29 January 2011

Ku susun sepuluh jari.

Salam semua,

Pija nak mintak maaf sebab lately ni pija sibuk sangat.
Nak update selalu pun x dapat.
Kalau ada masa terluang mesti adik pija, noy guna pc.
Sebab banyak nak google.
Kadang2 rasa nak cekik dia.
Eh tak boleh, tak baik cekik adik sendiri kan kawan2. :)
Lagi pun itu pc dia. X malu nak cekik tuan pc pulak.
Maaf terkasar bahasa.

Ok la. Itu sahaja.
Kalau ada masa pija akan gigih update lagi ye.
Pija undur diri dulu ye rakan2.
Ku hulur sepuluh jari memohon maaf ye.

Huarghhhhhhhhhhh. Pitam x?
Mentang2 pic pakai tudung tetibe ayu abis kan.
Dah lama x gedik mcm ni. Dulu pernah sekali. Semua rasa nak lempang kan.
Aku pun type ni geli2 buntuit ok. Hahah.
Tapi if aku betul2 mcm tun mesti sejuk perut mak mengandung kan.
Dotdot pun silap2 esok jugak ajak kawin. Kehhhhhhh.

If mcm tu la. Boleh tukar nama peej embun. Hahaha.
Sbb td tweet pic ni, annasuejie (sorry x reti link pakai bb. Tgk link kat sidebar kiri) kata rupa aku sesuci embun pagi.
Wahahahah. Pitam kan. Nasib kesihatan aku elok.
Kalau tak time baca tu boleh tercirs birs mak enche.

Ok tu je.
Ada masa update lagi ye. :)

Sent via BlackBerry from Maxis

28 January 2011

Testing..testing - part 2

Kan aku punya quota untuk pic dah abis.
So xleh guna la yg lama.
Even yang candid camera atas ni pun xleh masukkan pic dah. Tsk.

So kalau xleh masuk pic.
Xleh la blog ngan bb yg ada pic.
So kasi setting kat email baru utk new author tu.
Ni mau kasi try. Berjaya x.
Ngeheheheheheh.

Ni pic aku snap rabu malam khamis ari tu kot.
Ada cerita langsuir jamilah.
Cerita so-so la.
Tp sumpah muka hantu dia scary.
Lagi scary dpd khurafat tu.

Takut hantu ni sampai aku jadi jumpy.
Dgr lift mcm bunyi kedekang.
Takut punya pasal terus naik tangga. ;p
X suka betul. Ni x clear pic dia.
Ada yg noy tweet lg clear. Scaryyyyy.

Oh tu je. Happy weekend :)
Sent via BlackBerry from Maxis

27 January 2011

expose mistik : lompat-lompat n jilat darah

salam peej..

ni ckit cita aku nk kongsi dengan semua..

pocong n kena 'tindih'
cita ni jadi kt aku masa aku blajar kt unitar, sungkai , perak dulu..
dulu kt sana, bdak2 unitar kena kongsi bilik dgn bdak2 matrik..

4 bdak matrik & 4 budak unitar. 
depa ckp kt blok pompuan ada pocong kt tingkat 2. 
mmg tempat famous dia la. 
aku n kawan2 dok tgkat 3, suma ada 4 tngkat. 
so, ada 1 masa 2, budak2 matrik cuti sem. 

lecture suruh kami kongsi bilik dgn kawan unitar yg lain. 
cuma tingkat 1 & 2 ja yg bleh guna. 
kebetulan aku kena dok kt tingkat 2. 
malam 2 kami tdoq lambat sbb nak study la konon..
tiba2 kwn aku dr perlis ni nampak kepala perempuan kat meja study tepi tingkap. 
kami semua terus tutup lampu n tidor. 
mlm tu jugak 1st time aku kena 'tindih'..benda 2 siap ckp dgn aku lg..


benda : hang kenai aku x? (aku ni org penang heran gak benda 2 loghat utara..btoi ni)
aku : aku x kenai
benda : betoi hang x kenai? (lagi kuat dia tindih)
aku : betoi!!
benda : aku malaikat..terus dia menjerit kuat2


lepas 2 terus aku dpt lepas dr dia. 

start dr aritu aku kerap kena tindih.
tapi aku boleh tau kalau aku nak kena tindih, 
aku boleh dengar suara benda2 2 menjerit kat telinga aku.
malam esok, aku tidor kat lantai dgn kezen aku. 

kami belajar sama. 
pastu siap boleh dengar pocong dok lompat2 kat luar. 
bayangkan kalau pocong 2 tiba2 tersengih dpn pintu..ish..xtau la.

pontianak jilat darah


abih cita 2. ni cita sepupu aku yg lain kat asrama dia. 
mlm 2 dia nak pi toilet. 
sapa pun xmau teman dia. 
dah x tahan sgt, dia pi sorg. 
lepas kencing dia nampak ada pontianak dok jilat darah kat pad. 
kan dlm toilet ada sanitary bin. 
benda 2 dok bertenggek atas 2 ar sambil jilat darah. 
esok 2 dia demam sampai masuk spital.

anak bleh scan


cita kat atas 2 semua jd 7/8 tahun dulu. 
la ni aku dah kawen n ada anak 2 org. 
anak ke2 aku ni (3thn, boy) boleh 'scan'. 
selalu gak dia nampak benda2 ni. 
paling kerap dia nampak dlm bilik abg aku. 
kalau dia nampak dia akan bagi tau kami benda 2 ada kat mana n mcm mana. bayang kan time nak tidor, anak aku bagitau "mama..ada benda 2 atas almari". almari 2 ujung katil aku. time 2 hasben aku keja mlm lak. 
so, mlm 2 tidor bukak lmpu la jwbnya.
ada gak kami pi jumpa org bijak pandai ni..
mula2 tu ok la..tp lama2 anak aku nampak balik. 
bukan kat rumah ja, kalau kuar jln2 pun, kalu dia nmpak dia akn bagitau. 
kat rumah sapa2 yg ada pun nanti dia bagitau.

cukup kot takat ni. ada banyak lagi. aku xreti nak cita sebenarnya. nanti aku share len kali k..

tq peej..



-siti ishak-
..................................................................


wsalam siti,


macam2 kan. gila kejam yang tindih tu.
betul ke malaikat eyh?
tak kan malaikat kacau2 kan?
Wallahualam.


rasanya pasal jilat2 pad tu mesti setiap asrama ada kan.
macam aku dulu orang cerita turun tumurun la.
takda la pernah jadi kat orang terdekat ke apa kan.


pasal boleh scan tu kan. masing2 punya kelebihan kan.
ada cousin aku sorang macam tu.
tapi aku cukup pantang tetibe dia baik hati nak bg tau aku, "baik2 pergi dapur tu. tadi orang nampak ada kat penjuru tu"
wth. terima kasihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
xnak tau plisssssss.
tsk.


oh kalau korang rasa nak share cerita expose mistik korang.
boleh email to me
tak kira la ada blog ke takda. ok aje.


email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
title : expose mistik


ok selamat bermalam jumaat.
eh jap. orang dah kawin if malam jumaat je hati banyak senang kan.
orang belum kawin kalau malam jumaat suspence je kan. keji.
bila aku lak nak sengih2 bila malam jumaat ni? ooppss.
hahahaha.
ok bye.

20 January 2011

expose mistik : bunjut

Hello kak peej.. saya pun nak share satu cerita mistik..hehe

Sebelum tu,saya nak tanya if ada siapa2 ada pernah baca tak buku 'True Singapore Ghost Stories by Russell Lee'. Ada kisah Nina,uncle dia baru lepas kahwin & nak honeymoon kat Pahang. Uncle & wife nak travel ke Pahang naik kereta je sebab konon nak romantik2 la.. & diaorang nak ke Pahang tak lalu highway tol,tapi diaorang lalu jalan alternatif yang tak silap lalu kampung temerloh yang biasanya cuma lorries je lalu sebab nak elak tol.. on the way tu diaorang lalu hutan2.. & kemudian uncle dia mati sebab kena bunuh dengan cik ponti.. ok enough pasal tu sebab jalan alternatif tu ada kaitan dengan cerita saya alami ni.

berapa tahun yang lepas, saya belajar kat uitm jengka kat pahang. Lifestyle kat uitm jengka memang tak sama & tak fun macam uitm shah alam. before maghrib je town dah gelap,sunyi..semua kedai tutup.. & mostly student kalau nak berlepak-lepaking atau nak keluar malam mmg jarang lah kat town jengka & kiteorg pergi town temerloh or kuantan. itu pun town temerloh & kuantan pun tak best & tutup awal. Curfew uitm jengka plak time tu pukul 9, memang tak sempat nak balik hostel. nak tak nak kena la overnight kat luar. so alkisahnya tentang saya & my bf keluar malam terlepas pukul 9 & terpaksa overnight kat luar. sambil2 overnight tu kiteorg decided turun KL je la lepak2 kat mamak 24 hours. masa tu dah tengah sem & of course duit pun takde sgt, kiteorg pun lalu lah jalan alternatif temerloh tu.

bergilir-gilir saya dgn bf saya drive.masing-masing mengantuk, masing-masing suruh bawak kereta.. masa tu pukul 3 pagi tak silap, my bf suruh saya bawak kete sebab dah turn saya,& dia mengantuk sesgt..  saya mengada2 masa tu, saya malas penat & ngantuk juga..bergaduh2 la dgn bf saya & saya terpaksa bawak juga sbb kesian dia je bawak lama..hoho.. ok saya pun bawak...tgh drive saya still marah2 gaduh2 dengan dia siap nak nangis la alasan taknak bawak kete sebab saya tak bawak spekmata saya,so tak nampak...tu semua alasan tak nak bawak kereta je hehe..tgh2 gaduh dengan dia, saya pun usha la rear view mirror saya tu sebab lorries sokmo kasi high-beam lights nak potong saya.. ok..tiba-tiba.. saya ternampak.. satu benda panjang colour putih tau, kat tepi pokok.. fine,saya dah agak tu pocong tapi saya just macam buat2 tak tau je la & berpikiran positif, tu maybe tiang panjang colour putih,saya rabun, so tak sure la tu apa sebnarnya..fine..gaduh2 lagi dengan bf..pastu saya pandang lagi cermin tu, eh ada lagi..saya bawak 110km/hr camtu kot, and kalau ikut logic pandangan perspektif,makin jauh kita nampak makin kecil objek kan?? tapi ni tak..macam makin besar means makin dekat.. saya bawak kereta lagi laju, & pandang cermin,still ada lagi! bawak laju lagi sambil2 nangis marah2 bf..sebenarnya dah rasa takut lemah kaki.. pandang cermin tu lagi,serious shit 'benda' tu dekat dengan kereta kiteorang macam dia kejar,& seriously saya nampak bunjut kat atas kepala 'benda' tu,.apelagi saya pecut laju sampai bf saya cam takut dengan saya nangis over..dia pun paksa saya benti je kat tepi jalan,gila tepi hutan tebal kot..saya taknak..saya diam nangis & saya tak nak tengok cermin tu..& pastu bf saya pujuk slow down & benti & banyak kali say sorry ok2 dia drive..pastu sampai la kat satu perkampungan ,ada kedai mkn yg ada org..saya pun benti..pastu pindah seat dgn bf..saya nangis2.. bf saya pun tanye kenapa..saya pun cete.. pastu die tak kate pape die pun terus pecut smpai kl..sejak tu,kiteorag tak kan kedekut lagi nak byr tol highway & overnight jauh2.. sekian..

-miss ewinn-

...............................................................................

hok hok hok. x sukeeeee.
motip nak kejar2 kan.
uncle aku pernah gak. tp itik macam terbang sebelah cermin kereta dia.
ikut logic mmg x la kan. sebab bawak 120km/j
plus wah gila hebat itik terbang laju n jauh kan.
huish. nasib la aku ni xyah travel memalam jauh2 kat highway kan.

p/s : sorry lambat tepek. lupa n tertido lak tadi ;p

Gulp.

Huish memalam tgh scroll twitter.
Ramai yg masih active.
Sebab cuti kan hari ni.
So semua x tido kot.

Then tgk fb yg adalah berapa hari sekali br check.
Nothing interesting.
Aku fb dah kurang. Esp if check dpd bb.
Tah rasa x feel.

Rasa sangap.
Gatai pergi tgk pic2 yg ada dlm hp.
Nampak pic ni. Rasa nak pitam.
Ni breakfast semalam.
mama buat sukun goreng cicah sambal tumis ikan bilis.
Oh Our God! *ayat zizan n johan in shout awards* menangis ok. Sebab mmg sedap gilaaaa!!!
Dah la sambal pedas. Terbaik ok.

Tapi ni tgk blk adalah stress. Sbb nak lagi plisssss.
Lagi emo sbb sekarang dah pukul berapa kannn.
Banyak la tetiba nak ada sukun ke sambal bagai. Mmg x la kan.
Tsk.

Xpe. Ni nak tido. Harap mimpi sukun.
Bhahaahha. Gila x best mimpi sukun.
Mimpi la remy ishak kan.
Ok lagi tetibe. Byeeeeeeeee.


Sent via BlackBerry from Maxis

19 January 2011

Pelik2 aje

Sorry for the long silence.
Xde masa nak jenguk blog pun.
Melayan kes2 yg x selesai. Kepenatan.
Ni baru ok sikit. Tu pun jap2 lg lelap la ni.

Before lelap type kejap.
Sementara ingat. Kat lupa pulak kan.
Tadi kat toilet aku terdengar alarm hp papa bunyi.
Rasa bengang pun ada. Lawak pun ada.
Papa ni suka set alarm. Berapa banyak tah.
Tapi yang aku ingat ada 3.

Selalu pagi akan bunyi sekali.
Alarm keluar ayat qursi. Ok faham.
Sebab nak bangun subuh kan.
Xde la rasa annoyed ke apa.

Then tgh hari. Rasanya around 1ish mcm tu.
Bunyi lagu apa tah. Standard lagu2 yg mmg ada dlm hp selalu. Melody2 tu.
Omg. Yang ni mmg annoying la.
Trenngggg... Trengggg. Teng teng teng teng.
Aku ni dah la musang. Time2 selalu tido gak. Yg papa pulak x reti2 nak off.
So rasa mcm arghhhhh. selalu mmg aku yg akan off kan.

tapi paling x tahan yang satu ni.
Alarm dia tepat pukul 12am.
Te te tet te te tet.
Motif? Aku n noy xleh terima betul.
Byk kali kita org pertikaikan.

Noy : kenapa hp papa ni?
Papa : papa set alarm
Noy : tau. Untuk apa?
Papa : sbb dah pukul 12.
Me : hahh. Nak buat apa set?
Noy : ntah
Papa : ye la. Bila bunyi papa tau la dah pukul 12.
Me : ok. Tapi untuk apa? Ada apa? Kenapa ngan pukul 12?
Papa : maknanya dah separuh dah malam.
Noy : hahah tah apa2 aje.
Me : tau xpe. Ingat set sebab pukul 12 je papa nak jadi vampire. Hahahh
Noy : kan. Macam dah tiba masa nak hisap darah.

Papa gerak aje. Buat muka ketat xmo layan kita org.
Pelik2 kan. I mean motiffffff?
Kita org tanya ni dah berkali2 n berabad ok.
N until now. Still alarm tu ada.
N everytime bunyi me n noy akan cakap, "haaaa. Dah boleh jadi vampire". Hahaha

Entah la. Papa je yg tau kan motif dia.
Mungkin dia ada merahsiakan sesuatu kot.
Mungkin zaman mudo2 bapak aku adalah edward cullen. Erk.
N mama mungkin bella? Pitammmmm.
2-2 mak x suka. Mak suka taylor. Nyam.

E eh. Over pulak.
Jgn over pija. Nanti org panggil sundelsss. Kah kah kah.

Nota buntuit : aku bukan twilight fans ke apa pun. Saje je. Tau ramai suka kannnnnn?
Sent via BlackBerry from Maxis

15 January 2011

Tak kena masa.

Kami adalah kelaparan tahap dewa.
Kami as in me n noy.
Aku ajak noy pergi krisik. Dah lama x makan tomyam2. Mcm best.
Noy x nak. Sbb dia mcm x sihat.
Br balik from kuwait. Still jet lag n perubahan cuaca kot. Kat sana winter 3 degree x silap.

Macam2 la dlm otak. Nak mc d la apa la.
Then its already 1am, br noy kata nak pergi krisik. Time tu mama dah bising. Dia kata bahaya la bla bla.

Mama : buat la nasi goreng. Tu ayam ada.
Me : xnak la. Mama nak masak?
Mama : korg mmg nak perah tenaga mama. Baik mama mati la.
Me : hello. Org nak mkn luar. Sapa nak nyusahkan.
Mama : dah malam la.

Aku dah berguling2 kat tilam.
Kelaparan.
Tiba mama dtg slow2 baring sebelah aku sambil mengomel, " ish si gemuk ni nak ikutkan si keding. Nak makan malam2 ni. Patut la aku tengok tembam atas bawah. Hihihi"
Kong ajaq. Mulut takda insurance kan.

Tiba2 tanya ada tak bahan2 pasta.
Papa kata ada. So korek. Aik xda apa.
Sbb dorg x sempat gi market.
Tgk ada la spaghetti. Ada satu tin carbonara. Ayam yg kat tempat chilled.
Then ada la carrot n kentang.
Selamba. Mari masak carbonara ala chef noy.

Maka dia buat la. Aku tukang rebus aje.
And blend bawang n cili padi.
Biasa la tekak melayu. Nak pedas aje.
Maka kalau aku la yg sediakan.
Mmg pasta ni pedas meletop. Haha.
Tapi amazingly sedap. Papa pun bertambah2.

Akhir kata. Kenapa lapar pastu makan best?
Tapi tak best bila pikir, ish makan tgh malam. Patut la gemuks.
Apa2 aje la ye, janji gendang gendut tali kecapi... ;p


Sent via BlackBerry from Maxis

13 January 2011

expose mistik - mulut lepas dan bebola ikan? bukan bebola ikan.

Salam,,sebenarnya teruja gak nak citer misteri2 alam ni kat peeja tapi slalu hasrat terbantut..haha..nie mood nak bercerita sudah mari so kite mulakan..

Kes berlaku masa umur saya 17 plus2..kira lepas SPM la..masa tu ingat tak dpt mana2 sebab result spm gred 2..so apply je semer..so dipendekkan dpt masuk ikm kat pahang tu..kira tak pernah dok jauh ngan family..ni 1st time kuar dari kepompong..Kat ikm zaman tahun 1996 tu mana ade bilik2 dia ala2 dorm yg dibezakan dengan locker..dlm satu hostel gittew ade 12 kiub tak silap..( kira katil double decker susun 4 satu kiub..) yg jd sempadan kiub adalah locker yg disusun memanjang..fuhh gigih explain..masa tu saya baru sem 1..so menurut citer2 akak2 senior katanya dolo hostel ni ade kolam..kononla kolam puteri puteri raja mandi manda..tempatnya kat penghujung hostel kat ngan toilet..tapi sebab dh jd hostel kolam tu ditimbus..mmg suasana hostel ni suram..yela hostel lama..

Ikutkan pada masa tu..aku memang tak tak percaya benda2 karut..sebab lom pernah jpa or dengar..so pada satu malam tu..aku ngan berani cakapla..mana ade benda ni..tak pernah tgk pun..teringin nak tengok..huhu..pabila malam menjelmaa...jeng jeng..

Masa tu aku dtg bulan n piriod pain yg guling2..so tgh malam lena tak lena la..tiba2..aku dengar bunyi locker org bukak tutup bukak tutup..vavila..then senyap..then bunyi locker dibuka dari hujung belah kiri satu2 sampai belah kanan..mmg mengeras aku atas katil..tak gerak2..takut seh..buat dia tunjuk muke..aku mmg tak tgk langsung locker2 tu..takut nampak benda bertenggek atas locker..try nak tido mmg tak dapek la..masa tu dok pk..dah le piriod mesti benda ni tau kan..masa tu tawakal la..then benda tu senyap seketika..ko terkejut tak terkejut tiba2 aku nampak pompuan lintas rambut panjang jejak lantai..mmg kejung aku trus..sik baik pompuan tu lalu je..kalo dia say hi..mmg pitam trus aku..kebasahan aku tido dlm ketakutan..esok pagi tu aku tobat kna jaga molot..hmm..

Kes 2..
Dulu masa umah mak aku tgh renovated ade satu insiden..ni adik laki aku citer..dia ni tak sker tido bilik..tempat tido dia ruang tamu..so one nite tu..lepas tgk tv dia tido..( umah aku dolo byk bende2 pelik sebab ade org dengki kat mak aku..mcm2 dia tanam..aku pna jpa tulang mawas balut dlm kain kuningla..botol dlm tu ade tanah kubur..gile saiko org dengki ni)so adik aku ni habit lagi satu sker tido ngan kucing..mak aku penternak kucing yg berjaya..berbelas2 ekor kucing nya..so malam tu adik aku tdo ditemani 5 ekor kucing..kiri kanan..kat celah kangkang die sekor n kat kaki 2 ekor..biasa la kucing sejuk2 sker selit2..adik aku terjaga..dia nampak bebola api dlm rumah..cuak tak cuak..kucing smer mengeras..adik aku pun sama..sempatla dia baca apa2 yg patut..bebola api tu kecik jer..berlegar2 then trus masuk ke toilet n hilang..sejurus lepas tu smer kucing yg tdo ngan adik aku takde..lari ke mana..depa pun tau kot benda tu ade..adik aku trus masuk bilik..iskk..ade byk lagi nak citer mistik ni..pasal aku kna buatan org..nanti aku sambung..boleh tak?kalau tak boleh takpe..hehe..


mamapots
..........................................................................

wsalam,
tu la. aku banyak gak dendar pasal jangan mulut lepas.
siapa yang mulut lepas. mesti akan kena nanti.
take note. saya akan menjaga mulut saya. ;p
tapi serious. tak sangka ramai rupanya yang suka buat2 orang ni kan.
i mean. untuk apa? memang menjadi ke eyh?
serious tak faham.
oh n ye sambung la if rajin. mesti la boleh.
............................................................................

ok ramai nak sambungan adelle kan.
so kasi sambung la yea.
nak sangat kan. ambik. 
............................................................................


Hye peej
Sorry la bukan saje2 nak sepraiskan kamu hehe anyway i have a blog tapi tanak ah bagi cite2 mistik kat situ sbb nanti sendiri takut nak bukak blog sendiri haha
so ok, sini saya sambung. Ececeh mentang-mentang la cuti merayakan kemenangan AFF Suzuki Cup =p


So rawatan tu berkangsung sampai kol nam kan. Siap-siap solat segala kat rumah ustaz tu kitorang pun nak balik. Ustaz tu bagitau mak saya terkena santau angin yang berasaskan minyak. Santau ni ada banyak jenis. Kalau muntah darah tu maksudnya santau dpd darah. So bagi hal saya ni benda yg kuar macam daging ayam tu minyak la agaknya (sebab ustaz tu pun takut kalau cakap dgn sgt kompiden nnt jadi fitnah pulak kalau x benar kan...) sebab tu kalernya putih kuning mcm minyak. Cuma yang mak bersyukur sangat ialah santau tu bukan ditujukan khas kepada saya. Menurut ustaz tu, kalau santau yang dia memang sah-sah nak bagi kita, paling lama pun dua tahun aje la. tapi saya ni diestimate kena ni sejak saya akhir belasan tahun so maybe dah 7,8 tahun kot, ustaz tu pon x pasti.


Cuma ustaz tu cakap sebab saya ni kuat. Maksudnya bukanlah gagah perkasa tapi bila sakit saya selalu lawan. nak jugak g keje. nak jugak buat tu buat ni xde la nak terlantar segala melayan sakit kan. tu la salah satu sebab cemane saya boleh bertahan sampai skrg. sbb selalunya org yg sakit-sakit dalam cam ni kejap je boleh survive. insyaAllah saya akan kuat lalui sume ni. ok, sambung balik.


So nak balik tu rasa macam dunia ni adalah dipenuhi kejahatan. Tak tahu la kenapa perasaan macam tu sangat kuat waktu tu sampai saya memang sangat x kompiden nak jejak tanah. Yela, bayangkan kita yang xde buat ape-ape ni pun kan, tiba-tiba kena santau. maksudnya maybe waktu tu saya tengah jalan-jalan ke tengah beli-beli barang ke tgh test baju ke tengah drive ke kan tiba-tiba angin santau tu lalu n kena badan saya maka saya terus sakit. memang rasa cam nak bertapa terus la kat rumah ustaz tu. tapi kena la balik jugakkan. saya cuti la seminggu.


Masuk opis semula tu kebetulan kolej tengah nak buat beberapa diploma baru maka kami ni sangat la sibuk. mana nak meeting-meeting segala, nak sediakan bahan mengajar sem dpn tu, nak sediakan untuk konvo student lagi. agak busy la. satu hari tu meeting jabatan. saya memang rasa tak sedap la tapi tak tau kenapa. lima minit sekali saya g toilet, muntah. memang sakit lah. kawan-kawan dah pelik kenapa pucat budak ni tapi saya senyum je n cakap sy ok. habis je meeting saya terus lembik terbaring atas sofa. yang saya ingat kawan saya bagi minum air pastu saya rasa lebih cool. rupa-rupanya air tu dah dibacakan oleh sorg ustazah waktu yg saya cam mamai-mamai tu.


Nak dijadikan cerita anak kawan baik saya ni gifted sikit. boleh la rasa-rasa segala kan. Waktu dah lembik macam tu barulah saya bercerita apa jadi kat saya sebenarnya kat kwn saya tu. Rupa-rupanya anak dia dah bagitau dia awal-awal dah waktu 1st time anak dia jumpa saya "Aunty Ad kawan mama tu sakit, ma... Tapi Ahmad (bukan nama dalam surat beranak) tak tau sakit yang macam mana sebab Ahmad tak nampak dia ada 'kawan'..."
Ooooo patut la kwn saya tu & anak dia tu memang sangat-sangat caring dengan saya. Rupa-rupanya dorang tau apa yg saya tak tahu. Syukur sangat dapat kawan yang camtu.


So life goes on. Sampailah saya amek keputusan nak kawen. Dalam pada tu saya masih terus berubat. Sakit? Janganlah tanya. Setiap kali nak jumpa ustaz tu memang saya menangis sebab tak sanggup nak sakit-sakit waktu rawatan. Tapi takkan nak sakit-sakit je sentiasa, kan? Mak dan ayah selalu buat muka kering waktu bawak saya berubat sbb taknak saya putus asa. kesian kan?


Sampailah satu hari sabtu yang mulia (ececeh...) iaitu sehari sebelum saya bertunang. Waktu tu bangun pagi tengok orang dah start sibuk-sibuk bersiap nak last tacap kan. saya pun eksaited la nak menolong bagai. memang sihat sangat la rasanya waktu tu. sampailah kira-kira kol 1130 a.m. saya rasa sakit perut yang sangat-sangat. Sampai perut dah x boleh pegang. saya berpeluh-peluh. waktu mandi sebab dah tak tahan puluh banyak sangat tu, saya muntah keluar lagi yg macam daging-daging tu. sekali lagi saya lembek.


Yang saya ingat adik-adik saya angkat saya masuk kereta n mak bawak ke maktab tempat dia bekerja. Saya menangis sepanjang perjalanan sebab sakit sangat. Sampai kat satu masjid saya muntah. semua air. mengalir la dlm longkang masjid. tapi air kosong je. seolah-olah saya minum bertong-tong air kosong. Lama lepas tu sorang ustaz tu datang. Dia tengok saya. Dia mintak izin kat ayah nak azan. Waktu azan tu haish la saya rasa macam kelakar pon ade. tak paham la kenapa. jahat tol perasaan! padahal baru jap tadi kau menangis-nangis segala bagai kan... tapi saya tahan gelak la. saya cuma senyum-senyum je kat ustaz tu. Tapi perut dah lega sikit. Mak n ayah pun ceritalah yg esok tu majlis bertunang saya. ustaz tu suruh berubat malam tu jugak.

nak dijadikan cerita, sebaik je ustaz tu meninggalkan perkarangan masjid, saya sakit balik. horror tol la. ustaz tu pulak ada hal waktu tu. so parents saya decide bawak je budak ni ke hospital. lepas 3 pain air masuk, tetaplah sakit teramat sangat tu. tau doktor cakap apa? "awak appendiks dan perlu dibedah!" mak kau! hahaha merayu-rayulah saya sebab nak balik kan... sebab saya tau saya xde appendiks segala tu. saya sakit lain! rayu punya rayu, boleh la balik... kalo tak sah-sah malam tu kena operate huhuhu


Seminggu kemudian, lepas isyak parents bawak saya jumpa ustaz tu lagi. Kali ni rawatan gunakan limau pulak. Semua ahli keluarga kena pegang sebiji limau kasturi sambil ustaz tu baca sesuatu pada garam dan lada hitam yang kami bawak. lepas baca-baca dalam setengah jam tu, ustaz tu mintak setiap orang bagi balik limau yang kami pegang. mula-mula ayah, pastu mak, kakak sy & adik-adik... semua limaunya sejuk. tapi yang saya pegang panas. saya tak tahu la apa maksud panas sejuk tu kan sebab pada saya secara logiknya kalau kita pegang benda tu dalam genggaman selama setengah jam memang lah akan panas kan. tol tak? tapi ustaz tu kata kalau dalam hati tu rasa nak melawan, membantah je, memanglah ade anasir jahat la tu huhuhu maka saya redhalah...
Balik tu saya disuruh minum air perahan limau yang saya genggam tadi. pure! xde campur air. boleh bayangkan? masam sampai menjerit-jerit, oke! ustaz tu jugak pesan supaya mak&ayah awasi saya takut sesuatu yang buruk berlaku mlm tu lepas minum limau tu. Ayah jugak kena pagar rumah dengan garam & lada hitam dgn cara baling ke syiling rumah, sekeliling mula dari pagar sambil adik saya melaungkan azan. lepas upacara tu saya muntah-muntah lagi tapi takde yang buruk berlaku malam tu.


esoknya mak cerita. dia mimpi rumah kami runtuh syilingnya. maksudnya tempat yang kena garam & lada hitam tu jatuh ke lantai. dinding-dinding semua elok je. bila tanya ustaz, dia cakap insyaAllah ada petanda baik lah tu sakit-sakit akan pulih. Minggu kemudiannya mak mimpi raaaaaaaamai budak-budak kecil main-main kat rumah kami. konon-konon ingatkan tak lama lagi nak dpt cucu la kan hahaha sebab saya nak kawen x lama lagi. skali dengar kat radio ceramah agama pasal gangguan sihir, ustazah tu kata salah satu tandanya ialah mimpikan kanak-kanak kecik bermain-main hahaha ambik skali =p


so saya pergi jumpa ustaz tu dalam dua minggu sekali kalau tak sibuk. setiap kali jumpa mesti menangis. kenapa entah, tak tahulah. satu hari ustaz tu suruh ayah cari daun nangka. dipendekkan cerita, rawatan dengan daun nangka tu telah menyebabkan sesuatu seperti habuk kapur (yang kita padam blackboard pastu ketuk-ketuk duster tu... boleh imagine tak?) keluar dari badan saya. rawatan tu dilakukan oleh mak saya dalam bilik gelap. sbb saya kena bukak baju so takkan la ustaz tu pulak yang nak rawat kan apekejadah haha. tapi ssh la nak cite. habuk tu tak nampak dgn mata kasar. kena suluh dgn torchlight tapi ada cara nak suluh tu baru boleh nampak. ha macam tu la. lepastu ayah buang habuk tu dalam air sungai yang mengalir macam yang ustaz tu suruh.


sekarang saya dah jarang-jarang jumpa ustaz tu sbb sibuk sikit dgn kerja. tapi alhamdulillah siki-sikit saya dah rasa lebih sihat. dah takde dah selsema sepanjang hari cuma kadang-kadang la muntah-muntah tak tentu masa. takpelah, anggap je muntah tu nak keluarkan sisa-sisa yang masih ada dalam badan ni. dah xde la sakit-sakit sebelah badan sampai kena tekan minyak guna kaki kiri bagai kan macam dulu-dulu cuma kadang-kadang perasaan pelik tu tetap la ada terutama kalau tinggal sorang-sorang.


so saya harap kawan-kawan (ececeh) boleh amek ikhtibar sebab bukan semua manusia tu baik dan tak semestinya kita elok-elok jaga diri & anak-anak kita, kita akan terhidar dari kerosakan di dunia. syaitan kan dah janji akan sesatkan kita anak-anak adam ni. kalau yang ada sakit-sakit macam saya tu, bertabah & berusahalah. bertahun-tahun pun, insyaAllah akan pulih.


ok, 'hutang' kat peej dah selesai =) kawan-kawan doakan saya sembuh, ok!
salam
yours truly;                      
             addelle


.................................................................


wsalam.
amboih. mmg panjang.
ooo ada blog. merahsiakan identiti yea.
xpe, yang pasti saya doakan semoga awak cepat sembuh.
dah dijauhkan daripada benda2 pelik ni yea.
Amin.



12 January 2011

First time menjadi betul. Ngeh ngeh.

Tadi buat ayam masak lemak cili api.
Selama ni buat mesti x berapa jadi.
Usually kuah akan cair la kan. Kekecewaan tau. X pun kurang pedas ke kan.

So td buat letak air sikit aje.
Kira lebih kurang nanti santan berair. Ayam mesti ada air2 kan.
Walla. Menjadi. Kuah jadi pekat.
Then pedas meletop. Best la cili padi di.
Aku pakai 11 ketul je.
Tu pun sbb aku pernah baca kt mana tah.
Dia kata petua org tua, biar nombor ganjil. If nombor genap x pedas. Entah.
Ikut aje la ye.

Tp seriyes sedap.
Pastu tweet2 la.
Haha ramai terliur.
Paling x tahan, izyahya (refer link kt bloglist aku) tweet, "pandai kau masak, dah boleh kawin"
Kenapa org ckp mcm tu a selalu?
Sbb aku tgk ramai je org x reti masak n kawin. Happy aje.
Siap tiap2 malam makan luar kan.
Aku ni x kawin2 pun kannnn. Wah matiklah emo kan.

Pastu ada yg ckp dorg kalau ke dapur mesti clumsy n kelam kabut.
Semua mcm tu kan. Aku pun. Ada sekali tu potong kentang sampai terbelah jari sendiri.
It was so deep sampai isi tu jadi macam mulut tgh bercakap if gerak2 kan. Ngeri.
Minyak meletop2 tu biasa la kan. Dulu menjerit2. Sekarang dah lali dah if kena.

Kena rajin kan. Mcm mama, within few minutes boleh siapkan 3-4 dish.
Aku masih lembab la. Tp mana tau. Satu hari nanti jadi masterchef kan. Wah matiklah verangans. Heheh.

Nota buntuit : nak belajar lagi. Macam2 lagi lauk yg x menuntut ilmu lg dpd mama.
Sent via BlackBerry from Maxis

11 January 2011

Dia dah maiii dah.

Kenapa x gigih macam last week?
Last week sehari tah bape kali nak update kan.
Tetiba ni ala2 sepi aje.

Sape yg follow twitter aku tau la.
Sebab setelah 2 tahun meninggalkan psp.
Tetibe 2-3 minggu ni aku macam tetibe nak main balik.
Start main game2 lama.
Dah ala2 bosan. Last week aku download game baru. Miahahahahah.

seperti biasa. Aku kalau dah jumpa game.
Benda2 lain ala2 terabai je kan.
Aku download few games. Tp ada yg xleh main la. Sangkut la.
Lembab sangat aku xleh sabar la.

Satu yg buat aku addicted nak mampuih.
Worms open warfare 2.
Omg. Suka sangat cecacing ini.
Dulu game fav masa zaman ps2.
X sangka ada kt psp.
So sekrang adalah addict.

Tp kan. Kat ps2 if easy senang.
Kat psp. Easy pun susah nak mampos.
Dlm 10 kali serang. 9 kali mesti tepat je serangan dorg. Thiiiipuuuuu.
Tu yg bebel2 sorang2 main game ni.
Selagi x menang x puas hati ok.
Haha bengong.

Ok nak sambung main game cecacing.
Ta-ta.
Sent via BlackBerry from Maxis

09 January 2011

Tidak boleh dapat di mana-mana

Hoh. Rasa nak pengsan.
Baru sudah lunch 1 family.
Minus ayol la. Dia xdok. Kerja di kelantan.

Lauk hari ini.
Asam pedas, udang galah goreng dan kangkung belacan.
Heaven.
Apesal la sedap sangat masakan mama ni hoih.
Makan terus pejam mata n geleng2 kepala.

Rasa nak makan bertambah aje.
Tapi sedar diri. So ratah2 udang n kangkung.
Nyam nyam nyam.
Korang lunch apo?
Sent via BlackBerry from Maxis

06 January 2011

expose mistik : hasad dengki

Hi Fiza,

I am a reader from S'pore but I love to read your blog including the expose mistik. 

I have something to share with your readers. It happened to me (I stay in rumah pangsa nun tinggi lagi berbatu) - tetapi some people still perangai ol'school masih nak pakai-pakai untuk buat hal yang dikutuk agama kerana hasad dengki.

That day in May 2010, i got engaged to my love. So biasa lah, lepas kenduri must kemas-kemas. I was sitting down alone in my room (with my back to the opened windows) and sibok susun dulang and kotak kosong. Suddenly, I felt weird - you know macam ada orang put their whole hands on your neck..Berat pun ada. Berbulu pun ada. I buat tak endah lah, mungkin I'm already very tired after a long day and it's like 1130pm. I continued to kemas and sekali lagi, terasa lah tangan tu tekup kat my tengkuk. 

I apa lagi, segala bulu roma suma naik tegak and terus I lari straight to the kitchen. I saw Mak by the sink tengah basuh pinggan. I capai lah air untuk minum bagi relex sikit without telling my Mak anything. Sekali tu Mak cakap "Eh asal tiba-tiba bulu roma aku naik ni?". 

I punya lah cuak! Mak pun kena kacau jugak ke! Mak looked at me and then I said "Mak, dia kacau dari tingkap bilik orang!". Terus Mak tutup tingkap yang di kitchen tu and I baca kumat kamit ayat kursi and segala ayat dibaca. 

Tapi tak jugak jalan. "Tangan" itu terasa di tengkuk I lagi.. then my bulu roma naik.. pastu "tangan" tu lepas kan. Mak shouted to Abah and bro yang kat ruang tamu tengah berkemas - suruh cepat-cepat datang ke kitchen.

Abah tanya apasal malam-malam buta kita terpekik (that time was nearing 11.50pm) and tiba-tiba I menangis teresak-esak sambil menepis kat my tengkuk (coz the feeling is like a HUGE hairy hand cekup belakang tengkuk korang).. Sungguh, i tell you, its the scariest feeling ever!

Mak quickly told my brother and Abah what actually happened. My brother and Abah pun azan di tepi tingkap tetapi makin di azan, makin kuat "tangan" tu cengkam di leher I. I menangis mendayu while mulut tak henti-henti melafaskan surah ayatul kursi dan al-fateha. Quickly, my brother took me out from the kitchen while Mak get a glass of water and Abah get a surah yasin and start baca di ruang tamu. 

I terduduk di atas sofa and esakan mula reda bila Abah baca yasin. 5 minutes later, I terjerit kuat. Kaki I macam rasa tangan berbulu tu di tarik nya kuat tapi kita suma tak nampak apa-apa! Tak terdaya I nak menyepak ke kiri kanan, macam kaki di kunci. Abah quickly placed mulutnya di bibir gelas yang ada air, hembus kan segala doa-doa dan terus mencurah kan air tu ke my kaki. Dengan sekejapan, a very dark blue bruise (yang korang dapat bila darah tak jalan atau terhantuk ke kerusi gitu) appeared on my leg. Nauzubilah minzalid. 

That night itself, I didn't dare to sleep alone. I slept with my mom in my room while my dad slept in the master bedroom. Sekejap-sekejap I akan nangis sendiri - perasaan macam sungguh pilu plus takut plus meracau plus "tangan" tu tetap di tengkuk I sampai lah subuh, I terjaga and quickly told Abah I need help from tukang ubat! I cannot take it anymore~

Abah and Mak brought me to this pakcik ubat as recommended by one of our family's friend. We came about 7.30pm lepas magrib. Setibanya kita sampai, muka pakcik tu punya lah bengis! Dia cepat-cepat suruh kita masuk ke rumahnya. Sebelum dia tutup pintu rumahnya, dia azan. "Allahuakhbar! Keluar kau!". Sekali lagi, I dapat rasa "tangan" tu mencengkam ke tengkuk I. Then kepala I sungguh berat sekali. Macam ada benda duduk di atas! Mak cakap pada masa tu, muka I pucat lesi. Macam mayat. 

Pakcik ubat suruh I duduk bertengtangan dia. Dia suruh pandang ke matanya. Dia laungkan "Allahuakbar!"... I toleh ke tepi. Tak tahan tengok mata pakcik ubat. Macam takut. Pakcik ubat terus beritahu Abah supaya pegang kan tangan I and Mak pula kena pegang kepala I. Pakcik Ubat laungkan "Allahuakbar!" di telinga I. I terpekik. Meracau tak tentu fasal! I nak tolak Abah's hands, tapi tak kuat. Pakcik ubat continued to baca kan surah yasin dan ayat-ayat yang I tak faham sambil menarik something from atas my kepala. Dia macam berkata "Kau jangan dengar hasutan orang yang suruh kau buat kerja ini. Keluar dari rumah aku atau aku buang kau ke laut!".

I meraung kesakitan. I feel gengamman "tangan" di tengkuk I semakin kuat. "Sakitttt.. Sakit..." 

Pakcik tu buka pintu rumahnya, laungkannya "Allahuakbar! Allahhuakbar!"...dan segala ayat yang I tak faham.... Pakcik terus tekup tangannya ke tengkuk I and sekali lagi "Allahuakbar! Jangan engkau kacau anak ini lagi! Pergi ke tempat asal kau!"....

I feel so weak. I could only meraung kesakitan. Terus pakcik tu berikan air untuk minum. I terduduk tak berdaya. Macam I pergi berperang tetapi, dengan makluk halus.

Pakcik tu terus ceritakan tu my abah. Something like this...

Pakcik: "Anak awak ni terlalu mulia perkerti nya. Tetapi ada orang berdengki, tidak suka kan dia. Orang ni tidak suka melihat anak awak bahagia dengan segala pencapaian nya. Kalau boleh, hendak menakutkan nya..."

Abah: "Sapa yang buat perbuatan terkutuk ni pak haji?"

Pakcik: "Saya tidak boleh beritahu. Tetapi awak semua tahu siapa orang nya. Orang terdekat juga. Dia menghantar seekor "barugas", iaitu seekor beruang yang sangat tinggi dan menakutkan... Warna nya gelap dah berbulu tebal..... Orang yang hantar ni benda pun selalu berhasad dengki dengan keluarga awak. Tidak suka tengok kesenangan dan kententeraman keluarga awak. Dari dahulu lagi, dia cuba tetapi tak berjaya sampai lah semalam.. Ni, satu botol air ini harus di mandi kan ke anak awak... lepas tu tabur kan garam kasar ini keliling rumah awak lebih-lebih lagi ke tepi tingkap bilik dan dapur... Kacang hijau ini harus dicampak ke bawah katil dan di tepi cabinet.. Jangan di sapu selama seminggu.... Insyallah, benda tu tak berani nak berdekatan lagi.. Saya pun sudah pulang kan ke tuan nya. Sekarang benda tu tengah meraung kesakitan dengan Ayat suci Allah... Tuan yang hantar benda ini pula akan dapat balasan nya dari Allah."

Abah: "Boleh beritahu tak siapa orang nya....?"

Pakcik tengok I, terus dia berkata "anak...jawab lah apa yang hati anak berkata itu. anak tahu jawapan nya... Jangan takut, pakcik dah pulangkan ke tempat asalnya... dia sudah tiada lagi...."

I pun jawab dengan spontan......."Ucu dan Cik Ani".

Abah dan Mak menguncap panjang...............Astaugfiruallah hal azim.....

Ucu dan Cik Ani itu adalah adek-beradek kandung Abah. Mereka memang dari dahulu tidak suka tengok kesenangan dan kebahagiaan keluarga I. Mereka action baik di hadapan kita. Ibarat pijak semut tak mati! Depan bersenyum. Belakang, bukan main bisa khianat dengki mereka terhadap kita.

Selepas 6 bulan kejadian itu berlaku, Ucu dan Cik Ani sudah dapat balasan nya dari Allah. (dalam masa yang sama, they didn't come over neither call - baik Raya Puasa dan Raya Haji mereka tidak datang ke ruma kita.....)

Anak Ucu yang berkahwin hanya setahun tengah process bercerai angkara perbuatan Ucu sendiri. Menyihir anak menantu nya untuk menurut apa kehendak Ucu. Cik Ani? Dia tengah melarat kesakitan dan semakin cengkung badan - macam benda itu makan dalam.......

I dah ok sekarang, Alhamdulilah. Tetapi I semacam ada 6th sense yang di beri oleh Allah lately. Sekali-sekala, I akan feel benda-benda ini. Kadang2 tu I macam terpandang benda sekali imbas.... Selalu I baca ayat kursi bila I rasa tak sedap hati. 

Alhamdulilah juga, benda tu tidak kacau kita sekeluarga lagi, Insyallah. 

Allah is great. Allah akan melindungi kita dari perbuatan yang terkeji. Walaupun ia dari keluarga, darah daging kita sendiri....


Thank you,
Lisa Darlis.

...........................................................................

hi fiza?
heheh rasa kelakar pun ada. dah lama x dengar orang panggil ngan nama tu.
satu2 nya kawan yang still panggil aku ngan nama tu is Murshida. kawan aku yg kat UK tu.
eh sekarang dia dah kat spain.

nway, meremang2 bulu roma baca cerita ni.
walaupun di siang hari time baca ni.
macam2 kan. aku kadang2 macam tak percaya ada orang nak buat benda2 ni.
ye la. selalu tgk kat drama aje. tak pun orang dulu2 cerita.
tak sangka la mmg ada or orang still buat.
zaman2 moden ni.
dah la ni kat singapore pulak tu. moden sangat tau.

biasa la. kita ni manusia.
ada la kadang2 jealous sikit2 kan. tapiiiiii takda la sampai nak hantar buragas kan.
ish takut la.

p/s : aku dah dpt sambungan dpd adelle :) nanti la aku tepek yea. kena tunggu turn. ;p

Woih main kasar.

Ni apesal pulak ni.
Mula2 niat asal nak edit post yang dah tersedia ngan piccas.
Tapi sikit punya lama loadinggggggg aje. X abis2. Madafaka. Mesti x boleh la tu.

Then konon nak buat new post la.
Sekali pun x boleh. What the hell.
Lain2 semua ok. Tang nak buat post pulak mcm tu.
Korang ada yg kena x?
ke blogger x bg aku je update. Dia kata aku update overdose kot. Haha.

Ni try tgk update dpd hp ok x.
If ok. Jawabnya selagi x ok. Update dpd sini je la kan. :/
Sent via BlackBerry from Maxis

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...