30 December 2010

[edited] expose mistik : afraid of the dark & sakit dalaman

hahha. sorry la mak pelupa uolls.
dah tepek yea cerita tadi. masa 16 dec hari tu 
ok dah delete.
ni kasi tepek lain. kat bawah kang yea.
maluuuuuuuuuuuuuuuu *lari laju2 langgar dinding*

...............................................................................................



Back then, when I was small, I always feared with the dark places. I hated sleeping in the dark room, refused to go to the toilet alone in the middle of the night [and ended up wet my bed] and I would be the first person to freak out if the power went down[read: blackout]. I wouldn't dare to go the farthest section in the house, which is the kitchen even if I had a candle with me.

It's not that I have Achluophobia [googled], but just a common children fear, feared of "something" might be inside the darkness, waiting to eat me alive. [ok I'm a lil bit exaggerating here hehe]

As far as I could remember, it was because of THAT incident that had leveled up my fear of darkness, or fear of there-might-be-ghost-inside-dark-places rather. It happened during weekend and as usual, our family would stay late in the living hall to catch our favorite movie slot together. I was in primary school, maybe in Primary 2 or 3, or 4..haha seriously forgot how old I was when it happened. I thinks we were watching P Ramlee's movie or Malay drama, and at 10 pm, the show would be put on hold to give away for Berita Jam 10. [issh..geram, the movie was about to finish in just 30/15 mins more, can't they just hold the news for that short period of time?] My parents were so strict on bedtime hour and my siblings and I were always had to be in bed after Isya'. Since my eyes were trained to sleep early, I fell asleep in front of the TV.

So my dad had to carry me to bed after the movie ended. I was half asleep [tido2 ayam] when he tugged me in bed, kissed me goodnight and off he went to bed. But before he went out of my room, he switched off the light and closed the door. I was shock, gabramengelabah and totally awake dah. I tried to get out of my bed, but I just scared 'something" under the bed might catch up my feet. Tried to return to my sleep, but failed. 

After about 30 mins or so [agak2], I called for my mom, but the door was closed and it was raining heavily that night. I couldn't move an inch pun, since I feel 'berat' and the feeling of something-is-watching-you was there. I was so scared and tried to call my mom again. "Mak..Mak.." but nobody heard me. I called again, "Mak..Mak..nak selimut, sejuk nih", reason nak selimut, padahal takut.. 

Next thing I know, the most rememberable and scariest thing happened. "Nah selimut..", a grumpy voice under the study table said. [the study table was about 1 meter away from the bed].It was loud and clear. I was erk..who was that? "Nah selimut".. he said it again..then he emerged himself and... and.. he was a big, white frog!! A giant frog!! I swear I saw a frog coming up to me, asking me to take the selimut. He slowly moved towards me and I was so scared and I hid my face under my pillow. I keep praying for the thing no to do any harms to me. I was so scared. Only God knows how scared I'm that night. I keep my face under the pillow and next thing I know, it was morning.. alhamdulilah.. I was still in my previous position, with pillow on my head, covering my face. 

I guess I might blackout or something.. but that's one h*ll of experience. And that led to my fear of the dark syndrome. That's was the closest encounter with 'that-thing'. Whatever it was. 

I told my parents about it, my mom believed me but not my dad. He said I tido tak basuh kaki.. cis.. hehe But since that night, whenever I caught myself sleeping in the dark room, I would pull myself up and run to my parent's room. I would slowly sneaked into their room and slept on the floor, beside their bed. The following morning, my parents would scold me for that..yelah, terpijak perut kank..haha 

 And I always make sure I have a blanket with me all the time at night. In case that thing comes back. Hehe

 I kept my fear of the dark with me until it was slowly subsided when I was in Form 5. I've done nothing. Maybe through years, I've learned that nothing is greater than Allah, and He's the one who created those creature and us at the first place. Why get scared with those creatures, when you have Allah to be feared the most? 

Happy Friday, peeps!!


............................................................................................

ha sekali sekala expose mistik in english pulak.
scary kan. part dengar suara tu.tetibe meremang den. walaupun baca siang2 ni.
oh kalau bukak blog faizah ni kena kuat mental.
hari tu aku bukak. terus rasa nak pitam.
makanan2 yang dia masak pastu snap2 semua nampak sangat sangat menyelerakan.
nak nangis tengok.
kan best boleh masuk tangan kat monitor ni.
boleh curik makanan2 tu. heheh.

.............................................................................................


ok ni sambungan daripada adelle.
kan dia tiba2 bersambung aje. kasi potong stim kan.
ni sambungannya yea. 





Hye again, Peej.

So hari ni nak sambung lak misteri tak boleh tidur tu.
kan dah berlaku lama sejak zaman-zaman sekolah kan perkara ni so saya x rasalah ianya suatu keanehan. Sampailah satu hari.... jengjengjeng... hehe efek mesti lebih =)

Satu hari saya telah mengikuti satu kursus bina insan anjuran kolej tempat saya mengajar tu. Ada lah pelbagai outdoors yang saya kena sertai. Lepas tu saya sakit-sakit badan maka mintaklah sorang makcik ni urut. Sedap betul dia urut. Memang lega! Tapi lepas tu makcik ni pesan pada saya suruh jumpa orang bijak pandai untuk berubat sbb katanya bila dia pegang badan saya dia rasa lain macam... Saya senyum je. Apehal kan kan nak kena berubat kan. So saya abaikan.

Seminggu kemudian saya sakit-sakit badan semula. So saya amek cuti sehari la konon nak berehat padehal malas nak ngajo haha tipu! Waktu tu saya tinggal dgn sepupu, suami n baby dia. Tengah hari tu saya pergi merehatkan diri kat spa. Saya selalu g spa tu tapi hari tu tuan punya dia xde so saya buat treatment dgn pekerja dia je. Skali tgh syok layan ngantuk minah ni cakap benda yg sama macam makcik yang kat kursus tu cakap. Haishhhh ni takleh jadi. Balik je terus saya tepon tuan punya spa bgtau ape yg pekerja dia cakap. Skali akak tu kata sebenarnya dia pun rasa panas kalau saya dtg spa dia tapi dia taknak cakap sebab saya macam org baik-baik je kan. Biasalah kan kalau mak andam ni kan memang dia ada ilmu-ilmu sikit kan. Lepas tu terus la saya tepon mak sambil menangis-nangis. Siyes tak pernah rasa takut setakut itu sebab tetibe terfikir ape ade lam badan aku ni????

Balik je kezen dari keje saya cite la kat dia. Malam tu jugak dia ajak saya g jumpa ustaz kat klinik darus syifa'. Husband dia siap cakap patut la baby sll nangis-nangis waktu maghrib bila turn dorg solat n saya kena jaga baby huhuhu mane la nak tahu ape budak tu nampak ke kan. Saya n kezen saya selalu pk Ummu Subiyan (Mama jin yg ditugaskan mengacau baby2 supaya parents mereka lalai beribadah waktu malam) yang kacau. So malam tu kitorang pergi klinik ustaz tu tapi tak de pape cuma ustaz tu cakap ada sedikit gangguan je la.

Esoknya sorang ustaz tu tepon saya. Rupa-rupanya kawan mak saya & mak dah cite masalah saya kat dia. Ustaz tu pun mintak izinlah nak bacakan saya ayat-ayat sikit. Masa tu melalui telefon je tau. Jarak antara saya & ustaz tu dalam 3 jam perjalanan la pada 120km/j (ni betul-betul tau!). Tapi mula-mula tu dia suruh saya duduk kat tempat yg ada orang boleh nampak so saya dok mengadap kezen saya n baby dia. waktu tu petang la baru je sampai rumah dari opis.

So ustaz ni mengaji lah kat hujung talian. Yang saya kat rumah tu rasa berdebar-debar tapi dok tergelak tersengeh tergelak tersengeh tah pape tah. rasa takut tapi macam rasa kelakar pon ye masa tu perasaannya. Sampailah dia azan pun saya gelak-gelak jugak. Habis tu dia tanya apa saya rasa? Saya cakap biasa-biasa je hehehe... Jahat gile jawab camtu kat dia kan! So dia cakap takpelah, sikit aje ni... Bagi salam pastu dah habis...

Tapi malam tu mak saya tepon. Dia suruh saya EL esok tu sebab ustaz tu suruh mak bawak say ke rumah dia segera. Tibe-tibe perasaan adalah "Erkkkk kenapakah diriku ini?!" tapi mak saya cuma cakap takde apa-apa cuma nak bagi saya sihat je. Ok, esok saya balik terus rumah. Waktu tu takde kete lagi so saya naik bas. Sampai je stesen bas mak & ayah terus bawak ke rumah ustaz tu. Cara perubatan dia mcm yang korang boleh nengok kat tv tu la kan. Dok berlunjur mengadap kiblat pastu dia baca-bacakan ayat.
Masa tu jam 3 ptg. Saya sihat walafiat je dari pagi tu. Perasaan tiba-tiba cam cuak. Ustaz tu tanya lah kenapa menyorok-nyorok belakang mak. yelah saya dah 25 tahun tapi dok menyorok belakang mak mcm budak kecik kan ke pelik. dia tanya takut ke? saya angguk je. memang macam takut jugak la tapi x tau knape nak takut.

so rawatan dimulakan... Skali ustaz tu baca je ayat.... hah!
Mula-mula saya sendawa-sendawa yang macam badan saaaaaaaaaangat banyak angin tu lepastu lama-lama saya muntah. Mula-mula air je. Macam kita muntah kalau angin tu tapi lama-lama keluar macam daging ayam yang makan tapi tak kunyah tu. Seketul-seketul. Tapi tak de lak bau busuk ke kan. Tak tau la kalau masa tu sy dah xde perasaan nak pk busuk ke ape ke kan tp mmg sakit la. Muntah sampai lembek! Sampai merayu-rayu kat mak sudahlah taknak dah macam ni....

Mak saya tak pernah tengok saya lembek macam tu. Mak siap tadahkan muntah saya dengan bekas besar sebab tak muat nak muntah dlm plastik kan ++ muntah yang macam bersembur tu. memang sakit! Saya tak tahu apa perasaan mak tapi saya perasan mak & ayah saya cam sebak la tgk anak elok-elok sehat tiba-tiba sekali bacaan je lembek mcm tu skali kan... kesiannye mak & ayah masa tu! Tapi bila ustaz berhenti je baca, secara automatik saya berhenti sendawa & muntah tu. Elok je cuma rasa penat la sebab muntah kan. Bila dia baca lagi berulang-ulang la kejadian sama. Lama sesi rawatan tu sampai kol 6. 
Alamak Peej, kalau sampai part ni mesti air mata rasa nak mengalir... mmg xleh ingat wajah mak & ayah waktu tu!

Sorry ek kena benti dulu. xpe kan buat korang saspen. nanti bila dah cool saya sambung ek. Panjang jugak la kan sebab saya masih mengikuti rawatan sampai hari ni.
yours truly;                      
             addelle

...................................................................................


hoih la adelleeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee,
kenapa kau suka bg suspense macam ni.
sesuka hati nak stop2.
aku berdebar2 nak tau sambungan ni.
kau ni boleh buat blog la.
pastu buat episode2. bg orang berdebar je tunggu sambungan.
hoih scary kan. i mean tak rasa macam sakit.
tapi boleh bila orang baca2 kita boleh gelak2 semua.
then muntah 3 jam. takutnya. apa benda tu.
ish takut.
sila sambung cepat. jangan seksa aku.
seksa readers aku takpa.
tapi email aku cepat2 k sambungan. haha.

23 December 2010

expose mistik : gangguan di asrama

salam peeja,

kebetulan hari ni i ada type entry untuk share pengalaman peribadi kisah seram kat blog I.
Nak share dgn peeja jugaklah, tapi agak panjang entry ni..peeja buanglah yang mana yang rasa tak sesuai ye. 

--------------------------------------------------------------------------------
Kisah Seram 1: Tengok Budak Baru 

Masa aku form 3, aku nakal sikit dan asyik nak main arcade game jer kat Utama Complex, BM, Penang (sekarang dah bankrupt). So, my mum decided nak hantar aku kat asrama so that aku terpaksa ikut peraturan ketat kat asrama as well as I will study hard for my PMR.

So, aku pun di hantar oleh my mum kat asrama sekolah aku masa tu iaitu sebuah sekolah yang femes kat Bukit Mertajam tahun 1997. Asrama 2 tingkat ni merupakan antara bangunan tertua kat sekolah I ni.


Malam pertama di asrama, cikgu kaunseling siap tidur kat asrama sama2. Aku ingatkan sebab aku ni anak cikgu kan, so siap dapat layanan istimewa sampaikan cikgu kaunseling pun temankan kami. Aku siap bawak my tedy bear yang sgt besar untuk buat teman tidur tapi cikgu nasihatkan suruh simpan dulu teddy bear aku kat dalam locker, so aku ikut je lah cakap cikgu tu. 

Bila dah habis waktu prep, aku masuk bilik. Cikgu kaunseling suruh baca surah Al-Mulk sebelum tidur. Masa tu dah around midnight, so aku baca lah kat atas katil tempat aku nak tidur. Kat katil bawah pulak, seorang kawan aku (kita bagi nama dia LIMAH la ye) tengah tidur dah.

Tiba2 masa aku tengah baca tu, si Limah ni menjerit2 marah aku. Rasa hairan lah jugak kan, nape pulak si Limah ni nak marah2 aku. Cikgu kaunseling terus datang dalam bilik bila dengar Limah marah2 aku. Ingatkan dia nak marah Limah balik, but instead cikgu kaunseling suruh aku cepat2 turun dari katil dan keluar dari bilik tu.
 Aku pun ikut cakap cikgu. Then cikgu suruh ketua aspuri pergi panggil Ustaz dan beberapa orang pelajar aspura cepat2.

Aku blur2 lagi, so tanya kat kawan2.."apsal ni weh?'. Tapi takde sorang pun layan soalan aku, semua orang cepat2 pakai tudung, ambil wudhuk dan pegang yassin.
 Tiba2 si Limah ni semakin kuat menjerit2 bila ustaz sampai kat asrama.

Terus ustaz suruh budak2 lelaki angkat dia letak kat ruang depan. Walaupun 5 orang budak lelaki pegang dia, selamba je si Limah ni tendang terajang diorang dan dia dapat lepaskan diri dari pegangan diorang..sampailah 8 orang budak lelaik pegang, baru lah Limah tak dapat lepaskan diri.

Sambil Limah meronta2, ustaz sempat pegang ibu jari kaki dia dan baca something.
 Suara Limah terus bertukar jadi garau. Lepas dengar dialog perbualan Ustaz dengan Limah baru lah aku faham perkara sebenar yang terjadi *blur gila, lambat betul nak faham* 

Ustaz: 
Kenapa datang sini kacau budak2 nak belajar?
 
Limah:
 Aku bukan kacau, aku datang nak kawan
 
Ustaz:
 Siapa Tuhan kau?
 
Limah
: Allah tuhan aku

Ustaz: Siapa nabi kau?
Limah: Diam lah...sakit lah..lepas lahhhh *berkali2 ustaz tanya soalan ni, Limah tetap tak jawab* 
Ustaz:
 pergi balik tempat kau, jangan kacau budak2 ni nak belajar

Limah: aku bukan nak kacau, aku cuma nak tengok orang baru je *sambil ekor mata dia memandang tepat ke mata I* 

Okeh, sekarang cuba korang bayangkan apa perasaan aku masa tu? Aku tengah berdiri masa tu, terus rasa lembik kaki dan jatuh terduduk tepi pintu. Kawan2 peluk dan tenangkan aku.

Akhirnya 'syaitan' yang masuk dalam badan Limah tu dapat di keluarkan oleh Ustaz, dan parents Limah datang pukul 2 pagi untuk bawak Limah balik.
 Sudahnya, sampai ke pagi aku tak dapat tidur sebab teringat2 lagi dengan jawapan Limah tadi dan jugak ekor mata di ayang merenung aku.

Malam tu aku tidur sambil peluk cikgu kaunseling tu. Sambil tidur, aku cuba baca ayat kursi tapi bila sampai ke ayat ke2 je, aku lupa dan kena minta bantuan cikgu untuk bantu aku baca sampai habis. Lepas solat subuh, barulah aku berjaya melelapkan mata dan pagi tu, kami semua budak2 asrama lewat ke sekolah termausklah cikgu kaunseling tu sekali..huhuhuhuhu.


2 minggu lepas tu, parents Limah dah keluarkan Limah dari asrama. Menurut kata cikgu, dah banyak kali gangguan tu berjaya masuk dalam badan Limah sebab dia lemah semangat dan juga agak lemah dari segi kesihatan. Kiranya, malam pertama aku di asrama tu juga merupakan malam terakhir Limah di asrama itu. 


Kisah Seram 2: Anjing meyalak tepi telinga 

Kisah ini berlaku kat asrama yang sama jugak. Masa tu aku tengah tidur tapi tiba2 terjaga tengah malam sebab rasa sejuk. So aku bangun untuk tarik semula selimut dari kaki. Bila aku baring nak sambung tidur, aku dengar suara anjing menyalak kat luar bangunan asrama. Aku anggap tu perkara biasa je sebab kawasan sekolah tu memang dekat dengan perumahan orang cina dan india.
 

Dalam cubaan nak kembali melelapkan mata, bunyi salakan anjing tu semakin kuat dan semakin dekat. Aku tidur baring mengiring ke kanan, tapi tiba2 badan aku jadi menggeletar ketakutan sebab aku boleh dengar dengan jelas bunyi salakan anjing tu betul2 kat tepi telinga aku.

Anjing tu menyalak dengan lolongan yang sayu dan panjang, memang sebijik bunyi macam dalam cerita hantu kat TV tu.
 Aku cuba tak nak fikir bukan2, dan selimut selubung sampai ke atas kepala tapi bunyi salakan tu semakin kuat betul2 melolong kat tepi telinga aku. Nak bergerak tapi sebab badan dah menggeletar sangat, aku pejam mata rapat2- pegang selimut kuat2 dan selubungkan muka sambil mulut terkumat kamit baca ayat kursi. Lepas 10 minit gitu, bunyi tu tiba2 berhenti tapi sumpah,aku rasa 10 minit tu macam sejam lamanya *aku tahu 10 minit sebab aku tengok jam loceng kat tepi kepala aku*.

Kalau korang nak dalami perasan aku malam tu, cuba pakai headphone malam ni masa tidur dan pasang bunyi lolongan anjing betul2 kat telinga korang. Nanti korang sure faham apa perasan aku malam tu. Takut tu bukan sebab apa, tapi sebab aku teringat orang cakap yang anjing ni boleh nampak hantu, sebab tu aku duk fikir entah2 anjing tu nampak hantu sebab tu lah dia menyalak gitu. Tapi yang misterinya, macamana bunyi lolongan anjing tu boleh kedengaran betul2 kat tepi telinga aku...uhuhuhuhu. 



Kisah Seram 3: Sambung nyanyi "Tanya Sama Pokok" 

Kisah ni pun berlaku di asrama sekolah aku kat BM tu jugak. Masa tu my friend and I seramai 5 orang tengah study kat bilik iron baju. Bilik tidur kitorang pulak kat tingkat atas. Tengah2 study tu kitorang rasa ngantuk pulak, so one of my friend start nyanyi lagu "Tanya Sama Pokok".
 

So kitorang pun sambung je lirik lagu tu sebaris demi sebaris sorang2.
 
Kawan 1 : Tanya sama pokok....
 
Kawan 2: Apa sebab goyang...
 
Kawan 3: Nanti jawab pokok...
 
kawan 4: Angin yang goncang...
 
Akua: Tanya sama angin..
 
Ramai2: Apa sebab goyang? Nanti jawab angin ....


Lepas tu kitorang diam sebab semua pun tak ingat sambungan lirik tu. So, sambung la study lagi, masing2 kusyuk menelaah dan suasana senyap sunyi je. Tiba2 terdengar suara sayup2 nyanyi semula rangkap lagu tadi.

Kitorang semua angkat kepala dan tengok ke bibir masing2, tak de seorang pun dari kami yang tengah bukak mulut dan menyanyi tapi kitorang ber5 dapat dengar dengan jelas suara sayup2 dari arah luar pintu bilik tengah menyanyikan lagu tu.


Suara sayup2: Nanti jawab angin..aku yang goncang..... 

Tunggu apa lagi, sambil tengok satu sama lain, kami semua cepat2 capai buku masing2 dan berdesup lari naik ke bilik tidur. Tapi kan...laaaa..ada tapi pulak. Tapiiiiii, pintu kat tingkat bawah kena di kunci dulu dan kebetulan malam tu giliran aku untuk temankan ketua aspuri kunci pintu tu. Shit!.
 

Dengan terketar2, kitorang berdua turun jugak ke tingkat bawah dan cepat2 kunci pintu, masa tu siap terfikir bajet2 kalau kunci pintu, hantu yang nyanyi tu takleh naik tingkat atas lah hehehe, sengal derr. Nasib baik masa kami turun kunci pintu tu, suara menyanyi tu dah tak kedengaran,pheww...lega.
 



Kisah Seram 4: Bertinggung di tepi baldi 

Masa pertengahan Form 4, aku dah pindah sekolah kat Kelantan pulak. Aku kalau boleh memang tak nak duk asrama lagi dah, tapi sebab rumah aku kat Tumpat dan sekolah pulak kat KB (about 20km); terpaksa lah stay kat asrama jugak.


Biasalah kat asrama kan, lepas pukul 12 je light off. Ada satu malam tu, aku takleh tidur so aku baca buku sejarah *nak bagi mengantuk* dengan bantuan lampu dari koridor tepi bilik sambil baring2 kat atas katil. Aku tidur kat katil tingkat atas dan katil aku dekat dengan pintu dorm. Kat tepi pintu dorm, kami susun baldi2 berisi toiletries.

Baru baca 2-3 pages, aku dah terlelap tapi tiba2 aku terjaga tengah2 malam tapi aku tak tahu pukul berapa sebab tak tengok jam.
 Aku terjaga sebab ada bunyi bising kat bahagian baldi2 dekat dengan pintu bilik kitorang tu. Aku ternampak lah ada seorang perempuan tengah duduk bertinggung dekat baldi2 tu dan kedudukan dia membelakangi aku.

Nampak dia berkemban dan rambut panjang paras ketiak. Aku assume tu salah seorang kakak dorm aku tu la, heran jugak buat apa lah dia nak gi mandi tengah2 malam kan..tapi aku tak tanya apa2 lah. Just tengok dia dan kemudian sambung tidur.
 

Bila bangun subuh esoknya, budak2 kat dalam dorm bising2 cakap semua buku2 kat rak buku bersepah2 dan berterabur jatuh atas lantai. Semua pakat tanya, angkara siapa lah sebab sebelum light off malam tadi, elok je semua buku bersusun kat rak buku.

Aku pun tiba2 teringat yang aku nampak perempuan berkemban kat tepi baldi, so aku tanya lah kakak dorm aku tu kenapa dia mandi tengah2 malam tadi.
 Alih2 kakak tu jawab, dia tak balik dorm malam tadi..dia tertidur kat bilik study. Pagi ni baru dia balik dorm. Pulakkkk..terus meremang bulu roma. Habis tu, perempuan mana yang aku nampak duk bertinggung tepi baldi tu?.

Tak de sorang pun budak dalam dorm tu mengaku yang diorang duk tepi baldi lepas light off malam tu...aiseh, agak2nya siapa lah yang aku nampak tu ye?
 Nasib baik gak aku tak tegur or tanya apa2 kat 'perempuan tepi baldi' tu. Cuba korang bayangkan, if aku gatal mulut nak tegur or tanya dia anything, dan dia menoleh untuk jawab soalan aku....mampussss terkencing atas tilam kalau aku ternampak muka dia yang mungkin mengerikan hohohoho tak sanggup nak bayangkan kemungkinan itu. 



http://yatiechomeyl.blogspot.com/


...............................................................................................


hohoh. panjang kan.
aku ingat nak share 2 je dulu. minggu depan sambung lagi.
tapi macam mana aku excited baca lepas satu satu. mesti korang pun sama kan.
korang biasa complain yang cerita pendek2 sangat. tak puas baca la apa la.
haaa ni amik. 4 cerita yatie ni bagi.


scary kan..
yang first tu dah scary.
aku dapat bayangkan sebab aku ada experience tang ni.
then cerita 3 tu. takooottt. meremang2 bulu roma aku baca tadi.
aku kalau korang bg email expose mistik ni aku biarkan dulu.
nak auto publish nanti baru aku baca.
selalu aku baca siang or time ada orang teman kat umah ke apa.
ni sorang2. malam2. n malam jumaat lak tu. nice.


to yatie. wsalam.
serious best cerita2 ni. very the expose mistik. heheh.
:)



Apa aku nak buat sekarang?

Noy ni pengkeji kau tau.
Dia buat lagi.
Dia ni kalau dah start marathon series memang x ingat dunia.
Suka dia la kan.
Tapiiiii. If dia layan tu. Aku x boleh buat apa.
Sebab dia akan dengar kuat2. Duduk depan pc lama2.
Aku kena tengok tv. Tapi volume kena slow.
Macam semalam. Aku tengok tv. Dah la tengok gambar aje.
Dia panggil2 aku x layan, tiba2 nampak dia datang nak tutup tv aku. Keji.
Tapi semalam takpa lagi. Ingat abis situ.
Sekali sambung lagi ni.

Dah la tadi dia paksa aku minum starbucks. Kes nak kumpul stamp untuk dapatkan organizer tu kan.
Minum la. Aku bukan apa. Aku ni coffee2 ni x boleh. Aku giddy lebih. Xleh dok diam.

Balik tadi aku kemas-kemas dapur.
Pastu aku plan nak vacuum. Penuh bulu kucing dah umah ni.
Sekali dia tak bagi. Dia kata nanti gangguan. Fine.
Ni aku tgk tv. Cerita tah apa2. Sambil baca subtitle aje. Haha.
Jadi macam mama pulak. ;p

Tapi korang pun tau kan.
Aku kalau minum kopi niiii, mana boleh statik aje. Rasa energetic.
So aku macam x tau nak buat apa ni. Hmphhh.
Tu yang tiba2 type2 entry kat sini. Keh.

But now what?
Xpe. mau lipat baju n maybe buat laundry ke.
Apa lagi eyh? main kejar2 ngan kucing la. ;p

Ish serious aku nyampah minum coffee. Aku rasa aku ceria semacam.
Tgk la pic aku tu. Ceria siap pakai baju ada lep(love) besar. Bhahahah.
Gilo.
Ok la bye-bye.


Sent via BlackBerry from Maxis

19 December 2010

Hoih penyakit tau.

Aku demam lagi.
Macam2 a. Antibodi gila x kuat.
Asyik demam aje. Padahal baru demam ari tu. :/

Aku pun x sure demam apa ni.
Demam urat sebab penat sangat ke.
Or demam sebab ada kena hujan few nights back.

Yang pasti rasa sejuk sampai ke tulang.
Macam udang je dalam comforter.
Badan je panas, tapi flu n batuk xde.
Ok la. Itu aje. Semoga cepat sembuh.
Nak sambung baring n kalau2 tertido lagi bagus.
X larat.


Sent via BlackBerry from Maxis

16 December 2010

expose mistik : teman OT dan jelmaan di kampung.



alop. aku dh pnh anto cite kt ko ni peejni aku nak cite lg. huhuuu


okeh. ari tu, dlm bulan 11 tak silap aku la. aku dtg opis ari sabtu. dlm kul 12 tghari. opis aku ni sabtu ahad cuti. tp aku dtg buat ot sbb masa tu keje ala2 urgent. nak kena siap ari isnin. so aku dtg la buat ari sabtu tu. mula2 tu ade lg sorang staff kat opis ni, tp tak lama tu dia balik. tinggal la aku sorang. jap lg lbh kurang kul 1 lbh tu dlm keadaan sunyi tu kan tetiba mesin printer kat tpt sorang staff tu berbunyi kooo...... mcm ade org nak print tu kan.... aku buat taktau jek a. pahtu mesin fotosetet plak.... ehhhh.... "ko" pun buat ot gak keee.... pahtu mesin faks plak.... segala mesin nak bunyi ni pehal kannn.... lama2 aku sound "ko nak buat keje gak ehhh..... jgn kaco aku yeee...." hahahaaa sbnrnya cuak2 gak tuh. dgn bunyi tepon lain. dgn bunyi "ketek2" mcm ade org usik2 komputer tu. yg ni bunyi kat tpt org lain plak. sng kata mcm2 bunyi lah. mmg buat ot lah tu kot. hahahaaa


pahtu aku pun buat2 le sms sana sini kan nak ilangkan cuak tuh. dkt2 kul 3 camtu aku blah. tinggal la "korang" sambung ot yeeee.... wahahahahaaa ;D

- saha rita


>>>>

tak cukup scary ok.
cerita time mama kat office lagi scary2.
gila hardcore dia punya 'entiti' tu.
rasanya aku pernah cerita some. tak semua la.


...........................................................................................

Hi peej.. Nak join gak expose mistik hehheehhe

Masa i form 4, my parents dtg amik i kat mrsm and bawak balik sebab time tu nak start cuti pjg. Then mlm tu, my sister bukak citer. Dia memang time uni cuti sem je mesti duduk kat kampung nenek sampai 2-3bln. Masa tu ada sorang pakcik kitorang ni baru meninggal,so start la cite seram kat kampung tu. Arwah pakcik ada tinggal motor sebijik, takde org guna so motor terbiar je kat tepi perigi. Kat rumah nenek pulak ada satu bilik air kat dapur tu je, so mlm2 nenek mesti nampak ada org bertenggek kat atas motor. Mula2 dia tegur, tapi org tu bolayan je. Nenek pun malas nak peduli. Then mlm2 gak ada org mcm jalan atas atap. Atap rumah jenis zink, so mmg kuat la dgr org duk pijak2 atap tu. Pastu kalo tak silap, ada bunyi org lempar pasir gak. Again, nenek wat bolayan je. Bila dgr bunyi2 pelik, dia baca yassin. Lantak la org tu nak watpe kat atas bumbung tu. Org ckp sebab arwah pakcik ada bela smth, tapi my mom tak kasi kitorg percaya menda karut ni. I tak berani nak tuduh2 ni.

Ada satu cerita lagi. Nenek selalu pergi surau kat dpn rumah masa subuh. Ada sekali tu, dia terpergi awal, subuh tak masuk lagi, Then dia nampak tok siak tgh sapu daun kat bawah surau, nenek tegur la tapi tok siak tu diam jek. Nenek pun bolayan lagi, dia naik surau tapi surau gelap lagi. Nenek la yang bukak suis sume, lepas dia solat sunat sume baru la ada org masuk surau. Tgk2 tok siak tadi yg masuk, nenek tegur la asal tak jawab td? Tok siak ckp bila masa lak dia sapu daun, dia pun baru sampai ni haaa... Wallahulam la sape yang rajin bebenor pagi2 dh nak menyapu tu.

Hmm... then ni pasal makcik sorang yg dapat postnatal depression. Orang kampung cakap dia sakit sebab ada orang hantar 'benda' kes dengki takleh kawen dengan husband dia. So family dia panggil la bomoh ni, tetiba masa bomoh tu duk baca2 sume, bomoh tu suruh bukak pintu and cakap ada orang duduk tanam 'menda' baru kat luar. True enough, bila bukak pintu je nampak dua orang (makcik tua and cucu dia) tengah tanam botol bawah tangga. Terus berdesup lari makcik tua tu bila orang perasan. Kes nak berubat ni, p
Nenek dah meninggal last year, tapi sampai sudah i tak tanya dia pasal menda2 tu.

anis

>>>>

serious aku x faham orang yang nak hantar2 ni kan.
nak buat orang la apa.
kalau la baik hati sangat nak hantar.
hantar la makanan ke. kain ela ke.
boleh gak makan n melaram kan.
korang rasa still wujud ke benda2 ni??

...............................................................................................

sesiapa yang ada cerita expose mistik n rasa nak share.
boleh bagi email k.
tak kisah korang ada blog ke takda. ok aje.
aku suka je mistik2 ni. ok xmo la jadi kat diri sendiri kan.
tapi if baca takpa la :D


oh bg kat.


email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
title   : expose mistik


ok selamat bermistik.
tido tu jangan lupa cuci kaki.
kang tak pasal korang kena share cerita kat sini lak. keh keh.
amboi gelak. macam berani sgt. ;p





13 December 2010

Uwaaaaa. I'm so saddddd!!!!

Puteh is gone!!!
Puteh dah xde lagi!
N its all my fault.

Tadi siang rumah bau kucing.
So aku bukak sliding door.
Sliding door mmg ada jaring.
Tp since dorg ni kenit2. Dorang boleh masuk kot celah2.

So bukak sliding.
Selit langsir kat lubang2 semua.
Tetiba dua hari ni aku flu.
So makan la ubat flu. Ngantuk gila
So tertido. Tiba2 rasa panas.
So mamai2 tu masuk bilik sambung tido.
Tak pikir apa2.

Then bgn again petang.
Sembang ngan noy sat. Then noy kata dia x nampak puteh dpd td.
Aku dah macam, "haahh, mana dia pergi"
Carik satu umah takda. Dah rasa x best2.
Tp we r still in denial.
Sebab xkan dia nak terjun.
Then decide nak check kat bawah.

Uwaaaaaa. There he is. Dah terkangkang. :'(
Dah keras. Puteh dah mati. Uwaaaaa.
Xde darah sikit pun. Elok badan dia.
Tp muka dah kena urung semut sikit2.

Its all my fault.
Kenapa la aku gatal bukak sliding tu.
Kenapa la aku x tutup before aku tido td.
Kalau tak puteh mesti ok lagi :(

Ni rasanya lulu, yoki n kaseh x realize puteh xde lagi.
Dorang still macam biasa. But me n noy r very2 sad.
Aku xleh stop nangis ni. So sad la.
Dah la dia comel. Mcm retard. A bit nakal.
Man we gonna miss him so much.
Dah la semua sayang dia.
Dah la snow ball.

Terpaksa terima kenyataan.
Umur dia x panjang :(
Oh I'm very very depressed.
Semoga teteh dok kat syurga kucing yea.
I love u teteh.

Sent via BlackBerry from Maxis

12 December 2010

Stone.

Lunch hari ini.
Mama buat sup tulang.
Hoih sedap. Pekat2. Daging ada lemak2. Bagus. Slurppp.slurppp.
Serious stone. ;p~
Sent via BlackBerry from Maxis

09 December 2010

expose mistik : kolej keras.

Hye Peej.
Saja nak share sikit cerita. 
 
Waktu belajar-belajar dulu ada waktu-waktunya saya tak boleh tidur sampai tiga empat hari. tapi keadaan segar bugar boleh ke kuliah, buat assignment sampai malam buta lepastu ke kuliah semula esoknya sampailah hari terakhir tu saya boleh tidur semula lepastu life get back to normal. Katakan dua tiga bulan sekalilah perkara ni jadi tapi saya tak fikir lain, maybe penat je kot.
 
Sampailah satu hari tu waktu saya final sem masa buat degree. Dua tahun lepas la ni. Bilik saya hujung sekali bersebelahan hutan dan kat tingkat atas sekali bersebelahan bilik fello. Fello ni pulak lelaki, dua orang, ala-ala pemalu gitu. So mustahil la kan diorang ni sesuka suki nak lepak-lepak kat koridor kan. 
 
Satu pagi dalam jam 3 macam tu saya masih sibuk-sibuk mengadap laptop. Meja study saya tepi tingkap koridor utama. Saya memang suka bukak tingkap (renggang sedikit) sebab rimas xde udara masuk. Malam tu pulak dua-dua roomate saya tidur bilik kawan. So saya tinggal sorang.
 
Tiba-tiba ekor mata saya nampak seseorang kat koridor betul-betul sebelah tingkap. membelakangkan saya. "aik, isap rokok ke org tua ni?" saya tanya dlm hati. lepas tu tah kenapa saya bukak tingkap tu luas-luas. tapi takde sesiapa. mak aih... terus saya tutup tingkap dan berselimut satu badan. malam tu kebetulan "waktu segar bugar" saya maka saya langsung tak tidur sampai ke pagi. pintu bilik pun terbiar tak berkunci. keras atas katil. takut! 
 
esoknya bangun solat, terpaksalah lalu kat koridor tu untuk ke toilet ambil wuduk kan. saya buat-buat takde pape berlaku. selesai solat subuh, selalunya saya wirid sambil mata tertutup. tiba-tiba saya rasa angin betul-betul depan muka saya macam ada orang lalu. terus bukak mata. takde apa-apa. depan saya locker, elok je tertutup. hanger yang tersangkut kat pintu loker tu punx bergerak langsung, tak macam ditiup angin. saya pun cepat-cepat doa & mengaji. dalam hati sy pk positif, mungkin ada yg nk tumpang beribadat sama.
 
Beberapa hari lepastu saya terdengar akak kerani kat office kolej cerita kat sorang student baru. antara port benda tu ialah kat bilik saya tu. alamak... boleh pulak saya yang dengar. sabar je lah. tapi nak buat camana kan. dah nak habis belajar pun. redha je lah duduk situ sampai habis belajar.
 
alhamdulillah, lepas habis belajar saya terus dpt kerja. mengajar kat sebuah kolej swasta.  satu hari tu student cuti sem. kawan-kawan saya ramai yg cuti. saya memang jenis tak suka bercuti maka datang je la opis.
 
waktu tu tinggal saya & bos je di opis. bos saya ni lelaki. dia nak keluar makan. memang tradisinya kitorg satu opis kuar makan ramai-ramai kalau xde kuliah. so hari tu dia ajak la sy makan. saya belum zuhur waktu tu so saya tolak ajakan dia. dia xjd pergi makan. lepastu dua tiga kali dia ajak saya dan saya tolak jugak. last-last sebab lapar kot, dia g makan sorang-sorang tapi dia sempat tanya "awak betul ke nak tinggal sorang sini?!" saya angguk je. siang pon. nak takut ape?!
 
office saya ni ada satu port dorg buat tempat solat. mcm kubikel je la muat 3 org solat. dalam jam 3 saya solat zuhur. sebaik habis doa, lipat telekung, saya dengar ada lelaki berdehem. kuat. dua kali. saya diam. seminit lepas tu sekali lagi. saya geram lalu jerit "oit cik XYZ jangan la main2 macam ni!" walaupun masa tu saya yakin sangat saya sorang je kat opis tu sebab saya tak dengar bunyi orang masuk pun. lepas tu diam. saya cepat-cepat pakai tudung nak keluar. berbunyi sekali lagi suara yang sama. apa lagi, saya terus capai ape patut dan terus balik rumah. sampai rumah saya sms boss saya "boss, sy balik. tolong off pc. esok saya cerita."
 
esoknya sebaik sampai opis terus saya masuk bilik boss dan ceritakan apa berlaku. boss saya cakap "sebab tu sy ajak awak keluar makan. degil! takpelah, dia nak main-main je tu kot. kita bersangka baik." tapi sejak hari tu saya tak pernah tinggal sorang dalam opis tu sampailah saya tukar kerja. rupa-rupanya bilik tu adalah antara yang terawal dan terseram kat kolej tu. dah ramai staff-staff senior yang dengar & nampak macam-macam.
 
well peej, ada part lain yang nak share. berkaitan tak boleh tidur 3,4 hari tu.
tapi cukup sampai sini dulu. will get back to you later =)
 
yours truly;                      
             addelle

nasib x nampak apa2 kan. dengar bunyi2 n rasa2 je.
tu pun kira scary la gak if kena kan.
bila dengar cerita office ni, teringat office mama.
office mama pun scary nak mampuih.
aku pernah cerita kot some dulu2.
lebih2 suruh mama cerita la yek. sampai la episode tu.
entah bila nak sampai. slow betul cerita episode mama tu.

to addelle. sila sambung cerita ni yea.
bagi orang suspence tau. nak tau apa yang jadi sampai takleh tido 3-4 hari tu.
:)

oh sesiapa yang nak cerita expose mistik.
boleh email to me.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
title : expose mistik.

nanti ada yang tanya kan. so tulis siap2.
oh tak semestinya korang kena ada blog baru boleh share.
if takda tapi nak share pun boleh :)

ok tu je. selamat malam jumaat semua.

08 December 2010

It's backkk!! Yippaaaa.

Yeah people. Prosperity burger is back!!
Heheh. Noy tiba2 belikan. Nice.
But I ate half je. Belum feel betul2.
Xpe nanti sihat betul2 kita makan lg kann :D

Hari ni ok sikit. Badan kejap panas kejap x.
Batuk still teruk.
But dah xde muntah2. :D

Paling best sebab adalah save rm30 sebab dah 3 hari x beli rokok. Ngeh ngeh.
I feel good.
Tapi hari ni ada la terasa nak smoke.
Tapi tahan aje.
Sbb a dear friend once told me, gian nak smoke ni dlm few second aje. Nanti rasa tu hilang. Very true. So far berjaya la.
X tau la kalau2 hampeh aje kan.
If only I can stop kan.
I can save a lottt!!!

Ok tu aje.
Bye-bye birdie.

Sent via BlackBerry from Maxis

kesepian.

Aku adalah demam.
Tiba2 aje. Tah apa2.
Angin xdak, ribut xdak.
Nak kata menyangkit ngan sapa2, mcm x mungkin aje.
Nak kata kena hujan macam x aje.

Tau2 bangun tido tiba2 sakit tekak, batuk2.
Badan panas sikit aje la.
Tiba2 tadi noy kejut bangun ajak makan.
Aku batuk2. Tau termuntah. Pffftt.
X pasal kena bersihkan carpet.

Badan dah panas gila n rasa sejuk n sakit sendi.
Nak bermanja suruh noy urut. X dilayan.
Then dia ajak jumpa mama.
Bagus gak. Boleh bermanja ngan dorang.
Jalan pergi kereta, tiba2 aku termuntah2 lagi. Wtf.

Tapi td aku makan gula2.
Sebab dah dua hari x smoke n makan apa2 manis.
Kang jadi kes mcm dulu low blood mampuih. So berjaga2.

Nway, kat sini pun xde sapa nak layan.
Mama pun x sihat. Papa kata aku memekak je. Haha keji.
So jang menjadi teman setia Osim je la.

Aku mmg x sihat la nak ngadap internet semua. Tweet pun sekali sekala aje.
Ni pun update sbb mama suruh.
Ye la kang org pikir kemana pulak aku kan.
Kalau siapa yg follow twitter tau la kot.
Ok la. Tu je. Bye bye.


Sent via BlackBerry from Maxis

02 December 2010

expose mistik : bilik misteri

salam... hi peej. saya mmg selalu singgah dekat blog awak yang cool ni. dengan awak yang cool. memang bestlah :)
ada ruangan mistik tu kekadang saya takut nak baca even saya pun ada juga pengalaman yang mistik. ok saya nak share sikit dekat awak ok.
benda ni jadi dekat saya tahun 2004. Masa tu ayah saya baru je pindah rumah. Pindah pun men terjah je masuk. tak ada buat kenduri doa selamat ke apa. sbb ayah saya busy. mak saya pun. rumah tu kecik je. ada 3 bilik. ayah saya dah siap2 cop bilik depan. saya dengan nenek saya bilik yang dekat tgh2. malam first day kitaorang pindah, tidurlah awalkan. yelah penat giler ngangkut barang2 yang saya rasa tak pernah wujud kat rumah lama pun ada. Saya tidur dengan nenek. ok tido dan sedap punya tido tetiba saya terjaga. pernah kan jadi kat korang. tapi aku rasa yang next ni tak pernah jadi kat korang. saya terjaga tup tup mata saya terus tertangkap rambut panjang jejak lantai dekat tepi almari bilik. lebat rambut tu. stiff ye. saya gosok lah mata ni yelah bilik samar sebabi  lampu dekat ruang tamu buka. rambut je. muka mengarah kedinding. muka macam melekap kat dinding. bila saya confirm je benda tu saya terus menyorok belakang nenek. saya tak peluk kang kena penampar. lepas tu terus tertido. 

saya tak cerita pun dekat sesapa. yelah takut kena gelakkan. buat tak tau jelah. dalam 2 atau 3 minggu macam tu nenek saya balik kampung. saya ok je. sebab saya ni macam berani yang beriani sikit. masa tu pukul 11:00 mlm. saya dah masuk tidor sorang2. ayah saya tgk bola dekat ruang tamu luar. tertidor and tertidor..tetiba saya terjaga. mata ni terus terbuka. saya dalam posisi terlentang. kira semua organ2 badan saya keatas. biji mata saya dah nak terjojol dengan apa yang saya nampak. ada rambut panjang beruban tengah beralun2 betul2 10 cm dari muka saya. beralun2 sambil yang pangkalnya naik keatas atap rumah saya. panjang rambut tu... rambut saja saya nampak. mukanya saya tak nampak. Alhamdulilah... lagi satu nasib baik saya nampak kawasan tengah rambut saja. bukan dekat pangkal. sampai je hujung rambut runcing macam ekor ikan pari. saya tergamam. terus melompat dari katil tekan suis lampu. saya tgk balik dah hilang. tapi mmg betul saya percaya apa yang saya nampak bukan ilusi atau mimpi. 

saya terus angkut tilam bawak keluar bilik. ayah saya punyalah terkejut. saya tak boleh nak kata apa2 terus masuk bilik mak ngan ayah. ayah ngekor saya. yelah apahal lak muka saya pucat lesi lepas tu tanya pun tergagap memang betul kata orang, kalu orang tu nampak benda tu memang tak boleh nak bercakap. macam org biol. bila saya kata saya nampak hantu. abah saya terus suruh saya tidur,.saya tidur dekat bawah. tapi tetiba nyamuk banyak. gatal gila. bunyi pun bising. saya pun dengan beraninya saya kata kalau kau nyamuk kau gigitlah, kalau kau bukan nyamuk pergilah jangan kacau aku. dan keputusannya...........nyamuk tu dah tak ada. wah sampai kacau saya dalam bilik mak abah. last2 saya ttdo. ayah baca yassin n tido dekat bilik saya. esoknya macam2 jadi ada telapak tangan basah dekat dinding rumah sampai tak kering2. lepas tu skang ni bilik tu dah dipecahkan...tapi bila lalu je kat area bilik tu mesti ada rasa seram.


ok tu je yang saya nak cerita...tq ya sebab baca cerita saya ni peej. Love u...

regards,
not one of da seekers. :)
....................................................................................................

wsalam naza zihah,

isk gila scary. x suka.
serious bila baca pengalaman2 mcm ni..
rasa bersyukur la tak kena benda2 macam ni kat diri sendiri.
mintak jauhhhhhhhhh. 

if korang ada cerita mistik. boleh email to me.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
subject : expose mistik

wokeyh :D

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...