Get away to Pulau Lang Tengah, Terengganu.

Salam Jumaat,

Sis ada masa terluang. jadi marilah update blog yang hidup segan mati tak mahu ni.
Sebab sis telah menjanjikan kepada ramai orang untuk update blog pasal percutian ke pulau lang tengah.
Sebelum di tuntut marilah kita update ye.
Tak sangka remeh jugak nak update ni kan.
Nak transfer gambar, nak download, upload bagai.
Dulu takda rasa payah nau macam ni.

ok mari tidak membebal panjang dan teruskan cerita.
Plan semua last minute. Tak silap sebulan sebelum je.
ikutkan ramai nak pergi. tapi end up pergi 3 family je.
tarikh pun bertukar2 sebab nak ikut availability masing2.
mula2 plan nak ke pulau redang.
tapi since arif tak boleh confirmkan cuti dia sama ada approve ke tak.
so kita orang tak boleh pun nak book.
sebab arif kena tunggu schedule dia akhir bulan keluar br boleh tau approve ke tak cuti dia bulan depan tu.

so bila dah confirm tau by end of august tu, awal sept baru nak sibuk book.
by then memang pulau redang semua penuh je mostly resort.
sebabkan travel with kids, so kita orang kena amik resort yang proper la.
dulu zaman memuda takpa, redah back packers je pun boleh je.

so setelah search banyak takda.
kita orang decide nak pergi pulau lang tengah.
tak nak perhentian sebab drive lagi jauh sampai ke jeti besut.
kalau lang tengah kena pergi jetty merang je.
since semua last minute plan, memang tak la nak naik flight, sebab tiket utk aku satu family jadi rm1300. muntahhhh. baziaq tu.
since noy pun taknak naik flight, kita orang decide untuk sewa kereta.

So kita orang sewa starex. dapat sewa utk 3 hari rm1200 with rm300 refundable security deposit.
sebab kita orang bergerak 6 dewasa n 3 kanak2.
pergi hari tu masa cuti panjang september hari tu.
nak muntah jugak la penat tu. Sebab ahad-selasa aku bercuti ke melaka ngan noy n family mertua dia.
dah la selasa balik tu jam melaka-kl 4 jam hoih. sampai rumah unpack barang semua.
rabu aku masuk kerja sebab ada meeting bagai.
balik kerja tu terus packing untuk pergi pulau pulak.
kul 10 malam pergi rumah mama tgglkan bibik sana.
n arif pergi amik starex yang di sewa.

walaupun starex tu ada 12 seater, tetap macam nak mampuih memikirkan nak susun kedudukan siapa duduk mana n stuff.
tu satu hal. nak pasang car seat pun amik masa sejam lebih weyh. sebab bulky kan, so membuatkan leg room jadi kecik je.
so susunan ialah arif drive n laki aku duduk depan, barisan kedua pedd, paan n carseat for mehdi.
barisan kedua aku n carseat hannah. kerusi tengah lipat supaya senang keluar masuk n letak bag.
row paling belakang noy n carseat for malika. ambilll
arif kata dah macam bawak lari pulak rasa. kah kah.

so settle semua. kita orang bergerak from rumah mama around 1am untuk amik pedd n fam pulak kat ttdi.


pasang carseat for mehdi pulak.
bergerak around 2am from KL.
semua tak tidur dok galak sembang sebab lama x jumpa n travel sesama.
around 5am baru semua tertidur kot. Arif meneruskan perjuangan dia drive sampai ke jeti merang.


:: orang semua ternganga lagi, cikonah dah segar ::

Kita orang memang dah book boat awal daripada sini.
boat at 8am. korang boleh google untuk tengok tour agent yang menawarkan boat ke pulau lang tengah.

harga boat adalah mahal meninggal sebab pulau ni naik speed boat amik masa 45 minutes - 1 hour tak silap. hahah tetiba aku hilang ingatan.
harga boat untuk dewasa adalah rm120 untuk satu hala.
so untuk pergi balik jadilah rm240 sekepala pergi dan balik.
n ada la macam biasa kena bayar marine park la apa semua tu few ringgit.
bagi aku mahal la. sebab laki bini dah jadi rm480 khennn. nasib budak bawah 4 tahun kot free. if tak silap aku la. tak sure sampai umur berapa kira masih free.

we reach merang jetty around 7.15 am.
so ok la relax2 boleh pergi toilet tukarkan pampers anak, tukar baju bagai.



:: budak busyuk baru bangun ido..kombam ami ::


:: hannah n mehdina instantly becafe bff. hannah kemain happy nampak boat. "mummy..row row ur boatttt." ::



:: malika n pedd ::


macam ni la percutian mak-mak.
no more sexy latina bagai.
sekarang ni sorang tuala kat bahu, sorang sibuk nak ikat rambut anak la apa.
kejap jerit anak melompat, berlari bagai.
kecoh sangat.


hannah mmg excited. muka je nampak cuak, tapi dia ok.
dia macam tergamam apakah sedang berlaku ni?
macam tak percaya naik boat.
dia lagi relax dpd orang kt bawah ni. hahaha


hahah laki den memang penakut air kan.
so kau tengok la tu macam mana beria ikat life jacket tu. kah kah.
banyak la aku share igs, semua dok komen kemain ketat bapak dia halang anak dia.
dia takut anak dia melambung. haha



:: walaupun takut air, tapi bab amik gambar kau bagi la kat dia. memang over ::

:: me n pedd. friendship since we were 16 years old. so that is 19 years of friendship. ni la muka pulau kami. pergi pulau xyah nak meletop sangat. kita nak enjoy the island khenn. ::


yeay sampai.
journey agak bumpy sebab ombak besar.
so takleh bawak laju sangat boat.
as usual pulau di terengganu memang tak pernah mengecewawakan.
lawa as usual. i is love.



best pulau ni sebab antara 1-1 resort tu sangat la jauh.
so kau akan feeling ala2 private beach.
esp kita orang pergi bukan weekend, so time tu memang tak ramai orang.
rasanya silap2 around 5 rooms je occupied kot.

:: candid ::


ok about this place.
seriously aku sangat-sangat suka pulau ni like seriously.
tapi aku tak suka resort yang aku duduk ni.
kita orang duduk dekat summer bay resort.
resort dia facilities ok. tapi staff dia tak friendly langsung.
tak friendly satu hal, malah very rude. so sis adalah benci.

masa sampai tu suara garang2 panggil kata berkumpul untuk briefing.
apo kauuuu. kita orang berapa ketul je, takyah kecoh2 leh tak.
pastu dia bagi tau la do's n don't kat resort tu.
then ada satu part tu, dia cakap, "do u have diving license?"
so pedd n paan jawab yes. infact arif pun ada tapi arif tak pay attention masa briefing tu.
tetiba perempuan tu buat muka n tekankan "DIVINGGGGG LISENCE."
both jawab YES. ..."ohhh okay..so....."
kau dah kenapaaaaa? macam kita ni bodoh lak tak tau diving tu apa.
n apa muka tak meyakinkan ke apa untuk ada diving lisence.
gelabah gila.
then banyak la benda2 yang segala tak boleh kat situ macam la kita ni first time pergi pulau n duduk resort. herghhhh.

kita orang sampai around 9am kt pulau.
nasib boleh check in awal.
tapi prob situ takda pilihan kau nak makan.
yang ada buffet dia, restoran dia n kedai "mamak" yg bukak 12pm-12 am tapi tak mamak langsung sbb makanan adalah chinese style sebenarnya.

ada kedai runcit kecik yg harga barangan mahal melampau tak masuk akal. air mineral sampai rm4 hengget botol kecik. kalau perhentian botol besar rm3 je.
n aku bawak la maggi cup, biskut, tuna bagai.
tapi roti pun takda jual situ.
nasib pedd ada bawak roti utk nak bg ikan2 makan ke apa.

pagi tu lapar so ingat nak makan buffet la, sebab takda choice kan.
sebab hari sampai kita orang takda la complimentary breakfast.
tapi harga buffet rm50 sekepala. pitam. padahal makanan biasa sangat macam hotel2 desa.
so decide untuk tak amik. kita orang makan la roti n tuna di tepi pantai sebelum dapat kunci untuk check in.

then lepas check in.
rehat dalam 1 hour.
then around 11am terus ke pantai with pedd n fam.
noy, arip n malika pengsan terus. hahhahah.
sebab ye la arif langsung tak tidur kan driving.




pedd memang rajin travel backpack dengan mehdina daripada mehdina kecik.
aku kagum macam2 benda dia bawak n angkut. lengkap gila.
hannah memang seronok la.
sebab 1st time dia main pasir.
kemain woooowww..wowwww. hahah sian anak mummy sorang ni.



tapi hannah tak suka mandi lauk. main pasir je suka.
terjerit2 takut mandi laut. pitam la.
around 1ish pm kita orang ke mamak stall tu untuk makan.
sebab kelaparan kan.

makanan n air adalah sangat mahal kat sini.
mostly nasi goreng, mee2, nasi putih n butter chicken ke apa semua tu.
makanan range harga adalah rm20-29 macam tu sepinggan.
n air pulak dalam rm8-9.
which aku rasa mahal kalau kau pergi 1 fam. kalau kau travel sendiri takpa la.
kalau fam jenis anak 3-4 orang akan pitam.
esp bila kau takda choice untuk pilih benda lain. so kena hadap.

time makan ni pun bengang.
tetiba langau banyak gila stok kau takleh nak makan sbb tangan kau sibuk silat halau langau.
sebab nak pergi kt makanan.
dpd duduk meja tepi pantai, kita orang bertukar ke dalam. pun langau tu ikut. tsk tsk tsk.
pastu kita orang mintak ada sorg staff dia tgh makan kt situ.
cakap do u have candles? how r we suppose to eat?
pastu muka dia mcm menjeling bengang sebab kena amikkan candles. tampar kang.

pastu laki aku order 2 makanan.
dia kan gergasi mana cukup satu pinggan.
so dia makan nasi goreng memula tu dia mintak cili sos. orang tu bagi semangkuk kecil tu.
so dapat next order kuey teow dia mintak lagi cili sos, eh marah lak org tu, kata tuuu dah ada sos tu.
pastu laki aku cakap ye la, i want another one for this one.
baru dia macam..oh ok.
e elehh...aku bayar rm28 kot untuk meal tu, takkan sos pun kedekut.
bukan nak buang. memang laki aku makan.
benci kannn. herghhh.

by 2ish pm tu hannah n mehdina mmg dah cranky n buat perangai la.
sebab dah pass thier nap time kan.
so marilah pulang n berehat.

amikkau. konon petang nak mandi lagi.
memang tertidur sampai kul 6 petang masing2.
noy je pulak berpantai ngan fam dia. kita orang semua pengsan sudah.
hahaha. tapi ptg tu hujan lebat so tak dapat buat apa pun.




dalam bilik takda kettle. so nak air panas kena keluar amik dekat  water dispenser.
tapi machine dia gilo. kejap panas kejap tak.
kalau tak menyala kena tekan boil br masak balik n panas.
pitam lah. nasib aku ada bawak flask.

malam tu makan kt restaurant dia.
jual macam lauk2 ala2 chinese restaurant tu.


takda lak gambar.
ingat amik. agaknya amik utk igs je kot.
kita orang amik black pepper beef, telur dadar, kangkung belacan, chicken sweet sour n nasi empat.
so kena la dapat rm180 macam tu. ok kot.
sama je lebih kurang macam harga kedai mamak dia tu.
tapi ok la sebab kita orang devide untuk 3 family kan.
kalau pergi family holiday, menangis jugak lah kan.

semandangkan memang makanan adalah kronik di situ.
jadi wajib bangun pagi untuk kita makan complimentary breakfast kita tu.
nasib tak beli rm50 masa memula sampai tu.
memang sedih je menu breakfast kat sini sebenarnya.
takat makan tu boleh la.
sedap jauh sekali.


:: geram sangat ngan budak ni. cantik angat dia tu ::

:: memang style minum susu gaya ni. kena sila panggung. boss2 sangat ::

lepas tu terus bersiap n turun ke pantai.
since suami aku tak suka lauk. duduk la dia situ tgk bebudak.
memula arip n paan pergi snorkeling.
then dorang balik. aku, noy n pedd pulak pergi.




:; jangan la tanya sis buat pose apa tu ye. cukup la berbangga kerana sis tak kayu di sini ::

:: jangan tegur jugak kenapa kak jah nampak sangat penyu kt sini. head gear ni je selesa utk pakai mask elok terletak. kalau lain mmg sampai blkg anak tudung tu pergi. ::







snorkeling adalah tersangat best sebab memang banyakkkkkkkk gila ikan n pelbagai jenis.
n ada coral sebesar rumah dua tingkat pun ada ye. besar gila.
siap nampak black tip shark.
cuma nak best pergi sini kena beli kasut untuk pantai tu.
sebab banyak batu karang. so nak pijak tu sakit untuk certain area tu.

lepas puas kt laut. around 2pm kita orang bergerak ke swimming pool dia.
swimming pool dia dah la besar gila. kita orang je conquer best gilo. hahah



:: tak sangka kak jah cantik seperti ikan duyung di dalam air ::


time ni pun bengang.
sebab masa kita orang nak check in mintak bilik ground floor.
dia kata semua penuh.
masalahnya kita orang mandi n memerhati.
memang kosong kot. rasanya satu bilik je occupied bawah ni.
herghhhhh.
saje nak suruh i exercise naik tangga tau.

lepas mandi mmg terbongkang semua tidur.
takda geng untuk ke pantai lagi.
so i pun meratapi nasib diri je la.
dah la kt pulau ni line samada 3g atau no service. so pitam la di situ.
wifi pun takda kt tempat ni walau di lobby.
maka mmg hanya mampu menangis di bucu katil je la.

after maghrib pergi makan kt mamak tu.
tapi hujan ribut taufan malam tu.
so takleh makan situ.
so order makanan dpd mamak tu. n makan kt restaurant dia.





noy memang suka nak bg hannah n malika macam adik beradik.
so dia rajin shopping beli 1 utk hannah n 1 utk malika.
n paksa bagi pakai sama-sama.
so terimalah.




lepas makan balik bilik n bersantai lepak bilik sesama.
n gossip sehingga anak masing2 mengamuk nak tidur.

trip kali ni 3 hari 2 malam sahaja.
takleh lama sebab balik sabtu.
isnin tu aku ada kursus pulak kt bentong 5 hari.
kang kalau balik ahad sis akan pitam n pengsan.
begitulah nasib orang busy kan.

so day 3 harus last call pergi pantai.
lepas breakfast bergegas ke pantai.




laki den taknak mandi.
dia bukan penggemar laut. dia suka feeling je.
so baguih la. boleh sis bersuka ria.




sis terlalu love pulau ni.
Insyallah nanti datang lg n  nak try resort lain pulak.
sebab marine life dia tersangat la lawa n best.

balik tu pun drama gak.
kita orang balik bilik kul 10.30 pagi.
plan nak jumpa lobby pukul 11.30am sebab boat kita orang kul 12 tgh hari.
gila kau kul 10.50am macam tu orang resort dah harassed kau.
ketuk pintu suruh check out.
kita orang cakap kejap.
sebab pack n siapkan anak kot.
rasanya 3 kali ketuk pintu.
then call. cakap bila nak check out.
kita orang cakap check out kul 12 kan?
dia kata no..u have to check out at 11am.
e eh, hari tu tak bagi tau. mana nak tau.
pastu dok pressure orang.

sebab dia nak kemas bilik orang lain nak dtg. eh bukan masalah aku.
pastu aku pergi lobby dulu. then pedd pulak.
tggu noy lak. lagi lambat sebab anak dia kecik kan?
pastu tgh tunggu tu staff dia paksa2 bg kunci. dia nak kemas bilik.
kita orang tggu la lg satu kunci. dia kana nak kunci kita orang jugak.
ok fine bagi.
then paan cakap la, then bagi la deposit kita orang balik.
dia kata..oh tu kena tunggu kunci satu lagi.
elehhhh boleh lak tunggu. tampar kang.
kong ajo sangat la staff sini.

oh btw, untuk 3 hari 2 malam with 2 breakfast adalah rm688 seorang.
untuk hannah free.
boat kita orang amik orang luar. tu yang rm120 sehala tu.
kalau kau amik boat resort tu sediakan adalah rm200 sehala ya. *puke*


:: tapi mmg pulau ni lawa. i is love. resort je mengecewakan ::

nasib kita orang balik hari tu.
sebab masa nak check out tu dalam 50 orang sampai nak check in.
group chinese ramaiiiiiiii la. fam n friend la. phewww.
tapi aku perasan chinese ni kalau pergi pulau dorang takkan mandi ke apa kan.
dorang macam tak enjoy beach tu.
dorang datang then pakai dress, topi besar, sunglass segala tok nenek n posing n amik gambar 50 keping satu pose.
jap pose terlentang, jap kat ala2 kt jetty, jap kang pose kt buai.
pitam tengok. bayar kemain tapi langsung tak masuk laut. pelik bebenor.
datang untuk photo shoot siap mekap melampau. #pitam

boat sampai at 12 noon n of we bid goodbye to this lovely pulau.
lovely pulau but not so lovely resort.






sampai jetty merang.
singgah makan somewhere there.
then terus balik ke KL.
tak singgah pun beli pasar ke, beli keropok lekor ke.
sebab memasing penat. haha.

few kali stop kt r&r untuk smoke break.
then we reach mama's place around 8ish pm gitu.
what a long day.
tapi suka trip begini sebab relax2 je.
Insyallah ada rezeki nak year nak pergi lagi.
tengah plan n berfikir lagi nak pergi pulau mana.
gigih baca review orang kt trip advisor.
mana yg keluar review kata tak banyak marine life n dead corals je terus sis kecewa.
sebab lepas pergi lang tengah ni mmg kau rasa belum ada lagi yang boleh challenge.

sebab kalau lain2 pulau aku pergi semua kalau nak snorkeling kau kena amik tour kan.
kau kena bersiap n dorang akan bawak ke tempat2 dia.
well untuk yg ada anak kecik then tak best la if begitu.
esp kau pergi in a group so satu2 stop point tu takkan lama dorang bg masa by the time kau nak tukar giliran ngan partner kau.
tapi pulau lang tengah ni tak yah susah2. depan tu pun boleh snorkeling n yang bestnya kau akan jumpa beribu jenis ikan la.
redang dulu depan resort pun boleh snorkeling tapi tak banyak ikan n coral semua mati.
n pulau sangat crowded kan.
ni tak. best je. lawa n rasa very private.
malas nak upload pics ikan kt sini. tu nak tengok korang boleh pergi tengok kt ig kak jah ye CLICK HERE

ok enough already. dah berjela dah ni.
berjumpa lagi entah berapa bulan akan datang yea. haha
Insyallah.