya kedua.
sebelum tu, antara orang2 tua famili aku, diorang dah tahu yang mak chaq (panggilan mak long untuk orang
kedah) aku macam terkena buatan orang.
kena pukau. habis barang kemas dia pi bagi kat sorang laki ni.
padahal laki ni bukan ada tali sedara pun dengan kitorang.
sampai habis barang duit mak chaq aku ni laki ni ambik.
bila tanya mak chaq aku dia macam bodoh taktau apa.
padahal dia sangat peramah dan sangat garang ok.
anak2 dia semua kerja kl, so macam tak puas hati bila dapat tahu harta mak diorang ni dah habis kat
tangan orang luar.
so diorang decide nak bawak mak diorang datang kl tinggal dengan diorang.
dengan harapan jauh la dari laki ni yang kat kedah nun.
sebelum ke kl, singgah le rumah mak aku kat ipoh, nak tumpang tidur semalam.

malam tu mak chaq tidur sebilik dengan aku.
aku pulak time tu kecik, tak tahu menahu langsung cerita laki ni mula2 apa kaitan dia dengan mak
chaq aku.
hal orang tua2, tak ke biadap namanya kalau aku pun menyibuk nak tahu. 
so aku tidur lah dengan innocent nya tanpa tahu ada cerita di sebalik mak chaq aku ni..

sebelum tu, fyi, aku sangat rapat dengan tok (mak kepada mak chaq & mak) aku ye.
rapat sangat2 sebab dia yang bela aku masa kecik2.
kira manja kesayangan la ni..

ok sambung balik. aku pun tidur dengan enak nya.
tiba2 aku nampak mak chaq aku, tok aku, sama laki yang aku tak kenal siapa, berdiri depan aku.
sumpah time tu aku taktau nak klasifikasi benda ni mimpi ke realiti.
aku nampak laki tu ikat tangan tok aku, sambil suruh mak chaq aku tanya, mana barang kemas mak aku.
aku jawab taktahu.
terus lagi kuat dia ikat tangan tok aku.
aku sedih sangat tengok dia buat tok aku macam tu.
aku marah dia jangan buat tok aku macam tu.
sebab muka tok aku sayu sangat time tu.
sambil mak chaq aku merayu rayu suruh aku bagitahu kat mana barang kemas mak aku.
aku siap sumpah cakap aku taktau mana mak aku letak.
aku dah menjerit jerit suruh dia lepas tok aku.
tapi dia taknak lepas selagi aku tak cakap kat mana barang kemas mak aku.
lagi aku cakap taktahu, lagi kuat la dia ikat tok aku.

time tu aku rasa badan aku keras, berat macam kena tindih ke hempap ke apa, tak boleh gerak.
rasa kejung berat macam mana entah.
tak boleh gerak.
aku ingat nak bangun switch on lampu. 
aku boleh gerak kan kepala aku je time tu sambil aku tengok2 ke pintu, sebab kat situ le suis lampu.
sambil2 harap ada siapa2 masuk bilik.
tapi badan aku macam lekat kat katil.
tak boleh gerak langsung.
time aku dok gigih nak bergerak tu, tiba2 abah masuk bilik.
aku usaha nak meronta kasi abah aku nampak aku ke apa.
tapi haram,badan aku tak boleh gerak langsung.
abah pun macam tak nampak apa.
abah memang biasa masuk bilik kitorang dekat2 nak subuh, switch off aircond, dengan harapan by subuh nanti, kitorang mengelejat bangun sebab panas, so boleh le subuh terus.
tapi time aku dok meronta tu, dia macam tak nampak apa.
dia masuk bilik, switch off ac, betulkan selimut anak2 dia sikit2, lepastu terus keluar bilik, tutup pintu. 
macam takde benda jadi. frust gila aku time tu. 
naknangis pun tak boleh. nak jerit pun tak boleh.

dalam masa yang sama, laki tu dok paksa aku bagitahu mana barang kemas mak aku. 
time tu aku nekad nak bangun jugak. 
baru teringat nak baca 3qul.
takde aku gagap ke tersasul ke apa, lepas aku baca, macam ok je aku boleh bangun.
kelibat tok, mak chaq sama laki tu terus hilang. 
aku lari kelam kabut turun bawah. 
sebab aku tahu mak abah rajin puasa enam. 
sodiorang mesti kat dapur berdua tengah sahur.

bila aku sampai bawah.
muka aku pucat gila.aku tergagap gagap taktahu nak cakap apa.
lepastu aku macam blank tak ingat apa.
scene aku kat dapur ni semua mak aku cerita.
lepastu, mak aku suruh aku mengucap.
tergagap gagap aku macam orang bodoh.
abah aku dah plan nak tampar aku dah time tu sebab muka aku lain sangat dia ingat aku kena sampuk ke apa.
mak aku cakap muka aku pucat gila.
lama mak abah aku dok mengucap istighfar sambil laung allahuakhbar depan aku.
lepas few mins, aku dah bertenang sikit.
terus aku marah abah sebab tak hirau kan aku bila aku panggil time abah aku masuk bilik tadi.
mati2 abah aku kata aku tidur.
takde pun abah nampak goyang2 badan kepala ke apa. sudah.
then aku mula cerita pasal apa yang aku nampak.
mak aku terkejut tanya mana aku tahu pasal laki tu.
sebab hal tu, orang2 tua je tahu.
aku pun cerita la dari a-z.

esoknya gigih mak aku cerita kat sedara mara semua apa aku kena.
mak chaq aku lepastu dibawak berubat dengan ustaz mana entah.
lama2 dah ok.
tapi bila teringat balik, memang le seram ok.
aku takde sangkut paut ke, diugut secara halus guna tok kesayangan aku demi nak barang kemas
mak yang aku sendiri taktahu mak simpan mana. :(





4th:
masuk form4,aku dapat dok hostel.
takde le jauh pun rumah aku dari sekolah menengah tu.
tapi saja aku pilih dok hostel sebab nak merasa.
kalau tanya budak2 ipoh, sekolah mana dekat jirat cina paling besar kat ipoh, semua pun tau.dekat padang polo.
satu sekolah rendah, satu sekolah agama lelaki, satu sekolah teknik, satu sekolah international.

aku dapat dorm lama.
dorm baru tinggi melangit betul2 sebelah jirat cina.
dorm perempuan kira ok lagi ada parking, tangki air and dining hall in between.
tapi hostel laki, diorang cakap, buka tingkap, memang kau nampak sebijik sebijik batu kubur kat sebelah tu.
so kira bernasib baik le aku dapat dorm lama ni, terpisah jauh dari jirat tu.
tapi,dalam dok terpisah jauh tu, macam2 le jugak aku dengar cerita dari senior2.
konon2 pengalaman senior kepada senior kepada senior kepada senior senior senior.
hantu jilat pad la, hantu tangki air la, hantu pocong la, hantu pokok buluh la, hantu gosok gigi berdarah la, hantu basuh kain la,hantu bilik prep la, hantu locker la. macam2 hantu ada.
so aku tak ambik pot sangat sebab aku tak percaya kalau tak kena kat mata kepala aku
sendiri.

situasi dorm, macam biasa, yang senior katil bawah, yang junior katil atas.
dan kesemua katil ni bercantum partner2, kecuali satu katil kat hujung.
takde apa pun dengan katil ni. just dia takde partner.
dan kebetulan katil tu part atas dah rosak sikit, just katil bawah je boleh guna. 
dan entah kenapa semua orang taknak katil tu, so kosong je lah katil tu.
member sekatil aku ialah shida. budak silat, tapi penakut gila.

kira dah lambat seminggu ke dua minggu, ada budak junior baru masuk, nad.
budak kl. instead of ambik katil atas, nad pilih katil single yang separa rosak tu.
sorang2 tidur kat hujung, sebab dia nak katil bawah katanya.
tapi katil tu memang takde apa pun, just kedudukan dia terperuk sikit kat hujung dan menghadap tingkap terbuka yang menghala ke koridor.
tingkap tu memang tak boleh tutup dah.
berlubang je macam tu.
nad pulak aku ingat dia suka letak towel biru atas kepala,happy go lucky sentiasa je senyum tak kedekut barang.
satu nya pasal nad ni, dia jujur gila.
apa je dia nampak rasa ke apa, laju je dia cakap.jenis tak fikir panjang. jenis budak jujur.

so malam tu, lepas habis prep, semua balik dorm, dan macam biasa bersiap nak tidur.
semua pun ke toilet.
aku ingat lagi, nad paling last ke toilet dengan towel biru kecik atas kepala.
lepas je dia balik dari toilet, dia kasitahu kat aku dan few juniors yang lain, dia ada nampak benda hitam atas tangki air.
hishh..tapi time tu semua pun senyap.
yang si nad ni dok beria kata dia nampak benda hitam.
time tu tak sorang pun teringat nak tegur nad suruh senyap jangan tegur ke apa.
kitorang biar je kejujuran nad sambil buat taktahu.

aku kalau tidur, bunyi pelik2 sikit je memang senang sangat nak terjaga.
malam tu tengah sedap tidur, aku tiba2 terjaga bila dengar si nad ni merengek.
macam merayu merengek menangis suruh someone lepaskan dia.
aku ingat nad tengah dengar lagu kat walkman ke apa.
aku angkat kepala tengok bawah. katil nad ni hujung kanan setentang katil aku.
so memang clear lah aku nampak dia dok tergapai gapai macam nak halang sesuatu.
aku ingat aku sorang je dengar and nampak.
rupanya shida pun terjaga.
kuat gila shida pegang tangan aku time tu.
bila aku cakap aku nak turun nak tengok nad.
shida pegang aku lagi kuat cakap dia takut.
then kak tuah terbangun jugak. dia katil bawah. betul2 setentang katil aku.
dia terus melompat panggil nad! nad! 
time tu aku lepaskan tangan shida dari aku n terjun bawah join kak tuah.
kak tuah pasang lampu.
satu dorm terjaga. semua meluru pergi kat nad.
nad time tu dah meracau menjerit macam kena rasuk.
kak tuah and akak2 senior lain pegang nad kuat2.
dia meronta kuat gila suruh lepaskan.lepaskan.
time tu dua, tiga orang dah pi panggil mama ram, warden kitorang.


yang lain gilir2 ambil wuduk, capai yassin.
malam tu semua berjaga baca yassin dalam bulatan.
duduk bersila lutut bersentuh lutut.
nad berapa kali cuba nak keluar bulatan.
dok tersengih tersengih gelakkan kitorang.
mata dia merah menyala. 
time dok baca tu, aku kerling jap tengok nad.
seriau aku bila tajam je dia tengok aku time tu.
time2 tu jugak la dia tersengih sorang2. seram ok. 
aku cepat2 tunduk balik tengok yassin.

esok paginya, pakcik nad yang kebetulan tinggal dekat dengan sekolah,datang ambil nad.
terus dihantar nad balik kl, nak bawak berubat.
masa menunggu pakcik nad tu, aku ada sekali.
nad kejap dok sengih, kejap dok murung, kejap dok gelak.
macam orang gila.
lama nad takde kat sekolah lepastu.
bila dia balik je, dia dah ok.


kemudian bila dia dah balik, dia cerita sendiri.
malam tu, benda hitam datang dekat tingkap terbuka tu, tarik2 dia, ajak pergi.
pergi mana taktau.
tapi dia paksa nad ikut.
benda sama yang nad kata dia nampak kat tangki. ha,benda tu la.
dia datang dekat, mata merah, paksa2 nad ikut.
nad taknak. yang dia dok meronta tu, sebenarnya dia tepis benda tu. 
lepastu dia tak ingat dah jadi apa.
langsung dia tak ingat. sedar2 dia dah baik, balik asrama balik.

***********

gitu la sikit2 pengalaman aku..
sekarang ni dah pindah rumah baru.
dekat dengan jirat cina pulak ye.
ada jugak pengalaman sikit.
aih,nak share semua kat sini sekali harung, memang jenuh le teman..
hehe. now dah fly.
tak tahu sangat apa cerita kat rumah.
sekali sekala balik kampung, adik beradik ada jugak cerita. 
tu cerita kat kampung, 
cerita time fly lagi syiok! 
hantu dia international! hehe

nanti bila2 sambung lagi ok?


Hugs,
saloma :)


............................................................................

hoih memang panjang berjela.
jenuh jugak membaca. tapi lagi jenuh kau menaip.
banyak betul pengalaman kan.
wah sekarang dah fly? fly mana. teringin nak dengar hantu national.
macam mana la agaknya kan.
lagi scary kita punya je dorang punya?
nanti senang2 cerita lagi k :D

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...