28 February 2011

Update pendek2 ok ke xpe?

ok ni untuk org yg faham twitter.
X faham mesti korang akan rasa aku merepek2 x faham.

Anyway app twitter yg aku guna kt twitter dah tukar baru.
So oleh itu aku dah x boleh twitpic sebab acc twitter aku private.
Agak annoying la. Sbb aku suka je twitpic macam.

Aku punya app candid camera yg kat atas blog ni xleh guna dah.
Sbb kan acc aku yg lama tu kan picture upload dah limit.
Sbb tu la asyikkkk la pic air mata kucing tu.
X betulkan lg. Kena buat baru utk itu.

So memandangkan dua2 source tu dah xleh guna.
So aku rasa if aku nak tepek random pics.
Aku tepek je sini. N buat caption sikit aje.
Ok ke xpe?
Ke x ok?
Adakah annoying tgk aku update 10 kali sehari tp ada random pics n sikit je caption?
tp ni mcm blog aku. So mcm suka hati I la kannnn. ;p

Oh anyway. Pic atas tu adalah my lunch for the day.
Pukul 5 br lunch. Nice.
Masak kari ayam :) teringin.

Ok tu je. Taaaaaa.
Sent via BlackBerry from Maxis

Terganggu.

Tadi elok depan pc.
Jenguk2 kerja.
Then blog hop mana patut.
Tiba2 ter-fb hop pulak. ;p

Pastu edit2 pic.
Eh bukan edit. Watermark je.
Tiba2 sampai kat picture asam pedas makan kt melaka hari tu.
Huishhh. Lapar mencucuk2.
Ayam dah la br keluarkan dpd freezer.
Tah bila nak lembut :/

Dah set nak masak goreng2 n sambal aje.
Tiba terasa nak makan kari ayam la pulak. Hahah.
Eh nak masak apa ni. Xleh fikir pulak.
Mana satu nak tah.

Oh kesimpulan entry ni.
Elok nak update blog la nak buat kerja la, jadi terganggu sebab laparrrr.
Ok now what?!
Tsk :(
Sent via BlackBerry from Maxis

25 February 2011

Rasa nak ketuk2 orang mcm ni.

Tadi pergi wangsa walk.
Pergi cucuk duit dulu kat atm.
Ada dua atm.
Kita org beratur yg belak kiri sebab ada 1 couple ni je.
Yang belah kanan tu ada 2 org time tu.

Omg!!!!! Punya la lama beratur.
Ada dekat 10 minutes kot.
Kau bayangkan line kanan tu ada dah dekat 5-6 orang settle.

Yang x tahan. Boleh mcm bercinta2 bergurau senda pulak.
Mata bercahaya2 minah tu.
Aku dah bising2. Ok xde la bising mana tp aku buat. "Eheeemmmm!!!".
Pastu ckp kinda kuat ngan noy, "gila lembab. Line sana dah ramai org settle".
Pastu aku suruh noy beratur line kanan.
Time tu line kanan ada 3 org kot.

Paling x tahan. Awek dia tau kot aku bengang.
Pastu awek dia gerak n tunggu jauh.
Pastu bf dia, 'ehh pergi mana tu. Sini la'.
Pastu gelak2 berchentaaaa.
Wtffffff!!!!
Oh aku sempat cakap tu jugak.
Baru dia settle.
By the time aku cucuk duit. Noy pun sama tgh cucuk kat atm sebelah. Bayangkan.

Serious tah apa dia buat.
Nak jadi atm attendant ke apa?
Ke nak feeling accountant ke apa main kira2 kat situ.
Aku faham la kau baru keluar gaji ke apa.
N maybe cucuk utk dua card maybe utk awek kau sekali ke apa.
Tp what took u so long man???!!!!
Beruk ke apa x reti guna atm.

Yang pasti dia aku nampak dia cucuk lebih dpd 4 kali kot.
Haiyohhhh.
Kenapa x fikir ah sebelum cucuk.
Macam aku selalu sebelum cucuk dah set kat kepala berapa nak.
Then if boleh tekan kat fast cash tu pilih situ aje.

E eh asal aku annoyed sangat entah.
Bukannya aku nak cepat or berkejar nak pergi somewhere ke apa.
Tapi tah. Mcm nyampah aje. Hampir menjadi gorilla kat situ.
Macam nak jerit ketuk2 dada ok.
Ewahhh ketuk dada uolls. Mentang mantoooppp kan. ;p hahahhaha.
Definitely PMS.
Salahkan PMS lagiiiiii. Padahal sendiri x penyabar kan. Kah kah kah.

Ok tu je rempanan (eh apa punya bahasa) untuk hari ini.
Happy weekend lovely readers. Xoxo

P/s : matiklah mmg sewel td merempan, tetiba gelak2. Tiba2 siap xoxo. ;p
Sent via BlackBerry from Maxis

Xmo parut pliss

Td buat sambal tumis ikan bilis.
So mau makan ngan lempeng.
Buat la lempeng.
Terlebih minyak.
Pusingkan lempeng.
Kelepek lempeng tu jatuh n percikkan minyak.
Bukan kena setitik dua. Amik kau banyak gila.
Area kat ibu jari tu semua kena sampai ke kelang tu. Tsk.

Dlm pic tu x nampak sgt kan.
Tp ni tgh merah menyala. Niceee.
Merah satu hal. Perit melampau.
Kena angin perit.
Gerak perit. Terlanggar apa2 mmg lg perit la kan.

Ni baru kena minyak kan.
Oh lupa nak cerita.
Hari tu jonet ada dtg.
Dia bg tau adik dia aisha.
Tengah goreng ikan. 2nd batch.
Masukkan je ikan. Tong gas dia meletop ok. Uwaaaa. Takut.
X tau kenapa. Tiba2 aje.
Nasib muka x kena. Tp terbakar la jugak bulu mata.
Tp dpd bawah ketiak sampai ke buku lali terbakar.
Teruk jugak la. Itu pun nasib baik dia pakai tank top n hot pants je.
If pakai baju n seluar bagai lg teruk la terbakar.

Ish aku baru kena minyak perit x menahan.
Ni kalau terbakar. Mesti sakit maksimum kan :/

Eh kena minyak mcm ni parut ke hah?
Ke nanti2 hilang?
Xmo parut plisss.
Tp if parut pun ok kot.
Nampak mcm rajin memasak kan.
Hahahh. Ye la tu. Nottttt.

Oh aku amik second pic tu.
Nampak clear kan. Bertampah menyalaaaa. Nice.


Sent via BlackBerry from Maxis

24 February 2011

expose mistik : kerana tolong berubat

salam peeja
suka bc blog peejburhan..leh kata hari2 baca blog peeja n mama peeja tu..hehe..
biler dh hari2 bc..mst la teruja nk share gak expose mistik ni kan..
xtau la seram ke x bg u ols kan..tp biler ingt2 tu..mmg tegak gak la bulu roma ni..huhu
kisah 1

masa tahun 1998, k.ita dapat offer sambung blaja kt kolej legenda..kt langkawi..[now dh bkubur pun kolej tu], 
so, ada 1 mlm tu..kitorg standard la bebdk kolej/u/ipt ni kan..tdo lewat mlm..
pastu yg paling lewat tdo..ialah k.ita la..
sbb mata ni..mmg payah nak lelap pas kul 12mlm..
kebetulan masa tu kitorg katil double-decker..
katil ada 4..so, kitorg combinekan rapat2..
kekawan lain suma pakat tido bawah..k.ita x suka berhimpit2 walaupun dgn perempuan..agak rimas..haha..
so, k.ita pun selamba ah tdo sorg2 kat atas kan..
mata ni lum lg lena..dah ada benda dok main lompat2..haishhh..
muka mmg dah biasa ditekup ngan bantal sbb elak cahaya ..
so, mujur gak x nampak...kalo x pengsan kan..
tapi leh rasa...bgegar2..yg best tu..dia dah lompat2..tetiba dia stop n dok kat besi katil yg k.ita tdo tu..
mcm kita tdo, org dok tenung je muka kita..mesti terasa camtu kan..
ni bebetul..terasa 'badan' dia kat besi katil n dia dok tenung lama je kita..
mcm tau2 je kita x tdo lg tau!!arghhh...sangat tensen..
sampai k.ita dah bengang..xleh tdo nyer pasal plus dia dok tenung2..
[leh rasa 'org' tu ialah seorg budak..berdasarkan dia lompat2 td], 
k.ita ckp camni..'ko jgn kaco aku nak tdo boleh x setan??aku x kaco ko kan..'..
amazingnya pastu..terus leh lena..apa kabar antu tu pun xtau la..

kisah 2

ni kisah baru2 ni..thn 2010 aritu...
ada seorg kawan..dia sakit..kena buatan org..
sgt kesian..sbb org tu mmg nk wat dia smpai mati..
kebetulan ada makcik k.ita pandai ngubat..
so, sebagai kwn, xkan kita nak nengok je dia sakit kan..
so, bwk la jmpa makcik k.ita tu..
tp balik dr ngubat tu...mlm tu gak k.ita kena kaco..
n bterusan 3 mlm berturut2...
tapi mlm pertama tu yg sgt teruk..
masa tu dah tdo..tetiba..ada tangan dok usap2 muka...
bygkan..tangan tu..jari / kuku dia panjang2...
pastu dok usap2 muka kita..terasa ok kena pipi ni..
memula rasa mimpi..pastu baru sedar kena ganggu..
terus beranikan diri n tepis n ckp camni..'arghhhh'..
terus terjaga..ingatkan bebetul mimpi..
pastu nengok kat ujung bilik ada lembaga itam sedang berdiri n nengok je k.ita...
aiyoooo..terus pejam mata n bukak balik...ilang dah..giler ahhh

mlm ke2...k.ita terasa mcm ada org dok lompat2 lagi kat katil..
melangkah2 badan suami k.ita..
pastu dia dok ujung kepala..teruk betul la..
terus maki la ..'celaka btul la setan ni..org nak tido ko kaco naper??'..
terus ilang benda tu n dapat tdo smpai pagi..

mlm ke 3...ni mlm penghabisan..k.ita mimpi sakit mata...
so, nengok la kat cermin..sekali kt bahagian mata yg merah tu..ada berengga lalat [telo lalat]..
alahai..takut giler..terus terjaga xde terpisat2..
tp masa mmpi tu ada jugak benda tu mcm marah ngan k.ita..sbb tolong kawan tu..
hmm..biler bagitau ngan mcik..dia suh dtg mandi limau..
mmg benda tu marah giler la..sbb k.ita tolong kwn tu..
plus k.ita boleh juga nengok2kan org sket2...
tp mujur gak la sbb kawan tu biler berubat ngan org lain..k.ita x kena kaco dah..
sbb kwn tu kena cari org berubat yg sama negeri ngan benda yg dihantar..
hmmm..ntahla..tp mmg menakutkan betul la...
keji btul..kita nk tolong..kita pulak yg kena kan..
tapi xpela..yg penting benda tu berani usik2 je..xde la sampai nk memudaratkan diri kita gak kan..

kisah 3

ni x tau la kalo peeja n pembaca nak percaya ke x..
ni kisah berlaku pada akak k.ita..masa tu dia mcm kesesakan duit sgt..
pastu ada 1 mlm tu..dia mimpi arwah mak k.ita dtg...
arwah mak k.ita bagi dia note rm50 bergulung2...selit kat tgn dia..
esoknya..dia bgn..seluk poket..nengok2 ada duit tu ok..hahaha..percaya x/??
terus dia sms k.ita bgtau..
xpercaya x boleh..sbb ada bukti..hmm..ni org kata kebetulan la kan..sbb maybe arwah dpt merasakan yg akak k.ita masa tu tgh susah ke cmn ntah..
cukup dulu la kot...nnt kalo kisah mistik lg..k.ita emel lg blh?haha


..................................................................................................
wsalam kak ita,

thanks for the email n baca blog pija ngan mama :)
pija ni mmg penggemar cerita2 hantu ni.
so tahap ketakutan tak sama macam orang lain.
tapi penggemar cerita je yea. takmo la betul2.
kadang2 bila baca macam2 kisah orang. rasa macam. hhhmmm. mmg ada ke?
kalau akak tanya baca ni takut ke tak. mmg tak rasa apa.
tapi bayangkan kalau la betul2 ada kat situasi akak tu. haiyohhhh.
takmo la. silap2 terus tido takmo bangun2 dah.

pasal kisah last tu pernah jugak dengar.
tak pernah la jadi kat diri sendiri.
if pernah pun. time tu tgh susah sangat.
sekali tiba2 ada kawan yang bertahun tak jumpa call kata nak jumpa.
tetiba dia bg duit. dia kata dia mimpi. dalam mimpi tu kita tgh susah.
kuasa Allah kan. Wallahualam.

ok kak i.ta. kalau ada apa2 nak email lagi.
u're most welcome. :)

Asyik salahkan benda yg sama.

Hujan lebat.
Suka. Sebab sejuk.
Tapi hati pun rasa mcm tu.
Rasa nak nangis selebat hujan ni jugak.
No reason. Gila.

I think its PMS la.
Rasa emo. Sedih. Nak marah pun ada.
Wtf.
N as usual salahkan pms kan.
:(


Sent via BlackBerry from Maxis

23 February 2011

‎​~Costs of Pregnancy~

Ok mau share broadcast msg dpd bbm.
Copy paste je.

An 18 year old Italian girl tells her Mom that she has missed her period for 2 months.
Very worried, the mother goes to the drugstore and buys a pregnancy kit.
The test result shows that the girl is pregnant.
Shouting, cursing, crying, the mother says, 'who was the pig that did this to you? I want to know!'.
The girl picks up the phone and makes a call.  

Half an hour later, a Ferrari stops in front of their house.
A mature and distinguished man with gray hair and impeccably dressed in an Armani suit steps out of the Ferrari and enters the house.

He sits in the living room with the father, mother, and the girl and tells them:
'Good morning, your daughter has informed me of the problem.
I can't marry her because of my personal family situation but I'll take charge.  
I will pay all costs and provide for your daughter for the rest of her life.

Additionally, if a girl is born, I will bequeath a Ferrari, a beach house, 2 retail stores, a townhouse, a beachfront villa, and a $2,000,000 bank account.
If a boy is born, my legacy will be a couple of factories and a $4,000,000 bank account.
If twins, they will receive a factory and $2,000,000 each.

However, if there is a miscarriage, what do you suggest I do?'
At this point, the father, who had remained silent, places a hand firmly on the man's shoulder and tells him,
'You try again!'

ƪ(˘⌣˘)┐ƪ(˘⌣˘)ʃ┌(˘⌣˘)ʃ

Hahahhahahaha. Lawak kan.
Tp ye la. Kau gila. Melampau offer dia.
Silap2 if la aku jd mak budak tu.
Aku siap offer diri pulak. Bg I pregnant jugak plissss. Wahhh melampau.
Terus lelaki tu lari pecut kan. ;p x sanggop.

Ok tu je. Nite bitches.

Sent via BlackBerry from Maxis

20 February 2011

Selamat apa yea?

Cannot sleep.
Dah main game.
Main worm.
Tension sebab selalu main quick game je. Menang :)
Tapi bila main campaign. Payah betul nak lepas level. Bengangggg.
Rasa nak bunuh orang.
Ceh. Nak bunuh kelakatu pun terkulat2 nak bunuh orang konon. Hahah.

Ke twitter.
Twitter yg x best sbb ubertwitter suspended. Kena pakai twitter 4 bb. X suka.
Terus xde mood nak ngadap twitter.

Then tgk tv. Tah apa2 cerita.
Ni tgh tgk anaconda pulak.
Hadap je la kan.
Tgh golek2 kat tilam lulu join.
Pandai sangat.
Mau tido sama2 ke?
Geram kan tgk pic tu. ;p

Like kucing, like tuan.
So nak ucapkan selamat malam.
Eh ke dah boleh wish selamat pagi eh?
Apa2 aje la kan.
Ok ta-ta.
Sent via BlackBerry from Maxis

17 February 2011

expose mistik : nak berkawan

Hello Peej..

Dah lama gila rasa mcm nak share my experiences with you and your readers.
Tapi sangat la slalu tak de masa.
So meh i citekan sebelum 2011 dtg.
;)

Dolu masa skolah.
I was in this famous girls school in Penang.
We were always competing with Penang Free School.
So some here might know which school was this.
Oleh kerana mengadapi tekanan jiwa dok kat rumah masa tu.
I decided to stay in hostel je masa dekat2 nak SPM.
Kunun nak study tapi idak pun.
Mcm tu jugak la lagi sejam ada paper baru teringin nak bukak buku.
Well nvm that.

Kita sume tau kot org kata bila period jangan pegi toilet masa Maghrib kan?
Aku pun tatau apa yang jadi ari tu yang membuatkan aku siap pegi mandi masa Maghrib.
Yang lain sume lepas prep terus mandi dan siap2 nak turun solat.
Dorm kitorang masa ni best.
All of us stayed together in a huge room.
Bayangkan about more than 20 of us were there.
That was so much fun!

Okay back to the story.
Sume org dah turun nak pegi solat.
Aku plak baru bangun tido.
Owh yea aku tido masa prep dan semua2 masa la.
Hobi di masa lapang.

Bangun tu aku tgk suma org dah siap so I went to the bathroom to take shower.
Rasa macam ada org mandi dgn aku.
Tapi aku buat bodo je sbb aku ni mmg boleh tau kalau ada benda.
Then aku jalan balik ke dorm.
Dok la menyikat rambut yang panjang masa tu.
Skali ada org kuis bahu aku.
Aku pusing tak de sapa.
Pastu dengar bunyi mcm benda jatuh ke lantai.
Rasa macam hanger.
Aku cari lagi tak de pun.
Bunyi sangat banyak kali lalu aku pun hangin.
“Dia “ tau agaknye aku hangin.
Dia main hide and seek plak dari blakang almari kawan aku.
Yang herannya.
Blakang almari itu adalah dinding.
Macam mana ada org plak blakang tu.
Memula aku ingatkan mmg kawan aku sbb dia tu kecik je so muat la kot dok blakang tu.
Pastu aku nampak kepala kawan aku tu dok kuar ke depan kemudian masuk balik ke celah almari tu.
Dan kepala tu seakan2 berterbangan.
Okay sah.
Bukan kawan aku.

Masa tu aku sket pun tak takot.
Pastu aku keluar drpd dorm panggil kawan aku kat surau yang hanya satu tingkat bawah tu.
Dia kuar drpd surau.
Skali baju tu sama okay mcm baju org yang main hide and seek dgn aku.
Aku cakap
“Okay solat cepat then panggil sume naik atas.
Aku nampak kepala hang terbang kat atas ni.”
Kecoh kejap kat bawah.
Aku kat atas lagi.
“Dia” marah kot aku cite pasal dia kat org.
Dia switch off lampu masa aku dok siap.
Aku cakap
“Ye la ye la aku turunnn!”

Dah naik lepas Isyak.
Suma org buat bulatan dan baca surah Yassin ramai2.
Lepas dah settle kitorang amik comforter sume tido beramai2 seperti biasa kat lantai.
Senang nak bergossip.
Aku ada sorang kawan baik bernama A yang slalu tido dgn aku.
Malam tu aku tido tepi dia kat tengah2.
Tgh malam aku terjaga.
Tetiba hati aku rasa sangat dup dap dup dap.
Rasa mcm ada mata merah dok tgk aku.
Aku bukak mata dan cari.
“Dia” tak de.
Pastu rasa mcm “dia” tido sebelah aku.
Aku bangun dan terus pegi tido kat ujung skali.
Aku rasa “dia” tgk aku.
Sambil dok baca surah Qursi sambil dok teringat dolu ada sorang akak ni kena.
Dia kelam kabut baca surah Qursi sampai tersalah lalu benda tu dtg sebelah dia and cakap
“Salah tuuuu”.
Sib baik aku tak kena mcm tu.

Pastu aku pun tido.
Then aku rasa ada org panjat badan aku!
Terus aku bukak mata.
Nampak bayang2 sorang junior aku tgh nak cium aku.
Then dia terkejut tetiba dia ilang.
Cibsss betoi.
Aku dah bengang dah masa tu.
Sib baik tak terkencing ke terpengsan ke apa.
Yang lawaknya aku siap sempat sambung tido.
Esoknya kawan aku A tu tanya apsal aku bangun tido ujung.
Aku cakap tak selesa.
Then A cakap.
“Hang tau tak masa hang bangun tu ada benda hitam besaq dok berdiri depan kita.
Benda tu dok tengok hang sampai hang pi tidoq kat hujung sana.
Bila dia tgk aku dia hilang”
OMGGGG sangat la Expose Mistik okay.

A week after that aku MC.
Balik rumah.
Bila aku dah balik ke hostel.
Si A ni tanya.
“Ptg smlm hang balik ke?”
Aku cakap tak sbb masa tu aku baru balik.
A cakap.
Aku dtg kat dia masa dia tgh tido PETANG smlm.
Aku bawak bantal teddy bear aku mcm biasa and duduk sebelah dia.
Dia buat bodo je ingatkan aku mmg balik.
And dia ingat suma org nampak aku.
Benda tu cakap kat dia yang benda tu sedey.
Bila tanya pasal apa.
Benda tu cakap
“Dorang suma tanak kawan dgn aku.
Aku nak kawan je”
Pastu benda tu naik balik atas katil aku dan tido.
Owh sungguh scary lepas tu aku dah tak tido atas katil tu lagi.
Hari2 aku akan buat masalah supaya aku bley balik rumah.

Okay ada banyak lagi tapi malas dah nak type.
Nanti aku rajin aku buat lagi.
Slmt raye.

-maz-

.........................................................................................

hoih. suka tau potong stim macam ni.
time tengah peak ni la kau stop kan.
takpa. akan ku tunggu sambungan. ngeeee.

huih banyak jugak waiting list nak post cerita ni kan.
sebab dpd cerita ni. nampak sgt email ni sebelum masuk 2011.
oh bila check. betul2 31st dec 2010.

aku ni ketagih cerita hantu betul.
cerita je ok. betul2 tak mauuuu. 
ok selamat malam jumaat semua. 

16 February 2011

T-peej ke t-ja?

Yeszaaaa.
I'm officially an aunty now. ;p
Zeity selamat lahirkan baby girl on 14th Feb 2011.
Berat baby 2.95kg.
So perkenalkan Nurzara Sofea. ;)

Plan awal nak blk weekend.
Tapi sebabkan noy n mama x menyabar nak tgk kenit tu.
So td balik gak bergerak around 6ish.
Terus pergi melawat baby.
Gerammm. Tp tido aje.
As usual aku still x berani pegang2 la kan.

Aku still x decide nak gelarkan diri apa.
Ada gak terfikir nak panggil t-ja.
Singkatan aunty pija la konon.
Tp mcm tumpang popularity blogger glamour tijah tu kan.
Kang kena bayar royalty pulak kan. Pitamss.

Then smlm rinie cadangkan t-peej.
Hmmm. Best gak kan.
Theh kak azilah pulak kata pakai t-ja aje.
Sbb adik dia ada nama pija. Anak buah semua panggil t-ja je.
So tgh pikir2 lg ni. T-ja or t-peej. Hahaha.

Entry penuh nanti2 la aku share yek.
Td plan nak mkn ikan bakar. X jadi. Tsk. Emosi.
Tp takpa. Sat lg breakfast dpt makan nasi lemak n roti canai kampung yang super sedap orgasma berganda.
Wah over.

Aik. Dpd cerita pasal si kenit.
Tiba2 cerita makan. Tah apa2 tah.
Ok la. T-peej/t-ja mintak diri dulu la.
Ngehhh. So gedik.
Ok byeeee.
Sent via BlackBerry from Maxis

12 February 2011

Golek-golek

Saje nak share pic dua ni tergolek2.
Geram kan.
X tahan betul.

Busy betul lately.
Bukan busy apa pun. Busy ngemas sana sini.
Kan umah baru settle buat plaster ceiling tu. So berabuk kemain.
Then before proceed buat lain.
Kena la cat2.
As usual aku kena la kan.
Tapi xpe. Bukan banyak pun.

Tu pun nasib dah amik daily maid tu.
Tolong ngemas. So xde la penat sgt kan.
Membantu sangat :)

Ni aku kat saloon ni.
Nak color rambut ;p
Roots dah ketara sangat. Buruks.
Tadi ada tanya kat twitter.
Elok color macam sekarang with highlight ke?
Or brunette xde highlight.
Ramai kata brunette.
So ikut suggestion mereka la kan. :)

Huish ramai lak kat saloon ni.
Full house. Kena tunggu turn ni.
Ok chiow.

Btw, weekend korang macam mana? ;)
Sent via BlackBerry from Maxis

10 February 2011

expose mistik : pengalaman di asrama.

wsalam to D,

sorry last week takda cerita.
terlupa nak tepek. ;p
orang busy cuti. aku pun feeling ala2 cuti kan.
so ni sila baca. ada dua kisah yea.
selamat malam jumaat semua. muaahahaha.
wah tetiba feeling gelak syaiton kan.

............................................................................................

salam peej.
saya funky_D, reader blog peejburhan.
pernah komen kat entry peej dulu. 
tetiba terasa nak share cerita hantu dgn peej lepas baca cerita hantu yatie chomel.
Dulu skola asrama teknik dok asrama. 
macam2 la kawan2 kena gangguan2 ni. slalu tu D x kena. cuma ada rasa hati x sedap jela.

Bunyi anjing menyalak bertukar
benda ni berlaku masa form 5. kira dah senior la. 
belakang hostel hutan. baru di tebang sbb nak bina apartment. 
D tido katil bawah sebelah dengan tingkap n dekat dengan pintu dorm. 
atas katil D memang xde org. katil kitorg cantum 2. 
sebelah D ada sorg lagi senior nama die A. atas katil die junior.
malam tu D dah rasa x sedap hati dah tapi D buat xtau je. 
sebelum tido tu, budak hostel semua kecoh cakap ada banyak anjing kat luar pagar hostel. 
maybe diorg nak aim kucing2 yg dok kat hostel. 
hostel kitorg memang banyak kucing.

D tido macam biasa. 
dalam pukul 1 camtu, D dengar bunyi anjing menyalak dalam bilangan yg banyak. 
macam gaduh2 betul2 kat bawah bangunan dorm hostel D.
tetiba bunyi salakan anjing tu bertukar jadi suara garau. 
ala macam slalu dlm cerita hantu tu tapi lebih menyeramkan sbb bunyi tu makin lama makin dekat dengan telinga D. 
bayangkan D tengah tido terus terjaga tapi mata tertutup. 
sbb macam melekat xleh buka. benda tu dah stop bunyi tapi D dapat rasa ada 'benda' pandang D n diri sebelah D. 
antara tingkap dgn katil D ada gap so 'benda' tu diri kat situ. 
pastu die bergalih duduk kat hujung katil lak. lama ok.
D dah siap baca ayat kursi banyak kali tapi bila sampai ayat last je x lepas. 
asyik salah baca je. nak jugak kejutkan A tapi badan xleh gerak. 
D tido terlentang. memang takut giler.
dah kol 4.30 junior atas katil A bangun nak gi mandi barula D berani buka mata terus lari kat katil depan D terus peluk tiang katil. 
masa tu budak2 dorm dah pelik. D siap menggigil ok!
bila cerita kat kawan2 diorg semua pelik sbb diorg cuma dengar anjing menyalak je. 
cuma ada sorg budak dorm D yg tido dorm lain yg dengar benda sama dgn D. 
die pun ingat die mimpi tapi rupa2nye kitorg 2 org je dengar.
sebenarnya ada lagi cerita tapi tetiba je seram. 
ada gak D tulis satu cerita kat blog.


(alang2 aku tepek sini yea)

ini adalah kisah benar yg berlaku pada aku.

insiden ni berlaku masa aku skola teknik form 4. aku dok dorm kat blok paling hujung, bangunan baru. dorm aku tingkat 3. sebelah dorm aku ni ada skola lain. skola biasa. belakang skola biasa tu hutan. tapi masa tu ada kerja2 pembinaan rumah.jarak antara dorm aku dgn skola di pisahkan oleh jalan ke tapak pembinaan tu saje.

aras 3 tu ada 3 dorm dan 2 bilik penyelia asrama. dorm aku terletak di tengah2 antara 2 dorm. dlm dorm ada 10 katil 2 tingkat. biasanye junior akan kena tido katil atas la. katil aku ni kat tgh2. sila rujuk gambarajah bawah.





kiri tu almari baju. merah tu tingkap yg menghadap skola biasa tu. kuning tu pintu masuk dorm. 'me' adalah kedudukan katil aku. sila ingat yg aku tido katil atas ye.

aku ni xtau la nape. sejak skola kat situ boleh dengar macam2 benda yg org lain xleh dengar pastu kalau bulu roma aku meremang je mesti ada benda yg x kena. aku masa junior mmg rajin studi mlm2. (banyak homework sebenarnye.) tapi paling lewat pun sampai 2.30pagi jela sbb kol 4.30 dah nak kena bangun sbb nak rebut bilik air. kalau x, x mandi la aku jawabnye.

so satu malam ni aku rasa semacam. jadi aku tido awal la. senior aku ada lagi yg stay up. aku tido cam biasa la. xtau masa tu kol berapa tah aku leh terbangun lak. aku jeling bawah. tgk semua org dah tido. tiba2 aku dgr suara sayup2 je. macam memanggil2 aku. aku ni leh tebiat apa tah leh terus bangun.

aku rasa bulu roma tengkuk aku dah naik dah. aku kejutkan kawan aku. katil die bertentang dgn aku n mengadap tingkap. aku bisik kat die.
"Fiza (bukan nama sebenar) , kau dengar x bunyi tu"
die dgn mamai buka mata sikit n jawab nak xnk je. "bunyi apa? sambung tido jela. aku x dengar bunyi apa2 pun" pastu die sambung tido balik.

aku cam nak sambung tido balik tapi suara tu makin lama makin kuat. xtau mana dtg keberanian aku ni aku leh turun katil n jalan gi tingkap betul2 sebelah fiza.kebetulan tingkap tu terkuak sikit so aku leh nampak skola kat sebelah dorm aku. depan skola biasa ni ada sebatang pokok besar. dari celah2 ruang tingkap tu aku leh nampak ada benda putih tgh bertenggek kat atas dahan pokok tu. tiba2 suara yg aku dengar tadi makin lama makin kuat. sayup2 die memanggil nama "ayuuuuuuuuuu.........aaaaaaaaayuuuuuuuuu.............aaaaayuuuuuuuu......."

'benda' tu rambut nye mengurai panjang ke tanah dan matanye merah. itu je yg aku leh nampak. yg lain2 cam kabur. aku kelip2 mata aku. cam x pecaya je dgn apa yg aku nampak. aku dekatkan mata aku kat celah tingkap tapi masih kabur. tangan aku dah gatal nak buka tingkap tapi entah nape kaki aku cam xleh gerak. rasa menggigil. aku batalkan niat aku tu dan naik balik atas katil. aku tutup muka dgn selimut tapi suara tu masih ada.

giler seram ok. esok paginye aku tanye budak2 dorm aku ada dengar bunyi x. xde sorg pun yg dengar .


then masa form 5 pun aku kena lagi sampai la aku duduk balik dgn family n kerja pun dekat2 rumah baru la semua bunyi2 menyeramkan tu aku dah x dengar dah. sebenarnya masa form 5 aku kena lagi teruk dan lagi seram dari yg aku cerita ni tapi xnak cerita la yek sbb aku menaip ni pun amik masa. sbb ngeri n seram je bila ingat balik. 


hope you like it!

dari funky_D

09 February 2011

Masih ada skill ;p

Tadi noy bebel2 kat aku.
Sbb kening aku dah ala2 gorilla.
Aku mmg malas nak pluck sebab biasa la dah start threading ni. Nak buat sendiri malas.
Dah la upper lips dah ala2, "ada misai piulerrr".
Konon2 alang2 tu. Tunggu je la buat sekali kan.
So akhirnya mmg macam harem.

Noy : ish kening kau ni. Cabut la.
Me : biar la bukan nak pergi mana2 pun.
Noy : kau selalu mcm ni kan. Bila ada bf suka comot2.
Me : biar laaaaa. Aku nak pergi threading la.
Noy : cabut la sendiri.
Me : aku xde twizer(eh mcm mana eja?) la.
Noy : saya ada la. Buruk betul la.
Me : sibuk la.

Pastu gaduh2.
Pastu insap. Aku slow2 amik twizzer tu pluck slow2.
Wah kagums.
Masih ada skill n touch dia.

Fine lepas ni nak lawa2 blk.
Pemalash betul.
Weekend nak color roots la.
Buruk betul dah hitam byk.
Ke nak colour semua color lain eyh?
Warna gelap sikit. Perlu highlight ke?
Ngeh ngeh.

Sent via BlackBerry from Maxis

03 February 2011

Make-up

Lama kan menyepi.
Cea macam lama sangat. Baru berapa hari je kan.
Nampak gambar itu?
Ye rumah adalah seperti kena bom.
Sebab dlm proses make up umah.
Ni aku main snap aje ni.

Ada snap few pics kat camera.
Tp biasalah aku ni kan.
Dah rasa2 dah basi nanti baru update.
So ni bagi live update before buat proper entry kan.

So hari ni masuk hari ke 5 x dpt tgk tv.
Heheh. Aku ok aje. Tp papa la tension kan x dpt tgk bola.
Pc ada la. Tapi keselesaan itu xda.
So x update la.
Pastu dok tolong mama n papa kemas2 n alih2 barang.
Sapa lagi nak buat kan.
Bak kata noy, "tu la, sapa suruh jadi 'khloe' in the family"
Kan ada episode kardashian tu.
Yang khloe bengang asal kerja2 berat je dia kena buat kan. Heheh.
Ye. That's me. Tu la sapa suruh jadi besar kan.

Ni sebenarnya x sihat ni.
Tah la. 2 hari sakit kepala melampau.
Pastu sakit pinggang. Ngan angin lagi.
Haiyohhh tua tau.
Macam2 penyakit.

Mama : kenapa nak?
Me : ntah sakit pinggang la. N angin la. Nak kena urut la.
Mama : entah. Mama dulu masa anak dara x pernah sakit2 ni. Dah kawin, ye. Baru sakit sana-sini.Kau macam2 pulak kan.
Me : mama. Mama anak dara tu umur mama berapa? Mama 21 dah kawin kot. Pija nak masuk 28 ok. Mama 28 dah nak masuk 3 anak.
Mama : a ah yea. Betul la. Hmmm. Dah banyak umur anak mama. X kawin lagi. Kesian.
Me : banyak la. Korang la asyik suruh tunggu2.
Mama : heheh. Satu-satu la kan. Insyallah jodoh ada. Lepas ni kau pulak.

Very the keji tau.
Ni papa tgh pujuk suruh mak kawin tahun depan uolls.
Apa la nasib.
Dah ala2 tapai ok.

Ok la. Tu je. Nak nyanyi lagu, 'jeritan batinku'. *haha tetibe*

Nota buntuit : wth. Dpd cerita umah tetiba cerita kawin. Mmg jeritan batinku tau. Muahahhahahaha.
Sent via BlackBerry from Maxis

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...