28 October 2010

expose mistik : nenek kebayan & "nak buat kawan".

salam.

hye kak peeja, sy tahu blog kak peeja dari cg saye, sbb sy bminat sgt bce2 citer hantu ni. hehe. 
sy nk share cerita ni.

sy ade sorg kakak sdare ni. sampai sekarang die da tak betul. die ni wak2 kecik2 suke bmain sorg2 tak silap sy. satu hari tu, die slalu ckp kat mak die, ade nenek kebayan main dgn die. mak die buat tak tau je. kebetulan, dorg bru pindah rumah wak2 tu. tbe2, dorg perasan yg kakak sdare sy ni hilang. cari punye cari, tak jmpe. siap call police lg. tbe2, jmpe die bawah meja. die ckp nenek kebayan ajak die main. mereka semua pelik ler. lps kejadian tu, die da jd macam tak btul. skrg ni, die slalu bgn mlm2 n makan kat dapur sambil tutup lampu. sy pn seram nk jmpe die. itulah kisahnye.


from me :)


-falina fleena-


.....................................................................................



Salam kak peeja. Saya ni silent reader peejburhan yang setia. (ececeh). So, nak berkongsi la sket crite tentang mistik-mistik ni..maka bermulalah al-kisah yang sgt panjang..sila tarik napas panjang2 dulu..
 
Kisah 1
 
Kes ni jadi masa zaman kat boarding school dulu dkt Muadzam Shah. Tahun 1999, masa tu form 1. Kalau nak tau, Muadzam Shah ni kawasan baru bukak (zaman tu la). Supermarket pun takde lagi. Jadi masih banyak la kawasan-kawasan hutan tebal yg belum diteroka. Dan sekolah saya ni pun boleh dikategorikan sebagai baru, sebab baru 4 tahun beroperasi. Keliling kawasan sekolah ni pun hutan-hutan lagi.
 
Nak dijadikan cerita, masuk-masuk je sekolah ni memang dh rasa tak sedap badan. 1st day kelas dah demam-demam. tak taulah sebab tak serasi (ke sebab tak penah duk jauh ngn mak). Masa demam tu mmg agak teruk la, sbb temperature tibe-tibe naik sampai tak larat nak bangun. Dan demam tu melarat la sampai seminggu. Jadi, dalam masa seminggu tu kalau time kelas prep petang dari pukul 2 sampai 4.30 saya akan stay kat bilik sakit kat hostel. Sorang-sorang. Dalam bilik sakit tu, ada 3 katil single. Selalunya saya akan baring kat katil yang paling dekat dengan pintu. Satu hari, dalam tengah mamai-mamai, saya beralih mengadap ke katil sebelah. Tiba-tiba boleh ternampak mcm bayang org berbaring kat bawah katil yg kedua. (Sekarang ni pun dh terasa macam meremang2). Nak sedapkan hati, cakapla kat diri sendiri, demam sbb tu nampak bukan-bukan.
 
Tak lama lepas tu, kiranya dah baik demam la. Ada satu malam, terbangun nak terkencing. Toilet lak kat ujung blok. Kejutkan sorang roommate ni, nama dia Kak Azie mintk temankan pi toilet. Jadi saya dan dia berjalanla bersama-sama ke toilet. Tapi yang pelik, dia senyap je. Tak cakap apa pun. Jalan pun pandang depan je. Sampai kat toilet dia pun masuk sekali. I mean, sebelah2 la kan. Dah selesai urusan, pi dekat sinki nak cuci tangan. Tapi Kak Azie ni tak kuar-kuar lagi. Sementara nak tunggu dia setel, saya cuci la muka sekali.
 
Kalau cuci muka maknanya muka kita akan menunduk ke bawah kan. Bila angkat je muka tgk kat cermin. Setongkol kepala sahaja kt belakang saya. Kepala sahaja ye.ngn rambut panjang lidah terjelir. Memang tergamam. Dan imej adalah sama mcm yg saya nampak kat bilik sakit. Cuma yg ni dia tinggal kepala je. Tapi benda-benda macam tu biasalah sekali imbas je. Terus lari tunggu kat luar toilet. Yang Kak Azie ni still tak kuar-kuar lagi. Sudahnya saya tinggalkan dia balik dorm sorang-sorang. Yang bestnye, masuk dorm tgk dia sedap tido. Jadi dalam kepala pikir, mybe dia yang tinggalkan saya sorang-sorang. Esok pagi-pagi tanya la kat dia, "Apsal akak tinggal saya kat toilet semalam sorang-sorang?". Kak Azie buat muka pelik sambil cakap,"Bila awak kejut akak?", mau tak berderau darah time tu. Sape lak pulak yg baik hati teman saya malam tadi.
 
Cerita tak habis kat situ. Demam plak makin menjadi-jadi. On off. Kadang2 sampai meracau2 kalo dh teruk sangat. Budak-budak dorm la yg tolong jagakan. Pi klinik doctor tak suspek apa2. Nak kata denggi pun bukan. Sudahnya tak tahan, mengadu dekat sepupu yg tinggal dekat Felda Keratong. Sebab parents jauh kat Kuantan. Jadi, sepupu ni bawak la pi berubat cara tradisional. Manela tu kan, masuk kawasan baru kitorang ni kan kampung sket. Pergila jumpa sorang pakcik ni, tak taula ustaz ke bomoh ke. Tapi ingat lagi masa berubat dengan dia, dia banyak baca-baca ayat Quran. Dia bagi air tawar la. Dia cakap "benda" dekat kawasan situ nak berkawan dengan saya. Memang taknak la kan, nak kawan ngn benda2 tak nampak ni. Konon2nya, masa berubat tu pakcik tu cerita "benda" tu siap marah2 dia sebab halang "benda" tu nak berkawan ngn saya. Taktau la betul ke tak kan.
 
Dh habis berubat, balik lah ke rumah sepupu ni. Kitorang tido ramai2 kat ruang tamu. Saya, wife dia pastu 3 orang anak-anak dia. Esok nya boleh wife dia cerita kat saya, malam tu dia terjaga nampak ada pompuan pakai serba putih berdiri kat hujung kaki saya mcm marah2. Agaknya tu la kot rupa "benda" yg admire kat saya tuh. Sejak dari peristiwa tu, tibe2 macam ada six sense. Kalo pergi tempat pelik2, mmg boleh ternampak la "mereka' di mana-mana.
 
Kisah 2
 
Tapi yg paling horror masa Persatuan Pengakap Daerah buat camping sekolah kitorang. Kat tepi sekolah ni satu kawasan macam tasik kecik. Dan tengah-tengah tasik tu ada kwsn tanah macam pulau. Diorang ber camping la kat situ. Ada sorang ustaz dh nasihat jgn buat kat situ, tapi cikgu penasihat ni macam berlagak-lagak nak buat jugak kat situ. Sudahnya, tak payah tunggu lama-lama malam tu juga budak2 pompuan kat hostel kena histeria. Yang stok2 menjerit macam dlm cerita Emily Rose. Dengan kekuatan melampau-lampau, Kalau setakat sepuluh org pgg mmg confirm melayang sorang-sorang. Mmg sangat seram. Satu malam je sampai 5 6 org kena histeria. Macam berjangkit-jangkit. Bukan 1 malam je yg jadi, kalau tak silap bnda ni berlarutan sampai 3 4 malam
 
Benda ni jadi start dari pukul 10 malam sampailah ke 3 4 pagi. Kitorang mmg standby Surah Yassin siap-siap. Kalau dengar je ade yg menjerit, ramai-ramai pakat buat bulatan baca Yassin kuat-kuat. Semua dorm buat mcm tu kecuali dekat dorm budak yg kena histeria tu sbb diorang kena tolong ustaz nak sembuhkan budak tu. Kadang-kadang lepas Asar pun boleh jadi. Mmg dalam tempoh tu boleh nampak la tiap-tiap ptg parents datang amik budak2 yg kena histeria tu.
 
Yang saya makin lama makin lemah, badan makin sakit2. Sudahnya pindah balik ke sekolah dekat dgn rumah. Ingatkan lepas pindah tu, sekolah tu dh ok. Tapi dgr cerita dari roommmate lama, sampai kena pggil Ustaz Harun Din nak setelkan "benda2" tu. Sampai kena guna 2 bijik bas la nak pindahkan makhluk2 tu. Tu pun still ade yg degil takmo pindah.
 
Ingatkan manusia je yg degil tak nak pindah. Rupa2nya mahkluk2 len pun sama gak.
 
Sebenarnya banyak lagi nak cerita, masa zaman blaja kat Poli Shah Alam pun penah kena. Tapi stop dulu la sbb dh pjg berjela ni. Nanti2 saya emel lagi.. =p
 
Last but not least, terima kasih kerana sudi membaca.
 

.....................................................................

huish.
cerita dpd falina tu macam kesian kan.
i mean tak pasal jadi macam tu.
tapi. entah2 dia ok kot. tapi mcm cerita omputih. 
kan kalau dia nampak2, orang mcm tak percaya. pastu orang kata tak betul.
tapi ye jugak kan. makan malam2 tak bukak lampu gelap2.
mcm scary aje. tsk.


cerita asrama ni best.
mmg seram.
sebab bukan typical cerita2 asrama yang selalu dengar.
tapi dapat rasakan saat2 tu.
sebab sama la. aku ni buntuit tak berajar.
tgh2 malam nak terberak sakan.
tapi usually tak pernah kejut sesama.
mmg pergi sendiri je. haih.
nasib la tak terserempak pelik2 
mintak jauh plisssssssssssssssssss.

as usual. sesiapa nak share cerita hantu boleh email ke.

nurhafiza.burhanuddin@gmail.com

wokeh.
selamat berexpose mistik semua.
baik2 nak tido tu. check2 bawah katil. muahahahaha.
aku takpa. aku takdak katil. ngeeeeeeeeeeee. *ayat nak sedapkan hati sendiri. padahal penakuit jugak.*

24 October 2010

Marah2 pun tetap dia bagi macam2

Perempuan ni mmg angin dia macam angin pusing.
2 weeks ago. Siang tu sembang2 ngan noy.
Dia aku sumbat bag make up dalam handbag. Aku xmo sbb aku bukan jenis touch up make up if keluar.
Pastu aku ckp la x muat handbag aku kecik.
Handbag h&m tu dah menemui ajalnya.
Time tu pulak aku pakai handbag lain yang kecik la.
Aku pun rimas sbb sempit aku rasa.

Abis cerita. Then malam tu tiba2 dia timing. Dah gaduh2.
Malas nak melayan. Lantak.
Tapi esok tiba2 dia ajak aku keluar jalan2.
Aku malas. Sbb aku nak basuh baju. Ada 2 load.
Hahaha. Gila lame. Lagi sanggup dok umah dpd keluar. Cehhh.

Sekali dia balik dia belikan handbag baru.
Hahahah. Suka kan.
Macam tiba2 aje. Xde angin xde ribut.
Tapi dah orang bagi tu. Suka je la kan.
Orang kata rezeki jangan ditolak. ;p

Cantik x handbag baru saya?
Memula sayang je nak pakai.
Tapi orang cakap, handbag if x pakai, simpaaannnn aje pun boleh rosak.
Fineeee.
Sekarang dah selamat pun :D
Sent via BlackBerry from Maxis

21 October 2010

expose mistik : gangguan dalam keluarga

Salam,

im one of the readers your blog. ntah camner blh terjupe,trus trusan bc smpai skrg. pgisian yg menarik/kelakar/sedap(makan2). akhir kata terhiburlah.

sy ni penakott yg amat sgt. smua menda takott. tp takott2 pun sy sendiri pernah alami gangguan mistik ni. utk dijadikan cerita, rumah family sy dikg skrg sgtlah myeramkan. mula2 xpercaya. tp bila saya sendiri pun kena berubat dgn ustaz maka hakikat tu harus diterima smpai skrg. 

sy xpasti ia saka keluarga@tak. tp dah ramai ustaz2 yg dtg 'ubat'kan rmh ni beserta org tua saya. dlu family tinggal dibdr. bila ayah sudah bsara,kami pun pulang ke kg. nak jadikan cerita,tiap mlm pasti mcm2 bunyi akan kdengaran. mengilai..(ala2 burung hantu)..bunyi menda mcm diketuk. sy tido sorg dlm bilik. mula2 je seram. sb ia akn kdengaran pd 12mlm keats. hinggalah 1 kjadian yg xdiingini. mak sy ada ambil serai didlm pagar jiran. sblm tu dah minta izin. maka mak pun ambil utk masak. pd mlm tu juga, mak mimpi ada benda dtg pd dia n marah2 amik "harta" tuannya. sok pg bgun, tgn mak merah2 n bengkak. mak smpai dmam2. g klnk xde apa. g berubat dgn ustaz, br ok. ktorg sgt takot. rupanya rumah jiran tu ada bela. bibik2 yg pernah kerja sblm ni mmg tau psl tu. sb tu dorg xpernah naik ke tingkt atas rmh jiran sy tu. bibik2 hnya akan mgemas diruang bwh shj. 

bila teringat semula, ms dlu2 sy kerap berkunjung ke rmh jiran tu.tiap2 ptg pasti kesana. pernah 1 hr,nenek (hnya nenek+bibik shj tinggal dirmh tu) dirmh tu berkata kpd sy. " na, tlg buatkan air kt bdk2  kat luar tu. penat dorg main2." tertanya2 juga. barangkali nenek sudah nyanyuk. rupanya TIDAK!!! 
 
bila teringatkan smula, isk....ngeri. nasib xnmpk dgn mata sendir. maunya pengsan sminggu.
tu br kisah jiran yg ada bela.

ni berbalik kisah rmh family dikg. mak kt ustaz yg berubat rumah ni pernah kt, menda ini xkuat. tp ia ada sekitar rmh ni. maybe kwsan dia dr dlu. kakak2 yg tiap kali berpantang dirmh mak,pasti ada je gangguan. kdg2 baby nangis xtentu.mata juling ke ats, kakak kena tindih, bila tidor dgn baby, rs baby tu mcm begerak2 atas tilam mcm ditekan2 tilam tu. bila kakak tgk baby tido nyenyak. kdg2 nampk kt 1 sudut diatas siling rmh menda itam berwjh buruk. abg pula pernah nmpk org kecik dlm rmh wrna itam juga dipenjuru dapur pd lwt mlm. isk...ngeri ok. so hingga skrg hnya amalan2 ni ktorg cuba amalkan utk cuba hindar menda ini lg dgn tingkatkan lg ibadat, bc yasssin, kursi tiap mlm, bersihkan rmh, dan ms tido pasti 1 lampu dimana2 ruang akan dinyalakan. klu nak tinggalkan rmh jgn lama2.. jiran2 pun takott sb pernah ms mak ayah ke rmh anak yg lain(bermalam 3hr), jiran sbelah kata 1 mlm tu dorg xleh tido sb ada bunyi mcm menda jatuh dlm rumah. kuat sgt. tp dorg xg tgk..tatooottttt.

dlu ms berubat pun, ustaz yg dtg 4org. azankan sekeliling rmh.pagarkan rmh. pastu ms berubat..rmh hnya diterangi lampu lilin & lampu bilik air shj dibuka. sb itulah tmpat syaitan.
 sy, mak & ayh shj yg berubat.yg lain diminta keluar,n pergi lah mana2 asalkan jauh dr rmh ms tu. kami diminta selawat & berzikir & tenung shj lilin yg dipsg ditengah lantai.jgn sekali2 pandang keats. ms tgh berubat tu..ustaz2 lantang melaungkan azan, tp kdg2 suara dorg mcm menahan sesuatu. isk...takot2.. 

kami 'beralim' dgn telur ayam kg. telur tu kan putih. tp bila 'beralim' ke mak, telur tu jd itam. isk..nampak pun sb sy curi2 tgk. mak mmg lemah. sb tu menda tu mudah dekat dgn mak. mlm tu juga ustaz tu kt telur ni kena buang ke sg. sungai??? isk jauhnyer dr rmh. nak xnak abh ajk abg temankan. legaaaaa...lama rumah aman. tp menda tu kacau smula. mak n abah ni mcm ada kuasa gitu...time mghrib @dkat subuh, dpt rs kehadiran menda tu. meremang je bulu roma dorg. selalunya,klu nk lepak luar rmh mlm2 pasti akan rmai2. klu sorg2 jgn cuba buat berani ya. kang terpandang pula menda dirumah jiran yg ada bela tu..hehehe

satu hal dgn kakak no 2 sy ni, agk pelik. dr mula 1st baby hingga baby ke 4 ni,pasti ada gangguan ms berpantang. xkiralah rmh sendiri@rmh mak. yg pasti dgn kakak2 sekali jatuh sakit. kdg2 bgun pg, tgk kaki mcm mayat. anak depan mata dia rs seolah2 jauh2 je. pernah 1 hr, lwt mlm dlm pkl 2pg, kakak meronta2 nk terjun tingkap.dia nk kuar dr rmh tu. dia kt xtahan. sakit...sakit yg mcmana xpasti. tp ms kena tu dia mcm xsedar diri. bila solat je,dia rs mcm ada menda berbisik bising ditoilet. hingga ganggu dia nk solat. tp skrg dah beransur pulih skit. tu dia ckplah. kdg2 org sakit ni xkan kata dia sakit. pasti kata sihat sdgkan diri dia mkin lemah dan menda tu lg berpeluang besar mendampinginya. smada gangguan@org dengki lalu htr menda2 gitu???

sekian...pjg berjela. xtau ikut turutan. smua menda nk citer. tp klu buat buku ni boleh je. sb ada je kisah misteri rmh dikg, rmh jiran yg berhantu, n kisah kakak yg sakit. alhamdulillah sy masih kuat hadapi semua tu wlupun mmg penakottt.  

-dolly.dead-

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...