25 November 2010

expose mistik - kasi divert

ok ini malam takda cerita.
takda email.
sesiapa yang nak kongsi cerita mistik ni boleh email kat aku.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
title : expose mistik

tengok blog mama.
elok lak cerita ala2 misteri nusantara.
so kalau korang rasa nak baca.
boleh la ke blog mama. HERE.

selamat malam jumaat . muahahhaa.
cea konon scary la kan.

22 November 2010

Kepuasan maksima

Hola,

Wah siap hola. Ceria betul kan.
Oh adalah ceria sebab baru lepas goreng mihun.
Dah bape hari teringin, tp nak goreng tu pemalas. Asyik makan luar aje ;p
Ni dah settle. X sabar nak ngap.

Ye. Dah dekat kul 6 br nak makan.
X mkn apa seharian. Minum pun x.
Isap rokok n adap pc je. Wtf.
Ni pun teringat nak mkn bila rasa pening semacam aje. Terus gigih kelentang kelentung kt dapur.
Wah efek melampau kan. Padahal mihun aje.
Oh air adalah sirap limau. Ketagihan ;p

Korang makan apa lunch td?
Mesti best2 kan.
Sibuk tanya lunch. Org dah nak dinner kan.

Ok a. Malas nak type dah.
Mau makan. Terbau2 mihun ni dpn muka.
Jemput makannn.
Sent via BlackBerry from Maxis

18 November 2010

expose mistik - gangguan belajar.

Salam Kak Peej!

Akhirnya ada masa gak nak mengarang cerita seram suam kuku ni. Nak cerita seram2 sangat tak berani, lagipun tak pernah lagi berdepan dengan kisah seram sangat. mungkin kerana hantu pun kesian nak kacau sy yg penakot ni. ;p

ok terus kepada cerita lah kan.

Dulu sejak SPM, mmg tabiat petang tido, malam berjaga tido sampai jam 4 pagi utk study last minit utk SPM. So terbawa-bawa hingga ke asrama di Poly Penang, tahun 2002-2005. Cuma kontra dengan roommate sy, Rabia. Dia kul 10 mlm dah tdo, study awal pagi time sy tido. huhuhu,

Maka, bila nak study dari 12tghmlm - 4.00pagi, mestilah lampu utama bilik tdo kena tutup kan? so gunalah lampu study kat meja sahaja. oleh kerana tiada pengalaman kena kcau ni, su dulu mmg sgt berani orgnye lah, mlm2 p toilet sorang, p kafe sorang mlm2, lepak kt luar menyembang smpi mlm, basuh baju dlm bilik air mlm2..pendek kata mmg tak pernah kisah.  plus, sy ni ni suka 'eksen' "alah tak takut pun" "alah p toilet pun takut?". unsur riak di situ. ;p

maka satu hari, spt biasa, sy suka bukak tingkap bilik tgh2 mlm sbb rimas bilik tertutup, alasan xde udara segar. maka, cara aku study. radio kat meja study Rabia bukak, walkman pun bukak. so, earphone walkman pakai, radio pun bukak jugak, stesen yg sama, Hitz.FM.

tgh tekun study, masa tu kul 3 kot. angin masuk ikut tingkap. sekali hembus macam tu. trus rasa seram, dan trus tutup tingkap. oh nk hujan kot?

pastu dan-dan rasa ada orang tarik sehelai rambut. pernah rasa tak macam mana org tarik rambut kau sehelai, tapi tak putus2, sakit woi. perit! aku hampir menjerit nk marah Rabia, tp tak jadi bila tgk dia sdap tdo berselimut. oh ok! maybe pepijat or serangga apa2 lah gigit. sambung study.

so masa sdg layan study, tetiba dengar macam stesyen radio bertukar. dekat radio lagu melayu perampuan nyanyi, kat walkman lagu omputeh.  ingat Rabia tukar, sekali tgk dia masih tido berselimut masih di kedudukan tadi. dang!! tapi masih bersabar lagi. mungkin radio murah kan. bengong siket. nak bertambang bengong, kat walkman langsung takde siaran, puas search signal, tp tak dapat, semua bbbzzzzzzzzzzzzzzzz. nak pasang kaset, takde bateri plak.

tgh sibuk carik signal dlm walkman, lagu kat radio tukar2 siaran la pulak. bertambah teruk, siap bergaung! mcm dlm gua tu?, suara penyanyi nk double-double. oh men. masa tu trus bangun otomatik tutup radio, cabut plug trus! sbb masa tu rasa semacam dah.

apa lagi, bukak dua2 lampu study, tidor. tak sampai dua saat aku tutup mata, aku mimpi. seorang budak perempuan jatuh dari bangunan asrama kami,pastu aku jerit nama dia. aku lupa nama dia, contoh la nama dia Britney Spears kan. "BRITNEYYYYY!!!"

dalam masa yg sama aku jerit, aku terjaga dan rasa badan kena hempap. satu badan nak angkat tak boleh. keras. siyes macam ada batu besar tindih setiap inci badan. mata je bleh bergerak. masa tu aku mampu mengucap je, baca ayat Qursi tunggang terbalik masa ayat terakhir tu. asik ulang2. adalah dalam 3-5 minit. tp mmg terasa lama. bila dah leh gerak, terus rasa mual. bangun, p toilet muntah. (berani kan baru pas benda pelik berlaku leh lari ke toilet?) tapi aku rasa ni 'sleep paralysis' sbb badan baru nk tdo tetiba bangun kan? tgk aku masih berpikiran positif ;p

ok masa tu jam dah kul 4 kot. rasa letih sangat. tertido. esok p kelas, cerita kat roommate dan classmate. masa tu tobat dah tak ejek orang penakot. haha.

sbnrnye apa yg terjadi kat aku tu sikit je. kira dia acah -acah, cuit -cuit je lah. budak kelas aku, Ina. siap kena cakar kat muka, tangan, badan. mmg jelas taw kesan cakar, pagi2 masuk kelas die mengadu. haih siap nampak perempuan bertelekung lalu-lalang kat kawasan asrama. Ina ni mmg sng nampak benda2 halus, hari-hari ada cerita seram bila tiba musim bulan mengambang. Yang sorang lg aku tak ingat nama, siap nampak perempuan duduk kat tangga menangis dan kemudian nya terbang mengilai. aiyoyo. seram!

tp mmg ada satu musim kat asrama, warden blok kata bulan bertukar apa ntah, akan terjadi benda2 ni. hari2, kitorang diminta baca Yasin dalam bilik. histeria tu xleh nk cakap lah kan.

tp mengikut kisah benar, mmg ada seorang penghuni asrama jatuh dari tingkat dua. sbb nak ke bilik dia ikut tingkap bilik kawan, sbb bilik dia terkunci dari dlm  :( budak-budak blok sebelah yg nampak masa arwah jatuh, mmg mengalami trauma. Al-fatihah utk arwah.

ok ini sahaja buat masa ini. seram ke? tak sgt kan, org lain punye lg seram taw. lgpun ruangan expose mistik kak peej mmg nk yg suam2 kuku je kan? hehehe. ok ni tgh seram, dok tgh taip2 ni kawan dok sibuk cerita psl hantu kt putrajaya. deym. ;p

akiss,
 

...........................................................................................

wsalam akiss,

hoih. ini kau kata suam kuku.
entah la. sebenarnya dpd nampak kelibat ngan gangguan lite2 macam ni.
mcm lagi seram lite2 ni kot.
sebab if nampak. kita memang confirm la tu adalah benda tu.
tp kalau macam ni. rasa macam, "aik, ni mainan perasaan ke apa kan"
hoh tak suka. nasib la diri ini bukan jenis rajin stay up malam2 nak study sorang2.
tak sanggup weyh kena macam ni.
citt. patutlah kurang pandai masa kat asrama dulu. haha. :)

12 November 2010

tips-tips berwaspada

haha tiba2 rasa lawak lak tajuk entry tu.
anyway. sebelum aku bebel2 lain.
nak share cerita ni. aku baca blog faryn.
hari tu dia ada share pasal kawan dia kena kat depan rumah.
sian kena kelar kat leher n tangan ok. sebab kawan dia bergelut.
then dia share link pasal ada kawan2 dorang kena rompak n tetak kat kepala ok. :(
takut sangat baca. dah la dekat area umah aku pulak tu. tsk.
korang baca la kat sana k. serious takut.
Ya Allah. jauhkan la kita2 daripada benda2 macam ni kan.

terima kasih ngan komen2 tu semua.
sorry la. mmg tak terbalas la. sedangkan komen sikit2 pun bercita aku nak reply kan ;p
pasal trauma. mmg until now trauma. nampak rempit mcm mimpi ngeri je rasa.
lepas kena tu noy terus demam. n kita orang tak keluar malam sebulan kot.
if kawan2 ajak gak lepak. mmg akan ajak siang la. n dorang amik semua.
nak drive pun takut ok.

oh kan ramai tanya. patut gelek aje.
memula kan aku cakap. kau dah cuak. kau macam tak terpikir.
kawan2 n family siap cakap. patut langgar. kedepan. then reverse balik. depan blk.
kira gelek2 la.
aku cakap betul gak. tapiiiiiiiiiii. kan tayar tu meletop.
buatnya sedap2 gelek. sekali tayar tercabut. mampuihhhh. haha.

oh pasal masyarakat pulak. aku x expect orang langgarkan mat rempit tu ke apa.
sapa tak sayang kereta kan. aku pun sayang. *cea macam ada kereta je ;p *
tapi atleast amikkan la nombor motor ke.
takkan dalam banyak2 tu. satu pun tak nampak. get it?
aku time tu mmg tak terfikir la. plus aku rabun. mmg tak nampak la.
aku ada terpikir nak snap gambar tau. sbb time tu aku kan tgh main camera.
tp mcm. "eh kau ni tgh kena kejar ni. ingat main2 ke?"
terus aku sorok camera. sebab takut kena curik. kang tak bergambar blog ni. heheh.
serious time tu aku terpikir tu ok. bungok gila.

tapi pasal masyarakat gak.
aku pun tak tau la.
macam ada komen. time accident tau lak nyibuk kan.
aku pernah amik noy blk kerja.
kat jalan pinang yang straight tembus ke jln tun razak tu.
kan gelap n tak byk keta.
aku n noy nampak ada kereta bmw kena tahan ngan dua motor. ada pembonceng. kira 4 orang la.
sebelah kat kiri. sebelah kat kanan.
tiba2 lelaki tu seluar angkat2 tangan la. macam menyerah tu.
kita orang jalan je. takut la kan.
ada rasa nak telefon polis bg tau. tp end up tak bg tau pun :(
so maknanya kita orang pun sama la kan.
so maybe time kena tu. padan muka. karma. pfffftttt.
tp lepas kejadian tu. aku akan lebih prihatin la. Insyallah.

eh jap. aku bukan nak bg tips ke? apa membebel panjang lak ni kannnnnnnnn.
ok mari kita ke tips.
ala bukan tips apa la. kira apa yang aku amalkan la.
tapi if benda nak jadi kita takkan tau kan.
macam aku kadang2 terlupa gak. tp noy ingatkan.
so saling ingat-mengingatkan la ye.


1. kunci pintu
-first sekali kau masuk kereta terus kunci.
tak kisah la bontot kau tgh senget ke.
tetek kau tersepit kat steering ke,
kau bawak banyak barang ke.
jangan nak sibuk betul2kan itu ini. masuk terus lock.
itu yang aku amalkan. lepas tu baru aku letak brg2 ke apa.
then baru start enjin.  get it.
sebab sementara kau nak kebek itu ini. tu yang dorang boleh bukak balik pintu. tau2 parang dah sampai kan.

2. hati2 bila keluar n terus ke kereta
-keluar rumah tu. tgk kiri kanan. ada orang mencurigakan. kau relax2 la dulu. jangan menyerah diri lak.
n bila dah keluar tu. terus masuk kereta n lock.
jangan tiba2 nak check mail box la, eh tiba2 nak petik2 daun2 yang kuning kat pokok bunga ke apa kan.

3. ajak teman
-kalau boleh seelok-eloknya time nak keluar tu ajak la sesiapa teman.
sampai kau masuk kereta n all.
apa takda siapa nak teman. kau lain la pija. kau ada noy.
bukan teman keluar jalan. sampai keta aje. mintak la tolong bapak ke. abang ke. bibik ke.
aku selalu kalau kawan aku blk dpd rumah aku. sampai dia gerak baru aku masuk.
aku tunggu dpd pagar la. takda la aku dok luar. kang tak pasal dia selamat, aku yang kena.
macam tu jugak if kau hantar kawan balik.
make sure dia dah selamat masuk semua. jangan dia turun je dpd kereta kau. kau terus pecut pulak.

4. posisi handbag
-handbag jangan letak kat seat.
macam aku. aku mmg akan letak kat bawah tempat kaki.
kira if la dia dapat pecahkan cermin. payah dia nak capai.
ok mungkin ada yang sayang. sebab handbag mahal. ala alas la kan.
tapi alaaaa. handbag je pungggg. bukan kau letak dia kat bawah tiba2 dia ada mulut cakap, "hoii..x sesuai ok aku dok kat sini" tak kannn?
tak pun aku letak kat tgh2 kat arm rest tu. n kasi seatbelt kan sekali tali handbag tu. heheh.

5.tinted kereta
- sangat2 penting. kalau boleh spend la lebih sikit. tinted yang mahal sikit.
takyah la sampai armor la apa. aku rasa mcm aircool tu pun dah bagus.
sbb tu agaknya masa kembara tu cermin tahan.
kira if jatuh pun dgn film dia sekali. bukan berderai bersepah ke apa.
macam kita orang mmg tinted gelap sangat. sebab mmg trauma kan.
tapi kita orang mmg bawak la photostat police report pernah kena rompak n all.
so kalau kena tahan ke apa. tak takut. boleh je jawab.
plus noy kerja semua kan. kadang2 sorang2. kalau aku malas hantar amik, hehe. so bahaya la kan.
so far ok la. tak pernah lak kena apa. maybe if kena tahan.
tp tgk muka aku macam mokcik2. dia kesian lalu lepaskan. haha. ;p
tu pun still takut. sbb kadang2 rasa mcm dorang still je boleh nampak samar2.
ikut hati nak tinted agung terus. tapi wahhh banyak cantik kan.
eh bila dah biasa naik keta cermin gelap. naik kereta kawan2 yang tak tinted. aku rasa terdedah sangat. takut berlipat kali ganda ok. tsk.

6. elakkan bertembung rempit.
kalau kau nampak sekumpulan motor. takyah banyak 2 motor 4 orang je.
sama ada kau pecut. sampai tak nampak dorang dah.
atau macam aku n noy selalu buat. kita orang bawak slow. kira tak potong dorang la. so that dorang tak sedar kehadiran kau. x kisah la bawka 60km/j je ke kan.
tapi takdanya rempit nak bawak slow macam tu. sorry. so make sure kau belakang dia.

7.elakkan stop kat tempat mereka berkumpul
contoh la. kau dah nampak depan kedai/ station minyak. dorang ramai gila.
jangan la gatal nak turun nak pergi beli belah la.
nak cucuk atm la. kau tak tau kalau dorang mark kau ke apa kan.
carik station minyak or kedai lain.

8.jangan turunkan cermin
kalau tiba2 ada orang ketuk cermin kereta kau.
jangan sesekali turunkan. tanya je dpd dalam dia nak apa.
sebab kawan aku kena. dia n bf kot. tgh lepak depan petronas ampang jaya tu. ramai ok. n pukul 12 mcm tu.
situ happening. sentiasa penuh.
ada orang ketuk cermin. kata polis la apa.
perempuan tu tak sedap hati kata jangan layan. tapi tau2 je bf dia ni turunkan tingkap. sikit la.
kau tau. lelaki tu terus turunkan tingkap tu secara paksa sampai kebawah.
tau2 hulur pisau nak rompak la kan. tak pasal handbag kena. hp semua.
n kunci kereta dia amik. sebab dia taknak kita kejar blk ke apa.
oh kalau la dia polis. n tunjuk badge ke apa. jangan bukak jugak la. mana tau betul ke tak kan. if dia tak naik kereta peronda ke apa.
senang ajak dia pergi balai. bincang sana. wah macam kita pulak polis kan.
oh satu lagi. jangan turunkan tingkap sebab dia boleh turun kan senang2 kan. satu lagi sebab bila tingkap kau tak tutup full. dia dah tak kuat. so possibility untuk pecah ke apa lagi senang la.

9.call polis
ini aku terpikir la.
kalau la aku kena lg kereta rosak ke apa.
sebelum aku call sesiapa. aku call polis dulu.
mintak tolong patrol car teman aku.
cakap je aku pernah ada pengalaman kena rompak masa kereta rosak.
betul tak. atleast selamat la sikit kan.
tapi adakah akan di layan? aku tak sure.
tp ye la. kita tak tau kan tow truck sampai bila ke apa.
n kadang2 aku tgk kadang2 if kereta rosak. call man ni berkerumun kan.
n mostly adalah scary. kang buatnya kita taknak amik dia amukan pulak.
ye aku mmg paranoid. semua aku takut.

so far tu je la kot.
yang aku boleh terfikir n share ngan korang.
oh if ada yang balik lewat2 tu kan. if nak sampai tu. call la sesiapa family
suruh tunggu kat gate ke apa. teman.
mesti ada yg jawab. aku sampai kul 2,3,4am. dorang dah tido.
kau anak beranak kan. malas2 tu mesti ada prihatin.
macam aku. kadang2 maki2 gak noy. sebab dia mesti nak kerja kena jemput n ambik. mcm mengada aje.
tp kadang2 aku kesian. n aku faham. mesti dia takut kan.
mcm tu jugak family. sapa tak sayang family sendiri kan?
if korang duduk ngan kawan2. mintak tolong la.
maybe kali ni kau. esok2 dia mintak tolong. kau tolong la pulak kan.
tapi kalau korang dikelilingi orang2 hampeh. haih. tak dapat den nak nolong. haha

oh lagi satu.
ni noy la start paranoid. tak pasal aku pun sama.
kadang2 kan kita set lampu dlm kereta tu kat door.
bila bukak pintu ada lampu. tak pun of je enjin lampu nyala.
kalau boleh off la. sebab if bukak. orang nampak kau dlm kereta.
biasa la pompuan. nak kebek itu ini.
n if dah lewat sangat. barang2 dlm kereta ke apa. if tak penting biar dulu. takyah nak angkat.
esok pagi baru pikir2 kan ye.

ok tu je.
if korang ada tips lain.
boleh la kongsi2 jugak kat komen ye :)

11 November 2010

expose mistik - tenggek

Salam peej.
I ade bnyk cerita hantu2 ni. Tapi tak banyak la kejadiaan yg I alami, cume sekali I penah ditarik oleh hantu galah.
Tapi mse tu rase cm mimpi xmimpi gitu. Huhu. Tak pe tuh cite lame tu.
Ni cerita baru kejadian dekat sekolah menengah area rumah mak i.
Adek I bekas student sane, tapi Alhamdulillah. Waktu time die sekolah kejaadian2 cmtuh tak penah jadi. Cuma tahun ni kerap sgt terjadi. Pasai pa tak tawla.
Satu hari, sorg student perempuan ni, pegi toilet.
Balik je dari toilet die dah start histeria dah.
Keadaan mamang tak terkawal.
Dan berjangkit pada student perempuan yang lain plak. Berjangkit dan berjangkit. Sampai kan berpuluh org dalam satu masa. Huu. Seram kan.
Sane sini org menjerit2. Cikgu2 pon dah xbole buat ape.
Ambik angkat bawak masuk surau. Kecoh la time tu.Pangil ustaz2 untuk sembuhkan dorg.
Lastnye. Cikgu ustaz2 semue dh tak taw nk buat pe.
Dorg soh semue student sesi tuh berkumpul di padang. Lama kelamaan dorg yg kene hysteria tu dengan sendiri nye senyap dh tros pengsan.
Lepas kejadian tuh, pihak sekolah adekan majlis bacaan yasin. Dan upacara pulihkan sekolah tu.
org cakap sekolah tu bekas tentera jepun.Bekas estate la pe la.
Kire tapak sekolah tuh keras la kn.
Pas tuh murid2 yg kene ganguan tuh cerita la pade kawan2 dorg.
Ade yg nmpk perempuan rambot pnjg jalan2 kt kaki lima la.
Ade yg nmpk perempuan tua bongkok 3 berdri dalam toilet la.
Ade yg nmpk perempuan bju ptih duduk kt parking moto la. Macam2 rupe la ganguan tu .
Nak dijadikan cerita,ade 1 gerai jual air kelapa pemes depan dengan sekolah ni.
Salah seorg pekeja yg dok jual air kelapa ni budak la lagi, lepas SPM la kot.
Mase dok kecoh2 murid2 dok kene hysteria tu, die pon gatai la start moto, pi ronda dekat dengan pagar, konon nk tgk la pe jadi.
Lepas tuh, die patah balik pi gerai die semula.
Sampai je kt gerai kelapa die tuh, tokeh air kelapa tu tegor die.
“yg kamu bwk kwan kamu ni nape ?”sambil tgn dok wat koje.
Budak tu tercengang2 la kn.
“dah pegi anto die blik kt pagar tu, ckp kt die jgn kaco aku “
Budak tuh teros pecot blik, ke pagarsekolah tu.

Perghh, terer tak terer tokeh air kelapa tuh?
Budak tuh balik je, tokeh die ckp, ade bnde tenggek kt bahu die tadi. Lain kali klo nmpk kecoh2 kt dalam kwasan sekolah tuh jgn pegi. Die suke org yg lemah.
Alhamdulilah, selepas ganguan besar2ran ritu, selepas kerap adekan bacaaan yasin semue. Sekolah tuh dh tak ade ganguan.


http://ayanglov.blogspot.com





09 November 2010

PERFECT ANSWERS TO STUPID QUESTIONS....   

‎​
Aku selalu dpt broadcast msg dpd kawan2 kat bbm. Banyak lawak2.
Tapi tak terpikir nak share.
Tiba2 ni teringat, so kasi share sini.

Lawak jugak la yang ni.
Some of the answers.

1. When people see you lying down, with your eyes closed they still ask:- Are you sleeping?
A: No! I'm training to die

2. Imagine when you take an electronic equipment to a technician to get it fixed and he still asks you:- Need it to be fixed?
A: No, it got bored of staying home alone so I brought It over for a ride. >:O

3. When It's raining and someone notices you going out, they ask: - Are you going out in this rain?
A: No, in the next one.
 
4. When you wake up, then comes an idiot asking you: - You Awake?
A: No. I'm sleep walking!(=|

5. Your friend calls your home phone:- Where are you?
A: At the bus stop!:/

6. They see you wet coming from the bathroom:- Did you just have a bath?
A: No, I fell in the toilet bowl! 8-|

7. You are standing right in front of the elevator on the ground floor and they ask:- Going up?
A: No, no, I am waiting for my apartment to come down and get me. 

8. Your boyfriend comes to your house with a bunch of flowers. And you still ask him:- are those Flowers?
A: No baby! They are Carrots.

9. You're in the toilet when someone knocks on the door asking:  - Is anyone in there?
A: No! The SHIT is talking to you!
>:/

Haha bongok kan.
Tp selalu kan org tanya soalan2 bodoh ni.
Mungkin kena start praktik kan jawab sarcastic mcm ni la.
Ke korang memang jenis ganas n bg jawapan mcm ni?
Sent via BlackBerry from Maxis

08 November 2010

cepat dimasak, sedap di makan :D


paling la sedap kan.
lately ni kalau lapar. tak rasa nak makan nasi.
then tengok roti pulak takdak.
korek2 tengok apa ada. tengok ada tepung  gandum.
so terus buat lempeng.
cicah pulak ngan sambal tumis. tak pun asam pedas ke. hoh terbaik ok.

serious sangat senang buat dia.
cuba la korang try.

bahan

tepung gandum
garam secukup rasa
air

cara-cara

gaul sebati.
jangan lebih sangat air. sampai cair. bukan macam buat jemput2.
ni bagi macam pertengahan. tak cair. tak likat.
then letak minyak sikit aje. kira bg kuali tu berminyak aje. supaya tak melekat la nanti.
pastu lempengkan lah ia di kuali itu.
balik2. n goreng ikut suka. if suka garing2 sikit lama la sikit masak dia.

kalau jadi ala2 gambar kat atas ni. jadi lah lempeng anda.
if tiba2 nampak macam jemput2/cekodok tu. maknanya tak jadi.
aku pernah je tak jadi.
tak rupa lempeng. tapi macam jemput2 giant. tah apa2 tah.
ini pun kira aku buat agak besar n tebal.
sebabbbbbbb. aku malas nak buat berkali2.
so letak je semua bancuhan tu dalam kuali. ngeh ngeh ngeh.
oh pakai la kuali leper yek. 

macam poyo je nak letak resepi kan.
padahal senang nak mampuih.
takpa la. aku share ngan orang yang tak tau or tak pernah makan macam ni.
cuba la try. layannnnnnnnnnnn.

03 November 2010

Ketagihan terlampau


Wah tajuk tak agak2.
Org ketagihan benda2 lain. Aku apa lagi. Haruslah berunsur makanan jugak kan.
Hampeh.

Lately aku adalah ketagihan fried assam laksa ni.
Aku try makan few months back.
Sebab kat menu x abis2 tulis must try, must try. Aku pun terus, 'ok let's try' ;p

Memula makan x tau nak kata sedap ke x. Best tp pelik.
Mcm ish peliknya. Laksa tp xde kuah.
Tah apa-apa tah. Dah laksa tu buat la cara laksa kan. Ni nak tukar2 identiti pulak.
Wah matiklah emosi ngan laksa kan.

Then baru2 ni. Aku gila laksa. Asyik order assam laksa aje.
Pastu try thai lemak laksa pulak. Tu ngeri tahap dewa. Sbb rasa mcm makan laksa ngan masak lemak. Erk.
Dah rasa2 bosan. Aku order la balik fried assam laksa ni.

Wallawey. Sedap melampau.
Maka ketagihan melampau. Ada la setiap hari mau makan ini. 5 hari straight ok.
Naik segan lak. Org tu bg menu.
Aku dah xyah tgk. Sebab dah set dlm otak mau makan ini. Haha

Tak tau nak cakap macam mana.
Rasa mcm char kuey teow pun ada.
Tp kadang2 kuah dia rasa mcm assam laksa.
Sumpah terbaik la.

Tapi malangnya. Aku xleh nak promote korang makan ni kat mana ke apa.
Sebab dia bukan kedai/gerai makan kat luar.
Dia adalah kat private place.
Muahahaha.

Entry xde motip.
Saje je nak bg korang terliur tak berkesudahan.
Sedappppppppppp.
Ok tu je bye.
Sent via BlackBerry from Maxis

01 November 2010

Hoih..mahalnyaa!

Tadi groceries shopping ngan noy.
Mmg ada list. Pastu noy suruh aku tulis tambah something.
Sampai sini. Check2 xde list tu.
Haha tertinggal. Aku lupa nak masukkan blk dlm handbag noy. ;p

So tau2 la. Dah sampai tu. Terus rambang mata.
Dan-dan la semua benda kau nak. Pfftt.
Galok beli macam2.
punch2. Totallllllll....pitams.
Skrg ni brg mahai nak mampuih kan.
Zaman kecik2 mana pikir.
Tau apa nak campak je dlm trolley.
Pastu papa n mama bayar. Heheh.
Sekarang rasakan. Mari stress.

Ok mari main teka-teki.
Rasanya berapa total semua ni?

Sent via BlackBerry from Maxis

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...