21 August 2010

Mana mari la ini budak

Tadi lepas session bukak puasa.
Tak terus blk umah.
Singgah supper kat solaris sbb noy dah lapar blk.
Ye la by then pun dah pukul 12 lebih kot.

Masa nak gerak tgk la kereta orang parking2 tepi jalan.
Jgn main2 lamboghini pun relax aje park tepi jln ok. Nangis.
Tiba2 nampak la merc pun ada park.

Noy : haaaa, tu la keta yg saya nak.
Me : tau. Kau pernah tunjuk.
Noy: dia C200.
Me : cc paling kecik x silap aku. Compressor. Pompuan selalu pakai.
Noy : ye la compressor. Tp saya suka yg bontot terpotong tu.
Me : hatch back.
Noy : yeee. Hunch back.
Me : hatch back la noy.
Noy : ye la hatch back la. Apa2 la.
Me : tak td kau ckp hunch back. Hunch back tu the notre dam.
Noy : hahahaha. Eee tu takut kan. Hunch back of the notre dam. Silap. Apa dia nama dia?
Me : hatch back. Bayangkan kereta kau hunch back. Ada terbonggol.
Noy : haha. Xnak.

X suke kan dia.
Nasib comel. Org terima je la kan. Sabar.
Cuba aku sengal mcm tu. Mesti org dah sepak laju2 kan. :/

Penta layan dia. Sat lg nak kena teman dia pergi celcom. Sim card dia prob. Memanjang error.
Aku yg kena kejut lak tu. Kena drive. Hmphh.
Harap dia mmg ke laut la.
Ok la nak tido. Kang aku lak ke laut. Tak pasal.
Bye.

Sent via BlackBerry from Maxis

19 August 2010

jelmaan dan gendang-gendang~

Salam Kak Peej,

Saya pon nak share kisah mistik saya sepanjang saya hidup 24tahun ni. Saya bahagikan pada 3 segment. Masa saya kecik, masa belajar and bila dah kerja. (macam segment dalam majalah tiga pulak)

Okay, kembali serius sambil buat muka ketat.

Masa kecik.

Dulu saya pernah tinggal rumah flat dekat Shah Alam. 12 tahun jugak saya tinggal dekat situ. Kejadian ni jadi masa saya tengah tidur. Saya tak pasti lah berapa umur saya time tu tapi seingat saya, saya still sekolah rendah lagi. Malam tu saya tidur dengan adik dalam bilik. Mula-mula saya dah rasa saya kena hempap. Lepas saya lawan, suasana kembali okay. Bila saya beralih badan tiba-tiba saya nampak orang pakai telekung dalam keadaan tahiyat akhir. Tapi yang peliknya, orang tu solat membelakangkan kiblat. Pada mulanya saya ingatkan Mama saya tengah bersolat malam. Tapi bila tengok semacam jek bulu roma mula lah menegak. Bila benda tu nak bagi salam tu kan terus saya tekup muka pakai bantal. Esok paginya, saya tanyalah Mama saya kot lah kan dia ada bangun pagi solat tahajud ke, taubat ke tapi Mama saya kata (time tu lah,) Mama saya belum pernah lagi bangun tengah malam untuk buat solat sunat tu. Babun, apa kebenda pulak lah benda alah tu kan. Boleh pulak tiru orang tengah bersolat. Macam haram.


Masa belajar.

Kejadian ni jadi masa saya belajar dekat UiTM Segamat, Kolej Intan, tahun 2004, semester dua. (pergh, lengkap maklumat). Saya tinggal dalam bilik 4orang. Masa tu tiga-tiga senior saya balik rumah and tinggal saya jek weekend tu. Malam tu sebelum tidur saya bergayut dengan boyfriend saya (boyfriend time tu la) :P Dia ada pesan dengan saya why not saya tumpang tidur bilik member. Saya kata tak payah sebab saya dah biasa and yakin gila takkan ada apa-apa. Berlagak gila kau. Dalam pukul 1pagi time tu lepas bergayut saya terus tidur. Dalam masa tidur tu tiba-tiba saya dihempap. Kali ni susah gila nak lawan. Masa tengah bergelut dengan situasi tu, saya ada nampak benda putih lalu tepi saya. WTF. Tiba-tiba kan, ada suara garau belah tepi telinga kiri saya cakap, "Bangun, bangun, bangun." Kuat gila. Time ni dah menggigil. Saya pon lawan 'benda' yang hempap saya tu. Bila saya dah berjaya, saya pon keluar dari bilik and berlari terus naik tingkat atas bilik member saya. Terkejut member saya bila tiba-tiba saya bukak pintu lepas tu terus melompat atas katil dia. Senior bilik member saya pon terperanjat sebab time tu diorang tengah berborak lagi. The next day bila senior dia tanya baru saya cerita. Naik seram budak-budak tu. Terus malam tu kitorang berkampung tidur ramai-ramai share tilam.


Bila dah kerja.

Ni tak ada apa sangat tapi bila dah ternampak tu terus saya masuk office lambat sikit. Saya ni jenis suka sampai office awal. Sebab boleh nak buat kerja-kerja lain selain kerja office. Saya lah orang pertama yang akan masuk office dulu and akan tolong buka lampu. Pintu bilik saya yang jenis glass tu. So, boleh nampak luar bilik. Tiap-tiap pagi saya akan tengok pintu cermin tu betulkan rambut lah, baju lah sebab boleh nampak dari atas sampai bawah. Ada sekali tu nak terkena lah kan, tiba-tiba saya nampak 'BUKAN DIRI SAYA'. Benda tu berdiri sebelah bayang saya berbaju putih and berambut panjang. Muka tak nampak sebab macam tutup dengan rambut dia yang over panjang dari rambut saya. Babun. Apsal lah nak menjelma time-time tu kan. Dah pukul 7 lebih kot. Lepas dah terkena tu terus saya masuk office nak dekat-dekat pukul 8. Tension jek.

Bila semua kejadian ni jadi dekat diri saya memang haram lah saya nak tengok cerita hantu kan. Ada kawan-kawan kata saya penakut lah, gedik lah, mengada lah sebab tak nak tengok cerita hantu, pedulik. Try sikit jumpa hantu. Tengok sikit berani ke tak. (tiba-tiba emo)


Tu jek Kak Peej. 
Tak tahulah cerita saya ni seram ke tak. Sekadar nak berkongsi. Hehe.


Thanks.


http://belogbuatanmelissa.blogspot.com



.....................................................................................


scary kan.
tapi orang cakap benda2 ni mmg kita takkan nampak muka dia.
sebab katanya 'dorang' takleh tgk muka kita sebab kita ada kalimah Allah kat dahi.
Wallahualam.


.....................................................................................


Hi Peeja,

I nak share satu cerita. baru lagi nie. tak la scary sgt. saja nak share. kalau ok, boleh la publish.

keep on blogging!
-Liz-
http://charming-umi.blogspot.com


Cerita ni masih fresh. Baru je jadi hari Jumaat minggu lepas.

Hari Jumaat tu, anak-anak buah ikut aku balik rumah kejap. So malam tu, kitorang hantar la budak-budak kecil tu ke rumah ipar. Dia duduk kat apartment. Tempat tu agak susah nak cari parking. So hubby turun dan hantar budak-budak kecil tu naik ke rumah. Aku ditinggalkan dalam kereta kejap.

Tak kesah la. Aku tak la penakut sangat. Tempat tu tak gelap tapi parking lot tu sunyi. Sebelah bukit pulak tu. Masa tu tinggal aku sorang kat dalam kereta. Radio tak terpasang. Entah la, semuanya malas malam tu. Kalau tak tu, mmg aku buka radio.

Tak sampai seminit aku keseorangan, aku dgr bunyi paluan gendang. Sayup-sayup je. Aku pandang kiri kanan. Kot-kot la kereta sebelah buka radio kuat sangat. Takde orang pun. Aku sorang-sorang gak.

Aku cuba dgr lagi. Memang sah, bunyi gendang. Ala-ala gendang orang India. Dgr dari arah belakang seat aku. Aku pusing. Eh bukan, aku buka lampu kat dalam kereta dulu. Bagi terang, baru aku pusing ngadap belakang. Konon kalau buka lampu, bajet hantu tak menjelma la. Hantu kan ada kat tempat gelap-gelap je. Eh, boleh pakai ke teori aku nie?

Aku pusing, takde hantu tapi bunyi paluan gendang tu masih ada. Cuak giler. Dah la bukit sebelah kereta aku tu gelap aje.Dgn takde orangnya. Kalau jadi apa-apa kat aku, camne?

Terus aku pasang radio. Aku pasang perlahan. Masih dengar paluan gendang. Aku kuatkan volume. Paluan gendang tu makin kuat.Isk, melawan ko eh? By this time, aku dah marah-marah dalam hati. Mana hubby aku ni? Anta anak-anak buah pun, tak turun-turun. Tinggal aku sorang je pulak tu.

Nak kata keluar dari radio, tidak la kan? Sebab dah dgr sebelum radio tu terpasang. Lagi pulak, lagu Greenday yg aku tgh dgr time tu. Jauh beza.

Ada la dlm 15 minit aku tunggu hubby aku. Last-last aku sms dia suruh dia turun cepat. Marah dah time tu. Takut sebenarnya. Hahaha.

Hubby aku turun. Aku buat muka ketat. Tapi tak ckp apa-apa lagi. Dia masuk je kereta, aku terus ckp.

“Abang.. dgr tak tu?”
“Dgr apa?”
“Tu la.. cuba dgr betul-betul. Mcm ada bunyi gendang la. Mcm orang India punya gendang tu”
“Laa.. memang la!”
“Hah? Apa yang memang?”

Time ni, aku ingatkan dia tau mmg ada hantu gendang ke ape.. rasa nak marah sbb tinggalkan aku sorang-sorang. Yer, aku tau aku over!

“Kat atas bukit tu ada kuil. Diorg ada acara la tu. Tu yg bunyi gendang”

Kurang ajor!

“La, nape tak ckp kat atas tu ada kuil?”
“Mane la abang tau”
“Ishhh…. Penat-penat je la Liza takut sorang-sorang dari tadi”.

Bila aku pk balik, rasa lega. Tapi rasa nak menyumpah sebab aku mmg takut giler tinggal kat dlm kereta sorang-sorang time tu!



...........................................................................................


ok email ni bulan lepas punya.
so bukan la jummat baru2 ni jadi ke apa ye.
haha suspen aje tau.
aku dah terbayang2. gendang ala2 cerita Jumanji tu.
sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.







12 August 2010

trett-trett~

salam peej,
just nak kongsi cerita.. 

cerita 1


ni berlaku mase zaman blajar kat U dulu. mase tu aku duk apartment hostel yang sebilik 2 org. petang tu aku ikut member2 aku g berjalan-jalan. Banyak tempat gak pegi. pastu balik tu, aku macam letih. Terus baring kat katil, then tertidur. Kebetulan mase tu aku xleh solat, member aku kejut time Maghrib pon aku wat dunno aje. sebab mengantuk ssgt. Memang aku tido ngan baju g jalan tu, ngan tak mandinye. Pastu tetibe aku tersedar, time tu dah lewat malam pon. Sebab aku rase cam nak g toilet. ekceli aku xtau mase tu pukul berapa. aku bajet jelah dah lewat malam sebab senyap sunyi aje, sumeorg dah tido. AKu ni rabun, jadi aku tgk sekeliling nampak samar2 jelah. Dalam samar-samar tu, aku tengok pintu bilik aku x tutup rapat, jadi cahaya lampu kat luar bilik tu masuk sikit ke bilik aku. Sambil baring tu, aku toleh katil rumet aku, Yatie. just nak make sure dia ada. sebab ade cahaya tu, jadi aku buleh nampak kaki yatie bertracksuit hijau striking, tu mmg seluar faveret dia time tido. ok takpelah. Pastu akupon macam nak bangun ke toilet la. aku malas nak pakai spek. Elokk aku bangkit dari katil aje. blom trurun katil lagi ni. 

Tetibe, Berdessuppp... aku nampak kelibat keluar dari bilik aku. mase tu aku takde rase pelik, sbb aku bajet rumet aku Yatie yg bangun, dalam samar2 tu aku rase dia laa. sbb kan seluar dia striking!. aku siap menyumpah slow slow lagi. "ishhhh yatie ni. aku nak g toilet.. kau pon sibukkk aje nak g toilet!!!"oklah aku baring balik. aku tunggulah bunyi pintu toilet tutup.. slalu pintu toilet tu akan bunyi kreokk kreookk kan. tapi tak bunyi2.. lama gak aku tunggu. aku pon cam hangin la. ish si yatie ni pegi mana pulakk??? aku pon capai spek aku, bangun dan duduk atas katil. tengok sekeliling. Teruss jantung aku berdegup laju gila.. huhu. Tahu tak ape aku nampak?? aku nampak rumet aku yatie, elok aje tido lagi kat katil dia. huhu. ngan tracksuit hijau dia tulahh. HOihhh.. abistu yang keluar dari bilik aku tadi siapa ha???

aku tak puas ati, aku nekad nak g jenguk kat toilet & hall. Bila aku jenguk toilet, lantai adelah kering. memang takde tanda-tanda org guna pon. senyap sunyii je suasana. Zaman kat U dulu kitorang tido, lampu bilik aje tutup, lampu kat toilet n hall semua biar terbukak. Pastu aku beranikan diri nak g intai kat hall. Kat hall tu memang ade PC member aku, dia tak off komputer. Mase aku jenguk tu kebetulan screen saver dia adelah gambar muka Amy Mastura tersengih. aku tenung sekejap aje, sbb takut pulak kang tetibe dia kenyit mate kat aku kangg! haha. Aku terus lari masuk bilik nak sambung tido & tenangkan diri.. Dalam seminit pastu, tetibe azan Subuh. Pastu Yatie pon bangun, aku trus tanye dia, dia ade bangun tak tadi? of coz lah dia cakap takde. huhu. Tapi kelibat tu memang aku nampak. kalo tak nampak, takkan aku tetiba nak mengomel marahkan rumet aku nak g toilet sama time ngan aku td. atau adekah aku bermimpi?

cerita 2

Ni berlaku time bergayut ngan bf sebelum tido.. Tengah duk berborak tu aku memang  pejam mata. Tetiba rasa macam ada orang tiup muka aku, bukan tiup la tapi rasa macam ade org bernafas kat muka aku sebab aku buleh rasa hembusan hawa panas. Nak bukak mata masa tu memang tak berani lah. sebab duk bayangkan macam-macam ade depan muka aku. aku terus je pejam mata kuat2. Tetibe aje rase seriau bulu roma.Terus sound bf kata ade benda pelik, nnt esuk cerita skang nk letak phone. lepas letak phone pon masih tak bukak mata sampai pagi esok. Haha. Bila masa tertido pon xtau. Time tu mmg nekad ape nak jadi pon takkan buka mata. 

cerita 3
yang ni copy paste dari entry lama kat my blog...

misteri...
korang penah 'kena tindih'?atau dgr citer psl 'kena tindih'?dlu time kat skolah asrama slalu gak dgr.ekceli dlu aku cam kurang pecaya sket benda2 cmni, maybe sbb aku x penah 'kena tindih' kut. hmm.. mengikut cerita2 yg aku dgr. Kejadian seperti ini boleh berlaku tak kire siang atau mlm. siang2 buta pon leh kena tau. Penah kawan aku time kat U dlu kena. tp dia kena lain sket. dia kena peluk dr blakang ngn makluk berbulu time tgh tido lps balik kelas tghri. huhuh. scary ok! ade yg kate, 'makhluk' itu berbulu.ade yg kate, spt lembaga hitam.ade yg kate x nmpk ape2 pon, tp xleh move.ade yg kate just akan rase berat sgt, rase cam ade batu besar duk atas badan ko.ade yg rase cam kena cekik.ade yg sesak napas.slalunye mangsa tidak mampu untuk menjerit waima nk gerakkan anggota badan pon xleh. sume jadi kaku. so apelagi, of coz la panik kan. hanye mampu berdoa dlm hati je.
Tapi... yg aku peliknye adelah ape yg berlaku kat aku baru2 ni. jeng jeng jeng. apedia?? Apsal pelik? hmm. mari teruskan bacaan.
Hari itu, tanggal bape hb ntah. hahaha. AKu bangun pagi dan kena g kelas cam biase. Pakai baju warna ape ek? Hmm, warna warni kot. ape yang pasti makanan free tetap ado. hiks. Ni kelas time kursus aritu la. Huhu, time kursus punyelah bsenang lenang, duk berjimba sane cni. Ha skng rasekan cmno nk pulun study utk exam 7 paper nnt? wuwuw.takoottnyeee. Ptg tu ade pegi berjimba kah? xde rasenye. hilang ingatan jap. ermm.. abaikan. :p ok2 nk citer la ni. sabar. Malam itu, lepas je balik dinner. aku lepak la kt bilik aku ngn rumet ku. seingt aku kitorng layan tv jap. Alih2 rupenye aku terlelap. Ikut citer kwn aku, aku tdo awal gila mlm tu. Tibe2...
"tet trininininini trinini nununulalalaaaa"
Aku tersedar sbb henpon aku bunyi, sms masuk. AKu pon raba2 carik henpon ku. Aku rasa macam aku dah bace sms tu dan dah reply pon. pastu siap dah g mimpi tahape2 dah. Skali rupenye tak. Rupenye mate aku xleh bukak! hohoho. mcm kena gam gitu. AKu try nk bangun xleh. apehal lak ni?? oi aku xleh begerak! jantung aku bedegup laju. Aku hanya ade deria rase kt kulit, deria bau dan deria dengar yg boleh digunekan skng. Mulut aku pon cam terkunci. Suara xde. huhu. So aku cube la kut2 ade dgr ape2 ke kan. Tp xde. BAu? pon xde.Aku cube goyang2kan bahu aku. x berjaya. kaku je. Mase tu posisi tido aku adelah terlentang dan tangan aku kat atas perut, senget sket. dpt bayangkan? AKu cube nk bace ayat kursi, tp xleh. mase ni barula aku tingat citer2 yg penah aku dgr dlu. Dalam x semena-mena, tgh aku bergelut nk gerakkan badan aku dan cube menjerit serta try nk bukak mate, aku rase sesuatu yg makin lame makin berat duk atas badan aku. Erk. Helpp!!
'Benda' itu aku rasakan cukup berat. mula2 rasa kat dada je. pastu ia merebak ke bahagian perut aku. Ingat tak posisi tangan aku mase tu kat perut, dan tgn aku adelah di luar selimut. so kulit tgn aku mmg bersentuhan ngn benda itu. huhu. cmne rasanye? berbulu kah? panas kah? bersisik kah?ekceli yang aku rase adelah cam benda lembik2, macam ko letak air dalam belon, pastu belon tu mcm dipenyekkan kat tgn aku. aku rase mcm ade 'belon gemok' duk atas aku dari paras dada ke perut. aku cuba tolak ngn tangan aku. tp xleh. arrr sape nk tlg aku ni? Aku blom give up lagi. aku cuba dgn lebih gigih lg. Tetibe aku rase hanye ibu jari kanan aku leh bgerak, terlepas dr sumpahan kaku itu. aku try cucuk2 'belon' tu, dia lg beratkan bdn dia. isk
Aku pon tanpa membuang mase sbb dah penat dan rase sakit hati jugak, aku pon trus ngan sekuat hati try cubit 'belon' tu. hahahahahahah. aku cubit bertubi2 gune ibu jari (tgn kanan aku cam dh bleh gerak sket). ha rasekan cubitan ngeri dr aku. DAn dan tu jugakla 'benda' tu hilang, aku bleh gerakkan badan aku dan bleh buka mata. Aku tgk sekeliling, gelap je hanye ade lampu samar2 dari luar. aku tgk rumet aku tgh tido. Lega. AKu pon trus amek henpon aku td yg jd punca ini sume tjadi. hehe salahkan henpon lak. Aku tgk kat screen henpon aku ade tulis.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1 message received je. hihihihi
rupenye mmg aku x bace pon sms td. bukak pon blom. apetah lg nk reply. huhu. Aku agak 'benda' tu just lalu kat area bilik aku tu. tp time dia lalu tu kebetulan henpon aku bunyi alert sms. so dia cam tgh2 lalu tu cam toleh la sbb tkejut bunyi henpon aku kot, hehe. singgah nk tgk bdak ni x tido lagi ke nih? kaco la jap.

p/s: aku pon tatau la cmne aku leh terpikir nk cubit 'benda' tu? mase tu aku cam malas dah. rase cam, Ahh tido jela. malas layan.


-Nina-
http://n-t-a-h.blogspot.com/

10 August 2010

xleh sabar lembab-lembab ni~

Omg connection kat umah ni gila slow.
Td call TM tanya boleh upgrade tak.
Dia kata kena pergi TM Point. Fineee.
Kan best if boleh call aje then dorang hantar org pasang.
tp prob bukan connection aje. Pc pun dah gilo.
Sikit2 restart sendiri. Tiba2 monitor going to sleep la. Sepak baru tau.

So if dah lembab2 ni aku mmg tak kuasa la kan. Mood pun x mari.
Mama bising2 aku x update.
Kecoh tau blogger tegar sorang tu.

So konon kejap ni aku nak update la untuk esok ke apa.
Mula2 reply komen.
Elok aku dah type panjang2. Tiba2 pc restart ok!!!!! Herghhhh.
Terus xde mood.
Terus aku shut down lepas tu.
Kirim salam la nak buat all over again.

Banyaknya nak kena update.
Dah basi entry2 tu duk dalam draft aje.
Akhirnya terpaksa update pakai bb.
Mana la tau ada yg rindu n tertanya2 kenapa aku sepi kan.
Kehhhh perasaan. Ada orang kisah?
Ok tu je.
Bye-bye bitches.

Ok last call panggil bitches kan. Merasa la.
Lepas ni kena sopan2.
Bulan ramadhan bulan yg mulia :)

Sent via BlackBerry from Maxis

05 August 2010

asrama dan universitas~

Hi Peeja!

Aku ada experience bab bab horror ni..

Kes ni berlaku masa aku kat Pre-U, Melaka. Oklah, bagi sesiapa yang tak tau, MMU Melaka dikelilingi oleh jirat cina. Anyhow, itu tak der maksud apa apa, because I don't believe jin jin ni suka kat kubur Cina je. Kat mana mana pon ada kan. 

Anyway, masa tu study week, biasalah students, last last minit baru nak study gila babeng kan. My friends and I suka study kat dalam campus, and since kitaorg study start pukul 10malam sampai lah the next morning, library memang selalunya dah penuh. So we resorted to old canteen yang agak jauh jaraknya dengan building building yang lain. 

Memang agak tersorok lah dari crowd, kantin tu memang kat hujung campus dah. 

So that night, tetiba la pulak tak ramai orang kat old canteen tu, lagipon jam dah pukul 3 lebih tu (rasanya, tak ingat sangatlah). Masa tu aku cool lagi, tak der la fikir apa apa. So aku ajak kawan aku teman pergi toilet. 

Sampai kat toilet, masing masing buat biznes la kan. Nothing fancy. Lepas dah habis, my friend ni ajak pergi tengok bulletin board sebelum balik kat tempat duduk kan. 

So on the way lepas tengok bulletin board tu, kitaorg lalu lah depan toilet tadi kan, then tetiba tiba, kawan aku tadi tu terus berlari, aku mcm terpinga pinga! Then hati aku mcm tergerak nak pandang belakang, and bila aku pandang belakang je, aku nampak mcm ada kabus/asap/wap/whatevaaa pintas lalu dari toilet ke kakilima (refer Gambar1.png). Masa tu aku masih lagi blur blur, mcm, apakah itu? Then aku boleh buat relax lagi..member aku dah lari jauh dah...haha..




Then sampai kat old canteen tu, aku tanya la member aku, apasal dia berlari? Then dia tanak cakap, tapi boleh tak dia sambung balik study?? haha...kalau aku confirm dah pack barang balik bilik kan..haha.

About half and hour lepas "incident" tu, kitaorg semua kembali mcm biasa...huha sana sini...bayangkan pukul 4 pagi bising bising...mana taknya. 

Masa tengah berseronok gelak ketawa, kitaorg semua duduk dlm satu meja, then ada sorang lagi member (orang lain) aku duduk sensorang kat meja lain, aku pon panggil lah dia join sekaki kan..then bila dia nak bangun menuju ke meja kitaorg, dia terduduk balik, then dia geleng geleng kepala. 

Aku pon ingat, oklah, dia nak study lagi la tu, tak kisah lah kan.

Then dia cepat cepat kemas barang dia, and terus naik hostel. Kitaorg mcm "Wah, apasal dia sombong sgt tu?? Tension nak exam kot..."

Keesokan harinya, dia bagitau kitaorg, yg masa dia nak bangun nak tuju ke meja kitaorg, dia ternampak ada "benda" berlegar legar kat meja kitaorg / belakang kitaorg (refer gambar 2.png)...tu yg dia terus terduduk tu. Then dia cakap, masa dia nak gerak balik hostel dia, "benda" tu ikut dia!! Tapi nasib baik bilik dia dah "berpagar" masa dia mula mula masuk hostel dulu.




GILA LA WEH! Aku masa tu yg blur blur, terus jadi paham. Terus terkaku, langsung aku tak study kat situ lagi. Sanggup study dlm bilik. HAHAHA

Eh, panjang pulak cerita ni. Ok bai.

(haha, tetiba ending mcm cibaiss)

- Alia
www.secondsanctuary.blogspot.com

........................................................................................................


Bila aku baca orang lain punya cerita, macam best pula. Ni aku nak cerita aku punya pulak. So far aku belum pernah kena apa-apa lagilah. Selain dari dengar orang alih-alih perabot dari rumah atas aku ni. Ni aku cerita pengalaman kawan-kawan.

1. Yang ni orang panggil hantu "mama, carry baby". Cerita dia macam ni. Selalunya jadi dekat asrama. Siapa-siapa yang ada keistimewaan melihat benda-benda halus ni selalu lah nampak. Tak pun budak-budak asrama yang poyo-poyo yang suka stay up sampai pagi-pagi tu selalu terkena. Dorang ni selalu nampak benda ni jalan-jalan keliling asrama sambil buat gaya macam tengah dukung baby. One day ni, kawan aku kata dia nampak benda ni dekat dengan kafeteria asrama. Dia buat bodoh jer. Malam tu dia stay up and tidur dalam kul 3 pagi kot. Time tidur tu dia dengar macam ada orang nyanyi-nyanyi. Dekat jer suara dia. Dia buka mata dia cari-cari dari mana datang suara tu, rupanya benda tu ada atas almari dia. Duduk sambil julur kaki ke bawah, dukung anak sambil nyanyi "mama, carry baby! mama, carry baby!" Dia pandang je terus benda tu ketawa mengilai-ngilai and hilang.

2. Ni pun terjadi dekat asrama jugak. Macam tak berapa seram sangatlah. Kawan aku ni dia dah tidur. Pastu dia rasa macam sejuk-sejuk. Dia nak bangun konon nak tutup tingkap, sekali dia pusing dekat meja belajar dia, ada sorang budak kecik menyangkung atas meja belajar dia sambil peluk lutut and tenung muka dia. Terus dia baca ayat Al-Quran. Benda tu hilang and kawan aku ni terus menyelit dekat katil aku. Pagi tu bangun tengok-tengok dia ada dekat sebelah aku. Dahlah katil tu katil single kan.

3. Ni terjadi dekat asrama lelaki. Kawan aku cerita. Dekat asrama ni ada satu bilik tu memang dikunci and tak dibagi sesiapa pun duduk dalam bilik tu. Sebab pernah dengar cerita ada kes budak gantung diri dalam bilik tu. Dulu asrama tu asrama perempuan, disebabkan perempuan ni selalu datang bulan and lemah semangat, dorang selalu kena kacau. jadi dorang pindah asrama duduk dekat asrama lelaki, budak lelaki duduk dekat asrama perempuan. Kawan aku ni dia dapat bilik sebelah bilik yang berkunci tu. Masa tu belum tengah malam kot. Taulah budak lelaki ni malam-malam bisingkan. Main terup lah, main gitar lah apelah. Satu malam tu dorang tengah nyanyi-nyanyi main gitar, tetiba dorang nampak pak guard lalu dekat tepi tingkap tegur "diamlah. jangan buat bising". budak-budak ni ketawa jelah kan. tapi kawan aku ni baru perasan yang bilik dorang ni dekat tingkat dua. macam mana pulak pak guard tu boleh lalu tepi tingkap kan? dorang semua terus tutup tingkap and buat bodoh jer. 

itu saja. hehe.


Regards,
Azryn


Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...