14 February 2020

Kisah Expose Mistik Hannah

So siapa yang follow aku kat IG tau la aku pernah share kisah2 Hannah yg expose mistik ni.
Dia memang daripada baby ada gangguan sikit.
Sekali sekala memang dia akan menangisssss sekuat hati sampai nampak anak tekak tu.

Then bila start cakap lagi la pelbagai episode keluar.
Sampailah dalam umur dia 2ish plus bawak dia jumpa ustaz untuk tutup hijab dia.
Ada la amalan n benda kena buat kat hannah.
Tapi biasalah manusia kan.
Rasa-rasa tengok buat 1 week gitu nampak berkesan.
Maka kita pun tak teruskan la buat.
Sampai la umur dia dalam 3 tahun gitu.
Muncul lagi cerita pelik2 hannah ni.

Masa tu kat rumah mama. Dia tengah main hp aku yang satu lagi tu.
Lama gak la dia main dalam 20 mins macam tu.
Tetiba aku nampak tangan dia tepis2 marah cakap, "Jangannnn la kacauuuuu!"
Pastu dia datang kat arah aku sambil dok cakap lagi, "Noooo jangannnn!!"

Me : Kenapa?

Hannah : Ni abang ni kacau hannah.

Me : Abang apa?

Hannah : Abang ni nak play telefon ni.

Me : Mana abang?

Hannah : Ni... (sambil tunjuk somewhere beside me)

Me : Mana ada abang. Takda pun.

Hannah : Haaaa tuuuu. Dah pergi tempat tok mama tu. Tuuuuuuu mummy.

Ahhhhh sudah.
Dah muncul balik ke kisah dia ni kannn?
Nasib la mak sejenis relax bukan penakut nau.
Tapi meremang jugak la.

And bila tanya abang colour apa.
Dia kata abang blue colour.
Aku dah macam. kau buat kelakar eh?
Apo smurf ke abang kau tu?

...

Then selang seminggu macam tu dia ikut aunty noy dia ke rumah MIL noy.
Elok la main ngan cousins kat sana bersuka ria.
Then tetiba noy punya BIL n wife datang
Tetiba terus hannah menjerit menangis pergi kt uncle dia.
Semua orang calm her down cakap tu Uncle F ngan aunty E la.
Beria dia nangis cakap "nooo, tu ada 1, 2, 3!"
Ada sorang lagi uncle yang dia nampak.
Pitammmm!!!

Pastu malam tu beria nonoy facetime aku cerita kisah yang terjadi tu.
Habis aku cakap ngan noy terus hannah cakap kat aku.

Hannah : apaa? tyty cakap hannah nampak uncle kat rumah opah tu ke?

Me : a ah. Uncle F la kan?

Hannah : Takkk. Ada satu, dua, tigaaaa.

Me : Siapa?

Hannah : Uncle tu la. Hannah takuttttt.

Me : Macam mana uncle tu?

Hannah : Uncle tu muka dia macam ni. (sambil sebelah tangan dia besarkan mata, sebelah lagi dia tarik muka dia ke bawah)

OMG. tak suka.
Adakah dia nak bagi ntau muka "uncle tu herot2?"

...

Tapi aku tetapppppplah tak buat apa ngan anak aku.
Suka kau la nakkkk.
Again like i said, nasib mak kau ni jenis berjiwa kental.

Then few days after that.
Aku berdua ngan dia malam tu, daddy dia keluar.
Dia tengah baring tengok ipad dia.
Aku pulak tengah scroll Netflix pikir nak tengok cerita apa.
Tetiba dia menggelupur menjerit terus pergi kat aku.
Terjerit2 cakap takut pastu masuk bawak selimut nak tutup muka.
Aku tanya la apaaaa...
Dia kata tu abang tu.
Aku dah macam abang apaaaa?

"Abang yang blue colour tu. TUUUU.. Hannah takuttttt"


Berderau aku time tu.
Jilake lahhhh. Menakutkan pulak bila aku tengok tu.
Actually cerita ni tu perempuan, tapi memang kat poster ni nampak macam budak lelaki pulak.
Cepat2 aku alihkan supaya tak nampak poster ni.
Bila tanya tu abang apa?
Dia kata tu la abang yang kacau hannah nak telefon hannah tu.
OMG dia ingat pulak tu cerita tu.

Terus buatkan dia susu n suruh dia tidur.
Mak dia pun cepat2 tutup tv. Marilah kita tidur nak.
Hannah dah tidur terus aku msg ngan noy.,
Noy Jilake kata, tah2 kenapa abg tu warna biru sebab abg tu mati lemas kot.
Hahahahaha BABIIII!
Walaupun kental konon, seram la gak jilake.

Nway, benda ni jadi dalam 4 months back kot.
Ni aku cari balik pic yang aku share ngan noy ni, utk share kt sini.
So aku tunjuk kat hannah balik pic ni.
Aku tanya ni siapa? "Ni abanggggg...(dia buntangkan mata dia). Abanggg yang scaryyy tu."
Erkkkkk....

Tapi tercetusnya entry ni sebab semalam aku tengah berdua ngan dia dalam bilik.
Aku naik kat katil.
Sekali aku tertinggal botol air aku kat chest drawer.
Hannah pulak tengah kat carpet tepi katil.
Layan ipad dia sambil makan biskut.
Aku mintak tolong dia amikkan botol air tu pass kat aku.
Dia taknak. Aku cakap tolonglah.
Dia pusing belakang nak tengok botol air tu.
Tetiba dia menggelupur terjerit2 nangis terus panjat katil pastu panjat aku.

Aku dah macam kau kenapaaaaaa?
Tolonglah amik botol air tuuuu...
Hahahaha mmg dasar perangai mak kau.
Tapi jeritan n muka dia memang boleh tau dia terlaluuuuu takut.
Aku tanya kenapaaaa? Takut apaaaaa?

Dia tunjuk kat arah pintu bilik. "Hannah takut tuuu... Tu kat situ tu."
Aku cakaplah takda apa punnnn.
Dia kata, "Ada witchhh!!" Sambil nangis terjerit2 takut.
Hahahahahahahahahahahhahaa...tak kelakar ye nakkkkkk.
Dah lewat malam2 ni. Malam jumaat pulak tu.
Kau nak cakap ada witch pulak.
Again berderau n meremang jap mak kau.
Tapi aku keep on cakap, takda apa la....takda apa pun.
and buat relax je. Maka dia pun bertenang lepas tu.

Aku tak tau la nak cakap apa.
Memang special kes dia ni.
Maybe ada la kelebihan kat mana2 Allah nak bagi.
Tapi bersyukurlah mak kau ni ok2 je benda macam ni.
Dapat kat aunty noy kau, dia yang menggelupur lebih.
Pernah dulu masa hannah kecik, malika umur setahun kot.
Noy menggelupur takut sebab kan dek hannah ni, menjerit melompat, sampai Malika dia langgar, terlentang Malika dibuatnya. hahahahah bongok sungguh.

Aku pun tak berapa share sangat ngan laki aku bab2 ni.
N nasib dia sendiri tak alami situation ni.
Sebab walaupun laki aku tu begitu, tapi bab hantu boleh tahan penakut dia ni.

Gitulah serba sedikit kisah expose mistik hannah ni.
Yang lain2 punya aku pernah share kat igs aku n ada aku tepek kat IG highlights.
Buat masa ni aku rasa ok2 je lagi
Harapnya tak makin kronik n tragik la description dia nanti2 bila semakin meningkat dewasa kan.


Ok la, tu je untuk kali ni.
Happy Weekend uolls.

xoxo,
Peejburhan

4 comments:

  1. Alamak...seram plak kakak...dulu bangun dari koma boleh nampak macam- macam..sampai berubat ngan ada sorang ustaz ni...nasib tak lama tu dah tak nampak apa dah..

    ReplyDelete
  2. Uish, nasib mak kental. Species abang-abang ja la eh yang suka kacau Hannah? Species kakak-kakak ada cerita tak??

    ReplyDelete
  3. Ini kan kak peej klu Indonesia diorg panggil ank indigo. Ada org tu dia mmg terbuka hijab dia dr kecik. Smpai boleh berkomunikasi dgn makhluk halus ada juga smpai ajak dia kawen. Kes begini kena rawat kak. Sbb org tu ckp dia kawen dgn manusia biasa tp rumahtangga x pernah aman sbb makhluk tu suka kt dia. Dia rimas. Bila dia cuba rawatan ruqyah syarie alhamdulillah dh sembuh . Rumahtangga dia pun dh aman. Dia oata sepanjang hidup dia tersiksa dgn benda tu selalu menganggu

    ReplyDelete
  4. Lamaa tak datang blog Peeja... dah besarnya Hannah. So cute! When my son was 4 lebih kurang, gitulah... nak tidurkan dia, tiba2 dia tanya, "Mummy, why is that *auntie* sitting there?" sambil tunjuk penjuru bilik yang gelap. Boleehhhh... Sebbaek jugalah akak ni jenih hati kering ��

    ReplyDelete

Heyyyyaaaaaa...

Bila anak mengikut.

Aku memang kalau drive mulut akan bising. Memanjang je dok mengata kalau kereta lain buat salah. Bukan reti nak tekan hon ke apa. Memang...