29 July 2010

condominium dan the eye~

Hi peej, my story ni took place at kondo bayu tasik, bandar sri permaisuri kl. 1st condo kt situ.

My house (eh umah ayah la!) Tkt 9. And unit tepi sekali. So tepi tu adalah laluan ke blok satu lagi. Banyak kisah seram ni, satu-satu la ye.

1st.
I tgh masak ngan my sis  and dr dapur boleh nampak corridor jalan kaki kat luar. Tgh sedap potong bwg my SIL balik, jelas ok I nampak mmg dia siap senyum ok. Then I told my sis that ourr sil balik pastu dgr org bg salam. Terus I suruh my hubs g bukak. Obvious mmg bagi salam tp bukak2 takde org. Terus terdiam satu rumah.

2nd.
One day my sister tgh mandi and bear in mind rumah I unit tepi ok. Bilik air my sis yang luar bilik. Tgh dia mandi dia dengar I cakap I nk keluar so nk bg kunci. Padahal I keluar sebelum dia mandi lagi ok. Pastu dr tingkp kecik bilik air ada org ketuk bunyik nak bg kunci. Umah I kan unit tepi so mana ada org boleh pegi tingkap tu sebab tingkap tu kat dinding penghabisan.

Then satu lagi I pulak tgh mandi pagi nak g keje, hubby tido lagi. I dgr my sis panggil kat luar, I keluar la sekalitu kat umah tu I berdua je ngan hubby.

My sil pulak dgr suara my hubs cakap ngan I tgh malam suruh bukak pintu bilik dia br sampai dr kampung. Padahal hubby I balik malam esok tu.

3rd.
Bilik I L shape so pintu tersorok la. Kalau tido malam kan nanti dengar pintu bilik u terbukak tertutup bunyik krekkk kroook pintu la. I tak berani nak jenguk tp serius mesti hantu tu gelak sebab I tak boleh tido.

4th.
Ni masa bujang sebelum kejadian2 kat atas tu berlaku. I ngan my 2 sister dalam bilik utama.  I tgh bergayut diorang lak masuk dlm sebab nak aircond. Tetiba riuh lak rumah. Rupanya TV ter'on' sendiri. Bila kitorang keluar tengok, tgk suis off tp tv on. Cemana tu? Terus of balik masuk bilik tidur berhimpit bertiga atas katil.

5th
Bila dah kawen hubby suka bela ikan so bela ikan sepat ronggeng. Bila letak ikan dlm akuarium, ikan2 tu akan ke satu penjuru je pastu kejap2 kuak lentang macam dh nyawa2 nk mampos la. Pstu kang ok, pastu jadik terlentang balik.pastu mati ikan2 tu.After tahu area tu keras, and I tgh preggy time tu takut kena kacau I bela ikan puyu konon nak protect la kan, 1st day ikan tu dok akuarium kat umah tu duri2 sirip dia terus naik tak turun2, esok I bangun pgi ikn puyu tu dh x de dlm akuarium, smpai bwh peti ais I korek kot la melompat tpi tkde. Beli sekor lagi puyu, esok tu bgn pg 1st thing check is ikan puyu. Tgk2 takde jugak. Haish..terer betul hantu ni. I amek my sil punya ikan puyu yng dia dh bela 2 thun sampai gemuk, masuk umah I tu 2 minggu hilang jugak ikan tu. Sampai skrg tak tau camana ikan-ikan puyu tu boleh hilang.

6th.
My sis keluar beronggeng tgh mlm I sorg kat umah, time nak tido dlm kul 2 ada org ketuk pintu bilik suara my mom..dia panggil 'mazz...meh kuar tolong mak ni' siap dgr bunyik peti ais terbukak macam kita amek lauk nak start masak. I terus kol my father sambil selubung selimut nangis2 suruh amek I.

7th
Bukan kt unit I tp kat swimming pool, guard bgtau masa teman I naik kat umah pukul 3 pagi balik dr opis, the day before 2 org guard jumpa sorg pempuan berkemban pukul 2 pagi bertenggek tepi swimming pool.

Alamak terpanjang la peej, sorry bnyak lagi tapi sakit la jari keypad bb ni kecik. Thanks sebab wujudkan segmen (wah macam rancangan tv pulak) expose mistik.

Now I dh pindh dr rumah tu and sekarang adik I yang duduk. Alhamdulillh takde apa dh sekarang sebab kawasan tu dh busy and bising. Masa I sunyi sepi je.

Ok thnks again


http://mazzrais.blogspot.com


.....................................................................................................................


hoho. bagi aku scary la ni.
macam boleh bayangkan scene2 dia tu. cibais betul.
mesti sapa duduk rumah tinggi2 ni faham kan. :|


......................................................................................................................




Hai peej,
Ni citer tahun lepas terjadi kat kakak i, dia koma 3 minggu H1N1.Kakak i di masukkan ke wad CCU, Critikal Care Unit.
actually i nak citer ada 2 orang staffnurse ni dah nampak lembaga hitam bertenggek kat atas badan kakak i aND the worst thing is dia dah main2 dgn
machine bantuan pernafasan kakak i tu..and 3 kali ok kakak i dah habis nafas pas tu ada balik..semua kerja lembaga tu..pelik kan...apa dia nak pun kami tak tau..my dad
siap panggil 3 orang ustaz berjaga tiap2 malam..hazab okeh..lepas akak i dah ok skit walau masih koma kejadian sama berlaku bila dia dipindah kan ke ICU, nurse yang tolak troly rasa berat nauzubillah..masuk jer lift tetiba lift terpadam, gelap gulita dan machine bantuan pernafasan sekali lagi berhenti, kami kat dalam lift dah panik mujur ada yang bawak walkie talkie.minta bantuan..cepat2 settlekan kakak i dulu..still benda yang sama..until now kami tak tau apa sebenarnya makhluk tu nak kat kakak i..ikutkan ustaz tu dia nyer citer kakak i dah tolak hasrat hati orang nak sunting dia dan actually family kami tak suka ngan orang tu, kakak i jenis ikut kata family..member sakit hati terus kenakan kakak i..tapi itu citer last year..lepas jer akak i ok dia ada satu sifat pelik,dia leh nampak setiap makhluk yang pelik2..orang kata orang yang baru bangun dari koma sure boleh nampak macam2 kan..itu yang kakak i alami di samping dia hilang memory lampau dia...takut kan..leh nampak mcm2 tapi kakak i rileks jer...
salam kenalan
suriaamanda a.k.a Malissa Mohd Zain


then aku reply la sikit.
then dia reply blk ni.



series peeja,
kakak i kerja kat ***** (aku kasi censor la yea), opis dia kat KL sentral..kekadang dia balik seremban malam la..sekali kat highway meet accident..mati la penunggang motor tu..dia siap leh nampak roh penunggang ni pakai baju yang sama dalam kejadian, helmet masih sama..berdiri merenung tgok mayat dia tgh jalan...scary giler ok..kalau i mmg dah mati hidup balik i tak tengok dah...

..........................................................................................................

omg. tak sanggup.
dah macam cerita the eye kan.
hush...syukur la aku tak pernah ada apa2 benda yang terlebih2 mistik ni. :)
mintak jauh plisssss.




28 July 2010

Take a break..alang-alang tu kan.

Menyepi dpd dunia internet kejap.
Bukan la sbb apa.
Sbb line internet kat sini punya la slow.
Nak load page ke apa pun, punya la lembab.
End up aku tutup je. Kosser aku nak online lg.

Risau lak tgk mama x sihat lately.
Pastu papa pulak jatuh bumbung la apa la. Kepala pun benjol.
Benjol mcm pingpong ke xpe. Ni aku tgk besar mcm bola tennis. Tsk.

Tu yg berdesup aku blk.
Atleast boleh la tolong2 apa patut kan.
Ni dua2 x sihat. Pokok2 pun layu je x siram.
Boleh la tolong masak2.
Aku rajin masak sikit2 aje.
Mama ni semangat kuat. So dia akan masak jugak mcm2 tambah lauk.
Oh heaven. Masakan ibu ni sedap.
Wah alasan. Padahal bg la makan apa pun. Semua aku bedal kan.

So hari ni ngan muka x malu aku suruh mama masak asam rebus tempoyak.
Pitam weyh pitam. Sedap sangat. Nyam.
Ceh aku yg request kan. Patut org sakit yg request nak makan apa. Heheh.

Yeay, esok noy balik. X sabar.
Rindu sudah sama itu budak.
Ni xde apa. Bersantai ngan mama aje.
Nak jalan2 pun dia x larat.

Oh semalam lawak.
Tgh tgk travel n living. Aku tanya la mama

Me : mama, bila kita nak melancong?
Mama : haah? Melancong?
Me ; a ah. Kita pergi mana2 la. Bali lg ke. Euro trip ke?
Mama : entah la pija. Nak melancong apa. Nak berjalan pergi depan gate ni pun aku x larat.

Hahaha. Hampeh betul.
Tp ye la kan. If tak larat mcm mana kan?
Xpe la. Kita pakai la wheel chair kan?
Ok apa.

Ok la. Mau sambung santai sama mama.
Tgk la pic tu. Teruja betul muka dia.
Oh excuse my lebam eyes. N saya adalah pakai baju kedah arwah maktok :(
Miss her a lot la.

Ok tu je bye-bye.
Sent via BlackBerry from Maxis

22 July 2010

exam week & mainan baby~


salam peej.



baca entri ko psl mistik2 nih. nak share gak 1 cite

mase blaja dulu. xtau la klw time blaja ni, dkt2 nak exam jek student akan kena kaco ke sbb stay up smpai  pg kan. xtau la betul ke x. tp rata2 pong akan ade jek cite2 camni.

aku dulu blaja kat uitm penang. stay hostel. 1 bilik 4 org. katil dabel decker tu ade 2 set, loker baju 4 dgn meja studi 4 buah a kan. masuk pintu nmpk loker dgn katil dulu, pastu baru meja study tu. ade mcm laluan kecik jek a tgh2 bilik. 
ade bdk bilik aku sorg bwk komputer yg len guna laptop jek. 
slalunye aku akan tdo dulu bile bdk2 bilik study. bese diorang study smpai kul 2 lbh a. pastu bile diorang tido aku plak bgn stay up smpai subuh. tp ade 1 mlm tu aku stay smpai kul 4 pg jek. sbb mata mmg dh rabak giler. x thn. aku tido awal. 

pastu kami klw mlm2 bukak lampu kat meja study tu jek. lampu bilik tutup. 

pastu ade budak bilik aku kate, mlm tu dia sdr kul 4 lbh kot. dia dgr bunyi kibod tu. mcm ade org menaip. dia ingatkan aku tgh guna kmputer tu. tp dia tgk kat katil, aku dh tido. dia tgk meja tu dr katil dia jek, kusi kosong. pastu dia biar. jap lg dia dgr plak bunyi mouse. dia tgk lg. mmg kompem2 xde sape kt meja tu. 
tp dia nak pnggil aku pong dia x brani. sbb dia xtau mane 1 btul. aku yg tido tu aku ke atau..... ape a kan. huhuu~
pastu yg dia dgr tu betul ke atau mmg aku ade ke dia x nmpk ke. camtu a.
besok pg nye baru dia cite. aku ckp a mmg aku x stay lame mlm tu. huhuu~
aku cuma ckp kat dia, ala agaknye benda tu nak study gak kot. ataupong dia tgh men game kat kmputer tu. hahaa! ble ke... 

pd aku x bp seram kot. tp klw aku yg dlm keadaan tu baru tau agaknye camne rase dia. 
sori, cite agak pjg. huhuu.. ade lg cite. yg ni aku sendiri kena. tp tu nnti a. kang muntah ijo plak nak bace pjg2. hehehee

p/s: siap bg layout koooo....  takut ko x phm aku xplain. hehee... 
meja yg ade komputer tu, meja study 1. member aku tu tido kat katil dabel decker belah kiri. dia tido katil bwh. aku  katil belah kanan. 

tenkiu sudi bace emel aku. [baca kan? hehee] 



.............................................................................................................


Hi Peej,
Selalu jadi silent reader je kat blok awk.. Memang best, keep it up k.. :)
Neway, nak share story mistik jugak.. Kalau ikut memang banyakk, tak tau nak citer mana satu.. Huhuhu..

1.  Ni masa kat rumah lama.. Dulu aku dok kuarters kat batu 9, cheras.. ko bayangkan kadang-kadang tetiba ada benda bedebummm! jatuh atas bumbung.. Apekahhh??
Tengah malam lak tu weh.. Menatang apa lak yang nak jatuh?? Buah kelapa? Mana ada pokok kelapa pulak.. Tapi aku buat bodoh lagi..

Then, dulu anak aku ada walker.. Walker bebudak skang kan canggih.. siap ada muzik bagai.. Sekali malam-malam walker tu bunyik sendiri.. huhuhu.. last-last aku hempuk walker tu kasik senyap..

Then, aku ni selalu stay sorang ngan anak aku smpai malam sebab hubby selalu balik lambat.. kat rumah aku ada satu anak patung lembu tau.. bile kite tekan button kat tangan dia, nanti dia bunyi..
so, hari tu aku patung ni ada kat hall.. tetiba patung tu berbunyik.. dah la bunyik dia last-last adalah scary.. bunyik dia camni tau.. bile ko tekan je kan, dia akan moo dulu.. so dia jadi "moooo, mooooo, mooooo..
then pastu patung ni akan gelak.. hahahahahahahahahahah macam tu.. gile tak terkejut aku?? siyes pastu terus aku campak kasik bakar je patung tu..

ada satu hari jiran aku cakap ada nampak hubby aku atas bumbung.. gilerrr.. apa kejadah hubby aku nak dok atas bumbung tengah2 malam wehhh??

2.  ni masa kat rumah mak aku.. dah lama giler dah ni.. kakak aku pun blom kawin masa ni.. so, kitorang kongsi bilik.. satu bilik 2 single bed.. satu malam aku terjaga.. tetiba nampak sesuatu kat hujung
katil kakak aku.. nak tau mende?? huhuhu.. hantu bungkus wehhhh..!! uwaaa.. dia tengah ngadap kakak aku tido.. then aku pejam mata balik, slow2 pusing badan sebelum dia pusing pulak badan dia ngadap aku.. huhuhu..
Hoh, kalau ikut ada lagi.. tapi nanti-nanti la aku story ea.. ngeeee.. 


.............................................................................................................



Sendiri terseksa?~

Aku ni byk cakap.
Aku ni selalu happy.
Nampak macam takda masalah.
Selalu buat2 lawak. Orang sekeliling happy.

Tapi sebenar2 nya banyak benda aku tanggung sorang2.
Maksud aku perasaan.
Aku jenis suka pendam.
Aku mmg x reti nak express emotion sangat.
Tak kisah la, rasa suka ke, sayang ke, cinta ke, marah ke, benci ke.
Mesti aku pendam aje.
Aku xnak salah cakap.
Tp if la aku cakap jugak tu. Makna nya aku dah x sanggup/larat nak tahan dah.
Benda2 tu jarang berlaku la kan.

Macam sayang semua tu.
Ngan family aku semua jarang la aku ckp. Tulis2 ade la.
Mcm noy n mama jenis suka peluk2 n cium2. Aku usually akan keras aje. X tau nak respond. Tah apa kena.
Sama gak la if dah suka or sayang org.
Mmg bertuah if orang tu dgr aku cakap sayang ke apa bersungguh2.
Usually aku x ckp. Janji aku tau sudah. Bila perlu je ckp. Ye aku mmg pelik.

Macam tu jugak bila aku marah n sedih.
Pun usually aku akan sorang2.
Nangis la sorang2 sampai tertido.
If marah n bengang pun. Aku akan buat diam aje. Ikutkan mmg rasa nak maki.
Tp Alhamdulillah selalunya tahap kesabaran tinggi la.
Usually marah tu kejap je kan. Nanti ok.
So sbb tu relax2 lama2 akan cool off.
IF aku tiba2 menjadi perempuan tak siuman maki2 tu. Maknanya dah tahap tertinggi la tahap kesabaran.
Cannot go dah.
But if la jadi pun. I don't feel good about it. Sbb rasa xde faedah pun. X solve anything pun kan.
So akan end up, aku pendammm la lagi.

Aku pun x tau la mana hala tuju entry aku ni.
Cuma buat masa ni aku ada macam2 rasa.
Semua aku pendam. Sampai sesak dah dada aku ni.
Dada ye. Bukan buah dada. Buah dada mmg dah sesak. Andailah boleh bedah kasi kurang sesak. Keh.
See sempat selit2 kasi mood ceria.
Sebenarnye x. Dada terasa sesak ada lah.
Sebab aku mcm mood happy. Tapi rasa sangkut sbb aku pendam sbb x sure perlu ke share.
Then aku jugak rasa marah n bengang. Tp aku xleh buat apa ngan benda tu. Pikir panjang baik aku pendam.
Mcm2 rasa la ada.

Kawan aku pun marah.
Dia kata aku suka seksa diri aku sendiri.
End up aku yg stress.
Just because aku nak jaga hati semua org. Aku yg makan hati.
Aku suka tunggu2, 'sabar2' sampai nanti benda tu meletop sendiri.
Baru aku kelam kabut n sibuk nak cakap.
By then it will be too late.

Abis macam mana?
What if apa yg aku cakap tu bikin org kecik hati?
Or susah hati?
Or sakit hati?
Or what if aku x mendapat response yang aku harapkan bila dah cakap 'isu' tu?

Ada ckp aku kena jadi sellfish.
Well I tried. But selalunya org tu lg sellfish. End up fish also not sell. Sendiri eat the fish. Ok lawak x jadi.
U get the point?

Entah la. I dunno.
Mmg character aku suka pendam kot.
Ke mmg pisces macam ni?
Ke aku yg tah apa2?

Omg. Korang baca entry ni sampai abis ke?
Sorry layan aku yg insomnia ni emosi.
Tah apa la aku merepek.
Saya rasa kosong.
Sent via BlackBerry from Maxis

15 July 2010

main-main and anak siapa itu?~


ok mana yang cerita pendek2.
aku decide kongsi dua sekali.
sebab nak tunggu seminggu satu je keluar.
ngan email yang berlambak2 orang bagi.
aku rasa ada tahun depan baru abis kot. 
oh thank kat semua yang bg email itu ye.

oh ye. ada yang aku kena betulkan ejaan.
sebab banyak shortform. aku memang faham
tapi takutlah orang tak faham kan :)

............................................................................................................................


Aku pun rase2 nak kongsi pengalaman mistik aku. Wah, nak numpang gak...
Aku ni jumpe tak pernah tp dengar2 tu ade la
1st dulu aku mase tu baru form 1 kot.
Tinggal kat PD. Kuarters askar la.
AKu ni jenis cam musang gak. Malam tak pernah nye tido awal. Haruslah
terlajak sampai ke pagi kan
Kebetulan mase tu TV3 sume 24 hours ade rancangan. Lagi lah aku berjage
Den one night ni aku cm bese tido lambat lepak tgk tv. Mak aku da lame kong
kat sebelah. So tengah aku syok2 tengok tv tetibe dgr bunyi k.
Bunyi tu at 1st cm bunyi org goncang tin cat tu. Yg utk spray motonye.
N bunyi nye kejap2 dekat den jauh.. Dekat jauh. Jap cam depan umah aku.
Pastu cam kat umah ujung. Aku dlu


(boleh tak tiba2 cerita tergantung. haha. lepas aku email then few days later baru sambung. kehh)


Sorry cite tak abis. Kali ni aku kasi abis yea? Mcm aku ckp aku suke tido lambat dulu2 actually sampai skang.. N mak aku slalu ckp aku ni hati kering. Mmg dulu2 takde istilah takut ke ape.. Wat poyo aku je.
1st pengalaman kat PD tu lah. Mule2 dengar rase macam org tgh goncang botol spray moto tu. Jap depan umah aku, jap umah ujung. Keep on mcm tu around 5min ++. Ade2 mase cam bunyi org seret tin.. Ala.. Tin yg ko ikat kat tali pancing tu then ko seret. Mcm tu la.. Mule2 aku x amik port but then melampau la plak kan. Tinjau kat lubang pintu x nampak ape la. Mcm aku ckp, aku ni hati kering. Xde fikir ape terus bukak pintu. Takde sape k.. Al maklumlah dah kol 1 pagi.. Sorang umat pun xde. Aku still x kisah. Siap boleh kuar ke depan umah sbb nak tengok betul2 ke xde org. Esoknye bile aku citer kt mak aku. Dah seram2 nye teori die bagi !

Cite kedua mase aku duk kuarters kt gemas. Mase tu kem kat situ baru bukak. Stock kuarters ala2 flat 4 tingkat. Aku duk tingkat 2. Atas ade la family lagi. Mule2 duduk xde pe. Then aku mcm perasan tau. Tiap2 mlm mesti ade bunyi kusi @ meje terseret mcm ko ngah tarik @ alih2kan la. Aku mmg tak kisah la. Sbb tau atas ade org duduk.. Lagi pun umah takde kalis bunyi ke hape. But then tiap kali bunyi2 tu mesti aku akan dengar bunyi guli. Means guli tu org campak dr tangge atas turun ke tangge floor aku. Sekali dua aku ignore la kan. Anggap anak org atas tu main. But then hari2. Kadang2 aku siap bukak pintu nak tengok ye ke x. Takde budak2 pun! Dah lame2 mcm dah biasa plak! Da x kisah pun!

Ha.. Tu je la kisah aku nk kongsi ngan ko. Mayb takde la scary mne kn.. N aku pn mntak2 la dijauhkn dr jumpe mende2 yg mengerikan ni!


http://www.averybodynme.blogspot.com


.............................................................................................................


gila berani tau.
kalau aku kosser la nak check2 kan.
aku selalu bengang if tgk cerita hantu. if ada apa2. dorang nak check2,.
like wtf kan. siapa yang nak buat macam tu kan.
rupanya ada orang macam ni ye.
hoih. sorry la. kalau aku dok diam2. tutup mata baca apa2.
.............................................................................................................




Pija,ni citer perjalanan gi Bandung dgn kereta.Kisah benar ni.Kwn i org bandung yg cerita sendiri.Terjadi kat kawan dia.
Kalau gi Bandung drive dari Jakarta,ada satu tempat nama dia Cipularang.Kat situ bahaya sikit jln nya.Gaung kiri kanan macam Karak highway.
Nak jadi cerita,kawan dia ni dgn wife dan sorang anak drive malam2 gi Bandung.Sampai kat satu tempat ni(kilometer brp lupa,sorry),anak dia cakap nak kencing.So dia pun berenti lah tepi jalan.Anak dia dok seat belakang,so dia turun dr pintu sebelah kanan.Bila dia dah abis kencing,ntah apsal dia masuk balik dalam kereta ikut pintu sebelah kiri.Tp derang takde lah syak apa2.So continue jalan sampai hotel di Bandung.Sampai kat hotel,anak dia macam diam ja.Lain macam lah.So wife dia macam tak sedap hati.Tp depa tidur gak 1 malam kat hotel tu.Besok pagi2 terus wife dia ajak balik ke Jakarta.Then sampai kat tempat yg sama,anak dia cakap nak kencing lg.Lepas dia turun,laki bini ni nampak kat depan tu mcm ada polis.Husband dia pun nak menyebok lah kan.Bila sampai kat situ,tengok2 anak derang tengah nangis.Katanya mak bapak dia tinggal kan dia semalam waktu dia turun kencing.

Abis sape budak yg naik kereta derang ikut sampai hotel tu??Hihi..sendiri mau ingat...

Seram tak??Seram lah..seram lah..

Ok bye


http://thewifeyjourney.blogspot.com/


....................................................................................................


haha siap paksa2 suruh cakap seram.
ok kalau aku ada dalam situasi mmg la seram.
tah mana2 budak aku angkut kan.
morale of the story. jangan gedik nak berhenti sesuka hati tgh malam boleh tak?
nak kencing sgt? kencing dalam seluar pliss. hahaha

08 July 2010

expose mistik~

cerite pasal lift ni memang femes kot kan? ramai sgt terkene kat lif.
macam aku dulu study kat ypm shamelin. budak2 sem baru mmg dia bagi tinggal kat hostel yang tak brape nk hostel la. shoping komplek lame yang ditinggalkan, dan bilik kitorg adelah di parking lot ye. bayangkan parking lot shoping kompleks ade dinding2 tu kan. haaa tu la yg menjadik asrama kami. sedih amek.
standard paking lot adelah ditingkat ats saje iaitu tgkat 6 & 7 (kot, aku x igt la dah 10 tahun kottt). tingkat bwh2 tu mmg xde ape2 melainkan sampah sarap dan takungan2 air je. totally kosong. pagi2 nak g class mmg ramai org la kan. elok je tekan lif mmg xjd masalah. terus turun sampai G. yang menjadi masalah bile mlm. mlm tak mlm dlm kul 10 n above cmtu la. ko naik la brape ramai pun. tetap jgk kene kcu. tiap kali tekan lift ke tigkt 6, lif messsssti akan stop kat tgkt 3 or 4. bukak je pintu lif, gelap. sume senyap je. tekan close, dia bukak lagi. tekan lagi, dia bukak lagi. muke memasing mmg pucat la. pastu member yg tekan close tu dah hangen. terus sound, "ko ni jgn la memain! benci btol la aku!", baru la pintu tutup sampai ke tgkat 6. pergh..... kene marah dulu ke?? 

pastu aku dulu mase kecik mmg slalu sgt nmpk bende2 pelik. siap kene kcu bagai la. tgh2 tgk tv, skali ternampak bende kaki panjaaaaaaaang giler melangkah dr bilik stor ke dapur. selangkah je beb! panjang giler kaki tu. aku nmpk kaki je. bile tanye abah. abah kate tu antu galah panjang. erk. memain ke siyes ni? ntah.

pastu syok tgk tv lagi, nmpak ade badan budak kecik turun kat tangge. tp xde kepala. tp aku bleh wat dek jek. sbb dah biase kot. pastu ade jgk time tgh memerut, kan pintu toilet ade yg ade gap sikit kat bwh tu? so kite nmpk la ape bende lalu kat luar. tgh syok2, tibe2 bunyi pintu org ketuk kuat giler! tekejut aku. pastu nmpk kaki budak lari2. bile kuar, tanye abah sape dtg td? budak mane? abah kate, mane de sape2. pintu tutup.  erk. okay..

paling ngeri time tido. kepala katil kat tingkap. org kate x elok klu kepala kat tigkap kan. aku rase mcm ade bende naik katil aku. dari kaki sampai la ke badan. slow2. siap tilam aku penyet2 sebab ade bende la maknenye kan. perghhhh seram abis time tu! pastu sampai kat kepala, dengar bende berdengus kat telinge aku. mcm suara lelaki gile seks  nak rogol aku time tu. aaaaaaaaaaaaaa! nak bace ayat ape2 dah menggigil dah ni, aku lawan gak mende alah tu, pejam mate, bace jgk la pape. pastu terus ilang, die blah. ape lagikkkk! bukak lampu la, xleh tido sampai ke pagi. damn u hantu. 

pastu aku ade jgk beberape kali bende tumpang tido bilik aku. siap mintak izin. tp tak menakutkan la. cantik je bende tu. abah aku kate tu bunian. dia siap mintak izin bgtau name die n nak duk brape lame. sepanjang dia ade, ade bau daun pandan la bilik aku tu. 
mule2 sume tak caye. dorg igt aku letak daun pandan. watever mls nak layan.  siap melekat bau tu kat baju or tudung. bile jumpe org dorg tanye kenape ko bau cam bunge rampai? haha jwp xtau je la. kawan2 dtg umah, masuk bilik aku muke pucat. pastu takut dah nk dtg umah aku. tah pape tah. pas seminggu bau tu hilang la. mak aku penah tak caye, aku ckp la, "mama tak caya xpe, nnt dia pegi bilik mama pulak". esoknye, bilik mak aku ade bau daun pandan. haaaaaaa pucat muke org tua tu! haha.

pastu aku x igt dah la. sbb sgt byk bende jadik mase kecik2. yg peliknye aku je nampak. adik badik lain x nampak. mgkin sbb aku anak pompuan sorg kot? oh dulu abah aku adela mcm berubatkan org yg kene 'sakit'. maybe bende tu kot yg kcu aku. ntah la. tp skrg dah xde dah jadi. hopefully takde langsung la, sbb rasenye skrg aku dah jd penakut kot! haha.


http://elynwan.blogspot.com/

.................................................................................................................

hohoh. ingat2. time kecik2.
arwah atok aku ada cerita pasal hantu galah.
macam2 cerita tua orang dulu2 ni. bikin takut aje.
tapi memang betul2 ada ke?
Ya Allah Ya Tuhanku. jauhkanlah aku daripada terjumpa makhluk2 itu.
tak mooooooooooooooooooooooooo.
lately ni aku selalu dengar bunyi pelik2.
tp aku suka bg jawapan yang sedapkan hati sendiri.
walaupun sebenarnye bulu tengkuk sudah naik.
tsk.

01 July 2010

macam-macam ada. beraneka rasa dan rupa. wah macam kuih~



hahaaa.
apa punya tajuk la.
ye la. if aku letak expose mistik. 
korang pandai kan. taknak bukak blog aku.
tunggu esok siang baru bukak. tak best ok.
cea macam la aku berani kan. aku pun baca n update siang. ngeh.
semalam je terbaca malam. memang scary.
tu kisah lain la. lambat lagi publish. ikut giliran siapa cepat :)


so ni banyak ok.
macam2 experience ada.
tu yang tajuk macam tu. :)
aku ingat nak publish half dulu.
tapi since banyak lg orang lain bg. kang bila lak aku nak tepek lg kan.
takut la korang malas baca if panjang2 ni kan.
ceh. padahal aku yg pemalas. nak samakan ngan orang lain kan.
so ni aku tepek full cerita.
nak sangat kan. hambikkkk.


so ber- expose mistik . muahahahaha *budget kalau gelak mcm tu scary la*


.................................................................................................


Aku banyak oi experience tapi takde lah yg hardcore .. heheheh...So, aku bg 5 cerita lah kan.. 3 experience aku, 2 lagi org lain nye experience

1) 1994, Aku kat sekolah MARA Jolobu, masih laie freshies(form 1). Duduk kat Blok A, seblok dgn kakak senior (from 3). Ada satu kakak senior ni baik aa dgn aku kan. Dia kata ada satu kakak batch diorg ni mmg selalu kena kacau dgn benda alah tu. One night, dia tidur dan mimpi. Dia mimpi yg dia pegi toilet.Lepas dia buang air tu, dia nampak ada benda ni korek2 sanitary bin tu.. Dia pun tego lah kan "Hoi".. Sekali kau, benda tu pusing.. Hambek kau, dia kejo la akak tu.. Akak tu pun lari bersungguh2 masok dalam bilik. Sekolah aku ni dia nye shoe rack tu diperbuat dr besi, yg jenis melekat kat dinding.  And before masuk tido, semua org kena susun kasut masing2 atas shoe rack. Back to the story, akak tu lari2, sampai la kaki dia tersadung, ibu kaki dia terlanggar shoe rack besi dan kakinya berdarah.. So, dalam mimpi tu, dia rasa kakinya berdarah dan of course, tak sempat la dia nak susun kasutnya tu atas shoe rack. Dalam mimpi tu, dia masok bilik, terus la tido. Sekali dia bangun tido, tgk2 kaki dia berdarah betol2 macam dalam mimpi and kasut dia pun mmg ada kat atas lantai, bukan atas shoe rack. So, amcam? betol2 ke mimpi? korang piki la sendiri.. taktau la akak2 lain sabotage kan.. hahahaha


2) Tahun 1995. Aku dah jadik ketua blok A. Masa tahun ni, blok ni ada 8 orang juniors (form 2) and 50++ budak freshies. Masa mlm kejadian ini, aku tgh stay up buat KST (Korang ingat lagi ke KST tu ape ha??). Pastu, tgh dok buat2 keja dkt luar pintu bilik, dgn samar cahaya api koridor tu, tetiba aku dengor bebudak freshies menjerit macam histeria.. gilo punyo kuek.. Selang berapa minit, ada budak lari2 pegi jumpa aku, cerita yg ada 4 org budak kata nampak skeleton dkt luar bilik, diorg pegi tego.. skeleton tu patah balik.. budak2 lain masih lagi dalam keadaan yg terkujat.. so, aku panic la kan... since budak blok aku ramai yg kekanak, so aku kena gi block B la mintak tlg ketua blok B. Aku rasa dah abis laju dah aku lari nak g panggil akak tu.. tapi aku rasa lama gile siott nak sampai.. yg bestnya, aku siap jatuh dalam longkang guling2.. dah sampai kat depan bilik akak senior tu,aku cerita laju2.. akak tu pun kata kena panggil warden a.k.a ustazah fatimah. Pastu akak tu pulak lari, aku nengok jek la kan dr luar bilik dia.. dan amazingly, dia pun jatuh gak tersadung.. pastu aku taktau apa jadik la kan.. sebab ustazah suruh semua org masok bilik dan tido.. takut woooo!!! Org kata kalau benda2 ni kacau, masa kita nak mintak pertolongan mmg susah, ada je dugaan nye...


3) Tahun 2001. Masa aku ni study kat UTM. Malam tu aku janji dgn coursemate aku (ye, dia bukan kawan aku sebab aku takde kepentingan dalam hidup dia, eh emo lak) yg aku nak gi bilik dia pukul 11 malam sambung buat group assignment. Pukul 10 mlm dia sms aku, tanya bila aku nak dtg bilik dia and dia suruh aku dtg sekarang2 gak.. Aku pelik la pulak kan.. So, aku g je la.. Masa aku sampai, aku tgk budak F ni diam aje .. So, aku buat taktau je la kan.. tapi malam tu mmg rasa pelik la weh.. Sebelum aku mula buat keje, aku call la husband-tak-jadi aku dulu.. Masa tgh call ni, aku berdiri tepi tingkap.. Bilik si F ni mengadap pokok besar.. So, masa dok cakap2 dalam phone, aku nengok ke bawah.. Mata aku mmg menumpu pada akar pokok tu.. So, nampak la bayang daun2 pokok tu.. kebetulan angin tiup2 sepoi kan.. Sekali kauu,mata aku nampak apa, mata aku nampak bayang2 kaki .. kaki tu goyang2 macam dia goyang kaki sambil nyanyi laa.. Aku apa lagi, terus tutup henpon. Terus duduk atas katil. Aku tgk F. F tgk aku. Pastu 2-2 lari pegi ke pintu, bukak cepat2, panggil akak sebelah suruh tutupkan tingkap.. Hambek, terus tak berani stay up.



4) Yg ni cerita cousin kawan aku yg aku gelar A. Dia cerita, masa dia join pandu puteri or pengakap,aku tak sure, tapi diorg pegi camping. Malam tu diorg nye program adalah owling. Korang tau kan owling itu apa. Ala.. beratur dan berjalan didalam hutan. Pastu korang akan ditinggalkan sorang2 dekat satu spot tu maybe dalam setengah jam. Ini untuk menduga kehebatan mental korang la kan.. Serius takut sapa yg penah join owling  la kan.. So ada sorang kawan A ni ditinggalkan sorang2. Dia jenis penakut gak la.. So, dia memang memanjang tutup mato yo la.. Tak berani la nak bukak mato. Tetiba dia dengar org kata " buka la mata, bukak la mata".. Member lagi tutup kuat2 la kan.. gila kau nak bukak kannn.. Sekali kau, benda alah tu guna hujung kukunya yg tajam itu untuk membuka mata si kawan A ni.. Apa jadik kawan2? si kawan A itu pengsan. Kalau aku la, bukan setakat pengsan, Siap berbuih2 kut mulut aku, gile scary..


5) Cerita terakhir aku terjadi pada tahun 2002. Masa ni aruah nenek dgn atuk aku baru je kembali ke rahmatullah (Al-fatihah). Aruah meninggal selang seminggu. Pastu selang seminggu tu pulak nenek sedara aku meninggal. Masa aruah nak dimandi dan dikebumikan, aku tak pegi melawat.Yang pegi masa tu mak aku, makngah  aku and maktam aku.. Diorg bertugas jadi tukang mandi jenazah. Lepas zohor yakni lepas kebumi tu, diorg balik la rumah maktam aku. Mak aku ni balik2 je terus jumpa aku kan. Takde la nak mandi ke hape kan. Sebab aku kan dah besor. Maybe takde badi nak kacau aku kan. So, macam biasa, tido kat kampung, semua adalah bergelimpangan di depan tv atau di dkt hall depan umah. Aku nye spot tido adalah depan tv. Sebelah kiri aku adalah maktam. Atas kepala, adalah mak aku. Aku mmg tak dpt tido la malam tu. Tah hapa2 la aku rasa kan. Aku try baca ayat kursi, tapi tak penah abis. Asal baca je mesti bersambung2.. mmg tak jumpe la hujung ayat kursi tu.. Pastu aku kejut mak aku, mak aku kejut maktam. Sekali maktam aku nampak kain batik org bg hadiah mandi jenazah yg betol2 tepi aku.. pastu dia cecepat alihkan.. pastu dia amek penyapu, dia baca ayat2, pastu kibas2 penyapu dkt pintu. Selang berapa minit lepas tu, makngah aku muncul dkt muka pintu bilik tv tu. Dia kata "aku nak penyapu".Dia amek penyapu pastu g hall depan. Kiteorg dengo la dia buat benda yg sama dkt depan. Pastu dia dtg balik. Dia kata anak dia nampak lembaga hitam duduk depan dia, tgk je anak dia nak tido. So, the next morning, aku dgn anak makngah aku kena la mandi air limau. Pastu family aku ngan aku balik la Pahang kan, sebab mak abah aku keje. Sampai dkt Pahang, aku ingat benda tu dah tak ikut lagi aku ni. Aku mmg dah la penat sebab 3 minggu berturut2 balik Melaka kan. So, mmg sampai kat Pahang, mmg tido tak hengat donia la kan. Aku tido mengiring, dalam masa lalok2 tu, aku nampak something lompat2 tepi aku dan tgk aku, Ye, muka dia adalah huduh. Tapi kecik aje la makhluk nya. Dalam keadaan yg penat itu, aku terus je sound " Jgn kacau aku la, aku penat, nak tido", Pastu aku mengiring ke sebelah lain, terus tidur. Bangun tu, aku cerita kat mak aku. Mak aku cam pelik la kan. The next week tu, kami balik lagi, sebab maktam aku buat kenduri ke hape ke. Sampai2 jek, of course la kan..dah tentu la anak2 dia yg kecik meraung. Sebab aku bawak benda alah tu balik umah maktam aku.. Sekali lagi, kena mandi limau and baca doa2. So, mulalah macam spekulasi dibuat dr mana dtgnya makhluk yg mengacau kami tu.. Alkisahnya ada yg membela hantu raya takpun saka. Taktau la mana dtg kan.. Orgnya dah meninggal, pastu dia carik tuan baru kan.. Org kata kadang2 nenek moyang kite bela benda mcm tu tanpa disedari sebab mak pak diorg pass kat diorg tanpa bgtau. So, dia macam ikut je sapa2 yg boleh dia tumpang.. So, mmg kadang2 ada org kata dia taktau sebenarnya dia ada benda yg ikut dia.. So, korang tanya la atuk nenek korang. takut la ada kan..


Sekian, cerita aku.. Anak aku dah panggil masok bilik nak tido. Nasib kat Hengland ni takda hantu melayu, hantu pakistan ada lah...itupun scary juge..



Budak Lurpak
http://mysinfulobsession.blogspot.com



.........................................................................................................


komen aku.


1. kalau aku la bangun2 je kaki macam tu. harus koma. 
ye la biasa la kita mimpi bila bangun mcm menangis ke. 
sesak nafas ke. rasa mimpi tu real aje. 
tapi sampai mcm tu memang scary la kan.
what the hell.


2. aku rasa kelakar. haha. ish jahatnya aku.
tapi cuba bayangkan kau lari tiba2 tergolek2 ke longkang. lawak la.
padahal adegan seram kan. jadi kelakar. haha


3.aku ada gak kes macam ni masa kat mrsm.
org cerita la. tp kaki goyang2 atas almari. wtf.


4.pun pernah dengar.
sebab tu la aku tak suka sekala benda2 masuk hutan ni.
terima kasih.


5. ok this is scary. mintak jauh la.
jangan la nak ada turun temurun ke apa.


anyway. hantu pakistan macam mana?
maam hantu hindustan kah? psksi loceng kat kaki, menari2? 

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...