#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM110

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM250 (SM) -RM260 (SS)

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

-RM183 (SM) -RM186 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

About Me

siapakah peejburhan?
entah gedik betul nama tu kan.
ok actually my nick name is pija.
tapi tah apa la penyakit rakyat malaysia ni suka sangat bagi short form kat semua perkataan.
tak pasal2 nama aku pun daripada pija jadi pij.
kawan aku masa aku form 6 kat CBN bagi nama tu.
makin lama makin ramai lak kawan2 lain pun panggil pij.
mmg pemalas dorang ni.
tapi sebab aku gedik. so aku commercialize kan sikit la nama jadi peej.
wah commercial ke nok? hahaha


dan tanpa di sedari aku pun menjadi pemalas seperti rakyat2 malaysia yang lain.
nama bapak aku dpd panjang2. aku kasi pendek.
maka jadi la nama aku peej.burhan :D
senang.
tapi tahukah anda. bila orang tak dikenali panggil aku peej. aku jadi segan n malu.
sebab aku sebenarnya lagi selesa ngan nama pija. 

apa lagi?
i've been blogging since 2006. start July 30th if i'm not mistaken.
start dengan blogging kat friendster.
then 2007 start blogging kat blogspot.
tah bila nak ada domain sendiri entah.
Insyallah, one day.

aku usually blog pasal daily life.
ikut kerajinan la.
memula start blogging ni sebab aku masa kecik-kecik ada diary.
so aku memang suka menulis la. meluahkan rasa hati ke, saje nak tulis apa yang berlaku hari tu, untuk jadikan kenangan.
diary aku daripada kecik ada aku simpan.
bila baca balik rasa nak gelak. bengong-bengong je.
so bila zaman dah maju. ada punya blog ni.
so tulis blog je senang.
cuma maybe kat blog ni tak personal sangat la macam kat diary kan.
if aku rasa nak feeling emosi or personal, aku akan buat protected entry.

mainly blog ni cerita pasal family, friends n foooooodddd. lotsa lotsa food.
sekali sekala if rajin ulas la benda2 yang konon2 penting sikit.
aku ni suka makan. well obviously la kan.
so sambil makan. sambil share la. mesti nanti ada je yang akan terpengaruh n try makan jugak tempat tu. ;p

oh untuk yang baru lagi baca blog aku.
welcome on board.
untuk mengelakkan kekeliruan.
aku bagi details pasal watak-watak dalam blog ni ye.

  • papa
  • mama
  • ayol - abang sulung. wife dia zeity. title kakak ipar, tapi muda daripada aku. :D. n zara sofea ni niece aku. satu-satunya n sweet heart semua orang.
  • P.G - abang no 2. dia jarang masuk blog ni. sebab dia ni kemain garang. tak suka orang amik pics dia.
  • noy - adik bongsu. ramai ingat noy kawan aku ke apa. nope. dia adalah adik kandung yang walaupun kadang-kadang gaduh macam nak gila. tapi kejap lepas tu baik balik. ye kemana-mana aku pergi. mesti ada dia. lobster sangat.
  • dotdot - tunang aku. no nama dia bukan dotdot. nama dia lain. nanti dah kawin aku update kat sini. ;)
  • jonet - bestfriend since aku kat mrsm. back in 1996. kesayangan sangat. fam aku pun semua dah sayang dia. kawan paling best. sepanjang berbelas tahun kawan tak pernah gaduh sekali pun. nice eyh?
  • ice & huda - ice ni kawan baik lelaki aku. pun daripada zaman mrsm jugak. huda wife dia. :) turn out kita orang boleh get along so well. so menjadi bestfriend kesayangan jugak.
  • nysya, shawal, rolex etc - close friend zaman mrsm jugak. duduk asrama ni friendship lain macam sikit. 
  • pedd, fa, syima ...etc - kawan rapat zaman bbgs.
ada sapa lagi ke?
rasa ni yang selalu ada la.
takleh ingat. if ingat aku tambah lagi.

.
ok serious tak tau nak cakap apa lagi.
ok cerita pasal diri sikit. buat ala2 biodata zaman sekolah la.

•  colours : takda specific. kejap suka hijau, sekejap suka merah. sekajap suka mustard yellow.                   kejap suka electric blue. kejap turquoise :D
 food     : ultimate fav ialah sambal tumis sotong. takda nasik ratah tu satu periuk pun takpa. hirup2 sambal tu sampai perut panas. ;p~~
 drinks   : soya bean &watermelon. selalu ni la aku akan order
 love      : family, bff & Mr Dotdot ♥
•  music   : reggeton, hip hop & electro

eh apa lagi.
sejak dah lama meninggalkan sekolah. dah tak tau mau cerita apa la.
rasanya tu je la kot kan.

oh lagi satu.
aku ni nampak je macam ala2 selamba ke apa.
tapi percayalah saya ni pemalu orangnya.
kalau terserempak kat luar tu.
korang tiba2 macam tegur. aku macam cakap hi pastu terkebil2.
korang tanya sepatah aku jawab sepatah. pastu aku diam terus.
ye. nescaya anda tidak salah orang.
sebab aku rasa pelik. korang macam tau pasal aku.
aku tak tau pasal korang.
tapi mungkin if jumpa 3-4 kali. aku la yang paling banyak cakap sampai korang penat nak dengar.
tapi kebarangkalian nak jumpa byk kali tu mmg tipis la kan.
so kesimpulannya. sila la prepare mentally n psychically yang aku ni penyegan k.

dah2 la tu kan.
kalau nak tau lebih.
sila la rajinkan diri khatamkan blog ni.
ok itu aje. ta-ta